BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

How to Produce & Transform?

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

ISPUB.COM. Perception of Authors in e-publishing. N Shiratuddin, Z Othman, K Ahmad, S Hassan INTRODUCTION TRADITIONAL PUBLICATION MODEL

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

SPIRAL OF SILENCE THEORY

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang, mata pelajaran perkara dan topik

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

Rosmani Omar 1 Siti Ezaleila Mustafa 2. Accepted date: 6 May 2017 Published date: 26 December 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

DOWNLOAD PDF DIREKTORI KANDUNGAN DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

CABLE THEFT MONITORING SYSTEM USING GSM MODEM (CTMS) SYAZWAN BIN MOHD NAZRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2012/2013 Academic Session. June 2013 EEE 130 DIGITAL ELECTRONIC I [ELEKTRONIK DIGIT I]

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 5, Issue 1 (2016) 39-46

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

EEE ELEKTRONIK DIGIT I

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

SOCIETY A PAPER UNIVERSIT. Universitas Sumatera Utara

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

The Malaysiana Conference Collection of the University of Malaya Library: The First Phase

Pendapatan Social Media Influencers (SMIs) Dalam Kalangan Generasi Z

Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

Transcription:

Jurnal PPM Vol. 4, 2010 BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur hazidah@um.edu.my ABSTRACT Technology has a polarization effect and it is something we should accept. Those who are skilled will continue to compete in line with technology development. The e- book is one of the technology which will change the format of information. This article will look into the usage of books and e-books. ABSTRAK Teknologi mempunyai kesan polarisasi dan ia adalah sesuatu yang harus diterima. Mereka yang berkemahiran akan terus bersaing seiring dengan pembangunan teknologi. E-buku merupakan salah satu teknologi yang berupaya mengubah bentuk maklumat. Mungkin sebelum ini kita tidak pernah terfikir akan kewujudan teknologi seperti ini. Artikel ini akan mengupas tentang penggunaan buku dan e-buku. Katakunci: E-buku; Buku bercetak; Perpustakaan; Teknologi maklumat PENGENALAN Keghairahan dalam mengejar atau merealisasikan kehendak dalam dunia digital pada masa kini telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada kaedah mendapatkan maklumat. Pengguna akan lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat yang lebih pantas dengan mengguna teknologi tersedia dan maklumat tanpa batasan melalui Internet berbanding dengan kaedah mendapatkan maklumat secara tradisional yang memakan masa dan agak terbatas. Walau bagaimanapun, penggunaan e-buku tidak semudah penggunaan buku bercetak. E-buku mengandungi aturcara, format dan kaedah tertentu yang harus diketahui sebelum pengguna boleh memulakan pembacaan. Umumnya, pengguna perlu mempunyai pengetahuan asas tentang kaedah membaca e-buku tersebut. Justeru, sejauh manakah penggunaan e- buku mempengaruhi kaedah mendapatkan maklumat boleh dikenalpasti dengan mengenali tren pengguna sekarang. Selain itu, perbandingan, ciri-ciri, kelebihan dan 49

