Unsur Spiritual Dalam Karya Catan Pelukis Sabah Sabrina Majuakim. Spiritual Aspect In Sabahan s Paintings Sabrina Majuakim

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

REKA BENTUK VISUAL 01/10/2013. Konsep dan Fungsi Visual

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Visual And Verbal Communication In Michael Jackson s Video Clip Entitled Black Or White. Abstrak

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

BOOK REVIEW OF PANGGIL AKU KARTINI SAJA WRITTEN BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

Symbolic Meaning of Tortor Dalahi and Daboru Move in Simalungunese

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

IDEA TEMPATAN DALAM CATAN ABSTRAK Suzlee Ibrahim 1 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

Konflik Semiotik dan Simbolik dalam Hubungan Ibu dan Anak Perempuan dalam Filem Seram Kontemporari Melayu: Kajian Kes Filem Senjakala

SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

TEORI SEMIOTIK PEIRCE DAN MORRIS: SATU PENGENALAN KAEDAH ANALISIS SASTERA

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SPIRAL OF SILENCE THEORY

How to Produce & Transform?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

PENDEKATAN SINEMAGRAF DALAM PENGHASILAN KARYA SUREALISMA. Muhammad Taufik Bin Othman

Susuk, Wanita dan Abjection dalam Filem Seram Kontemporari Melayu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE INFLUENCE OF HUMOUR ON CREATIVE THINKING WONG HONG CHENG FPP

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENDEKATAN PELAKON DALAM LONTARAN VOKAL DAN EKSPRESI WAJAH WATAK LAKONAN MONOLOG NIZILA BTE ASIN 12521

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Contoh : mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

PUJIAN DALAM KRITIKAN: ANALISIS BENTUK DAN STRATEGI KESANTUNAN

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

THE METAPHORICAL MEANINGS OF HÓNG RED AND BÁI WHITE IN CHINESE ZHENG JIE FACULTY OF LANUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CLASSIFICATION OF THE AESTHETICS FORMULA AND GENERATING THE SCREEN DESIGNS FOR BALANCE PRINCIPLE

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

Transcription:

Unsur Spiritual Dalam Karya Catan Pelukis Sabah Sabrina Majuakim Spiritual Aspect In Sabahan s Paintings Sabrina Majuakim Faez Huzaini Ramleh 1, Humin Jusilin 2 ABSTRAK Unsur spiritual dalam karya seni sering kali menjadi subjek atau hal benda sebagai cetusan idea. Elemen komunikasi yang menjadi sifat asas dalam sesebuah catan bertujuan untuk menyampaikan sesebuah mesej atau pesanan daripada pengkarya kepada penghayat seni mahupun masyarakat. Isitilah spiritual mempunyai definisi yang pelbagai jika ditelaah mengikut hadaman tokoh-tokoh ilmiah. Spiritual pada asasnya dapat difahami sebagai rasa keagungan kepada Tuhan, rasa estetik pada jiwa, rasa wujud terhadap satu alam lain, selain dunia dan rasa bahawa wujud sesuatu yang lebih berkuasa daripada manusia. Aspek spiritual seringkali dikaitkan dengan agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Walau bagaimanapun, spiritual bukan sahaja merujuk pada agama sepertimana yang dipercayai oleh majoriti tokoh ilmiah, tetapi ianya juga mempunyai cabang dalam fahaman pemikiran, adat tradisi, ritual-ritual harian dan kepercayaan. Catan adalah salah satu medium dakwah bagi pengkarya menyebarkan fahaman agama mereka mengikut apa yang mereka percayai. Serapan unsur spiritual dalam catan lazimnya di ringkaskan menjadi ikonikon yang membawa makna-makna tertentu. Makna ikon dalam catan dibaca dengan menggunakan pendekatan ikonografi, iaitu ilmu yang menghuraikan maksud simbol yang tersurat dan tersirat. Perkembangan catan yang berunsurkan spiritual ini turut melemparkan tempias kepada pelukis Sabah. Kata Kunci: Unsur spiritual, seni catan, pelukis Sabah, ikonografi. ABSTRAK Spiritual aspect often be made as a subject matter in an art work. The most basic element in a painting is communication that are used to deliver a certain message from the artist to the society or audience. The spiritual term have a huge amount of definition according to the scholars. basically, spiritual can be understand as a feeling of kneeling towards God, a feeling of aesthetics in a soul, a feeling of the existence of other realm besides the earth and a feeling of an existence of other beings that are more superior than human. One cannot separate spiritual from religions like Islam, Christian, Hindu and Buddha. However, spiritual isn t just referred to religion but it also has a branch in a way of thinking, traditions, daily rituals and beliefs. Paintings is one of the medium of preach for the artists to spread or deliver their beliefs or religions. Spiritual aspect in paintings usually be made as an icon which brings certain meanings. The meanings of the icon are then discovered by the iconographic approach. Iconography is a branch of knowledge which are used to explicit the meanings of a certain symbol or icon. This approach describes the icons from the form to the subject to the meaning. The grows of spiritual paintings clearly influencing the Sabahan s artists. Keywords: Spiritual aspect, paintings, Sabahans artist, iconography 1 Faez Huzaini Ramleh, Pelajar Sarjana, Blok Seni, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS, faezhuzainiramleh@gmail. Com 2 Humin Jusilin, Ph.D, Blok Seni, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS, zumin198@yahoo.com 256

