FESTIVAL SENI MUZIK TRADISIONAL MRSM SE-MALAYSIA (FESMA) KALI KE-7, MRSM PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU KELANTAN TARIKH: 06-09 SEPTEMBER 2018 ANJURAN: BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA (BPM) TEMPAT: MRSM PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN A PERATURAN UMUM PERTANDINGAN AKAN DIJALANKAN SECARA SEPUSINGAN SAHAJA IAITU 10 MINIT. LAGU WAJIB DAN LAGU PILIHAN DIJALANKAN SECARA SERENTAK Pertandingan akan dijalankan dalam Tiga (3) kategori sahaja. I GAMELAN (Kunci nada set Gamelan yang disediakan adalah dari nada C ) II CAK LEMPONG ( Sila bawa peralatan masing-masing ) III MUZIK TRADISIONAL (cth,kulintangan /dikir barat / ghazal / angklung / DLL.utk lain-lain,sila nyatakan kepada urusetia pertandingan, jenis muzik tradisional yang hendak dipersembahkan) SYARAT MENGIKUT KATEGORI 1- KATEGORI GAMELAN i- SENARAI LAGU WAJIB GAMELAN TRADISIONAL INSTRUMENTAL TANPA NYANYIAN 1. AYAK-AYAK 2. PERANG BESAR 3. LAMBANG SARI 4. NONGGA 5. KUNANG-KUNANG MABUK 6. TONGKANG MASUK 7. MULEH/PEMULEH 8. KETAWANG 9. LONANG 10. PERANG MANGGUNG 11. TOPENG ii- LAGU PILIHAN GAMELAN KREATIF INSTRUMENTAL TANPA NYANYIAN Satu lagu pilihan, lagu bebas Lagu pilihan mestilah mengikut peralatan muzik daripada lagu wajib. Jika peralatan gamelan untuk lagu pertama,lagu ke-2 juga harus menggunakan gamelan sebagai asas lagu,tetapi boleh ditambah dengan peralatan lain seperti gitar,keyboard,peralatan gendang dan sebagainya. Lagu tradisional atau moden atau kontemporeri. Lagu melayu/inggeris.
2- KATEGORI CAK LEMPONG i- SENARAI LAGU WAJIB CAK LEMPONG TRADISIONAL INSTRUMENTAL TANPA NYANYIAN 1. BUGIH LAMO 2. TAK TUN TUN 3. OGHANG SOMONDO 4. BONGHAI 5. TAKANA JUO 6. AYAM DEN LAPEH 7. MERBAU 8. SILA KEMUKAKAN KEPADA URUSETIA JIKA ADA LAGU LAIN SELAIN DARI LAGU DI ATAS ii- LAGU PILIHAN CAK LEMPONG KREATIF INSTRUMENTAL TANPA NYANYIAN Satu lagu pilihan, lagu bebas Lagu pilihan mestilah mengikut peralatan muzik daripada lagu wajib. Jika peralatan cak lempong untuk lagu pertama,lagu ke-2 juga harus menggunakan alat cak lempong sebagai asas lagu,tetapi boleh ditambah dengan peralatan lain seperti keyboard,peralatan gendang dan sebagainya. Lagu tradisional atau moden atau kontemporeri. Lagu melayu/inggeris. 3- KATEGORI MUZIK TRADISIONAL LAIN-LAIN LAGU WAJIB TANPA NYANYIAN Mengikut lagu tradisional peralatan kumpulan muzik yang hendak dipersembahkan contoh :- Kumpulan ghazal,lagu-lagunya seperti 1. PENAWAR RINDU 2. DIA DATANG 3. KUMPULAN KULINTANGAN 4. LAGU-LAGU TRADISIONAL SABAH. 5. KUMPULAN MUZIK SAPE 6. LAGU-LAGU TRADISIONAL SARAWAK LAGU PILIHAN TANPA NYANYIAN Sama seperti kategori gamelan dan cak lempong
B- PENYERTAAN Penyertaan dalam pertandingan adalah terbuka kepada semua kumpulan muzik MRSM sahaja. KATEGORI BIL.PESERTA LAGU TEMPAT GAMELAN 15 Lagu wajib Lagu pilihan CAK LEMPONG 15 Lagu wajib MUZIK TRADISIONAL 15 Lagu pilihan Lagu wajib Lagu pilihan DEWAN BITARA MRSM PENGKALAN CHEPA C- PAKAIAN Pakaian dan seragam untuk semua ahli yang menyertai pertandingan hendaklah bersesuaian dan bersopan serta menutup aurat bagi peserta lelaki dan perempuan (peserta non-muslim digalakkan memakai tight ). D- ATURAN PERSEMBAHAN 1. Giliran persembahan akan dibuat melalui undian. 2. Arahan keluar, masuk ke dalam dewan persembahan adalah mengikut yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal. E- REPERTOIRE & PERSEMBAHAN 1. Persembahan kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian adalah mengikut kreativiti masing-masing. 2. Persembahan yang mengandungi elemen-elemen tempatan seperti lagu, rentak dan alat muzik tempatan adalah digalakkan. F- JANGKA MASA PERSEMBAHAN 1. Masa yang diberikan pada setiap pasukan tidak melebihi 10 minit merangkumi perkara-perkara berikut: i. Masuk ii. Penyediaan iii. Persembahan iv. Berkemas v. Keluar 2. Pemberian markah adalah berdasarkan persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti di atas.
