Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

Similar documents
INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

Hong Leong Personal Financing-i Date : 1. What is this product about?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AKTIFKAN AME2019 TERMS AND CONDITIONS

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Guardian Go Cashless, Get Rewarded Campaign ( Promosi ) Terma-terma & Syarat-syarat

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Football Fiesta 2018 TERMA DAN SYARAT

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Chapter 3 Internship Activities

YURAN DAN BANTUAN SEBAGAI ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROMOSI NESTLÉ WOW WOW ANG POW! TERMA DAN SYARAT

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

How to Produce & Transform?

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

EKSPRESI BUDAYA TRADISIONAL DALAM ERA DUNIA TANPA SEMPADAN: CABARAN TERKINI I. Hashim Awang

TEORI SEMIOTIK PEIRCE DAN MORRIS: SATU PENGENALAN KAEDAH ANALISIS SASTERA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

INSTRUCTION: This section consists of FOUR [4] structured questions. Answer ALL questions.

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

Strategi dan Struktur Kesantunan Melayu dalam Kritikan Mentor: Rancangan Realiti Televisyen

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 5, Issue 1 (2016) 39-46

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

BOOK REVIEW OF PANGGIL AKU KARTINI SAJA WRITTEN BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

Konflik Semiotik dan Simbolik dalam Hubungan Ibu dan Anak Perempuan dalam Filem Seram Kontemporari Melayu: Kajian Kes Filem Senjakala

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Transcription:

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris Mastura binti Mohd Zain Institut Kefahaman Islam Malaysia ABSTRAK Elemen balasan merupakan salah satu elemen untuk sesuatu kontrak itu menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan undang-undang. Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal. Definisi balasan (consideration) adalah harga yang dibayar oleh pihak yang menerima janji kepada pihak pembuat janji. Terdapat beberapa jenis balasan seperti balasan eksekutori, balasan, balasan tersempurna dan balasan lampau. Kertas ini cuba melihat sejauh mana perbezaan balasan dalam undang-undang Malaysia dan undang-undang Inggeris terutamanya berkenaan balasan lampau dan samada balasan perlu datang daripada penerima janji. Ini kerana terdapat perbezaan berkenaan kedua-dua perkara tersebut antara undang-undang Malaysia dan undang-undang Inggeris. Pengenalan Umumnya, terdapat beberapa elemen dalam sesebuah kontrak iaitu; tawaran, penerimaan, balasan, niat, keupayaan, ketentuan dan kerelaan. Balasan adalah sesuatu yang mempunyai nilai di sisi undang-undang dan ia menjadi asas kepada persetujuan yang dicapai. Balasan boleh dilihat seolah suatu tawaran; ataupun harga yang perlu dibayar oleh satu pihak untuk membeli suatu janji atau perbuatan pihak yang lain. Suatu janji kosong, yakni yang diberikan tanpa apa-apa balasan adalah tidak mengikat. Ia tidak diberikan sebagai sebahagian daripada kontrak.(wt Major1992: 42) Definisi klasik boleh didapati dalam kes Currie v Misa (1875) iaitu balasan yang bernilai terdiri dari sama ada dalam bentuk hak, kepentingan, keuntungan atau faedah yang terakru kepada satu pihak atau apa-apa ketidaklakuan, kebencanaan, atau tanggungjawab yang diberikan, dialami atau diakujanji oleh pihak yang satu lagi. Definisi yang lebih senang difahami adalah dinyatakan dalam Pollock on Contracts, edisi ke 13, m.s.. 133 iaitu bahawa Suatu perbuatan atau ketidaklakuan oleh satu pihak, atau janjinya itu adalah merupakan harga bagi janji pihak yang satu lagi dan dengan itu janji yang diberikan untuk nilai itu adalah berkuatkuasa. Definisi oleh Pollock ini telah diterima oleh House of Lords dalam Dunlop v Selfridge (1915). Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa balasan adalah batal kecuali termasuk dalam salah satu kategori yang terdapat dalam senarai yang dikecualikan dalam seksyen ini. Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 memberi takrif balasan: Menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu. Terdapat tiga jenis balasan yang boleh dikuatkuasakan iaitu: 523

