FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

Similar documents
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

How to Produce & Transform?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

SPIRAL OF SILENCE THEORY

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENDEKATAN PELAKON DALAM LONTARAN VOKAL DAN EKSPRESI WAJAH WATAK LAKONAN MONOLOG NIZILA BTE ASIN 12521

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

KAJIAN ILMIAH TERHADAP MAKNA SINEMA KEBANGSAAN MALAYSIA

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

JIMMY ANAK SALAU*, QISTINA DONNA LEE ABDULLAH, SALMIAH ABDUL HAMID AND ALIFFAZRAIE JALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

BOOK REVIEW OF PANGGIL AKU KARTINI SAJA WRITTEN BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

STRUKTUR PENERBITAN TNC P&I

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan :... : Dr. Rafidah Binti Hasan. Tarikh :...

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

PENDEKATAN SINEMAGRAF DALAM PENGHASILAN KARYA SUREALISMA. Muhammad Taufik Bin Othman

Transcription:

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan seni ) 2014

PENGURUSAN STUDIO TATU DI KUCHING, SARAWAK MICHEAL JUAN ANAK GUYANG ( 30986 ) Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2014

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick () Final Year Project Report Masters PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the..day of..2014. Student s Declaration: I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ MICHEAL JUAN ANAK GUYANG, 30986, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS - (PLEASE INDICATE STUDENT S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PENGURUSAN STUDIO TATU DI KUCHING, SARAWAK -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- is my original work. I have not copied from any other students work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. MICHEAL JUAN ANAK GUYANG Date submitted ( 30986 ) Name of the student (Matric No.) Supervisor s Declaration: I ----------------------------------------------------------- Dr. ANNA DURIN (SUPERVISOR S NAME) hereby certifies that the work entitled--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PENGURUSAN STUDIO TATU DI KUCHING, SARAWAK ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------- (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY as a * partial/fulfillment for the conferment of ------------------------------------------------------------------------------------ BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT) --------------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student s work. Dr Anna Durin Received for examination by: Date:

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )): CONFIDENTIAL(Contains confidential information under the Official Secret Act1972)* RESTRICTED(Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS Validation of Project/Thesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows: This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature Supervisor signature: (2014) (2014) Current Address: Kuching, Sarawak Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

PENGESAHAN Projek Tahun Akhir bertajuk Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak telah disediakan oleh MICHEAL JUAN ANAK GUYANG dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni). Diterima untuk diperiksa oleh: Dr. Anna Durin Penyelia Program Pengurusan Seni Tarikh:.

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa Projek Tahun Akhir (PTA) yang bertajuk Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ada sesetengah maklumat yang telah saya petik dalam buku rujukan mahupun petikan maklumat dan sumber lain seperti internet. Saya telah mengolah maklumat tersebut dan saya juga telah nyatakan sumbernya. Yang Benar,.... MICHEAL JUAN ANAK GUYANG 30986 Program Pengurusan Seni

Penghargaan Ucapan syukur kepada Tuhan yang berkuasa dengan segala keizinan dan keberkatan yang diberikan sepanjang menjalankan Projek Tahun Akhir ini sehingga berjaya disiapkan dengan sepenuhnya. Terlebih dahulu setinggi-tinggi ucapan terima kasih kehadapan ayahanda dan ibunda yang tercinta iaitu Encik Guyang anak Mun dan Puan Bangi anak Empurai. Tanpa sokongan yang kuat daripada mereka, kajian ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarga yang turut memberi sokongan yang berterusan dalam menghasilkan kajian ini. Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada pemilik Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio iaitu Encik Ernesto Kalum dan pembantunya Encik Robinson Unau serta pemilik Borneo Tattoo Ink iaitu Encik John Bosco. Kerjasama yang diberikan sangat membantu dalam menyelesaikan kajian ini dengan jayanya. Sejuta penghargaan juga ditujukan kepada Dr Anna Durin selaku penyelia dan pembimbing sepanjang proses penyelidikan ini dijalankan. Tunjuk ajar yang beliau berikan sangat membantu dalam menghasilkan serta menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah program Pengurusan Seni yang telah banyak memberikan pendapat dan komen yang berguna sepanjang kajian ini dilaksanakan. Jutaan terima kasih di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan yang turut memberikan sokongan dalam proses merealisasikan kajian ini.

