Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

How to Produce & Transform?

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 5, Issue 1 (2016) 39-46

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

SYARAT PENCALONAN DAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH TOKOH PENERBITAN

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim

16 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.26, JUL 2018

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

THE USE OF HUMOUR IN THE ESL CLASSROOM RAYMOND A/L MANICKAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2012/2013 Academic Session. June 2013 EEE 130 DIGITAL ELECTRONIC I [ELEKTRONIK DIGIT I]

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

The Malaysiana Conference Collection of the University of Malaya Library: The First Phase

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 2, Issue 1, (page 54-65), Md Jais Bin Ismail 1 1 Universiti Putra Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

Transcription:

ISSN : IJISAE, Volume 1, Number 1. 2014 : 11-16 Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1) MUHAMMAD HARON HUSAINI MUHD. SYUKRI ABD. RAHMAN AHMAD REDZAUDIN GHAZALI NORHIDAYATI ABDULLAH Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Kajian ini bermatlamat menguji tahap kebolehbacaan buku bahasa Arab siri al-mursyid. Siri tersebut adalah antara siri-siri buku terbitan Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian memberi tumpuan kepada teks-teks utama yang terkandung di dalam buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah 1 yang merupakan antara enam buah buku teks yang diguna pakai dalam pengajaran bahasa Arab peringkat diploma di fakulti tersebut. Ujian Kloz untuk 3 teks pilihan dari buku tersebut dijawab oleh 100 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar di 4 jabatan kelolaan Akademi Islam. Kajian mendapati buku teks subjek kajian mengandungi teks utama yang sukar difahami oleh para pelajar. Kajian ini mencadangkan agar buku-buku teks bahasa Arab yang dihasilkan harus mengikuti langkah-langkah tertentu semasa penghasilannya. Penyusun buku perlu menjalankan beberapa kajian atau memanfaatkan kajian-kajian yang telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dan pengkaji semasa dengan memuatkan teks-teks yang sesuai. Kata Kunci: Teks Utama, Buku Teks, Ujian Kloz dan Kebolehbacaan PENDAHULUAN Antara faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan proses P&P ialah buku teks. Buku teks yang baik dapat menambah minat dan kecenderungan pelajar untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Pelajar juga dapat menghayati serta menerokai disiplin seterusnya menjejaki perkembangan ilmu yang dibincangkan di dalamnya. Buku teks yang baik seharusnya disusun dengan berasaskan kajian yang meliputi bahasa, konteks, budaya bahasa sasaran dan bahasa ibunda pelajar. Buku yang berkualiti, dengan mudah meraih perhatian pelajar jika sesuai kandungannya dengan peringkat umur, latar belakang dan keperluan mereka. KAJIAN LITERASI Sememangnya terdapat kajian-kajian yang berkait rapat dengan buku teks bahasa Arab di Malaysia. Kajian tersebut sering menyentuh cara penyusunan buku teks atau bahan-bahan pengajaran lain, sama ada dari sudut penyediaan atau penilaiannya. Disebabkan kajian ringkas ini lebih tertumpu subjek kajiannya juga kepada buku teks bahasa Arab, sewajarnya dinyatakan di sini beberapa kerangka penyusunan yang berciri komunikatif. Littlewood (Ibrahim Abdullah 2003: 39) telah menyatakan beberapa kerangka pilihan di dalam penyusunan buku teks, iaitu susunan struktural, susunan fungsian, susunan nosional, susunan berdasarkan tajuk dan konsep gabungan. Menurut Mansoer Pateda (1991:69) prinsip asas dalam penyusunan buku teks adalah seperti prinsip tujuan, yang bermakna buku teks yang disusun mesti mencapai tujuan susunannya. Prinsip relevan iaitu mesti ada hubungan dengan kehidupan seharian pelajar. Prinsip efisien yang bermaksud mesti dapat dilaksanakan samada oleh pelajar atau pengajar. Prinsip fleksibel yang merangkumi keterbukaan dan kesesuaian dengan pelbagai tempat dan situasi. Prinsip integriti yakni mesti boleh dikaitkan dengan kursus atau mata pelajaran yang lain. Prinsip sambung yang memestikannya wujud kesinambungan. Prinsip objektif yang memestikannya berlandaskan kepada pemahaman terhadap masalah dalam bahasa secara ilmiah dengan sokongan disiplin ilmu lain seperti psikologi dan pedagogi. Terakhir ialah prinsip demokrasi yang memestikannya memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kapasiti berbahasa dan ilmu. Para pengkaji telah menetapkan beberapa ciri penting bagi sebuah buku teks bahasa Arab yang baik untuk pelajar-pelajar peringkat IPT di Malaysia seperti ciri objektif, ciri bersepadu, ciri sesuai dengan Corresponding Author : Muhammad Haron Husaini, PhD - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. muhdharon@kuis.edu.my