(i) (ii) (iii) Balasan eksekutori, iaitu balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan. Ia merupakan harga yang dijanjikan sebagai pulangan kepada janji pihak yang satu lagi. Contohnya, A bersetuju menjual keretanya kepada B, dan B berjanji akan membayar RM 25,000 apabila A menghantar kereta tersebut kepadanya. Janji kedua-dua pihak belum dilaksanakan, tetapi akan dialksanakan pada masa akan datang. Balasan tersempurna adalah janji atau balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum janji atau balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan. Apabila perbuatan yang merupakan balasan itu telah sempurna dilakukan, balasan tersebut disifatkan sebagai tersempurna. 1 Contohnya: A berjanji akan memberikan hadiah kepada RM 200 kepada sesiapa yang memulangkan kucingnya yang hilang. B menjumpai kucing tersebut dan memulangkannya kepada A. Tindakan B memulangkan kucing tersebut adalah suatu balasan tersempurna di pihak B, manakala balasan di pihak A adalah dengan membayar wang hadiah RM 200 kepada B. Manakala balasan lepas atau balasan lampau pula adalah balasan atau perbuatan yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji dibuat bagi membalas perbuatan yang telah dilakukan itu. Balasan Lampau Contohnya: A menyelamatkan B daripada dilanggar oleh sebuah kereta. B kemudiannya berjanji akan memberikan A sebuah televisyen sebagai ganjaran. Perbuatan A menyelamatkan B merupakan balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum B membuat janji. a) Undang-undang Malaysia Seperti yang disebut tadi, balasan lepas atau balasan lampau pula adalah balasan atau perbuatan yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji dibuat bagi membalas perbuatan yang telah dilakukan itu. Balasan lampau adalah balasan yang sah dalam undangundang Malaysia. Seksyen 2 (d) Akta Kontrak 1950 menyebut, menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu. Seksyen 2(d) merujuk kepada perbuatan yang telah dilakukan atas kehendak pembuat janji sebelum sesuatu janji itu dibuat. Perkataan telah dalam Seksyen 2(d) menunjukkan bahawa walaupun sesuatu tindakan itu dilakukan sebelum sesuatu janji diucapkan, tindakan itu boleh menjadi balasan yang sah jika ia dilakukan atas kehendak pembuat janji. (Beatrix Vohrah, Wu Min Aun 1991: 30) Kes: Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn A.E. Schidmt & Majorie Schidmt [1968] 1 MLJ 170 Schidmt telah membantu menubuhkan Syarikat Kepong Prospecting Ltd dan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan. Selepas penubuhan syarikat, satu perjanjian telah dibuat di mana syarikat bersetuju membayar Schidmt 1% daripada harga jualan semua bijih yang didapati 1 Pihak yang membuat tuduhan perlanggaran kontrak mesti menunjukkan yang ia telah memberi balasan: umumnya pihak ini ialah plaintif tetapi jika defendan membuat tuntutan balas kerana perlanggaran kontrak iaitu jika ia menuduh plaintif melanggar kontrak maka ia mesti membuktikan yang ia, defendan telah memberikan balasan. 524

