Terapi Seni Ekspresif Sebagai Intervensi Kaunseling Dalam Memangkinkan Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

KEBERKESANAN MODUL KAUNSELING PEMULIHAN TERHADAP MASALAH PSIKOSOSIAL ORANG KURANG UPAYA (OKU) FIZIKAL AKIBAT KEMALANGAN

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BUKU ILMIAH UNTUK GOLONGAN ISTIMEWA: KAJIAN KES DI PENERBIT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

Kata Kunci: Reka Bentuk Sejagat (RBS), Taman Permainan, Orang Kurang Upaya (OKU), Pereka bentuk Produk.

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 2, Issue 1, (page 54-65), Md Jais Bin Ismail 1 1 Universiti Putra Malaysia

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

How to Produce & Transform?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPIRAL OF SILENCE THEORY

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

IDEA TEMPATAN DALAM CATAN ABSTRAK Suzlee Ibrahim 1 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

REKA BENTUK VISUAL 01/10/2013. Konsep dan Fungsi Visual

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

Konflik Semiotik dan Simbolik dalam Hubungan Ibu dan Anak Perempuan dalam Filem Seram Kontemporari Melayu: Kajian Kes Filem Senjakala

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

PUJIAN DALAM KRITIKAN: ANALISIS BENTUK DAN STRATEGI KESANTUNAN

Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

16 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.26, JUL 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE INFLUENCE OF HUMOUR ON CREATIVE THINKING WONG HONG CHENG FPP

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

Transcription:

Terapi Seni Ekspresif Sebagai Intervensi Kaunseling Dalam Memangkinkan Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal Abstract Rosliza Abd Aziz a * Zakaria Mohamad b, ab Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu a rosliza5076@gmail.com b zek@umt.edu.my Kertas konsep ini membincangkan tentang aplikasi terapi seni ekspresif sebagai intervensi kaunseling dalam memangkinkan strategi daya tindak ibu tunggal. Terapi seni ekspresif merupakan pendekatan kontemporari yang digunakan secara meluas di negara-negara barat dan di beberapa negara Asia Tenggara dalam proses perhubungan menolong, memahami diri, meningkatkan potensi diri dan pembangunan sumber manusia. Namun penggunaannya masih belum meluas di Malaysia. Dalam konteks permasalahan ibu tunggal pula, kajian-kajian lepas mengklasifikasikan masalah ibu tunggal kepada masalah kesepian batin, pengurusan emosi, kerjaya, ekonomi, penjagaan anak-anak, sosial dan keselamatan. Justeru, ibu tunggal perlu mempunyai pengetahuan serta kemahiran tentang strategi berdaya tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada keluarga, rakanrakan atau kaunselor semasa menghadapi sesuatu masalah. Oleh yang demikian, terapi seni ekspresif dilihat sebagai intervensi yang positif dalam memangkinkan strategi daya tindak ibu tunggal, di samping mencari makna sebenar kehidupan mereka dengan menggunakan bahan-bahan tertentu atau pelbagai media seni yang disediakan dalam sesi kaunseling. Kata kunci: Terapi Seni Ekspresif, Ibu Tunggal, Strategi Daya Tindak 1. Pengenalan Terapi seni ekspresif adalah satu alternatif kepada pendekatan bantuan menolong apabila pendekatan kaunseling konvensional secara individu atau kelompok kurang berkesan dilakukan di mana kaunselor menghadapi kesukaran untuk meneroka dan memahami permasalahan psikologikal klien yang kompleks. Hasil tinjauan literatur membuktikan terapi seni ekspresif berupaya memberikan kesan yang positif serta pertambahan nilai dalam bidang keilmuan kaunseling. 2. Latar Belakang Terapi seni ekspresif merupakan pendekatan yang terlalu luas ruang lingkupnya. Menurut Natalie Rogers (1993), terapi seni ekspresif memberi kebebasan kepada klien meluahkan permasalahan psikososial sama ada secara direktif atau bukan direktif. Pendekatan ini

