Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang, mata pelajaran perkara dan topik

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

THE USE OF HUMOUR IN THE ESL CLASSROOM RAYMOND A/L MANICKAM

ISPUB.COM. Perception of Authors in e-publishing. N Shiratuddin, Z Othman, K Ahmad, S Hassan INTRODUCTION TRADITIONAL PUBLICATION MODEL

DOWNLOAD PDF DIREKTORI KANDUNGAN DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

STRUKTUR PENERBITAN TNC P&I

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

SPIRAL OF SILENCE THEORY

Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial

36 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.23, JUN 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

How to Produce & Transform?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CLASSIFICATION OF THE AESTHETICS FORMULA AND GENERATING THE SCREEN DESIGNS FOR BALANCE PRINCIPLE

Rosmani Omar 1 Siti Ezaleila Mustafa 2. Accepted date: 6 May 2017 Published date: 26 December 2017

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

POSTER. Description KAD MATRIK. Description

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Pendapatan Social Media Influencers (SMIs) Dalam Kalangan Generasi Z

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

A RAINFOREST ESCAPADE COMPLETE PACKAGE FOR AN ADVENTURE GETAWAY

INFORMIKA JILID 1,2011

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

Transcription:

Jurnal PPM Vol. 3, 2009 KAJIAN KES MENGENAI PENGGUNAAN PERISIAN SOSIAL DI PERPUSTAKAAN IPTA DAN IPTS DI MALAYSIA Faizah Mohd Zain, Rohana Mahmood, Anna Kustyana Mukandar, Mazni Mohd Yusof, Norliah Sukarno, Azlan Mohamad Hamzah, Kamaruddin Abdollah, Shaizimah Badzri, Norhamsiah Ahmad Husaini, Ruzita Kamis, Rohalia Mohd Rohani, Mariatul Qibtiah Isa dan Siti Wahida Amanullah Perpustakaaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi annakm@ukm.my, mrohana@ukm.my ABSTRACT Web 2. 0 is an application and social networking software that provides interactive information sharing, user oriented design and collaboration on the Internet. Some popular social software that are being used are Facebook, Twitter, Blog dan Flickr. This article is the results of a study which seeks to identify the usage of Web 2. 0 applications in 20 public and 14 private academic libraries throughout Malaysia. A virtual survey was conducted from October 2009 to February 2010. The findings show that Web 2.0 applications are being used in some academic libraries. Currently, the Blog is the most widely used application. Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia PENGENALAN Perkhidmatan perpustakaan di era Web 2.0 banyak menggunakan perisian sosial seperti Yahoo Messenger, Blog, Twitter dan Facebook. Kemudahan ini digunakan oleh perpustakaan dan pelanggan dalam pencarian maklumat dan komunikasi dua hala. Perkhidmatan ini telah digunakan secara meluas di luar negara dan kajian ini melihat perkembangan penggunaan dan perkhidmatan Web 2.0 terutamanya penggunaan perisian sosial di perpustakaan khususnya di perpustakaan akademik awam dan swasta. Web 2.0 adalah istilah yang diperkenalkan pertama kalinya oleh O'Reilly Media pada tahun 2003 dan dipopularkan dalam Persidangan Web 2.0 Pertama pada tahun 2004. Ia dikaitkan dengan aplikasi web yang menyediakan kemudahan interaktif perkongsian maklumat, rekabentuk berorientasikan pelanggan, dan kolaborasi dalam Internet. Contoh Web 2.0 adalah komuniti siber, perisian sosial, perkongsian video,