12 keupayaan, keperluan dan kecekapan bahasa pelajar, ciri latihan yang mencukupi, ciri kesesuaian conrtoh dan ciri konteks menerusi situasi bahasa sebenar (Ab. Halim Mohamad 2003: 238): Atan Long (1980: 29) dalam gesaan beliau supaya pembelajaran perlu dikaitkan dengan situasi kehidupan yang sebenar pernah menulis: sedapat-dapatnya pengajar hendaklah mengadakan situasi yang sebenar pembelajaran, para pelajar hendaklah dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktivitiaktiviti di tempat belajar sebahagian daripada kehidupan. Dari keterangan di atas dapat dirumuskan bahawa ayat-ayat, frasa, kosa kata dan contoh-contoh yang ada kaitan dengan kehidupan pelajar dapat membantu para pelajar mempertingkatkan kemahiran bahasa mereka. Antara kajian dan penulisan yang menggesa serta meneroka kajian kebolehbacaan teks Arab di Malaysia pula ialah artikel yang dihasilkan sekumpulan penyelidik diketuai Kamarulzaman Abd. Ghani (2006) dan kumpulan penyelidik diketuai Zulazhan Ab. Halim (2009). Zulazhan menerusi kertas kerja hasil kajian beliau dan rakan pengkaji telah dibentangkan di satu seminar bahasa Arab di Beijing pada 2011. Kajian tersebut telah menguji tahap kebolehbacaan sebuah buku Balaghah yang diguna pakai di kebanyakan sekolah di Malaysia. PERNYATAAN MASALAH Permasalahan yang sering dihadapi pengkaji bahan pengajaran atau buku teks bahasa Arab ialah ketidaksesuaian kandungan buku dengan minat pelajar, pemilihan kosa kata yang tidak setaraf dengan tahap pemikiran mereka, paparan tajuk yang tidak selaras dengan konteks sosial dan lain-lain permasalahan. Meskipun dicadang pelbagai cadangan untuk mengatasinya, namun cadangan-cadangan itu kelihatan hambar atau tidak diendahkan. Kualiti buku-buku teks bahasa Arab di Malaysia sudah tentu memerlukan semakan demi semakan sehingga ianya memiliki ciri-ciri dan memenuhi kriteria buku teks yang baik, yang dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa Arab di kalangan pelajar Melayu yang telah memiliki ribuan perkataan Arab dalam bahasa ibunda mereka. Penyusunan buku teks merupakan satu kerja yang rumit di mana ia memerlukan pengetahuan dan gambaran yang luas serta mempunyai kreativiti yang tersendiri. Sekalipun setiap penyusun atau pengarang buku bebas dalam melakukan kerja-kerja penyusunannya, namun perkara yang paling penting yang perlu diberi perhatian dalam penyusunan mereka ialah memastikah buku yang disusun tidak menyimpang dari tujuan yang ingin diperolehi daripada pelajar di akhir pembelajaran. Dialog-dialog yang berkaitan dengan kehidupan atau yang berkaitan dengan bidang profesional tertentu seharusnya diterapkan dalam pengajaran bahasa Arab melalui kandungn buku teks. Saranan yang sering dituju kepada penyusun buku teks bahasa Arab ialah memuatkan kelompok-kelompok sosial dan budaya seperti berkenalan, persembahan, kelas, dewan, kursus-kursus, universiti, keluarga, persekitaran, warisan budaya Arab dan hiburan. Kebolehbacaan sesuatu teks sering dikaitkan dengan pembaca (Kamrulzaman 2006: 109) dan kefahaman terhadap apa yang dibaca. Pembacaan pula merupakan salah satu cabang kepada komunikasi yang berpaksikan kepada perkataan berbentuk tulisan. Kebolehbacaan atau مقروئية/ انقرائية/ /readability didefinasikan oleh para sarjana bahasa sebagai keupayaan dan tahap senang-susahnya sesuatu bahan bacaan itu difahami (Zulazhan 2009: 298). Dalam kata lain, kebolehbacaan merupakan satu konsep yang merujuk kepada tahap atau darjah susah senangnya sesuatu bahan untuk dibaca. Bahan yang susah untuk dibaca dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi sementara bahan bacaan yang senang dibaca pula dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang rendah. Kajian kebolehbacaan adalah kajian untuk menyelesaikan masalah memadankan pembaca dengan teks. Kajian yang boleh dianggap masih kurang dalam penyediaan bahan pengajaran bahasa Arab ini mengkaji bagaimana dua pihak, iaitu pihak pembaca - yang membaca dan mempunyai minat yang tertentu - dan pihak teks yang dipersembahkan dalam pelbagai gaya, isi dan struktur - dapat disesuaikan supaya pembaca dapat membaca dan memahami bahan bacaan yang dipilih (Mumni 2011: 561). Ringkasnya, kajian yang bertujuan sama ada untuk mengukur tahap senang-sukar sesuatu teks bacaan atau untuk menyelesaikan masalah padanan antara pembaca dan teks itulah yang dimaksudkan sebagai kajian kebolehbacaan Sehubungan dengan itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada aspek kebolehbacaan teks subjek kajian sama ada ia di tahap ihbati, ta limi atau mustaqil. Tahap Ihbati ialah tahap teks yang tidak difahami oleh pelajar walaupun dengan bantuan tenaga pengajar. Tahap Ta limi pula merupakan tahap senang susah teks yang boleh difahami oleh para penuntut setelah dibantu oleh guru. Manakala Tahap Mustaqil adalah tahap International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education, 1(1), 2014 : 11-16