menggunakan pelbagai modaliti seperti seni, pergerakan, penulisan dan muzik dalam usaha mempermudahkan pertumbuhan teraputik seseorang klien. Klien yang terlibat dalam sesi terapi seni ekspresif menghasilkan art work yang mewakili perkara-perkara yang melibatkan pemikiran dan pergolakan emosi yang tidak upaya dilafazkan secara lisan. Hasil art work yang dihasilkan oleh klien kemudian dianalisis dan diintepretasi oleh klien sendiri dan bukannya kaunselor atau psikoterapis. Analisis hasil art work dalam terapi seni ekspresif lazimnya membolehkan klien mengurus, mengendali, mengelola permasalahan psikososial yang dihadapi dalam tatacara konstruktif. Terapi seni ekspresif boleh diaplikasikan kepada klien daripada pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua (Junita Nawai, 2007). Oleh yang demikian, terapi seni ekspresif dilihat sebagai salah satu pendekatan yang berkemampuan dalam mendekati dan memahami dunia ibu tunggal. Masalah ibu tunggal kini menjadi satu isu yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Kajian awal mengenai permasalahan ibu tunggal telah dilaksanakan di Malaysia dan hasil kajian menunjukkan masalah harian ibu tunggal berkisar kepada masalah kesepian batin, pengurusan emosi, pekerjaan, ekonomi, penjagaan anak-anak, hubungan dengan jiran tetangga serta keselamatan (Wan Ibrahim, 2004). Masalah keperluan pendidikan dan latihan kemahiran serta keperluan program-program khusus untuk ibu tunggal turut dibincangkan dalam kajian-kajian berkaitan ibu tunggal (Noraida, Azmin Azwan & Intan Hashimah, 2015; Devaraj, 2011; Dasimah, Puziah & Muna, 2009; Diyana, Doris & Nor Aini, 2009: Wan Ibrahim & Zainab, 2010). Sehubungan itu, ibu tunggal perlu mempunyai pengetahuan serta kemahiran tentang strategi berdaya tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adik beradik, rakanrakan, saudara-mara, terapis, kaunselor atau pekerja sosial (Siti Rafiah & Sakinah, 2013). Lazarus dan Folkman (1984) mendefinisikan strategi daya tindak sebagai suatu usaha yang berterusan untuk mengubah kognisi dan tingkah laku seseorang dalam menghadapi situasi yang menekan. Dalam konteks kehidupan ibu tunggal, strategi daya tindak dilihat sebagai satu mekanisma yang berperanan untuk mengurus permasalahan kehidupan dengan menggunakan beberapa pendekatan yang efektif. Sesuai dengan keperluan ini, terapi seni ekspresif dicadangkan sebagai intervensi kaunseling dalam memangkinkan strategi daya tindak ibu tunggal. Menurut Mohd Makhzan (2009), kelebihan terapi seni ekspresif membolehkan kaunselor melihat pergolakan intrapersonal klien secara visual dalam keadaan dinamis penuh warna-warni. Pergolakan intrapersonal yang dipaparkan dalam bentuk visual memudahkan terapis, kaunselor malah pekerja sosial serta mereka yang menjalankan perkhidmatan kemasyarakatan untuk bertindak dan seterusnya merangka tindakan susulan bagi membantu individu atau kelompok sasaran ke arah kesihatan dan kesejahteraan psikososial. Cadangan ini selari dengan dapatan kajian oleh Hong dan Welch (2013), yang mengatakan ibu tunggal yang bercerai di Asia agak tertutup dan tidak bersedia untuk meluahkan tentang kesusahan mereka dan isu-isu yang melibatkan keluarga. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan agar terapi seni ekspresif dapat membantu kaunselor memahami permasalahan yang dialami oleh ibu tunggal. 3. Terapi Seni Ekspresif Sebagai Intervensi Kaunseling Myrick (2001) menyatakan kaunselor masa kini perlu menggabungkan pelbagai teknik dan strategi kaunseling semasa menjalankan sesi. Menurut beliau, sesi kaunseling yang berkesan tidak hanya bergantung kepada penggunaan teori kaunseling semata-mata malah penggabungan teori kaunseling dengan pelbagai terapi yang sesuai membolehkan klien mendapat celik akal dengan