Pengenalan Seni merupakan cabang ilmu yang sangat kompleks dan seringkali dikaitkan dengan estetika atau keindahan. Selain itu, imej visual merupakan salah satu bentuk asas komunikasi yang wujud dalam komuniti manusia. Seni dapat dibahagikan kepada beberapa teras seperti seni muzik, seni tari, seni lakon dan seni halus. Kesemua teras seni tersebut mempunyai pecahanpecahan kepada pelbagai jenis pembahagian seperti aliran, medium dan persembahan. Seni halus merupakan salah satu cabang seni yang sangat pelbagai. Hal ini kerana seni halus merangkumi disiplin seni seperti catan, arca, lukisan, seramik dan cetakan. Pandangan seni sebagai satu komunikasi dapat dibuktikan melalui seni catan. Catan terbahagi kepada pelbagai aliran mengikut arus perkembangan dunia dan kehidupan manusia di antaranya ialah Romantisisme, Baroque, Abstrak, Abstrak Ekspresionisme, Impresionisme, Dadaisme, Surealisme, Kiubisme dan pelbagai lagi. Aliran-aliran ini memberi impak yang cukup besar dalam dunia seni halus. Unsur merupakan keunikan yang dapat dilihat melalui seni catan. Unsur merupakan istilah yang mempunyai maksud yang sangat luas. Unsur patriotisme, unsur mistisisme, unsur penceritaan, unsur spiritual merupakan antara unsur yang diselitkan di dalam karya. Unsur spiritual menjadi satu aspek yang mengandungi pelbagai persoalan. Spiritual adalah satu pengenalan atau pengakuan terhadap sebuah rasa, deria atau kepercayaan bahawa wujudnya sesuatu yang lebih besar dan lebih berkuasa daripada manusia. Agama dalam konteks yang sama merupakan aspek formal dan utama dalam konteks spiritual. Persoalan-persoalan yang sering diperkaitkan dengan unsur spiritual adalah seperti mistik, agama, kepercayaan, kerohanian dan jiwa. Perkara ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar tetapi kewujudannya tidak dapat disangkal kerana setiap manusia dapat merasakannya. Unsur yang penuh dengan persoalan ini sering diintikan di dalam karya seni catan. Konsep Spiritual Maya Spencer (2012) dalam jurnal yang bertajuk What Is Spiritual? menerangkan tentang definisi spiritual. Menurut beliau, spiritual bermaksud rasa atau perasaan terhadap sesuatu di luar jangkauan manusia. Sesuatu yang lebih besar dan lebih hebat daripada kuasa fizikal manusia. Rasa cinta, kasih, kehidupan, kebijaksanaan, kebenaran adalah termasuk dalam aspek spiritual. Selain itu, spiritual juga merupakan salah satu proses pembukaan hati dan pemulihan rasa egois manusia kepada rasa yang lebih positif. Seterusnya, spiritual berkait rapat dengan aspek keagamaan. Perbuatan-perbuatan atau amalan yang dipraktikan dalam agama akan membawa kepada kematangan. Kepercayaan pada sesebuah pegangan merupakan salah satu aspek dalam spiritual. Menurut beliau lagi, seseorang manusia tidak pernah melihat Tuhan tetapi tetap mengabdikan kepercayaan kepada-nya. Kejadian-kejadian yang berkaitan seperti syurga, neraka dan malaikat diertikan sebagai satu aspek utama dalam spiritual. Spiritualiti membawa tiga pendekatan menurut Christine Valters Paintner (2007). Pendekatan pertama spiritualiti dapat diterangkan sebagai cara manusia mencari makna dalam kehidupan. Pendekatan kedua membantu manusia dalam memupuk hubungan dengan perkara-perkara misteri. Pendekatan ketiga dapat digunakan sebagai transformasi. Spiritualiti mencabar manusia untuk membangun melalui amalan-amalan tertentu. Seterusnya, beliau menerangkan bahawa spiritualiti dalam seni menunjukkan kekuatan pada ekspresi simbolik. 257

Seni seiras dengan spiritualiti, kedua-dua aspek ini mementingkan proses dan bukan hanya mementingkan hasil. Seni ekspresi mengajar manusia agar belajar untuk menyerah kepada sesuuatu kuasa yang lebih hebat dan kuat daripada manusia seperti divine power dan agama. Proses dalam seni menggalakkan sifat ingin tahu dan menaburkan persoalan. Istilah spiritualisme ada kalanya merujuk kepada satu doktrin yang berkait dengan minda atau jiwa (George Stuart Fullerton, 1925). Perkara ini adalah sangat berlawanan dengan doktrin materialisme. Spiritualisme dan spiritisme seringkali didefinisikan dengan maksud yang sama. Walau bagaimanapun, kedua-dua hal ini masing-masing memberi maksud yang berbeza. Spiritisme merupakan satu doktrin yang mengajarkan bahawa manusia yang masih hidup dapat berkomunikasi dengan roh seseorang yang telah mati. Terdapat banyak doktrin yang telah dihasilkan oleh pengkaji spiritualis contohnya Doktrin Proffesor Clifford berkenaan dengan mind-stuff. Doktrin Clifford yang dikenali sebagai panpsychism menganjurkan bahawa semua perkara material yang kita lihat hanyalah sebagai satu persepsi minda. Clifford dalam kefahamannya bahawa kesemua alam semula jadi adalah bernyawa, memegang satu fahaman iaitu segala perkara material dan persepsi boleh di ambil kira sebagai satu wahyu atau sesuatu hal yang di luar kesedaran manusia. Kewujudan perkaraperkara material tersebut merupakan manifestasi dibawah sedar manusia. Donald Capps (2011) dalam artikel yang bertajuk A Spiritual Person telah mengupas tentang aspek spiritual seseorang manusia. Capps menulis tentang soalan yang telah dikemukakan oleh Professor James Bissett Pratt dari William College terhadap William James, seorang Professor Falsafah dan Psikologi di Universiti Harvard. Dalam penulisan tersebut, James telah menyatakan pendapatnya tentang spiritualiti manusia. Menurut James, spiritual dapat didefinisikan sebagai satu kecenderungan terhadap keinginan di dalam sesebuah kebebasan untuk memenuhkan keinginan tersebut. Menurut beliau lagi, spiritual bermaksud imaginasi tertentu tentang alam lain. Hal ini demikian kerana jika sebaliknya, manusia hanya akan mempunyai rasa atau aspek moral semata-mata. Istilah spiritual dalam konteks sains sosial dijelaskan sebagai sisi dimensi agama yang lebih intrinsik manakala istilah agama merujuk pada sesuatu yang lebih ekstrinsik serta kewujudan yang lebih kukuh (Marler dan Hadaway, 2002). Spiritualiti sebagai satu pencarian adalah sesuatu yang baik dan agama sebagai satu institusi yang melemahkan semangat adalah sesuatu yang buruk atau sekurang-kurangnya sesuatu yang ketinggalan zaman. Menurut Paul R. Powers (2004), para ilmuan Barat seringkali mengaitkan niyya atau niat sebagai satu komponen spiritual dalam Islam. Walau bagaimanapun, mufti-mufti Islam tetap menganggap niat sebagai satu aspek formal. Niat merupakan hal yang bersifat taxonomic 3 dan sesuatu tumpuan minda berdasarkan perlakuan tertentu dengan nama-nama yang tertentu seperti solat, puasa dan bersedekah. Langkah untuk menerapkan niat sebagai sebuah peranan spiritual dalam Islam bertujuan untuk mempertahankan agama Islam itu sendiri daripada tuduhan empty ritualism. Namun begitu, langkah tersebut telah merumitkan karakter Islam sebagai agama yang berpegang teguh. Powers menghujahkan bahawa para ilmuan seharusnya mengiktiraf niat sebagai sebuah amalan agama dan bukannya sebagai aspek spiritual yang pincang. Spiritual dan agama masing-masing membawa maksud yang berbeza. Menurut Meredith Monk (2009) dalam sesi temu bual yang dikendali oleh Bonnie Marranca, spiritual adalah sesuatu yang lebih bersifat menyeluruh manakala agama merupakan pemikiran yang berkisarkan tentang keesaan. 3 Berkaitan dengan pengklasifikasian sesuatu khususnya organisma 258

