ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

Similar documents
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

AUTOMATIC CABLE STRIPPER

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

KENJI MIZOGUCHI CINEMATOGRAPHIC STYLE (LONG TAKE) IN 'THE LIFE OF OHARU' (1952).

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

CABLE THEFT MONITORING SYSTEM USING GSM MODEM (CTMS) SYAZWAN BIN MOHD NAZRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

How to Produce & Transform?

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

KAJIAN ILMIAH TERHADAP MAKNA SINEMA KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENDEKATAN PELAKON DALAM LONTARAN VOKAL DAN EKSPRESI WAJAH WATAK LAKONAN MONOLOG NIZILA BTE ASIN 12521

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

MOHDSHAMSULANUARBMOHDSABru

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PENDEKATAN SINEMAGRAF DALAM PENGHASILAN KARYA SUREALISMA. Muhammad Taufik Bin Othman

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan :... : Dr. Rafidah Binti Hasan. Tarikh :...

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 4

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Transcription:

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT Mohd Rasyidi Bin Talib Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Sinematografi) 2010

ANALISA TERHADAP KARATERISTIK FILEM CULT MOHD RASYIDI BIN TALIB Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2010

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT SESI PENGAJIAN: 2009 / 2010 Saya MOHD RASYIDI BIN TALIB mengaku membenarkan Tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. **Sila tandakan SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di Dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh : MOHD RASYIDI BIN TALIB Penulis Cik TEO MIAW LEE Penyelia Tarikh: Alamat Tetap: No. 23 Kampung Langkap 21500 Setiu Terengganu Darul Iman Tarikh : Tarikh : Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda **Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Projek bertajuk Analisa Terhadap Karakteristik Filem Cult telah disediakan oleh Mohd Rasyidi Bin Talib dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi) Diterima untuk diperiksa oleh: ----------------------------------- (Cik Teo Miaw Lee) Tarikh : -----------------------------------

PENGHARGAAN Terlebih dahulu, saya mengucapkan syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia-nya kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna dan segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan jayanya. Tidak lupa juga untuk ahli keluarga yang tercinta yang telah banyak memberikan dorongan dari segi nasihat dan juga kewangan, iaitu En. Talib Bin Bulat dan juga Pn. R. Seripat Binti Tuan Kechik. Seterusnya ucapan setinggi-tinggi terima kasih ditujukan kepada penyelia dan juga penasihat utama penyelidikan ini, iaitu Cik Teo Miaw Lee yang telah bersama dan memberi nasihat dan cadangan serta rujukan dari peringkat permulaan kajian sehinggalah selesai. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan buat penasihat kedua penyelidikan ini iaitu Pn. Candida Jau Emang yang juga telah banyak membantu memberikan nasihat dan cadangan serta memandu saya dalam menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah Sinematografi (UNIMAS) yang lain Tutor Sinematografi (UNIMAS). Segala sumbangan serta didikan yang diberikan amatlah saya hargai. Dan akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada krew produksi Land Of Terror kerana membantu dan memberikan sepenuh daya dan tenaga dalam menjayakan penyelidikan ini. Ucapan ini juga turut ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. Segala pertolongan yang diberikan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

JADUAL KANDUNGAN Penghargaan Kandungan Senarai Jadual & Gambarajah Abstrak Abstract iii iv vi vii viii 1. BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Kajian 1 1.1 Latar Belakang Kajian 2 1.2 Filem Cult Berkonsepkan Artistic Expression 9 1.3 Pernyataan Masalah 11 1.4 Persoalan Kajian 12 1.5 Objektif Kajian 12 1.6 Kerangka Kajian 13 1.7 Kepentingan Kajian 15 2. BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.0 Definisi Filem Cult 16 2.0.1 Paracinema 17 2.0.2 B Movies 19 2.1 Karakteristik Filem Cult 20 2.1.0 Nostalgia 21 2.1.1 Production Design dan Karakter 21 2.1.2 Teknik 24 2.1.3 Kekejaman 26 2.1.4 Loose Ending 27 2.2 Definisi Filem Mainstream 27 2.3 Karakteristik Filem Mainstream 2.3.0 Production House 28 2.3.1 Promosi 29 2.3.2 Gaya dan Teknik 31 3. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 32 3.1 Kaedah Kualitatif 32 3.2 Analisa Kandungan 33 3.3 Dapatan Kajian 36 3.3.0 Filem Cult Mempengaruhi Penonton Sebagai Pengikut 36 3.3.1 Teknologi Media Mengembangkan Pengaruh

