APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

Similar documents
APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

CABLE THEFT MONITORING SYSTEM USING GSM MODEM (CTMS) SYAZWAN BIN MOHD NAZRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

How to Produce & Transform?

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2012/2013 Academic Session. June 2013 EEE 130 DIGITAL ELECTRONIC I [ELEKTRONIK DIGIT I]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics1 [Elektronik Digit 1]

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CLASSIFICATION OF THE AESTHETICS FORMULA AND GENERATING THE SCREEN DESIGNS FOR BALANCE PRINCIPLE

A RAINFOREST ESCAPADE COMPLETE PACKAGE FOR AN ADVENTURE GETAWAY

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

Kata Kunci: Reka Bentuk Sejagat (RBS), Taman Permainan, Orang Kurang Upaya (OKU), Pereka bentuk Produk.

EEE ELEKTRONIK DIGIT I

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

PEMBANGUNAN SISTEM PNEUMATIK DI DALAM RADAS/MESIN PEMBUNGKUSAN BUKU UNTUK KEGUNAAN HARIAN MUHAMMAD WAZIR SHAFIQ BIN ARIPIN

DESIGN VISION SYSTEM TO RECOGNIZE THE SCRIBED NUMBER ON THE WAFER LIAW GEOK PHENG

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

PROSEDUR PERKHIDMATAN PENGIMEJAN RADIOGRAFI AM

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan :... : Dr. Rafidah Binti Hasan. Tarikh :...

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

16 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.26, JUL 2018

MODELING AND CONTROLLER DESIGN OF A HOT AIR BLOWER SYSTEM KHAIRUL NIZAR SYAZWAN BIN WAN SALIHIN WONG

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang, mata pelajaran perkara dan topik

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

SPIRAL OF SILENCE THEORY

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

AUTOMATIC CABLE STRIPPER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NEW TUNABLE ALL-FIBER OPTICAL COMB FILTER BASED ON MACHZEHNDER INTERFEROMETER

8-BITS X 8-BITS MODIFIED BOOTH 1 S COMPLEMENT MULTIPLIER NORAFIZA SALEHAN

MOHDSHAMSULANUARBMOHDSABru

INSTRUCTION: This section consists of FOUR [4] structured questions. Answer ALL questions.

Transcription:

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia Amira binti Suhaimi Prof Dr Masri Ayob Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Aplikasi Mudah Pemantauan Pesakit di Zon Kritikal dan Separa Kritikal Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ialah sebuah projek pembangunan aplikasi yang berasaskan peranti mudah alih. Aplikasi ini membolehkan staf di zon kritikal dan separa kritikal iaitu pegawai perubatan kecemasan dan jururawat untuk berinteraksi dengan waris yang sedang menunggu di luar zon kritikal dan separa kritikal. Selain itu, objektif aplikasi ini ialah untuk membolehkan waris mengetahui status terkini pesakit yang sedang dirawat. Aplikasi ini juga membolehkan waris mengetahui keberadaan pesakit yang sedang dirawat. Pembangunan aplikasi ini adalah berdasarkan metodologi Rapid Application Development (RAD). Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan Android Studio sebagai perisian pembangun aplikasi. Justinmind Prototyping Tool digunakan untuk merekabentuk antaramuka dan membangunkan prototaip. 1 PENGENALAN Aplikasi bermaksud atur cara atau program komputer yangdireka khusu untuk kegunaan tertentu (Pusat Rujukan Persuratan Melayu 2017). Aplikasi mudah alih membawa maksud sebuah aplikasi perisian yangdibangunkan secara khusus untuk digunakan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Aplikasi mudah alih direka dengan mempertimbangkan kekangan kemampuan sesebuah peranti dan ia juga dibangunkan untuk memanfaatkan keupayaan khusus peranti tersebut. Aplikasi mudah alih dibangunkan bersesuian dengan keperluan pengguna sasaran.