Nor Hazidah Awang kekurangan buku dan e-buku perlu juga dilihat sebagai faktor yang menyumbang ke arah perubahan kaedah mendapatkan maklumat. Istilah buku boleh dirujuk sebagai helaian kertas berjilid yang mempunyai tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis (Kamus Dewan, 2007). Manakala, e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku terdapat dalam bentuk berbayar dan juga secara percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail.pdf atau seumpamanya bagi memudahkan setiap individu membacanya di komputer atau peranti khas (Wikipedia, 2010). Jenis format fail e-buku juga terdiri daripada pelbagai format seperti *.htm, *.txt, *.doc, dan *.pdf. Perbincangan awal mengenai e-buku sebagai alternatif kepada buku bercetak bermula sejak 1990-an dengan terhasilnya peranti e-buku yang pertama (Godwin- Jones, 2003). Walaupun harga peranti e-buku pada awalnya agak mahal (lebih kurang USD500), ia masih dianggap murah berbanding dengan harga komputer riba yang agak berat dan tidak semudah peranti e-buku untuk dibawa ke mana-mana. Dengan saiz yang kecil, peranti tersebut mampu menyimpan banyak e-buku berbanding dengan sejumlah buku bercetak yang agak berat. Sebaliknya, idea mencipta peranti e-buku adalah untuk menghasilkan versi komputer riba yang lebih mesra pengguna (Beckett, 2003). Sasaran awal e-buku adalah bagi golongan profesional kerana mereka merupakan kumpulan yang paling banyak membaca dan memerlukan capaian maklumat dihujung jari (Ellen, 2005). Oleh itu, seiring dengan perkembangan e-buku, kita perlu mengetahui bagaimana pengguna menggunakan teknologi e-buku ini. Adakah mereka selesa menggunakannya atau sebaliknya? Adakah ia masih dipelopori oleh golongan profesional sahaja atau tren sudah berubah menjadikan penggunaanya juga tersebar atau popular ke segenap lapisan masyarakat? Menurut Schilit (1999), penggunaan e-buku harus dilihat dari dua aspek, sama ada pembaca pasif itu atau aktif. Pembaca pasif melibatkan pembacaan yang lebih cenderung kepada pembacaan santai seperti buku fiksyen, novel, komik, majalah, emel dan kumpulan berita (newsgroup). Manakala pembacaan aktif melibatkan pemikiran kritikal seperti pembelajaran dan membuat keputusan. Ia juga termasuk penglibatan pembaca semasa membaca seperti mencatat nota dan menanda (highlight) fakta penting. Biasanya ia melibatkan pembacaan yang melebihi dua mukasurat dan pembaca perlu menyelak banyak halaman untuk mendapatkan 50

Buku vs E-buku maklumat. Fakta ini disokong oleh Zawiyah Baba (2008), yang menyatakan bahawa pengguna membaca untuk tujuan berbeza iaitu untuk pengajian akademik, mengisi masa lapang, hiburan atau bersantai, mencari maklumat atau menambah ilmu. Pembaca menggunakan kaedah berbeza untuk membaca jenis teks yang berbeza dengan tujuan berbeza. Contohnya, sesetengah orang lebih gemar menggunakan skrin komputer untuk mendapatkan maklumat, manakala ada yang lebih gemar membaca buku bercetak untuk tujuan bersantai seperti membaca novel. Menurut kajian yang dijalankan oleh Noorhidawati (2008) pula, faktor paling popular yang menyebabkan pengguna menggunakan e-buku adalah untuk mencari bahan yang relevan. Ini bermakna, e-buku tidak dibaca secara keseluruhan, tetapi pengguna lebih cenderung menggunakannya untuk tujuan rujukan dan secara terpilih. Ini bermakna, sekiranya dilihat hasil daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik tersebut, dapat dikenalpasti bahawa penggunaan e-buku lebih popular di kalangan pembaca aktif, iaitu untuk mencari bahan yang relevan. Buku bercetak pula lebih sesuai digunakan untuk tujuan bersantai. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BUKU VS E-BUKU E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca untuk membawanya ke merata tempat tanpa beban yang berat. Memandangkan ianya adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku ini adalah jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan buku bercetak yang berada di pasaran. Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 7 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan dalam satu CD (Wikipedia, 2010). Ciri-ciri e-buku yang mudah seperti hyperlink dan pencarian kata kunci mampu menjadikan e-buku sebagai rujukan yang menarik untuk koleksi rujukan seperti kamus, ensaiklopedia atau buku teks. Pengguna tidak perlu menyelak helaian demi helaian mukasurat dan mencari makna perkataan secara satu persatu. Contohnya, jika pengguna hendak mencari perkataan Tamadun pengguna perlu menyelak helaian yang bermula dengan huruf T, seterusnya mencari Tam.. untuk membolehkan perkataan Tamadun ditemui. Berbeza dengan penggunaan e-buku atau lebih tepat lagi, e-kamus. Pengguna hanya perlu menaip perkataan tersebut dan hasil carian boleh diperolehi dalam masa beberapa saat sahaja. Namun, disebalik kelebihan yang ada, e-buku juga mempunyai beberapa kekurangan. Memandangkan e-buku mesti dibaca menggunakan peranti tertentu, ia lebih terdedah kepada beberapa masalah teknikal. Antaranya, kegagalan perisian 51

