E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

How to Produce & Transform?

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

Rosmani Omar 1 Siti Ezaleila Mustafa 2. Accepted date: 6 May 2017 Published date: 26 December 2017

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Kata Kunci: Reka Bentuk Sejagat (RBS), Taman Permainan, Orang Kurang Upaya (OKU), Pereka bentuk Produk.

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan :... : Dr. Rafidah Binti Hasan. Tarikh :...

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang, mata pelajaran perkara dan topik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

ISPUB.COM. Perception of Authors in e-publishing. N Shiratuddin, Z Othman, K Ahmad, S Hassan INTRODUCTION TRADITIONAL PUBLICATION MODEL

SPIRAL OF SILENCE THEORY

Transcription:

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PERISIAN DENGAN KEPUJIAN (PEMBANGUNAN SISTEM MULTIMEDIA) FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2016

ii PENGAKUAN Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang telah saya jelaskan sumbernya. 22 JUN 2016 NUR AZILA BINTI ISMAIL A146256

iii PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah dengan limpahan rahmat, nikmat masa, nyawa, tenaga yang dikurniakan dapat juga saya menyiapkan pembangunan projek ini dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof Dr Juhana Salim kerana banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan serta perkongsian pendapat yang bernas untuk saya menyiapkan projek tahun akhir ini mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya, Encik Ismail bin Awang dan Puan Rakiah binti Saleh serta keluarga yang banyak memberi semangat dan dorongan untuk saya berjaya di alam universiti sehingga ke tahap ini. Ucapan penghargaan juga saya tujukan kepada rakan-rakan program Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Multimedia) serta warga Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat yang banyak membantu saya dalam menyelesaikan projek ini. Ucapan terima kasih juga untuk sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pembangunan projek ini. Saya berharap agar projek yang dibangunkan dapat memberi manfaat kepada semua pengguna laman web ini kelak.

iv ABSTRAK Laman web yang dibangunkan adalah sebuah buku elektronik yang berjudul E-Budaya Pemakanan Sihat. Budaya pemakanan sihat bermaksud tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Pengetahuan dan pendedahan yang kurang tentang pemakanan sihat menjadi punca masyarakat sering membuat pilihan yang kurang tepat dalam pemilihan makanan yang sihat dan seimbang. Tujuan projek ini adalah untuk mengenalpasti sumber dan mengumpulkan maklumat mengenai budaya pemakanan sihat bagi menstruktur secara sistematik dan menarik untuk diakses melalui buku elektronik. Buku elektronik ini memfokuskan amalan pemakanan sihat bagi 3 peringkat usia iaitu bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa serta khasiat pelbagai makanan yang baik untuk kesihatan. Elemen multimedia digunakan dalam pembangunan antaranya teks, grafik dan interaktiviti. Laman web ini dibangunkan menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver CS6, Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Flash Professional CS6. Model Addie ialah kaedah metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem ini. Hasil akhir pembangunan projek ini ialah sebuah buku elektronik berkaitan budaya pemakanan sihat.

v ABSTRACT The website that has been developed is an electronic book entitled E-Budaya Pemakanan Sihat. Healthy eating habit means choosing food to be eaten with the purpose of improving or maintaining health. Lack of knowledge and exposure about healthy diet is the cause of why society often make wrong decision in choosing a healthy and balanced diet. The aim of this project is to identify resources and collect information about the culture of healthy diet for creating a systematic and attractive information to be accessed through an electronic book. This electronic book focuses on healthy diet for three age groups, namely infants, children, adolescents and adults as well as the benefits of a variety of food that is good for health. Multimedia elements used in the construction are text, graphic and interactivity. This website was developed using software such as Adobe Dreamweaver CS6, Adobe Photoshop CS6 and Adobe Flash Professional CS6. Addie Model is the methodology used in the development of this system. The end result of this project is the development of an electronic book related to healthy eating culture.

vi KANDUNGAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH Halaman ii iii iv v vi xi xii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Budaya Pemakanan Sihat 2 1.3 Pernyataan Masalah 3 1.4 Objektif Projek 5 1.5 Cadangan Penyelesaian Masalah 5 1.6 Skop Projek 6 1.7 Metodologi 7 1.8 Kesimpulan 9 BAB 2 KAJIAN SUSASTERA 2.1 Pengenalan 10 2.2 Latar Belakang Kajian 11 2.3 Penyebaran Maklumat Berasaskan Buku Elektronik 12 2.3.1 Buku Elektronik Sebagai Medium 12 Penyebaran Budaya Pemakanan Sihat 2.3.2 Perkembangan Buku Elektronik 13 2.3.3 Kelebihan Buku Elektronik 15 2.3.4 Penerapan Elemen Multimedia 16 2.3.5 Keberkesanan Antara Muka Buku 16

vii Elektronik 2.4 Takrif Budaya Pemakanan Sihat 17 2.4.1 Definisi 17 2.4.2 Garis Panduan 19 2.5 Konsep Pemakanan Sihat Dalam Kehidupan 20 2.5.1 MyPlate 20 2.6 Pemakanan Sihat Mengikut Peringkat Umur 21 2.6.1 Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak 21 2.6.2 Pemakanan Remaja 23 2.6.3 Pemakanan Dewasa 24 2.7 Tinjauan Terhadap Buku Elektronik Sedia Ada 25 2.7.1 Healthy 4 Life 26 2.7.2 The Truth About Healthy Eating 27 2.7.3 45 Craving Quick Tips 28 2.7.4 Healthy Eating Tips & Tricks 29 2.7.5 Perbandingan Ciri Buku Elektronik Sedia 30 Ada 2.8 Cadangan Kajian 32 2.9 Kesimpulan 33 BAB 3 ANALISIS DAN REKA BENTUK 3.1 Pengenalan 35 3.2 Metodologi Pembangunan 36 3.2.1 Fasa Analisis 37 3.2.2 Fasa Reka Bentuk 39 3.2.3 Fasa Pembangunan 41 3.2..4 Fasa Implementasi 41 3.2.5 Fasa Pengujian 42 3.3 Reka Bentuk Kajian 42 3.3.1 Model Konseptual Reka Bentuk Perisian 43 3.3.2 Contoh Reka Bentuk Papan Cerita 44 3.3.3 Papan Cerita Sistem Pembangunan E- 44

viii Budaya Pemakanan Sihat 3.4 Spesifikasi Keperluan Sistem Dan Pengguna 45 3.4.1 Keperluan Fungsian 45 3.4.2 Keperluan Bukan Fungsian 46 3.5 Keperluan Perkakasan Dan Perisian 45 3.5.1 Keperluan Pembangunan Sistem 46 3.5.2 Spesifikasi Keperluan Perisian 47 3.6 Kesimpulan 48 BAB 4 PEMBANGUNAN DAN IMPLEMENTASI PROJEK 4.1 Pengenalan 49 4.2 Reka Bentuk Modul 49 4.3 Antara Muka Sistem 50 4.3.1 Antara Muka Utama 50 4.4 Elemen Multimedia 56 4.4.1 Reka Bentuk Teks 56 4.4.2 Reka Bentuk Grafik 57 4.4.3 Reka Bentuk Interaktiviti 57 4.5 Butang Fungsian 58 4.6 Kesimpulan 60 BAB 5 PENGUJIAN SISTEM 5.1 Pengenalan 61 5.2 Dokumen Pengujian 61 5.3 Pelan Pengujian (Test Plan) 61 5.3.1 Item Pengujian 62 5.3.2 Matriks Kebolehkesanan Pengujian 62 5.3.3 Perincian Untuk Diuji 63 5.3.4 Perincian Untuk Tidak Diuji 63 5.3.5 Pendekatan 63 5.3.6 Item Kriteria bagi Lulus/Gagal 64

ix 5.3.7 Kriteria Gantung dan Keperluan 64 Semula 5.3.8 Kebolehantaran Pengujian 64 5.3.9 Kriteria Masuk 65 5.3.10 Kriteria Keluar 65 5.3.11 Penjadualan, Anggaran dan Kos 65 5.4 Spesifikasi Kes Pengujian (Test Case 66 Specification) 5.4.1 Kes Pengujian FS_001(U_001) 66 5.4.2 Kes Pengujian FS_001(U_002) 67 5.4.3 Kes Pengujian FS_001(U_003) 67 5.4.4 Kes Pengujian FS_001(U_004) 67 5.5 Spesifikasi Prosedur Pengujian (Test 68 Procedure Specification) 5.5.1 Prosedur Pengujian PP_001 68 5.5.2 Prosedur Pengujian PP_002 68 5.5.3 Prosedur Pengujian PP_003 69 5.6 Log Pengujian (Test Log) 70 5.7 Kesimpulan 71 BAB 6 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 6.1 Pengenalan 72 6.2 Ringkasan Sistem 73 6.3 Kelebihan Sistem 74 6.4 Kelemahan Sistem 75 6.5 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 76 6.6 Kesimpulan 77 RUJUKAN 78 LAMPIRAN A Carta Gantt 80

x B Struktur Pecahan Kerja 81 C Reka Bentuk Papan Cerita 82

xi SENARAI JADUAL No. Jadual Halaman Jadual 2.1 Perbandingan Ciri Buku Elektronik Sedia Ada 30 Jadual 4.1 Butang Fungsian 58 Jadual 5.1 Matriks Kebolehkesanan Pengujian Modul EBUDAYA-PS 62 Jadual 5.2 Spesifikasi Keperluan Sistem EBUDAYA-PS 63 Jadual 5.3 Anggaran Tempoh Pengujian 65 Jadual 5.4 Jadual kes pengujian FS_001(U_001) 66 Jadual 5.5 Jadual kes pengujian FS_001(U_002) 67 Jadual 5.6 Jadual kes pengujian FS_001(U_003) 67 Jadual 5.7 Jadual kes pengujian FS_001(U_004) 67 Jadual 5.8 Perincian Prosedur Pengujian PP_001 68 Jadual 5.9 Perincian Prosedur Pengujian PP_002 68 Jadual 5.10 Perincian Prosedur Pengujian PP_003 69 Jadual 5.11 Rumusan Log Pengujian 70

xii SENARAI RAJAH No. Rajah Halaman Rajah 1.1 Addie Model 7 Rajah 2.1 Antara Muka Halaman Hadapan Healthy 4 Life 26 Rajah 2.2 Antara Muka Halaman Hadapan The Truth About Healthy Eating 27 Rajah 2.3 Antara Muka Halaman Hadapan 45 Cravings Quick Tips 28 Rajah 2.4 Antara muka halaman hadapan Healthy Eating Tips & Tricks 29 Rajah 3.1 Addie Model 36 Rajah 3.2 Model Konseptual E-Budaya Pemakanan Sihat 44 Rajah 3.3 Contoh Reka Bentuk Papan Cerita 44 Rajah 4.1 Antara Muka Utama Laman Web 51 Rajah 4.2 Antara Muka Hadapan Buku Elektronik 52 Rajah 4.3 Antara Muka Kandungan Buku Elektronik 53 Rajah 4.4 Antara Muka Modul Pemakanan 54 Rajah 4.5 Antara Muka Modul Khasiat 55 Rajah 4.6 Contoh reka bentuk teks 56 Rajah 4.7 Contoh reka bentuk grafik 57 Rajah 4.8 Contoh reka bentuk interaktiviti 58

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Transformasi buku bercetak kepada buku elektronik membolehkan pengurangan ratusan halaman sebuah buku kepada sebuah skrin yang lebih ringkas pengisiannya. Kajian Stelle & Woodward (2009) menunjukkan buku elektronik sesuai dijadikan bahan rujukan yang baik, sumber maklumat tambahan dan juga pelengkap pengetahuan selain daripada buku bercetak. Buku elektronik mempunyai potensi besar di mana mempunyai jumlah bahan yang meluas iaitu lebih 240 perpustakaan digital menawarkan buku elektronik yang memberi sumber kepada beribu-ribu tajuk menurut Cavanaugh (2008). Perkembangan buku elektronik dalam bidang pendidikan menunjukkan keberkesanan buku elektronik sebagai medium untuk memudahkan pemahaman pembelajaran. Kajian Miller (2005) menunjukkan seseorang individu lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan konsep pembelajaran digital yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang lebih menarik berbanding pembelajaran secara bertulis. Hal bacaan terpilih dan juga sebagai bacaan tambahan. Pemerhatian ini disokong dengan kajian Letchumanan dan Tarmizi (2011) yang menunjukkan pengguna memilih buku elektronik berbanding buku bercetak kerana buku elektronik mudah untuk dicari dan diuruskan.ini membuktikan maklumat yang disampaikan dengan menggunakan teknologi buku elektronik lebih mudah difahami dan diterima oleh individu. Kajian telah dilakukan untuk mengetahui tujuan penggunaan buku elektronik dalam kalangan pengguna. Hasil kajian Noorhidawati dan Gibb (2008) menunjukkan pengguna menggunakan buku elektronik untuk mencari fakta dan pengisian yang

2 relevan. Dalam bidang kesihatan, buku elektronik diolah daripada medium bercetak seperti risalah, majalah serta buku. Ini bertujuan untuk meringkaskan maklumat yang terlalu banyak serta menarik minat pengguna untuk mengetahui tentang fakta-fakta kesihatan yang diambil mudah kepentingannya oleh segelintir masyarakat. Antara maklumat kesihatan yang sesuai menggunakan medium buku elektronik adalah tentang budaya pemakanan sihat. 1.2 BUDAYA PEMAKANAN SIHAT Budaya pemakanan sihat bermaksud tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan berkhasiat menggalakkan pertumbuhan, kesihatan dan kecergasan yang ternyata sangat berbeza dengan makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan yang menyumbang kalori dalam tubuh badan. Namun begitu, banyak kajian mengenai tabiat pemakanan telah menunjukkan bahawa ramai orang tidak makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, gandum dan bijirin. Mereka yang mempunyai pengalaman diet yang baik berupaya menjadi manusia yang cergas dan bijak dari segi akademik. Pemakanan berkait rapat dengan kesihatan yang baik menggalakkan kecekapan fizikal dan mental. Sebagai contoh, pemakanan yang sihat dapat meningkatkan tahap tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka berkembang menjadi individu yang kuat, sihat dan bijak. Individu yang mengamalkan pemakanan sihat terutamanya pemakanan buahbuahan dan sayur-sayuran lebih cenderung untuk mendapat manfaat optimum dalam keseluruhan kualiti diet. Manfaat yang dimaksudkan ialah kesihatan, kesejahteraan, dan kualiti hidup yang tinggi. Menurut Crowe et al (2011), pemakanan yang baik dapat menurunkan risiko penyakit kronik. Pemakanan yang baik dapat ditakrifkan sebagai pemakanan yang padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Risiko mendapat penyakit kronik dapat dikurangkan dengan pemakanan yang baik kerana jumlah tenaga yang digunakan dan diperlukan berkait rapat dengan aktiviti fizikal dan kualiti makanan yang diambil. Namun masalah yang dihadapi kini ialah makanan yang kurang sihat lebih mudah didapati dan lebih murah mengakibatkan ramai individu memilih untuk makan makanan yang tidak sihat. Makanan rendah nutrisi akan

3 menyumbang kepada lebihan tenaga yang sekiranya tidak digunakan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Pengetahuan dan pendedahan yang kurang tentang pemakanan sihat menjadi punca masyarakat sering membuat pilihan yang kurang tepat dalam pemilihan makanan yang sihat dan seimbang. Kemajuan sains dan teknologi yang sentiasa berkembang seharusnya dapat menjadi platfom untuk masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan budaya pemakanan sihat dengan lebih mudah dan efektif. Namun, kemudahan ini tidak digunakan dengan sewajarnya oleh masyarakat, justeru mengakibatkan masyarakat tidak menerima maklumat yang tepat berkaitan pemakanan sihat. Terdapat dua kategori makanan iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit). Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), didapati bahawa pembunuh utama manusia bukannya AIDS, malaria, kebuluran, kereta atau merokok, tetapi tabiat pemakanan manusia sendiri (Utusan Malaysia, 2010). Amalan pemakanan yang tidak sihat dan seimbang pastinya akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Masyarakat terdedah kepada bahaya dan ancaman penyakit akibat daripada amalan pemakanan tidak sihat yang akan mengancam kesihatan. Terdapat pelbagai jenis masalah kesihatan di seluruh dunia yang berkait rapat dengan amalan pemakanan, antaranya penyakit jantung, kencing manis, gout dan obesiti. Umum mengetahui penyakit-penyakit ini dapat dikesan melalui sejarah pengambilan makanan yang diamalkan sejak zaman kanak-kanak dan remaja lagi. Masyarakat seringkali melakukan pemilihan makanan tanpa merujuk piramid makanan walaupun telah mendapat pendedahan awal sejak dari bangku sekolah lagi. Terdapat segelintir individu yang mempunyai persepsi yang salah terhadap budaya pemakanan sihat, sebagai contoh masyarakat menganggap bahawa makanan sihat tidak