13 yang para penuntut mampu membaca dan memahami teks dengan mudah tanpa perlukan bantuan dan bimbingan pembimbing. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji tahap kebolehbacaan teks utama dalam buku teks bahasa Arab. PERSOALAN KAJIAN Secara khusus, kajian ini cuba mendapat jawapan kepada 2 persoalan kajian yang beikut: i. Apakah tahap kebolehbacaan buku 1 siri al-mursyid sama ada Ihbati, Ta limi atau Mustaqil? ii. Sejauh manakah kesahihan jawapan responden terhadap soalan-soalan ujian instrumen kajian? METODOLOGI DAN KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji tahap kesukaran buku teks bahasa Arab untuk difahami. Adalah diharapkan kajian ini dapat menghasilkan satu dapatan yang bermanfaat berhubung pemilihan dan penyediaan teks utama dalam buku teks yang baik seiring saranan disiplin ilmu bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua dan Bahasa Asing. Instrumen Kajian Dalam mengukur kebolehbacaan buku subjek kajian, prosedur penyediaan ujian kloz adalah seperti berikut: i. Pemilihan teks: Hanya 3 teks dipilih dariapa teks-teks utama buku teks kursus DLAA 1113. Tajuk ketiga-tiga teks pilihan adalah: وفاء أبي بكر صالح الدين والطريقة إلى القدس مواصلة الدراسة في الدول العربية Tajuk-tajuk teks tersebut daripada bahagian berasingan. Tajuk pertama dipilih dari bahagian depan, tajuk kedua mewakili bahagian tengah dan tajuk ketiga adalah hasil pilihan bahagian akhir. ii. Jumlah perkataan teks: Jumlah patah perkataan dalam ketiga-tiga teks pilihan tidak kurang daripada 350. iii. Perkataan yang dikosongkan: Perkataan yang dipotong dan dikosongkan adalah perkataan ketujuh. Pemotongan perkataan berlaku secara konsisten tanpa melihat kepada jenis atau fungsi perkataan. Manakala ayat pertama, ayat terakhir, ayat la-quran dan Hadis tidak dipotong mana-mana patah perkataannya. iv. Pilihan jawapan: disediakan dalam bentuk aneka pilihan. 3 pilihan jawapan disediakan selepas setiap perkataan yang dikosongkan. Setelah satu taklimat mengenai tujuan ujian, peruntukan masa, cara menjawab dan sistem pemarkahan dijelaskan, ujian kloz terhadap teks pilihan dimulakan. Responden Kajian Sejumlah 100 orang yang terdiri daripada 51 pelajar lelaki dan 49 pelajar perempuan dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Kesemua responden adalah penuntut di 4 diploma yang tawarkan di Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jadual berikut memaparkan jumlah responden mengikut pengkhususan: Bil Jabatan Jumlah Responden 1 Syariah 34 2 Usuluddin 8 3 Al-Quran wa al-sunnah 33 4 Syariah wa al-qanun 25 100 Deskripsi Subjek Kajian Kajian ringkas ini terbatas skopnya dengan memilih sebuah buku sahaja daripada 6 buku terbitan siri al- Mursyid. Teks dalam keenam-enam buah buku tersebut kebanyakkannya telah digunapakai semenjak awal

