Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

How to Produce & Transform?

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

SPIRAL OF SILENCE THEORY

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

Rosmani Omar 1 Siti Ezaleila Mustafa 2. Accepted date: 6 May 2017 Published date: 26 December 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

ISPUB.COM. Perception of Authors in e-publishing. N Shiratuddin, Z Othman, K Ahmad, S Hassan INTRODUCTION TRADITIONAL PUBLICATION MODEL

DOWNLOAD PDF DIREKTORI KANDUNGAN DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

SYARAT PENCALONAN DAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH TOKOH PENERBITAN

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

Pendapatan Social Media Influencers (SMIs) Dalam Kalangan Generasi Z

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang, mata pelajaran perkara dan topik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

8-BITS X 8-BITS MODIFIED BOOTH 1 S COMPLEMENT MULTIPLIER NORAFIZA SALEHAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Title of Manuscript (Format and Guidelines for Manuscript Preparation and Submission to Jurnal Kejuruteraan)

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

INFORMIKA JILID 1,2011

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

Transcription:

Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial SULAIMAN BIN SALLEH Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Emel: Sulaiman@kuis.edu.my ABSTRAK Hari ini jualan buku dikatakan merosot sejak teknologi komunikasi berkembang dengan pesat. Usaha promosi berterusan yang dilakukan terpaksa ditingkatkan untuk menarik perhatian pembeli. Peningkatan promosi juga akan meningkatkan harga buku kerana ianya dimasukkan dalam pengiraan kos penerbitan. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mendapatkan penjelasan adakah perkembangan teknologi komunikasi masa kini memberi kesan terhadap buku yang diterbitkan. Teknologi komunikasi terutama membabitkan media sosial juga kerap dikaitkan sesuai sebagai medium utama promosi. Penyelidik menggunakan kaedah kajian menggunakan novel yang dihasilkan sendiri sebagai sampel kajian dengan promosinya di media sosial (facebook), juga milik penyelidik. Dengan menggunakan teori keterhampiran elektronik penyelidik mendapati promosi yang sesuai di media sosial berupaya memperkenalkan dan menarik pembaca untuk membeli novel yang ditulis oleh penyelidik. Kata Kunci: Promosi, Media Sosial. PENGENALAN Hingga kini, selepas lebih 1,000 tahun sebaik kewujudan Diamond Sutra, sejenis buku yang dikesan menggunakan alat cetak dikesan (868 masehi), penerbitan buku terus bertahan dan tidak menunjukkan akan lenyap. Seolah-olah buku mempunyai keistimewaan tersendiri hingga menyebabkan ianya kebal walaupun wujud pelbagai teknologi komunikasi pada masa kini. Sekadar contoh, buku pertama yang dicetak di Amerika Syarikat (AS), The Bay Psalm Book (terjemahan kitab injil), dicetak pada tahun 1640, adalah buku termahal di dunia. Selepas 373 tahun, pada tahun 2013, melalui syarikat jualan lelong multinasional, Sotheby s, ianya berjaya dilelong pada harga RM45.44 juta. Nilai sejarah yang terdapat pada naskhah berkenaan, bukannya faktor teknologi komunikasi melalui rangkaian internet, dipercayai menjadikannya buku termahal di dunia. Hari ini, dilihat minat membaca buku terutamanya karya kreatif seperti novel masih menjadikan karya kreatif itu masih dicetak dalam bentuk buku. 1. 1Permasalahan Kajian i. Jualan buku dikatakan merosot sejak teknologi komunikasi berkembang dengan pesat di negara ini. ii. Promosi untuk memperkenalkan buku yang dihasilkan sering dimasukkan ke dalam harga buku yang dijual. 533