daripada lombong tersebut sebagai balasan kepada segala khidmat yang telah diberikan oleh Schidmt bagi pihak dan atas nama syarikat sebelum dan selepas penubuhannya dan bagi khidmat-khidmat yang akan datang. Tidak lama selepas itu, perselisihan berlaku dan Schidmt membuat tuntutan berdasarkan perjanjian tersebut. Keputusan: Tiada khidmat yang boleh diberi kepada syarikat yang belum ditubuhkan dan syarikat tidak terikat untuk membayar khidmat yang diberi sebelum tarikh penubuhannya. Namun begitu, bagi khidmat yang dilakukan selepas penubuhan syarikat tetapi sebelum perjanjian dibuat boleh menjadi balasan yang sah walaupun hal itu adalah perbuatan yang telah lepas. Bagaimanapun, Seksyen 2(d) tidak meliputi kesemua kes balasan lampau. (Beatrix Vohrah, Wu Min Aun 1991: 30) Justeru terdapatnya Seksyen 26 (b) Akta Kontrak 1950. [walaupun kita dapati mahkamah telah memberikannya maksud yang agak sempit]. Kita dapati seksyen 26 (b) Akta Kontrak tidak memberi makna sukarela justeru Hakim Suffian J dalam kes J.M. Wotherspoon & Co.Ltd lawan Henry Agency House [1962] MLJ 86 telah menggunakan makna yang terdapat dalam Shorter Oxford Dictionary sebagai, perbuatan yang telah dilakukan oleh seseorang secara sukarela dengan sendiri atau pilihannya, tidak terpaksa, didesak atau cadangan oleh orang lain. Oleh itu, jika X menyelamatkan harta Y daripada kerosakan sementara Y tiada dan kemudian Y berjanji untuk memberi X sesuatu kerana membantunya, janji itu akan dapat dituntut X di bawah Seksyen 26 (b) ini. Seksyen 26 Illustrasi (c) memberi contoh bahawa balasan lampau merupakan balasan yang sah. Ia menyebut: A terjumpa dompet B dan memberikannya kepada B. B kemudian berjanji untuk memberi wang sebanyak RM 50 kepada A. Ini adalah suatu kontrak. Apabila sesuatu perbuatan itu telah dilakukan atas kehendak pemberi janji, maka undangundang yang lebih sesuai adalah seksyen 2 (d) Akta Kontrak yang disebut tadi. Samada sesuatu perbuatan itu akan dikira sebagai sukarela yang terdapat dalam seksyen 26 (b) telah dinilai dalam kes JM Wotherspoon & Co. Ltd v Henry Agency House. Fakta kes: Telah berlaku perbalahan antara syarikat Malaysia dan syarikat Inggeris di mana kedua-duanya telah bertindak sebagai agen untuk pelbagai produk. Syarikat Malaysia tersebut akan mencari pelanggan dan akan memberitahu syarikat Inggeris yang kemudiannya akan mencari penjual. Apabila jualan sudah dilaksanakan, syarikat Malaysia akan menerima komisen. Dalam kes ini, syarikat Malaysia tersebut telah menguruskan seorang pembeli untuk perniagaan konfeksi dan syarikat Inggeris telah mencari seorang penjual. Apabila timbul masalah syarikat Inggeris tersebut telah mengambil tindakan terhadap syarikat Malaysia atas kerugian yang terpaksa ditanggungnya akibat tidak mendapat bayaran daripada pembeli. Mahkamah Tinggi mendapati terdapat janji yang dibuat oleh defendan untuk memberi pampasan kepada plaintif tetapi janji ini tidak beserta balasan justeru ia hanya akan dapat dilaksanakan jika, mengikut perkataan dalam Seksyen 26 (b): Ia merupakan suatu perjanjian untuk memberi pampasan samada keseluruhan atau sebahagiannya, seseorang yang telah melakukan sesuatu secara sukarela untuk pemberi janji. Persoalan dalam kes ini adalah samada syarikat Inggeris tersebut (plaintif) telah melakukan sesuatu secara sukarela untuk pihak defendan. Dalam kes ini, plaintif telah bertindak atas cadangan defendan, oleh itu perbuatannya tidak boleh dikatakan sebagai sukarela. 525