4 mengenyangkan lalu menyebabkan mereka menjadikannya alasan untuk mengambil makanan tambahan lain yang lebih mengenyangkan dan mudah disediakan seperti makanan segera. Masyarakat menghadapi masalah untuk mengetahui apakah budaya pemakanan sihat yang wajar diamalkan mengikut peringkat usia mereka. Justeru, suatu usaha perlu diambil kerana masalah ini boleh menjadi punca masyarakat salah faham dan tidak mendapat maklumat yang tepat berkaitan budaya pemakanan sihat. Sumber maklumat seperti buku, contohnya Diet In Health And Disease yang terdapat di perpustakaan atau kedai buku kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris yang kompleks dan menyulitkan proses pemahaman. Tambahan pula, kebanyakan buku yang diterbitkan mempunyai bilangan muka surat yang terlalu banyak seperti buku Nutrition and Diet Therapy (Eleanor Noss Whitney, 2003) menyukarkan masyarakat untuk membawanya dan membaca di waktu lapang. Selain itu, penggunaan ayat yang sukar difahami serta terlalu panjang membuatkan pembaca sukar mengambil isi-isi penting dalam penulisan buku-buku berkaitan budaya pemakanan sihat. Di samping itu, isu yang timbul adalah mengenai cara penyebaran maklumat, sebagai contoh sumber maklumat melalui laman web dan portal yang tidak menarik penyampaiannya juga menjadi masalah mengapa pengetahuan tentang budaya pemakanan sihat tidak sampai kepada pengguna. Laman Portal Institute of Islamic Understanding Malaysia (www.ikim.gov.my) memaparkan maklumat berkaitan budaya pemakanan sihat menerusi penggunaan teks sahaja. Tiada sebarang grafik digunakan menyebabkan laman portal ini kelihatan membosankan dan kandungannya terlalu banyak untuk dihadam pada pembacaan santai. Portal Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my) pula mempunyai pelbagai sumber maklumat pemakanan sihat tetapi memerlukan pembaca memuat turun bahan bacaan tersebut merumitkan proses mendapatkan maklumat melalui laman web tersebut. Kesimpulannya, sekiranya tabiat pemakanan masyarakat tidak diselaraskan dan dikawal dengan baik oleh setiap individu, dikhuatiri masyarakat akan mudah menghidap penyakit kronik yang boleh mengundang kesan negatif kepada tubuh badan dalam jangka masa pendek ataupun panjang. Pemilihan makanan yang sihat dapat

5 membantu masyarakat memiliki tubuh badan yang sihat dan memudahkan mereka melakukan tugasan harian dengan lebih baik. 1.4 OBJEKTIF PROJEK Tujuan utama projek ini adalah untuk: a. Mengenalpasti sumber dan mengumpulkan maklumat mengenai budaya pemakanan sihat bagi menstruktur secara sistematik dan menarik untuk diakses melalui buku elektronik. b. Membangunkan sebuah buku elektronik yang mengandungi pengamalan maklumat tentang cara pemakanan yang sihat. c. Menerapkan elemen multimedia dalam pembangunan buku elektronik tentang budaya pemakanan sihat agar maklumat dapat disebarkan dengan cara yang menarik 1.5 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH Berdasarkan masalah yang dinyatakan, cadangan penyelesaian adalah dengan membangunkan sebuah buku elektronik yang boleh memaparkan maklumat secara interaktif mengenai budaya pemakanan sihat. Sistem ini juga memuatkan pelbagai maklumat mengikut peringkat umur supaya mudah dirujuk. Sebagai contoh, ibu bapa dapat mengetahui budaya pemakanan sihat untuk anak mereka dari peringkat bayi lagi sehingga ke peringkat umur mereka sendiri. Kebaikan tentang pemakanan yang sihat akan dijelaskan secara mendalam menggunakan pelbagai elemen multimedia seperti grafik, teks dan interaktiviti. Masyarakat hari ini yang kebanyakannya mahir dalam penggunaan internet dan alat komunikasi seperti komputer, telefon pintar dan tablet. Oleh yang demikian, penggunaan sumber yang lebih mudah didapati perlulah diusahakan supaya maklumat tentang budaya pemakanan sihat dapat disampaikan kepada setiap masyarakat dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu menghabiskan masa ke perpustakaan atau kedai

6 buku untuk mendapatkannya. Justeru penghasilan buku elektronik yang lebih mesra pengguna dan boleh diakses di mana sahaja pastinya akan memudahkan masyarakat membuat rujukan tentang budaya pemakanan sihat dengan lebih pantas dan efisien. 1.6 SKOP PROJEK Berdasarkan objektif projek, skop sistem ini dibangunkan dengan mendapatkan maklumat daripada sumber sahih yang boleh dipercayai seperti jurnal dan buku seterusnya diolah penyampaiannya dengan suntikan elemen multimedia seperti grafik yang menarik, teks yang bersesuaian dan interaktiviti untuk menarik minat pembaca. Informasi yang terdapat di dalam buku elektronik ini sesuai dibaca oleh semua lapisan umur dan disampaikan dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Penekanan dari segi pengisian perlu dtitikberatkan bagi memantapkan lagi pembangunan buku elektronik ini. Antara pengisian penting ialah panduan pemakanan sihat mengikut peringkat usia iaitu pemakanan bagi peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Reka bentuk antara muka juga akan direka khusus agar penyampaian maklumat dapat dilaksanakan. Dari segi batasan kajian, beberapa perkara perlu diambil perhatian antaranya batasan masa, kemahiran dan juga sumber maklumat. Tempoh masa untuk membangunkan projek ini perlu digunakan sebaiknya kerana sistem perlu disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Tahap kemahiran yang kurang memerlukan perhatian yang khusus agar tidak mengakibatkan pembangunan sistem menghadapi masalah. Seterusnya, pengkaji perlu memastikan maklumat yang diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai untuk mengelakkan pengguna menghadapi percanggahan maklumat tentang budaya pemakanan yang sihat.

7 1.7 METODOLOGI Kaedah yang digunakan dalam pembangunan sistem ini ialah Addie Model. Model ini sesuai digunakan untuk pembangunan sistem yang memerlukan penelitian terhadap keperluan pengguna. Berikut adalah rajah yang menunjukkan Addie Model yang digunakan dalam pembangunan sistem ini. Rajah 1.1 Addie Model Fasa pertama merupakan fasa analisis yang menggambarkan secara am mengenai sistem yang dibangunkan. Kajian seterusnya dijalankan bagi menentukan sama ada sesuai atau tidak sistem ini dibangunkan iaitu adakah kewujudan sistem ini dapat menyelesaikan masalah yang dinyatakan. Masalah utama ialah maklumat yang diberikan menerusi medium sedia ada seperti buku bercetak tidak sampai kepada pengguna kerana terlalu padat dan cara penyampaian yang tidak menarik. Masalah tersebut akan dikaji dengan lebih teliti di fasa analisis. Kajian mengenai keperluan pengguna iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa dengan kajian sistem yang sedia ada

8 iaitu beberapa buah buku elektronik antaranya Healthy 4 Life, The Truth About Healthy Eating, 45 Cravings Quick Tips dan Healthy Eating Tips & Tricks dijalankan pada fasa ini untuk tujuan penilaian dan rujukan. Dalam fasa reka bentuk, sistem yang ingin dibangunkan diteliti dengan lebih terperinci. Proses ini dilakukan dengan mengambil kira hasil perbandingan yang didapati pada fasa analisis. Kelebihan sistem sedia ada diterapkan dalam fasa reka bentuk ini manakala kelemahan sistem yang dikaji itu diperbaiki pada fasa ini. Proses reka bentuk bagi sistem dirangka dalam bentuk papan cerita untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang akan dilakukan di dalam sistem. Kehendak pengguna perlu sentiasa dalam pertimbangan semasa proses mereka bentuk perisian tersebut. Kehendak pengguna ialah sebuah buku elektronik tentang budaya pemakanan sihat yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu. Dalam fasa pembangunan, segala yang telah dirancang semasa proses mereka bentuk akan dijadikan di dalamini, Adobe Photoshop berperanan untuk membantu dalam proses penyuntingan grafik agar dapat memenuhi kehendak projek yang memerlukan sebuah buku elektronik yang menarik. Adobe Flash pula merupakan perisian utama yang digunakan meliputi pembangunan setiap halaman buku elektronik ini. Semasa fasa implementasi pula perkakasan dan perisian bagi pembangunan sistem digunakan. Ketika fasa ini juga proses pengintegrasian elemen multimedia dilaksanakan. Sebagai contoh, maklumat berkaitan budaya pemakanan sihat dalam bentuk bacaan boleh dihasilkan dalam bentuk grafik dan teks. Antara grafik yang akan dihasilkan ialah maklumat pemakanan yang akan menerangkan secara visual tentang manfaatnya dalam menjadikan pemakanan sihat suatu gaya hidup. Dengan penerapan elemen multimedia dan gabungan maklumat yang didapati, tujuan dan objektif pembangunan projek dapat dicapai dengan baik. Seterusnya, sistem akan melalui fasa kitaran pengekodan dan pengujian sehingga siap. Setelah sistem siap dibangunkan, sistem ini akan diuji sama ada mengikut keperluan pengguna atau sebaliknya.

9 1.8 KESIMPULAN Pembangunan buku elektronik bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat tetapi kelebihan utamanya iaitu fungsinya yang sangat memudahkan pengguna. Buku elektronik yang bercirikan multimedia ini usaha yang baik kerana dapat berkongsi maklumat secara terperinci kepada orang ramai tentang budaya pemakanan sihat. Pengisian penting yang terdapat di dalam buku elektronik ini ialah garis panduan pemakanan dan pemakanan yang bersesuaian dengan peringkat umur. Penggunaan ADDIE model yang memfokuskan lima fasa penting iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian akan membantu gerak kerja lebih tersusun. Sistem ini diharapkan dapat dibangunkan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang masalah. Penggunaan perbendaharaan kata yang mudah difahami sesuai untuk pembacaan dan pemahaman semua peringkat umur seperti kanak-kanak sekolah, remaja serta orang dewasa dapat membantu proses penyebaran maklumat secara efektif. Kesihatan perlu dijaga dan melalui pembacaan dan pengamalan budaya pemakanan yang sihat akan dapat membantu memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan. Dengan terlaksanananya sistem ini semoga dapat membantu mana-mana individu untuk mendapatkan maklumat berkaitan budaya pemakanan sihat secara mudah dan menarik penyampaiannya.

10 BAB 2 BAB 2 KAJIAN SUSASTERA 2.1 PENGENALAN Bab ini menjelaskan tentang latar belakang E-Budaya Pemakanan Sihat dan kepentingan sistem buku elektronik dalam meningkatkan kualiti penyampaian maklumat tentang budaya pemakanan sihat. Fokus utama bab ini ialah untuk meneliti dan menyelidik tentang permasalahan yang telah dikemukakan. Kajian kesusasteraan menerangkan lebih jelas tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kajian-kajian lepas yang digunakan untuk menyokong projek ini. Satu carian kesusasteraan telah dijalankan menggunakan platform ScienceDirect, JSTOR, Emerald Fulltext dan Springer E-Journal. Petikan dalam penerbitan yang dihasilkan juga digunakan untuk mengenal pasti rujukan yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk kajian. Beberapa cara yang dilaksanakan antaranya dengan membuat perbandingan atau persamaan terhadap beberapa aspek seperti ciri-ciri sesuatu kajian. Hasil daripada perbandingan itu dapat menghasilkan proses analisis maklumat. Pengkaji juga membuat kajian perbandingan buku elektronik sedia ada. Kajian ini penting bagi memastikan ciri-ciri dan elemen yang perlu diterapkan dalam pembangunan buku elektronik yang akan dibangunkan nanti, iaitu E-Budaya Pemakanan Sihat.

11 2.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Menurut Kamus Oxford, buku adalah hasil karya yang ditulis atau bercetak dengan halaman yang ditulis. Definisi bagi buku elektronik pula adalah versi elektronik daripada buku bercetak yang dapat dibaca pada komputer peribadi mahupun peranti mudah alih yang dirancang khusus untuk tujuan ini. Selain itu buku elektronik dapat ditafsirkan sebagai kombinasi perisian dan perkakasan yang membenarkan teks untuk direka bentuk di dalam persekitaran elektronik atau teks di dalam format doc, txt dan pdt yang dapat dipaparkan dengan peranti selain daripada komputer (Lam dan Ark, 2009). Kewujudan buku elektronik memudahkan pengguna dari segi cara penyimpanan di mana tidak memerlukan ruang secara fizik tetapi hanya memerlukan ruang di dalam peranti mudah alih mereka sahaja. Buku elektronik mempunyai banyak kelebihan berbanding buku bercetak antaranya pembaca boleh memuat turun dengan cepat dan mudah tanpa mengira masa dengan harga yang rendah. Terdapat juga buku elektronik yang boleh didapati secara percuma. Buku elektronik boleh didapati dengan harga yang rendah kerana tidak melibatkan kos percetakan dan penghantaran ke premis jualan. Menurut Ardito (2000), buku elektronik bersifat mesra alam kerana tidak menggunakan kertas dan menyelamatkan alam sekitar seperti pokok. Berdasarkan kajian Alvite Diez dan Rodriguez Bravo (2009), penjualan dan permintaan buku elektronik semakin meningkat dan di China jumlah pembaca semakin bertambah mencecah 101 juta orang pembaca. Hal ini menunjukkan buku elektronik diterima dengan baik oleh manusia kerana ciri-cirinya yang memudahkan urusan pembacaan. Buku elektronik boleh memuatkan pelbagai ciri interaktif seperti video, grafik dan audio. Tambahan pula, buku elektronik boleh memuatkan rajah, jadual, Java scripts dan boleh dilindungi dengan kata laluan dan kata kunci. Buku elektronik merupakan cara paling efektif untuk pembelajaran atas talian. Dengan kewujudan buku elektronik, masyarakat mudah untuk berkongsi maklumat tanpa mengira masa dan tempat mereka berada. Di samping itu, pembangunan internet dan kekurangan waktu untuk turut serta dalam kursus latihan secara nyata menyebabkan

12 peningkatan jumlah bahan dalam format digital, antaranya borang dan katalog dalam bentuk elektronik. Berdasarkan kajian dan pendefinisian maklumat, pengkaji dapat memahami konsep sebenar dalam buku elektronik yang ternyata memberi keutamaan dari segi pengisian maklumat untuk disampaikan kepada pengguna. Hasil daripada kajian yang dilakukan, pengkaji dapat memastikan bahawa buku elektronik adalah satu cara yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara berkesan seterusnya sesuai digunakan untuk membangunkan E-Budaya Pemakanan Sihat. 2.3 PENYEBARAN MAKLUMAT BERASASKAN BUKU ELEKTRONIK Buku elektronik merupakan penghubung di antara pengguna dan ilmu. Oleh itu, satu kerugian jika masyarakat tidak menggunakan medium ini untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Ciri-ciri buku elektronik yang memudahkan wajar dimanfaatkan terutama sekali dalam penyampaian maklumat yang ingin diakses secara harian. 2.3.1 Buku Elektronik Sebagai Medium Penyebaran Budaya Pemakanan Sihat Kemajuan teknologi kini perlu dimanfaatkan dengan lebih baik dari sudut penyampaian maklumat. Kewujudan pelbagai alat elektronik seperti komputer riba, telefon pintar dan tablet memudahkan manusia zaman ini untuk mendapat pengetahuan tambahan selain daripada medium penyampaian tradisional seperti surat khabar dan majalah. Masyarakat kini sebolehnya ingin memudahkan kehidupan dari segala segi, penggunaan buku elektronik dapat membantu memudahkan manusia dalam sudut pembelajaran. Menurut buku elektronik karya Kevin Zahri (2012) bertajuk 45 Cravings Quick Tips, buah-buahan sangat membantu dalam pemakanan sihat kerana kandungan gula di dalam buah-buahan dihadamkan berbeza daripada gula biasa. Kandungan fiber di dalamnya juga melambatkan penyerapan kandungan gula. Selain itu, seseorang perlu mengurangkan pengambilan garam kerana akan turut membantu mengurangkan

13 keinginan untuk makan hidangan yang manis. Pengambilan garam yang kurang juga dapat membantu melancarkan tekanan darah. Buku elektronik boleh digunakan sebagai salah satu medium dalam penyebaran maklumat berkaitan budaya pemakanan sihat. Menurut Mohd Azlan Abdullah (2011), pengambilan diet seimbang merupakan keperluan yang amat penting untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Kajian beliau menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang baik mengenaik aspek pemakanan yang betul dan sihat. Pada masa ini, terdapat banyak sumber buku elektronik berkaitan budaya pemakanan sihat dan ternyata memudahkan kerana mudah diakses. Sekiranya seseorang sedang berfikir makanan apa yang hendak dimakan, adakah sihat atau tidak, dia boleh merujuk kepada buku elektronik yang dimuat turun di dalam peranti mudah alih. Sebagai contoh, pembaca boleh membaca buku Food and Gender: Identitiy and Power (Carole M. Counihan, 1998) secara atas talian untuk mengetahui tentang pemakanan mengikut jantina. Selain itu, buku ini menerangkan tentang peranan makanan di dalam gaya hidup individu yang berbeza budaya. Hal ini ternyata memudahkan berbanding penggunaan buku bercetak yang melambatkan proses pencarian maklumat. Pengguna tidak perlu lagi memikirkan ruang untuk menyimpan buku yang berat bagi tujuan mencari maklumat kerana maklumat tersebut boleh diakses di hujung jari sahaja. 2.3.2 Perkembangan Buku Elektronik Menurut Lebert (2009), buku elektronik yang pertama dibangunkan di bawah Gutenberg Project yang dijayakan oleh Michael Hart pada tahun 1971. Buku tersebut bertajuk American Declaration of Independence yang diletakkan di dalam perpustakaan awam elektronik. Penggunaan pelayar web pada November 1993 membuatkan Gutenberg Project dibuka untuk akses pengguna dan semakin banyak bahan bercetak dijadikan sebagai buku elektronik. Menjelang 2000 pula, pelancaran Acrobat ebook Reader menggalakkan peningkatan dalam penggunaan buku elektronik berformat PDF.