lebih cepat. Bagaimanapun, kekangan yang biasa dihadapi oleh kaunselor ialah kurang kemahiran menggunakan pelbagai pendekatan dalam kaunseling untuk membantu klien. Kekurangan pendekatan yang pelbagai ini telah menyebabkan kaunselor menjadi kurang kreatif semasa menjalankan sesi kaunseling (Pifalo, 2005; Rogers,1996). Menurut Rusnani, Loh dan Asmah (2008), pelaksanaan sesi kaunseling yang kurang kreatif menyebabkan klien cepat bosan dan tidak puas hati kerana matlamat mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang berkesan tidak tercapai. Penggunaan terapi seni ekspresif adalah pendekatan kontemporari yang ditakrifkan sebagai satu teknik yang menggunakan medium kreatif sewaktu sesi kaunseling sebagai cara untuk memudahkan proses terapi (Wilson & Ziomek-Daigle, 2013). Menurut Natalie Rogers (1993), terapi seni ekspresif merupakan gabungan pendekatan kreatif seperti terapi seni, terapi muzik, terapi pergerakan, terapi penulisan dan terapi bermain. Terapi seni ekspresif merupakan kaedah yang unik, eklektik, fleksibel dan lebih interaktif di mana aktiviti yang dilaksanakan bergantung kepada pemilihan dan keselesaan klien. Pendekatan creative connections dalam terapi seni ekspresif melihat penggunaan bahan-bahan kreatif mampu merangsang penerokaan diri yang akan membawa kepada kesedaran kendiri, celik akal dan mengenal diri (Rogers, 1993). Penekanan terapi seni ekspresif adalah kepada proses kreatif dan pengalaman harian yang diterjemahkan secara simbolik untuk meneroka diri secara lisan dan bukan lisan serta mengenalpasti perasaan dan emosi yang disedari atau terpendam (Rogers, 1993; Brodley, 2002). Oleh yang demikian, kaunselor perlu menyokong keberkesanan terapi seni ekspresif sebagai suatu intervensi kaunseling dalam menangani permasalahan klien. Ini kerana penggunaan terapi seni ekspresif merupakan gabungan kreatif seni dengan kaunseling dalam konteks kehidupan alam realiti (Clauss-Ehlers, 2008). 4. Cadangan Intervensi Kaunseling : Modtse Tinjauan literatur terdahulu menunjukkan bahawa satu inovasi pembinaan Modul Terapi Seni Ekspresif (ModTSE) yang secara khusus bertujuan memangkinkan strategi daya tindak ibu tunggal perlu direalisasikan. Pembinaan modul yang dinilai secara ilmiah begitu penting bagi memartabatkan kualiti modul ke tahap yang tinggi dan dianggap berkesan. Ibu tunggal yang mengalami pelbagai permasalahan perlu dibantu dengan memberikan latihan bersepadu dan sistematik. Justeru itu, modul intervensi kaunseling yang dibina secara sistematik adalah diperlukan bagi merealisasikan matlamat ini. Ia selaras dengan pendapat Russell (1974) yang berpendapat modul berkemampuan untuk membawa individu itu ke arah perubahan yang positif. ModTSE dirangka berasaskan kepada Teori Pemusatan Insan Carl Rogers dan Terapi Seni Ekspresif Pemusatan Insan Natalie Rogers yang memfokuskan kepada ciri-ciri teraputik dan berperanan sebagai perantara kepada ibu tunggal melepaskan tekanan perasaan, menenangkan fikiran, meningkatkan kekuatan spiritual seterusnya berupaya membawa ibu tunggal ke tahap kesedaran kendiri yang tinggi. Selain itu, modul ini juga bertujuan untuk membantu ibu tunggal memecahkan lapisan yang menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami isu dan permasalahan dalam diri sendiri. Modul ini mengaplikasikan pendekatan terapi seni ekspresif multimodal bertujuan membantu ibu tunggal menggunakan modaliti deria pancaindera mereka untuk merasai perasaan yang sedang dialami, seterusnya memahami reaksi tersebut menerusi emosi yang ditunjukkan. Di samping itu, pendekatan terapi seni ekspresif juga menekankan kepada perasaan dan emosi ibu tunggal yang dizahirkan menerusi pergerakan, muzik, bercerita, lukisan, permainan, penulisan ekspresif, clay dan gubahan flora mengikut tema-tema tertentu.