Spiritualiti seringkali diisytiharkan sebagai satu proses melepaskan (Richard L. Weddige, 1994). Proses tersebut berkait dengan maruah, kawalan dan kuasa. Terdapat beberapa aspek umum yang kerap dikaitkan dengan spiritual antaranya keamanan, ketenteraman, kesatuan, bersendirian, doa dan hubungan dalaman. Spiritual dikategorikan melalui makna dan bukan melalui makhluk (Alfred Stern, 1965). Stern menyatakan bahawa istilah spiritual ialah perkara yang membawa maksud yang sama iaitu sesuatu hal yang membawa makna tertentu selain daripada realiti. Istilah spiritual dalam realiti dapat dikenalpasti melalui fizikal atau mental, atau kedua-duanya sekali. Separuh daripada ahli-ahli kontemporari mengaitkan istilah tersebut hanya kepada hal-hal agama. Walau bagaimanapun, mereka mengambil kira kata dan makna disebalik pars pra toto 4. Stern menjelaskan bahawa istilah spiritual membawa maksud yang lebih luas dan lebih mendalam daripada istilah agama. Di samping itu, beliau menegaskan bahawa tidak semua hal-hal keagamaan adalah bersifat spiritual. Pelukis Sabah Negeri Sabah merupakan negeri yang berkitar dalam suasana penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Norma-norma sensitif seperti bangsa dan agama secara langsung berkait rapat dengan unsur spiritual sebagai contoh etnik Brunei, Bajau dan Idahan yang menganut agama Islam, etnik Kadazan, Dusun dan Murut rata-ratanya menjadi penganut agama Kristian. Konteks spiritual bukan hanya tertumpu pada agama tetapi juga pada kepercayaan adat resam. Animisme merupakan salah satu daripada pecahan unsur spiritual. Etnik-etnik yang masih menetap di kawasan pedalaman masih mengamalkan kepercayaan kepada alam. Hal ini membuktikan bahawa spiritual menjadi satu aspek penting dalam karya catan di negeri Sabah. Seni catan yang kian berkembang seantero dunia turut memberi tempias kepada negeri Sabah. Perkembangan seni catan air Sabah dapat dikenalpasti seawal era 40-an. Datuk Simon C. Yew (rujuk Gambar 1) merupakan salah seorang pelopor seni catan di Sabah. Karya-karya beliau pada ketika itu dipersembahkan menggunakan cat air sebagai media utama. Evolusi catan di Sabah dipelopori oleh Allahyarham Datuk Mohammed Yaman Hj. Ahmad Mus (rujuk Gambar 2) yang merupakan pengasas Balai Seni Lukis Sabah. Perubahan susur galur seni catan di Sabah yang telah dibimbing oleh beliau dan telah melahirkan beberapa pelukis kontemporari seperti Datu Ruslan Sulai (rujuk Gambar 3), Zaimie Sahibil (rujuk Gambar 4) dan Awang Damit Ahmad (rujuk Gambar 5). Pelbagai unsur yang telah diketengahkan oleh para pelukis Sabah khususnya unsur budaya, tradisi dan kepercayaan. Galakan daripada Balai Seni Lukis Sabah telah mengukuhkan lagi industri seni catan di Sabah (Ismail Ibrahim, 2005: 71). 4 Sesuatu aspek terhadap sesuatu yang di ambil kira sebagai wakil kepada hal keseluruhannya 259

Gambar 1: Kampung Mengkabong, Simon C. Yew, 1955, Cat Air Sumber: Ismail Hj. Ibrahim. 2005. Sejarah Seni Lukis Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah Gambar 2: Ilusi Dimensi, Mohd. Yaman Ahmad Mus, 1994, 76cm x 102cm, Akrilik Sumber: Ismail Hj. Ibrahim. 2005. Sejarah Seni Lukis Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah Pertandingan Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Sabah pada setiap tahun telah menonjolkan beberapa orang artis yang berpotensi. Pelbagai jenis karya yang dihantar untuk dipertandingkan terutamanya seni catan. Subjek-subjek yang menjadi subject matter 5 sebagai inti di dalam karya diadaptasi daripada suasana sekeliling. Para pelukis kebanyakannya mengetengahkan cerita rakyat, adat resam, ritual dan keunikan etnik masing-masing. Hal ini merupakan salah satu cara pelukis memperkenalkan adat dan budaya. 5 Hal Benda 260

Gambar 3: Semangat Padi di Lereng Kinabalu, Datu Ruslan Sulai, 1986, 76cm x 102cm, Cat Minyak Sumber: Ismail Hj. Ibrahim. 2005. Sejarah Seni Lukis Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah Gambar 4: Penari-penari dari Borneo, Zaimie Sahibil, 1997, 76cm x 102cm, Media Campuran Sumber: Ismail Hj. Ibrahim. 2005. Sejarah Seni Lukis Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah Gambar 5: Alun Alun Kemarista, Awang Damit Ahmad, 120cm x 120cm. Cat Minyak 261

