Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial
|
|
- John Newton
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial SULAIMAN BIN SALLEH Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Emel: ABSTRAK Hari ini jualan buku dikatakan merosot sejak teknologi komunikasi berkembang dengan pesat. Usaha promosi berterusan yang dilakukan terpaksa ditingkatkan untuk menarik perhatian pembeli. Peningkatan promosi juga akan meningkatkan harga buku kerana ianya dimasukkan dalam pengiraan kos penerbitan. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mendapatkan penjelasan adakah perkembangan teknologi komunikasi masa kini memberi kesan terhadap buku yang diterbitkan. Teknologi komunikasi terutama membabitkan media sosial juga kerap dikaitkan sesuai sebagai medium utama promosi. Penyelidik menggunakan kaedah kajian menggunakan novel yang dihasilkan sendiri sebagai sampel kajian dengan promosinya di media sosial (facebook), juga milik penyelidik. Dengan menggunakan teori keterhampiran elektronik penyelidik mendapati promosi yang sesuai di media sosial berupaya memperkenalkan dan menarik pembaca untuk membeli novel yang ditulis oleh penyelidik. Kata Kunci: Promosi, Media Sosial. PENGENALAN Hingga kini, selepas lebih 1,000 tahun sebaik kewujudan Diamond Sutra, sejenis buku yang dikesan menggunakan alat cetak dikesan (868 masehi), penerbitan buku terus bertahan dan tidak menunjukkan akan lenyap. Seolah-olah buku mempunyai keistimewaan tersendiri hingga menyebabkan ianya kebal walaupun wujud pelbagai teknologi komunikasi pada masa kini. Sekadar contoh, buku pertama yang dicetak di Amerika Syarikat (AS), The Bay Psalm Book (terjemahan kitab injil), dicetak pada tahun 1640, adalah buku termahal di dunia. Selepas 373 tahun, pada tahun 2013, melalui syarikat jualan lelong multinasional, Sotheby s, ianya berjaya dilelong pada harga RM45.44 juta. Nilai sejarah yang terdapat pada naskhah berkenaan, bukannya faktor teknologi komunikasi melalui rangkaian internet, dipercayai menjadikannya buku termahal di dunia. Hari ini, dilihat minat membaca buku terutamanya karya kreatif seperti novel masih menjadikan karya kreatif itu masih dicetak dalam bentuk buku. 1. 1Permasalahan Kajian i. Jualan buku dikatakan merosot sejak teknologi komunikasi berkembang dengan pesat di negara ini. ii. Promosi untuk memperkenalkan buku yang dihasilkan sering dimasukkan ke dalam harga buku yang dijual. 533
2 1.2 Tujuan Kajian Kajian ini dilakukan adalah untuk: i. Mendapatkan kepastian adakah benar jualan buku merosot kesan perkembangan teknologi komunikasi masa kini. ii. Mendapatkan kaedah promosi yang sesuai untuk buku yang dihasilkan dengan menggunakan media sosial sebagai medium utama promosi. 1.3 Takrifan Konsep Promosi ditakrifkan sebagai segala usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dan sebagainya) (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015). Media sosial merupakan alatan dengan perantaraan komputer yang membolehkan orang ramai untuk mencipta, berkongsi atau bertukar-tukar maklumat, idea, gambar, dan video dalam komuniti dan rangkaian maya. Media sosial juga didefinisikan sebagai sekumpulan aplikasi berasaskan internet yang dibina di atas asas ideologi dan teknologi Web 2.0 yang membolehkan penciptaan dan pertukaran kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. Lebih menarik, media sosial hari ini juga bergantung kepada teknologi mudah alih selain berasaskan web untuk menghasilkan platform yang sangat interaktif di mana individu dan komuniti berkongsi, sama-sama mencipta, membincangkan, dan mengubahsuai kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. Platform ini memperkenalkan perubahan besar serta menyeluruh kepada komunikasi di antara perniagaan, organisasi, komuniti, dan individu. 