Justeru, janji yang dibuat oleh syarikat defendan untuk memberi pampasan kepada plaintif bukanlah kontrak yang boleh dikuatkuasakan di bawah seksyen 26 (b) Akta Kontrak. Dalam kes Leong Huat Sawmill (Pte) Ltd lwn Lee Man See [1985] 1 MLJ 47, Mahkamah Persekutuan telah menolak tuntutan responden untuk gaji tambahan di bawah perjanjian untuk membawa keluar balak antaranya kerana; janji untuk membayar gaji tidak disokong oleh sebarang balasan. Hujah responden bahawa janji tersebut termasuk di bawah seksyen 26 (b) telah juga ditolak oleh Mahkamah. b) Undang-Undang Inggeris Menurut undang-undang Inggeris, balasan lampau tidak boleh dianggap sebagai balasan yang sah : Kes: Re McArdle [1951] M dan isterinya tinggal di dalam sebuah rumah pusaka peninggalan bapa M. Selain daripada M, abang-abang dan kakak-kakaknya juga mempunyai hak k etas rumah tersebut. Semasa ibu M masih hidup, isteri M telah membuat pelbagai kerja baik pulih ke atas rumahtersebut yang keseluruhannya bernilai 488 pound. Defendan (kakak-kakak dan abang-abang M) telah berjanji secara bertulis untuk membayar pampasan kepada plaintif (isteri M). Perjanjian tersebut adalah tidak sah memandangkan balasan daripada isteri M merupakan balasan lampau. Bagaimanapun terdapat pengecualiandalam hal ini yakni, jika tindakan yang dilakukan oleh penerima janji itu adalah pada asalnya atas kehendak pembuat janji, maka ia akan menjadi balasan yang sah dan bernilai. Ini kita dapat lihat dalam kes Lampleigh lwn Brathwait. Kes: Lampleigh lwn Brathwait (1615) Defendan yang telah dijatuhi hukuman mati, meminta bantuan plaintif untuk mendapatkan pengampunan daripada raja atas kesalahan yang telah dia lakukan. Plaintif berusaha sedaya upayanya berulang alik dari New Market ke London dengan belanjanya sendiri dan akhirnya berjaya memperoleh pengampunan bagi defendan. Defendan kemudiannya berjanji akan membayar 100 pound kepada plaintif tetapi gagal membayar. Plaintif menyaman defendan. Keputusan: Walapupun janji itu dibuat berdasarkan kepada balasan lampau daripada plaintif, tetapi kerana perbuatan itu dilakukan atas kehendak defendan, maka wujud kontrak yang sah. Defendan terikat untuk menunaikan janjinya itu. Kes ini membezakan antara perbuatan yang dilakukan oleh penerima janji atas kehendak pembuat janji daripada hanya perbuatan sukarela. Jika suatu perbuatan itu adalah atas kehendak pembuat janji maka ia adalah kontrak yang sah dalam undang-undang Inggeris, walaupun janji itu dibuat berdasarkan balasan yang lampau. Lord Scarman dalam kes Pau On v Lau Yin Long [1980] telah memberikan kaedah moden di mana sesuatu perbuatan lampau boleh dikira sebagai sah jika perbuatan itu telah dilakukan: a) di atas kehendak penjanji (seperti kes Lampleigh v Braithwaite [1615] ); b) di atas persefahaman bahawa bayaran akan dibuat (seperti kes Re Casey s Patents [1892] ) Fakta kes: Pemilik sebuah paten telah berjanji untuk membayar seseorang yang telah melakukan tugas sebagai pengurus yang dia akan diberi satu pertiga saham dalam hak paten tersebut. Keputusan: Perbuatan lepas pengurus tersebut boleh dianggap sebagai suatu implikasi bahawa semasa tugasan tersebut dijalankan; ia seharusnya diberi bayaran. 526