Bagi Aplikasi Mudah Alih Pemantauan Pesakit di Zon Kritikal dan Separa Kritikal Jabatan Kecemasan pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pengguna sasaran ialah staf di zon kritikal dan separa kritikal iaitu pegawai perubatan kecemasan dan jururawat serta waris pesakit yang sedang dirawat. Aplikasi ini adalah bertujuan untuk membolehkan pegawai perubatan kecemasan berinteraksi dengan waris pesakit yang sedang dirawat. Aplikasi ini juga membolehkan waris pesakit mengetahui status dan lokasi pesakit yang sedang dirawat di zon kritkal dan separa kritikal. 2 PENYATAAN MASALAH Masalah yang dihadapi oleh pihak Jabatan Kecemasan PPUKM khususnya pegawai perubatan kecemasan ialah ketidaksampaian maklumat pesakit daripada waris. Masalah yang dihadapi oleh waris pula ialah tidak mendengari panggilan dari pihak Jabatan Kecemasan. Keadaan yang sesak dan ramai menyebabkan waris tidak dapat dengar dengan jelas panggilan tersebut. Oleh kerana ruang menunggu yang sesak, waris cenderung untuk berada di luar ruang menunggu Jabatan Kecemasan. Kebanyakan dari waris akan berada di kafeteria atau masih lagi mencari tempat letak kereta. Ini akan menimbulkan masalah ketidaksampaian maklumat kepada pegawai perubatan kecemasan. Selain itu, masalah lain yang timbul adalah: Kesesakan ruang menunggu di Jabatan Kecemasan PPUKM. Jabatan Kecemasan PPUKM yang terdiri daripada bahagian-bahagian seperti zon tidak kritikal, zon separa kritikal dan zon kritikal sudah pastinya akan menempatkan ruang menunggu untuk pesakit serta waris dalam satu ruang yang sama. Kesesakan ruang menunggu ditambah pula dengan keluar masuk pesakit baru yang perlukan rawatan. Dan ini menjadi punca waris tidak berada di ruang menuggu. Panggilan melalui corong pembesar suara sukar didengari kerana mereka tidak berada di ruang menunggu yang tersedia. Tambahan pula, kesesakan di ruang menunggu dalam ruang menunggu juga menyukarkan pengumuman didengar oleh waris dan ini menjadi penyebab kepada waris untuk tidak berada di ruang menunggu berkenaan.

Ketidaksampaian maklumat kepada pegawai perubatan kecemasan akan melambatkan proses rawatan kepada para pesakit. Pegawai perubatan kecemasan yang memerlukan kebenaran dari para waris tidak dapat menjalankan rawatan terhadap pesakit. Pesakit di zon kritikal memerlukan rawatan segera kerana krisis masalah kesihatan mereka boleh mengancam nyawa. 3 OBJEKTIF KAJIAN Projek ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih pemantauan pesakit di zon kritikal dan separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM. Secara umumnnya, objektif kajian ialah menghasilkan aplikasi untuk waris mengetahui status dan lokasi pesakit yang sedang dirawat di zon kritikal dan zon separa kritikal. Malahan, staf di zon kritikal dan separa kritikal boleh berinteraksi dengan waris pesakit yang sedang dirawat. Laporan ini membincangkan tentang projek pembangunan aplikasi mudah alih pemantauan pesakit di zon kritikal dan separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM. Aplikasi ini juga membolehkan waris mengetahui status dan lokasi semasa pesakit yang sedang dirawat. 4 METOD KAJIAN Penggunaan model pembangunan yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar dan membolehkan projek yang terhasil ialah projek yang berkualiti. Aplikasi mudah alih ini melibatkan beberapa fasa pembangunan dan ditambah dengan penggunaan perisian dan perkakasan yang bersesuaian. Model pembangunan ini diadaptasi daeipada model asas yang diperkenalkan oleh James Martin (Idesis 2017). Fasa pembangunan termasuklah fasa analisa, kajian awal dan pengenalan, fasa kitaran prototaip, fasa pengujian dan fasa perlaksanaan dan penyelenggaraan. Rajah 1 menunjukkan model pembangunan yang diguna untuk membina PPUKM. aplikasi mudah alih pemantauan pesakit di zon kritikal dan separa kritikal Jabatan Kecemasan

Rajah 1 Model Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Pemantauan Pesakit di Zon Kritikal dan Separa Kritikal Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini melibatkan proses mengenalpasti masalah, objektif, persoalan kajian dan menetukan skop. Sorotan susastera yang melibatkan pengumpulan, pencarian dan pembacaan jurnal dan kajian lepas juga dilakukan pada fasa ini. Antara topik yang berkaitan yang dicari dan dibaca ialah konsep semasa dan teknolgi terkini dalam memantau pesakit. Sumber utama pencarian ialah Internet dengan menggunakan platform Google. Maklumat dikumpul, disusun dan dipersembahkan secara kritis dan kreatif pada fasa analisis. 4.2 Fasa Analisis Fasa Analisis melibatkan tafsiran maklumat yang telah dikumpulkan pada fasa perancangan. Analisis tentang kesesuaian tajuk dan menilai kepentingan untuk menjalankan projek ini. Selain itu, fasa ini juga menganalisis perkakas dan perisian yang ingin digunapakai untuk membangunkan aplikasi mudah alih ini.