Sumber: https://www.mutualart.com/artwork/alun-alun-kemarista/ad61d6631ee86daf Etnik Murut diidentitikan dengan tarian Mangunatip, etnik Brunei diidentitikan dengan gambus, etnik Kadazan-Dusun diidentitikan dengan semangat padi, etnik Bajau diidentitikan dengan kuda. Identiti budaya pada etnik masing-masing menunjukkan terjemahan daripada fahaman dan kepercayaan. Walau bagaimanapun, tidak semua pelukis menjadikan budaya sebagai teras dalam berkarya. Beberapa pelukis veteran seperti Hassan Majin dan Awang Damit Ahmad mengambil unsur spiritual dalam konteks agama sebagai hal benda di dalam karya. Interprestasi daripada khalayak seni terhadap karya-karya seperti ini semestinya menjadi kekangan. Audiens seringkali menterjemah sesebuah karya berdasarkan pengalaman dan pemikiran sendiri. Perkara tersebut tidak dapat dihalang kerana tidak semua manusia dapat menginterprestasi hasil seni dengan baik. Penyampaian daripada pelukis seharusnya diteliti dan diamati berpandukan penerangan artis itu sendiri. Teori Ikonografi Panofsky Pengkaji akan menganalis imej-imej dalam catan yang telah dipilih menggunakan teori ikonografi Panofsky. Teori ini dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu praikonografi, analisis ikonografi dan interpretasi ikonologikal (rujuk Gambar 6). Tahap pertama iaitu pra-ikonografi merupakan proses mengenal pasti ikon-ikon atau imej yang dapat dilihat di dalam karya. Imej tersebut dianalis menggunakan analisis formalistik seni. Pengkaji perlu melakukan huraian visual. Tahap kedua dikenali sebagai analisis ikonografi. Pengkaji akan mengenal pasti karakter atau perwatakan yang wujud dalam imej-imej tersebut. Seterusnya pada tahap ketiga iaitu interpretasi ikonologikal, pengkaji akan mengkaji maksud atau makna disebalik imej (rujuk Gambar 7). Maksud tersebut akan dititikberatkan melalui zaman, punca, pelukis yang menghasilkannya dan sebagainya (Erwin Panofsky, 1955). Iconography is that branch of the history of art which concerns itself with the subject matter or meaning of works of art, as opposed to their form... (Erwin Panofsky, 1955: 26) Ikonografi merupakan cabang daripada sejarah seni yang menitikberatkan hal benda atau makna dalam sesebuah karya seni. (Erwin Panofsky, 1955: 26). Teori ikonografi yang diketengahkan oleh Erwin Panofsky terbahagi kepada tiga tahap penilaian. 1. Primary or natural subject matter Tahap Pertama Primary of natural subject matter, subdivided into factual and expressional. It is apprehended by identifying pure forms, that is: certain configurations of line and color, or certain peculiarly shaped lumps of bronze or stone, as representations of natural objects such as human beings, animals, plants, houses, tools and so forth; by identifying their mutual relations as events; and by perceiving such expressional qualities as the mournful character of a pose or gesture, or the homelike and peaceful atmosphere of an interior... (Erwin Panofsky, 1955: 28) Panofsky (1955) menggariskan jenis makna pada tahap pertama sebagai primary atau natural subject matter. Tahap ini dimulakan dengan maksud formal sebagai contoh garisan, 262

warna dan jumlah. Secara teori, tidak ada interpretasi yang dilakukan pada tahap ini. Walau bagaimanapun, hal ini adalah mustahil bagi manusia. Pengenalpastian terhadap object dan events dikenali sebagai factual meaning dan expressional meaning. Factual meaning merupakan pengenalpastian terhadap data visual (objek yang diketahui) melalui pengalaman manakala expressional meaning pula merujuk pada rasa yang lahir melalui factual expression. Secara ringkasnya, factual meaning merujuk pada visual atau sesuatu yang dapat dilihat dan expressional meaning merujuk pada sensitiviti terhadap psikologi yang lahir daripada proses penglihatan tersebut (Hasenmueller, 1978). Bentuk yang telah dikenalpasti dikenali sebagai artistic motif. Kajian terhadap pengenalpastian motif-motif ini diistilahkan sebagai deskripsi pra-ikonografi. Tahap makna yang diselaraskan dengan deskripsi pra-ikonografi mengetengahkan pengenalpastian terhadap bentuk atau pure forms (Panofsky, 1955). Analisis pada tahap ini merangkumi penerimaan sesebuah bentuk dalam karya seni sebagai pembawa kepada makna primary atau natural. Hal ini merupakan asas pada pemahaman karya. I recognize in it a meaning which may be called secondary or conventional; it differs from the primary or natural one in that it is intelligible instead of being sensible, (Erwin Panofsky, 1955: 27) Menurut Panofsky, makna daripada tahap deskripsi pra-ikonografi merupakan makna yang dapat dirasa. Selain itu, aplikasi pada tahap ini juga memerlukan petunjuk atau guide oleh prinsip-prinsip yang betul. Deskripsi pra-ikonografi harus dikawal melalui pemahaman terhadap objek dan kejadian yang digambarkan oleh motif artistik dalam sebuah historical period. Hal ini dilabel sebagai history of style. (Hasenmueller, 1978) 2. Secondary or conventional subject matter Tahap kedua Secondary or conventional subject matter. It is apprehended by realizing that a male figure with a knife represents St. Bartholomew, that a female figure with a peach in her hand is a personification of veracity, that a group of figures seated at a dinner table in a certain arrangement and in certain poses represents the Last Supper, or that two figures fighting each other in a certain manner represent the Combat of Vice and Virtue. In doing this we connect artistic motifs and combinations of artistic motifs (compositions) with themes or concepts. Motifs thus recognized as carriers of a secondary or conventional meaning may be called images, and combinations of images are what the ancient theorists of art called invenzioni; we are wont to call them stories and allegories. (Erwin Panofsky, 1955: 28-29) Panofsky (1955) meletakkan jenis makna kedua sebagai secondary atau conventional meaning. Makna ini dapat diterangkan melalui pengenalpastian terhadap motif artistik. Hal ini berasaskan pada ilmu atau sumber. Berbeza dengan tahap pertama, Panofsky menyatakan bahawa tahap kedua ini merupakan sesuatu yang bersifat intellingible atau boleh difahami. Interpretasi awal terhadap motif artistik daripada tahap pertama dikenali sebagai analisis ikonografi. Analisis ini merupakan satu proses interpretasi intelektual. Pengenalpastian motif artistik dirujuk melalui tema dan konsep yang berkaitan dan mungkin juga dirujuk melalui pengalaman visual. Kombinasi antara motif artistik dalam karya dikenali sebagai komposisi dan komposisi tersebut dikaitkan dengan tema dan konsep. Perkaitan antara tema dan konsep dengan motif artistik diistilahkan sebagai images. Seterusnya, gabungan atau kombinasi antara images membawa pada sesebuah penceritaan atau allegories (Panofsky: 1955). Hal 263

