KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

THE USE OF HUMOUR IN THE ESL CLASSROOM RAYMOND A/L MANICKAM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 5, Issue 1 (2016) 39-46

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

How to Produce & Transform?

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

8-BITS X 8-BITS MODIFIED BOOTH 1 S COMPLEMENT MULTIPLIER NORAFIZA SALEHAN

CABLE THEFT MONITORING SYSTEM USING GSM MODEM (CTMS) SYAZWAN BIN MOHD NAZRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE INFLUENCE OF HUMOUR ON CREATIVE THINKING WONG HONG CHENG FPP

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 4

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 2, Issue 1, (page 54-65), Md Jais Bin Ismail 1 1 Universiti Putra Malaysia

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

MODELING AND CONTROLLER DESIGN OF A HOT AIR BLOWER SYSTEM KHAIRUL NIZAR SYAZWAN BIN WAN SALIHIN WONG

SPIRAL OF SILENCE THEORY

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Rosmani Omar 1 Siti Ezaleila Mustafa 2. Accepted date: 6 May 2017 Published date: 26 December 2017

FIGURATIVE EXPRESSIONS IN JOHN STEINBECK S THE PEARL A THESIS BY: ENY NOVEYONA PURBA REG. NO

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

AUTOMATIC CABLE STRIPPER

Transcription:

TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN BUKU ELEKTRONIK: E-BOOK NETWORK SECURITY DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI KELAS DNS6B DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN) DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI Rosmawati Bt Jaafar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai rosma@psp.edu.my Saw Bee Fong Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai saw@psp.edu.my ABSTRAK Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi nafas baru dalam dunia pendidikan. Penggunaan buku elektronik telah berkembang seiring dalam arus pendidikan. Buku elektronik merupakan salah satu alat bantuan mengajar (ABM) pada masa kini. Kaedah ini merupakan salah satu proses dalam pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan itu satu kajian telah dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan buku elektronik e-book network security dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kelas DNS6B Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) Di Politeknik Seberang Perai. Sampel kajian terdiri daripada 40 pelajar semester 6 di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai responden. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi item-item yang berkaitan dengan kajian ini. Data-data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS)versi 16. Hasil penganalisaan data diterangkan dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan e-book dalam membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan penerimaan pelajar mempengaruhi tahap penguasaan buku elektronik. KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). 1.0 PENGENALAN Dalam mencapai wawasan 2020 Malaysia semakin mengorak langkah maju ke depan. Perkembangan teknologi maklumat semakin pesat. Kita dapat menyaksikan perkembangan ilmu Pendidikan juga ke depan. Pelbagai teknologi dan cara yang digunakan untuk meningkatkan peningkatan dalam Pendidikan. Antaranya adalah e-book. Isitilah e-book boleh ditafsirkan sebagai buku elektronik (disingkatkan menjadi buku-e atau ebook) atau buku digital adalah versi elektronik dari buku. E-book adalah sebuah bentuk buku yang dapat dibuka secara elektronik melalui komputer atau telefon pintar. Jika buku pada umumnya terdiri daripada kumpulan kertas.