c) bayaran tersebut akan menjadi sebuah kontrak jika ia telah dijanjikan terlebih dahulu, maka janji yang dibuat selepas daripada perbuatan itu boleh dikuatkuasakan. (Routledge-Cavendish Law Cards Series 2009:24) Justeru, kita dapati undang-undang Inggeris memberi pengecualian kepada prinsip balasan lampau jika perbuatan yang telah dilakukan oleh penerima janji adalah atas kehendak pembuat janji, maka ia adalah kontrak yang boleh dikuatkuasakan. Bagaimanpun, seperti yang kita lihat, undang-undang Malaysia seksyen 26 (b) Akta Kontrak 1950, mengiktiraf balasan lampau bukan hanya apabila perbuatan itu dibuat atas kehendak pembuat janji, tetapi ia pergi lebih jauh lagi dengan mengatakan, jika perbuatan yang telah dilakukan oleh penerima janji itu adalah dibuat secara sukarela; bukan terpaksa atau atas desakan mahupun cadangan sesiapa; maka balasan lampau juga akan dikira sah dan boleh dikuatkuasakan. Balasan tidak sememestinya datang daripada penerima janji a) Undang-Undang Malaysia Di bawah undang-undang Malaysia, balasan tidak semestinya daripada penerima janji. Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950: Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu. Perkataan siapa sahaja menunjukkan bahawa balasan bukan sahaja boleh diberi oleh penerima janji, tetapi boleh juga diberi oleh sesiapa sahaja walaupun pihak tersebut tidak terlibat di dalam kontrak tersebut dalam kes: Venkata Chinnaya lwn Verikatara ma ya (1881) I.L.R. 4 Mad.137 di mana undnag-undangnya sama dengan seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950. Seorang kakak bersetuju untuk memberi bayaran anuiti berjumlah Rs653 kepada adik-adik lelakinya yang tidak memberikan apa-apa balasan kepada janji kakak mereka itu. Pada hari yang sama, ibu mereka telah memberikan kepada si kakak beberapa bidang tanah dan menyatakan bahawa kakak mestilah membayar anuiti tersebut. Kakak tersebut kemudiannya telah didakwa oleh adik-adiknya kerana dia gagal membayar. Keputusan: Kakak tersebut mesti menunaikan janjinya walaupun balasan datang daripada ibu mereka dan bukan daripada adik-adiknya. b) Undang-Undang Inggeris Orang luar yang tidak memberi balasan tidak boleh membuat tuntutan di bawah kontrak. Sebarang tindakan kerana perlanggaran kontrak mestilah dibawa oleh pihak yang memberi balasan. 2 Mengikut undang-undang Inggeris, balasan mestilah datang daripada penerima janji itu sendiri dan bukannya daripada orang lain. Ini berdasarkan priviti kontrak yang menyatakan bahawa, seseorang yang tidak terlibat di dalam kontrak tidak mempunyai hak untuk mendakwa atau menguatkuasakan kontrak tersebut. Doktrin priviti kontrak mengatakan bahawa hanya mereka yang terlibat dalam sesuatu kontrak sahaja yang boleh disaman. 3 Ini telah dinyatakan dalam kes: Kes Dunlop Pneumatic Tyre Co. v Selfridge & Co. [1915] 2 Peraturan ini adalah berkaitan dengan doktrin priviti kontrak tetapi mestilah dibezakan daripadanya. 3 Terdapat satu Akta dalam undang-undang Inggeris di mana orang ketiga boleh mengambil tindakan [Contracts (Rights of Third Parties ) Act 1999] 527

Dew & Co di atas undangan Dunlop, telah meletakkan harga minima bagi jualan semula dalam kontrak dengan Selfridge. Kes diputuskan : Dunlop tidak boleh menyaman Selfridge bagi tindakan ingkar kontrak kerana mereka bukan terlibat dalam kontrak tersebut; juga kerana mereka tidak memberi sebarang balasan kepada Selfridge. Dalam kes ini, Lord Haldane menyatakan bahawa kedua-dua prinsip itu adalah merupakan prinsip-prinsip yang asasi. Doktrin priviti kontrak ini dikaitkan rapat dengan undang-undang bahawa balasan mestilah datang daripada penerima janji. Kes: Price lwn Easton (1833) William Price berhutang dengan John Price (plaintif) sebanyak 13 pound. William Price bersetuju untuk bekerja dengan Easton (defendan) di mana Easton bersetuju menggunakan wang gaji William Price bagi menjelaskan hutang William Price kepada John Price. Walaupun William Price bekerja untuknya, Easton tidak menjelaskan hutang William Price kepada John Price. Keputusan: John Price tidak boleh menyaman Easton untuk mendapatkan wang gaji William Price memandangkan ketiadaan balasan daripada John Price dan dengan itu tiada kontrak yang boleh dikatakan mengikat mereka. Bibliografi Beatrix Vohrah & Wu Min Aun, 1991, The Commercial Law of Malaysia, Selangor: Longman Malaysia Sdn Bhd. David Oughton & John Lowry, 2000, Textbook on Consumer Law Second Edition, Oxford, Oxford University Press. Iwan Davies, 1992, Textbook on Commercial Law, London, Blackstone Press Limited. John Cooke & David Oughton, 1993, The Common Law of Obligations, London, Butterworths. J.C. Smith, 1992, The Law of Contract, London, Sweet & Maxwell Limited. Jo Reddy & Howard Johnson, 2009, Commercial Law 2009-2010 Q & A, Great Britain, Routledge- Cavendish. Mohamad Shariff Abu Samah, 1994, Undang-Undang dan Perlindungan Pengguna, Kuala Lumpur, Golden Books Centre Sdn Bhd. Peter Gillies, 2004, Business Law, Australia, The Federation Press. Routledge-Cavendish Law Cards Series, 2009, Contract Law sixth edition, Great Britain, Routledge-Cavendish. Ronald Walker & Richard Ward, 1992, English Legal System Seventh Edition, London, Butterworths. Robert Bradgate, Fidelma White & Steven Fennell, 1994, Commercial Law, London, Blackstone Press Limited. Richard Stone, 2009, Contract Law 2009-2010 Q & A, Great Britain, Routledge-Cavendish. W T Major, 1992, Undang-Undang Kontrak, Kuala Lumpur, International Law Book Services. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, kita dapati bahawa terdapat sedikit perbezaan antara undang-undang Malaysia dan Inggeris tentang balasan lampau. Undang-undang Malaysia mengiktiraf balasan lampau bukan hanya setakat jika perbuatan yang telah dilakukan atas kehendak pembuat janji sebelum sesuatu janji itu dibuat. (Seksyen 2(d)). Malah terdapat pula Seksyen 26 (b) Akta Kontrak 1950 yang mengatakan jika perbuatan yang telah dilakukan oleh penerima janji itu adalah dibuat secara sukarela, maka balasan lampau adalah dikira suatu kontrak yang boleh dikuatkuasakan. 528