ini merupakan asas kepada analisis ikonografi. Secara ringkasnya, sesebuah image dalam karya harus dilihat melalui rujukan-rujukan terhadap fenomena dan peristiwa di luar karya. Tahap ini mengambil kira dua hal iaitu aksi dan situasi serta conventional gesture (Hasenmueller, 1978). Perwakilan membawa maksud terhadap bentuk yang diwakilkan. Tema dan konsep yang telah dikaitkan dengan objek dan kejadian dilabel sebagai history of types. 3. Intrinsic meaning Tahap Ketiga Intrinsic meaning or content. It is apprehended by ascertaining those underlying principles which reveal the basic attitude of a nation, a period, a class, a religious or philosophical persuasion-qualified by one personality and condensed into one work. Needless to say, these principles are manifested by, and therefore throw light on, both "compositional methods" and "iconographical significance ( Erwin Panofsky, 1955: 29) Panofsky (1955) menyatakan bahawa makna pada tahap ketiga ini merupakan makna yang paling penting. Tahap ini adalah essential manakala dua tahap sebelumnya adalah phenomenal. Tahap ini melibatkan analog tentang makna kepada makna yang lebih penting. Underlying principle wujud dalam makna yang ketiga ini. Proses interpretasi prinsipprinsip yang tersembunyi tersebut dikenali sebagai interpretasi ikonologi. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip tersebut tidak boleh didirikan berdasarkan sebahagian daripada manifestasi di dalam sesebuah karya (Hasenmueller, 1978). Menurut Panofsky (1995) lagi, pencerahan terhadap makna dalam proses ini menjadi symptom atau reflection di luar karya dan ia dikenali sebagai symbolical values. Nilai-nilai simbolik tersebut ditemui oleh para ilmuan melalui proses synthetic intuituion. Analisis ikonografi dalam kesedaran yang lebih dalam diertikan sebagai kajian terhadap makna intrinsik dalam seni dan kemudiannya hal ini dirujuk sebagai ikonologi. For as the suffix "graphy" denotes something descriptive, so does the suffix "logy" derived from logos, which means "thought" or "reason** denote something interpretative. "Ethnology," for instance, is defined as a "science of human races" by the same Oxford Dictionary that defines "ethnography" as a "description of human races, (Erwin Panofsky, 1955: 32) Panofsky (1955: 32) menyatakan bahawa kata akhiran graphy memberi gambaran yang berbentuk deskriptif manakala kata akhiran logy lahir dari kata logos yang bermaksud pelajaran atau sebab. Kata logy secara langsung memberi gambaran yang berbentuk tafsiran. Beliau memberikan istilah etnology yang didefinisikan sebagai sains tentang bangsa manusia sebagai contoh. Berbeza dengan definisi sebelumnya, etnography dapat didefinisikan sebagai deskripsi tentang bangsa manusia. Defisini tersebut berlandaskan rujukan beliau pada Oxford Dictionary. Menurut Panofsky (1955) lagi, Webster memberi penegasan terhadap kekeliruan antara dua istilah tersebut...and Webster explicitly warns against a confusion of the two terms inasmuch as "ethnography is properly restricted to the purely descriptive treatment of peoples and races while ethnology denotes their comparative study...( Erwin Panofsky, 1955: 32) 264

Webster menggariskan bahawa etnografi dihadkan pada deskripsi berkaitan manusia dan bangsa manakala etnologi melambangkan kajian bandingan. Panofsky (1955: 32) menegaskan bahawa ikonologi adalah ikonografi yang bersifat tafsiran. Hal ini bukan sahaja memainkan peranan untuk membuat kaji selidik awal, tetapi juga menjadi salah satu aspek penting dalam pengajian ilmu seni. Beliau memberi pengakuan bahawa definisi kata akhiran pada ikonologi mungkin tidak akan dianggap seperti etnologi dan etnografi tetapi lebih kepada astrologi dan astrografi. Ikonologi merupakan satu langkah interpretasi yang lebih dibangunkan daripada sintesis, bukan analisis. Pengenalpastian yang tepat terhadap motif berlandaskan pada analisis ikonografi yang tepat. Analisis image yang tepat pula membawa kepada interpretasi ikonologi yang tepat. Walau bagaimana pun, hal ini tidak akan diperoleh jika secondary atau conventional subject matter disingkirkan. Langkah interpretasi akan secara langsung merujuk pada motif dan makna seperti karya-karya landskap Eropah, still-life dan non-objective art. Gambar 6: Tahap teori ikonografi Panofsky Sumber: Panofsky (1955) dan diubahsuai menggunakan perisian Photoshop CS6 265

Gambar 7: Cara dan prinsip interpretasi karya mengikut teori ikonografi Panofsky Sumber: Panofsky (1955) dan diubahsuai menggunakan perisian Photoshop CS6 Analisis Karya Pelukis Sabah Sabrina Majuakim Gambar 8: The Emperor, Sabrina Majuakim, 2006, 51cm x 50cm, Cat minyak 266

