UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

Similar documents
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

How to Produce & Transform?

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APLIKASI SIFAT DAN FOKUS TEORI PENERBITAN DALAM BUKU ILMIAH BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU SAADAH BINTI HAJI JAFFAR

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

FIGURATIVE EXPRESSIONS IN JOHN STEINBECK S THE PEARL A THESIS BY: ENY NOVEYONA PURBA REG. NO

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

16 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.26, JUL 2018

SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FATHER-SON CONFLICT FROM MYTHOLOGICAL AND ARCHETYPAL PERSPECTIVES IN ROSTAM AND SOHRAB AND OEDIPUS REX

PUJIAN DALAM KRITIKAN: ANALISIS BENTUK DAN STRATEGI KESANTUNAN

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM OPTICAL AND ELECTRICAL PROPERTIES OF ORGANIC AND POLYMER LAYERS OF LIGHT EMITTING DIODE STRUCTURE

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 4

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

A STYLISTICS ANALYSIS IN FARHAT ABBAS TWITTER CRITICISM TO AHMAD DHANI ON ABDUL QODIR JAELANI S TOL JOGORAWI ACCIDENT CASE THESIS

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

AN ANALYSIS OF FIGURATIVE LANGUAGE USED IN ED SHEERAN S SONGS

Chapter 3 Internship Activities

METAPHORICHAL EXPRESSION IN THE BEATLES LOVE. STIBA Saraswati Denpasar ABSTRACT

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NEW TUNABLE ALL-FIBER OPTICAL COMB FILTER BASED ON MACHZEHNDER INTERFEROMETER

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Visual And Verbal Communication In Michael Jackson s Video Clip Entitled Black Or White. Abstrak

INTERPERSONAL MEANING ANALYSIS OF CAPTION ON INSTAGRAM PRODUCED BY TERTIARY STUDENTS DURING 2017

Contoh : mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK 2008 13

Dedikasi buat suamiku Awang Ismail yang amat memahami, anak-anakku Amal, Ain, Anas, Azeem dan Arief yang sentiasa mengerti, kedua-dua ibu bapa yang sentiasa mendoakan dan sahabat yang sentiasa memberi harapan. Terima kasih kepada semua. i

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy. RHETORIC IN ABDULLAH HUSSAIN S NOVELS By SOBARIAH BINTI BAHARUM Januari 2008 Chairman: Faculty: Zaitul Azma binti Zainon Hamzah, PhD Faculty of Modern Languages and Communication Rhetoric means the art, competence and effective usage of language, either in oral or writing. In communication, rhetoric is the skill and competence of speaking, using the language effectively in order to win over an audience or a listener. In essay writing, rhetoric is the art of using attractive writing style; beautiful and effective word choices with the goal of influencing the reader. The understanding of this concept guides the researcher to make a study in linguistic field with five Abdullah Hussain s novels being used as the subject of the study. The rational for these novels as the subject of the study is the genre relevance as rhetoric tool because novels are not read just for fun or amusement but they serve as a medium for disseminating the author s ideas, ideologies or discourses about human life or events to the reader too. Even though many studies on Malay novels had been carried out by local scholars, an exhaustive linguistic study that focuses on the rhetoric elements is quite rare. Base on the ii

researcher searches on the Malay corpus, most of these linguistic studies are based on the rhetoric elements usage in advertisement, public speaking, and poems. This descriptive study is based on the Rhetoric Theory. The content analysis approach is used to examine the texts context and contextual elements. The main objective or focus of the study is to identify the type, structure, form, and the style of the rhetoric used in these Abdullah Hussain s novels. Besides that, this research is to examine and explain the relations between the rhetoric signs in the texts vis a vis to their functions and to the author s ideas. The findings of this research shows that the author used five types of rhetoric in his novels, namely, narrative, descriptive, exposition, argumentative and persuasive. From the structural analysis perspective, the rhetoric types used in the novels are the grammatical and lexical items, phrases, clauses, sentences as well as discourses. The research findings reveal that the author s rhetoric style usage includes comparative stylistic, repetition and highlighting, confrontational approaches and extensive usage of linguistic forms of proverb and metaphor. And, the analysis of the rhetorical signage reveals that these rhetoric signs have direct relation to the author ideas of propagating his social critiques to his readers. Hence, rhetoric is an important element utilized in the writing of an author to gloss up his works as well as to win over his audience. iii