Faizah Mohd Zain eta/. Wikis, Blogs, dan Mashups. Web 2.0 membolehkan pengguna berinteraksi dengan pengguna lain dan memberi maklumbalas mengenai kandungan sesuatu laman sesawang secara dalam.talian. (Wikipedia, 2009). Banyak yang telah diperkatakan mengenai Web 2.0 di serata dunia. Ramai yang beranggapan ia adalah satu teknologi baru yang melanda dunia hari ini. Ada juga yang beranggapan ia adalah sikap dan terdapat juga beberapa prinsip yang sangat berpotensi untuk dimanfaatkan (Miller, 2005). Untuk itu Miller (2005) menggariskan beberapa prinsip Web 2.0 yang penting, antaranya perkongsian idea, kod dan maklumat. Web 2.0 juga bermakna semua pihak mengambil bahagian dalam proses pembinaan aplikasi Web 2.0. berbeza dengan Web tradisional yang lebih bersifat sehala. Prinsip inilah yang telah menarik minat pengguna untuk menggunakan aplikasi Web 2.0 (Miller, 2005). Abram (2007) pula menganggap maklumat atau isi ialah elemen terpenting yang terdapat dalam Web 2.0. Manakala aplikasi seperti RSS, Wikis, Blog, Tagging dan Mashup pula bertindak sebagai asas kepada fenomena Web 2.0 ini. KAJIAN LITERASI Perpustakaan 2.0 Menurut Casey (2006), perpustakaan 2.0 mengambil model dari Web 2.0, di mana banyak nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang dapat memberikan nilai tambah kepada pelanggan perpustakaan boleh dimanfaatkan, baik dalam bentuk penggunaan teknologi mahupun yang tidak berasaskan teknologi. Untuk ini perpustakaan harus bersedia untuk berubah dan meningkatkan penglibatan pelanggan dalam aktiviti perpustakaan. Walaupun definasi ini dianggap sebagai longgar, namun ia merupakan asas kepada peralihan perpustakaan dari perpustakaan tradisional kepada perpustakaan 2.0. Dua asas penting yang perlu diambil perhatian ialah ianya sentiasa berubah dan penglibatan interaktif pengguna, terutamanya dalam perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan. Selari dengan definasi di atas, satu teori mengenai perpustakaan 2.0 telah dibina yang mengandungi empat asas penting, iaitu: a. Perpustakaan 2.0 mengutamakan pelanggan. Pelanggan terlibat atau diundang supaya terlibat dalam pembinaan maklumat dan pekhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan. Contohnya, terdapat saluran interaktif bagi pelanggan memberikan idea kepada OP AC a tau pun laman sesawang perpustakaan. Dalam hal ini kedua-dua belah pihak, pustakawan dan pelanggan, dapat memanfaatkan maklumat yang diberikan. 46 ) ) /,,, 1

Kajian kes mengenai penggunaan perisian sosial di perpustakaan!pta dan IPTS di Malaysia b. Perpustakaan 2.0 bersifat multimedia. Adalah disyorkan agar perpustakaan 2.0 melibatkan penggunaan video dan audio. c. Perpustakaan 2.0 kaya dengan penggunaan perisian sosial. Ini bagi memudahkan komunikasi dan perkongsian maklumat antara sesama pelanggan dan juga an tara pelanggan dan perpustakaan. d. Perpustakaan berubah berdasarkan kehendak pelanggan. Perpustakaan bukan hanya harus berubah, pelanggan juga boleh menyumbang dalam perubahan tersebut (Maness, 2006). Penjenamaan perpustakaan sebagai perpustakaan 2.0 sebenamya adalah satu langkah untuk menandingi perkhidmatan maklumat yang disediakan di Internet seperti Google dan Wikis. Pelanggan, terutamanya pelanggan generasi baru, harus melihat perpustakaan releven kepada mereka untuk mendapatkan bantuan maklumat (Miller, 2005). Pustakawan 2.0 Siapakah pustakawan dalam era perpustakaan 2.0? Abram (2007) menggariskan beberapa ciri pustakawan 2.0 seperti yang diperlukan dalam persekitaran perpustakan 2.0. Antara ciri yang diketengahkan ialah pustakawan 2.0 harus memahami penggunaan aplikasi 2.0 yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Mereka harus sentiasa menggunakan sumber-sumber elektronik dan cetak serta tidak merasa canggung dengan penggunaan aplikasi Web 2.0 terhadap perkara asas kepada perpustakaan seperti penggunaan tag pada katalog perpustakaan. Perpustakaan 2.0 memanfaatkan penggunaan multimedia dalam menarik minat pelanggan selain menggunakan aplikasi perisian sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Pustakawan 2.0 harus memahami dan mengakui peranan pelanggan sebagai satu kelompok pengguna melalui penyaluran maklumat menggunakan Blog dan Wikis (Abram, 2007). Dalam hal ini pustakawan dan perpustakaan harus memahami kehendak pelanggan serta mengakui kepentingan pelanggan kepada mereka, bukan hanya dari segi kehadiran mereka ke perpustakaan, malah pandangan, komen serta idea yang mereka utarakan dalam media-media sosial seperti Blog, Facebook dan Wikis sangat mempengaruhi kelompok besar pengguna perpustakaan. Jangan biarkan komen, pandangan dan idea mereka berlalu begitu saja. Pustakawan 2.0 harus bijak mengutip idea pelanggan, memberi respon atau komen dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka menggunakan saluran yang digemari. 47