Sumber: Wan Azlindah Wan Daud sebagai Kurator Pameran. 2007. Rencana Katalog Pameran Solo Sabrina Majuakim: Tarot of The Fallen Ones. Kota Kinabalu: Balai Seni Lukis Sabah 1. Deskripsi Pra-Ikonografi Tahap deskripsi pra-ikonografi pada karya menunjukkan satu figura (rujuk Gambar 8) seakan tubuh manusia sedang duduk disebuah kerusi. Figura tersebut mengenakan selendang berwarna merah dan berpakaian serba hitam. Pada bahagian kaki figura tersebut terlihat duriduri yang mencanak keluar. Figura tersebut juga mempunyai empat tanduk serta warna wajah yang putih. Bahagian mata pada wajah figura berwarna gelap. Pakaian figura adalah pakaian zaman medieval. Figura sedang memegang sebuah tongkat hijau yang menyerupai ular. Kerusi tempat figura duduk dan bersandar dipenuhi dengan ular berwarna hijau dan kerusi tersebut kelihatan seperti diperbuat daripada konkrit. Figura tersebut sedang diapit oleh dua bentuk pada sebelah kiri dan kanan. Bentuk tersebut mempunyai ciri yang serupa iaitu berwarna kelabu, mempunyai mata dan muka yang hitam. Tempat duduk figura terlihat dua bentuk wajah yang bertanduk. Mata pada wajah tersebut berwarna hitam dan diselaputi warna merah. Mulut pada wajah tersebut ternganga dan diselaputi warna merah. Warna latar pada karya merupakan warna suram iaitu gabungan merah, kuning dan hitam. Prinsip keseimbangan simetri dapat dilihat, sebuah figura berada di tengah-tengah karya. Warna yang digunakan adalah warna sejuk dan hue warna yang diaplikasikan adalah hue gelap. Warna hijau pada kerusi menjadi kontra dalam warna. Kadar banding pada figura menunjukkan tubuh badan manusia yang hampir sempurna. 2. Analisis Ikonografi Tahap ini merupakan tahap kedua dan akan membincangkan mengenai sumber-sumber atau perkaitan imej-imej atau komposisi yang wujud dalam karya. Keseluruhan karya menyerupai komposisi yang wujud pada kad Tarot yang digunakan untuk menilik nasib. Keseluruhan kad Tarot yang berjumlah 78 dan masing-masing kad membawa tafsiran yang berbeza. The Emperor merupakan salah satu kad dalam Tarot (rujuk Gambar 9). Menurut Dummett dalam penulisan Juliette Wood (1998), kad Tarot berasal daripada Eropah pada abad ke-15. Gambar 9: Ilustrasi kad Tarot The Emperor Gambar 10: Ilustrasi Baphomet oleh Eliphas Levi 267

Sumber: https://www.biddytarot.com/tarot-cardmeanings/major-arcana/emperor/ Sumber: https://freethoughtblogs.com/atg/2017/01/19/itstough-work-being-baphomet-you-know/ Figura tersebut mempunyai perkaitan dengan ilustrasi syaitan. Hal tersebut dapat dibuktikan melalui tanduk yang mencanak naik. Ilustrasi Baphomet 6 yang menunjukkan figura manusia berkepala kambing dengan tanduk yang tajam mencanak (rujuk Gambar 10). Menurut James Morgan (2015), ilustrasi tersebut dihasilkan oleh Eliphas Levi dalam buku beliau bertajuk Transcendental Magic: Its Doctrine and Ritual. Eliphas Levi merupakan seorang okultis berbangsa Perancis. Kostum atau pakaian pada figura tersebut menunjukkan pakaian pada era Medieval. Kostum tersebut merupakan kostum yang mempunyai perkaitan dengan pahlawan dan raja. Selendang berwarna merah diselit pada kedua-dua bahu merupakan kostum yang seringkali digunakan oleh raja pada zaman itu manakala kasut yang berduri menunjukkan bahawa figura tersebut mempunyai sifat kepahlawanan (rujuk Gambar 11 & 12). Gambar 11: Raja Clovis I 7 Gambar 12: Raja Childeric I 8 Sumber: https://www.findagrave.com/cgibin/fg.cgi?page=gr&grid=94481382 Sumber: http://modernmedievalism.blogspot.my/2012/10/scissorsor-sword-why-medieval-men.html Wajah berwarna putih pada figura tersebut merupakan simbolik kepada syaitan atau kejahatan. Hal ini diistilahkan sebagai corpse paint (rujuk Gambar 13). Corpse paint dipopularkan oleh genre muzik black metal pada sekitar tahun 1980-an. Genre ini menerapkan unsur-unsur penyembahan kepada syaitan dalam lirik lagu dan mempersembahkan gaya muzik yang keras serta laju. Corpse paint dapat diertikan sebagai solekan yang dapat dihasilkan menggunakan pelbagai alat solek. Seterusnya, corpse paint merupakan adaptasi daripada wajah mayat yang pucat dan kusam. Warna hitam yang diselit 6 Baphomet merupakan satu ilustrasi manusia berkepala kambing yang sering digunakan dalam ritual okultis. 7 Raja Clovis I merupakan seorang raja kepada kaum Frank dan penguasa Merovingians. Memerintah daripada tahun 481-511 masihi. 8 Raja Childeric I merupakan raja kepada kaum Salian Frank dan pemerintah Merovingians daripada tahun 457-481 masihi. 268

pada sebahagian muka menunjukkan kontra dan menimbulkan ekspresi yang jahat atau menyeramkan. Corpse paint dapat dikaitkan dengan black metal dan seringkali difahamkan sebagai sebuah gaya solekan. Gaya solekan ini bertujuan untuk menimbulkan kesan tubuh manusia yang seakan mereput serta menonjolkan kesan seperti kejahatan dan representasi terhadap syaitan (Jeremy Ulrey, 2016). Gambar 13: Corpse paint pada wajah ahli kugiran King Diamond Sumber: http://www.lazerhorse.org/2014/10/19/best-corpse-paint-ever/ Tongkat yang menyerupai ular mempunyai perkaitan dengan sifat ular itu sendiri. Ular seringkali dikaitkan dengan bisa dan mempunyai kebolehan untuk membelit dan menyelit dalam ruang-ruang yang kecil. Secara umumnya, ular dapat memanjangkan badannya dan dapat beradaptasi dengan persekitaran yang bersifat arboreal 9 (H. B. Lillywhite, J. R. LaFrentz, Y. C. Lin dan M. C. Tu, 2000). Badan ular yang mudah lentur dan fleksibel membolehkannya untuk menyelinap dalam ruang yang sempit. Hal ini dapat dibuktikan melalui spesies ular yang berwarna hijau. Ular hijau yang dikenali sebagai ular daun sering menyelit di antara dahan-dahan kecil. Bisa pada ular pula disalurkan melalui taring yang tajam (rujuk Gambar 14). Taring tersebut merupakan senjata utama bagi ular. Reptilia unik ini dapat diklasifikasikan kepada pelbagai jenis. Imej tongkat yang menyerupai ular tedung merupakan antara spesies ular yang paling berbahaya sehingga diberi jolokan sebagai King Cobra kerana memiliki bisa yang kuat dan boleh membawa maut (rujuk Gambar 15). Gambar 14: Lekuk pada badan ular serta taring Gambar 15: Ular tedung Sumber: Sumber: http://www.wftv.com/news/trending- 9 Persekitaran pokok 269