14 Perkembangan buku elektronik berkait rapat dengan pelajar kerana mereka merupakan kumpulan sasaran untuk penggunaan buku elektronik secara menyeluruh. Jika dahulu pelajar perlu bersusah payah perlu membawa buku yang berat namun kewujudan buku elektronik mampu mengatasi masalah ini. Perkembangan penggunaan buku elektronik di universiti awam menurut kajian Roesnita dan Zainab (2005) menunjukkan hanya 39% responden menggunakan buku elektronik di dalam pembelajaran mereka. Kajian Chong, Lim dan Ling (2008) pula menunjukkan peningkatan di mana 52.33% pelajar sudah menggunakan buku elektronik dalam pembelajaran mereka. Namun begitu, peratus penggunaannya masih belum di tahap yang memuaskan kerana para pelajar yang setiap hari menggunakan alat teknologi seharusnya memanfaatkan masa mereka dengan menggunakan buku elektronik. Menurut kajian Raghibnuruddin (2013), buku elektronik dapat dibezakan berdasarkan formatnya. Buku elektronik yang cuma memaparkan teks merupakan jenis format yang paling ringkas dan sederhana serta mudah dibuka di dalam computer mahupun peranti mudah alih. Buku elektronik di dalam format pdf antara yang paling popular kerana susun aturnya yang mirip dengan buku bercetak. Terdapat juga enjin carian, fungsi muat naik gambar dan juga tambah nilai dari segi multimedia. Terdapat juga buku elektronik dalam format jpeg yang lazimnya digunakan untuk buku yang tidak mempunyai banyak teks tetapi lebih kepada ilustrasi seperti komik. Format yang seterusnya ialah html di mana susun atur teks dan gambar boleh diatur menggunakan bahasa pengaturcaraan namun jika ingin dicetak berkemungkinan untuk susun atur tersebut berubah, tidak seperti buku elektronik berformat pdf. Menurut Anuradha dan Usha (2006), buku elektronik boleh dicapai dan diakses dengan beberapa cara. Terdapat buku elektronik yang boleh dimuat turun oleh pengguna tanpa sebarang keperluan khusus atau menggunakan peranti spesifik untuk membaca buku elektronik tersebut. Kedua, terdapat buku elektronik yang memerlukan peranti tertentu yang mempunyai kualiti skrin yang tinggi dan kebolehan istimewa untuk proses pembacaan buku elektronik itu. Capaian yang ketiga pula ialah buku elektronik yang hanya boleh diakses di laman web pengeluar buku elektronik itu sendiri dan cuma boleh diakses dengan bayaran untuk menerima akses berterusan. Capaian terakhir pula ialah buku elektronik yang kandungannya disimpan di dalam sistem yang

15 memerlukan pencetak berkualiti tinggi dan salinannya terhad malah hanya dihasilkan sekiranya wujud permintaan. 2.3.3 Kelebihan Buku Elektronik Kajian Nicholas dan Rowlands (2008) menjelaskan antara kelebihan utama buku elektronik ialah kemudahan pencarian tanpa mengira waktu dan kebolehan mencari maklumat dengan mudah membuatkan pengguna suka untuk menggunakan buku elektronik. Selain itu faktor ketersediaan secara atas talian, kemudahan akses kepada judul baru, buku yang tidak terdapat dalam versi bercetak juga merupakan antara faktor yang menggalakkan pengguna menggunakan buku elektronik menurut Levine-Clark (2006). Anuradha dan Usha (2005) pula mengkaji bahawa elemen multimedia dan ciriciri lain seperti pencarian glosari, fungsi bookmark dan highlight turut membuatkan pengguna menjadikan buku elektronik sebagai bahan bacaan utama. Kajian McCarty (2001) menjelaskan pelajar yang menggunakan buku elektronik untuk mencari maklumat berkaitan projek mengatakan yang buku elektronik sangat memudahkan dari sudut pencarian maklumat. Kajian Healy (2002) pula menunjukkan pelajar menggunakan buku elektronik bagi tujuan kajian, pengajaran dan pembelajaran. Mereka mengatakan buku elektronik mudah untuk dirujuk dan mencari pengisian berkaitan tajuk. Kelebihan dari segi penyimpanan, pengubahsuaian saiz teks serta mudah untuk dikongsi dan disebarkan merupakan antara sebab mengapa buku elektronik wajar dijadikan pengganti kepada buku bercetak. 2.3.4 Penerapan Elemen Multimedia Menurut Neo (2001), multimedia ditakrifkan sebagai gabungan pelbagai jenis media digital, seperti teks, imej, audio, dan video ke dalam aplikasi interaktif untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada pengguna. Konsep multimedia yang diterapkan dalam buku elektronik meliputi gabungan grafik, audio, animasi, video dan pelbagai media lain. Kajian Jitlada Kumnuansin dan Jintavee Khlaisang (2014) menerangkan grafik sebagai gambar yang mudah, jelas dan sepadan dengan kandungan. Grafik yang dipilih juga menggunakan warna yang pelbagai serta saiz yang dipilih perlu

16 bersesuaian dengan dimensi buku. Audio, video dan animasi pula menggunakan grafik yang jelas serta berkaitan dengan kandungan yang ingin disampaikan. Jenis dan saiz tulisan juga memainkan peranan dalam penghasilan buku elektronik. Menurut kajian ini, teks yang digunakan tidak boleh melebihi 50 peratus daripada skrin dan susun atur teks perlulah bersesuaian dengan latar belakang dan ilustrasi. Hipermedia juga penting dalam sesebuah buku elektronik yang menarik. Hipermedia ialah pautan dalaman dan luaran seperti pautan ke laman kandungan atau ke laman web lain menerusi penggunaan teks, grafik atau butang yang diletakkan di dalam setiap halaman buku elektronik untuk memudahkan navigasi pengguna. Terdapat dua kategori hipermedia iaitu secara linear di mana pengguna mengikut turutan laman yang dipilih, hipermedia secara bukan linear pula membenarkan pengguna untuk bebas ke mana-mana halaman pautan yang disediakan. Kajian Ercetin (2001) menyatakan bahawa persekitaran dengan pembacaan menggunakan bahan bacaan yang mempunyai hipermedia menyebabkan kesan positif ke atas sikap pembaca. Hal ini kerana penggunaan pelbagai bentuk media membuat proses membaca lebih menyeronokkan. Struktur buku elektronik yang direka bentuk persis seperti sebuah buku bercetak yang terdiri daripada halaman hadapan, isi kandungan seperti buku bercetak namun ditambahkan elemen multimedia sehingga ke halaman terakhir. Kajian Sofia Loredana Tudor (2012) menunjukkan penerapan elemen multimedia dapat membantu proses pemahaman sesuatu perkara berbanding jika tiada elemen multimedia digunakan. Hal ini menunjukkan gabungan kesemua elemen multimedia dapat membantu pengguna lebih memahami budaya pemakanan sihat dengan lebih baik. 2.3.5 Keberkesanan Antara Muka Buku Elektronik Menurut kajian Rowlands et al. (2007), penggunaan buku elektronik sama ada antara pengguna biasa dan juga pelajar adalah menggalakkan untuk pembacaan di waktu lapang. Hal ini menunjukkan buku elektronik adalah medium yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan buku elektronik yang sinonim dengan bidang pendidikan dapat menjadi suplemen pembelajaran yang efektif di mana dapat meningkatkan pengetahuan pelajar kerana ciri-ciri multimedia

17 yang menarik berbanding buku bercetak. Kajian Rao (2003) menunjukkan generasi muda menyifatkan buku elektronik sebagai aplikasi yang mesra pengguna kerana kebolehannya memudahkan pencarian maklumat. Tambahan pula buku elektronik mengandungi video serta elemen interaktiviti yang meningkatkan kebolehgunaan buku elektronik sebagai medium pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Noyes dan Garland (2006) berpendapat pemaju sistem, pereka antara muka serta pendidik perlu memberi perhatian khusus pada ciri-ciri kebolehgunaan kerana kajian mereka menunjukkan para responden menyukai unsur interaktif menggunakan komputer. Ciri-ciri di dalam sebuah buku elektronik bergantung kepada penerbit yang mengeluarkan buku tersebut. Lazimnya, sebuah buku elektronik meliputi teks dan ilustrasi. Seterusnya, buku elektronik mempunyai laman kandungan yang membenarkan pengguna untuk menavigasi ke bab atau bahagian-bahagian tertentu. Kebiasaannya sesebuah buku elektronik menawarkan fungsi highlight untuk memudahkan pengguna mencari isi-isi penting di dalam buku elektronik tersebut. Buku elektronik juga mempunyai ciri zoom yang bertujuan untuk memudahkan pembacaan sekiranya pengguna tidak dapat melihat teks atau grafik yang kecil. Penawaran elemen multimedia yang berbentuk pautan seperti video juga boleh menjadi kandungan sesebuah buku elektronik. Terdapat buku elektronik yang boleh diakses tanpa menggunakan internet serta ditawarkan secara percuma. Fungsi glosari secara interaktif juga terdapat di dalam buku elektronik untuk memberi pengetahuan tambahan tentang sesuatu topik atau kandungan. 2.4 TAKRIF BUDAYA PEMAKANAN SIHAT Budaya pemakanan sihat merupakan perkara yang tidak asing dalam kehidupan kita. Namun begitu, terdapat juga masyarakat yang tidak mengetahui maksud sebenar budaya pemakanan sihat. Berikut merupakan definisi bagi budaya pemakanan sihat. 2.4.1 Definisi Menurut Kamus Dewan, budaya dapat didefinasikan sebagai tingkah laku yang diwarisi

18 oleh sesuatu masyarakat atau bangsa. Pemakanan pula bermaksud jenis makanan yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan. Sihat pula bermaksud tidak menghidap sebarang penyakit. Definisi secara keseluruhan budaya pemakanan sihat ialah cara pemakanan yang mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan berfungsi dengan baik dalam kuantiti yang mencukupi. Pemilihan makanan adalah salah satu aktiviti yang paling kerap perlu dilakukan setiap hari. Namun begitu, dalam pemilihan makanan memerlukan seseorang mengambil kira beberapa aspek yang berbeza antaranya rasa, nilai, khasiat dan harga. Secara umumnya, seseorang individu lebih cenderung untuk makan makanan yang memenuhi selera mereka. Selain daripada itu, pemilihan makanan adalah untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Pemakanan yang sihat menimbulkan kekangan dalam pemilihan makanan. Individu tidak boleh memilih apa sahaja sekadar untuk memenuhi selera namun kerana hal yang perlu difikirkan adakah makanan tersebut berkhasiat atau tidak. Keinginan untuk makan secara sihat terpaksa bersaing dengan hasrat untuk memenuhi selera makan sehingga kadang kala berlaku konflik antara adakah mahu makan secara sihat atau bebas dalam memilih makanan. Menurut Scott et al. (2008), tidak salah untuk makan mengikut selera namun kadar yang diambil perlu dihadkan. Kajian Stacey R. Finkelstein (2010) mengenai tanggapan orang ramai bahawa makanan yang sihat tidak mengenyangkan meningkatkan lagi konflik ini. Antara mahu menjadi sihat dan mahu memuaskan selera merupakan satu perkara yang sukar untuk diambil keputusan terutamanya ketika sedang lapar, individu lebih cenderung untuk memenuhi selera makan tanpa memikirkan makanan tersebut berkhasiat atau tidak. Menurut kajian Laura M. Hart (2015), setiap ibu bapa ada peraturan pemakanan yang tersendiri untuk keluarga mereka, namun semakin anak meningkat umur, mereka bertindak balas dengan pilihan makanan yang diberikan. Mereka akan menyatakan keinginan untuk mencuba pelbagai jenis makanan segera kerana makanan sebegini ternyata lebih kelihatan menyelerakan. Perkara yang harus ibu bapa ingat ialah kawalan

19 pemakanan terhadap anak-anak tidak boleh dikawal sepenuhnya kerana ada masa mereka makan tanpa dipantau oleh ibu bapa. Ketika itulah mereka bebas untuk memilih makanan mereka sendiri tanpa memikirkan kesihatan. Dalam pemilihan makanan apabila individu memilih makanan mereka, pemakanan yang sihat boleh mempengaruhi keinginan untuk memenuhi selera dalam dua cara yang berbeza. Pertama, pemakanan yang sihat boleh memberi isyarat komitmen dalam diri untuk menjadi individu yang sihat seterusnya meningkatkan keinginan untuk menjadi sihat. Kedua, pemakanan yang sihat juga memberi isyarat bahawa ada kemajuan dalam matlamat menjaga kesihatan dan menjadi pemangkin untuk memenuhi selera makan dengan cara makan secara sihat. 2.4.2 Garis Panduan Sumber garis panduan berkaitan budaya pemakanan sihat yang telah dikaji ialah di peringkat antarabangsa iaitu WHO (World Health Organization). Menurut kajian, pemakanan yang sihat dapat membantu melindungi daripada kekurangan zat makanan dan juga penyakit termasuklah kencing manis, penyakit jantung dan juga kanser. Bagi melindungi tubuh badan daripada penyakit tersebut, amalan pemakanan yang sihat perlu bermula daripada bayi kerana dapat menggalakkan pertumbuhan yang sihat serta meningkatkan perkembangan kognitif. Tambahan pula, amalan menjaga pemakanan sejak kecil mempunyai manfaat kesihatan untuk jangka masa panjang, contohnya dapat mengelakkan masalah obesiti yang merupakan antara masalah utama individu. Menurut World Health Organization, pemakanan yang seimbang dan sihat adalah berbeza keperluannya bergantung kepada umur, jantina, gaya hidup dan tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. Namun begitu, prinsip asas yang dimaksudkan mengenai pemakanan sihat masih sama. WHO Global Strategy on Diet, Physical Activity and Health telah diterima sebagai panduan pada tahun 2004 oleh World Health Assembly (WHA). Strategi ini telah menggesa kerajaan, WHO, rakan kongsi antarabangsa, sektor swasta dan masyarakat untuk mengambil tindakan di pelbagai peringkat untuk menyokong amalan

20 pemakanan yang sihat serta melakukan aktiviti fizikal. Pada tahun 2010 pula WHA memberikan cadangan pemasaran makanan dan minuman tidak bergas untuk kanakkanak. Saranan yang diberikan ini adalah bertujuan untuk membimbing negara dalam bentuk dasar yang baru untuk mengurangkan kesan pemasaran makanan tidak sihat. Kanak-kanak perlu diberi perhatian kerana mereka masih tidak tahu membezakan makanan berzat dan tidak. Selain World Health Organization, terdapat satu lagi garis panduan yang dikaji iaitu Canada s Guidelines.Menurut garis panduan ini, terdapat lima panduan utama iaitu, individu perlu menikmati pelbagai jenis makanan, penekanan kepada bijirin, roti, sayur-sayuran serta buah-buahan, pemilihan produk tenusu rendah lemak dan makanan yang disediakan dengan hanya sedikit lemak di dalamnya atau tiada lemak. Seterusnya ialah mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat dengan menikmati aktiviti fizikal dan pemakanan sihat. Yang terakhir adalah menghadkan pengambilan hidangan tinggi kandungan garam, alcohol dan kafein. Dietary Guidelines for Americans pula menekankan pemilihan makanan secara bijak iaitu pilih makanan dan minuman yang kurang gula. Makanan yang disediakan pula perlu kurang garam dan pemilihan pemakanan perlulah yang rendah lemak dan kolestrol. Seterusnya, aspek yang ditekankan ialah membina asas yang sihat. Piramid makanan boleh dijadikan panduan dalam pemilihan makanan. Sayur-sayuran, buahbuahan dan bijirin perlulah diutamakan. Aspek yang perlu dan sangat penting untuk ditekankan ialah dengan memastikan makanan yang diambil bersih dari cara disediakan dan selamat untuk dimakan. Aspek yang terakhir ialah target kecergasan individu. Setiap individu perlu cakna tentang betapa pentingnya memiliki berat badan yang ideal. Berat badan yang ideal dapat dicapai sekiranya individu makan secara sihat dan mengamalkan gaya hidup yang aktif setiap hari. 2.5 KONSEP PEMAKANAN SIHAT DALAM KEHIDUPAN Dalam usaha membudayakan pemakanan sihat, setiap individu memerlukan panduan khusus tentang makanan yang perlu diambil mengikut gaya hidup masing-masing.