Nor Hazidah Awang berfungsi, serangan virus, ketiadaan bekalan elektrik atau kehabisan bateri. E-buku yang terdiri daripada pelbagai format juga mungkin tidak dapat dibaca pada masa akan datang kerana perubahan format. Format yang terdapat dalam e-buku tersebut akan dianggap usang dengan adanya format baru yang lebih terkini dan sentiasa dikemaskini. Sebaliknya, perkara ini tidak berlaku pada buku bercetak. Ia masih boleh dibaca walaupun teknologi berubah. Jadual 1: Ringkasan Perbandingan ciri-ciri buku vs e-buku Bil. Buku E-buku 1. Mudah didapati Didapati di Internet atau kiosk 2. Mudah dibawa Mudah dibawa tetapi memerlukan kos lain untuk membeli peranti e- buku. Pengguna boleh membawa lebih dari satu buku dalam satu peranti. 3. Statik iaitu apa yang dicetak pada buku tersebut, itulah yang akan dilihat atau baca oleh pembaca 4. Kurang kesan yang boleh menyebabkan kelesuan mata 5. Pengguna perlu menanda atau menulis pada buku sekiranya ingin mencatat nota atau catatan 6. Memerlukan pencahayaan yang baik dan tidak boleh membaca dalam keadaan gelap 7. Tidak memerlukan kuasa bateri atau elektrik. Oleh itu, mudah dibawa dan sedia untuk digunakan 8. Menggunakan kandungan dan indeks yang terdapat pada buku untuk mencari perkataan yang berkaitan dan ini memakan masa Interaktif serta mudah dibaca kerana pengguna boleh mengubah-suai saiz tulisan atau gambar mengikut kesesuaian Mata cepat lesu disebabkan pancaran skrin peranti e-buku Pengguna boleh memasukkan nota sekiranya perlu Memerlukan pencahayaan yang minima kerana peranti e-buku membolehkan pengguna membaca dalam gelap Memerlukan kuasa bateri atau elektrik. Penggunaannya agak terbatas sekiranya tiada sumber tenaga tersebut Hanya perlu menaip katakunci yang hendak dicari atau membuat rujukan silang dengan pantas menggunakan hyperlink. Walau bagaimana pun, buku boleh musnah sekiranya berlaku bencana kepada perpustakaan seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Ini akan mengurangkan bilangan buku dalam koleksi perpustakaan, manakala e-buku masih 52