Filem Cult 38 3.3.2 Perkembangan Dan Pengaruh Karakteristik Filem Cult Pada Masa Kini 40 3.4 Analisa Filem 42 3.4.0 Pengenalan 42 3.4.1 Grindhouse 43 3.4.2 Pirates Of Carribean : The Curse of The Black Pearl 48 3.5 Perbezaan Di Antara Filem Grindhouse dan Filem Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl 52 4. BAB 4 PERBINCANGAN PROJEK TAHUN AKHIR 4.0 Pengenalan 54 4.1 Sinopsis 54 4.2 Pengaplikasian Kajian Ke Dalam Projek Tahun Akhir 55 4.3 Pre-Production 57 4.4 Production 57 4.5 Post-Production 59 4.6 Dapatan Kajian 59 4.7 Kelemahan Projek 60 4.8 Kekuatan Projek 5. BAB 5 RUMUSAN KAJIAN 4.0 Rumusan 62 Bibliografi Lampiran

SENARAI RAJAH, JADUAL DAN FIGURA Figura Filem Anemic Cinema (1926) Figura1-4 4 Figura Filem Etoile De Mer (1928) Figura 4-8 4 Figura Filem Emak Bakia (1927) Figura 8-12 5 Figura Filem Les Mysteres Du Chateau De Des (1928) Figura 12-16 6 Figura Filem Das Cabinet Des Dr. Caligari (1920) Figura16-20 7 Rajah 1 Kerangka Kajian 14 Figura Filem Written on the Wind (1956) Figura 21-24 18 Figura Filem Tout Va Bien (1973) Figura 25-28 18 Jadual 1 Persamaan dan Perbezaan Karakteristik Filem Cult dan Filem Mainstream 34 Jadual 2 Jadual Perbezaan 52 Figura 29 55

ABSTRAK ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT Mohd Rasyidi Bin Talib Kajian kontemporari ini adalah untuk mengenalpasti karakteristik yang terdapat dalam filem cult. Filem cult adalah sejenis filem yang terdiri daripada beberapa elemen, dan elemen ini akan membentuk dan seterusnya membolehkan sesebuah filem itu dilabelkan sebagai filem cult. Namun begitu terdapat juga sesetengah filem mainstream yang turut menggunakan elemen-elemen filem cult dari segi naratif, shot, karakter dan juga teknik penyuntingan, tetapi tidak semestinya filem mainstream itu berhak dilabelkan atau digolongkan ke dalam filem cult, contohnya filem Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl yang telah dilabelkan sebagai filem cult oleh sesetengah peminatnya. Bagi menyokong kenyataan ini, kaedah pengumpulan data dan analisa kandungan digunakan, iaitu dengan membandingkan dan mendapatkan persamaan serta perbezaan dari sudut karakteristik antara filem Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl dengan filem Grindhouse. Kajian ini juga bukan hanya berdasarkan penulisan sahaja, malah sebuah video pendek yang berjudul Land Of Terror yang mengaplikasikan karakteristik filem cult dihasilkan. Konsep yang diterapkan ke dalam video pendek ini adalah mengikut konsep artistic expression kerana, konsep artistic expression merupakan konsep asal filem cult diwujudkan. Konsep artistic expression merupakan satu konsep yang telah dibentuk dengan menggabungkan dua unsur iaitu, unsur surrealism dan juga dadaism. Video pendek ini juga mengaplikasikan beberapa karakteristik filem cult, seperti karakteristik nostalgia, teknik penyuntingan, karakter dan juga naratif. Secara umumnya, pengkaji akan dapat mengetahui apa yang dikatakan dengan filem cult dan juga filem mainstream, seterusnya membezakan filem cult dengan filem mainstream.