4.3 Fasa Rekabentuk Fasa ini ialah fasa yang penting di dalam keseluruhan pembangunan aplikasi ini. Fasa ini melibatkan dua proses penting iaitu mereka bentuk prototaip termasuk mereka bentuk antaramuka aplikasi dan membangunkan aplikasi ini. Pembangunan prototaip aplikasi dan antaramuka aplikasi telah dibangunkan dengan menggunakan Justinmind Protoyping Tools. Prototaip yang dibina seakan-akan berfungsi mengikut fungsi-fungsi yang diiginkan. Rekabentuk antaramuka aplikasi juga dibangunkan menggunakan Justinmind Prototyping Tools. Proses membangunkan aplikasi pula menggunakan Android Software Development Kit (Android Studio). Proses pembangunan aplikasi menggunakan bahasa Java untuk menjana fungsi. Antara fungsi yang dijana ialah daftar masuk, klik butang menu, mengemaskini maklumat, status serta lokasi pesakit dan yang utama memaparkan maklumat, status dan lokasi pesakit. 4.4 Fasa Pengujian Fasa ini bertujuan untuk menguji aplikasi yang telah siap dibina berdasarkan fasa rekabentuk. Fasa ini dijalankan untuk membuktikan objektif yang dirancang tercapai. Sekiranya gagal mencapai objektif, penyelarasan perlu dijalankan atau fasa analisis perlu dijalankan semula untuk membuat penambahbaikan. Perkakasan dan perisian yang digunakan untuk membangunkan aplikasi ini dipilih dengan teliti. Perkakasan dan perisian yang dipilih mestilah boleh berfungsi dengan baik serta boleh menyokong pembangunan aplikasi ini. Spesifikasi keperluan perkakasan yang dicadangkan untuk menghasilkan aplikasi mudah alih pemantauan pesakit di zon kritikal dan separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM adalah sepsrti berikut: Rajah 2 Spesifikasi keperluan perkakasan Processor Intel Core i5-450m (2.4 GHz, 3MB L3 cache) Memory 2GB DDR 3 memory Hard Drive 500GB HDD

Spesifikasi keperluan perisian yang digunakan untuk membangun aplikasi ini adalah dengan menggunakan Android Studio. Android Studio ialah IDE rasmi yang digunakan dalam membangunkan aplikasi dan ia berdasarkan platform Android. Android Studio dibangunkan oleh Google dan dilancarkan pada Disember 2014. Android Studio boleh didapati secara percuma dibawah Apache License 2.0. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan aplikasi mudah alih pemantauan pesakit di zon kritikal dan separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM. Penerangan tentang rekabentuk antaramuka dan fungsi aplikasi ini diperihal. Fasa rekabentuk merupakan fasa penting dalam membangunkan aplikasi ini. Prototaip aplikasi ini dan rekabentuk antaramuka dibangunkan dengan menggunakan Justinmind Protoyping Tools dan proses pembangunan aplikasi adalah menggunakan Android Studio. Pembangunan prototaip adalah berdasarkan fungsi-fungsi yang diingini oleh pengguna. Pada fasa pembinaan prototaip ini, kesemua fungsi yang diingini oleh pengguna diterjemahkan dalam rekabentuk antaramuka. Rajah 3 menunjukkan rekabentuk antaramuka-antaramuka prototaip yang telah dibangunkan. Perisian Justinmind Prototyping Tool boleh didapati di laman sesawang Justinmind Prototyping Tool secara percuma untuk 14 hari. Rajah 3 tersebut mewakili fungsi imbas kod QR, mengemaskini maklumat, status serta lokasi pesakit yang dirawat di zon kritikal dan zon separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM dan memaparkan maklumat, status dan lokasi pesakit. Kesemua rekabentuk antaramuka prototaip ini dipersembahkan kepada pengguna dan diubah ketika dalam proses pembangunan aplikasi.

Rajah 3 Rekabentuk Antaramuka-Antaramuka Prototaip Aplikasi Mudah Alih Pemantauan Pesakit di Zon Kritikal dan Separa Kritikal Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Proses merekabentuk antaramuka ini mengambil masa sebulan untuk memastikan ia menepati kehendak pengguna. Proses membangunkan prototaip ini ialah satu proses yang panjang dan perlu dilakukan dengan teliti kerana ia merupakan pandangan awal sebelum aplikasi ini dibangunkan sepenuhnya.