1.4 Model Dan Teori Komunikasi Teori komunikasi berupaya menerangkan, menjelaskan, menilai, membuat ramalan supaya kita dapat memahami fenomena sesuatu komunikasi Teori Keterhampiran Elektronik Menurut Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof (2003), media komunikasi berbeza dalam aspek kekayaan informasi atau maklumat. Banyak pilihan media yang dapat digunakan, dan akan dijelaskan dalam Teori Keterhampiran Elektronik. Teori yang dihasilkan oleh Korzenny pada tahun 1978 dan 1981 ini memberi gambaran keterhampiran corak dan pola komunikasi antara perseorangan melalui penggunaan media elektronik, Dikatakan, jarak antara individu tidak menjadi penghalang untuk mereka berkomunikasi kerana ianya berupaya diambil-alih oleh saluran terbuka yang berupaya digunakan dengan dimasukkan simbol-simbol komunikasi. Teknologi juga turut berupaya merapatkan jarak dan jurang, menjadikan kita begitu dekat di minda, hati dan sanubari. HASIL KAJIAN Kajian yang dilakukan mendapati terdapat keistimewaan penerbitan dan promosi buku di media baharu. Teknologi media massa massa di sesawang masa kini menyebabkan buku yang diterbitkan tidak membabitkan kos pencetakan. Kosnya hanya membabitkan upah pereka letak, peralatan 534
3 komputer dan rangkaian internet. Malah kos berkenaan boleh dikurangkan jika penulis boleh melakukannya sendiri. Terdapat beberapa keistimewaan lain yang menyebabkan buku masih berupaya bertahan hingga kini, antaranya: i. Tiada had edaran. Edarannya boleh dilakukan melebihi sebuah negara, asalkan pembaca di negara yang mempunyai rangkaian internet dapat memahami bahan bacaan yang dihasilkan. Buku berkenaan juga boleh diterjemahkan jika mendapat permintaan yang tinggi daripada para pembaca. ii. Pantas bertemu khalayak. Khalayak atau pembeli boleh mendapatkan buku yang dipesan melalui rangkaian internet dalam tempoh hanya beberapa minit sebaik ianya dihantar oleh penulis atau pembekal. iii. Maklumbalas segera. Penulis atau pembekal produk buku yang dihasilkan berupaya mendapatkan maklumbalas segera daripada khalayak atau pembeli terhadap buku yang dihasilkan. iv. Tiada kontrak. Hakcipta seratus peratus dimiliki oleh penulis. Tiada perjanjian kontrak antara penulis dan penerbit kerana penulis sendiri yang menerbitkan buku yang ditulisnya. Kebanyakan penerbit yang menerbitkan bahan bacaan dalam bentuk buku pada hari ini dilihat sentiasa berusaha untuk menyesuaikan produk yang mereka hasilkan dengan keadaan semasa. Penyesuaian berkenaan membabitkan ketebalan, kepakaran, sasaran khalayak, penghargaan dan penyimpanan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan penerbitan melalui media sosial iaitu: i. Ketebalan. Kebanyakan buku yang diterbitkan di media baharu tidak boleh tebal berbanding bahan bercetak yang tiada had muka surat walaupun ianya mencecahkan ribuan muka surat. ii. Kepakaran. Kepakaran mereka letak dan mahir dalam bidang komputer diperlukan untuk menarik perhatian pembaca. iii. Sasaran pembaca terhad. Hanya pengguna komputer yang berkebolehan menggunakan komputer sahaja boleh melayari buku yang dipromosikan atau dijual di laman web. iv. Penghargaan. Pembeli akan berurusan terus dengan penulis. Kesannya, penulis kebiasaannya akan tersinggung apabila mengetahui pelbagai komen di laman sesawang mengenai buku yang ditulis dan diterbitkannya sendiri. v. Penyimpanan. Buku yang dihasilkan mengambil risiko rosak diserang oleh virus dan software seperti jenis tulisan terhad dan kerap ada pemegang hakciptanya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan untuk menerbitkan buku melalui media baru, kelemahan berkenaan perlulah diperbaiki supaya penerbitannya dapat diteruskan dan seiring perubahan teknologi terkini. Kajian yang dilakukan juga mendapati khalayak di media sosial juga mempunyai persamaan dengan khalayak di lain-lain media iaitu: i. Bersifat individu dan mengharapkan perhatian individu lain (individu daripada media yang didedahkan). ii. Wujud dalam kumpulan yang besar (pelbagai demografi). Demografi berkaitan dengan ciri-ciri perkembangan penduduk dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dan sebagainya dalam tempoh waktu tertentu. iii. Mempunyai kuasa memilih, menerima dan menolak sesuatu ciptaan dan persembahan media termasuk kandungannya. iv. Berubah mengikut perubahan sekeliling termasuk perubahan sistem sosio-budaya, ekonomi dan politik. 535