21 Penerangan di bawah memberi idea tentang pemakanan yang patut diamalkan oleh pengguna. 2.5.1 MyPlate Dietary Guidelines for Americans, 2010 telah memperkenalkan panduan pemakanan MyPlate pada Jun 2011. Panduan ini dibuat untuk menggantikan Piramid Makanan yang dilihat sukar untuk difahami dan diamalkan. MyPlate juga membantu pengguna mendapatkan pilihan makanan yang lebih sihat. Pilihan makanan ini dapat mengurangkan kadar penyakit berkaitan pemakanan yang tidak sihat. Berdasarkan buku Nutrition and Diet Therapy, MyPlate membahagikan ruang di dalam pinggan kepada 4 bahagian yang hampir sama saiznya di mana dilengkapi 4 sumber makanan utama iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan juga bijirin. Kadar pengambilan makanan menggunakan MyPlate ini berbeza mengikut peringkat umur. Pengguna yang mengamalkan MyPlate ini akan dapat mengekalkan berat badan yang ideal. MyPlate tidak dihasilkan berdasarkan peratus pengambilan sesuatu makanan tetapi berdasarkan hidangan harian. 2.6 PEMAKANAN SIHAT MENGIKUT PERINGKAT UMUR Bagi memberikan maklumat kepada masyarakat agar mereka dapat mengamalkan budaya pemakanan sihat, pengkaji telah mengenalpasti beberapa sumber maklumat yang sesuai untuk dijadikan kandungan E-Budaya Pemakanan Sihat. 2.6.1 Pemakanan Bayi Dan Kanak-Kanak Sumber maklumat tentang budaya pemakanan sihat memberi perhatian kepada bayi dan kana-kanak. Terdapat buku bertajuk Nutrition and Diet Therapy menjelaskan tentang budaya pemakanan yang sihat di peringkat bayi dan kanak-kanak untuk diamalkan supaya mereka membesar dengan normal.

22 Berdasarkan kajian Cataldo (2003) sekiranya dua tahun pertama kehidupan kanak-kanak telah mengamalkan pemakanan yang sihat dapat menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Panduan pemakanan sihat untuk bayi dan kanak-kanak adalah sama dengan orang dewasa namun terdapat juga unsur-unsur yang memerlukan perhatian ibu bapa. Sumber zat terpenting bagi seorang bayi ialah susu ibu, maka susu ibu perlu diberi selama 6 bulan pertama selepas bayi dilahirkan dan berterusan sehingga berumur 2 tahun. Di dalam usia 6 bulan, susu ibu perlulah dilengkapi dengan pelbagai makanan pelengkap yang mencukupi dan bernutrien. Garam dan gula masih tidak perlu ditambah di dalam makanan mereka. Menurut sumber buku iaitu Nutrition and Diet Therapy, selera makan bayi menurun sekitar usia satu tahun selari dengan kadar pertumbuhan yang perlahan. Ibu bapa tidak perlu risau kerana anak hanya akan meminta makanan yang banyak ketika fasa pembesaran berbanding ketika fasa tumbesaran semasa masih bayi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemilihan makanan untuk anak-anak kerana mereka masih belum tahu makanan mana yang baik untuk kesihatan. Untuk memenuhi keperluan nutrien, makanan yang disediakan perlu dipelbagaikan daripada setiap kumpulan makanan. Saiz hidangan juga perlu bersesuaian. Secara amnya, kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun sudah boleh makan saiz hidangan seperti orang dewasa. Kajian John Cawley (2006) menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan sihat mempunyai prestasi akademik yang baik. Hal ini kerana makanan yang sihat memberi sumber tenaga yang baik dan membuatkan kanak-kanak dapat menumpukan perhatian tentang apa yang diajar. Kajian kedua pula menekankan tentang kepentingan makan tengah hari yang berkhasiat di mana kadar pertumbuhan kanak-kanak yang makan tengah hari yang berkhasiat lebih baik berbanding kanakkanak yang tidak makan secara sihat. Satu hidangan lengkap untuk seorang kanak-kanak mengandungi makanan dari kumpulan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, hasil tenusu, daging, lemak dan gula. Sememangnya dalam mendidik anak-anak untuk menggemari makanan yang berkhasiat adalah satu tugas yang besar kerana kanak-kanak berkecenderungan untuk menggemari makanan yang tidak berkhasiat.

23 2.6.2 Pemakanan Remaja Sumber maklumat tentang budaya pemakanan sihat turut memberi perhatian kepada pemakanan di peringkat remaja. Terdapat beberapa jurnal yang mengkaji tentang budaya pemakanan yang sihat di peringkat remaja untuk diamalkan supaya mereka mendapat zat yang mencukupi. Penyelidikan Lytle (2002) menunjukkan bahawa budaya pemakanan yang sihat semasa remaja dapat membantu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan memberi tahap kesihatan yang baik sepanjang hidup Namun demikian, tabiat pemakanan remaja lazimnya tidak konsisten dengan budaya pemakanan sihat kerana remaja lebih memilih untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat. Pemahaman yang baik oleh ibu bapa tentang budaya pemakanan yang sihat dapat membantu tabiat pemakanan semasa anak-anak meningkat remaja. Hal ini kerana remaja akan melihat apa yang keluarganya makan dan sediakan. Gaya pemakanan ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak di peringkat usia ini. Berdasarkan kajian, remaja perempuan makan makanan yang lebih sihat kerana faktor ibu bapa yang mengawal pemakanan mereka. Kajian Snoek, Engels (2007) menunjukkan bahawa emosi remaja dapat dikaitkan dengan kekerapan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Menurut Salvy et al (2008), remaja yang makan bersama keluarga mempunyai pemakanan yang lebih baik daripada mereka yang memilih untuk makan bersedirian atau dengan orang yang tidak dikenali. Hal ini kerana pemilihan makanan yang dipantau oleh ibu bapa adalah lebih baik daripada pilihan remaja itu sendiri. Tambahan pula, menurut kajian, remaja lebih dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat orang lain lakukan dan dipraktikkan dengan lebih mudah oleh mereka. Pemakanan untuk seorang remaja bergantung kepada kadar pertumbuhan semasa, saiz badan dan aktiviti fizikal. Tenaga yang diperlukan oleh remaja lelaki lebih tinggi berbanding perempuan kerana mereka lebih aktif. Pengambilan vitamin sangat digalakkan di peringkat usia ini kerana majoriti remaja mencapai akil baligh di usia remaja menyebabkan kadar aktif vitamin D dan penyerapan kalsium meningkat. Kecenderungan untuk seorang remaja tidak mengamalkan pemakanan sihat sangat tinggi kerana gaya hidup mereka yang aktif di luar pemantauan ibu bapa. Oleh

24 itu, adalah lebih baik jika ibu bapa dapat menyediakan makanan untuk mereka bawa. Sekiranya tidak dilakukan, mereka akan lebih memilih untuk makan apa yang kelihatan menyelerakan tanpa memikirkan adakah makanan tersebut sihat atau tidak. Di peringkat remaja, makanan yang mengandungi kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C sangat diperlukan. Buah-buahan segar, sayur-sayuran dan bijirin adalah sangat penting untuk diambil di peringkat remaja. Namun demikian, ibu bapa boleh memberikan anak-anak makan mengikut kehendak mereka tetapi saiz hidangan perlulah sesuai. 2.6.3 Pemakanan Dewasa Sumber maklumat tentang budaya pemakanan sihat turut memberi perhatian kepada pemakanan bagi orang dewasa. Terdapat beberapa jurnal dan buku yang memberi maklumat tentang budaya pemakanan yang sihat di peringkat dewasa untuk diamalkan kerana orang dewasa memerlukan tenaga yang tinggi setiap hari. Menurut buku Diet and Health in Disease, pemakanan yang sihat untuk orang dewasa seharusnya mengandungi buah-buahan. sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Seorang dewasa perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 gram bersamaan dengan 5 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Makanan seperti kentang dan ubi keledek tidak diklasifikasikan sebagai buah-buahan atau sayur-sayuran. Bagi kategori gula pula, seorang dewasa hanya memerlukan kurang 10% daripada jumlah pengambilan tenaga tetapi hanya 5% daripada jumlah pengambilan tenaga sekiranya diambil untuk manfaat kesihatan tambahan. Kebanyakan gula ditambah di dalam makanan atau minuman yang diproses di kilang. Selain itu, gula boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan seperti madu dan jus buah-buahan. Seorang individu dewasa memerlukan kurang daripada 30% lemak. Lemak tidak tepu yang boleh didapati dalam ikan dan kekacang adalah lebih baik daripada lemak tepu yang didapati dalam mentega dan keju. Selain daripada sumber lemak di atas adalah tidak sihat untuk diamalkan contohnya lemak yang terdapat dalam makanan segera dan ringan. Individu dewasa memerlukan tenaga yang mencukupi kerana gaya hidup mereka yang aktif setiap hari terutamanya ketika waktu bekerja. Oleh itu, pemilihan sarapan perlu dititik beratkan kerana sarapan merupakan penyumbang tenaga

25 untuk memulakan aktiviti seharian sementara menunggu waktu makan tengah hari. 2.7 TINJAUAN TERHADAP BUKU ELEKTRONIK SEDIA ADA Kecanggihan teknologi kini memberi pilihan yang lebih baik untuk pengguna memilih bagaimana sesuatu maklumat boleh dicapai. Kewujudan pelbagai jenis bahan bacaan memudahkan pengguna mengakses maklumat tetapi pendekatan yang digunakan berbeza contohnya risalah, buku bercetak dan buku elektronik. Bagi tujuan mendapatkan idea dan pengisian untuk projek, pengkaji telah membuat kajian perbandingan bagi tiga buah buku elektronik yang pernah diterbitkan sebelum ini. Kelemahan dan kelebihan dalam setiap buku elektronik ini dapat memberikan buah fikiran untuk mendapatkan ciri yang bersesuaian untuk diterapkan dalam buku elektronik yang akan dibangunkan. Terdapat pelbagai buku elektronik berkaitan budaya pemakanan sihat, namun pengkaji memilih untuk membandingkan antara empat buah buku elektronik sahaja. Judul buku elektronik yang dikaji adalah seperti yang berikut. a. Healthy 4 Life b. The Truth About Healthy Eating c. 45 Cravings Quick Tips d. Healthy Eating Tips & Tricks

26 2.7.1 Healthy 4 Life Rajah 2.1 Antara muka halaman hadapan Healthy 4 Life Buku elektronik ini telah diterbitkan pada tahun 2011 oleh Weston A. Price Foundation yang ditubuhkan pada 1999 untuk menyebarkan penyelidikan pemakanan Dr Weston Price. Garis panduan tersebut adalah sebagai alternatif kepada garis panduan sedia ada seperti USDA yang terlalu menekanankan pengambilan karbohidrat. Buku elektronik yang mempunyai 84 halaman ini hanya melibatkan penggunaan grafik dan teks dalam Bahasa Inggeris. Pengisian buku elektronik ini memfokuskan tentang pemilihan makanan sihat daripada pelbagai kategori. Selain itu, buku elektronik ini juga memuatkan jenis makanan yang perlu dielakkan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

27 2.7.2 The Truth About Healthy Eating Rajah 2.2 Antara muka halaman hadapan The Truth About Healthy Eating Buku elektronik ini telah diterbitkan oleh Felix Deer, seorang perunding kecergasan dan pengasas Lemonbody.com. Buku elektronik yang mempunyai 51 halaman ini hanya melibatkan penggunaan grafik dan teks dalam Bahasa Inggeris. Buku ini mengenai fakta kesihatan, garis panduan pemakanan, maklumat kalori dan tips memilih makanan luar. Secara keseluruhan, paparan antara muka yang digunakan kelihatan ringkas dan kurang menarik untuk dibaca. Pengisian buku elektronik ini setelah dikaji sangat menarik namun cara penyampaiannya sahaja kurang baik. Di samping itu, maklumat yang disediakan bertepatan dengan judul buku ini.

28 2.6.1 45 Cravings Quick Tips Rajah 2.3 Antara muka halaman hadapan 45 Cravings Quick Tips Buku elektronik ini telah diterbitkan pada tahun 2012 oleh Kevin Zahri seorang jurulatih peribadi dan juga pakar nutrisi. Buku elektronik yang mempunyai 13 halaman ini hanya melibatkan penggunaan grafik dan teks dalam Bahasa Inggeris. Pengisian buku elektronik ini memfokuskan tentang langkah-langkah untuk mengatasi keinginan untuk makan. Penggunaan grafik dan penerangan yang ringkas tetapi padat menjadikannya mudah untuk dirujuk sesuai dengan judul buku.

29 2.6.2 Healthy Eating Tips & Tricks Rajah 2.4 Antara muka halaman hadapan Healthy Eating Tips & Tricks Buku elektronik ini telah diterbitkan pada tahun 2011 oleh Ruxandra Micu pemilik Gourmandeller.com yang merupakan seorang pereka grafik dan pakar nutrisi. Buku elektronik yang mempunyai 13 halaman ini hanya melibatkan penggunaan grafik dan teks dalam Bahasa Inggeris. Pengisian buku elektronik ini memfokuskan tentang cadangan makanan sihat mengikut kategori, makanan yang perlu dielakkan untuk tubuh badan yang sihat serta kelebihan sesuatu makanan itu dari sudut kesihatan. Paparan antara muka buku ini sangat menarik dan bahasa yang digunakan mudah difahami serta ringkas.

30 2.6.3 PERBANDINGAN CIRI BUKU ELEKTRONIK SEDIA ADA Setelah proses menganalisis keempat-empat sumber buku elektronik tersebut, beberapa ciri dan elemen penting telah dikenal pasti seterusnya perbandingan mengikut beberapa kategori dilaksanakan seperti yang berikut: Jadual 2.1 Perbandingan ciri buku elektronik sedia ada Ciri laman web yang dikaji Healthy 4 Life The Truth About Healthy Eating 45 Cravings Quick Tips Healthy Eating Tips & Tricks Skop kandungan Mengenai kumpulan makanan, pilihan makanan alternatif dan tips penyediaan makanan yang sihat Mengenai fakta kesihatan, garis panduan pemakanan, maklumat kalori, tips memilih makanan luar Tips mengatasi keinginan makan tidak berkhasiat, pemakanan yang sihat Cadangan makanan sihat mengikut kategori, makanan yang perlu dielakkan, kelebihan makanan dari sudut kesihatan Reka bentuk antara muka Menggunakan reka bentuk antara muka tersusun dengan visual ringkas Menggunakan reka bentuk antara muka yang kurang berkesan untuk pembacaan Menggunakan reka bentuk visual yang menarik dengan susunan yang memudahkan pembacaan Menggunakan antara muka yang menarik dan tersusun struktur penyampaian maklumat Gabungan warna antara muka Penggunaan warna putih untuk latar belakang dan teks berwarna hitam, merah, oren dan hijau Penggunaan warna putih, kelabu dan biru untuk latar belakang dan teks berwarna hitam dan putih Penggunaan warna putih dan biru untuk latar belakang dan teks berwarna hitam Penggunaan warna putih untuk latar belakang dan teks berwarna hitam Capaian maklumat Percuma Percuma Percuma Percuma Kaedah carian Pautan Pautan Pautan Pautan Bahasa pengantar Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

31 Elemen multimedia Penggunaan teks dan grafik Penggunaan teks dan grafik Penggunaan teks dan grafik Penggunaan teks dan grafik Sasaran pengguna Sesuai untuk semua peringkat pengguna Sesuai untuk semua peringkat pengguna Sesuai untuk semua peringkat pengguna Sesuai untuk semua peringkat pengguna Merujuk kepada hasil perbandingan dalam Jadual 2.1, dapat disimpulkan bahawa setiap buku elektronik mempunyai kelebihan dan kelemahan dari segi aspek yang dikaji. Dari segi skop kandungan, buku elektronik Healthy 4 Life dan Healthy Eating Tips & Tricks tertumpu kepada kumpulan makanan yang perlu diambil, pilihan makanan alternatif kepada makanan yang tidak sihat, tips penyediaan makanan secara sihat serta persepsi tentang budaya pemakanan sihat. The Truth About Healthy Eating pula lebih memberi pembaca untuk mengamalkan dan mencuba sendiri budaya pemakanan sihat setelah menerangkannya dengan mendalam dengan memberi kandungan yang boleh dicetak atau digunakan secara atas talian iaitu Lemonbody Progress Chart dan Daily Food Diary. 45 Cravings Quick Tips tidak mempunyai pengisian yang terlalu banyak seperti Healthy 4 Life dan Healthy Eating Tips & Tricks namun tips berkaitan cara mengatasi keinginan untuk makan adalah bertepatan dengan budaya pemakanan sihat yang boleh diamalkan. Reka bentuk antara muka Healthy 4 Life menggunakan reka bentuk tersusun dengan visual ringkas. Terdapat beberapa halaman yang sesuai jika diletakkan sedikit ilustrasi agar lebih menarik. Hal ini kerana halaman tersebut kelihatan bosan untuk dibaca kerana hanya mempunyai teks. The Truth About Healthy Eating pula menggunakan reka bentuk antara muka yang kurang berkesan untuk pembacaan. Terlalu banyak teks akan membosankan dan melambatkan proses mencari maklumat yang diperlukan. 45 Cravings Quick Tips pula menggunakan reka bentuk visual yang menarik dengan susunan yang memudahkan pembacaan. Penerangan yang diberikan ringkas tetapi padat dan mudah difahami. Reka bentuk antara muka Healthy Eating Tips & Tricks menggunakan antara muka yang paling menarik dan tersusun struktur penyampaian maklumat. Format teks yang digunakan menarik minat pembaca ditambah pula dengan penggunakan imej yang sangat bersesuaian dengan apa yang ingin