Faizah Mohd Zain eta/. Selain sebagai aplikasi untuk berkomunikasi secara interaktif dengan pelanggan, pustakawan 2.0 boleh memanfaatkan lagi penggunaan perisian sosial ini sebagai alat untuk mempromosikan perpustakaan dan perkhidmatan yang disediakan. Penggunaan Facebook misalnya, telah digunakan sebagai alat promosi dan pemasaran perpustakaan. Xia (2009) yang menjalankan kajian mengenai pemasaran perpustakaan di dua perpustakaan akademik di Amerika mendapati penggunaan Facebook sangat berkesan selain dapat meningkatkan lagi minat pelajar dan tenaga akademik untuk berhubung dengan perpustakaan untuk tujuan penyelidikan mereka. Perkembangan di Malaysia Tidak banyak artikel yang membincangkan mengenai penggunaan aplikasi Web 2.0 ataupun perpustakaan 2.0 di Malaysia. Kebanyakan artikel masih berbincang mengenai penggunaan Iaman sesawang tradisional dan perkhidmatan secara digital (Wan Ab Kadir, 2008; Kaur, 2009). Kaur (2009) misalnya, melaporkan bahawa kurang dari 60% perpustakaan akademik di Malaysia menggunakan "push technology" dalam menyampaikan berita dan perkembangan perpustakaan, sedangkan dalam era perpustakaan 2.0 penggunaan sumber maklumat dua hala seperti Blog lebih dipandang efektif. Mohd. Pisol et al (2008) lebih cenderung menulis mengenai keperluan pengurusan perpustakaan 2.0 dan bukannya mengenai perpustakaan 2.0 itu sendiri. KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: a. Melihat penggunaan perisian sosial di perpustakaan akademik di Malaysia b. Mengkaji tujuan penggunaan perisian sosial tersebut c. Mencadangkan penggunaan Web 2.0, terutamanya perisian sosial, di Iaman sesawang Perpustakaan UKM.!1 il Proses pengumpulan data mengenai penggunaan aplikasi Web 2.0 ke atas perpustakaan akademik awam dan swasta dilakukan secara tinjauan melalui Iaman sesawang perpustakaan yang terlibat dari Oktober 2009 sehingga Februari 2010. Senarai institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) diperolehi daripada Iaman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Tinjauan adalah berkenaan dengan penggunaan perisian sosial iaitu Yahoo Messenger, Web Blog, Facebook, Flickr, Twitter, Friendster, Youtube, Delicious. RSS dan Wikis. Sekiranya sesebuah perpustakaan mempunyai lebih daripada satu Iaman sesawang, hanya Iaman sesawang utama diambilkira. Sebanyak 20 buah IPTA dan 14 buah IPTS dikenalpasti (Jadual1 dan 2). 48

Kajian kes mengenai penggunaan perisian sosial di perpustakaan /PTA dan IPTS di Malaysia Jadual 1: IPT A Bil. IPTA Singkatan I. Universiti Darul Iman Malaysia UDM 2. Universiti Islam Antarabangsa UIA 3. Universiti Kebangsaan Malaysia UKM 4. Universiti Malaya UM 5. Universiti Malaysia Kelantan UMK 6. Universiti Malaysia Pahang UMP 7. Universiti Malaysia Perlis UniMaP 8. Universiti Malaysia Sabah UMS 9. Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS 10. Universiti Malaysia Terengganu UMT 11. Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI 12. Universiti Putra Malaysia UPM 13. Universiti Sains Islam Malaysia USIM 14. Universiti Sains Malaysia USM 15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTem 16. Universiti Teknologi Malaysia UTM 17. Universiti Teknologi MARA UiTM 18. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM 19. Universiti Utara Malaysia UUM Jadual2: IPTS Bil. I. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. II. 12. 13. 14. IPTS Al-Madinah International University_ Asia e University International Centre fo.r Education in Islamic Finance Multimedia University Universiti Industri Selangor Universiti Kuala Lumpur International Medical University Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Petronas Universiti Tenaga Nasional Universiti Terbuka Malaysia (Open University Malaysia) Universiti Terbuka Wawasan Universiti Tun Abdul Razak Universiti Tunku Abdul Rahman Singkatan ME DIU AeU INCEIF MMU UNISEL UNIKL IMU MUST UTP UNIT EN OUM wou UNITAR UTAR 49