Buku vs E-buku terselamat sekiranya terjadinya bencana kerana ia disimpan dalam talian. Koleksi buku bercetak boleh menyebabkan kerja untuk mencari dan mengesan buku/bahan yang tiada dalam simpanan memakan masa. Manakala, mencari maklumat bagi e- buku menjimatkan masa dengan adanya e-bookshelf yang mempunyai navigasi dan carian katakunci atau frasa untuk membolehkan carian bahan dibuat dengan lebih pantas dan tepat. Teks digital daripada e-buku boleh juga memperkayakan koleksi buku tersebut dengan adanya terjemahan dalam pelbagai bahasa. Dengan adanya perisian terjemahan, kerja menterjemah menjadi lebih mudah dan pantas. Digital teks daripada e-buku boleh terus dimasukkan dalam perisian tersebut. Dari segi kos pula, penerbitan buku bercetak memerlukan kos yang tinggi, seperti kos kertas dan cetakan. Manakala, kos tersebut tidak diambilkira dalam penerbitan e-buku. Menurut Kleiman (2002), perkembangan e-buku belum lagi meluas sehingga ia benar-benar dapat menandingi buku bercetak. Namun, dengan peluang yang ada pada hari ini, ditambah pula dengan ciri-ciri baru e-buku yang dipertingkatkan dari masa ke semasa, ia sekurang-kurangnya mampu memperkenalkan e-buku kepada masyarakat umum. MANFAAT DAN CABARAN KEPADA PERPUSTAKAAN Buku bercetak boleh digunakan sebagai koleksi yang tak lapuk dek zaman. Walaupun ia memerlukan banyak ruang simpanan, ia merupakan sesuatu yang perlu ada bagi mewujudkan sebuah perpustakaan. Koleksi buku boleh sentiasa digunakan dan tidak bergantung kepada perubahan teknologi. Contohnya, perisian pengoperasian Windows yang dipasang dalam komputer perlu sentiasa dipertingkatkan seiring dengan perkembangan teknologi. Dengan adanya versi terbaru, Windows 7, Windows 97 dianggap ketinggalan zaman. Samalah juga halnya dengan e-buku yang akan berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Perpustakaan juga mendapat manfaat daripada teknologi ini buku yang berada dalam e-buku akan sentiasa tersedia dalam talian. Contohnya, buku bertajuk Macroeconomics oleh Robert J. Barro yang diperolehi melalui NetLibrary dicapai sebanyak 310 kali antara 1 Januari 2001 hingga 31 May 2001. Penggunaan tajuk sekerap ini agak mustahil berlaku sekiranya buku tersebut dalam bentuk bercetak (Henke, 2003). Namun, statistik yang diperolehi dari Perpustakaan Universiti Sains Malaysia merekodkan 1,317,991 kunjungan pengguna sementara perkhidmatan sirkulasi pula melibatkan pinjaman sejumlah 366,947 buah buku pada tahun 2009 (Laporan Tahunan Perpustakaan, 2009). Ini menunjukkan satu angka yang tinggi 53

Nor Hazidah Awang dan pengguna masih berminat untuk datang ke perpustakaan walaupun koleksi dalam bentuk e-buku telah tersedia. Penting untuk kita mengetahui sejauh manakah tahap penggunaan e-buku yang dilanggan oleh perpustakaan. Adalah tidak bermanfaat sekiranya perpustakaan hanya membekalkan keperluan tersebut tetapi tahap penggunaan amat rendah kerana pengguna tidak biasa menggunakannya. Menurut Zawiyah Baba (2008), cabaran kepada pustakawan adalah untuk menjadikan e-buku dan peranti pembaca e-buku mudah didapati dan tersedia untuk digunakan dengan memberi galakan serta tunjuk ajar kepada pengguna tentang cara penggunaannya. Pengguna akan cara-cara penggunaannya, seterusnya menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia serta mengenali kaedah yang lebih efektif untuk membaca. Pustakawan juga harus memilih bukan hanya e-buku terbaik, terutama buku yang tidak terdapat dalam koleksi perpustakaan, tetapi perlu memilih perisian bacaan, peranti atau peralatan yang membenarkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya teknologi serta meningkatkan pengalaman pembaca. Jadual 2: Statistik penggunaan e-buku : Januari - Disember 2009 di Perpustakaan UM (Sumber: Bahagian Perolehan, Perpustakaan Universiti Malaya) E-brary Kekerapan penggunaan E-brary 13,633 Hart e-book 567 Springer e-book 23,284 Science Direct e-book 367,990 Jumlah 405,474 Jadual 3: Statistik penggunaan e-buku : Januari - Disember 2009 di Perpustakaan USM (Sumber:http://www.lib.usm.my/equip-usm/custom/LAPORAN _TAHUNAN_PERPUSTAKAAN_2009-EDIT.pdf) E-buku Kekerapan penggunaan E-brary 44,108 IGI ebook 587 Springer e-book 85,906 SIAM ebook 6,218 Elsevier ebooks 30,278 Books 24 x 7 949 54