32 dijelaskan oleh penulis. Ciri interaktiviti juga diselitkan di halaman kandungan membuatkan buku elektronik ini mesra pengguna berbanding buku yang lain. Pembaca boleh terus ke halaman pilihan dengan satu klik pada gambar yang disediakan. Persamaan yang menarik tentang keempat-empat buku elektronik ini ialah kesemuanya ditawarkan secara percuma. Hal ini sangat menguntungkan kerana terdapat pelbagai sumber buku elektronik lain yang memerlukan pengguna membayar sejumlah wang untuk membacanya. Persamaan lain ialah bahasa perantaraan yang digunakan iaitu bahasa Inggeris serta menawarkan pautan yang diletakkan di beberapa halaman buku elektronik tersebut untuk memudahkan pembaca ke laman web pemilik buku elektronik tersebut. Elemen multimedia yang digunakan juga sama untuk keempatempat sumber iaitu teks dan grafik. Sasaran pengguna juga meluas bagi keempat-empat buku elektronik di mana sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. 2.7 CADANGAN KAJIAN E-Budaya Pemakanan Sihat yang akan dibangunkan ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai budaya pemakanan sihat mengikut kategori menggunakan pendekatan yang menarik minat pembaca untuk mengamalkannya. Buku elektronik ini akan menjelaskan budaya pemakanan sihat yang padat dengan maklumat tentang cara pemakanan sihat diamalkan di samping memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar merupakan antara sebab utama kajian ini kerana kebanyakan sumber bacaan berkaitan pemakanan sihat adalah dalam bahasa Inggeris. Capaian maklumat buku elektronik ini juga percuma supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak. Hasil daripada kajian perbandingan dan persamaan buku elektronik sedia ada, pengkaji akan menetapkan beberapa kriteria yang perlu ada dalam pembangunan E- Budaya Pemakanan Sihat yang akan dibangunkan. Kriteria yang diambil adalah antara kekuatan setiap buku elektronik yang telah dikaji sebelum ini bagi membangunkan buku elektronik tentang budaya pemakanan sihat yang lebih baik, mudah difahami dan semestinya menarik minat pembaca. Ciri yang tidak bersesuaian tidak dipandang remeh

33 namun dijadikan panduan supaya tidak diulangi di dalam pembangunan buku ini nanti. Reka bentuk antara muka antara aspek yang paling diberikan tumpuan kerana sebagai pembaca ciri ini sangat penting untuk membuatkan seorang pembaca terus membaca atau hilang minat untuk membaca. Perkara yang paling penting bagi sebuah buku elektronik bukan sahaja reka bentuk antara muka, namun maklumat yang ingin disampaikan perlulah tepat dan daripada sumber yang boleh dipercayai. Pengkaji perlu berhati-hati dalam memilih maklumat agar tiada percanggahan maklumat yang berlaku. Selain itu, aspek yang perlu diambil kira dalam pembangunan sebuah buku elektronik ialah perlu mengelakkan penggunaan teks yang terlalu banyak dalam satu halaman. Hal ini untuk mengelakkan pembaca menjadi bosan kerana terlalu banyak teks. Elemen multimedia perlu diimplementasikan sebaiknya agar fokus pembaca tetap ada sehingga tamat bacaan. Penggunaan ruang dalam sesebuah halaman juga perlu diambil kira seperti susunan imej dan teks agar kelihatan kemas. Berdasarkan kriteria seperti di atas diharapkan buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat dapat dibangunkan mengikut spesifikasi tersebut agar dapat membantu meningkatkan minat untuk mengamalkan budaya pemakanan yang sihat. 2.8 KESIMPULAN Pembangunan sesebuah buku elektronik memerlukan pengorbanan masa dan tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Pembangunannya memerlukan kajian dan perbandingan dari pelbagai aspek agar kesilapan dapat dielakkan. Setiap bahagian di dalam bab ini penting sebagai rujukan dalam fasa pembangunan. Sumber maklumat perlulah disemak dan diyakini rujukannya kerana E-Budaya Pemakanan Sihat adalah berdasarkan fakta kesihatan jadi sumbernya perlulah sahih. Kefahaman pembaca bergantung pada pilihan maklumat yang ingin dimasukkan kelak. E-Budaya Pemakanan Sihat ini akan memuatkan pelbagai maklumat seperti garis panduan pemakanan serta pemakanan mengikut peringkat umur. Elemen multimedia yang diterapkan seharusnya menjadi tarikan untuk pembaca lebih

34 memahami konsep budaya pemakanan sihat. Penggunaan elemen multimedia sememangnya telah terbukti dapat menarik minat dan meningkatkan kefahaman pembaca. Kesimpulannya, menerusi bab ini pengkaji dapat memahami dengan lebih mendalam apakah pengisian yang akan dipaparkan di dalam E-Budaya Pemakanan Sihat berdasarkan kajian kesusasteraan dan kajian perbandingan beberapa buah buku elektronik sedia ada. Segala kelemahan yang didapati di dalam buku elektronik sedia ada harus dielakkan agar sebuah buku elektronik tentang budaya pemakanan sihat yang baik dapat dihasilkan. BAB 3

35 BAB 3 ANALISIS DAN REKA BENTUK 3.1 PENGENALAN Bab ini menjelaskan dengan lebih lanjut tentang proses analisis dan reka bentuk E- Budaya Pemakanan Sihat. Pembangunan sesebuah projek memerlukan perancangan yang baik agar semua objektif projek dapat dicapai. Perancangan secara menyeluruh dan mengambil kira aspek-aspek penting akan menghasilkan pembangunan buku elektronik yang menarik dan mantap pengisiannya. Hal ini dapat membantu pengkaji bekerja dengan sistematik dan mengikut panduan yang telah dirancang dalam proses analisis dan reka bentuk projek ini. Perancangan yang mantap juga dapat menjanjikan kelancaran pembangunan projek serta membina pengisian yang baik serta meningkatkan mutu sistem yang ingin dibangunkan iaitu E-Budaya Pemakanan Sihat. Metodologi pembangunan merujuk kepada cara yang bersesuaian untuk proses mengkaji dan menjawab pernyataan masalah seperti yang dijelaskan dalam Bab 1. Bab ini akan membincangkan secara menyeluruh tentang metodologi pembangunan projek iaitu Model Addie yang menjadi asas pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat serta modul yang akan dibangunkan. Bab ini juga akan menerangkan spesifikasi perkakasan dan spesifikasi perisian yang akan digunakan. Reka bentuk papan cerita serta antara muka yang dirancang untuk buku elektronik bercirikan multimedia akan dijelaskan menerusi bab ini.

36 3.2 METODOLOGI PEMBANGUNAN Metodologi pembangunan merujuk kepada pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk membangunkan sesuatu projek. Pembangunan sesebuah sistem memerlukan perancangan yang teliti kerana akan menjadi garis panduan semasa proses membangunkan buku elektronik ini. Ini dapat membantu kelancaran pembangunan buku elektronik kerana pengkaji mempunyai suatu panduan lengkap untuk dirujuk dalam proses pembangunan sistem. Metodologi yang digunakan semasa membangunkan aplikasi pembangunan E- Budaya Pemakanan Sihat adalah Addie Model. Berdasarkan metodologi Addie, terdapat lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi serta pengujian. Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa yang terlibat sepanjang pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat. Setiap fasa mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri terhadap pembangunan projek. Rajah 3.1 Addie Model

37 3.2.1 Fasa Analisis Fasa analisis merupakan fasa pertama dalam metodologi pembangunan Addie. Fasa analisis adalah untuk mengetahui apakah keperluan untuk pembangunan sesuatu perisian. Pada peringkat ini, pengkaji perlu mengenalpasti masalah yang timbul dalam pembangunan projek. Fasa ini juga melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat untuk kandungan buku elektronik, mengenal pasti keperluan perisian, kehendak pengguna dan objektif yang ingin dicapai dalam pembangunan projek ini. Fasa analisis terbahagi kepada tiga bahagian penting iaitu analisis keperluan, analisis tugas dan analisis arahan. a) Analisis Keperluan Dalam fasa analisis keperluan, pengkaji perlu mengetahui keperluan untuk masalah yang dihadapi. Kajian kesusasteraan dan pengumpulan maklumat dilaksanakan untuk menjadi penyelesaian kepada masalah yang dikenal pasti. Kajian kesusasteraan merujuk kepada ringkasan kajian-kajian yang lepas berkaitan tajuk projek iaitu Budaya Pemakanan Sihat. Kajian perbandingan yang telah dijalankan menerusi empat buah buku elektronik sedia ada memberi idea untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti. Berdasarkan maklumat yang didapati daripada kajian yang lepas, projek pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat akan dimantapkan lagi pada fasa pembangunan. Proses pencarian maklumat bagi pengisian buku elektronik telah dijalankan menerusi beberapa saluran pencarian maklumat antaranya: i) Perbincangan dengan penyelia Perbincangan secara berkala dengan penyelia projek, Profesor Dr Juhana Salim telah banyak membantu pengkaji dalam menentukan konsep buku elektronik yang bakal dibangunkan. Perkongsian idea bersama penyelia dipertimbangkan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan diambil secara baik oleh pengkaji agar dapat membangunkan buku elektronik bercirikan multimedia. Selain itu, penyelia berperanan dalam membantu proses penyeliaan setiap perkembangan projek pada sesi perjumpaan setiap minggu. ii) Kajian perpustakaan

38 iii) Perpustakaan Tun Sri Lanang telah banyak membantu dalam proses pencarian maklumat untuk E-Budaya Pemakanan Sihat. Kewujudan perpustakaan digital amat membantu dalam proses pencarian jurnal berkaitan buku elektronik dan juga budaya pemakanan sihat. Pencarian maklumat secara atas talian amat memudahkan kerana maklumat boleh diakses pada bila-bila masa sahaja. Melalui medium tersebut, pengkaji dapat menjalankan rujukan ilmiah yang berkesan dan berkaitan dengan budaya pemakanan sihat dengan lebih berkesan. Antara pangkalan data yang membantu proses pencarian maklumat ialah platform ScienceDirect, JSTOR, Emerald Fulltext dan Springer E-Journal. Kata kunci yang digunakan untuk proses pencarian ini ialah Healthy Eating Habits, Healthy Diet dan juga Concept of Multimedia Electronic Book. Internet Kemajuan capaian maklumat atas talian menjadikan internet salah satu sumber pencarian maklumat yang penting pada msa kini. Pencarian maklumat menerusi internet juga lebih pantas dan cepat. Namun demikian, perkara yang harus diambil berat ialah sumber rujukan perlulah sahih kerana tidak semua maklumat yang ada di internet adalah benar. Pengkaji banyak menggunakan enjin carian maklumat seperti Google untuk mengetahui tentang cara-cara penggunaan sesebuah perisian. Pengkaji turut menggunakan kemudahan internet untuk mengetahui perisian yang digunakan untuk membangunkan buku elektronik. b) Analisis Tugas Analisis tugas menekankan tentang perincian matlamat dan objektif projek. Setiap perincian yang mendalam dibuat pada fasa analisis ini, antaranya dari segi tugas, aliran maklumat, pembangunan yang terlibat serta sub-sub tugas yang akan dilaksanakan. Bagi projek pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat ini, pengkaji menjelaskan dengan teliti tentang tugas dan kandungan yang perlu diterapkan dalam setiap modul

39 agar dapat mencapai kesempurnaan yang diingini dalam projek ini. Pengkaji menganalisis tugas dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklumat yang sesuai dan relevan untuk pengisian buku elektronik ini. c) Analisis Arahan Analisis arahan adalah proses selepas analisis tugas. Setiap analisis tugas yang dilakukan diteruskan dalam analisi arahan. Penerimaan maklumat yang dikumpulkan oleh pengkaji diberi perhatian yang tinggi bagi mengetahui sejauh manakah maklumat yang ingin diberikan bermanfaat kepada pengguna. Analisis yang dilaksanakan di dalam analisis arahan merangkumi objektif dan penilaian, strategi arahan serta pengstruktruran pada proses penyampaian maklumat. Pembangunan buku elektronik E- Budaya Pemakanan Sihat yang akan dibangunkan merupakan bahan sokongan yang penting dalam penerangan dan penyampaian maklumat dalam analisis arahan ini. Pada peringkat ini,buku elektronik yang akan dibangunkan melalui proses analisis akan melibatkan penerangan berkaitan budaya pemakanan sihat mengikut peringkat usia bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. 3.2.2 Fasa Reka Bentuk Fasa reka bentuk memberi idea kepada pengkaji tentang bagaimana buku elektronik ini akan berfungsi dari segi perkakasan, perisian serta antara muka sistem yang diperlukan. Fasa reka bentuk memerlukan pengkaji untuk melakar dan melukis papan cerita. Lakaran kasar dilakukan pada kertas yang kemudiannya diperkemaskan dengan menggunakan komputer. Tujuan utama papan cerita dibuat adalah untuk memudahkan proses rujukan dan olahan elemen-elemen multimedia yang bersesuaian. Oleh kerana itulah papan cerita merupakan pengstrukturan yang sangat penting bagi sesebuah projek multimedia. Segala perancangan dan proses implementasi adalah berdasarkan rekaan papan cerita. Projek ini menggunakan papan cerita yang memaparkan penggunaan elemen-elemen multimedia seperti audio, video serta animasi yang dilakar di dalam sebuah jadual. Carta alir bagi setiap skrin juga diterangkan di dalam papan cerita untuk memudahkan rujukan pengkaji semasa fasa pembangunan kelak.

40 a) Reka bentuk Modul Reka bentuk pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat dipecahkan kepada beberapa aspek penting iaitu modul kandungan, modul pemakanan kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa. Setiap pembangunan modul yang direka bentuk dalam fasa implementasi kelak adalah bercirikan multimedia yang menerapkan elemen-elemen multimedia antaranya grafik dan animasi supaya dapat menyampaikan maklumat dengan menarik. Sasaran pengguna hendaklah diambil kira dalam proses mereka bentuk modul agar bersesuaian untuk digunakan. Di dalam fasa ini, ciri-ciri yang dipertimbangkan adalah dari segi kandungan buku elektronik serta konsep yang diketengahkan. Modul yang direka bentuk akan diceritakan dengan lebih teliti dalam bab yang akan datang. b) Reka Bentuk Multimedia Reka bentuk multimedia memainkan peranan penting dalam pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat kerana reka bentuk multimedia yang menarik akan membuat pembaca tertarik untuk membaca buku elektronik ini. Kajian buku-buku elektronik sedia ada di dalam bab yang lepas akan diimplementasi di dalam reka bentuk multimedia. Proses ini dilakukan dengan kajian yang teliti kerana buku elektronik yang akan dibangunkan perlu berbeza daripada buku elektronik sedia ada dari aspek elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik dan interaktiviti. Dalam fasa pembangunan buku elektronik bercirikan multimedia ini, penggunaan warna adalah antara elemen yang dititik beratkan. Kombinasi warna yang dipilih perlulah bersesuaian untuk pembacaan. Latar belakang berwarna cerah dipilih untuk memudahkan pembacaan. Warna teks pula perlu kontra dengan latar belakang iaitu warna yang gelap seperti hitam dan coklat. Penggunaan grafik yang menarik juga sangat penting kerana buku elektronik lazimnya tidak mempunyai terlalu banyak teks. Penggunaan teks yang terlalu banyak tidak efektif untuk buku elektronik. Antara contoh grafik ialah penerangan tentang makanan yang dilengkapi penggunaan grafik yang bersesuaian dengan warna yang