Abstrak Kajian ini adalah mengenai Pengurusan Studio Tatu di Kuching Sarawak. Kajian ini menfokuskan kepada seni tatu tradisional dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti konsep seni tatu tradisional dalam kalangan masyarakat Iban dan meneliti sistem pengurusan studio tatu dari segi pemeliharaan, pemasaran dan promosi tatu tradisional Iban. Kajian ini juga turut mengkaji berkenaan dengan kerelevanan seni tatu tradisional Iban pada masa kini. Terdapat dua buah studio tatu yang dipilih sebagai lokasi kajian iaitu Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio dan Borneo Tattoo Ink Studio. Kedua-dua studio tatu ini terletak di Kuching, Sarawak dan dimiliki oleh artis tatu professional yang berbangsa Iban. Secara keseluruhannya,, kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah-kaedah yang dijalankan adalah seperti pemerhatian, temu bual dan catatan atau dokumentasi. Ketiga-tiga kaedah ini menjadi nadi utama dalam membentuk, membantu serta menghasilkan kajian ini. Maklumat yang telah dianalisis telah dihuraikan dalam bab empat dan dapat membuktikan kewujudan seni tatu tradisional dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak.

Abstract The research is about Tattoo Studio Management in Kuching, Sarawak. The research is focusing on traditional tattoo art among the Iban s community in Sarawak. The objectives of this research are to identify the concept of tattoo art among the Iban s community and to scrutinize the way they manage the tattoo studio. The management of the tattoo studio will be observed based on how they preserved and promote the Iban s traditional tattoo in addition to that, this research will also study about the relevance of Iban s tattoo art in this era. There are two tattoo studios that have been chosen as the location for this research, namely Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio and also Borneo Tattoo Ink Studio. Both of this studio located at Kuching, Sarawak and own by professional tattoo artist who comes from Iban ethic. As a whole, this research are being conducted by using qualitative methods such as observation, interview and documentation. All these three methods act as the main core in forming and completing this research. All the gathered information is analysed and explained in Chapter 4 and can prove the existence of traditional tattoo art amongst the Iban community.

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN I PENGAKUAN II PENGHARGAAN III ABSTRAK IV ABSTRACT V ISI KANDUNGAN BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 2 1.3 Hipotesis 3 1.4 Permasalahan Kajian 4 1.5 Objektif Kajian 5 1.6 Soalan Kajian 6 1.7 Lokasi Kajian 6 1.8 Kerangka Kajian 7 1.9 Kepentingan Kajian 13 1.10 Skop Kajian 13

BAB 2 : SOROTAN KESUSASTERAAN 14 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 25 BAB 4 : DAPATAN KAJIAN 29 4.1 Pengenalan 29 4.2 Konsep Seni Tatu Tradisional Iban 30 4.3 Sistem Pengurusan Studio Tatu dalam Aspek Pemeliharaan, Promosi dan Pemasaran Seni Tatu Tradisional Iban. 53 4.4 Kerelevanan Seni Tatu Tradisional Iban Diamalkan Pada Masa Kini 66 BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN 69 5.1 Rumusan 69 5.2 Cadangan untuk Mengekalkan Tatu Tradisional Sebagai Identiti Masyarakat Iban di Sarawak. 71 5.3 Cadangan untuk Kajian akan Datang 75 Bibliografi Lampiran Glosari