4 v. Khalayak selalu mahukan yang baru daripada media, termasuk media sosial. vi. Citarasa yang pelbagai disebabkan berlainan umur, tahap pendidikan, lingkungan sosial, ekonomi dan sebagainya. 1. Sampel Kajian Penyelidik perkukuhkan kajian yang dilakukan ini dengan menggunakan sampel karya novel yang dihasilkan sendiri, berjudul Janji Lelaki berketebalan 389 muka surat dengan 51 bab sebagai bahan kajian. Diwujudkan satu blog Sulaimankuis4.blog.spot sebagai bahan promosi karya yang dihasilkan. Bermula 15 September 2016 hingga 7 Disember 2016, penyelidik memasukkan bab 1 hingga bab 15 ke blog berkenaan. Setiap kali mengemaskini blog berkenaan penyelidik akan waw-warkan ke media sosial di facebook milik penyelidik yang seramai kira-kira 4,200 rakan, terdiri daripada pelbagai latar belakang. Penyelidik mendapati kuasa Share yang terdapat pada facebook membolehkan lain-lain rakan kepada media sosial mendapat maklumat mengenai novel Janji Lelaki berkenaan, termasuk pembaca dari lain-lain negara. Hingga 15 September 2017, terdapat sebanyak 1050 pembaca yang membaca sebahagian daripada bab 1 hingga bab 15 novel Janji Lelaki yang dijadikan sebagai sampel kajian. Sebanyak 20 naskhah novel Janji Lelaki dicetak dan habis terjual dalam tempoh dua bulan, samada dibeli secara terus dari penyelidik atau melalui kiriman pos. Contoh pendekatan untuk menarik perhatian rakan-rakan facebook bagi melayari laman sesawang Sulaimankuis4.blogspot.my: Hari ini, dunia pencetakan dan penerbitan buku terutamanya karya kreatif seperti novel berkembang dengan mengalakkan. Perkembangan itu seharusnya dimanafaatkan oleh golongan muda yang berminat dalam dunia penerbitan, terutamanya penghasilan karya-karya kreatif. sebagai penulis karya "Janji Lelaki" yang dihasilkan semasa bertugas sebagai wartawan sambilan di Harian Metro, Seremban sekitar tahun , penulis tidak terkecuali daripada terkesan dipengaruhi oleh faktor-faktor yang dinyatakan. Karya ini juga berjaya disiapkan dalam tempoh hampir setahun iaitu sekitar tahun 2005, tetapi tidak diterbitkan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Dengan kemudahan teknologi pencetakan dan promosi di media sosial pada masa kini, penulis mengambil keputusan untuk mencetak dan mempromosi sendiri karya yang dihasilkan. Sebahagian 15 Bab novel "Janji Lelaki" boleh dilayari di sulaimankuis4.blogspot.my. 536
5 Berikut adalah pecahan bagi pelayar yang memasuki blog Sulaimankuis4.blogspot.my mengikut negara: NEGARA JUMLAH Malaysia 861 Perancis 86 United States 50 Indonesia 13 German 1 Kuwait 1 Romania 1 Singapura 1 Vietnam 1 JUMLAH 1015 Sumber: Sulaimankuis4.blogspot.my Sepanjang setahun tempoh kajian, bermula 15hb September 2016 hingga 15hb September 2017 sebanyak 15 bab novel Janji Lelaki dimasukkan ke blog berkenaan. Penyelidik menggunakan media sosial facebook miliknya untuk memaklumkan sebaik bab-bab novel berkenaan dimasukkan ke blog berkenaan. Sepanjang tempoh setahun, didapati seramai lebih 1,000 yang melayari blog berkenaan. PENUTUP DAN CADANGAN Permasalahan golongan penerbit masa kini yang membabitkan jualan buku dikatakan merosot sejak teknologi komunikasi berkembang dengan pesat adalah masalah sementara. Penyelidik berpandangan ianya sebagai masalah sementara kerana teknologi komunikasi sebenarnya berupaya mengurangkan kos promosi penerbitan yang sering disertakan ke dalam harga buku yang dijual. 537
6 Kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat ini seharusnya dimanafaatkan dengan mempertingkatkan ilmu berkaitan serta kaedah promosi yang sesuai serta berkesan. Contohnya, penerbit boleh menganggarkan berapa jumlah naskhah buku yang bakal dijual dan jumlah cetakan akan mengikut jumlah yang berminat untuk membelinya. Kaedah yang digunakan itu berupaya menjimatkan kos pencetakan dan buku yang diterbitkan berupaya dijual dalam masa yang sesuai. Setiap produk yang dipromosikan di media sosial kebiasaannya terdapat kelebihan dan kelemahan. Kelebihan itu haruslah dikekalkan dan kelemahan yang dikesan pula harus diperbaiki supaya sasaran jualan produk yang dihasilkan dapat mencapai sasaran. Rujukan: Al-Quran, (2000). Mushaf Malaysia Rasm Uthmani. Terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih. Penerbitan Darulfikir: Kuala Lumpur. Chamil Wariya (2017), Krisis dan Strategi: Isu-isu Semasa Kewartawanan dan Media. Malaysia Press Institute. Kuala Lumpur. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat, (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Prof. Madya Dr. Saodah Wok, Dr. Narimah Ismail, Prof. Dr. Mohd. Yusof Hussain (2003). Teori-teori Komunikasi. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang. Prof. Dr. Mohamad Fauzan Noordin (2016), ICT dan Islam. PTS Akademia. Selangor. Faridah Ibrahim, Normah Mustaffa, Mohd Rajib Ab Ghani, (2016). Penulisan Media Massa. Penerbit UniMAP Universiti Malaysia Perlis. Perlis