1.2 Tujuan Kajian Kajian ini dilakukan adalah untuk: i. Mendapatkan kepastian adakah benar jualan buku merosot kesan perkembangan teknologi komunikasi masa kini. ii. Mendapatkan kaedah promosi yang sesuai untuk buku yang dihasilkan dengan menggunakan media sosial sebagai medium utama promosi. 1.3 Takrifan Konsep Promosi ditakrifkan sebagai segala usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dan sebagainya) (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015). Media sosial merupakan alatan dengan perantaraan komputer yang membolehkan orang ramai untuk mencipta, berkongsi atau bertukar-tukar maklumat, idea, gambar, dan video dalam komuniti dan rangkaian maya. Media sosial juga didefinisikan sebagai sekumpulan aplikasi berasaskan internet yang dibina di atas asas ideologi dan teknologi Web 2.0 yang membolehkan penciptaan dan pertukaran kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. Lebih menarik, media sosial hari ini juga bergantung kepada teknologi mudah alih selain berasaskan web untuk menghasilkan platform yang sangat interaktif di mana individu dan komuniti berkongsi, sama-sama mencipta, membincangkan, dan mengubahsuai kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. Platform ini memperkenalkan perubahan besar serta menyeluruh kepada komunikasi di antara perniagaan, organisasi, komuniti, dan individu. 1.4 Model Dan Teori Komunikasi Teori komunikasi berupaya menerangkan, menjelaskan, menilai, membuat ramalan supaya kita dapat memahami fenomena sesuatu komunikasi. 1.4.1 Teori Keterhampiran Elektronik Menurut Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof (2003), media komunikasi berbeza dalam aspek kekayaan informasi atau maklumat. Banyak pilihan media yang dapat digunakan, dan akan dijelaskan dalam Teori Keterhampiran Elektronik. Teori yang dihasilkan oleh Korzenny pada tahun 1978 dan 1981 ini memberi gambaran keterhampiran corak dan pola komunikasi antara perseorangan melalui penggunaan media elektronik, Dikatakan, jarak antara individu tidak menjadi penghalang untuk mereka berkomunikasi kerana ianya berupaya diambil-alih oleh saluran terbuka yang berupaya digunakan dengan dimasukkan simbol-simbol komunikasi. Teknologi juga turut berupaya merapatkan jarak dan jurang, menjadikan kita begitu dekat di minda, hati dan sanubari. HASIL KAJIAN Kajian yang dilakukan mendapati terdapat keistimewaan penerbitan dan promosi buku di media baharu. Teknologi media massa massa di sesawang masa kini menyebabkan buku yang diterbitkan tidak membabitkan kos pencetakan. Kosnya hanya membabitkan upah pereka letak, peralatan 534