BAB 1 : PENDAHULUAN Pendahuluan Kajian ini akan menfokus kepada tatu tradisional masyarakat Iban. Kajian yang dijalankan melihat kepada pengurusan studio tatu di Kuching, Sarawak. Tatu didefinisikan sebagai satu seni yang diukir pada tubuh badan. Tatu merupakan salah satu budaya unik yang diwarisi turun temurun oleh masyarakat Iban di Sarawak. Tatu tradisional Iban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian motif yang penuh dengan nilai estetika dan pengaruhnya yang tersendiri. Antara contoh motif tatu tradisional Iban termasuklah Pala Tumpa, Buah Klauh, Isi Ginti, Bungai Terung, Ukir Rekung, Ukir Lingkang Tuang, Kala Pah, Tegulun, Buah Engkabang, Buah Terung, Ketam Itit, Buah Andu, Suit, Embayar dan Kara Jangkam. Setiap tatu tersebut mempunyai reka letak yang tersendiri pada setiap bahagian badan. ( John Bosco. A Study on Iban Tribal Tattoo. 2006 ) Pengurusan studio tatu yang dikaji melibatkan aspek pemeliharaan, promosi dan pemasaran dalam sesebuah studio tatu. Pengurusan didefinisikan sebagai satu seni untuk melaksanakan dan menguruskan kerja melalui usaha individu lain. Pengurus berperanan dalam mengawal dan menyelaras kerja-kerja yang dilakukan oleh organisasi bawahan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. 1

Latar Belakang Kajian Dalam menghasilkan kajian ini, terdapat dua buah studio tatu yang telah dipilih sebagai sumber kajian dalam misi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Studio yang dimaksudkan adalah Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio dan Borneo Tattoo Ink. Kedua-dua studio ini terletak di Kuching dan dimiliki sepenuhnya oleh artis tatu yang berbangsa Iban. Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio merupakan sebuah studio tatu yang pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan tatu secara professional. Hasil tatu studio ini diakui berkelas dunia. Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Ernesto Kalum. Studio yang berpengkalan di Kuching, Sarawak ini giat memperjuangkan seni tatu tradisional yang menjadi identiti masyarakat Iban di Sarawak. Tatu merupakan satu kesenian yang unik dan sudah sinonim dengan kehidupan masyarakat di Sarawak terutamanya dalam kalangan kaum Iban. Kaum Iban percaya bahawa seni tatu mempunyai hubungan dengan upacara ritual. Seni tatu dalam kesenian masyarakat Iban di Sarawak mempunyai hubungan dengan roh dan semangat yang membantu Bujang Berani dalam upacara ngayau. Studio tatu milik Ernesto Kalum berjaya mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Pelancong asing dari luar negara sanggup datang ke Kuching, Sarawak semata-mata untuk membuat tatu di studio beliau. Reputasi yang dimiliki oleh beliau sebagai seorang artis tatu yang berkelas antarabangsa menyebabkan beliau pernah memenangi anugerah seperti Best Tribal 1st Prize during The 1st Annual Massachusetts 2

Tattoo Festival in Boston, Massachusetts, U.S.A, H.R.Giger Award 1st Prize during The 6th Lausanne International Tattoo Show in Lausanne, Switzerland, Best Tribal 1st Prize during the Tattoo The Earth in Chicago, Illinois, U.S.A, Best Traditional 1st Prize during the Northern Ink Exposure in Toronto, Canada dan banyak lagi anugerah lain. Borneo Tattoo Ink juga merupakan antara salah satu studio tatu yang terkenal di Sarawak. Studio ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh John Bosco anak Han Anderson Medan. John Bosco merupakan seorang artis tatu professional yang giat memperjuangkan seni tatu tradisional masyarakat Iban. Sebagai langkah dalam mempertahankan keunikan seni tatu tradisional Iban, John Bosco hanya membuat tatu yang bermotifkan tatu tradisional. Walaupun karier sebagai artis tatu professional bukan merupakan karier sepenuh masa, John Bosco sanggup menghabiskan masa terluang beliau mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan dengan seni tatu tradisional Iban. Atas dasar minat yang mendalam terhadap seni tatu, beliau pernah menghasilkan satu kajian yang bertajuk A Study On Iban Tribal Tatto pada tahun 2006. Beliau juga menyimpan hasrat untuk menghasilkan sebuah buku berkenaan dengan seni tatu tradisional Iban suatu hari nanti. 3