Pada masa kini, buku elektronik diminati kerana mudah untuk dibawa kemana sahaja serta ukurannya yang kecil jika dibandingkan dengan buku. Kita dapat lihat tahap penggunaan teknologi masa kini tidak terbatas kerana kemudahan internet boleh didapati dimana sahaja. Ini bukan sahaja terbatas kepada bahan bercetak malahan terdapat dalam bentuk digital. Buku elektronik mampu menyediakan bahan bacaan yang terdiri daripada pelbagai jenis buku, majalah dan surat khabar. Kemudahan yang sedemikian boleh disifatkan sebagai sebuah kedai buku sehingga ada kalanya boleh dikategorikan sebagai perpustakaan maya (Rojeski, M., 2012). 1.1 PERNYATAAN MASALAH Penggunaan buku elektronik adalah merupakan satu inovasi yang sesuai dengan gaya pembacaan generasi kini untuk mendapatkan maklumat. Kemajuan di dalam Teknologi Informasi dan Komunikasi telah membawa aliran atau kaedah baru dalam kaedah dan cara pembacaan. Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, dapat dilihat telah berlaku perubahan tentang cara pembacaan, daripada membaca maklumat di atas kertas sahaja kepada membaca maklumat di dalam bentuk digital di layar komputer. Dapatan kajian oleh Huang, Hsin-chou (2012) menunjukkan bahawa pembacaan melalui layar komputer khususnya buku elektronik adalah merangkumi maklumat-maklumat digital seperti bahanbahan pemprosesan perkataan, surat elektronik, hiperteks atau internet. Penggunaan buku elektronik yang mempunyai aplikasi buku digital, komputer dan internet adalah alat bantu belajar yang menarik untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Buku elektronik adalah buku digital yang dikawal perisiannya menerusi portal pembelajaran. Penggunaan buku elektronik memberikan wadah baru bagi menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca serta mengumpulkan maklumat (Fisher, K.S., 2012). Buku elektronik yang beroperasi tanpa wayar dan mudah untuk digunakan adalah sesuai bagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Maklumat di dalam buku elektronik adalah berbentuk setempat kerana buku ini menggunakan sistem tetingkap yang membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar buku elektronik tersebut. Pelbagai bahan pembacaan yang berbentuk multimedia boleh dicapai melalui tetingkap oleh pelajar sama ada melalui aplikasi Internet atau teks digital (Mat Redhuan bin Samsudin, 2014). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa keistimewaan dan kemudahan yang disediakan oleh komputer dan internet dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran di bilik darjah (Azelin Mohamed Noor, 2012). Persoalannya, dapatkah penggunaan buku elektronik mempertingkatkan pengetahuan dan maklumat pelajar bagi kursus FN612 Network Security serta meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan akhir. 1.2 OBJEKTIF Kajian ini bertujuan untuk membolehkan penyelidik meninjau bagaimana tahap keberkesanan penggunaan buku elektronik e-book network security dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kelas DNS6B Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Seberang Perai. Dalam kajian ini, tahap penggunaan, tahap keberkesanan dan tahap kefahaman serta penguasaan responden telah diambil kira. Selain itu juga, kajian ini akan mengenalpasti data demografi bagi setiap pelajar. Secara khususnya, objektif kajian ialah untuk mengenalpasti:

a) Meninjau tahap penggunaan buku elektronik di kalangan pelajar DNS 6B Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Seberang Perai. b) Mengkaji tahap keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap penggunaan buku elektronik digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. c) Mengkaji tahap kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap penggunaan buku elektronik digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. 1.3 SKOP KAJIAN Skop kajian ini melibatkan pelajar semester 6 Sesi Jun 2015. Pelajar ini terdiri daripada pelajar DNS6B Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Rangkaian). Kumpulan sasaran yang terlibat ialah pelajar semester 6 yang mendaftar dan mengikuti kaedah pengajian sepenuh masa sahaja. 2.0 KAJIAN LITERATUR Buku elektronik merupakan sebuah peranti yang digunakan bagi membantu pensyarahpensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia adalah satu alat atau buku elektronik yang menggantikan buku teks. Menurut Azelin Mohamed Noor (2012), buku elektronik yang diperkenalkan dapat mengurangkan beban pelajar untuk membawa buku teks setiap hari ke sekolah dan apabila wujudnya buku elektronik ia telah memberi pendedehan kepada pelajar dengan teknologi terkini dan canggih. Peranti buku elektronik yang digunakan oleh para pelajar dan guru telah memberikan suatu perubahan dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran yang selari dengan arus semasa. Kaedah pembelajaran lebih terbuka dimana pelajar dapat mengakses pelbagai maklumat dengan cepat. Buku elektronik direka untuk penyimpanan bahan bacaan dan memberikan paparan kepada guru dan pelajar untuk pembacaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Smith dan Carlin (2012), peranti buku elektronik adalah berbeza dengan peranti lain yang lebih fokus kepada perisian dalam bentuk pdf manakala perisian yang terdapat dalam buku elektronik lebih interaktif. Dalam buku elektronik, buku teks telah dimanipulasikan kepada bentuk digital dan ia dibangunkan menggunakan perisian Flash. Buku-buku teks ini didigitalkan dan menjadikan buku ini lebih menarik dan interaktif dimana dalam satu perisian, pelajar hanya perlu memilih topik yang mereka ingin pelajari. Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dengan wujudnya buku elektronik, guru didapati perlu memainkan peranan penting bagi memantau penggunaan, dan perlu mempunyai persediaan, dalam memahirkan diri serta mempunyai pengetahuan dalam pengendalian bahan (Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad 2010). Penguasaan guru terhadap peranti tersebut adalah penting bagi memastikan objektif buku elektronik diwujudkan dapat dicapai dan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini adalah merupakan satu kajian berbentuk tinjauan dan statistik deskriptif (kuantitatif). Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), kaedah tinjauan merupakan kaedah yang spesifik bagi mengumpul maklumat dari kumpulan populasi yang besar. Melalui kaedah ini, penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik untuk dijawab