Faizah Mohd Zain et al HASIL KAJIAN Hasil daripada tinjauan awal mendapati kebanyakan perpustakaan akademik di Malaysia menggunakan Blog dalam Iaman sesawang mereka untuk memaklumkan aktiviti, perkhidmatan, ulasan buku, kursus kemahiran maklumat, aduan/maklumbalas pelanggan, berita perpustakaan, dan perolehan bahan baru dalam bentuk buku, jurnal dan media. Jenis Aplikasi Web 2.0 Tinjauan dilakukan berdasarkan aplikasi Web 2.0 berikut: a) Yahoo Messenger b) Blog c) Facebook d) Twitter e) YouTube f) Delicious g) RSS h) Flickr Penggunaan Web 2.0 Hanya 35% (12) perpustakaan di IPT menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam memberi perkhidmatan kepada pengguna berbanding 65% (22) lagi yang tidak menggunakannya. Jadual3 menunjukkan aplikasi-aplikasi Web 2.0 yang digunakan. Jadual3: Penggunaan aplikasi Web 2.0 di IPTA serta IPTS IPTA Aplikasi Web 2.0 1. UDM Blog - perkhidmatan perpustakaan 2. UniMaP Blog - aduan/maklumbalas pelanggan - berita perpustakaan - perkhidmatan perpustakaan 3. UM Blog - aduan/maklumbalas pelanggan - berita perpustakaan - perkhidmatan perpustakaan Facebook YouTube Delicious RSS Flickr 50

Kajian kes mengenai penggunaan perisian sosial di perpustakaan!pta dan IPTS di Malaysia 4. UMT IPTS 1. MMU 2. UNIKL 3. IMU 4. MUST 5. UTP 6. OUM 7. wou 8. UNITAR Yahoo Messenger Aplikasi Web 2.0 Yahoo Messenger Blog- ulasan buku - berita perpustakaan - perkhidmatan perpustakaan Facebook RSS Flickr Blog - buku baru Face book Flickr RSS Blog - berita perpustakaan - perkhidmatan perpustakaan Blog - buku baru YouTube Blog- ulasan buku - kursus kemahiran maklumat - aduan/maklumbalas pelanggan - berita perpustakaa - buku baru - perkhidmatan perpustakaan Facebook YouTube RSS Yahoo Messenger Blog - ulasan buku - buku baru Perbandingan penggunaan Web 2.0 di IPT A dan IPTS Sebanyak 80% perpustakaan IPTA belum menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna. Hanya empat perpustakaan IPT A sahaja yang menggunakan aplikasi ini. Peratusan penggunaan Web 2.0 di perpustakaan IPTS adalah 57% iaitu 8 daripada 14 buah perpustakaan. 51

Faizah Mohd Zain eta/. Aplikasi perisian sosial Web 2.0 di perpustakaan institut pengajian tinggi Blog merupakan aplikasi perisian sosial yang paling tinggi penggunaannya iaitu sebanyak 26% (9) daripada keseluruhan perpustakaan. Ini diikuti oleh Facebook, --RSS 12% (4) dan Yahoo Messenger 9% (3), YouTube dan Flickr mempunyai 6% (2) dan yang terendah ialah Delicious 3% (1). Tiada penggunaan bagi aplikasi Twitter (Jadual4). Jadual4: Penggunaan aplikasi perisian sosial di perpustakaan IPT Bil. Perisian Sosial Bil Perpustakaan % Yang Terlibat 1. Blog 9 26 2. Delicious I 3 3. Facebook 4 12 4. Flickr 3 9 5. RSS 4 12 6. Twitter 0 0 7. Yahoo Messenger 3 9 8. YouTube 3 9 Blog di perpustakaan IPT Terdapat sembilan perpustakaan akademik yang menggunakan Blog iaitu UDM, UniMaP, UM, MMU, UniKL, MUST, UTP, OUM dan UNITAR. Jadual 5: Tujuan penggunaan B1og Bil. Perisian Sosial Bil Perpustakaan 0 /o Yang Terlibat 1. Perkhidmatan perpustakaan 6 67 2. Aktiviti perpustakaan 6 67 3. Berita perpustakaan 5 56 4. Buku baru 4 44 5. Ulasan buku 3 33 6. Aduan/maklumbalas pelanggan 3 33 7. Kursus kemahiran maklumat 1 11 52