Integrasi pelbagai terapi dalam modul ini membawa ibu tunggal ke arah celik akal, kesedaran emosi, pemikiran serta perubahan tingkah laku (Natalie Rogers, 2011). Hal ini membolehkan ibu tunggal melakukan penerokaan terhadap emosi dan perasaan yang dialaminya. Situasi ini membantu ibu tunggal untuk melakukan refleksi kendiri terhadap apa yang sedang dan telah dialaminya. Apabila ibu tunggal dapat menerima dan memahami akan apa yang sedang dialaminya, maka dengan mudah untuk mereka mendapat celik akal dan berdaya tindak terhadap isu atau permasalahan yang dihadapinya. Matlamat ModTSE ialah memberikan satu panduan pengurusan strategi daya tindak kepada ibu tunggal agar dapat berdaya tindak dengan permasalahan yang dihadapi dan seterusnya membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih positif. Enam dimensi strategi daya tindak yang menjadi fokus dalam modul ini ialah penyelesaian masalah, ekspresi emosi, sokongan sosial, penafian masalah, kritik diri dan penarikan diri.elemen-elemen bagi intipati modul termasuk semua aktiviti dipastikan mengikut objektif yang telah disasarkan. Huraian terperinci mengenai perkara tersebut terdapat di dalam setiap sub modul ModTSE. Paparan dalam Jadual 1.1 hanya ringkasan daripada keseluruhan pembinaan ModTSE. Jadual 1.1 Ringkasan ModTSE Sub Modul Indikator Tema Modaliti Terapi Seni Ekspresif Tak Kelompok Suai Kenal Maka Kenal Tak Mesra Muzik 1 Modul 2 Modul Ekspresi Emosi 3 Modul Penarikan Diri 4 Modul Kritik Diri Diriku Umpama Ikan Kun Anta Jadilah Dirimu Apa Kata Wanita 3.Terapi Penulisan Ekspresif 1.Terapi Muzik Pergerakan Seni 1.Terapi Muzik Pergerakan 3.Terapi Seni Aktiviti 1.Sahibba Nama 2.Indahnya Namaku 3.Rumusan 1.Doodling/ Lukisan Bebas 2.Diriku Umpama Ikan 3.Diriku Umpama Ikan Di Lautan 1.Gerak Geri Belon 2.Topeng Diri Kun Anta 3.Di Sebalik Topeng 1.Senaman Relaksasi 2.Lukisan Imej Diri

5 Modul Penafian Masalah 6 Modul Penyelesaian Masalah 7 Modul Sokongan Sosial 8 Modul Penamatan Kelompok Hitam Putih Semalam Hari Ini Esok Gubahan Diari Hatiku Bermain 3.Terapi 1.Terapi Clay Flora 3.Terapi Muzik 3.Apa Kata Wanita 1.Susun Sana Sini 2.Yang Mana Satu 3.Hitam Putih 1.Mesra Clay 2.Taman Impian 3.Alkisah Taman Impian 1.Bendera Insan Signifikan 2.Gubahan 3.Bunga-Bunga Hatiku 1.Diari Hatiku 2.Rumusan Pelaksanaan ModTSE mengambil masa lapan minggu. Setiap ahli kelompok akan mengikuti lapan sesi kaunseling kelompok dan setiap sesi akan mengambil masa 2½ jam. Pertemuan antara kaunselor dan ahli kelompok diadakan seminggu sekali. Modul ini memberi peluang kepada setiap ahli untuk mengikuti, mengalami dan bertindak balas terhadap proses terapi seni ekspresif yang diikuti supaya mereka dapat membentuk satu matlamat baru dalam hidup. 5. Kesimpulan Secara keseluruhannya, kertas konsep ini membawa maksud kepada lahirnya satu cadangan modul intervensi kaunseling yang dibina berpaksikan kepada Terapi Seni Ekspresif. Aplikasi terapi seni ekspresif dalam intervensi kaunseling mampu menjadi alat, medium atau laluan untuk memberi satu rawatan dan kesan yang positif terhadap strategi daya tindak dalam kalangan ibu tunggal, di samping mencari makna sebenar dalam kehidupan mereka dengan menggunakan bahan tertentu atau pelbagai media seni. Rujukan Carver, C. S., Scheier, M. F. & Weintraub, K. (1989). Assessing coping strategies: A theoretically based approach. Journal of Personality and Social Psychology, 56, 267-283.