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY ASMAA RABIEE A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor
More informationTaklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014
Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014 Rosli Hussin Pengerusi Panel Buku Penyelidikan/Book Chapter Penerbit UTM Press Universiti Teknologi Malaysia, Johor 1 1.. Overview Pengenalan???? career
More informationPERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI A thesis submitted
More informationINTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION
INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION 1. INDEXED PUBLICATION TERBAHAGI KEPADA 3 JENIS PENERBITAN: i. ARTICLE IN SCOPUS ii. ARTICLE IN WEB OF SCIENCE (WOS) iii. ESSENTIAL RESEARCH AUSTRALIA (ERA) 2. TERDAPAT
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA 40150 SHAH ALAM SELANGOR FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (SKRIN) KEPUJIAN: CT223 CTF 634 TAJUK TUGASAN: Pendekatan
More informationKATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN BUKU ELEKTRONIK: E-BOOK NETWORK SECURITY DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI KELAS DNS6B DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN) DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI Rosmawati Bt
More informationBUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur
Jurnal PPM Vol. 4, 2010 BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur hazidah@um.edu.my ABSTRACT Technology has a polarization effect and it is
More informationENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2 ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION
More informationPANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI
PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI BIBLIOGRAFI Bibliografi ialah senarai terbitan yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesuatu penulisan.. Terdapat beberapa bentuk gaya penulisan bibliografi yang digunakan
More informationKeywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia
Jurnal PPM Vol. 3, 2009 KAJIAN KES MENGENAI PENGGUNAAN PERISIAN SOSIAL DI PERPUSTAKAAN IPTA DAN IPTS DI MALAYSIA Faizah Mohd Zain, Rohana Mahmood, Anna Kustyana Mukandar, Mazni Mohd Yusof, Norliah Sukarno,
More informationROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS
ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS 1 April 2015 2.00 p.m 5.00 p.m PBL 1, Fakulti Kejuruteraan Awam Objektif Taklimat Memberi kefahaman tentang gerak kerja, mekanisma dan proses kerja pelaksanaan penulisan
More informationAN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI
AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI A thesis submitted in fulfilment of the requirements
More informationTHE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN
THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN A report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of degree of Master of Science (Engineering
More informationPERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana
More informationTHE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER
THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR 2014 THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI
More information(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Lampiran A Attachment A FORMAT PENYEDIAAN TESIS/DISERTASI/LAPORAN PENYELIDIKAN FORMAT OF PREPARING THESIS/DISSERTATION/RESEARCH REPORT 1. TAJUK (a) Tajuk hendaklah tajuk penyelidikan seperti diluluskan
More informationBINA PURI MEDIA CLIPPINGS
Newspaper : Berita Harian Title : Projek RM15b bangunkan Tanjung Lumpur (207184-X) Section : Bisnes Page : 4 Newspaper : The Star Title : Bina Puri and China firm to invest RM15bil in Kuantan Waterfront
More informationUNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003 HBT 100 - Pengenalan Teori dan Praktik Terjemahan Masa : 3 jam ARAHAN : 1. Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi
More informationPEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN
PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA RAJA KAMARIAH RAJA MOHD KHALID IG 2013 2 MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS
More informationAN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA
AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA 4 AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION
More informationSesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad KANDUNGAN MODUL 1. PENGENALAN APA ITU WEBOPAC 2. KAEDAH PENCARIAN BAHAN BROWSE SEARCH ADVANCED
More informationHow to Produce & Transform?
Sesi2.. How to Produce & Transform? Sumber Untuk Book Chapter Reports, Theses or Dissertations Journal Articles Materials We should change? Transform? Book Chapter Book structure and Format Kerangka Thesis/Laporan
More informationDASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN
1. LATAR BELAKANG Pada tahun 2003, Unit Proses Teknik bertanggungjawab dalam melaksanakan proses pengkatalogan dan pengkelasan bahan monograf buku yang dibeli dari Unit Perolehan. Pada Disember 2007, nama
More informationABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,
ABSTRAK Tuj uan kaj ian ini dij alankan adalah untuk menibentuk sebuah model keperluan bagi Sistem Maklumat Bil Air (BILIS) untuk Cawangan Bekalan Air (WSB), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah (PWD). Disebabkan
More informationANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN
ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ASAS ANUGERAH Anugerah ini diberikan kepada penulis buku ilmiah asli yang bukunya telah menerima anugerah / hadiah pada peringkat kebangsaan
More informationMODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD
MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD Fakulti Teknologi dan Sistem Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Proses pembangunan
More informationMelestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.
Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak 1 Sabrina Milan abreen2000@yahoo.com 1 Kiprawi Sani kiprawisani@gmail.com 2 Wan Kadir Wan Dollah wkadir@salam.uitm.edu.my
More informationKAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM
ii KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT
More informationKESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK
KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK Zulhan Bin Matlin zulhan73@gmail.com Politeknik Kuching Sarawak Mohamad Haniz
More informationPEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI
PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI 1 Nurul Syazwani Ismail, 2 Jamalludin Harun, 3 Megat Aman
More informationPERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA Ding Choon Lu Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka) 2010 PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK 2001 9 TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR By CHARBATI YOUSSEF Thesis Submitted in Fulfilment of the Requirement
More informationBOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI
BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI NURDIYANA BINTI MOHD SADIKE ABDUL RAZAK HAMDAN ABSTRAK BOOK-2-LETGO adalah aplikasi buku terpakai ini merupakan satu aplikasi yang menyokong transaksi bisnes
More informationDETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM
DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM By MUHAMMAD NAZIR MOHAMMED KHALID Thesis Submitted to the School of Graduate Studies,, in Fulfilment of the Requirement for
More informationSPIRAL OF SILENCE THEORY
SPIRAL OF SILENCE THEORY ELISABETH NOELLE-NEUMANN SPIRAL OF SILENCE? ASSUMPTIONS OF THEORY (WEST & TURNER, 2010): Masyarakat melayan individu yang pelik dengan pengasingan; takut kepada pengasingan berleluasa
More informationOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN
Halaman: 1/12 1.0 TUJUAN Memberi panduan dalam menjalankan proses identifikasi dan melabel semua bahan yang diterima di Perpustakaan. Proses ini menunjukkan yang bahan berkenaan adalah milik Perpustakaan.
