BUKU ILMIAH UNTUK GOLONGAN ISTIMEWA: KAJIAN KES DI PENERBIT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR

Similar documents
Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

How to Produce & Transform?

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

STRUKTUR PENERBITAN TNC P&I

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

16 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.26, JUL 2018

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

Bengkel Penulisan & Penerbitan Book Chapter for Editors 11 Mac 2015

Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA FACULTY OF HUMAN ECOLOGY

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

SYARAT PENCALONAN DAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH TOKOH PENERBITAN

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI. Maklumat Am

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

Terapi Seni Ekspresif Sebagai Intervensi Kaunseling Dalam Memangkinkan Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

KEBERKESANAN MODUL KAUNSELING PEMULIHAN TERHADAP MASALAH PSIKOSOSIAL ORANG KURANG UPAYA (OKU) FIZIKAL AKIBAT KEMALANGAN

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

Kata Kunci: Reka Bentuk Sejagat (RBS), Taman Permainan, Orang Kurang Upaya (OKU), Pereka bentuk Produk.

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Rosmani Omar 1 Siti Ezaleila Mustafa 2. Accepted date: 6 May 2017 Published date: 26 December 2017

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI. Maklumat Am

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

ISBN : PENYUNTING : MAT ZIN MAT KIB, CHRISTINA ANDIN & ISMAIL ALI HARGA : RM60.00

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APLIKASI SIFAT DAN FOKUS TEORI PENERBITAN DALAM BUKU ILMIAH BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU SAADAH BINTI HAJI JAFFAR

PROSEDUR KUALITI TERAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN. Diluluskan oleh: Disediakan oleh: SEKTOR KHIDMAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA PENGURUSAN

36 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.23, JUN 2018

Bengkel Penulisan & Penerbitan Book Chapter for Editors 11 Mac 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CLASSIFICATION OF THE AESTHETICS FORMULA AND GENERATING THE SCREEN DESIGNS FOR BALANCE PRINCIPLE

INFORMIKA JILID 1,2011

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

Transcription:

Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal of Social Science Jilid 3 2018: 59-66 BUKU ILMIAH UNTUK GOLONGAN ISTIMEWA: KAJIAN KES DI PENERBIT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR ashrismail@gmail.com Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ABSTRAK Penerbitan sesebuah buku, khususnya berkaitan dengan golongan istimewa masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan mana-mana penerbit. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti buku-buku ilmiah yang telah diterbitkan berkaitan dengan golongan istimewa dan kerelevanannya untuk diterbitkan dan dipasarkan kepada khalayak umum. Dalam kajian ini, kajian ini berbentuk kajian kes terhadap pencapaian Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menerbitkan buku-buku berkaitan golongan istimewa ini. Selain itu, data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan teks terhadap kandungan buku-buku yang diterbitkan khusus kepada golongan istimewa. Hasil kajian mendapati bahawa sekitar tahun 2005-2012, Penerbit UPM telah menerbitkan sebanyak 14 judul buku ilmiah berkaitan dengan golongan istimewa yang telah dihasilkan oleh golongan akademik. Hal ini menunjukkan bahawa kewibawaan Penerbit UPM dan kegigihan golongan akademik dalam menghasilkan manuskrip serta buku ilmiah yang berkualiti semakin terserlah. Penerbitan sesebuah buku ilmiah bertujuan untuk menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat. Ternyata, pengetahuan yang dilalui ketika proses penerbitan seperti penilaian, penyuntingan, pencetakan dan pemasaran, dapat memberikan sokongan padu, sumber kekuatan hidup kepada golongan istimewa di Negara ini. Kata kunci: Penerbit UPM, golongan istimewa, buku ilmiah, relevan, sumbangan, pengiktirafan. PENGENALAN Penerbit UPM ditubuhkan atas kelulusan majlis universiti pada tahun 1977. Pada masa itu, hal ehwal penerbitan dikendalikan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Naib Canselor sebagai Pengerusi dan lima pegawai akademik sebagai ahli. Dari sebuah unit yang terletak di bawah pentadbiran Perpustakaan UPM, Penerbit kini adalah sebuah PTJ yang beroperasi di bawah pengurusan seorang Ketua Penerbit. Dasar-dasar Penerbit ditentukan oleh Jawatankuasa PenerbitanUniversiti (JKPU) yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Sejak sembilan tahun yang lalu, Penerbit telah mempunyai bangunan sendiri yang terletak bersebelahan Perpustakaaan Sultan Abdul Samad, dilengkapi peralatan merekabentuk dan perisian komputer terkini. Penerbit UPM telah mempelbagai bidang kepengarangannya dengan menerbitkan buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang, jurnal, prosiding, laporan tahunan dan sebagainya. Sehingga kini, kerancakan penerbitan yang diuruskan oleh Penerbit UPM semakin pesat dengan menangani pelbagai jenis bidang manuskrip dan judul yang dihasilkan oleh golongan academia. Atas dasar, penerbitan ilmiah menyebarluaskan kesarjanaan ilmu kepada masyarakat ternyata buku-buku yang diterbitkan di Penerbit UPM turut memfokuskan kepada individu, kelompok, dan keluarga yang menghadapi kesukaran dalam kehidupan dan mereka berhak hidup di dunia ini sama seperti manusia yang normal, berjaya dan bahagia yang lain. Menurut Mohd. Zubir Mat Jafri, Lim Hwee San & A watif Ahmad (2009), buku adalah bentuk penerbitan yang paling sukar dihasilkan kerana memerlukan latar belakang dan teori yang sangat kukuh dan mantap. Dalam bentuk hasil penerbitan ini, penyelidik perlu menggaitkan latar belakang dengan hasil penyelidikan dan buku juga boleh menggabungkan pengalaman dan pandangan peribadi penulis; ia merupakan gabungan penyataan umum dan pernyataan yang spesifik. 59