Dasimah Omar, Puziah Ahmad and Muna Sarimin (2009). Urban living conditions of low income single mothers in Malaysia. European Journal of Social Sciences, Volume 9, Number 2 (2009), 193201 Diyana Isahak, Doris Pamini & Nor Aini Hj Idris (2009). Isu dan Cabaran Ibu Tunggal Dalam Menghadapi Perubahan Persekitaran Global. Prosiding Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM 1V). Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009. Faizah A Ghani & Hazirah bte Hashim (2013), Challenges and Locus Control Among Single Mothers in Muar, Johor. Journal of Emerging Trends in Educational Research and Policy Studies 4(5), 760-765 Folkman, S., & Lazarus, R. S. (1980). An analysis of coping in middle age community sample. Journal of Health and Social Behavior. 21:219-239. Hong, R, M., & Welch, A. (2010). The Lived Experiences of Single Taiwanese Mothers Being Resilient After Divorced. Journal of Transcultural Nursing, 24(1), 51-59. Junita Nawawi. (2007). A Study Of The Implementation Of Art Therapy As An Intervention Tool Used By Mental Health Practitioners To Treat Traumatized Children In The Klang Valley. Thesis of Master. International Islamic University Malaysia. Lazarus, R.S. & Folkman, S. (1984). Stress, Appraisal and Coping, New York: Springer. Myrick. R. D. (2001). Bimbingan dan Kaunseling Perkembangan. Pendekatan Yang Praktis. Terj. Zuraidah Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noraida Endut, Azman Azwan Azmawati & Intan Hashimah Mohd Hashim ( 2015). Formal And Informal Support Systems For Single Women And Single Mothers In Malaysia. http://www.shsconferences.org or http://dx.doi.org/10.1051/shsconf/20151803002 Rogers, C. R. (1961). On becoming a person: A therapist s view of psychotherapy. Boston: Houghton Mifflin. Rogers, C. R. (1977). Carl Rogers on personal power: Inner strength and its revolutionary impact. New York: Delacorte Press. Rogers, C. R. (1980a). A way of being. Boston: Houghton Mifflin. Rogers, N. (1980b). Emerging woman: A decade of midlife transitions. Santa Rosa: Personal Press, The Person-Centered Expressive Therapy Institute. Rogers, N. (1993). The creative connection: Expressive arts as healing. Palo Alto: Science and Behavior Books. Rogers, N. (2011). The creative connection for groups: Person-centered expressive arts for healing and social change. Palo Alto: Science and Behavior Books. Rusell, J. D. (1974). Modular Instruction: A Guide to the Design, Selection, Utilization and Evaluation of Modular Materials. New York: Burgess Publishing Company.

Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad & Zakaria Mohamad. (2014). The use of expressive arts therapy in understanding psychological issues of juvenile delinquency. Asian Social Science, 10:9, 144-161. Siti Rafiah Abd Hamid & Sakinah Salleh.(2013). Exploring Single Parenting Process in Malaysia: Issues and Coping Strategies, 3 rd World Conference on Psychology Counselling and Guidance. Tobin, D.L., Holroyd, K.A., Reynolds, R.V. & Kigal, J.K.(1989). The hierarchical factor structure of coping strategies inventory. Cognitive Therapy and Research 13. 343-361. Wan Ibrahim Wan Ahmad & Zainab Ismail.(2010). Kualiti Hidup dan Harapan Masa Depan Ibu Tunggal Melayu Muslim di Pantai Timur Malaysia.Islamiyyat,32 (173-202)