41 menarik dapat meminimumkan unsur teks di dalam buku elektronik yang bakal dibangunkan. Aspek interaktiviti diterapkan di setiap halaman muka surat terutama di halaman isi kandungan di mana pengguna boleh beralih ke mana-mana bahagian menerusi halaman kandungan. Setiap grafik dan teks dilengkapkan dengan pautan ke muka surat tertentu yang berkaitan dengan grafik dan teks tersebut. 3.2.3 Fasa Pembangunan Fasa pembangunan merupakan fasa peralihan daripada keperluan sistem yang telah diketahui kepada pembangunan sistem. Fasa ini memerlukan pengkaji untuk memberi fokus kepada pengaturcaraan untuk projek ini. Selain itu, segala perancangan pada fasa sebelumnya perlu dibangunkan pada fasa ini mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Fasa pembangunan perlu dilaksanakan dengan teliti agar dapat menjimatkan masa serta membantu menghasilkan buku elektronik yang memenuhi kehendak pengguna. Reka bentuk projek dan antara muka yang menarik adalah penting supaya buku elektronik yang dibina mencapai objektif projek ini dilaksanakan. Susun atur perlu dilaksanakan dengan teliti agar antara muka kelihatan kemas dan sesuai untuk pembacaan menggunakan medium seperti komputer mahupun telefon bimbit. Proses pembangunan yang lebih teliti akan dibincangkan di dalam bab 4. 3.2.4 Fasa Implementasi Fasa implementasi menuntut pengkaji mengaplikasikan segala kemahiran yang dipelajari untuk membangunkan E-Budaya Pemakanan Sihat. Segala perancangan semasa fasa reka bentuk perlu dijadikan dalam bentuk realiti yang boleh digunakan. Penilaian reka bentuk akan dilaksanakan semasa fasa implementasi untuk mengenalpasti sekiranya ada kesilapan semasa sistem ini dilaksanakan. Elemen multimedia yang direka bentuk akan digabungkan dalam pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat. Elemen ini digabungkan dengan pengaturcaraan yang telah dibuat semasa fasa pembangunan. Pengkaji perlu mencuba terlebih dahulu adakah system yang

42 dibangunkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pengkaji juga perlu memastikan setiap perjalanan buku elektronik yang dibangunkan menepati papan cerita yang telah dibuat serta memenuhi kehendak objektif projek yang dinyatakan dalam Bab 1 yang lalu. Proses ini penting agar tiada masalah yang timbul semasa fasa akan datang iaitu fasa pengujian. 3.2.5 Fasa Pengujian Fasa pengujian ialah fasa penting untuk melaksanakan penilaian bagi menentukan kualiti sesuatu aplikasi yang dibangunkan. Antara langkah yang perlu dilaksanakan dalam fasa pengujian ialah penyediaan beberapa dokumen pengujian seperti pelan perancangan ujian, ujian kes, ujian prosedur, log ujian dan kejadian ujian. Seterusnya proses pengujian akan dilaksanakan dan sebuah laporan perlu dibuat setelah proses pengujian dibuat. Antara perkara yang akan diuji ialah pautan yang disediakan adakah tepat dengan muka surat yang dituju selain pengujian aliran muka surat buku elektronik yang dibangunkan sama ada menepati kehendak sistem ataupun tidak ditentukan dalam fasa ini. Fasa ini sangat penting untuk mengetahui kelemahan projek agar dapat diperbaiki. Pembangunan buku elektronik yang baik perlu menepati ciri interaktiviti iaitu proses tindak balas yang segera. Jika terdapat sebarang kelemahan, pengkaji boleh memperbaikinya agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada pengguna. 3.3 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian menerangkan tentang model konseptual yang menggambarkan tentang keseluruhan sistem yang bakal dibangunkan. Segala keperluan sistem yang dikaji semasa fasa analisis diolah ke bentuk jadual mahupun papan cerita untuk memudahkan proses membangunkan perisian. Gambaran yang jelas di dalam model konseptual memberi kemudahan untuk pengkaji merujuk apabila perlu kerana semua perkara penting yang harus dititik beratkan terdapat di dalam model konseptual dan papan cerita yang dibangunkan. Reka bentuk setiap objek di dalam papan cerita perlu dirancang dengan teliti supaya bersesuian dengan pengisian modul E-Budaya Pemakanan Sihat.

43 3.3.1 Model Konseptual Reka Bentuk Perisian Model konseptual ialah penerangan bagaimana sesuatu sistem beroperasi secara teratur (Johnson dan Henderson, 2002). Model konseptual reka bentuk perisian dapat membantu pengkaji untuk melihat secara keseluruhan projek yang dibangunkan. Setiap komponen yang terdapat di dalam model konseptual ini merupakan latar belakang dan asas kepada pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat yang akan dibangunkan. Rajah di bawah menunjukkan model konseptual untuk sistem ini. Indeks Semua peringkat umur masyarakat Skop E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT Modul bayi & kanak-kanak Modul remaja Sumber maklumat Media - Jurnal Penyampaian Modul Khasiat - Buku Multimedia Modul Teks dewasa Audio Grafik Interaktiviti Rajah 3.2 Model Konseptual E-Budaya Pemakanan Sihat

44 3.3.2 Contoh Reka Bentuk Papan Cerita Reka bentuk papan cerita dimulakan dengan nombor papan cerita yang diwakili dengan PC iaitu bagi Papan Cerita, F pula mewakili bingkai frama(frame) bagi persembahan yang dipaparkan pada skrin, I pula bermaksud indeks apabila persembahan berubah manakala i pula mewakili bilangan. Tajuk juga diletakkan di bahagian atas papan cerita. Terdapat tiga ruangan yang disediakan iaitu reka bentuk skrin, arahan grafik serta arahan media. Beberapa petunjuk digunakan untuk memudahkan pemahaman antaranya G untuk grafik, T untuk teks, B ialah butang yang boleh diklik, dan A untuk objek yang dianimasikan. Arahan media pula dilakukan dalam bentuk teks untuk menunjukkan bagaimana sesuatu skrin itu berfungsi. REKA BENTUK PAPAN CERITA PEMBANGUNAN E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT No Papan Cerita : Tajuk : Reka Bentuk Skrin Arahan Grafik Arahan Media [V=Video, G=Grafik, A=Animasi, S=Suara, M=Muzik, T=Teks, B=Butang] Rajah 3.3 Contoh reka bentuk papan cerita 3.3.3 Papan Cerita Sistem Pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat Papan cerita akan menjadi rujukan utama dalam fasa pembangunan sesuatu aplikasi. Oleh itu, papan cerita haruslah dibuat dengan baik dan mudah difahami agar senang

45 untuk dirujuk pada bila-bila masa. Papan cerita yang berkualiti mampu memberikan gambaran jelas tentang perjalanan dan reka bentuk sesuatu projek yang dibangunkan. Lampiran C menunjukkan reka bentuk papan cerita E-Budaya Pemakanan Sihat. 3.4 SPESIFIKASI KEPERLUAN SISTEM DAN PENGGUNA Dalam merancang pembangunan sesuatu sistem, pengkaji perlu mengenal pasti spesifikasi keperluan sistem yang akan dibangunkan. Hal ini untuk mengelakkan pengkaji tersasar daripada objektif pembangunan sistem. Spesifikasi yang dibuat perlulah jelas untuk melihat sama ada perlu dilaksanakan di dalam sistem atau tidak. 3.4.1 KEPERLUAN FUNGSIAN Berikut merupakan spesifikasi keperluan sistem dari sudut fungsian sistem kepada pengguna: FR1 Pembacaan buku Sistem mesti memaparkan laman utama untuk membolehkan pengguna memilih judul buku. FR 1.1 Sistem mesti memaparkan halaman hadapan buku elektronik. FR 1.2 Sistem mesti memaparkan ikon butang kiri dan kanan untuk pengguna menavigasi buku elektronik. FR 1.3 Sistem mesti membenarkan setiap pautan ke muka surat tertentu berfungsi dan boleh diklik. FR2 Komen pengunjung Sistem mesti memaparkan anatara muka yang membolehkan pengguna menghantar komen berkenaan buku elektronik kepada sistem.

46 FR 2.1 Sistem mesti memaparkan ikon butang komen pengunjung untuk pengguna klik menuju ke halaman komen. FR 2.2 Sistem mesti memaparkan borang yang perlu diisi dan dilengkapkan. FR 2.3 Sistem mesti memaparkan butang Hantar untuk komen diproses. 3.4.2 KEPERLUAN BUKAN FUNGSIAN a. Keperluan Prestasi Sistem harus memberikan tindak balas dalam masa dua saat maksimum untuk membuka setiap halaman buku elektronik. b. Reka bentuk Antara muka sistem boleh dibuka pada pelayar yang berbeza. 3.5 KEPERLUAN PERKAKASAN DAN PERISIAN Pembangunan buku elektronik bercirikan multimedia ini memerlukan pengkaji memahami masalah yang hendak diselesaikan seterusnya menentukan keperluannya. Dua aspek penting keperluan sesebuah sistem ialah spesifikasi perkakasan dan perisian. Kedua-duanya saling penting dalam pembangunan buku elektronik agar proses pembangunan berjalan mengikut jangka masa yang diberi. Pemilihan perkakasan dan perisian yang bersesuaian dengan kehendak sistem akan membantu memudahkan urusan pembangunan. 3.5.1 Keperluan Pembangunan Sistem Keperluan pembangunan aplikasi merupakan spesifikasi keperluan yang diperlukan untuk membangunkan E-Budaya Pemakanan Sihat. Terdapat dua bahagian keperluan pembangunan iaitu spesifikasi keperluan perkakasan dan spesifikasi keperluan perisian.

47 3.5.2 Spesifikasi Keperluan Perisian Keperluan perisian ialah komponen penting untuk menyiapkan keseluruhan pembangunan sistem. Hal ini untuk memastikan pembangunan buku elektronik dapat dibangunkan mengikut objektif projek. Setiap perisian perlulah sesuai dengan fungsi yang ingin dibangunkan di dalam buku elektronik ini. Antara perisian yang digunakan ialah: a. Adobe Dreamweaver CS6 Perisian ini merupakan perisian utama untuk membangunkan laman web buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat ini. Proses menyusun reka bentuk antara muka sistem dijalankan menggunakan perisian ini. b. Adobe Photoshop CS6 Perisian ini bermanfaat untuk digunakan dalam proses penyuntingan imej dan grafik. Penggunaan perisian ini membantu pengkaji untuk mencipta grafik yang menarik dan berkualiti untuk diterapkan dalam buku elektronik yang akan dibangunkan. Perisian ini juga membantu pengkaji untuk menukar format fail mengikut kesesuaian antaranya format.jpeg dan.png. c. Adobe Flash Professional CS6 Perisian ini digunakan untuk menyunting imej. Penggunaannya yang mudah dan mesra pengguna dapat mewujudkan satu buku elektronik bercirikan multimedia. d. Microsoft Office Word 2013 Perisian ini pula digunakan untuk menghasilkan dokumen projek. Dokumen yang disediakan mengikut Gaya UKM ini mempunyai kualiti dan tahap kekemasan mengikut piawaian tesis yang ditetapkan pihak universiti.

48 3.6 KESIMPULAN Kejayaan membangunkan sesebuah projek adalah kerana perancangan yang teliti merangkumi penekanan dalam fasa analisis dan reka bentuk. Kehendak pengguna yang diambil kira dan seterusnya diterapkan dalam pembangunan projek akan menghasilkan sebuah projek pembangunan buku elektronik yang menepati objektif projek. Penggunaan metodologi yang tepat akan memudahkan proses pembangunan dijalankan. Pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat bakal dilaksanakan berdasarkan metodologi ADDIE yang mempunyai lima fasa utama iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan pengujian. Menerusi fasa analisis, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk pencarian sumber maklumat, antaranya ialah perbincangan dengan penyelia, internet serta kajian perpustakaan. Pada fasa reka bentuk pula, segala keperluan projek akan ditukarkan dalam bentuk papan cerita serta reka bentuk modul serta rekaan antara muka bagi menghasilkan sebuah buku elektronik yang menarik untuk dibaca. Dalam fasa implementasi pula, pembangunan buku elektronik ini akan disiapkan sepenuhnya dan digunakan sebelum memasuki fasa pengujian. Fasa pengujian akan memberi pengetahuan kepada pengkaji apakah kelemahan buku elektronik yang telah diuji oleh pengguna. Menerusi bab ini juga pengkaji mengemukakan spesifikasi untuk membangunkan projek iaitu spesifikasi keperluan perkakasan dan perisian. Perancangan yang teliti di dalam bab ini akan memudahkan proses pembangunan di masa akan datang. Sebarang penambahbaikan masih boleh dilakukan sekiranya ada untuk menghasilkan buku elektronik tentang budaya pemakanan sihat yang menarik untuk dibaca oleh pengguna.

49 BAB 4 BAB 4 PEMBANGUNAN DAN IMPLEMENTASI PROJEK 4.1 PENGENALAN Selepas menjalani fasa spesifikasi dan reka bentuk, proses implementasi dijalankan. Dapatan kajian kesusasteraan dan perancangan pembangunan projek yang telah dilaksanakan membantu dalam proses pembangunan projek. Reka bentuk merupakan hasil fizikal yang dapat dilihat oleh pembangun secara nyata. Objek-objek grafik yang dihasilkan akan dimplementasi agar boleh digunakan dan berfungsi. Buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat dibangunkan menggunakan platform perisian Adobe Dreamweaver CS6. Proses penyuntingan grafik pula dijalankan menggunakan Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Flash Professional CS6. Proses pengintegrasian elemen multimedia dilakukan dengan menggunakan spesifikasi perisian dan perkakasan yang telah dinyatakan di dalam bab yang lepas. Secara umumnya, bab pembangunan dan implementasi projek merupakan penerangan terhadap reka bentuk yang dihasilkan. Reka bentuk tersebut adalah reka bentuk modul, reka bentuk multimedia dan reka bentuk antara muka perisian. 4.2 REKA BENTUK MODUL Sistem ini mengandungi 3 modul utama dan 1 modul sampingan. Modul-modul ini merupakan asas kepada reka bentuk laman web ini. Reka bentuk modul menggambarkan rangka luar keseluruhan reka bentuk sistem. Berikut merupakan senarai modul utama dan sampingan yang telah disusun agar menepati ciri-ciri sebuah

50 buku elektronik berdasarkan kajian yang telah dibuat di dalam Bab 2 Kajian Kesusasteraan. Modul Utama: i. Modul Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak ii. Modul Pemakanan Remaja iii. Modul Pemakanan Dewasa iv. Khasiat Modul Sampingan: i. Komen Pengunjung 4.3 ANTARA MUKA SISTEM Reka bentuk antara muka sistem merupakan aspek penting dalam pembangunan laman web buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat. Penyampaian maklumat sahaja tidak mencukupi tanpa antara muka yang menarik. Antara muka yang mempunyai ciri-ciri multimedia sudah tentu dapat menarik minat pengguna untuk membaca sehingga halaman terakhir sesebuah buku elektronik. Kesemua reka bentuk yang dirancang diintegrasikan dalam reka bentuk antara muka. Pengkaji perlu menyesuaikan pemilihan antara muka terutamanya jenis teks yang digunakan serta warna latar kerana melibatkan keselesaan dalam membaca. Sebuah halaman buku elektronik tidak boleh mempunyai terlalu banyak teks serta terlalu padat kerana mengganggu tumpuan mata untuk memahami apa yang dibaca. 4.3.1 Antara Muka Utama Antara muka utama merupakan antara muka yang pertama dilihat oleh pengunjung apabila membuka laman web E-Budaya Pemakanan Sihat. Antara muka ini mempunyai 2 bahagian iaitu pemilihan judul buku serta komen pengunjung. Apabila pengguna mengarahkan kursor ke arah televisyen, akan terpapar judul buku terbaru seterusnya

51 mengarahkan pengguna untuk klik ke rak buku untuk membaca buku yang dipilih. Apabila pengguna klik pada buku di atas meja, akan terpapar halaman komen pengguna. Rajah 4.1 Antara muka Utama Laman Web Rajah 4.1 menunjukkan antara muka utama apabila pengunjung masuk ke laman web E-Budaya Pemakanan Sihat. Di halaman ini pengunjung akan dapat melihat paparan sebuah ruang yang mempunyai sudut membaca dan rak buku. Untuk ke halaman buku elektronik, pengguna perlu klik pada rak buku yang disediakan.

52 \Rajah 4.2 Antara muka Hadapan Buku Elektronik Rajah 4.2 menunjukkan antara muka bagi muka hadapan buku elektronik yang dihasilkan. Halaman ini memaparkan tajuk buku elektronik yang dihasilkan dan juga nama penulis. Turut disediakan di laman utama ialah butang untuk ke muka surat seterusnya.

53 Rajah 4.3 Antara muka Kandungan Buku Elektronik Rajah 4.3 menunjukkan halaman kandungan yang mempunyai butang untuk ke halaman utama modul-modul yang terdapat di dalam buku elektronik ini. Setiap ikon manusia boleh diklik seterusnya akan menuju ke modul pemakanan berkaitan. Ikon bayi dan kanak-kanak akan membawa pembaca ke laman modul pemakanan untuk bayi dan kanak-kanak. Ikon remaja pula apabila diklik akan membawa pengguna ke laman modul pemakanan untuk remaja. Ikon dewasa pula apabila diklik akan membawa pengguna ke laman modul pemakanan untuk dewasa. Butang khasiat pula akan membawa pengguna ke laman info tentang makanan berkhasiat.bab 5

54 Rajah 4.4 Antara muka modul pemakanan Rajah 4.4 menunjukkan contoh antara muka modul di dalam buku elektronik iaitu modul pemakanan bayi dan kanak-kanak. Penggunaan teks dan grafik yang bersesuaian dipadankan untuk membuatkan pengguna tertarik untuk membaca sehingga ke halaman terakhir. Grafik yang menarik untuk dilihat merupakan antara daya penarik di dalam buku elektronik ini.