http://www.epicadamwildlife.com/2016/01/15/gian t-snake-myths/ now/watch-king-cobra-drinks-from-manswater-bottle-reports-say/507585141 Kerusi yang menjadi tempat duduk figura tersebut diterapkan menggunakan warna yang menyerupai konkrit. Konkrit merupakan bahan binaan asas yang bersifat keras, tahan dan mampat. Pada kiri dan kanan tersebut dapat dilihat dua wajah bertanduk yang membawa ekspresi seakan-akan keperitan dan kesakitan. Wajah tersebut seakan-akan topeng. Ekspresi tersebut dapat dilihat ketika seseorang sedang menjerit kesakitan. Selain itu, ekspresi wajah tersebut disertai dengan calitan warna merah yang menurun seakan-akan manusia yang muntah darah. Mata pada wajah tersebut dipalit dengan warna hitam yang menunjukkan kesedihan. Palitan hitam yang menurun menunjukkan bahawa wajah tersebut sedang menangis. Bentuk yang mengapit kiri dan kanan figura menunjukkan satu makhluk yang besar. Komposisi yang berada pada kiri dan kanan merupakan konsep perlindungan. Dua bentuk tersebut sedang mengawal atau melindungi figura yang berada di tengah. Wajah bentuk tersebut berwarna hitam dengan dua mata yang menonjol. Bentuk pada sebelah kiri memiliki mata berwarna merah dan bentuk pada sebelah kanan memiliki mata berwarna kuning. Mata tersebut menunjukkan bahawa bentuk itu bukan manusia kerana manusia mempunyai anak mata yang berwarna hitam, hijau, biru dan coklat. Walau bagaimanapun, dalam konteks manusia, mata kuning dan merah masing-masing dapat dikaitkan dengan penyakit. Mata merah menunjukkan mata yang sedang sakit akibat terkena asap manakala mata berwarna kuning pula menunjukkan bahawa hati seseorang tidak berfungsi dengan betul (rujuk Gambar 16). Mata berwarna merah juga dapat dikaitkan dengan ganja (rujuk Gambar 17). Ganja merupakan tumbuhan yang mampu mempengaruhi otak dan mempunyai potensi untuk mengkhayalkan manusia. Viral conjunctivitis adalah salah satu penyakit pada mata dan ianya disebabkan oleh adenovirus 10 (A. R. Elkington dan P. T. Khaw, 1988). Gambar 16: Putih mata berubah kekuningan kerana kegagalan hati berfungsi dengan baik. Gambar 17: Mata yang merwarna merah kerana menghisap ganja. Sumber: http://www.medicalnewstoday.com/articles/312403.php Sumber: http://rebloggy.com/post/prettysmoke-eye-stone-red-eyes-smoke-weedeveryday-green-eye-kiffen/73761392870 10 Sekumpulan virus yang berupaya untuk menyebabkan jangkitan kepada paru-paru, perut, usus dan mata. Simptom serupa dengan simptom demam. Sumber: http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=8698, diakses pada 20 Julai 2017, 11:46am. 270

3. Intepretasi Ikonologi Pada tahap ketiga dan terakhir ini, pengkaji akan menyingkap mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya menerusi hasil catan yang bertajuk The Emperor. Menurut pelukis 11, figura dalam catan tersebut dapat dirujuk sebagai Lucifer iaitu malaikat yang telah diturunkan ke dunia oleh Tuhan menurut fahaman agama Kristian. Peristiwa ini terjadi berikutan kemurkaan Tuhan. Hal ini dapat dilihat pada Bible (New International Version): Your heart became proud on account of your beauty, and you corrupted your wisdom because of your splendor. So I threw you to the earth; I made a spectacle of you before kings. (Ezekiel 28:17) Menurut fahaman agama Kristian, Lucifer diturunkan ke bumi kerana telah bangga dengan diri dan kebijaksanaannya sehingga dia merasakan bahawa dia berhak untuk memiliki takhta Tuhan. Hal ini juga dapat dilihat pada Bible: How you are fallen from heaven, O Day Star, son of Dawn! How you are cut down to the ground, you who laid the nations low! You said in your heart, I will ascend to heaven; I will raise my throne above the stars of God; I will sit on the mount of assembly on the heights of Zaphon; I will ascend to the tops of the clouds, I will make myself like the Most High (Isaiah 14:12-14). Walau bagaimanapun, hal ini merupakan tafsir daripada ayat di atas. Isaiah 14:12-14 ditujukan pada seorang raja Babylon dan ayat tersebut sebagai metafora kepada Lucifer. Figura tersebut sedang duduk di sebuah kerusi yang kukuh menunjukkan bahawa dia sedang berada di takhta. Pakaian seakan raja menandakan bahawa figura tersebut memiliki kuasa serupa raja. Raja dalam konteks tafsiran ini merujuk pada Tuhan. Selain itu, pakaian seperti pahlawan tersebut menunjukkan bahawa Lucifer bersedia untuk berlawan. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan dengan manusia. Lucifer berusaha melawan manusia agar tidak mengikut ajaran Tuhan. Tongkat menyerupai ular tedung yang dipegang oleh figura tersebut menunjukkan satu pegangan. Pegangan tersebut merupakan deception, seperti sifat ular yang mahir dalam membelit dan menyelit. Dalam erti kata lain, Lucifer mempunyai sifat yang sangat gemar memutar belit manusia sehinggakan lupa kepada Tuhan. Ular tedung yang mempunyai bisa yang sangat kuat merupakan simbolik kepada putar belit Lucifer yang amat kuat dalam menyesatkan umat manusia. Lucifer yang bersandar pada kerusi yang dipenuhi dengan ular melambangkan kehidupannya yang disandarkan pada penipuan dan kesesatan manusia. Hal ini dapat dilihat pada Bible (New International Version): You belong to your father, the devil, and you want to carry out your father's desires. He was a murderer from the beginning, not holding to the truth, for there is no truth in him. When he lies, he speaks his native language, for he is a liar and the father of lies. (John 8:44) Menyesatkan manusia menjadi tunggak kehidupan Lucifer dan jumlah ular yang banyak tersebut melambangkan manusia-manusia yang telah disesatkannya. Dua wajah pada kiri dan kanan figura tersebut menunjukkan para pendosa. Ekspresi dalam keperitan dan kesedihan itu menunjukkan bahawa mereka sedang dalam penyesalan kerana tidak mengikuti ajaran Tuhan malah terus diperdaya oleh Lucifer. Warna merah yang keluar daripada mulut wajah tersebut pula melambangkan perkara yang telah mereka lakukan dan kini perkaraperkara tersebut menyebabkan mereka diseksa. Dua bentuk pada kiri dan kanan Lucifer pula 11 Sabrina Majuakim. 36 tahun. Temu bual dijalankan di Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Pelukis The Emperor. 12 Julai 2017. 271