Walau bagaimanapun, undang-undang Inggeris mengikitiraf balasan lampau hanya jika perbuatan yang telah dilakukan oleh penerima janji adalah atas kehendak pembuat janji sahaja. Walaupun pendekatan moden telah menggariskan beberapa kaedah di mana perbuatan lampau boleh dikira sebagai sah, namun ia tidak sampai ke tahap perbuatan yang dibuat secara sukarela seperti yang terdapat dalam undang-undang Malaysia. Di bawah undang-undang Malaysia pula, kita telah melihat bahawa balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji. Walau bagaimanapun, mengikut undang-undang Inggeris balasan mestilah datang daripada penerima janji itu sendiri dan bukannya daripada orang lain. Ini adalah berdasarkan priviti kontrak di mana seseorang yang tidak terlibat di dalam kontrak tidak mempunyai hak untuk mendakwa atau menguatkuasakan kontrak tersebut. Rujukan Beatrix Vohrah & Wu Min Aun, 1991, The Commercial Law of Malaysia, Selangor: Longman Malaysia Sdn Bhd. David Oughton & John Lowry, 2000, Textbook on Consumer Law Second Edition, Oxford, Oxford University Press. Iwan Davies, 1992, Textbook on Commercial Law, London, Blackstone Press Limited. John Cooke & David Oughton, 1993, The Common Law of Obligations, London, Butterworths. J.C. Smith, 1992, The Law of Contract, London, Sweet & Maxwell Limited. Jo Reddy & Howard Johnson, 2009, Commercial Law 2009-2010 Q & A, Great Britain, Routledge- Cavendish. Mohamad Shariff Abu Samah, 1994, Undang-Undang dan Perlindungan Pengguna, Kuala Lumpur, Golden Books Centre Sdn Bhd. Peter Gillies, 2004, Business Law, Australia, The Federation Press. Routledge-Cavendish Law Cards Series, 2009, Contract Law sixth edition, Great Britain, Routledge-Cavendish. Ronald Walker & Richard Ward, 1992, English Legal System Seventh Edition, London, Butterworths. Robert Bradgate, Fidelma White & Steven Fennell, 1994, Commercial Law, London, Blackstone Press Limited. Richard Stone, 2009, Contract Law 2009-2010 Q & A, Great Britain, Routledge-Cavendish. W T Major, 1992, Undang-Undang Kontrak, Kuala Lumpur, International Law Book Services. 529