55 Rajah 4.5 Antara muka modul khasiat Rajah 4.5 menunjukkan halaman bagi modul khasiat. Modul ini memaparkan 10 jenis makanan berkhasiat untuk tubuh badan. Pengkaji menggunakan latar belakang berwarna putih untuk halaman manakala terdapat beberapa textbox yang memaparkan jenis makanan serta ilustrasi. Penggunaan teks diminimumkan untuk memudahkan pemahaman pembaca apabila membuka setiap halaman buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat.

56 4.4 ELEMEN MULTIMEDIA Pembangunan E-Budaya Pemakanan Sihat melibatkan gabungan elemen multimedia antaranya teks, grafik dan interaktiviti. Hasil gabungan elemen-elemen tersebut dapat menghasilkan sebuah sistem E-Budaya Pemakanan Sihat yang menarik. 4.4.1 Reka Bentuk Teks Rajah 4.6 Contoh reka bentuk teks Rajah 4.6 menunjukkan antara contoh reka bentuk teks yang digunakan. Penggunaan elemen teks sangat penting untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca. Teks yang digunakan adalah dalam Bahasa Melayu kerana ini merupakan keutamaan dalam pembinaan projek ini iaitu untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Antara jenis teks yang digunakan adalah The Black Font dan Mistral. Penggunaan teks yang menarik dapat menambahkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan.

57 4.4.2 Reka Bentuk Grafik Rajah 4.7 Contoh reka bentuk grafik Rajah 4.7 menunjukkan antara contoh reka bentuk grafik di dalam pembangunan buku elektronik ini. Selain daripada teks, grafik merupakan elemen yang sangat penting. Seseorang manusia lebih cenderung untuk mengingati sesuatu maklumat jika berbentuk grafik. Elemen grafik direka bentuk secara kasar terlebih dahulu sebelum diolah menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop CS6 dan juga Adobe Flash Professional CS6. 4.4.3 Reka Bentuk Interaktiviti

58 Rajah 4.8 Contoh reka bentuk interaktiviti Rajah 4.8 menunjukkan contoh reka bentuk interaktiviti yang terdapat di dalam buku elektronik ini. Interaktiviti di dalam sesebuah sistem dapat membantu pembaca supaya tidak merasa bosan untuk melayari sesuatu laman web. Interaktiviti juga memudahkan pengguna untuk beralih daripada satu halaman ke halaman yang lain. Di dalam pembangunan projek ini, pengkaji telah mengimplementasikan pelbagai jenis bentuk interaktiviti untuk memudahkan pembaca melayari laman web buku elektronik E- Budaya Pemakanan Sihat ini. 4.5 BUTANG FUNGSIAN Dalam pembangunan sistem ini, fungsi butang sangat penting untuk memudahkan navigasi pengguna. Jadual 4.1 meunjukkan butang fungsian yang digunakan di dalam buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat. BUTANG FUNGSIAN Jadual 4.1 Butang Fungsian PENERANGAN Pengguna menghalakan kursor ke arah tajuk buku itu untuk memaparkan arahan

59 Pengguna perlu klik pada rak untuk membawa pengguna ke laman muka hadapan buku elektronik. Butang fungsian apabila pengguna ingin memberi komen berkaitan buku elektronik. Mengalih ke halaman sebelumnya Mengalih ke halaman seterusnya Ke halaman pemakanan bayi dan kanak-kanak Ke halaman pemakanan remaja Ke halaman pemakanan dewasa

60 Ke halaman modul khasiat Kembali ke halaman utama Untuk menghantar komen pengunjung 4.6 KESIMPULAN Berdasarkan penerangan yang dijelaskan seperti di dalam bab ini menunjukkan bahawa reka bentuk memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah projek. Reka bentuk yang dirancang dalam fasa sebelumnya dibangunkan seterusnya diimplementasikan supaya berfungsi mengikut perancangan. Elemen multimedia seperti grafik sangat membantu dalam menghasilkan reka bentuk antara muka yang menarik seterusnya mampu menarik minat pengguna untuk mengunjungi laman web ini. Selain itu, elemen multimedia iaitu teks yang diolah dengan penggunaan jenis tulisan yang menarik dan mudah dibaca juga menjadi faktor sesebuah buku elektronik menjadi pilihan pembaca. Laman web buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat ini merupakan sistem yang dibangunkan dengan bantuan tiga perisian utama iaitu Adobe Dreamweaver CS6, Adobe Photoshop CS6 serta Adobe Flash Professional CS6. BAB 5

61 BAB 5 PENGUJIAN SISTEM 5.1 PENGENALAN Bab ini menerangkan fasa pengujian yang dijalankan ke atas sistem E-Budaya Pemakanan Sihat. Pengujian merupakan fasa penting dalam pembangunan kerana menerusi fasa ini pengkaji dapat mengetahui sama ada sistem yang telah dibangunkan memenuhi segala keperluan yang telah dirancang semasa fasa analisis. Sebarang kegagalan fungsi akan diperbaiki untuk memenuhi spesifikasi keperluan dan reka bentuk sistem yang dibangunkan. 5.2 DOKUMEN PENGUJIAN Proses pengujian memerlukan pengkaji menyiapkan beberapa dokumen untuk membolehkan proses pengujian dijalankan. Antara dokumen yang dihasilkan ialah pelan pengujian, spesifikasi kes pengujian serta spesifikasi prosedur pengujian. 5.3 PELAN PENGUJIAN (Test Plan) Tujuan utama sebuah pelan pengujian ialah bagi memudahkan komunikasi di antara penguji dan juga pihak yang terlibat dalam mengendalikan tugasan supaya sentiasa mengikuti jadual yang telah disediakan. Seterusnya untuk menyatakan punca maklumat yang digunakan bagi menyediakan pelan pengujian ini serta menyatakan penggunaan alat pengujian dan juga persekitaran yang diperlukan bagi mengendalikan pengujian aplikasi ini.

62 5.3.1 Item Pengujian Pengujian sistem dijalankan berpandukan dokumen di bawah: i) Dokumen Spesifikasi Keperluan Sistem EBUDAYA-PS (EBUDAYA- PS_SRS_V1.0) ii) Dokumen Spesifikasi Reka bentuk Sistem EBUDAYA-PS (EBUDAYA- PS_SDS_V1.0) Item pengujian ini mengandungi ciri penting yang bakal diuji dalam sistem berdasarkan Jadual 5.1. 5.3.2 Matriks Kebolehkesanan Pengujian Jadual 5.1 di bawah menunjukkan maklumat fungsi sistem E-Budaya Pemakanan Sihat dan juga kebolehkesannya: Jadual 5.1 Matriks Kebolehkesanan Pengujian Modul EBUDAYA-PS ID Fungsi Sistem Tahap Risiko Penerangan Fungsi Sumber Fungsi FS_001 Tinggi Menu Utama Sistem SRS FS_002 Sederhana Modul 1: Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak FS_003 Sederhana Modul 2: Pemakanan Remaja FS_004 Sederhana Modul 3: Pemakanan Dewasa FS_005 Sederhana Sub Modul 1: Khasiat FS_006 Sederhana Sub Modul 2: Komen Pengunjung SRS SRS SRS SRS SRS

63 5.3.3 Perincian Untuk Diuji Jadual 5.2 di bawah menunjukkan ciri-ciri yang perlu diuji berdasarkan dokumen Spesifikasi Keperluan Sistem EBUDAYA-PS. Jadual 5.2 Spesifikasi Keperluan Sistem EBUDAYA-PS ID Fungsi Penerangan Sistem Fungsi FS_001 Menu Utama Sistem FS_002 Modul 1: Pemakanan Bayi dan Kanak- Kanak FS_003 Modul 2: Pemakanan Remaja FS_004 Modul 3 : Pemakanan Dewasa FS_005 Sub Modul 1: Khasiat FS_006 Sub Modul 2: Komen Pengunjung Fungsi yang perlu diuji i. Pemilihan buku ii. Butang kandungan i. Butang alih muka surat ii. Butang ke halaman tertentu i. Butang alih muka surat ii. Butang ke halaman tertentu i. Butang alih muka surat ii. Butang ke halaman tertentu i. Butang alih muka surat ii. Butang ke halaman tertentu i. Butang (Komen) ii. Butang (kembali) ID Pengujian Sistem FS_001(Z_001) FS_002(Z_001) FS_003(Z_001) FS_004(Z_001) FS_005(Z_001) FS_006(Z_001) Tahap Risiko Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana 5.3.4 Perincian Untuk Tidak Diuji Selain daripada ciri-ciri yang disenaraikan dalam Jadual 5.2, aspek-aspek lain yang tidak diuji dalam pelan pengujian ini termasuklah: i. Masa yang diambil untuk tamat menjalankan proses pengujian. 5.3.5 Pendekatan Pengujian yang dijalankan ke atas sistem E-Budaya Pemakanan Sihat adalah tahap sistem berfungsi. Teknik pengujian untuk sistem ini ialah ujian kepenggunaan sistem oleh pengguna akhir untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Pengujian dilakukan berasaskan risiko yang telah dianalisis. Pengujian ini juga akan digunakan

64 dalam pengujian kotak hitam di mana domain akan digunakan sebagai teknik utama. 5.3.6 Item Kriteria bagi Lulus/Gagal Sistem ini hendaklah mencapai beberapa kriteria untuk diisytihar sebagai lulus, antaranya adalah: i. Kesemua kes ujian WAJIB LULUS ii. Pengguna perlu berjaya membuka halaman bermula halaman hadapan sehingga terakhir Selain daripada yang disebutkan di atas, setiap keperluan sistem perlulah menepati dokumen SRS. 5.3.7 Kriteria Gantung dan Keperluan Semula Kriteria Gantung a) Pengguna memerlukan talian internet untuk menjalankan pengujian ini. Jika tiada, kesemua ujian akan digantung. Keperluan Semula a) Menyediakan komputer yang mempunyai talian internet 5.3.8 Kebolehantaran Pengujian Dokumen berikut akan dihasilkan dan dihantar semasa ujian aplikasi dilakukan i. Pelan Pengujian ii. Spesifikasi Reka bentuk Pengujian iii. Spesifikasi Kes Pengujian iv. Spesifikasi Prosedur Pengujian v. Log Pengujian

65 5.3.9 Kriteria Masuk Item berikut perlu diadakan sebelum pengujian sistem dapat dilaksanakan: i. Dokumen SRS dan SDS bagi sistem EBUDAYA-PS. ii. Komputer yang mempunyai talian internet iii. Sistem EBUDAYA-PS yang telah diterbitkan 5.3.10 Kriteria Keluar Perkara berikut adalah diperlukan sebelum pengujian boleh berakhir i. Kesemua dokumen yang disenaraikan dalam 5.3.8 kebolehserahan pengujian telah diserahkan kepada penyelia ii. Pelaksanaan ujian telah selesai iii. Tiada ralat utama 5.3.11 Penjadualan, Anggaran dan Kos Bahagian ini menerangkan penjadualan projek, dan tugas. Jadual termasuk anggaran masa yang diperlukan untuk setiap tugas pengujian. Kos tidak termasuk dalam pengujian ini. Jadual 5.3 menunjukkan anggaran tempoh pengujian yang dijalankan. Jadual 5.3 Anggaran tempoh pengujian Aktiviti Pencapaian Bilangan Hari Perancangan Pengujian Dan Kawalan Analisis Pengujian Dan Reka bentuk Persekitaran Pengujian Penyerahan Pelan Pengujian Penghantaran Spesifikasi, Reka bentuk Pengujian, Spesifikasi Kes Pengujian, dan Spesifikasi Porsedur Pengujian Persediaan Pengujian Persekitaran Jangkamasa 3 2 Mei 2016 4 Mei 2016 6 5 Mei 2016 10 Mei 2016 3 11 Mei 2016 13 Mei 2016

66 Implementasi Pengujian dan Pelaksanaan Mendokumentasikan Pengujian Dan Ringkasan Laporan Mendokumentasikan Penutup Pengujian Pengujian Lengkap Pelaksanaan Pengujian Sistem EBUDAYA-PS Penyerahan Laporan Keseluruhan Pengujian Penyerahan Laporan Penutup Pengujian Penyerahan Sistem kepada pengguna 6 14 Mei 2016 19 Mei 2016 3 20 Mei 2016 22 Mei 2016 4 23 Mei 2016 26 Mei 2016 1 27 Mei 2016 5.4 SPESIFIKASI KES PENGUJIAN (Test Case Specification) Dokumen Spesifikasi Kes Pengujian dihasilkan untuk memperincikan kes pengujian yang diperolehi daripada spesifikasi reka bentuk pengujian. Jenis pengujian yang dilakukan adalah pengujian domain. Pembangun hanya memilih sebilangan kes ujian daripada jumlah keseluruhan kes yang sukar untuk dilakukan kesemuanya. 5.4.1 Kes Pengujian FS_001(U_001) Jadual di bawah menunjukkan perincian spesifikasi kes pengujian FA_001(U_001) Jadual 5.4 Jadual kes pengujian FS_001(U_001) ID Kes Pengujian FS_001(U_001) ID Keperluan FS_001 Objektif Menguji fungsi butang ke halaman hadapan di menu utama Kebergantungan Tiada Keperluan Prosedur 1. Pengguna membuka laman web E-Budaya Pemakanan Sihat. No Input Jangkaan Keputusan 1 Pengguna memilih judul buku untuk dibaca. 2 Pengguna klik pada rak buku. i. Sistem akan memaparkan ikon yang menunjukkan pengguna telah memilih judul buku. i. Sistem akan ke laman hadapan buku.

67 5.4.2 Kes Pengujian FS_001(U_002) Jadual di bawah menunjukkan perincian spesifikasi kes pengujian FS_001(U_002) Jadual 5.5 Jadual kes pengujian FS_001(U_002) ID Kes Pengujian FS_001(U_002) ID Keperluan FS_001 Objektif Menguji fungsi butang alih halaman Kebergantungan Tiada Keperluan Prosedur 1. Pengguna memasuki ke halaman utama No Input Jangkaan Keputusan 1 Pengguna menekan i. Sistem akan mengalihkan muka surat buku. butang alih halaman yang terdapat di halaman buku 5.4.3 Kes Pengujian FS_001(U_003) Jadual di bawah menunjukkan perincian spesifikasi kes pengujian FS_001(U_003) Jadual 5.6 Jadual kes pengujian FS_001(U_003) ID Kes Pengujian FS_001(U_002) ID Keperluan FS_001 Objektif Menguji fungsi butang di halaman kandungan Kebergantungan Tiada Keperluan Prosedur 1. Pengguna memasuki ke halaman utama No Input Jangkaan Keputusan 1 Pengguna menekan i. Sistem akan memaparkan halaman kandungan imej yang terdapat di untuk modul yang dipilih. halaman kandungan 5.4.4 Kes Pengujian FS_001(U_004) Jadual di bawah menunjukkan perincian spesifikasi kes pengujian FS_001(U_004) Jadual 5.7 Jadual kes pengujian FS_001(U_004) ID Kes Pengujian FS_001(U_004) ID Keperluan FS_001 Objektif Menguji halaman komen pengunjung Kebergantungan Tiada Keperluan Prosedur 1. Pengguna klik pada halaman komen pengunjung.

68 No Input Jangkaan Keputusan 1 Pengguna memilih halaman Komen Pengunjung 2 Pengguna mengisi ii. maklumat diri dan komen mengenai buku elektronik yang telah dibaca. i. Sistem memaparkan halaman Komen Pengunjung Sistem menunjukkan komen pengunjung telah diterima. 5.5 SPESIFIKASI PROSEDUR PENGUJIAN (Test Procedure Specification) Dokumen Spesifikasi Prosedur Pengujian dihasilkan untuk menyediakan satu perincian yang lengkap mengenai perjalanan prosedur terhadap item-item yang akan diuji sepanjang proses sistem E-Budaya Pemakanan Sihat diuji. 5.5.1 Prosedur Pengujian PP_001 Jadual 5.8 di bawah menunjukkan perincian spesifikasi prosedur pengujian PP_001 Jadual 5.8 Perincian Prosedur Pengujian PP_001 ID Prosedur Pengujian PP_001 Objektif penguji Untuk memastikan antara muka utama menu sistem berfungsi dengan sempurna. ID Pelaksanaan Kes Pengujian FS_001(U_001) Prosedur Pengujian i. Pengguna membuka laman web EBUDAYA-PS. ii. Pengguna memilih judul buku untuk dibaca. iii. Sistem akan mengeluarkan maklumat tajuk buku. iv. Pengguna klik pada rak buku untuk ke halaman hadapan buku elektronik. Langkah Penutup i. Tekan butang X untuk menutup sistem 5.5.2 Prosedur Pengujian PP_002 Jadual 5.9 di bawah menunjukkan perincian spesifikasi prosedur pengujian PP_002 Jadual 5.9 Perincian Prosedur Pengujian PP_002 ID Prosedur Pengujian Objektif penguji PP_002 Untuk memastikan antara muka halaman kandungan berfungsi dengan baik.