merujuk pada syaitan-syaitan yang sentiasa melindungi Lucifer. Apitan pada kiri dan kanan juga menunjukkan bahawa makhluk tersebut sentiasa dekat dengan Lucifer dan hal ini secara langsung menyatakan bahawa makhluk tersebut turut membantu dalam menyesatkan manusia. Hal ini dapat disokong pada mata yang berwarna merah dan kuning. Warna merah dan kuning pada mata manusia menunjukkan penyakit dan penyakit dalam konteks tafsiran ini merujuk pada kesesatan manusia daripada ajaran Tuhan yang benar. Warna latar pada karya pula merupakan gabungan merah, kuning dan hitam yang melambangkan api. Api tersebut menunjukkan bahawa Lucifer sedang bertakhta di dalam neraka. Secara keseluruhan, karya tersebut menyampaikan mesej yang berbau peringatan. Pernyataan ini disokong oleh pelukis karya tersebut. Sabrina Majuakim yang merupakan seorang penganut Kristian Katolik menyatakan bahawa karya ini bertujuan sebagai amaran kepada umat manusia. Lucifer akan menyesatkan manusia sehingga manusia tersebut masuk ke neraka dan berada dalam penyesalan. Menurut pelukis lagi, istilah para pendosa merujuk pada manusia yang mempunyai pilihan hidup tetapi tetap memilih untuk tidak menyanjung Tuhan. Merekamereka yang mempunyai peluang untuk berpatah balik ke jalan yang benar tetapi sebaliknya mereka terus dibelenggu tipu daya syaitan. Kesimpulan Secara keseluruhan, pelukis Sabrina Majuakim mewakili pelukis Sabah nyata menyelitkan unsur spiritual dalam karya. Hal ini menerangkan bahawa tidak semua pelukis di Sabah mengambil hal benda yang berkaitan dengan negeri makmur ini. Teori ikonografi Panofsky adalah sangat berkesan dalam mentafsir karya-karya yang penuh dengan simbolisme. Perkaitan sesebuah imej dalam karya dapat diterangkan dengan jelas dan teratur serta dapat menghasilkan satu tafsiran yang hampir tepat. Pengaplikasian teori ikonografi dalam interpretasi karya dapat menyingkap maksud di sebaliknya. Secara umum, tidak semua karya seni berkomunikasi secara terus dengan audiens. Terdapat karya-karya tertentu yang memerlukan pengamatan dan pemahaman yang baik dan peka. Unsur metafora dalam karya seringkali membuatkan khalayak seni menyalah tafsir sesebuah karya tersebut. Khalayak diharap agar terus berusaha untuk mengamati karya seni supaya dapat menerima mesej dan pesanan yang telah diselitkan dalam karya. Hal ini demikian kerana audiens mempunyai persepsi dan interpretasi yang berbeza. Bibliografi Alfred Stern. 1965. What Are Spiritual Phenomena? Proceedings and Addresses of the American Philosophical Association, 39, 43-59. A. R. Elkington dan P. T. Khaw. 1988. The Red Eye. British Medical Journal (Clinical Research Edition), 296 (6638), 1720-1724. Census data revisited (n.d.). Diakses pada 19 Julai 2017. Diambil daripada rangkaian web All About God, http://www.allaboutgod.com/story-of-lucifer.htm. Census data revisited (n.d.). Diakses pada 20 Julai 2017. Diambil daripada rangkaian web Bible, http://biblehub.com/ 272

Christine Hasenmueller. (1978). Panofsky, Iconography and Semiotics. The Journal of Aesthetics and Art Criticism, 36 (3), 289-301. Donald Capps. 2011. A Spiritual Person. Journal of Religion and Health. 50 (2), 313-320. Erwin Panofsky. 1955. Meanings In The Visual Art: Papers in and on Art History. New York: Doubleday & Company, Inc. H. B. Lillywhite, J. R. LaFrentz, Y. C. Lin dan M. C. Tu. 2000. The Cantilever Abilities of Snakes. Journal of Herpetology, 34 (4), 523-528. Ismail Hj. Ibrahim. 2005. Sejarah Seni Lukis Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. James Morgan. 2015. Decoding the Symboles On Satan s Statue, diambil daripada http://www.bbc.com/news/magazine-33682878. Diakses pada 1.37pm, 19 Julai 2017. Jeremy Ulrey. 2015. A Visual History of Corpse Paint, diambil daripada http://www.metalinjection.net/black-metal-chronicles/black-metal-history-month/anillustrated-history-of-corpse-paint, Diakses pada 3.00pm, 19 Julai 2017. Juliette Wood. 1998. The Celtic Tarot and the Secret Tradition: A Study in Modern Legend Making. 109, 15-24. Maya Spencer. 2012. What is Spirituality: A Personal Exploration. Royal College of Psychiatrists. Meredith Monk dan Bonnie Marranca. 2009. Performance and the Spiritual Life. A Journal of Performance and Art, 31 (1), 16-36. Paul R. Powers. 2004. Interiors, Intentions and the Spirituality of Islamic Ritual Practice. Journal of The American Academy of Religion, 72 (2), 425-259. Penny Long Marler dan C. Kirk Hadaway. 2002. Being Religious or Being Spiritual in America: A Zero-Sum Proposition? Journal for the Scientific Study of Religion, 41 (2), 289-300. Richard L. Weddige. 1994. Spiritual and Psychotherapeutic Aspects. Journal of Religion and Health, 33 (3), 253-258. Wan Azlindah Wan Daud sebagai Kurator Pameran. 2007. Rencana Katalog Pameran Solo Sabrina Majuakim: Tarot of The Fallen Ones. Kota Kinabalu: Balai Seni Lukis Sabah. 273