komputer dan rangkaian internet. Malah kos berkenaan boleh dikurangkan jika penulis boleh melakukannya sendiri. Terdapat beberapa keistimewaan lain yang menyebabkan buku masih berupaya bertahan hingga kini, antaranya: i. Tiada had edaran. Edarannya boleh dilakukan melebihi sebuah negara, asalkan pembaca di negara yang mempunyai rangkaian internet dapat memahami bahan bacaan yang dihasilkan. Buku berkenaan juga boleh diterjemahkan jika mendapat permintaan yang tinggi daripada para pembaca. ii. Pantas bertemu khalayak. Khalayak atau pembeli boleh mendapatkan buku yang dipesan melalui rangkaian internet dalam tempoh hanya beberapa minit sebaik ianya dihantar oleh penulis atau pembekal. iii. Maklumbalas segera. Penulis atau pembekal produk buku yang dihasilkan berupaya mendapatkan maklumbalas segera daripada khalayak atau pembeli terhadap buku yang dihasilkan. iv. Tiada kontrak. Hakcipta seratus peratus dimiliki oleh penulis. Tiada perjanjian kontrak antara penulis dan penerbit kerana penulis sendiri yang menerbitkan buku yang ditulisnya. Kebanyakan penerbit yang menerbitkan bahan bacaan dalam bentuk buku pada hari ini dilihat sentiasa berusaha untuk menyesuaikan produk yang mereka hasilkan dengan keadaan semasa. Penyesuaian berkenaan membabitkan ketebalan, kepakaran, sasaran khalayak, penghargaan dan penyimpanan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan penerbitan melalui media sosial iaitu: i. Ketebalan. Kebanyakan buku yang diterbitkan di media baharu tidak boleh tebal berbanding bahan bercetak yang tiada had muka surat walaupun ianya mencecahkan ribuan muka surat. ii. Kepakaran. Kepakaran mereka letak dan mahir dalam bidang komputer diperlukan untuk menarik perhatian pembaca. iii. Sasaran pembaca terhad. Hanya pengguna komputer yang berkebolehan menggunakan komputer sahaja boleh melayari buku yang dipromosikan atau dijual di laman web. iv. Penghargaan. Pembeli akan berurusan terus dengan penulis. Kesannya, penulis kebiasaannya akan tersinggung apabila mengetahui pelbagai komen di laman sesawang mengenai buku yang ditulis dan diterbitkannya sendiri. v. Penyimpanan. Buku yang dihasilkan mengambil risiko rosak diserang oleh virus dan software seperti jenis tulisan terhad dan kerap ada pemegang hakciptanya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan untuk menerbitkan buku melalui media baru, kelemahan berkenaan perlulah diperbaiki supaya penerbitannya dapat diteruskan dan seiring perubahan teknologi terkini. Kajian yang dilakukan juga mendapati khalayak di media sosial juga mempunyai persamaan dengan khalayak di lain-lain media iaitu: i. Bersifat individu dan mengharapkan perhatian individu lain (individu daripada media yang didedahkan). ii. Wujud dalam kumpulan yang besar (pelbagai demografi). Demografi berkaitan dengan ciri-ciri perkembangan penduduk dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dan sebagainya dalam tempoh waktu tertentu. iii. Mempunyai kuasa memilih, menerima dan menolak sesuatu ciptaan dan persembahan media termasuk kandungannya. iv. Berubah mengikut perubahan sekeliling termasuk perubahan sistem sosio-budaya, ekonomi dan politik. 535

v. Khalayak selalu mahukan yang baru daripada media, termasuk media sosial. vi. Citarasa yang pelbagai disebabkan berlainan umur, tahap pendidikan, lingkungan sosial, ekonomi dan sebagainya. 1. Sampel Kajian Penyelidik perkukuhkan kajian yang dilakukan ini dengan menggunakan sampel karya novel yang dihasilkan sendiri, berjudul Janji Lelaki berketebalan 389 muka surat dengan 51 bab sebagai bahan kajian. Diwujudkan satu blog Sulaimankuis4.blog.spot sebagai bahan promosi karya yang dihasilkan. Bermula 15 September 2016 hingga 7 Disember 2016, penyelidik memasukkan bab 1 hingga bab 15 ke blog berkenaan. Setiap kali mengemaskini blog berkenaan penyelidik akan waw-warkan ke media sosial di facebook milik penyelidik yang seramai kira-kira 4,200 rakan, terdiri daripada pelbagai latar belakang. Penyelidik mendapati kuasa Share yang terdapat pada facebook membolehkan lain-lain rakan kepada media sosial mendapat maklumat mengenai novel Janji Lelaki berkenaan, termasuk pembaca dari lain-lain negara. Hingga 15 September 2017, terdapat sebanyak 1050 pembaca yang membaca sebahagian daripada bab 1 hingga bab 15 novel Janji Lelaki yang dijadikan sebagai sampel kajian. Sebanyak 20 naskhah novel Janji Lelaki dicetak dan habis terjual dalam tempoh dua bulan, samada dibeli secara terus dari penyelidik atau melalui kiriman pos. Contoh pendekatan untuk menarik perhatian rakan-rakan facebook bagi melayari laman sesawang Sulaimankuis4.blogspot.my: Hari ini, dunia pencetakan dan penerbitan buku terutamanya karya kreatif seperti novel berkembang dengan mengalakkan. Perkembangan itu seharusnya dimanafaatkan oleh golongan muda yang berminat dalam dunia penerbitan, terutamanya penghasilan karya-karya kreatif. sebagai penulis karya "Janji Lelaki" yang dihasilkan semasa bertugas sebagai wartawan sambilan di Harian Metro, Seremban sekitar tahun 2003-2008, penulis tidak terkecuali daripada terkesan dipengaruhi oleh faktor-faktor yang dinyatakan. Karya ini juga berjaya disiapkan dalam tempoh hampir setahun iaitu sekitar tahun 2005, tetapi tidak diterbitkan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Dengan kemudahan teknologi pencetakan dan promosi di media sosial pada masa kini, penulis mengambil keputusan untuk mencetak dan mempromosi sendiri karya yang dihasilkan. Sebahagian 15 Bab novel "Janji Lelaki" boleh dilayari di sulaimankuis4.blogspot.my. 536