ABSTRACT ANALYZE ON CHARACTERISTICS OF CULT FILMS Mohd Rasyidi Bin Talib This dissertation is to identify the characteristics of a cult film. Cult film is a film that contains various elements and these elements help to identify and label a film as a cult film. Although there are a few mainstream films that uses cult elements in terms of narrative structure, shots, character and editing techniques, these mainstream films such as Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl cannot be label as a cult film. To support this study, data have been collected and content are analyzed in order to obtain the similarity and differences between these two movies which is Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl and Grindhouse. This study does not only based on research but a short video has been produced entitle Land of Terror in which characteristics of a cult film have been applied. Artistic expression concept is used as its concept as it is the fundamental concept of a cult film. Artistic expression concept is a concept that derives from two different elements which is surrealism and dadaism. The video Land of Terror applies various characteristic of a cult film such as nostalgic characteristic, editing techniques, character and narrative structure. In general, the researcher will be able to comprehend what has been labeled as a cult film and a mainstream film thus able to differentiate between a cult film and a mainstream film.

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Kajian Kajian ini adalah berkaitan dengan filem cult, di mana kajian ini akan mengkaji dan mengupas tentang karakteristik yang terdapat dalam filem cult melalui teori dan kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Selain itu juga kajian ini juga turut mengkaji tentang filem mainstream, kerana terdapat juga sesetengah filem mainstream yang dilabelkan sebagai filem cult oleh sesetengah penonton. Kajian ini akan membezakan antara filem cult dengan filem mainstream melalui karakteristik yang akan dikenalpasti. Filem cult adalah sejenis filem yang kurang dikenali terutamanya bagi mereka yang tidak atau kurang mempunyai pengetahuan tentang filem. Sesebuah filem cult akan hanya dikenali sebagai filem cult oleh pengikut atau penggemar filem cult. Kenyataan ini disokong oleh Hutchings (1995) : Clearly audiences were important. but did they bring anything to genres and other than particular knowledge and competence (to do with familiarity generic conventions) which enabled them to intepret genre film s correctly? (Hutchings, 1995)

Manakala filem mainstream pula adalah filem yang popular dan mendapat perhatian umum sebagaimana yang dijelaskan oleh Mark (2003). Kajian ini akan lebih menjurus kepada pencarian dan pengenalpastian karakteristik yang terdapat dalam filem cult dan juga filem mainstream. Kajian ini juga akan meneliti perkembangan filem cult dan juga perubahan melalui karakteristik. Pengkaji juga akan menggunakan karakteristik yang didapati dan melakukan pemerhatian terhadap perbezaan di antara filem mainstream dan juga filem cult, melalui analisa ke atas dua buah filem yang telah dipilih iaitu, Grindhouse (2007) filem cult arahan Robert Rodriguez dan juga filem mainstream yang dilabelkan sebagai filem cult oleh peminatnya iaitu Pirates Of Caribbean : The Curse of The Black Pearl (2003) arahan Gore Verbinski. 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut Mark (2003), filem cult wujud melalui filem eksperimental yang diasaskan oleh golongan avant garde aliran German Expressionism pada sekitar tahun 1920. Konsep filem eksperimental pada asasnya adalah bertujuan menentang atau menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap golongan pemerintah. Filem cult juga turut mempunyai konsep yang sama dengan filem eksperimental, tetapi filem cult wujud untuk menentang filem mainstream dengan membawa konsep artistic expression. Konsep artistic expression adalah satu konsep yang menentang seni tradisi. Sontag (1964), mengatakan bahawa seni tradisi adalah

sesuatu yang dibuat dan telah menjadi kebiasaan serta digunakan secara meluas. Manakala filem cult pula dilihat berada di luar kebiasaan. Rees (1999), menyatakan filem eksperimental dipengaruhi oleh unsur-unsur surrealism dan dadaism. Antara unsur-unsur surrealism yang dimuatkan ke dalam filem eksperimental adalah seperti montaj yang melampau. Montaj yang melampau memuatkan imej serta visual yang boleh mengejutkan, menakutkan dan juga memualkan penonton, contohnya melalui visual yang terlalu ganas serta kejam. Selain itu juga, montaj yang digunakan dalam menyampaikan mesej juga terlalu simbolik dan sukar untuk difahami. Antara contoh filem yang mengandungi unsur-unsur surrealism adalah seperti Anemic Cinema (1926) dan Etoile De Mer (1928). Figura filem Anemic Cinema (1926) : Figura 1 Figura 2 Figura 3 Figura 4