Buku Ilmiah Untuk Golongan Istimewa: Kajian Kes Di Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor Tidak dinafikan, buku ilmiah berkaitan golongan istimewa seperti menghidap penyakit yang kritikal, dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU), dilanda masalah yang sukar untuk dihadapi, dan golongan wanita dan kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah dan ancaman. Berdasarkan penulisan ini, didapati Penerbit UPM sudah menerbitkan beberapa buku yang berkaitan golongan istimewa dan sudah dipasarkan kepada umum. OBJEKTIF Kajian ini dilakukan untuk: i. Mengenal pasti buku-buku untuk golongan istimewa yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia ii. Membincangkan relevan buku untuk golongan istimewa yang diterbitkan dan dipromosikan kepada umum METODOLOGI Makalah ini dihasilkan dengan menggunakan kajian kes terhadap pencapaian Penerbit UPM dalam menerbitkan buku untuk golongan istimewa dan secara analisis teks terhadap kandungan buku-buku yang diterbitkan khusus kepada golongan istimewa. DAPATAN KAJIAN Penulisan ini dibuat berdasarkan 14 judul buku ilmiah yang dihasilkan oleh golongan akademik dan diterbitkan oleh Penerbit UPM, Serdang. Jadual 1 menunjukkan sebahagian judul yang diterbitkan pada tahun 2005 sehingga 2012 dan dipilih secara rawak sebagai data kajian. Daripada 14 judul yang ada dalam Jadual 1, hanya 11 judul yang dibincangkan dalam penulisan ini. Ternyata, buku ilmiah yang dihasilkan oleh penulis dan diterbitkan dalam bahasa Melayu dan English ini menjadi pilihan buku untuk golongan istimewa. Hal ini kerana jenis bahan yang diterima oleh Penerbit UPM adalah, karya asal yang bersifat ilmiah, terutama yang ditulis dalam bentuk buku dalam bidang pertanian, sains, teknologi dan sains kemasyarakatan, termasuklah juga bahan pendidikan sama ada buku teks karya dalam bahasa Melayu, terutamanya daalm bidang sains, teknologi dan sains kemasyarakatan (Penerbit Universiti Putra Malaysia,2013) 60