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN Oleh SOBARIAH BINTI BAHARUM Januari 2008 Pengerusi: Zaitul Azma binti Zainon Hamzah, PhD Fakulti: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Retorik bermaksud penggunaan bahasa secara berseni, berketerampilan dan berkesan sama ada dalam pertuturan atau penulisan. Dari aspek keterampilan komunikasi, retorik bermaksud kebijaksanaan dan kepandaian bertutur atau berhujah dengan menggunakan bahasa secara efektif untuk mempengaruhi khalayak atau pendengar. Dari perspektif penulisan pula, retorik merupakan seni penulisan yang menggunakan bahasa yang indah, bergaya, menarik dan berkesan dalam mempengaruhi pembaca. Seiring dengan pemahaman terhadap konsep ini, kajian dalam bidang linguistik yang menggunakan lima buah novel karya Abdullah Hussain sebagai bahan kajian dilaksanakan. Pemilihan novel sebagai bahan kajian amat sesuai kerana novel merupakan alat retorik yang mempersembahkan cerita sambil menerapkan pemikiran dan mesej tentang peristiwa dan kehidupan manusia. Walaupun banyak kajian mengenai novel Melayu telah dilakukan oleh sarjana tempatan namun kajian yang menjurus kepada aspek linguistik terutama kajian yang iv

meneliti aspek retorik secara mendalam, sukar ditemui. Berdasarkan sorotan kajian, didapati kajian yang melibatkan aspek retorik sebelum ini banyak menggunakan genre bukan novel seperti iklan, pidato, dan puisi. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan Teori Retorik sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti teks secara tekstual dan kontekstual. Tumpuan utama atau objektif kajian adalah bertujuan mengenal pasti jenis, struktur dan gaya retorik yang terdapat dalam novel-novel Abdullah Hussain. Selain itu, kajian ini juga bertujuan meneliti dan menjelaskan hubungan antara fungsi dan pemikiran pengarang dengan petanda retorik yang digunakan dalam novelnovel yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua jenis retorik iaitu jenis naratif, deskriptif, eksposisi, argumentatif dan persuasif terdapat dalam novelnovel Abdullah Hussain. Berdasarkan analisis dari sudut struktur, didapati bahawa retorik digunakan dalam semua bentuk bahasa sama ada dalam bentuk kata, frasa, klausa, ayat, atau wacana. Manakala analisis dari sudut gaya retorik menghasilkan dapatan yang menunjukkan bahawa Abdullah Hussain menggunakan pelbagai gaya retorik iaitu gaya perbandingan, pertautan, pertentangan dan perulangan yang diolah sebaik mungkin dalam karya-karya beliau. Akhirnya, analisis terhadap petanda-petanda retorik memperlihatkan bahawa elemen tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan pemikiran dan hasrat pengarang dalam menyampaikan v

amanat dan kritik sosial terhadap masyarakat pembacanya. Dalam erti kata lain, retorik dalam penulisan merupakan elemen terpenting yang digunakan pengarang dalam menghidupkan karya dan mempengaruhi pemikiran pembaca. vi