oleh responden yang telah dikenalpasti. Pengumpulan maklumat daripada sampel dilakukan melalui penggunaan borang soal selidik. 3.2 Pensampelan Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan data daripada suatu populasi. Pensampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana pengkaji boleh mendapatkan maklumat mengenai suatu populasi daripada sebahagian individu daripada populasi tersebut. Populasi adalah seramai 40 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Seberang Perai. Sampel yang diambil dan dipilih adalah terdiri daripada 40 orang responden. 3.3 Analisis data Bagi kajian kuantitatif, pemerolehan data daripada kajian yang dijalankan dianalisis berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 16 (Statistical Package for Social Sciences version 16). Data yang dikumpulkan adalah data yang berbentuk kuantitatif. Kaedah skor min digunakan untuk menganalisa data bagi setiap item. Menurut Stringer, E. (2004), skor min diterjemahkan dalam julat tertentu untuk menentukan tahap rendah, sederhana dan tinggi seperti Jadual 3 di bawah. 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur Daripada jumlah 40 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut umur adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Umur Umur Bil Responden Peratus 18 hingga 20 tahun 4 10 21 hingga 23 tahun 35 87.5 23 hingga 25 tahun 1 2.5 Jumlah 40 100 Daripada dapatan kajian ini, kumpulan umur 23 hingga 25 tahun paling sikit ialah seramai 1 orang mewakili 2.5 peratus diikuti oleh kumpulan umur 21 hingga 23 tahun mewakili 87.5 peratus paling banyak iaitu dengan bilangan responden adalah 35. 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina Daripada jumlah 40 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut jantina adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2. Jadual 2: Taburan Responden Jantina Jantina Bil Responden Peratus Lelaki 21 52.5 Perempuan 19 47.5 Jumlah 40 100 Daripada dapatan kajian yang diperolehi, jumlah responden lelaki lebih ramai iaitu 52.5 peratus berbanding dengan responden perempuan. Iaitu sebanyak 47.5 peratus.

4.3 Analisa Deskriptif Tahap Penggunaan Buku Elektronik Daripada jumlah 40 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut tahap penggunaan buku elektronik adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3. Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai Pelajar Bagi Tahap Penggunaan Buku Elektronik Tahap Penggunaan Buku Elektronik Min SP Saya melayari buku elektronik untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan 3.18 1.234 kuliah. Saya merujuk buku elektronik untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 3.12 1.210 Bahan-bahan di dalam buku elektronik membantu meningkatkan kesediaan saya menghadiri kuliah. Buku elektronik memberi kesan kepada pencapaian ujian saya. Buku elektronik memudahkan saya dalam mengulangkaji pelajaran. Buku elektronik membantu saya dalam membuat Latihan. Saya mudah faham dengan ringkasan nota buku elektronik. Saya suka gaya penulisan yang ringkas dan padat dalam buku elektronik ini. Kandungan dalam buku elektronik meningkatkan tahap kefahaman saya. 3.15 1.201 3.12 1.231 3.16 1.211 3.12 1.211 Hasil dapatan kajian dan analisis merujuk Jadual 3 menunjukkan data yang diperolehi dari setiap item didapati skor min paling rendah adalah 3.00 iaitu mewakili item berkaitan saya mudah faham dengan ringkasan nota buku elektronik dimana item tersebut perlu dikaji semula dan perlu untuk membuat penambahbaikan manakala skor min yang paling tinggi adalah 3.18 mewakili item saya melayari buku elektronik untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan kuliah. Berdasarkan kepada jadual tafsiran statistik deskriptif skor min keseluruhan berada tahap sederhana. 4.4 Analisa Deskriptif Tahap Keberkesanan Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Elektronik Daripada jumlah 40 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden terhadap tahap keberkesanan pelajar terhadap penggunaan buku elektronik adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4. 3.00 1.211 3.12 1.234 3.17 1.234 Kandungan buku elektronik membantu menjimatkan masa saya untuk 3.14 1.234 mendapatkan bahan rujukan. Jumlah Keseluruhan 3.129 1.221 Jadual 4: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai Pelajar Bagi Tahap Keberkesanan Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Elektronik Tahap Keberkesanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Min SP