Figura filem Etoile De Mer (1928) : Figura 5 Figura 6 Figura 7 Figura 8 Manakala dadaism pula berpegang kepada satu konsep, iaitu menentang. Konsep dadaism adalah menentang apa yang kebiasaanya dilakukan iaitu seni tradisi, dan ianya diterapkan dalam bentuk ilusi atau visual yang yang menggambarkan abstrak yang mengandungi ciri-ciri puitis. Dadaism dilihat lebih ke arah manifesto atau pun propaganda. Contoh filem yang menggunakan konsep dadaism adalah seperti Emak Bakia (1927) dan Les Mysteres Du chateau De Des (1928) dan Refer Madness (1936).

Figura filem Emak Bakia (1927) : Figura 9 Figura 10 Figura 11 Figura 12 Figura filem Les Mysteres Du Chateau De Des (1928) : Figura 13 Figura 14 Figura 15 Figura 1

Menurut Elsaessar (1989), konsep artistic expression telah menjadikan filem cult sebagai satu seni sinema yang baru. Konsep ini juga bertujuan untuk menentang filem mainstream. Golongan yang berpegang dengan konsep artistic expressionism menganggap bahawa filem mainstream gagal dalam membawa seni melalui sinema. Konsep artistic expression yang dibawa oleh golongan ini memerlukan sokongan bagi mendapatkan status seni melalui pengikutnya. Filem pertama yang dilabelkan sebagai filem cult adalah filem Das Cabinet Des Dr. Caligari (1920). Figura filem Das Cabinet Des Dr. Caligari (1920) : Figura 17 Figura 18 Figura 19 Figura 20

Golongan ini juga menggunakan filem cult bagi mendapatkan sokongan untuk mengangkat konsep artistic expression yang dibawa sebagai salah satu seni dalam sinema. make the respectable for bourgeois audiences, and give it the status of art. (Elsaessar, 1989) Kajian ke atas filem cult telah bermula pada lewat 1920, dan mereka yang memulakan kajian ini adalah berasal daripada Frankfurter School di Jerman seperti Theodor Adorno, Siegfried Kracauer dan Walter Benjamin. Mereka yang berasal dari Frankfurter School telah menganggap bahawa filem cult sebagai satu filem yang membawa unsur negatif, di mana unsur negatif yang terdapat dalam filem cult boleh mempengaruhi penonton. Ini membezakan filem cult dengan filem mainstream. Pada tahun 1930 sehingga tahun 1960, pengkritik filem Amerika seperti Harry Allan Potamkin, James Agee, Robert Warshaw, Parker Tyler dan Andrew Sarris pula mendapati bahawa filem cult berbeza dengan filem mainstream, berdasarkan nilai estetika yang dibawa dan bukannya melalui unsur negatif yang terdapat dalam filem cult. Nilai estetika yang terdapat melalui filem cult adalah menerusi kekejaman, percikan darah dan daging, keganasan, karakter yang abnormal (zombi) serta naratif.