14 penubuhan fakulti pengajian berkenaan (tahun 2003), meskipun nama siri terbitan itu dan kod kursusnya berlaku perubahan. Siri al-mursyid ini adalah hasil susunan para pensyarah di Jabatan Bahasa Arab, FBMK KUIS. Sebelum dipaparkan jawapan responden terhadap ujian yang disediakan bagi menilai teks-teks kandungan buku tersebut, wajarlah kiranya gambaran umum tentang buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah 1 yang menjadi subjek kajian dapat diketengahkan terlebih dahulu: Jadual Deskripsi Buku1 Siri Al-Mursyid (Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah 1) Kandungan Unit 1 Unit 2 Unit 3 Unit 4 Unit 5 Unit 6 Unit 7 Judul Teks كلية سالنجور وفاء أبي بكر الكتب العولمة صالح الدين مواصلة خزانة العلم Utama دار اإلحسان والطريق إلى الدراسة في Tajuk Tatabahasa اسم التفضيل الدول العربية النعت القدس المجرور باإلضافة الضمائر االسمية والفعلية المجرورات من األسماء الجملة Interpretasi julat markah ujian: Jadual Interpretasi Tahap Kebolehbacaan Menerusi Ujian Kloz Julat Markah Tahap Interpretasi 0% 74% Ihbati 75% 89% Ta limi 90% - 100% Mustaqil Sumber: Zulazhan (2011) Jadual di atas menunjukkan interpretasi julat markah ujian bagi menentukan tahap kebolehbacaan teks pilihan dalam buku teks subjek kajian. Julat peratus jawapan betul bermula daripada 0% hingga 74% (Tahap Ihbati) menunjukkan teks berkenaan dikategorikan sebagai susah dan sukar difahami oleh pelajar walaupun dengan bantuan tenaga pengajar. Tahap ini juga dikenali dengan tahap محبط yang bermaksud tahap kecewa iaitu tahap bahan bacaan yang dibaca itu tidak dapat difahami langsung walaupun dengan bantuan pihak lain. Julat peratus jawapan betul antara 75% hingga 89% (Tahap Ta limi) menunjukkan teks subjuk kajian boleh difahami oleh para penuntut setelah dibantu oleh guru. Sebahagian pengkaji menterjemahkan tahap ini dengan (tahap pengajaran).manakala julat peratus jawapan betul antara 90% hingga 100% (Tahap Mustaqil) atau (tahap bebas) menunjukkan teks yang diuji mampu para penuntut membaca dan memahaminya dengan mudah tanpa perlukan bantuan dan bimbingan orang ketiga seperti pembimbing atau pensyarah. Sekiranya markah ujian tahap kebolehbacaan teks berada pada tahap (Ihbati), ia menunjukkan buku teks yang dikaji mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi dan tidak sesuai untuk kegunaan pelajar yang diuji. Sebaliknya jika markah ujian tersebut berada pada tahap (Mustaqil), ia menunjukkan buku teks yang dikaji mempunyai tahap kebolehbacaan yang rendah dan sesuai untuk kegunaan pelajar yang diuji. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian membentangkan hasil analisis data deskriptifnya terhadap tahap kebolehbacaan buku teks bahasa Arab 1, siri al-mursyid. Statistik deskriptif peratus digunakan untuk menjelaskan secara keseluruhan jawapan responden yang diperolehi daripada ujian kloz yang dijalankan. Analisis dibahagikan kepada 3 bahagian utama dengan merujuk kepada teks pilihan 1, 2 dan 3. وفاء أبي بكر Pertama: Teks International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education, 1(1), 2014 : 11-16

15 Keputusan Ujian Kloz Teks 1 Betul 41% Salah 59% Carta di atas menunjukkan jawapan pelajar terhadap 50 soalan anika pilihan bagi teks pertama. Secara keseluruhan, jawapan yang betul adalah pada kadar 41%. yang salah pula mengatasi jawapan yang betul iaitu 59%. صالح الدين والطريقة إلى القدس Kedua: Teks Keputusan Ujian Kloz Teks 2 Betul 39% Salah 61% Carta di atas menunjukkan jawapan pelajar terhadap 50 soalan anika pilihan bagi teks kedua. Secara keseluruhan, jawapan yang betul adalah pada kadar 39%. yang salah pula mengatasi jawapan yang betul iaitu 61%. a مواصلة الدراسة في الدول العربية Ketiga: Teks Keputusan Ujian Kloz Teks 3 Salah 43% Betul 57%