Saya menilai tahap kefahaman saya selepas menggunakan ebook. 3.34 1.135 Saya bijak membuat ulangkaji selepas faham menggunakan ebook. 3.35 1.144 Saya bersungguh-sungguh setelah faham konsep dalam kursus dengan menggunakan ebook. 3.34 1.135 Saya yakin terhadap diri sendiri selepas menggunakan ebook. 3.35 1.144 Saya seorang yang komited selepas faham dan akan teruskan untuk berusaha dalam pembelajaran. 3.34 1.135 Saya melihat perbezaan dalam keputusan peperiksaan selepas menggunakan ebook. 3.35 1.143 Saya yakin dapat menguasai serta mudah faham semasa P&P sedang berjalan. 3.34 1.138 Saya sentiasa bertenaga dan bersemangat untuk menyiapkan tugasan. 3.34 1.138 Jumlah Keseluruhan 3.59 1.21 Hasil analisis merujuk Jadual 4 menunjukkan data yang diperolehi dari setiap item didapati skor min antara 3.34 dan 3.35 terhadap keberkesanan ebook. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa responden menggunakan buku elektronik untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan kuliah. 4.5 Analisa Deskriptif Tahap Kefahaman Dan Penguasaan Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Elektronik Daripada jumlah 40 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden terhadap tahap kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap penggunaan buku elektronik adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5. Jadual 5: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai Pelajar Bagi Tahap Kefahaman Dan Penguasaan Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Elektronik Tahap Kefahaman dan Penguasaan Pelajar Terhadap E-book Min SP Saya faham fungsi e-book. 3.34 1.135 Saya menggunakan e-book untuk membaca nota. 3.68 1.174 Saya menggunakan e-book untuk membuat Latihan. 3.10 1.117 Saya boleh menggunakan e-book dimana sahaja saya berada. 3.35 1.144 Saya berminat untuk menggunakan e-book berbanding dengan nota-nota yang dicetak. 3.34 1.135 Saya setuju dengan e-book ia dapat menyelesaikan masalah kewangan saya. 3.35 1.143 Saya yakin e-book mudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. 3.34 1.138 Saya setuju dengan e-book ianya dapat menjimatkan masa saya. 3.34 1.138 Saya setuju dengan e-book dapat tingkatkan minat saya lebih faham dalam 3.30 1.135 kursus. Jumlah Keseluruhan 3.39 1.31 Hasil analisis merujuk Jadual 5 menunjukkan data yang diperolehi dari setiap item didapati skor min paling rendah adalah 3.10 manakala skor min yang paling tinggi adalah 3.68. Walaupun begitu, skor min keseluruhan menunjukkan minat pelajar terhadap penggunaan e- book berada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa e-book memainkan peranan membantu pelajar untuk membaca nota. Melihat kepada perbezaan nilai min tersebut, ianya tidak begitu ketara, nilai yang membezakan nilai min tertinggi dan terendah adalah 0.6. ini bermakna pelajar begitu teruja dengan kaedah pembelajaran berbantukan e-book. 5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN Secara keseluruhan, berdasarkan kepada dapatan kajian yang dibuat, dapatlah dinyatakan