Berikut adalah pecahan bagi pelayar yang memasuki blog Sulaimankuis4.blogspot.my mengikut negara: NEGARA JUMLAH Malaysia 861 Perancis 86 United States 50 Indonesia 13 German 1 Kuwait 1 Romania 1 Singapura 1 Vietnam 1 JUMLAH 1015 Sumber: Sulaimankuis4.blogspot.my Sepanjang setahun tempoh kajian, bermula 15hb September 2016 hingga 15hb September 2017 sebanyak 15 bab novel Janji Lelaki dimasukkan ke blog berkenaan. Penyelidik menggunakan media sosial facebook miliknya untuk memaklumkan sebaik bab-bab novel berkenaan dimasukkan ke blog berkenaan. Sepanjang tempoh setahun, didapati seramai lebih 1,000 yang melayari blog berkenaan. PENUTUP DAN CADANGAN Permasalahan golongan penerbit masa kini yang membabitkan jualan buku dikatakan merosot sejak teknologi komunikasi berkembang dengan pesat adalah masalah sementara. Penyelidik berpandangan ianya sebagai masalah sementara kerana teknologi komunikasi sebenarnya berupaya mengurangkan kos promosi penerbitan yang sering disertakan ke dalam harga buku yang dijual. 537

Kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat ini seharusnya dimanafaatkan dengan mempertingkatkan ilmu berkaitan serta kaedah promosi yang sesuai serta berkesan. Contohnya, penerbit boleh menganggarkan berapa jumlah naskhah buku yang bakal dijual dan jumlah cetakan akan mengikut jumlah yang berminat untuk membelinya. Kaedah yang digunakan itu berupaya menjimatkan kos pencetakan dan buku yang diterbitkan berupaya dijual dalam masa yang sesuai. Setiap produk yang dipromosikan di media sosial kebiasaannya terdapat kelebihan dan kelemahan. Kelebihan itu haruslah dikekalkan dan kelemahan yang dikesan pula harus diperbaiki supaya sasaran jualan produk yang dihasilkan dapat mencapai sasaran. Rujukan: Al-Quran, (2000). Mushaf Malaysia Rasm Uthmani. Terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih. Penerbitan Darulfikir: Kuala Lumpur. Chamil Wariya (2017), Krisis dan Strategi: Isu-isu Semasa Kewartawanan dan Media. Malaysia Press Institute. Kuala Lumpur. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat, (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Prof. Madya Dr. Saodah Wok, Dr. Narimah Ismail, Prof. Dr. Mohd. Yusof Hussain (2003). Teori-teori Komunikasi. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang. Prof. Dr. Mohamad Fauzan Noordin (2016), ICT dan Islam. PTS Akademia. Selangor. Faridah Ibrahim, Normah Mustaffa, Mohd Rajib Ab Ghani, (2016). Penulisan Media Massa. Penerbit UniMAP Universiti Malaysia Perlis. Perlis. www.sulaimankuis4.blog.spot. 538