Jadual 1: Judul buku yang dikaji Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal of Social Science Jilid 3 2018: 59-66 Bil. Judul Penulis/Editor/Tahun 1 Coaching Athelets with Disabilities Nagoor Meera Abdullah, Kwame Ampofo Boateng & Rozita Abd Latif (2012) 2 Pendidikan dan Masyarakat : Peranan Maimunah Ismail & Abdul Rasid Jamian Institusi Sosial (Editor) (2011) 3 Terapi Kognitif Tingkah Laku bagi Firdaus Mukhtar & Tian Po Oei Rawatan Anzieti (2011) 4 Terapi Kognitif Tingkah Laku bagi Firdaus Mukhtar & Tian Po Oei Rawatan Kemurungan (2011) 5 Amalan Penyeliaan Kaunseling Othman Mohamed (2008) 6 Education for Diverse Learners Ramlee Mustapha, Norzaini Azman & Abdul Razak Ahmad (2009) 7 Keluarga, Kanak-kanak & Remaja Rozumah Baharudin & Rahimah Ibrahim (2008) 8 Kemiskinan di Malaysia Laily Paim &Sharifah Azizah Haron (2010) 9 Memahami Pelajar Berisiko: Ke Arah Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Pembangunan Kerjaya Keusahawanan (2008) 10 Memahami Pertuturan Kanak-kanak Zaitul Azma Zainon Hamzah melalui Analisis Pragmatik (2006) 11 Memperkasa Pendidikan Pelajar Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Berisiko Fooi (2005) Habibah Elias, Nooren Noordin, Rahil 12 Psychological Profile of At-Risk Hj, Mahyuddin, MohdSofian Omar Students in Malaysia Fauzee, Maria Chong Abdullah & Samsilah Roslan (2008) 13 14 Separation Anxiety Disorder: What Families Can Do Silence Suffering and The Female Voice in Plays by K.S Maniam & Sarah Daniels SakinehMofrad, Rohani Abdullah & Ikechukwu Uba (2010) Wan Roselezam Wan Yahya (2009) Relevan buku untuk golongan istimewa yang diterbitkan dan dipromosikan kepada umum Penerbitan buku ilmiah menjadi bahan bacaan dan rujukan untuk masyarakat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman hidup melalui proses membaca dan penghayatan teks yang dibaca. Biarpun, pelbagai proses kerja, dan cabaran yang dilalui oleh Penerbit UPM, buku ilmiah perlu sentiasa diterbitkan dan sedia menerima manuskrip berkualiti daripada golongan akademik yang ingin membukukan pengetahuan mereka yang dipelajari di peringkat sarjana mahupun pengajian doktor falsafah. Justeru, buku terbitan Penerbit UPM mempunyai relevan dan sumbangan kepada golongan istimewa di Negara. 61

Buku Ilmiah Untuk Golongan Istimewa: Kajian Kes Di Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor Pendidikan dan Masyarakat: Peranan Institusi Sosial Buku ini jelas mengiktiraf institusi sosial dalam membangunkan masyarakat melalui pendidikan. Kekuatan buku ini ialah dapat mengadun aspek pendidikan yang luas daripada yang tidak formal sehingga formal. Isi berkaitan pendidikan dilihat daripada perspektif permasalahan yang berlaku di luar bilik darjah atau dalam masyrakat. Penulisan di dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dalam pelbagai bidang pendidikan termasuk pembangunan sumber manusia yang mempercayai bahawa sumber manusia yang perlu dibangunkan berada di mana-mana sahaja iaitu dalam organisasi dan masyarakat. Buku ini diharap dapat dijadikan rujukan kepada pembaca umum serta penyelidik, pendidik, pemimpin institusi sosial perlu digembleng dalam membimbing murid, peljara, keluarga dan ahli masyarakat yang menganggotai puluhan jenis institusi social dengan wawasan dan pejuangan yang berbeza tetapi satu matlamat membangunkan Negara. Coaching Athletes with Disabilities (Melatih Atlet Ketakupayaan) Buku ini ialah satu panduan praktikal untuk melatih kaedah dan menafsir atlet dengan ketakupayaan dengan berkesan dan cekap, serta menjadi satu garis panduan bagi kejurulatihan pengamal sukan yang berhadapan dengan atlet ketakupayaan dan juga rujukan sahih secara teori dan amalan dalam bidang ini. Secara mendalamnya, buku ini membincangkan ketakupayaan pelbagai keadaan dalam melatih mereka dan juga mengajar pembaca tentang amalan penilaian kesihatan merentasi ketakupayaan pelbagai. Ciri-ciri termasuk garis panduan pengenalan bakat untuk orang ketakupayaan, kesihatan dan ujian prestasi di kalangan pemain bola keranjang berkerusi roda, trek dan atlet padang dan juga pemain-pemain bola, sukan kecacatan, pengkelasan sukan kecacatan, senaman dan kerusi roda terikat atlet dan berlatih dan prinsip umum dalam melatih atlet dengan ketakupayaan sebagai kandungan. Buku ini turut berkongsi ilmu sebagai satu panduan untuk individu yang berdepan dengan atlet ketakupayaan secara umumnya seperti kejurulatihan sukan, jurulatih fizikal, jurulatih kesihatan, pegawai sukan dan juga penyelidik yang berminat dengan bidang itu. 62

Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal of Social Science Jilid 3 2018: 59-66 Terapi Kognitif Tingkah Laku bagi Rawatan Anzieti Terapi Kognitif Tingkah Laku bagi Rawatan Anzieti ini mempunyai lapan sesi yang boleh dijalankan secara kelompok atau individu oleh ahli terapi yang telah dilatih untuk menggunakannnya. Buku ini amat berguna sebagai bahan bacaan dan rujukkan kepada individu yang berminat untuk mengetahui teknik kognitif tingkah laku dalam menguruskan gejala kebimbangan dan keresahan dan kaitannya dengan fikiran negatif dan tingkah laku yang pasif. Terapi Kognitif Tingkah Laku bagi Rawatan Kemurungan Terapi Kognitif Tingkah Laku bagi Rawatan Kemurungan ini mempunyai lapan sesi yang boleh dijalankan secara kelompok atau individu oleh ahli terapi yang telah dilatih untuk menggunakannya. Buku ini amat berguna sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada individu yang berminat untuk mengetahui teknik kognitif tingkah laku dalam menguruskan gejala kemurungan dan kaitannya dengan fikiran negatif dan tingkah laku. Education for Diverse Learners Buku ini dihasilkan dengan memberikan kesedaran tentang pendidikan dan latihan kepada pelajar yang berisiko kerana penyelidikan bidang ini masih berkurangan di Malaysia. Secara langsung, kandungannya membolehkan guru-guru, pentadbir sekolah, dan pegawai pendidikan membangunkan kurikulum yang lebih relevan dan program-program sokongan untuk pelajar berisiko di Malaysia. Inti 63

Buku Ilmiah Untuk Golongan Istimewa: Kajian Kes Di Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor patinya turut menyedarkan masyarakat bahawa pelajar berisiko menjadi harapan masa depan di negara kita: mereka menjadi sumber manusia berpotensi, bakal usahawan yang berjaya, dan menjadi aset negara yang berharga seperti semua aset lain serta memerlukan sokongan semua pihak untuk membantu mereka berjaya. Separation Anxiety Disorder: What Families Can Do? (Gangguan Kebimbangan Perpisahan: Apa Keluarga Boleh Lakukan?) Buku ini secara tuntasnya menjelaskan dan mendidik keluarga dalam situasi gangguan kebimbangan perpisahan di kalangan kanak-kanak. Ia berharap menyumbang kepada pengetahuan saintifik di kebimbangan zaman kanak-kanak dan menyediakan maklumat bertujuan memupuk perubahan di penyesuaian sosial anak. Seterusnya, kandungan buku ini memberikan kerangka teoretis yang membantu untuk menguatkan pembangunan anak. Maklumat daripada buku ini boleh digunakan dalam pembangunan program pencegahan barhau atau permohonan profesional penilaian dan program campur tangan. Tambahan pula, buku ini berguna kepada ibu bapa dalam mengendalikan kebimbangan perpisahan di kalangan anak-anak mereka. Amalan Penyeliaan Kaunseling Buku ini memberikan cara untuk membuat konseptualisasi kes kaunseling mengikut pendekatan teori kaunseling, penulis juga menerangkan cara membuat diagnosis, perancangan rawatan serta laporan kaunseling mengikut piawai amalan terbaik, Pedagogi latihan penyeliaan kaunseling merupakan kelimuan baru daalm bidang ini yang dikemukakan oleh penulis. Sehubungan itu, pendekatan konstruktivisme diterapkan sebagai satu paradigm pengajaran dan perspektif yang memberi fokus kepada eokologi budaya serta piawai amalan terbaik dalam penyeliaan kaunseling. Menariknya, buku ini turut mengulas tentang etika penyeliaan kaunseling sesuai dengan Akta Kaunselor 580, Akta Malaysia. Keluarga, Kanak-kanak & Remaja Kecemerlangan bangsa bergantung kepada kualiti individu, keluarga dan masyarakat. Individu yang berkualiti terhasil daripada perkembangan dalam aspek fizikal, intelek, emosi dan rohani sejak bayu dalam kandungan ibu lagi. Proses perkembangan normatif boleh dipantau supaya kesan positif pembangunan seimbang dapat dimanfaatkan sepanjang hayat. Di samping itu, hubungan individu dengan orang lain akan membentuk satu ikatan yang berasaskan kepercayaan. Elemen kepercayaan ini adalah amat penting daalm kumpulan terutamanya dalam sebuah keluarga kerana terdapatnya harapan yang perlu dipenuhi (hak) dan peranan yang perlu dilaksanakan (tanggungjawab). Justeru, perkembangan manusia, pembangunan modal onsan dan modal sosail perlu turur serta dalam arus perdana pembangunan negara. Buku ini membincangkan perkembangan sepanjang hayat dan memberi panduan yang berguna untuk melahirkan generasi seimbang supaya terus resilien dalam menghadapi cabaran semasa. 64

Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal of Social Science Jilid 3 2018: 59-66 Memahami Pertuturan Kanak-kanak melalui Analisis Pragmatik Buku ini dihasilkan untuk menambah koleks i buku penyelidikan yang memberi fokus kepada bidang pragmatik. Di samping itu, kajian tentang pertuturan kanak-kanak prasekolah menggunakan pendekatan pragmatik masih belum mencukupi. Justeru, kajian penulis peringkat sarjana ini telah dikemas kini dan diterbitkan dalam bentuk buku ilmiah. Sudah tentu, buku ini dapat memberi pendedahan kepada para pembaca tentang makna pertuturan kanak-kanak prasekolah supaya aspek ketersiratan dapat dijelaskan dan kandungan pemikiran kanak-kanak dapat difahami. Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko Buku ini membincangkan dapatan kajian tentang pembangunan sumber manusia untuk pelajar berisiko. Skop perbincangan buku tidak terbatas kepada keberkesenan program pendidikan untuk pelajar berisiko, motivasi keusahawanan dan aspirasi kerjaya pelajar berisiko serta keperluan pelajar berisiko dan peranan guru untuk melaksanakan program untuk pelajar berisiko. Malah, turut memerihal pelaksanaan program dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya pelajar berisiko di Negara ini. Buku ini sesuasi untuk bahan bacaan dan kegunaan bakal guru yang sedang menjalani program pendidikan di Institut Pendidikan Guru dan IPTA. Kesemua buku yang dihuraikan dan diterbitkan oleh Penerbit UPM, Serdang mempunyai nilai relevan kepada golongan istimewa dan masyarakat untuk bersama-sama berkongsi ilmu pengetahuan yang jarang diketahui oleh umum. Kebiasaannya, buku ilmiah hanya memberi fokus kepada bidangbidang tertentu dan kepada golongan normal. Walaupun, ada buku ilmiah yang diterbitkan dan dijual di pasaran, khusus untuk golongan istimewa, tetapi tidak diketahui oleh masyarakat. Memahami Pelajar Berisiko: Ke Arah Pembangunan Kerjaya Keusahawanan Buku ini merupakan salah satu daripada tiga buku teks yang dihasilkan berasaskan penyelidikan IRPA bertajuk Human Resources Development for At-Risk Children. Penulis sebagai ketua projek penyelidikan menghasilkan buku ini untuk memberi peluang mengupas teori asas dan falsafah pembangunan pelaajr berisiko yang boleh dijadikan panduan membentuk pelajar golongan ini menjadi insan berguna terutama untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya. Hal ini kerana mereka mempunyai potensi besar untuk berjaya dan memerlukan bantuan serta sokongan yang padu, ikhlas dan jujur daripada kita semua iaitu ibu, ayah, guru dan pentadbir pendidikan. 65

Buku Ilmiah Untuk Golongan Istimewa: Kajian Kes Di Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor KESIMPULAN Kewibawaan Penerbit Universiti Putra Malaysia dan kegigihan golongan akademik menghasilkan manuskrip serta buku ilmiah yang berkualiti semakin terserlah dan dapat memberikan panduan hidup kepada semua lapisan masyarakat di Negara ini. Penerbitan buku ilmiah yang bertujuan untuk menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat dapat dikembangkan kepada golongan yang normal mahupun golongan kelainan upaya. Ternyata, pengetahuan yang melalui proses penerbitan seperti penilaian, penyuntingan, pencetakan dan pemasaran, dapat memberikan sokongan padu, sumber kekuatan hidup kepada golongan istimewa di negara ini. RUJUKAN Chin Kho Nee. 2002. Penggunaan Media di Kalangan Minoriti: Satu Kajian Kes Golongan Cacat Penglihatan di Kuala Lumpur. Tesis Master Pengajian Penerbitan, Universiti Malaya. Jama yah Zakaria. 2002. Penyuntingan dalam penerbitan. Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Monograf, Bil. 7, Julai. Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1990). Gaya Dewan, Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Zubir Mat Jafri, Lim Hwee San & A watif Ahmad (2009).Penerbitan daripada penyelidikan oleh Penerbit Universiti APEX. Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2009. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Katalog Penerbit UPM 2009. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 2013. Katalog Penerbit UPM 2013. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Direktori dan Katalog bersama MAPIM 2008/2009. Kuala Lumpur: MAPIM. 66