16 Carta terakhir ini menunjukkan jawapan pelajar terhadap 50 soalan anika pilihan bagi teks ketiga. Para responden memberikan jawapan yang betul lebih banyak berbanding jawapan yang salah kerana jawapan betul mewakili 57%. yang salah pula sedikit berkurangan kerana mewakili 43%. Merujuk kepada carta pertama, jawapan salah daripada responden mengatasi jawapan betul. Markah jawapan yang betul daripada ujian pertama adalah pada kadar 41% berbanding 59% kadar jawapan yang salah. Dengan merujuk kepada penentuan tahap kebolehbacaan ujian kloz, kadar 41% jawapan betul berada pada tahap kecawa atau ihbati. Ini menunjukkan bahawa teks pertama yang dipilih sebagai bahan kajian tidak sesuai dengan kumpulan pelajar yang diuji. Teks ini terlalu sukar dan tidak difahami oleh mereka walaupun dibimbing oleh guru. Perkara yang sama juga berlaku pada jawapan betul bagi ujian teks kedua, malah ianya 2% lebih rendah, kerana hanya 39% sahaja jawapan betul yang dijawab oleh para responden berbanding jawapan salah yang meningkat kepada 61%. Kadar tersebut menempatkan teks kedua ini pada tahap sukar, tidak dapat difahami dan tidak sesuai dengan kumpulan pelajar yang diuji. Meskipun peningkatan jawapan betul telah berlaku pada ujian kloz bagi teks ketiga iaitu pada kadar 57%, namun kadar ini gagal melonjakkan teks tersebut ke tahap pengajaran atau tahap ta limi. Dengan kata lain, teks ketiga ini juga tidak dapat difahami oleh kumpulan pelajar yang diuji walaupun dengan bimbingan guru atau pensyarah mereka. KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa buku teks bahasa Arab 1, bagi siri al-mursyid mengandungi teks-teks yang boleh dikategorikan sebagai kebolehbacaannya berada pada tahap tinggi. Buku ini mengandungi teks-teks yang sukar difahami oleh para pelajar sasaran. Kajian ini mencadangkan agar penyusunan buku teks bahasa Arab tidak mengandungi teks utamanya yang sukar bagi pelajar memahami. Sekaligus menyebabkan tahap kebolehbacaan buku tersebut menjadi terlalu tinggi. Buku-buku teks bahasa Arab yang dihasilkan harus mengikuti langkah-langkah tertentu semasa penghasilannya. Satu hakikat yang perlu diterima ialah ianya perlu menjalankan beberapa kajian atau memanfaatkan kajian-kajian yang telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dan pengkaji semasa dengan memuatkan teks-teks yang sesuai sama ada kosa kata, susunan dan lain-lain elemen. Kajian ini juga mencadangkan agar buku-buku yang telah dihasilkan mesti melalui proses serta tempoh percubaan yang sesuai dan mencukupi, sebelum diguna pakai untuk satu tempoh yang agak panjang. Semakan dan penambahbaikan perlu berlaku sekurang-kurangnya setiap 5 tahun. RUJUKAN Ab Halim Mohamad. Buku Teks Bahasa Arab di Malaysia: Antara Teori Pengajaran dan Realiti, dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3. 2003. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Chall, J.S. (1974). Readability: An appraisal of research and application. Epping Essex: Bowker Publishing Company. Chall, J.S. & Dale, E. (1995). Manual for the new Dale-Chall readability formula. Cambridge, MA: Brookline Books. Creswell, J.W. (1994). Research design qualitative and quantitative approaches. Thousand Oaks,CA: Sage Publication. Ibrahim Abdullah. Pengajaran Bahasa Arab Peringkat Permulaan Untuk Pelajar-pelajar Dewasa. Tesis Master 2003, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Kamarulzaman Abdul Ghani, Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Nik Mohd. Rahima Nik Yusoff. Mengukur Kebolehbacaan Bahan-bahan Bacaan Bahasa Arab: Satu Keperluan Dalam Konteks Pendidikan, dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 5. Hotel Vistana, Pulau Pinang 5-6 Ogos 2006. Mansoer Pateda (1991). Linguistik Terapan. Jakarta: Penerbit Nusa Indah. Mumni, Abdullatif Abdul Karim. (2011). Jurnal Universiti Dimasy, Jilid 27. Zulazhan Ab. Halim, Zamri Ariffin dan Kaseh Abu Bakar. Ujian Kloz dan Hubungannya Dengan Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab, dalam Prosiding Nadwah Bahasa Dan Kesusasteraan Arab Kedua. Pusat Pendidikan Luar (PPL) Universiti Putra Malaysia. 10-11 Oktober 2009. Zulazhan Ab. Halim, Zamri Ariffin, Kaseh Abu Bakar dan Abd Wahid Saleh. Ikhtibar al-tatimmah wa Maqru iah Kitab al-balaghah fi Malizia, dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab 2011 (SAPBA 11). Beijing. 2-8 Disember 2012. International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education, 1(1), 2014 : 11-16