/ ~-- / Kajian kes mengenai penggunaan perisian sosial di perpustakaan /PTA dan IPTS di Malaysia Tujuan penggunaan blog di kesemua perpustakaan ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5. Jadual 5 menunjukkan 67% (6) perpustakaan IPT menggunakan blog sebagai platform untuk makluman aktiviti perpustakaan. Sebanyak 56% (5) menjadikan Blog untuk menyampaikan berita perpustakaan, koleksi buku baru dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Seterusnya 33% (3) perpustakaan memaparkan ulasan buku dan aduan atau maklumbalas pelanggan di dalam Blog. Hanya satu perpustakaan, iaitu Universiti Terbuka Malaysia (OUM), memaklumkan tentang kursus kemahiran maklumat melalui Blog. CADANGAN Perpustakaan di Malaysia seharusnya memanfaatkan pensmn sosial dalam perkhidmatan mereka untuk menggalakkan komunikasi interaktif yang berkesan antara perpustakaan dengan pelanggan dan sebagai wadah untuk mempromosi perkhidmatan perpustakaan di Malaysia terutamanya perpustakaan akademik. Pustakawan perlu peka dengan teknologi terkini dan bersedia untuk menerima perubahan semasa serta memahirkan diri dengan ilmu pengetahuan barn agar citra pustakawan meningkat seiring dengan kemajuan teknologi terkini dan harapan pengguna. Pengurusan perpustakaan harus bersikap terbuka untuk membolehkan penggunaan perisian sosial ditempat kerja bagi menggalakkan perkongsian maklumat. W alaubagaimanapun, pemantauan harus dibuat untuk mengelakkan penyalahgunaan. RUMUSAN Kajian ini memberi gambaran mengenai kepentingan dan penggunaan perisian sosial di perpustakaan akademik di Malaysia. W alau bagaimana pun, masih terdapat banyak perpustakaan akademik di Malaysia yang tidak menggunakan perisian Web 2.0. Diharapkan pada masa akan datang lebih banyak perpustakaan akademik memanfaatkan perisian Web 2.0 untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menjadikan perpustakaan sentiasa relevan dengan tuntutan pengguna. RUJUKAN Abram, S. 2007. Web 2.0, library 2.0 and librarian 2.0: preparing for the 2.0 world.!online information. Bradley, P. 2007. How to Use Web 2.0 in Your Library. London: Facet. Casey, M. 2006. Born in the biblioblogosphere. LibraryCrunch, 3 January. Retrieved on 2 September 2009 from http://www.librarycrunch.com/2006/01/post_l.h 53

Faizah Mohd Zain et al. Goodman, Jack. 2009. Web 2.0 and public libraries: essential innovation requires a national solution. APLIS, Vol. 22, no. 3 : 104-05. Kiran Kaur. 2009. Marketing the academic library on the Web. Library Management, Vol. 30, no. 6/7: 454-68. Manes, J.M. 2009. Library 2.0 theory: Web 2.0 and its amplications for libraries. Webology, Vol. 3, no. 2. Retrieved on 9 February 2009 from http://www.weblogy.ir?2006/v32/a25.htms Mohd Pisol Ghadzali, Radia Banu Jan Mohamad and Shahriza Fadly Misaridin. Managing Universiti Sains Malaysia Libraries 2.0: Developing strategic leadership values for librarian. Paper presented at the International Conference on Libraries:!COL 2008, 15th -16th June 2009, Penang. Miller, P. 2005. Web 2.0: Building the newllibrary. Ariadne, Vol. 45. Retrieved on 9 February 2009 from http://www.ariadne.ac.uk/issue45/miller Nguyen Cuong Linh. 2008. A survey of the application of Web 2.0 in Australasian university libraries. Library Hi Tech, Vol. 16, no. 4: 630-53. Peltier-Davis, Cheryl. 2009. Web 2.0, Library 2.0, Library User 2.0, Librarian 2.0: Innovative services for sustainable libraries. Computers in Libraries, Vol. 29, no. 10: 16-21. Rethlefsen, Melissa L., Mary Piorun, and J. Dale Prince. 2009. Teaching Web 2.0 technologies using Web 2.0 technologies. Journal of the Medical Library Association, Vol. 97, no. 4: 1-2. Seeker, Jane Lloyd, Caroline. 2008. Libraries, social software and distance learners : The adventures of Lassie. Health Information on the Internet, Vol. 62. Shoniwa, P, and Hazel H. 2007. Library 2.0 and UK academic libraries: Drivers and impacts. New Review of Information Networking, Vol. 13, no. 2: 69-79. Xia, Z.D 2009. Marketing library services through Facebook groups. Library Management, Vol. 30, no. 6/7: 469-478. 54