Buku vs E-buku SAGE ereference 548 Gale GVRL ebooks 1,031 Wiley e-books 3,906 Jumlah 173,531 Namun, berdasarkan statistik (Jadual 2 dan 3) yang diperolehi dari Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, rata-rata menunjukkan jumlah penggunaan kebanyakan e-buku yang dilanggan amat menggalakkan. Science Direct e-book mendapat capaian paling tinggi (367,990 capaian) antara Januari hingga Disember 2009 bagi Perpustakaan Universiti Malaya. Manakala, bagi Perpustakaan Universiti Sains Malaysia pula, Springer e-book merupakan e-buku yang paling kerap dicapai dengan jumlah 85,906 capaian. Statistik berikut menunjukkan pengguna mahir menggunakan e-buku dan kerap menggunakannya. KESIMPULAN Perkembangan e-buku dalam kepesatan pembangunan teknologi masih memberi ruang kepada buku bercetak untuk terus berada di pasaran. Namun apa yang mungkin berubah adalah tren pasaran buku bercetak rentetan daripada penggunaan e-buku. Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, penggunaan buku bercetak dan e-buku saling melengkapi antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kedua-duanya relevan digunakan, bergantung kepada kehendak dan citarasa pengguna. Buku bercetak akan terus menjadi sesuatu yang boleh dibangunkan sebagai satu koleksi. Contohnya, buku coffee table tidak akan boleh diganti dengan menggunakan e-buku kerana ciri-ciri buku tersebut membuat ianya unik. Walaupun maklumat dalam bentuk digital mampu mengurangkan kos percetakan dan kertas, bagi sesetengah organisasi, penggunaan bahan bercetak mampu mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi. Pun begitu, kelebihan menggunakan bahan digital lebih terserlah dalam aspek pengemaskinian maklumat. Contohnya, mengemaskini dokumen teknikal lebih mudah sekiranya dokumen tersebut dalam bentuk digital. Ia tidak perlu dicetak secara berulang, sekaligus mampu menjimatkan kos. Begitu juga halnya dengan buku teks pelajar. Pelajar tidak perlu membeli buku teks yang baru setiap kali buku tersebut dikemaskini. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mencapainya dalam talian dengan memuatnaik versi terkini. Ringkasnya, sama ada buku, mahupun e-buku, kedua-duanya memberikan pengamalan dan nikmat membaca yang berbeza. 55

Nor Hazidah Awang RUJUKAN Beckett, R. 2003. Communication ethics: Principle and practice. Journal of Communication Management. Vol. 8, no. 1: 41-52. Coeus. n.d. Ebooks versus paper books: The pros and cons 86. Diperolehi 18 Mei 2010 dari http://hubpages.com/hub/ebooks-versus-paper-books-the-pros-and- Cons Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. E-buku. n.d. Diperolehi Mei 28, 2010, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/e-buku Ellen V. Hage. 2005. E-book technology: The relationship between self-efficacy and usage levels across gender and age. Diakses pada 18 Mei 2010 dari Proquest Database Godwin-Jones, R. 2003. E-Books and the tablet PC. Language, Learning & Technology. Vol. 7, no. 1: 4. Hence, H. 2003. Consumer survey on e-books. Diakses pada 18 Mei 2010 dari http://www.openebook.org Kleinman, S. 2002, Jun. Print books vs. digital ebooks. Diakses pada 18 Mei 2010 dari http://www.palmpower.com/issues/issue200206/ebook0602001.html Laporan Tahunan Perpustakaan 2009. 2009. Diakses pada 20 Mei 2010 dari http://www.lib.usm.my/equipusm/custom/laporan_tahunan_perpust AKAAN_2009-EDIT.pdf Noorhidawati, A and Gibb, F. 2008. How students use e-book: reading or referring? Malaysian Journal of Library and Information Science, Vol.13, no.2: 1-14. Schilit, B. 1999. Why e-read? Finding opportunities in the merger of paper and computers. Diakses pada 18 Mei 2010 dari http://www.futureprint.kent.edu Zawiyah Baba. 2008. Nurturing a culture of learning and reading in a virtual environment. Jurnal PPM, Vol. 2: 1-17. 56