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA CHEW YI TIEN FEM 2013 20 PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA By CHEW YI TIEN Thesis Submitted
More informationISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture
THE PETRONAS TWIN TOWERS AND THE KUALA LUMPUR CITY CENTRE FROM THE PERSPECTIVE OF CRITICAL REGIONALISM ISMAEEL OTUOZE AUDU A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationAPLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih
APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
More informationMeme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 34(1) 2018: 75-96 Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya FAIZUL NIZAR ANUAR FAUZIAH AHMAD SABARIAH MOHAMED SALLEH
More informationTAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah
TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah Ngah@Muhammad 1 Faculty of Film, Theatre and Animation Universiti Teknologi MARA Selangor,
More informationGARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:
GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM 2010 1.0 Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut: i. Makalah jurnal termasuk laporan kes dan ulasan (review) ii. Buku
More informationEEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA Masa : 3 Jam Sila pastikan kertas peperiksaan ini mengandungi LIMABELAS
More informationANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN
Anugerah Penerbitan Buku UiTM 2013 : Kriteria, Syarat & Peraturan 1 dari 2 ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ASAS ANUGERAH Anugerah ini diberikan kepada penulis buku ilmiah
More informationANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN
ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ASAS ANUGERAH Anugerah ini diberikan kepada penulis buku ilmiah asli yang bukunya telah menerima anugerah / hadiah pada peringkat kebangsaan
More informationUNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination 2014/2015 Academic Session December 2014/January 2015 EEE 130 DIGITAL ELECTRONIC I [ELEKTRONIK DIGIT I] Duration : 3 hours [Masa : 3 jam] Please check
More informationUNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2013/2014 Oktober 2013 DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II] Masa: 3 jam Please make sure that this question paper has FIFTEEN
More informationRosmani Omar 1 Siti Ezaleila Mustafa 2. Accepted date: 6 May 2017 Published date: 26 December 2017
Volume: 2 Issues: 6 [December, 2017] pp.183-201] International Journal of Education, Psychology and Counseling eissn: 0128-164X Journal website: www.ijepc.com BUKU DIGITAL INTERAKTIF KANAK-KANAK DI MALAYSIA:
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM FBMK 2013 62 THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH
More informationAPLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA
APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA Muhammad Shahrin Rahili Mohd Syazwan Baharuddin Zainal Rasyid Mahayuddin ABSTRAK Kanak-kanak tidak dapat membayangkan anatomi sebenar
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI FK 2014 35 DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION
More informationISPUB.COM. Perception of Authors in e-publishing. N Shiratuddin, Z Othman, K Ahmad, S Hassan INTRODUCTION TRADITIONAL PUBLICATION MODEL
ISPUB.COM The Internet Journal of Medical Informatics Volume 2 Number 2 N Shiratuddin, Z Othman, K Ahmad, S Hassan Citation N Shiratuddin, Z Othman, K Ahmad, S Hassan.. The Internet Journal of Medical
More informationDOWNLOAD PDF DIREKTORI KANDUNGAN DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.
Chapter 1 : PNM Cadang Tambah Kandungan Digital Kepada Juta Halaman Untuk Pengunjung Kurang Up Panduan Pembaharuan Buku Pinjaman Secara Atas Talian. Jadual tarikh bengkel dan tarikh Peperiksaan terkini.
More informationHBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2006/2007 Oktober/November 2006 HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN Masa: 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan
More informationDEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG
DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG This Report Is Submitted In Partial Fulfillment of Requirements for the Bachelor Degree in Electronic Engineering (Industrial
More informationRisiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki
Jurnal Teknologi Full paper Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki Jamaiah H. Yahaya a,*, Nor Fazila Hamzah a, Aziz Deraman b, Yusmadi
More informationPENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE
ABSTRAK PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE Norfarizah Mohd Bakhir dan Mohamad Fauzi Abd Mukti Universiti Sains Malaysia, MALAYSIA farizah@usm.my MOMANCE (Interactive Motion Music
More informationV ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist
i. H i t!! i',,-.-!. :..' %.M, i.» '\t i y v.-kvv-'! lvi»». ; -t.';. ;;. i. i h i < f L. i l- n. ' v i» i A 5 : -V : : u l i < A.. : 1. V»-' i I. i..» i-ni { V ' -IP.: V^i-tiS
More informationSYARAT PENCALONAN DAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH TOKOH PENERBITAN
SYARAT PENCALONAN DAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH TOKOH PENERBITAN (1) Cadangan Nama Calon Terdiri daripada DUA kaedah, iaitu calon yang dicalonkan oleh rakan sekepakaran atau dicalonkan oleh fakulti/kumpulan
More informationAPLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)
APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH) NURUL HANANI JAMALUDIN AZRULHIZAM SHAPI I Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kemajuan teknologi telah merevolusikan komunikasi
More informationABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh
ABSTRAK Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh pelukis Malaysia iaitu Syed Ahmad Jamal dan Mohd. Hoessein Enas. Penelitian adalah merujuk kepada kaedah
More informationANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib
ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT Mohd Rasyidi Bin Talib Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Sinematografi) 2010 ANALISA TERHADAP KARATERISTIK FILEM CULT MOHD RASYIDI BIN TALIB Projek ini merupakan
More informationMaterialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial
seminar falsafah malaysia iii institut penyelidikan anwar ibrahim 8 & 9 ogos 2015 Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial ahmad naziruddin zakaria Abstrak Diskusi tentang falsafah marxisme
More informationKAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK
KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK Laporan projek ini dihantar bagi memenuhi keperluan syarat pengijazahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
More informationElemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris
e-issn 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314 Vol. 14: (Dec) 2018 Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Elements
More informationPERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/07) PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN
More informationPenubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima
Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima Prof. Madya Dr. Joseph M. Fernando Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (Draft only, not to be cited)
More informationPendapatan Social Media Influencers (SMIs) Dalam Kalangan Generasi Z
Pendapatan Social Media Influencers (SMIs) Dalam Kalangan Generasi Z *Nursyamimi Harun Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) *nursyamimi@kuis.edu.my Nurul Jamilah Kolej Universiti Islam Antarabangsa
More informationSatu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang, mata pelajaran perkara dan topik
KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN 2.4 Pengkelasan dan Pengkatalogan 2.4.1 Pengenalan Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY SAMAN SHARIATI-RAD FBMK 2014 19 A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S
More informationE-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEH
More informationANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012
Anugerah Penerbitan Buku UiTM 2012: Kriteria, Syarat & Peraturan 1 dari 2 ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ASAS ANUGERAH Anugerah ini diberikan kepada penulis buku ilmiah
More informationPERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS
48 PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS Nor Hasniza Ibrahim, Mohammad Yusof Arshad dan Johari bin Surif Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak
More informationUNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2015/2016 Jun 2016 EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1] Duration : 3 hours Masa : 3 jam Please make sure that this paper
More informationDEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI
DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI This Report Is Submitted In Partial Fulfillment Of The Requirement For The Bachelor Degree Of Electronic Engineering (Industrial Electronic) Faculty
More informationARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL
KADHIM FATHEL KHALIL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2013 by KADHIM FATHEL KHALIL Thesis submitted in fulfillment of the requirements for the degree of Doctor of Philosophy May 2013 ACKNOWLEDGMENT Endings do
More informationAnalisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan
Analisis Data Kualitatif MTE3133: Penyelidikan Tindakan Analisis Data Kualitatif Analisis kandungan Mengkategorikan data Mengekodkan data Menyusun data dalam grid analisis Mengenal pasti tema / corak dan
More informationSulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim
Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia http://www.ums.edu.my 2017 Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) Universiti Malaysia
More informationSISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN
SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN Fakulti Teknologi Dan Sains Dan Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kemalangan
More information8-BITS X 8-BITS MODIFIED BOOTH 1 S COMPLEMENT MULTIPLIER NORAFIZA SALEHAN
8-BITS X 8-BITS MODIFIED BOOTH 1 S COMPLEMENT MULTIPLIER by NORAFIZA SALEHAN Report submitted in partial fulfillment of the requirements for the degree of Bachelor of Engineering (Electronic Enginering)
More informationUNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Peperiksaan Akhir Semester Kedua Sidang Akademik 2016/2017 Jun 2017 PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital] Masa : 3 jam Please make sure that this question paper has
More informationLaporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References
Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih Kamarul Azmi Jasmi Fakulti Tamadun Islam, UTM, qamar@utm.my Suggested Citation: Jasmi, Azmi Kamarul. 2017. Laporan Penilaian
More informationGARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:
GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM 2012 1.0 Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut: i. Makalah jurnal termasuk laporan kes dan ulasan (review) ii. Buku
More informationINSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.
SECTION B : 60 MARKS BAHAGIAN B : 60 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan berstruktur. Jawab
More informationCOLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG
COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG May 2011 i SMART COLOR SORTING ROBOT YEOW KHANG YUNG This report is submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the Bachelor
More informationFAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang
FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan seni ) 2014 PENGURUSAN STUDIO TATU DI KUCHING,
More informationAbstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak
17 Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Haslina Ishak haslina_ishak@moe.edu.sg Nuraina Mohamed Sin nuraina_mohamed_sin@moe.edu.sg Sekolah Rendah Fuhua Abstrak Murid perlu diberikan
More informationElemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain
Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris Mastura binti Mohd Zain Institut Kefahaman Islam Malaysia ABSTRAK Elemen balasan merupakan salah satu elemen
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA SUSAN ANG NGAR JIU FEM 2011 18 MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND
More information(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad
KEPENTINGAN KOMUNIKASI NON VERBAL DALAM ORGANISASI (The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad ABSTRAK Kertas
More informationAPLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia
APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia Amira binti Suhaimi Prof Dr Masri Ayob Fakulti Teknologi & Sains
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK 2008 13 Dedikasi buat suamiku Awang Ismail yang amat memahami, anak-anakku Amal, Ain, Anas, Azeem dan Arief yang
More informationMengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)
1 Jurnal Personalia Pelajar 19(2016): 1-10 [PREVIEW COPY] Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)
More informationTitle of Manuscript (Format and Guidelines for Manuscript Preparation and Submission to Jurnal Kejuruteraan)
Title of Manuscript (Format and Guidelines for Manuscript Preparation and Submission to Jurnal Kejuruteraan) (Tajuk Manuskrip Format dan Garis Panduan Penyediaan Manuskrip dan Penghantaran ke Jurnal Kejuruteraan)
More informationAnalisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif
38 KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif Analysis of Semiotic Approach in Artwork by Mohd Arif: Pembukaan (2013) Adam
More informationPersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm
9 PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm 175 HAMIDAH ABD RAHMAN ROZEYTA OMAR 1.0 Pengenalan Aset sesebuah organisasi di era ekonomi digital ini ialah kepintaran
More informationINFORMIKA JILID 1,2011
INFORMIKA JILID 1,2011 Penerbit Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA Sidang Editor Shaharom TM Suiaiman (Ketua) Wan Ab. Kadir Wan Dollah (Timbalan Ketua Editor) Editor Pelaksana Hasnah
More informationKajian Pegurusan Doktor Falsafah
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/317684720 Kajian Pegurusan Doktor Falsafah Book August 2017 CITATIONS 0 READS 16 2 authors,
More informationUNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2013/2014 May 2014 EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1] Duration : 3 hours Masa : 3 jam Please make sure that this paper
More information