Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

Similar documents
ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Intellectual Property Rights: Open Access

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

DOWNLOAD PDF DIREKTORI KANDUNGAN DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

How to Produce & Transform?

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

EEE ELEKTRONIK DIGIT I

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

The Malaysiana Conference Collection of the University of Malaya Library: The First Phase

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

BOOK REVIEW OF PANGGIL AKU KARTINI SAJA WRITTEN BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

SPIRAL OF SILENCE THEORY

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics1 [Elektronik Digit 1]

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

ISBN : PENYUNTING : MAT ZIN MAT KIB, CHRISTINA ANDIN & ISMAIL ALI HARGA : RM60.00

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

ISPUB.COM. Perception of Authors in e-publishing. N Shiratuddin, Z Othman, K Ahmad, S Hassan INTRODUCTION TRADITIONAL PUBLICATION MODEL

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE

Transcription:

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima Prof. Madya Dr. Joseph M. Fernando Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (Draft only, not to be cited) Pengenalan Penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 merupakan satu peristiwa sejarah yang penting kerana ia banyak mengubah landskap politik negara serta rantau Asia Tenggara. Pembentukan Persekutuan Malaysia mewujudkan satu negara-bangsa yang lebih besar di Asia Tenggara yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Beberapa penulisan penting mengenai proses penubuhan Malaysia telah diterbitkan oleh para sarjana dalam dua dekad yang lepas kerana banyak rekod-rekod rasmi mengenai pembentukan Malaysia yang tersimpan di National Archives di Kew, London, telah dibuka kepada para sejarawan sejak 1993. Ini membolehkan sejarawan meneliti rekod-rekod asal dan sulit untuk memahami secara lebih mendalam proses rumit berkaitan pembentukan Malaysia dan cabaran yang dihadapi pemimpin pada masa itu. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima menceritakan proses pembentukan Persekutuan Malaysia secara ringkas di antara halaman 136 hingga 155. Oleh kerana ruang yang diberikan untuk menceritakan sejarah Penubuhan Malaysia adalah terhad, naratif dalam buku teks ini tidak begitu mendalami sejarah yang kompleks di sebalik pembentukan Malaysia serta menganalisis asal-usulnya dengan lengkap. Hampir 20 halaman dalam buku teks menghuraikan Penubuhan Malaysia dan reaksi negeri-negeri yang terlibat, tetapi ruang teks adalah terhad kerana sebahagian besar halaman bab ini diisi dengan gambar, peta, jadual dan ilustrasi lain. Walaupun penghuraian dalam buku teks adalah memadai untuk pelajar Tingkatan Lima, saya berasa, dengan pendekatan pemikiran luar buku teks yang digalakkan 1

sekarang, masih ada ruang untuk meningkatkan pengetahuan guru dan pelajar mengenai proses penubuhan Malaysia di antara 1961 dan 1963. Selain itu, kajian saya mengenai persoalan peperiksaan SPM berkaitan penubuhan Malaysia dalam lima tahun yang lepas menunjukkan jumlah soalan tentang tema ini adalah berkurangan. Hanya satu soalan esei (2013) berkaitan perkara pembentukan Malaysia terdapat dalam kertas soalan peperiksaan di peringkat SPM. Namun terdapat satu atau dua soalan mengenai pembentukan Malaysia dalam bahagian soalan objektif setiap tahun dalam lima tahun yang lepas. Kertas kerja ini akan bermula dengan perbincangan mengenai bahan rujukan yang penting berkaitan penubuhan Malaysia dan beberapa aspek penting mengenai proses pembentukan Malaysia yang terdapat dalam tulisan terbaru sejarawan. Ini akan diikuti dengan perbincangan mengenai soalan peperiksaan dan beberapa cadangan akan diutarakan. Bahan rujukan tulisan sejarah yang penting Beberapa buku dan artikel penting yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia telah diterbitkan oleh para sejarawan dalam beberapa tahun yang lepas. Di antara tulisan yang terbaik dan autoritatif adalah tulisan Tan Tai Yong (Creating Greater Malaysia, Singapore: ISEAS, 2008) dan A.J. Stockwell (Malaysia: British Documents on the End of Empire, London; University of London, 2004). Buku Tan Tai Yong yang merujuk kepada rekod rasmi asal berkaitan proses penubuhan Malaysia memberi satu analisis yang lengkap dan mendalam. Beliau berpendapat setiap pihak yang terlibat mempunyai kepentingan tersendiri dalam menjayakan rancangan Greater Malaysia dan a convergence of interests mendorong kepada pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963. Buku Stockwell pula memberi satu analisis dan overview yang baik dalam bahagian pengenalan dan buku ini juga merupakan satu kompilasi dokumen-dokumen rasmi yang terpenting tentang penubuhan Malaysia. Jadi 2