PENGHARGAAN Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-nya, saya dapat menyiapkan tesis ini bagi memenuhi syarat penganugerahan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia. Seterusnya dengan kesempatan yang ada, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih terutama sekali kepada barisan penyelia iaitu Dr. Zaitul Azma binti Zainon Hamzah, Dr. Arba ie bin Sujud dan Dr. Mohd. Azidan bin Abdul Jabar yang banyak membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai harganya sehingga tesis ini dapat disiapkan. Terima kasih juga saya rakamkan kepada semua kakitangan dan pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang banyak membantu sepanjang pengajian saya di Universiti Putra Malaysia. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya dan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka yang memberikan kerjasama sehingga kajian ini berjaya disiapkan. vii

Saya mengucapkan terima kasih kepada Sasterawan Negara, Abdullah Hussain kerana novel-novelnya dijadikan bahan kajian. Seterusnya terima kasih juga ditujukan kepada keluarga yang banyak memberikan kerjasama, sokongan, dorongan dan masa yang bernilai sepanjang pengajian saya. Semoga kejayaan menambah khazanah ilmu akan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Akhir kata, harapan saya agar usaha dan kerjasama semua pihak dapat diterima dan diberi ganjaran sebagai sebahagian daripada amal kebajikan oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya segala kekurangan dan kelemahan datangnya daripada saya kerana sesuatu yang lengkap dan sempurna itu milik-nya sahaja. Terima kasih. viii

Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Pemeriksa telah berjumpa pada 11 Januari 2008 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Sobariah binti Baharum untuk menilai tesis Doktor Falsafah beliau yang bertajuk Retorik dalam Novel-Novel Abdullah Hussain mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa tersebut telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut: Noor Aina binti Dani, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. (Pengerusi) Ahmad Mahmood bin Musanif, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam) Abdul Rashid bin Daing Melebek, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam) Nor Hashimah binti Jalaluddin, PhD Profesor Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (Pemeriksa Luar) HASANAH MOHD. GHAZALI, PhD Profesor dan Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: 26 Mei 2008 ix

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut: Zaitul Azma binti Zainon Hamzah, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Arba ie bin Sujud, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) Mohd. Azidan bin Abdul Jabar, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) AINI IDERIS, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia. Tarikh: 12 Jun 2008 x

PERAKUAN Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain. SOBARIAH BINTI BAHARUM Tarikh: 11 Januari, 2008 xi

KANDUNGAN Halaman DEDIKASI ABSTRACT ABSTRAK PENGHARGAAN APPROVAL PERAKUAN KANDUNGAN SENARAI RAJAH i ii iv vii ix xi xii xiv BAB I PENDAHULUAN 1 Pengenalan Retorik : Jenis, Struktur, dan Gaya Retorik dalam Novel Abdullah Hussain dan Karya Novel xii 1 5 37 43 Penyataan Masalah 51 Objektif Kajian 57 Soalan Kajian 58 Kepentingan Kajian 59 Skop Kajian 61 Definisi Operasional 63 Retorik 63 Novel 64 Kesimpulan 65 II SOROTAN KAJIAN 66 Pengenalan 66 Sejarah Perkembangan Retorik 68 Kajian Novel 73 Kesimpulan 92 III METODOLOGI KAJIAN 93 Pengenalan 93 Kerangka Konsepsi Kajian Kaedah Kajian Prosedur Kajian 93 112 112 Subjek Kajian 113 Penganalisisan Data 114

Kesimpulan 116 IV DAPATAN KAJIAN 117 Pengenalan 117 Jenis, Struktur, dan Gaya Retorik 117 Fungsi Retorik 324 Retorik dan Pemikiran Pengarang 366 Kesimpulan 384 V KESIMPULAN DAN CADANGAN 387 Kesimpulan 387 Cadangan 391 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN BIODATA PENULIS 393 xiii

SENARAI RAJAH RAJAH 1. Pengkelasan Retorik 42 2. Darjah kerelevanan antara usaha memproses maklumat dengan kesan konteks. 106 3. Kerangka Konsepsi Kajian 111 xiv