PTA-FTSM-2018-050 Rajah 4 menujukkan proses pengekodan salah satu aktiviti pada aplikasi mudah alih pemantauan pesakit di zon kritikal dan separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM iaitu Register Activity. Proses pengekodan ini menggunakan Java sebagai bahasa pengekodan. Pembangunan aplikasi mudah alih ini dibangunkan dengan menggunakan Android Studio. Penggunaan Android Studio adalah cabaran terbesar kerana ia mempunyai banyak versi dan ia juga berubah mengikut peredaran versi Android terbaru. Bagi proses pembangunan aplikasi ini, Android Studio yang SM digunakan adalah versi yang ke 2.3.3. Pembangunan aplikasi ini juga melibatkan penggunaan op yr ig ht @ FT peranti mudah alih (telefon pintar) untuk menguji kefungsian aplikasi yang telah dibina. C Rajah 4 Proses pengekodan aplikasi dengan menggunakan Android Studio Rajah 4 (A) menunjukkan paparan antaramuka Home. Paparan Antaramuka Home ialah antaramuka yang pertama untuk aplikasi mudah alih pemantauan pesakit di zon kritikal dan separa kritikal. Paparan antaramuka ini memaparkan butang Patient s Family dan Staff.

Rajah 4 (A) Rajah antaramuka Home Rajah 4 (B) ialah papran antaramuka Menu. Antaramuka Menu ini memaparkan tiga butang iaitu butang Patient s Status, Patient s Status dan Patient s Location. Pada paparan ini pengguna boleh memilih untuk memilih untuk mana-mana butang mengikut keperluan pengguna. Rajah 4 (B) Paparan Antaramuka Menu

Rajah 4 (C) menunujukkan rajah antaramuka borang maklumat pesakit. Pada paparan anataramuka ini, pengguna samada waris atau staf Jabatan Kecemasan PPUKM boleh mengisi maklumat pesakit. Rajah 4 (C) Paparan Antaramuka borang maklumat pesakit Rajah 4 (D) menunjukkan paparan antaramuka Maklumat Pesakit Berserta Status dan Lokasi. Paparan antarmuka ini dilihat oleh waris pesakit dan staf Jabatan Kecemasan PPUKM. Paparan ini membenarkan waris mengetahui status dan lokasi semasa pesakit dirawat di zon kritikal dan zon separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM. Status yang dipaparkan antaranya ialah Stable, Still Being Treated atau Please Come in to Critical Zone.

Rajah 4 (D) Paparan Antaramuka maklumat pesakit, status dan lokasi Rajah 4 (E) menunujukkan paparan antaramuka Log In. Paparan ini hanya boleh dilihat oleh staf sahaja. Ini kerana setelah staf log masuk ke aplikasi ini, staf boleh mengemaskini status dan lokasi pesakit. Paparan mengemaskini status dan lokasi pesakit ditunjukkan pada Rajah 4 (F). Paparan mengemaskini status dan lokasi adalah sulit dan hanya boleh dikemaskini oleh staf zon kritikal dan separa kritikal sahaja. Rajah 4 (F) ialah rajah antaramuka update. Rajah 4 (E) Paparan Antaramuka Log In

Rajah 4 (F) Antaramuka update Pembangunan aplikasi menambil masa lebih kurang 6 bulan dan sepanjang pembangunan aplikasi ini telah menjalani beberapa fasa pengujian dan perubahan. Pengujian aplikasi adalah penting untuk memastikan aplikasi berfungsi dengan baik dan meneapati keperluan pengguna. Setiap kali pengujian dijalankan, ia akan ditambah baik untuk menepati keperluan dan spesifikasi pengguna. 6 KESIMPULAN Aplikasi mudah alih pemantauan pesakit di zon kritikal dan separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM ini dapat membantu dalam membenarkan waris mengetahui status dan lokasi pesakit yang sedang dirawat. Aplikasi ini membantu dalam memberi keselesaan dan kemudahan kepada waris untuk tidak perlu menunggu di ruang menuggu yang sesak. Aplikasi ini juga membantu dalam membenarkan staf di zon kritikal dan separa kritikal Jabatan Kecemasan PPUKM untuk beritnteraksi dengan waris.

Penggunaan Justinmind Protyping Tools membantu dalam pembangunan prototaip. Ia telah memudahkan proses merekabentuk prototaip kerana ia menggunakan teknik drag and drop. Penggunaan Android Studio dalam pembangunan aplikasi ini. Pelbagai tutorial dan latihan digunakan untuk menyempurnakan aplikasi ini. 7 RUJUKAN Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 2017. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia, http://prpm.dbp.gov.my/ [2017] Idesis, Stanley. 2017. What Is Rapid Application Development? https://www.outsystems.com/blog/rapid-application-development.html [28 Mei 2018]