Di Perancis pula, pada lewat tahun 1950, pengkritik filem melihat filem cult merupakan satu konsep. Pengkritik filem Perancis melihat filem cult membawa konsep yang berunsurkan keganasan. Pada lewat tahun 1970 pula, kajian ke atas filem horror mula meluas, dan didapati bahawa filem horror adalah sebahagian daripada filem cult. Namun begitu, Pierre Bourdieu s yang merupakan pengkritik filem dan juga penulis buku bagi filem cult dan horror menafikan kenyataan itu dan menyatakan bahawa filem cult tiada kaitan dengan filem genre horror. Kajian ke atas filem cult di institusi pengajian tinggi oleh golongan intelektual pula bermula pada tahun 1990 di Amerika. Tiga buah universiti yang memulakan kajian ke atas filem cult iaitu University of Texas, Austin, University of California, Berkeley dan juga University of Wisconsin. Filem cult mula dijadikan sebagai satu pengajian akademik dalam peringkat universiti. Kemudian pada tahun 2000, konferens mula diadakan bagi membincangkan dan mendebatkan perkara yang berkaitan dengan filem cult dalam kalangan golongan intelektual, profesional dan juga pengkritik filem. Konferens yang pertama adalah Cult Movies Conference yang diadakan di Nottingham pada tahun 2000. Bermula daripada konferens ini, beberapa konferens lagi turut diadakan contohnya Born to Be Bad Trash Cinema Conferences di Berkeley pada tahun 2002 dan 2003, dan juga Cine-Excess International Cult Films Conferences di London pada tahun 2007. Konferens ini membincangkan serta mendebatkan

perkara yang berkaitan tentang filem cult sama ada melalui teori mahu pun praktikal. 1.2 Fil em Cult Berkonsepkan Aritistic Expression Pada awal kewujudan filem cult pada sekitar tahun 1920, ianya wujud dengan membawa konsep artistic expression. Konsep artistic expression merupakan satu konsep yang lahir daripada konsep filem eksperimental dan diwujudkan dengan gabungan dua unsur, iaitu surrealism dan dadaism. Wheeler dan Audrey (2002), menyatakan bahawa konsep ini merupakan satu konsep yang berlainan dan menentang konsep yang diguna pakai oleh umum, iaitu merujuk kepada filem mainstream. Dixon dan Foster juga turut menyatakan, mereka yang berpegang dengan konsep ini, akan menghasilkan visual yang mempunyai nilai estetik menerusi gaya penyampaian kreatif seseorang pembikin filem itu sendiri. Gaya yang dimaksudkan adalah melalui naratif, idealogi, konsep, visual dan juga teknik penyuntingan. properties of the cinematic medium were always an aesthetic consideration. (Dixon & Foster, 2002) Mereka yang berpegang dengan konsep artistic expression juga bukan hanya menentang seni tradisi atau seni konvensional sahaja, malahan unsur dadaism yang diterapkan ke dalam filem cult juga turut digunakan sebagai medium dalam meluahkan ketidakpuasan hati pembikin filem terhadap sesuatu perkara. Perkara ini berkait rapat dengan konsep art film. Hunter (2002), menyatakan bahawa art film

membawa nilai estetik dalam filem dengan sesuatu yang berlainan. Nilai estetik yang diterapkan melalui art film adalah dengan subteks yang mendalam dan juga secara simbolik. Contohnya, sesetengah artis (pembikin filem) melihat dan menganggap bahawa tubuh manusia mempunyai nilai seni dan juga nilai estetik, maka wujud filem yang menonjolkan serta mendedahkan bahagian sulit manusia. Bagi pembikin filem atau mereka yang berpegang dengan konsep artistic expression, perkara ini dilihat sebagai satu seni atau pun nilai estetik dalam filem, namun begitu bagi mereka yang sebaliknya menganggap bahawa perkara ini bersifat keterlaluan. expressionist art primarily as a kind of aesthetic oppational strategy (Murphy, 1999) Pernyataan Murphy di atas adalah merujuk kepada stail dan gaya pembikin filem yang berkonsepkan artistic expression dari segi teknikal. Filem yang berkonsepkan artistic expression juga turut menitikberatkan cara medium (filem cult) disampaikan, iaitu berkenaan dengan teknikal. Konsep artistic expression telah menghasilkan cara dan gaya penyampaian secara kreatif, contohnya dutch angle, low key-lighting, composition in depth dan juga intense zoom. Jika dilihat dari segi teknik penyuntingan pula, Dixon dan Foster (2002) menyatakan bahawa konsep artistic expression telah membawa satu pembaharuan. Teknik penyuntingan yang dilahirkan oleh konsep artistic expression adalah seperti fast cut, non-linear serta memuatkan imej atau visual yang mempunyai abstrak dan mesej.