69 ID Pelaksanaan Kes Pengujian FS_002(U_001) Prosedur Pengujian i. Tunggu halaman kandungan dipaparkan. ii. Tekan imej Bayi dan Kanak-Kanak. iii. Pastikan imej Bayi dan Kanak-Kanak boleh ditekan. iv. Pastikan sistem membuka halaman utama bagi modul Bayi dan Kanak-Kanak. v. Kembali ke halaman kandungan. vi. Tekan imej Remaja. vii. Pastikan imej Remaja boleh ditekan. viii. Pastikan sistem membuka halaman utama bagi modul Remaja. ix. Kembali ke halaman kandungan. x. Tekan imej Dewasa. xi. Pastikan imej Dewasa boleh ditekan. xii. Pastikan sistem membuka halaman utama bagi modul Dewasa. xiii. Kembali ke halaman kandungan. xiv. Tekan butang Khasiat. xv. Pastikan butang Khasiat boleh ditekan. xvi. Pastikan sistem membuka halaman utama bagi modul Khasiat. Langkah Penutup i. Tekan butang X untuk menutup sistem 5.5.3 Prosedur Pengujian PP_003 Jadual 5.10 di bawah menunjukkan perincian spesifikasi prosedur pengujian PP_003 Jadual 5.10 Perincian Prosedur Pengujian PP_003 ID Prosedur Pengujian PP_003 Objektif penguji Untuk memastikan pengguna boleh meninggalkan komen di halaman komen pengunjung ID Pelaksanaan Kes Pengujian FS_003(U_001) Prosedur Pengujian i. Pengguna klik butang Komen Pengunjung ii. Pengunjung mengisi maklumat diri. iii. Pengguna memasukkan komen. iv. Pengguna klik butang komen Langkah Penutup i. Tekan butang Menu Utama untuk mengemudi ke paparan halaman menu Utama. ii. Tekan butang X untuk menutup sistem

70 5.6 Log Pengujian (Test Log) Jadual 5.11 di bawah menunjukkan rumusan log pengujian. ID Keperluan REQ_F001 REQ_F002 REQ_F003 ID Kes Pengujian FS_001(U-001) FS_001(U-002) FS_001(U-003) FS_001(U-004) FS_002(U-001) FS_002(U-002) FS_002(U-003) FS_002(U-004) FS_003(U-001) ID Prosedur PP_001 PP_002 PP_003 Jenis pengujian Fungsi Fungsi Fungsi Peralatan Manual Manual Manual Lulus/Gagal Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus ID Insidenn Pengujian - - - - - - - - - Kenyataan - - - - - - - - -

71 5.7 KESIMPULAN Fasa terakhir dalam Addie Model ialah fasa pengujian. Dalam fasa ini, sistem yang telah siap dibangunkan akan diuji tahap kebolehlaksanaan fungsi yang telah dibincangkan di dalam bab yang lepas. Jika terdapat sebarang ralat semasa fasa pembangunan, pengkaji perlu segera membetulkannya untuk memastikan sistem ini dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna. Pengujian yang dilakukan ialah dengan cara pengujian black box iaitu pengujian fungsi secara luaran tanpa menguji bahagian pengaturcaraan sistem. Pengujian dilakukan setelah sistem siap sepenuhnya. Pada peringkat ini, kriteria yang ditetapkan seperti dibincangkan di dalam bab ini telah dikenalpasti dan diuji. Fasa pengujian amat membantu dalam menentukan sama ada pembangunan projek berjaya atau tidak. Sekiranya sistem mempunyai masalah, pembangun perlu menyelesaikannya segera supaya dapat digunakan oleh pengguna dengan baik. BAB 6

72 BAB 6 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 6.1 PENGENALAN Bab ini menyimpulkan apa yang telah dilaksanakan di dalam keseluruhan proses pembangunan projek. Setelah kesemua proses di dalam metodologi Addie Model iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, impelentasi dan pengujian dijalankan, pengkaji membuat kesimpulan berdasarkan hasil pengujian dan komen pengguna tentang laman web buku elektronik E Budaya Pemakanan Sihat yang dihasilkan. Bab ini penting untuk dijadikan panduan pengkaji dan juga sesiapa yang merujuk laporan ini di masa akan datang sekiranya ingin melakukan proses penambahbaikan terhadap sistem yang telah dibangunkan ini. Bab ini juga menerangkan tentang ringkasan sistem, kelebihan sistem, kelemahan sistem, cadangan penambahbaikan sistem serta cadangan kajian pada masa hadapan.

73 6.2 RINGKASAN SISTEM Sistem E-Budaya Pemakanan Sihat merupakan sistem ringkas yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan pemakanan menerusi buku elektronik. Sistem ini memfokuskan beberapa modul utama iaitu pemakanan bagi peringkat usia bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa serta khasiat beberapa makanan yang memberi manfaat untuk kesihatan manusia. Penggunaan bahasa yang mudah difahami serta ilustrasi yang menarik menjadikan buku elektronik ini sangat sesuai dibaca tidak mengira lapisan umur. Pembangunan sistem ini dilaksanakan dengan menggunakan Addie Model yang melibatkan beberapa fasa penting seperti fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, implimentasi dan pengujian. Fasa analisis penting untuk mengetahui keperluan pembangunan sesuatu projek. Pengkaji telah menjalankan fasa analisis mengikut tiga bahagian utama iaitu analisis keperluan, tugas dan arahan. Fasa reka bentuk pula memerlukan perhatian dari aspek perkakasan, perisian serta antara muka yang bersesuaian. Fasa ini memerlukan pengkaji untuk melukis papan cerita untuk memudahkan proses rujukan elemen multimedia yang ingin diimplementasi di dalam sistem. Fasa pembangunan memerlukan pengkaji menjalankan segala perancangan pada fasa reka bentuk mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Fasa ini perlu dilaksanakan dengan teliti supaya dapat menjimatkan masa jika terdapat perubahan perlu dilakukan. Fasa implementasi pula akan menggabungkan elemen multimedia yang direka bentuk agar boleh berfungsi dengan baik. Pengkaji juga perlu memastikan buku elektronik yang dihasilkan menepati papan cerita yang telah dibuat. Fasa seterusnya iaitu fasa pengujian berperanan untuk menilai kualiti sesuatu sistem yang dibangunkan. Beberapa dokumen pengujian disediakan untuk memastikan proses pengujian berjalan lancar serta mengikut spesifikasi yang telah dirancang.

74 Setiap fasa tersebut dilaksanakan dengan teliti untuk memastikan pembangunan sistem E-Budaya Pemakanan Sihat menepati objektif dan skop projek yang telah dirancang sejak awal. Objektif tersebut tercapai dengan cara mengumpulkan maklumat yang bersesuaian mengikut peringkat umur untuk memudahkan pengguna mengakses maklumat yang diinginkan. Elemen multimedia juga diterapkan di dalam proses pembangunan antaranya teks, grafik dan juga interaktiviti. Permasalahan yang timbul dalam mencapai objektif dapat diselesaikan dengan mencari sumber maklumat yang sahih untuk panduan pembaca. Elemen multimedia sangat penting dalam pembangunan sesebuah sistem kerana tanpa elemen multimedia, sesebuah sistem tidak akan kelihatan menarik untuk diakses. Elemen multimedia juga membantu meningkatkan pemahaman pembaca kerana unsur teks yang diolah dengan cara yang lebih menarik menerusi ilustrasi. Elemen multimedia turut merangsang pancaindera penting manusia seperti penglihatan apabila penggunaan pelbagai warna dan bentuk digunakan dapat meningkatkan tumpuan pembaca. 6.3 KELEBIHAN SISTEM Sistem ini mempunyai beberapa kelebihan yang menjadi daya penarik untuk menjadi tumpuan pengguna berbanding buku-buku elektronik lain yang dikaji di dalam kajian kesusasteraan. Kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam sistem ini menjadi antara sebab pengguna berminat untuk membaca buku ini. a) Antara muka yang mudah untuk difahami dan digunakan Matlamat utama sistem untuk menghasilkan buku elektronik yang mesra pengguna berjaya dihasilkan dengan pembangunan antara muka yang mudah untuk diaplikasi oleh semua peringkat umur. Reka bentuk keseluruhan sistem memberi fokus kepada ciri kepenggunaan yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur.

75 b) Maklumat yang ringkas dan padat Sebuah buku yang berkualiti bergantung kepada isi kandungannya. Pengkaji telah memilih maklumat penting yang walaupun ringkas namun padat pengisiannya. Hal ini penting untuk mengelakkan pembaca bosan apabila membaca sesuatu halaman buku yang terlalu banyak maklumat untuk dihadamkan. Oleh itu, menerusi penyaluran maklumat secara ringkas dapat memudahkan pembaca memahami dengan lebih mendalam maklumat yang ingin disampaikan. 6.4 KELEMAHAN SISTEM Laman web E-Budaya Pemakanan Sihat ini mempunyai kelemahan yang masih boleh diperbaiki. Walaupun sistem ini mempunyai kekurangan, namun kekurangan tersebut tidak menjejaskan keberkesanan sistem ini dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Antara kelemahan sistem yang dapat dikenal pasti ialah: a) Kurang elemen multimedia Buku elektronik ini akan menjadi lebih menarik jika pengkaji dapat memasukkan pelbagai elemen multimedia di dalamnya. Hal ini demikian kerana penggunaan elemen multimedia dapat merangsang minat membaca dalam diri seseorang. Sebuah sistem bercirikan multimedia yang berkesan seharusnya mempunyai kesemua elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti. Elemen multimedia yang kurang di dalam projek ini ialah audio dan video. b) Kekurangan fungsi Buku elektronik yang dibangunkan ini bersifat ringkas menyebabkan kekurangan fungsi di dalamnya. Pelbagai fungsi lain seperti muat turun, perkongsian kandungan dengan rakan dan bookmark boleh ditambah untuk membuatkan buku elektronik ini unik daripada buku yang sedia ada.

76 c) Skop maklumat Maklumat pemakanan yang luas dan berpotensi untuk diperkembangkan lagi dapat memberi idea untuk penambahbaikan sistem ini di masa akan datang. Budaya Pemakanan Sihat mempunyai terlalu banyak maklumat yang boleh diteroka seperti menu pemakanan sihat, kepentingan mengamalkan pemakanan sihat serta kandungan kalori dalam makanan. Maklumat-maklumat ini dapat dijadikan kandungan dalam penerbitan buku elektronik yang lain pula selepas ini. 6.5 CADANGAN KAJIAN PADA MASA HADAPAN Laman web buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat projek yang dirancang dan dibangunkan untuk menyampaikan maklumat mengenai pemakanan sihat kepada masyarakat di Malaysia. Setelah mengkaji beberapa kelemahan yang terdapat di dalam pembaangunan laman web buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat, beberapa cadangan penambahbaikan kajian pada masa hadapan boleh dilakukan untuk menjadikan laman web buku elektronik ini lebih bermanfaat daripada sekarang. Sistem ini ternyata mempunyai kekurangan namun masih berpotensi untuk dikomersialkan kerana memberikan maklumat tentang budaya pemakanan sihat di dalam versi Bahasa Melayu. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk panduan pembangunan sistem yang lebih baik di masa hadapan ialah: i. Kawalan Keselamatan Untuk memastikan sistem ini lebih selamat, keupayaan untuk mengawal keselamatan sistem perlu dipertingkatkan. Peningkatan kawalan keselamatan seperti firewall untuk menangani masalah berkaitan pelayan sistem. ii. Penggunaan pangkalan data untuk enjin carian Enjin carian akan lebih memudahkan pengguna mencari maklumat di dalam buku elektronik dengan cepat. Pengguna dapat ke halaman yang diingini dengan mudah dengan wujudnya enjin carian ini.

77 iii. Menambahkan fungsi dan modul Keberkesanan penyampaian di dalam buku elektronik ini boleh lebih diperkaya dengan maklumat lain dengan menambahkan modul, contohnya modul latihan untuk menguji tahap kefahaman pengguna tentang maklumat di dalam buku tersebut. Budaya Pemakanan Sihat merupakan topik yang besar dan mempunyai banyak pengisian. Fungsi ruangan pertanyaan juga boleh diwujudkan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk bertanya soalan berkaitan budaya pemakanan sihat. iv. Pilihan Bahasa Pengantara Kajian yang dicadangkan di masa hadapan adalah untuk memberi lebih pilihan kepada pembaca untuk memilih bahasa untuk pembacaan mereka. Hal ini boleh menambah nilai kepada projek ini di mana pengguna dari pelbagai bangsa boleh turut membaca buku elektronik E-Budaya Pemakanan Sihat ini. 6.6 KESIMPULAN Kesimpulannya, sistem E-Budaya Pemakanan Sihat ini telah berjaya dibangunkan serta dapat mencapai kesemua objektif kajian antaranya mengenalpasti sumber dan mengumpulkan maklumat mengenai budaya pemakanan sihat bagi menstruktur secara sistematik dan menarik untuk diakses melalui buku elektronik, membangunkan sebuah buku elektronik yang mengandungi pengamalan maklumat tentang cara pemakanan yang sihat serta menerapkan elemen multimedia dalam pembangunan buku elektronik tentang budaya pemakanan sihat agar maklumat dapat disebarkan dengan cara yang menarik. Diharapkan sistem ini memberikan manfaat dan memudahkan masyarakat untuk memahami budaya pemakanan sihat yang harus diamalkan untuk kesihatan seharian.

78 RUJUKAN Ahmet Gurses, Seher Demiray, Cetin Dogar, 2014. Design Practise For Interactive- Direct Teaching Based on Constructivist Learning: Dissolution And Solutions Camille Schwartz, Petra A.M.J. Scholtens, Amandine Lalanne, Hugo Weenen, Sophie Nicklaus. 2011. Development of healthy eating habits early in life. Review of recent evidence and selected guidelines. Carole A. Bisogni, Margaret Jastran,, Marc Seligson, Alyssa Thompson. 2012. How People Interpret Healthy Eating: Contibutions of Qualitative Research. Dr. Mohd Asmadi Yakob, Prof Madya Zakaria Mustaffa, Mohd. Takiyuddin hj Ibrahim, 2011. Gaya Hidup Sihat Melalui Pemakanan: Kajian Terhadap Penulisan Ulamaulama Nusantara dalam Kitab Jawi. Georgina A. Torres-Vargas, Valentino Morales López, 2014. A business model for electronic books.: 268-274 Guowei Hua, T.C.E Cheng, Shouyang Wang, 2011. A Strategic Analysis of Distribution Channel Choices of Publishers John Cawley. 2006. Markets and Childhood Obesity Policy.. Howard M. Leichter, 2003. Evil Habits and Personal Choice.: 603-626 Laura Monica Gorghiua, Gabriel Gorghiub, Mihai Bîzoib, Ana Maria Suducb. 2011. The Electronic Book - a Modern Instrument Used in Teachers Training Process: 563-567 Lauren K. Williams, Lukar Thornton, David Crawford. 2012. Optimising Women s Diet Ruben Gonzalez Crespo, Oscar Sanjuan Martinez. 2010. Recommendation System based on user interaction data applied to intelligent electronic books

79 Roberto Pereira, Maria Cecilia Calani Baranauskas. 2015. A Value Oriented and Culturally Informed Approach To The Design of Interactive Systems Stacey R. Finkelstein, Ayelet Fishbach. 2012. When Healthy Food Makes You Hungry: 357-367 Viola Everitt, Martha Potgieter, 2011. Food Habits and Well Being of School Children: 344-350

80 LAMPIRAN A CARTA GANTT

81 LAMPIRAN B STRUKTUR PECAHAN KERJA E-Budaya Pemakanan Sihat Pengurusan Sistem Keperluan Sistem Reka bentuk Sistem Pembangunan Sistem Integrasi dan Pengujian Sistem Perancangan Perjumpaan Perisian Reka bentuk Awal Perisian Perisian Dokumentasi Reka bentuk Akhir Dokumentasi Ujian Pengguna Persetujuan Reka bentuk Dokumentasi Dokumentasi

82 REKA BENTUK PAPAN CERITA PEMBANGUNAN E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT No Papan Cerita : PC(1) B(1) I(1) Tajuk : Muka Hadapan Reka Bentuk Skrin Arahan Grafik Arahan Media T1 : Informasi T2: Tajuk B1: Butang ke laman utama A1: Animasi utama G1, T1, T2, A1 dipaparkan serentak. B1 menuju ke PC(2)B(2)I(2) apabila diklik G1: Grafik latar belakang [V=Video, G=Grafik, A=Animasi, S=Suara, M=Muzik, T=Teks, B=Butang]

83 REKA BENTUK PAPAN CERITA PEMBANGUNAN E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT No Papan Cerita : PC(2) B(1) I(1) Tajuk : Laman Utama Reka Bentuk Skrin Arahan Grafik Arahan Media T1 : Tajuk B1: Butang ke laman seterusnya B2,B3,B4,B5: Butang ke modul A2,A3,A4,A5: Animasi modul G2: Grafik latar belakang -G2, T1, A2, A3, A4, A5 dipaparkan serentak. -B1 menuju ke PC(3)B(1)I(1) apabila diklik. -B2, B3, B4, B5 menuju ke laman modul diklik apabila [V=Video, G=Grafik, A=Animasi, S=Suara, M=Muzik, T=Teks, B=Butang]