bahawa faktor penerimaan buku elektronik dan tahap kefahaman dan penguasaan buku elektronik membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu tinjauan tahap penggunaan buku elektronik dikalangan pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Seberang Perai dari aspek sumber perkongsian maklumat dan sumber komunikasi sangat berkesan. Pelajar-pelajar boleh memperolehi maklumat yang disalurkan melalui Internet sebagai sumber tambahan (Wu, Ming-der, 2011). Buku elektronik mempunyai kemudahan untuk mencapai Internet di mana-mana juga di dalam kawasan politeknik. Langkah sedemikian merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mempertingkatkan pengetahuan serta pencapaian pelajar. Kajian ini membuktikan bahawa projek penggunaan buku elektronik berjaya mencapai matlamat dan tujuannya dalam pemupukan budaya pencarian maklumat di kalangan pelajar. Oleh yang demikian kajian seterusnya akan dijalankan oleh penyelidik. Antara beberapa kajian yang akan dikaji antaranya adalah seperti berikut:- a. Melaksanakan kajian dalam bentuk kajian kualitatif. Kajian yang telah dijalankan dan dapatan kajian yang diperolehi hanya dalam bentuk kuantitatif berdasarkan 40 orang responden. Untuk kajian akan datang, dapatan kajian kualitatif juga perlu iaitu kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan penerimaan penggunaan buku elektronik dalam proses P&P dapat diintegrasikan ke dalam sistem e-learning sedia ada. b. Melaksanakan kajian bagi melihat kesan penggunaan buku elektronik. Kajian akan datang mungkin dapat melihat kesan penggunaan media sosial terhadap pembelajaran dan perkembangan diri mereka. c. Melaksanakan kajian bagi melihat aspek mengapa dan bagaimana untuk menggunakan buku elektronik sebagai alat bantuan mengajar ABM bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi melihat impak yang lebih mendalam, kajian dalam bentuk kualitatif juga boleh dijalankan. 6.0 KESIMPULAN Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan buku elektronik e-book network security dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kelas DNS6B Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Seberang Perai. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan buku elektronik dalam membantu pelajar dalam p&p menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan penerimaan pelajar mempengaruhi tahap penguasaan terhadap penggunaan buku elektronik. Berdasarkan kepada jadual tafsiran statistik deskriptif skor min keseluruhan pelajar berada tahap penggunaan buku elektronik adalah sederhana. Hasil analisis terhadap keberkesanan buku elektronik dalam p&p menunjukkan data yang diperolehi dari setiap item adalah skor min antara 3.34 dan 3.35. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa responden menggunakan buku elektronik untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan kuliah. Walaupun begitu, skor min keseluruhan bagi tahap kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap buku elektronik menunjukkan minat pelajar terhadap penggunaan buku elektronik berada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa buku elektronik memainkan peranan membantu pelajar untuk membaca nota. Melihat kepada perbezaan nilai min tersebut, ianya tidak begitu ketara, nilai yang membezakan nilai min tertinggi dan terendah adalah 0.6. ini bermakna pelajar begitu teruja dengan kaedah pembelajaran berbantukan buku elektronik. Faktor penerimaan buku elektronik dan tahap kefahaman dan penguasaan buku elektronik

membantu pelajar dalam p&p. Dalam pada itu, buku elektronik Network Security perlu membuat penambahbaikan dalam penggunaan elemen multimedia bagi mendapat perhatian pelajar. Kesedaran terhadap teknik pembelajaran pelajar juga harus ditekankan bagi memastikan keberkesanan proses P&P yang dijalankan dan dapat membantu responden dalam mengulangkaji pelajaran serta boleh digunakan walau dimana sahaja berada. Selain daripada itu alat bantuan mengajar lain juga perlu digunakan selari dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Ini bagi merealisasikan wawasan 2020 pendidikan perlu di inovatif dan kreatif bagi pencapaian yang berkesan. Tanggungjawab ini perlu digalas bersama bagi memastikan pencapaian dan penguasaan pelajar seimbang dalam tahap kefahaman pelajar. RUJUKAN Azelin Mohamed Noor et al. (2012). E-books in Malaysian primary schools: the Terengganu chapter. World academy of science, engineering and technology 66: 298-301. Buntat, Y & Mohamad, N.A.M.(2010) Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Berbantukan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Kemahiran Hidup (KH) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah Fisher, K.S. et al (2012). Give en what they want: a one-year study of unmediated patrondriven acquisition of e-books. College & Research Libraries, 73 (5): 469-492. Huang, Hsin-chou. (2012). E-reading and e-discussion: EFL learners perceptions of an e- book reading program. Computer Assisted Language Learning 26 (3): 258-281. Mat Redhuan bin Samsudin. (2014). Penggunaan E-Book dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Geografi Pelajar Tingkatan Satu di SMK Tembila. Tecnology and Innovation in ICT Education. 1-10. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM. Rojeski, M. (2012). Users perceptions of ebooks versus print books for class reserves in an academic library. Reference Services Review, 49 (20): 228-242. Smith, S & A. P. Carlin. (2012). Use and perception of ebooks in the University of Ulster: a case study. New Review of Academic Librarianship, 18: 176-205. Stringer, E. (2004). Action Research in Education. Universiti Teknologi Curtin. Wu, Ming-der & Chen, Shih-chuan. (2011). Graduate students usage of and attitudes towards e-books: experiences from Taiwan. Program: Electronic Library and Information Systems. 45 (3): 294-307. BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS ROSMAWATI BINTI JAAFAR berasal dari Kulim, Kedah. Lebih 10 tahun mengajar Keselamatan Rangkaian dan mempunyai Sijil CCNA (Rangkaian Komputer) pada tahun 2015. Kelayakan adalah Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains Komputer (Rangkaian).

SAW BEE FONG berasal dari Alor Setar, Kedah. Telah menamat pengajian Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Tun Hussein Onn. Mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang rangkaian selama 9 tahun di politeknik. Bidang kepakaran di dalam Network Security yang telah disahkan oleh EC-Council Network Security Administrator (ENSA) pada tahun 2010.