1.3 Pernyataan Masalah Walaupun terdapat beberapa teori yang telah menggariskan karakteristik filem cult namun begitu, tidak semestinya filem cult sahaja yang berhak menggunakan atau mengaplikasikan karakteristik itu. Terdapat juga sesetengah filem mainstream yang turut menggunakan karakteristik filem cult. Dan, selain itu pengkaji juga mendapati bahawa terdapat juga sesetengah filem mainstream yang dilabelkan sebagai filem cult oleh penonton atau peminat filem itu, contohnya seperti filem Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl (2003). Pengkaji sama sekali tidak setuju dengan pernyataan bahawa filem Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl (2003) digolongkan dalam filem cult oleh sesetengah peminat. 1.4 Persoalan Kajian Persoalan yang timbul dalam kajian ini adalah, bagaimana karakteristik filem cult mampu membuatkan sesebuah filem itu dilabelkan atau mendapat status sebagai filem cult. 1.5 Objektif Kajian i. Mengenalpasti definisi filem cult dan juga filem mainstream. ii. Membezakan karakteristik filem cult dengan karakteristik filem mainstream melalui pemerhatian ke atas dua buah filem iaitu : a. Filem cult : Grindhouse (2007) arahan Robert Rodriguez.

b. Filem mainstream yang dilabelkan sebagai filem cult oleh sesetengah peminat : Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl (2003) arahan Gore Verbinski. iii. Mengaplikasi karakteristik filem cult ke dalam produksi filem pendek. 1.6 Kerangka Kajian Dalam kajian ini, satu rangka kajian diperlukan bagi memandu kajian ini supaya lebih menjurus kepada tujuan dan matlamat kajian. Justeru, Rajah 1 telah dibentuk bagi menilai karakteristik filem cult. Kajian ini adalah berdasarkan teori dan teks serta analisa filem. Pada peringkat permulaan, pengkaji akan medapatkan informasi daripada bahan bacaan atau sebarang bentuk teks yang menyatakan karateristik yang terdapat dalam filem cult dan juga filem mainstream. Seterusnya, pengkaji akan menganalisa dua buah filem sebagai bahan kajian dalam bentuk visual iaitu filem cult, Grindhouse (2007) dan juga filem mainstream yang dilabelkan oleh penonton sebagai filem cult, iaitu Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl (2003). Analisa filem ini akan merujuk kembali dengan karakteristik yang akan didapati dan seterusnya akan membezakan kedua-dua buah filem ini. Seterusnya pengkaji akan cuba membuktikan bahawa filem iaitu Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl (2003), adalah bukan filem cult melalui karakteristik yang akan dikaji.

Kemudian, pengkaji akan meneruskan kajian ini dengan menggunakan kaedah metodologi. Kaedah ini akan menganalisa dapatan atau informasi yang telah dikumpul melalui proses yang dilakukan sebelumnya. Selepas itu, pengkaji akan mengadakan satu cerita pendek, di mana cerita itu akan berlandaskan maklumat yang telah diperoleh melalui proses sebelumnya. Pada peringkat akhir, pengkaji akan memperolehi keputusan atau dapatan kajian. Kerangka kajian :

1.7 Kepentingan Kajian Kepentingan kajian ini adalah untuk mengetahui karakteristik yang terdapat dalam filem cult serta filem mainstream dan juga definisi filem cult dan filem maistream. Selain itu juga, pengkaji akan dapat memahami dengan lebih lanjut berkaitan dengan filem cult. Pengkaji juga akan dapat membuktikan bahawa filem Pirates of Carribean : The Curse of The Black Pearl (2003) adalah bukan golongan filem cult. Melalui kajian ini, pengkaji akan mampu menghasilkan produk akhir iaitu sebuah video pendek dengan menggunakan informasi yang didapati. Selain itu juga, kajian ini diharapkan dapat membantu mengetengahkan filem cult kepada umum serta memperkenalkan filem cult mengenai konsep dan idealoginya. Industri perfileman negara juga boleh menghasilkan filem cult melalui landasan yang betul dengan gaya dan kraetiviti yang tersendiri.