3. Jangka masa persembahan diambil kira bermula daripada masuk kedalam dewan (gong kecil akan dibunyikan) dan berakhir selepas peserta terakhir meninggalkan dewan. 4. Persembahan pasukan-pasukan adalah mengikut giliran yang ditetapkan dalam satu aliran yang berterusan. 5. Cara setiap pasukan masuk ke ruang persembahan adalah seperti berikut: i. Semasa pengumuman dibuat dan selepas gong kecil dibunyikan pasukan yang akan membuat persembahan mula bergerak masuk daripada tempat persediaan yang ditetapkan. ii. Bunyi iringan dibenarkan mengiringi pasukan yang masuk untuk membuat persembahan. 6. Cara setiap pasukan keluar daripada dewan persembahan adalah seperti berikut: i. Sebaik tamat persembahan, pasukan bergerak keluar daripada dewan bahan melalui laluan keluar (exit point) yang telah ditetapkan. ii. Bunyi iringan dibenarkan mengiringi pasukan keluar daripada dewan persembahan. iii. Pasukan perlu mengemas semua peralatan untuk keluar sebaik pengacara memberi ucapan terima kasih kepada pasukan yang baru membuat persembahan. iv. Jumlah masa berakhir sebaik sahaja mana-mana ahli pasukan mula melepasi tanda keluar yang ditentukan. v. Semua peralatan dan bahan persembahan termasuk mesti diangkut keluar daripada ruang persembahan.
G- ALAT MUZIK 1. Penggunaan alat muzik adalah mengikut kategori dan kreativiti setiap pasukan bertanding. 2. Jawatankuasa penganjur / TUAN RUMAH hanya menyediakan satu set alat muzik Gamelan beserta peralatan muzik moden sebagai alatan tambahan untuk lagu pilihan iaitu :- GAMELAN BERNADA C 1 1 SET BONANG BARUNG 2 1 SET BONANG PENERUS 3 1 SET KENONG 4 1 SET GONG SUWUKAN 5 1 SET GONG AGUNG 6 2 BIJI GENDANG 7 1 SET GAMBANG 8 1 SET SARON DEMUNG 9 1 SET SARON BARUNG 10 1 SET SARON PENERUS 11 1 SET SLANTEM PERALATAN UNTUK LAGU PILIHAN 1 1 SET DRUM SET COME WITH -STOOL/HI HAT/14 & 16 CRASH CYMBALS/20 0R 22 RIDE CYMBALS -PEDAL/DRUM STICK 2 2 UNIT KEYBOARDS AMPLIFIER 3 2 UNIT GUITAR AMPLIFIER 4 1 UNIT BASS AMPLIFIER
H- SISTEM PENGHAKIMAN & PEMARKAHAN 1. Penghakiman dan pemarkahan adalah seperti berikut :- A. Lagu Wajib : Markah Markah Semangat dan Tenaga 20 % Disiplin Alat 20% Keaslian Melodi 20% Masa(tempo)/ Ritma (Rhythm) 20% Kreativiti Persembahan 10% Kostium 10% Jumlah keseluruhan 100% B. Lagu pilihan : Markah Markah Semangat dan Tenaga 20 % Disiplin Alat 20% Melodi 20% Masa(tempo)/ Ritma (Rhythm) 20% Kreativiti 10% Kostium 10% Jumlah keseluruhan 100% SYARAT TAMBAHAN 1-MAKTAB YANG MENYERTAI KATEGORI CAK LEMPONG DAN MUZIK TRADISIONAL LAIN2 DIKEHENDAKI MEMBAWA PERALATAN SENDIRI. 2- SETIAP KUMPULAN DIKEHENDAKI MEMBAWA PEMUKUL PERALATAN BAGI KATEGORI MASING-MASING.