. xv

xvi

BAB I PENDAHULUAN Pengenalan Retorik ialah seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu seni yang memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan, dan khalayak. Selain itu, retorik juga merupakan seni atau kepandaian komunikasi yang efektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), retorik bermaksud teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Maksud lain bagi retorik ialah seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pembaca dan pendengar. Menurut Asmah (1998), retorik bermakna kajian tentang penggunaan bahasa secara berkesan. Berdasarkan konteks yang sesuai, retorik juga dapat diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, atau juga ciri-ciri yang berkesan dalam bahasa. Menurut Lanham (1991), retorik merupakan seni dalam mendapatkan keyakinan seseorang melalui wacana bahasa. Hal yang sama turut dikemukakan oleh Raminah Sabran (2002), iaitu retorik ialah seni penulisan. Retorik menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, 1

idea, dan saranan, atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya, atau perasaannya dengan jelas dengan gaya yang berkesan. Pemahaman penulis tentang retorik dan kecekapan menerapkannya amat penting untuk membolehkannya menghasilkan penulisan yang terdiri daripada wacana yang kukuh. Beberapa jenis retorik yang lazim digunakan penulis dalam sesuatu penulisan atau karya ialah retorik pendedahan atau eksposisi, naratif, deskriptif, penghujahan dan pemujukan. Antara jenis tersebut, retorik pendedahan atau eksposisi merupakan retorik paling umum digunakan dalam penulisan, malah dianggap retorik paling asas. Retorik jenis ini digunakan dalam membuat pendedahan sesuatu isu, konsep, pandangan, proses dan sejarah sesuatu dengan menggunakan teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi. Secara lebih mendalam, retorik pendedahan merupakan cara penulis menyampaikan idea atau pandangan, menginterpretasi peristiwa, menganalisis masalah sosial dan isu politik, menghuraikan hasil kajian, menerangkan konsep, memberikan definisi, dan sebagainya. Malah dalam mengapilikasi retorik jenis-jenis lain sama ada jenis naratif, deskriptif, penghujahan, atau pemujukan, unsur retorik pendedahan turut digunakan sebagai penerapan. Sebagai contoh, dalam retorik penghujahan, penulis menggunakan retorik pendedahan untuk menjelaskan hujah atau bukti yang dikemukakannya. Begitu juga dengan retorik pemerian atau deskriptif, penulis menggunakan retorik pendedahan untuk memerihalkan sesuatu yang mahu diperihalkannya. 2

Tegasnya, retorik pendedahan merupakan jenis penulisan yang bertujuan untuk menghuraikan atau menjelaskan apa juga yang dapat diterangkan atau dijelaskan. Berkaitan dengan retorik pemujukan, Raminah Sabran (2002) menjelaskan bahawa retorik pemujukan bermatlamat memujuk pembaca berbuat sesuatu, seperti yang diharapkan penulis. Sebagai contoh jika seseorang menghasilkan penulisan yang bertujuan untuk mendapatkan simpati pembaca terhadap kesengsaraan hidup seseorang, dan seterusnya meminta pembaca memberikan derma untuk membantunya, penulisan itu dikatakan bersifat pujukan. Antara cirinya, pertama, penulis perlu mengusulkan tindakan atau langkah yang harus dilakukan oleh audiens. Tindakan itu perlu jelas, khusus, dan dapat difahami oleh pembaca malah jika perlu wajar diulang. Ciri kedua, bukti dan tujuan perlu diadun dengan kemas dan berkesan. Dengan kata lain, penulis berupaya untuk menghubungkaitkan hujah dengan tindakan yang disarannya. Hujah mesti jelas dan dapat menjadi bukti yang kukuh untuk merangsang tujuan atau tindakan. Sebagai contoh, jika penulis menyatakan sesuatu itu lemah, kelemahan itu perlu dibuktikan dengan tepat dan jelas. Penulis juga perlu memberikan saranan untuk mengatasi kelemahan itu. Kedua-duanya pula mestilah meyakinkan. Saranan perlu relevan dan memang diyakini boleh mengatasi kelemahan serta dapat mendorong pembaca untuk bertindak. 3

