UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA 40150 SHAH ALAM SELANGOR FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (SKRIN) KEPUJIAN: CT223 CTF 634 TAJUK TUGASAN: Pendekatan pencahayaan neo noir dalam filem pendek Jogan Andika: Interpretasi naratif kepada implementasi stail pencahayaan. NAMA: LOKMAN HAKIM BIN MUSTAPHA NO. PELAJAR: 2010431514 1
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kajian ini dilakukan untuk menganalisa teknik pencahayaan neo noir ke atas filem pendek Jogan Andika. Salah satu keupayaan yang perlu ada pada seseorang yang ingin menjadi seorang pengarah fotografi adalah melihat lampu dan mengingatinya. Seperti yang diungkapkan oleh Kris Malkiewicz di dalam bukunya yang bertajuk Film Lighting (1992) menyatakan bahawa; One of the most important abilities of a cinematographer is to see the light and to remember it. The light memory for the lighting cameraman is similar to the musical memory necessary for a musician. (Kris Malkiewicz, p.1) Di dalam sebuah buku penulisan Blain Brown (2002): Cinematography, Theory and Practice, beliau mendefinisikan bahawa; The term cinematography is from the Greek roots meaning writing with motion. At the heart of it, filmmaking is shooting but cinematography is more than the mere act of photography. It is the process of taking ideas, actions, emotional subtext, tone and all other forms of non verbal communication and rendering them in visual term. (Blain Brown, p.ix) Manakala bagi Laslo Kovacs di dalam penulisan Jacqueline B. Frost mengistilahkan sinematografi di dalam Cinematography for Directors (2009) adalah; 2
the Cinematographer is responsible for everything that goes through the lens from production through postproduction. If the Director is looking for confirmation on a shot, approval of an image, lock eyes before shooting (Jacqueline B. Frost, p.10) Perbezaan antara seorang pengarah dengan pengarah fotografi adalah pengarah menyampaikan ceritanya melalui imej dan memberikan emosi kepada penonton hanya dalam masa 2 atau 3 jam seperti yang diberitahu oleh Jacquline B. Frost di dalam bukunya Cinematography for Directors (2009) menyatakan bahawa; Directors tell their stories with images, and it is their intention to manipulate the emotions of the audience and capture their intention and imagination for two or three hours. (Jacqueline B. Frost, p.1) Manakala bagi pengarah fotografi pula adalah mereka berupaya untuk mencipta mood yang hebat serta tugas pengarah sinematografi adalah memilih pencahayaan yang bersesuaian untuk membantu dalam menyampaikan cerita seperti yang diberitahu oleh Kris Malkiewicz di dalam bukunya iaitu Film Lighting (1992) menyatakan bahawa; It can create a great many moods, but the task of the cinematography is to choose the type of lighting that will best help to tell the story. (Kris Malkiewicz, p.2) Walaupun mereka berbeza skop pekerjaan tetapi mereka mendukung satu visi yang sama iaitu memberi atau merangsang emosi seseorang penonton. Tugas yang paling besar dan digalas oleh dua manusia yang berbeza skop pekerjaan tetapi mempunyai naluri dan memberi 3
lebih emosi dalam memberikan atau menghasilkan sebuah filem yang menarik. Walaubagaimanapun, dengan penggabungan dua tenaga kerja ini mampu menceriakan ketika di lokasi pengambaran dan membantu memberi mood kepada penghasilan filem yang sedang atau ingin dijalankan. Akan tetapi, menurut Vittorio Storaro di dalam karya Jacqueline B. Frost menyatakan di dalam buku Cinematography for Directors (2009) ialah; Cinematographer are not directing we are writing with light and motion to tell a story. That distinction is very important. (Vittorio Storaro,CfD p.12) Selain itu, memetik kata-kata dari Vittorio Storaro di dalam buku karya Jacqueline B. Frost iaitu Cinematography for Directors (2009) menyatakan bahawa tugas pengarah fotografi juga bukan sahaja merakam sesuatu imej bahkan lebih dari itu kerana pemikiran dan idea seorang pengarah fotografi haruslah menjangkau dan melepasi had daya pemikiran manusia. Ini disebabkan mereka harus mencipta gaya teknik pencahayaan yang tersendiri agar selari dengan kesesuaian naratif. Kenyataan yang diberikan oleh Vittorio Storaro ini merupakan satu kesan yang ditinggalkan oleh sinematografer dalam hasil hasil karyanya. Kelebihan yang ada pada pengarah fotografi selain dari merakam visual adalah dari segi kepekaan mereka dalam membaca dan mentafsir kekuatan cahaya di set. Pencahayaan adalah satu elemen utama dalam menghasilkan sesebuah visual, digunakan dalam ruang dan waktu serta boleh mengubah mood seseorang penonton yang melihat cerita tersebut. 4
Menurut Herbert Zettl (2010) didalam bukunya yang berjudul Sight, Sound, Motion : Applied Media Aesthetics memberi pencerahan terhadap penggunaan cahaya bagi sesuatu tempat iaitu; before you try to manipulate light and shadows and use them creatively, you need to familiarize yourself with the nature of light, lighting purposes and functions, the nature of shadows, and the outer and inner orientation functions of lighting. (Herbert Zettl,p.19) Sebelum menghasilkan sesebuah teknik pencahayaan di dalam studio ataupun di luar studio, Pengarah Fotografi haruslah memandang berat terhadap kawasan persekitaran yang hendak dilakukan kerana ia akan mengubah landskap dan pencahayaan itu sendiri mengikut kemahuan dan kesesuaian jalan cerita yang ingin dilakukan. Di dalam tulisan Torben Grodal (2005) di dalam buku Moving Image Theory Ecological Considerations menyatakan bahawa menurut Schaefer & Salvato (1984); Lighting is one of the most powerful means of creating effect in films. The research on lighting as a means of creating effect has mainly been pragmatic and based on singlecase observations. (Torben Grodal,p.152) Selain itu, menurut Arnheim (1974) di dalam buku yang sama hasil tulisan Torben Grodal (2005) menyatakan bahawa telah banyak hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji filem dan seni terhadap pencahayaan berbanding dengan seni itu sendiri. Ini menunjukkan bahawa kepentingan cahaya dalam merakam sesuatu visual dan kepentingan filem itu sendiri kepada masyarakat melebihi nilai nilai seni itu sendiri. 5