pembaca dapat membaca sendiri sebahagian surat-menyurat asal antara pemimpin yang terlibat dalam perundingan pembentukan Malaysia dan merasai suasana masa tersebut serta kepelbagaian pandangan yang wujud di antara pemimpin pada masa itu. Buku terbaru yang mengandungi maklumat mengenai penubuhan Malaysia ialah tulisan Mohd. Shamsudin bertajuk, Persekutuan Malaysia 1961-1966: Penubuhan dan Cabaran (Bangi: UKM, 2016) yang diterbitkan tahun lepas yang banyak merujuk kepada sumber primer. Artikel saya yang akan diterbitkan dalam jurnal Archipel, Jilid 94, tahun ini (Joseph M. Fernando, Early ideas of Greater Malaysia, 1945-1961 ) pula meneliti secara mendalam perbincangan awal yang berkaitan proses penubuhan Malaysia (Rancangan ini diberi gelaran Grand Design dan kemudian Greater Malaysia, pada 1950-an dan 1960-an.) dan khususnya peranan Malcolm MacDonald, Commissioner-General British di Asia Tenggara, dan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman dalam mempromosi konsep persekutuan tersebut di antara 1945 dan 1963. Kajian saya banyak merujuk kepada sumber primer, iaitu rekod-rekod Pejabat Tanah Jajahan, yang baru dibuka kepada para sejarawan. Selain itu, beberapa penerbitan lain juga mengandungi perbincangan yang signifikan mengenai pembentukan Malaysia. Di antaranya termasuk terbitan yang berikut: Nik Anual Nik Mahmud (2009), Konfrontasi Malaysia Indonesia, Bangi: UKM; Gordon P. Means, (1976), Malaysian Politics, London: Hodder and Stoughton; Albert Lau (1998), A Moment of Anguish, Singapore: Times Academic Press; Nik Anuar Nik Mahmud (2001), Duri Dalam Daging: Singapura Dalam Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia; Mohamed Noordin Sopiee (1974), From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur: University of Malaya Press; C.M. Turnbull (1996), A History of Singapore, 1819-1988, Singapore: Oxford University Press; Matthew Jones, Creating Malaysia: Singapore security, the Borneo territories, and the contours of British policy, 1961-1963, Journal of Imperial and Commonwealth History, Vol. 28, No.2, 2000; dan A.J. Stockwell, Malaysia: The 3

making of a neo-colony? Journal of Imperial and Commonwealth History, Vol. 26, No.2, 1998. Tulisan beberapa pemimpin yang terlibat secara langsung dalam proses pembentukan Malaysia seperti Lee Kuan Yew (The Singapore Story, Singapore: Singapore Press Holdings, 1998) dan Tan Sri Ghazali Shafie (Memoir on the Formation of Malaysia, Bangi: UKM, 1998) juga mengandungi maklumat yang relevan. Penerbitan tersebut ini akan memberi satu gambaran yang lebih luas mengenai penubuhan Malaysia dan perdebatan yang berlaku pada masa itu. Buku-buku dan artikel tersebut boleh di anggap complementary kepada buku-buku utama yang di sebut di atas untuk memahami sejarah proses pembentukan Malaysia. Faktor faktor Pembentukan Malaysia Dalam buku teks Tingkatan Lima, beberapa faktor di utarakan sebagai faktor penting dalam pembentukan Malaysia. Ini termasuk faktor politik (keselamatan, kemerdekaan dan dekolonisasi), ekonomi (kerjasama ekonomi) dan sosial (kependudukan). Faktor-faktor ini pada umumnya boleh diterima sebagai mendorong kepada penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada masa yang sama, apabila diteliti penerbitan yang tersebut di atas, mungkin gambaran yang lebih kompleks akan wujud, iaitu berkaitan faktor penting yang mendorong kepada penubuhan Malaysia. Kalau faktor ekonomi misalnya penting, mengapakah Tunku menolak cadangan pemimpin Singapura seperti David Marshal, Lim Yew Hock dan Lee Kuan Yew apabila mereka mencadangkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura pada 1950-an dan 1960-61? Kajian terbaru dan eviden sejarah terbaru menunjukkan pembentukan Persekutuan Malaysia adalah lebih kompleks daripada yang digambarkan dalam buku teks. Penghuraian yang sedia ada dalam buku teks, pada pandangan saya, adalah terlalu ringkas memandangkan soalan esei dan soalan objektif dalam soalan peperiksaan memerlukan maklumat yang lebih mendalam untuk dijawab dengan baik. Perbincangan 4

faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia adalah terlalu ringkas (hlm. 138-140). Idea pembentukan Malaysia awal dalam buku teks pula kurang menjelaskan peranan Malcolm MacDonald. Beliau yang kuat memperjuangkan Gagasan Malaysia daripada 1951 di mana beliau telah mengadakan beberapa perbincangkan dengan pemimpin Tanah Melayu (seperti Dato Onn Jaafar), Singapura dan negeri-negeri Borneo Utara mengenai kemungkinan mewujudkan satu gabungan yang lebih besar yang merangkumi kesemua negeri ini. Usaha untuk merealisasikan idea ini kemudian dibuat oleh beberapa pegawai lain selepas MacDonald di pindah ke India pada 1955 sebagai Pesuruhjaya Tinggi British. Tulisan baru juga menunjukkan bahawa Pejabat Kolonial telah mengadakan beberapa perbincangan mengenai Gagasan Malaysia sebelum Tunku membuat lawatan ke London untuk menghadiri Persidangan Commonwealth pada bulan Jun 1960 di mana beliau telah membangkitkan perkara gabungan dengan negeri-negeri Borneo kepada Lord Perth. Pada asasnya, pentadbir Pejabat Tanah Jajahan di London dan pentadbir British di Asia Tenggara berpendapat bahawa gabungan ekonomi dan politik di antara Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan negerinegeri Borneo akan memperkuatkan kedudukan negeri-negeri kecil ini sebagai viable entities yang dapat bersaing dengan negara-negara jiran yang lebih besar. Dalam suasana ini, apakah yang menyebabkan Tunku Abdul Rahman mencadangkan satu bentuk closer association di antara negeri-negeri ini pada bulan Mei 1961 semasa berucap di satu sidang akhbar di Singapura? Di sini eviden sejarah terbaru menunjukkan keadaan politik di Singapura merupakan faktor terpenting yang mendorong Tunku untuk membuat cadangan Gagasan Malaysia pada 27 Mei 1961 setelah begitu lama menolak cadangan direct merger dari pemimpin Singapura. Kebangkitan parti-parti haluan kiri, kekalahan parti PAP di pilihan raya kecil Hong Lim pada April 1961 membimbangkan Tunku. Tunku bimbang Singapura akan terjatuh ke tangan komunis, di mana sebahagian 5

pemimpin parti PAP di anggap pro-pkm. Tunku berkata: Kita semua boleh lihat cabaran daripada komunis. Sekiranya saya tidak merasakan bahaya ini, saya tidak akan mengambil tahu akan wilayah-wilayah Singapura, Sarawak dan Borneo. Bagi Singapura, gabungan dengan Tanah Melayu akan dapat mengawal ancaman komunis kerana pertahanan merupakan perkara di bawah jurisdiksi Kerajaan Persekutuan dan tindakan yang sewajar boleh di ambil kerajaan Persekutuan. Faktor politik dalaman Singapura hanya diceritakan dalam satu perenggan (hlm. 139) dalam buku teks. Saya berpendapat ini tidak mencukupi untuk membolehkan pelajar memahami dengan baik apa sebenarnya yang berlaku di Singapura yang menyebabkan Tunku membuat kenyataan Gagasan Malaysia yang memeranjatkan banyak pemerhati politik pada 27 Mei 1961. Cadangan gabungan di antara dua negeri ini mewujudkan masalah keseimbangan kaum di mana masyarakat Melayu akan kehilangan kedudukan mereka sebagai kaum majoriti jika gabungan hanya antara Tanah Melayu dan Singapura. Oleh itu, satu formula yang lebih luas dicadangkan di mana negeri-negeri Borneo Sarawak, Borneo Utara dan Brunei dijemput bergabung. Kajian baru menunjukkan kertas kerja untuk formula yang lebih luas sebenarnya disediakan oleh Lee Kuan Yew atas permintaan Tunku dan pihak British. Negeri-negeri Borneo juga mempunyai kepentingannya tersendiri dalam menyertai gabungan ini kerana ia akan mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan. Kerajaan British juga telah memberitahu pemimpin negeri-negeri Borneo bahawa mereka ingin berundur daripada rantau Asia Tenggara (untuk memberi lebih perhatian kepada hubungan dengan European Economic Community) dan gabungan yang dicadangkan akan memastikan masa depan politik dan ekonomi mereka terjamin. Masalah ancaman komunis walaupun wujud di Borneo Utara dan Sarawak pada period ini, tidak begitu membimbangkan pihak British dan dapat dikawal. Selain itu, pendekatan agresif Presiden Sukarno terhadap masalah 6