Ciri ketiga, gaya penyampaian hujah dan saranan mestilah berkesan, bersifat imaginatif dan emotif. Keupayaan penulis untuk menguasai audiens amat penting. Diksi yang tepat dan jalinan ayat yang kemas dan pelbagai memainkan peranan penting kerana kedua-duanya dapat memberikan tenaga kepada penulisan untuk menarik perhatian pembaca. Selain itu, penulis sendiri harus mempunyai keyakinan terhadap ketepatan dan kelemahan sesuatu yang diperkatakan. Hal sama di atas turut dikemukakan oleh Stott dan Avery (2001) yang menyatakan bahawa sesuatu penulisan yang baik memerlukan gaya yang berkesan. Gaya merupakan perkataan yang digunakan untuk menjelaskan cara penutur atau penulis melahirkan idea atau perkara yang ingin disampaikan kepada pendengar atau pembaca. Gaya merupakan tatacara mengekspresi fikiran yang menggunakan bahasa sebagai medium. Kajian gaya sering dikaitkan dengan corak penulisan yang lazim digunakan oleh seseorang pengarang dalam karya-karyanya, dan corak penulisan dalam sesuatu zaman tertentu. Dalam kajian tersebut, antara aspek yang diteliti ialah aspek pemilihan kata, struktur ayat dan susunan kata, penggunaan bahasa kiasan seperti metafora dan simile, dan penggunaan unsur-unsur retorik, termasuklah dari sudut matlamat atau tujuannya. Dalam hal ini, pemilihan novel sebagai bahan kajian untuk meneliti aspek retorik, matlamat dan tujuannya amat sesuai dengan penyataan di atas. 4

Selain itu, penggunaan genre novel yang banyak digunakan oleh para sarjana sebagai sumber kajian bukan sahaja dapat menjelaskan penggunaan gaya bahasanya, malah turut mendedahkan tingkah laku dan budaya manusia yang terkandung di dalamnya. Hal ini demikian kerana novel adalah rakaman pemikiran dan catatan pengembaraan rohaniah seseorang pengarang yang tidak terkeluar dari realiti alam sekitar dan bertunjangkan falsafah dan budaya masyarakatnya. Selain itu, kajian berkaitan retorik dalam novel masih kurang berbanding kajian dalam bidang iklan dan pidato. Berdasarkan alasan-alasan tersebut, dan masalah kajian yang akan dijelaskan dalam bahagian seterusnya, pemilihan novel-novel karya Abdullah Hussain dalam penelitian aspek retorik yang menjadi teras kajian ini amat sesuai dilaksanakan. Retorik : Jenis, Struktur, dan Gaya Retorik merupakan kemahiran dan keterampilan dalam berbahasa. Sloane (2001), menyatakan retorik sebagai seni atau teknik penghujahan atau pengucapan sama ada secara lisan atau bertulis. Selari dengan Lanham (1991) yang menyatakan retorik sebagai seni dalam pengucapan yang berketerampilan, Campbell (2001) menyatakan retorik sebagai seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan yang bertujuan menyampaikan sesuatu maksud dan tujuan dengan lebih berkesan. Demikian juga dengan Enos dan Brown (1993) yang menjelaskan bahawa dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau propaganda, retorik adalah alat dalam 5

penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai. Selaras dengan pandangan bahawa retorik sebagai satu set kemahiran dalam berbahasa, kemahiran retorik melibatkan beberapa kemahiran iaitu penguasaan tatabahasa, penggunaan pelbagai ragam bahasa, penyampaian pemikiran secara teratur serta penguasaan pelbagai bentuk dan corak penulisan (Stott dan Avery, 2001). Justeru, retorik dianggap seni pemakaian bahasa dalam ucapan atau tulisan yang bertujuan menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Sebagai satu seni dalam pengucapan dan penulisan, kajian retorik boleh dijelaskan melalui pelbagai aspek misalnya melalui aspek jenis, gaya, struktur dan fungsinya. Jenis-jenis retorik boleh diteliti berdasarkan corak persembahan kandungan ucapan atau teksnya itu sama ada berbentuk naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), argumentatif (penghujahan) atau persuasif (pemujukan). Gaya retorik pula boleh dijelaskan berdasarkan gaya bahasa yang digunakan yang lazimnya melibatkan penggunaan unsur-unsur gaya bahasa yang memerlukan penelitian semantik seperti penggunaan unsur-unsur kiasan atau perbandingan, perulangan, pertautan, dan pertentangan, atau dalam erti kata lain penggunaan gaya bahasa yang mempunyai maksud yang berlapis atau tersirat (Tarigan, 1985). Penelitian struktur retorik pula boleh dijelaskan dengan meneliti setiap elemen tatabahasa yang terjalin dalam sesuatu pembentukan ucapan atau 6

penulisan tersebut. Elemen-elemen itu termasuklah pemilihan atau penggunaan perkataan, frasa, klausa, ayat, dan wacananya. Walaupun elemen-elemen ini dilihat menurut tatatingkat tatabahasa, namun penjelasan yang dikemukakan tidak secara terpisah, sebaliknya secara berpadu sesuai dengan konteks atau wacana yang dibicarakan. Menurut Leech, et. al. (1993), dalam sesuatu analisis karya, pengamatan terhadap sesuatu kategori linguistik mesti disatukan dengan bahagian-bahagian yang lain kerana masing-masing bahagian mempunyai sifat saling hubungan atau saling menyatu. Fungsi retorik pula dapat dijelaskan dengan meneliti tujuan dan matlamat penggunaan retorik oleh pengarang sama ada bertujuan mewarnai bahasa, mengindahkan bentuk penyampaian, menghaluskan makna, menajamkan rasa, atau mempengaruhi khalayak atau pembacanya. Retorik wujud dalam pelbagai bidang seperti dalam media untuk iklan, pemujukan dan propaganda. Retorik dalam media berbeza dengan retorik dalam novel. Penelitian terhadap retorik jenis pemujukan seperti iklan dalam media dapat menjelaskan tujuan dan matlamat pemujukan yang merupakan bentuk penyampaian ideologi, propaganda, atau alat untuk mempengaruhi sikap dan pendirian pembaca atau khalayak. Dalam erti kata lain, dalam proses memujuk atau mempengaruhi khalayak, wacana yang terhasil merupakan satu bentuk wacana yang lahir dari niat dan hasrat penulis mempengaruhi khalayak untuk menerima sesuatu fikiran atau amanat yang hendak disampaikannya. Retorik 7

jenis naratif boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu. Retorik dalam novel terdiri daripada jenis deskriptif yang berkait dengan hasrat pengarang untuk menerangkan atau memerikan sesuatu dengan menggunakan pemerhatian dan pengamatannya. Pada tahap yang lebih halus, penulis juga menggunakan pancainderanya di samping perasaan hati dan pandangannya. Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya berdasarkan pengalaman seseorang melalui watak-watak dalam novel dan sebagainya. Penulis boleh menggunakan teknik-teknik induktif, deduktif atau analogi. Retorik jenis eksposisi pula bersifat pendedahan, iaitu mendedahkan sesuatu isu dan sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi. Penghujahan adalah cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyokong atau menunjukkan sikap berkecuali. Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilah berasaskan fakta atau bukti yang konkrit dan tidak berasaskan emosi sahaja. Retorik mempunyai gaya tersendiri dan menjadi sebahagian daripada kajian ilmu retorik. Secara ringkas, gaya retorik merupakan gaya yang terbit daripada kelainan atau boleh juga disebut penyimpangan daripada bentuk bahasa 8