West Irian (atau West New Guinea) yang diduduki Belanda pada 1960-1962 juga, mengikut rekod kolonial British, membimbangkan pemimpin negeri-negeri Borneo. Iaitu, kemungkinan Indonesia akan cuba menguasai negeri-negeri Borneo setelah masalah itu diselesai. Apa yang jelas ternampak, adalah perbincangan mengenai idea dan faktor pembentukan Malaysia dalam buku teks adalah berkurangan. Pembacaan buku-buku dan artikel yang dicadangkan dalam kertas kerja ini, atau sebahagian daripadanya, akan membantu guru-guru sekolah menengah menyampaikan perbincangan/maklumat yang lebih lengkap kepada pelajar. Buku teks juga menyentuh reaksi negeri-negeri yang terlibat mengenai cadangan Gagasan Malaysia dan proses pembentukan Malaysia yang merupakan perkara yang kurang kompleks berbanding faktor-faktor pembentukan Malaysia. Namun masih ada ruang untuk mengembangkan perbincangan yang sedia ada dalam buku teks. Soalan peperiksaan berkaitan Penubuhan Malaysia Bagi tahun 2013, soalan esei berkaitan penubuhan Malaysia mempunyai tiga bahagian yang cuba menguji pelajar tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia; tentang reaksi dalam negeri dan luar; kebijaksanaan pemimpin negara menangani cabaran semasa pembentukan Malaysia; dan mengenai tanggungjawab warganegara untuk mengekalkan kedaulatan Malaysia. Pada pandangan saya, soalan esei ini terlalu luas untuk dijawab dengan baik dalam masa yang singkat, dan dengan kekurangan maklumat dalam buku teks, pelajar akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan tersebut dengan lengkap. Bahagian terakhir soalan esei mengenai tanggungjawab mengekalkan kedaulatan Malaysia, saya berpendapat, bukan satu soalan berbentuk sejarah dan terlalu spekulatif. Soalan sejarah biasanya perlu meneliti peristiwa yang berlaku dan mengapa ia berlaku 7

berasakan eviden sejarah. Soalan sejarah tidak seharusnya berbentuk spekulatif yang bercanggah dengan prinsip asas disiplin sejarah. Soalan objektif dalam soalan peperiksaan pada asasnya adalah lebih baik. Namun jika seorang pelajar hanya membaca buku teks Sejarah Tingkatan Lima, ia mungkin tidak akan mencukupi maklumat untuk menjawab soalan objektif. Jawapan untuk sebahagian soalan objektif tahun-tahun lepas tidak boleh dijumpai dalam buku teks. [(Misalnya soalan tahun 2014, No. 34: Bagaimanakah pemimpin Singapura mengatasi pengaruh golongan tersebut? (iaitu Barisan Sosialis) (Lihat hlm. 139 buku teks); dan soalan tahun 2015, No.34: Mengapakah parti politik berikut (SCA, Parti Pesaka) menentang Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal (Lihat hlm. 142-143 buku teks)]. Saya ingin mencadangkan mungkin lebih banyak soalan objektif digubal mengenai idea awal pembentukan Malaysia, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia jika buku teks dapat melengkapkan lebih maklumat mengenai perkara tersebut. Ini adalah kerana lebih banyak maklumat terdapat dalam tulisan terbaru sejarahwan (yang disebut di bahagian atas) tentang idea-idea awal penubuhan Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan persekutuan ini. Kesimpulan Pada umumnya maklumat yang sedia ada dalam buku Teks Sejarah Tingkatan Lima mengenai proses pembentukan Malaysia adalah terhad dan tidak mencukupi bagi pelajar untuk menjawab soalan esei dan objektif dengan baik. Perbincangan dalam kertas kerja ini juga telah menunjukkan beberapa kelemahan lain yang terdapat dalam isi kandungan buku teks yang sedia ada. Adalah diharapkan buku teks baru yang akan digunakan pada masa depan akan memberi maklumat yang lebih lengkap untuk membantu guru-guru dan pelajar. 8