Hipotesis Pengurusan merupakan satu proses merancang dan membawa sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat. Dalam aspek pengurusan studio tatu, satu proses perancangan yang sistematik haruslah diaplikasikan. Pengaplikasian 4 fungsi utama pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan membolehkan sesebuah studio tatu tersebut diuruskan dengan jayanya. Melalui pengurusan yang sistematik, studio tatu lebih berpeluang dalam mengetengahkan aspek pemeliharaan, promosi dan pemasaran seni tatu tradisional Iban. Dengan adanya pengurusan yang sistematik, nescaya kedudukan seni tatu tradisional Iban dapat diiktiraf serta diperkenalkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Permasalahan Kajian Tatu adalah lambang peribadi, bukan untuk menunjukkan kekuatan atau simbol kejahatan tetapi lebih kepada apresiasi seni. ( Ernesto Kalum, 2009 ) Seni tatu kini dianggap sebagai fesyen dan semakin ramai orang yang cuba melakar tatu pada badan mereka. Generasi Iban pada zaman sekarang lebih gemar mencacah badan mereka dengan motif tatu moden. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan minat terhadap motif tatu tradisional berbanding dengan motif kontemporari. Berdasarkan isu-isu yang telah dikupas, satu langkah perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keunikan kesenian Iban ini. Penyelesaian isu ini haruslah dimulakan dari akar umbi pembentukan tatu. Tatu dihasilkan oleh artis tatu dalam sebuah studio. 4

Pengurusan studio tatu yang sistematik merupakan satu langkah utama dalam memelihara, mempromosi dan memasarkan seni tatu tradisional Iban supaya tidak hilang ditelan arus kemodenan. Isu kajian adalah sistem pengurusan dan peranan Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio dan Borneo Tattoo Ink dalam aspek pemeliharaan, pemasaran dan promosi tatu tradisional Iban. Isu kajian juga turut mengupas konsep seni tatu tradisional dan kerelevanan seni tatu pada masa kini. Objektif Kajian Objektif kajian yang akan dikaji adalah: a) Mengenalpasti konsep seni tatu tradisional Iban. Konsep seni tatu yang hendak dikaji merangkumi definisi, asal usul dan kepelbagaian motif serta maksud yang tersirat dan tersurat dalam motif tersebut. Reka letak motif yang sesuai pada bahagian tubuh badan juga diberi penekanan dalam kajian ini. b) Meneliti sistem pengurusan Studio tatu dari segi pemeliharaan, pemasaran dan promosi tatu tradisional Iban. Pengurusan studio yang dikaji berdasarkan aspek pemeliharaan, pemasaran dan promosi tatu tradisional Iban. Kajian ini turut menekankan peranan dan tanggungjawab studio tatu dalam memastikan aspek pemeliharaan, 5

pemasaran dan promosi tersebut mampu menyumbang terhadap pengekalan keunikan seni tatu tradisional. c) Mengkaji kerelevanan seni tatu tradisional Iban pada masa kini. Aspek ini dikaji berdasarkan pendapat artis tatu profesional terhadap kesesuaian seni tatu tradisional Iban diamalkan pada masa kini. Kerelevanan dan kesesuaian budaya tatu tradisional perlu disesuaikan berdasarkan cara hidup masa kini. Soalan Kajian Tatu sememangnya sinonim dengan kehidupan masyarakat Iban pada zaman dahulu. Menurut kepercayaan mereka, tatu berasal daripada dewa-dewa yang bernama Keling Gerasi Nading Bujang Berani Kempang, Laja Mirah Moa Nekang Jerenang, Simpurai Muntigerai, Sepatu Manok Antu, Sempungga Lampong Nangga, Pandak Segatak dan lain-lain. Kesemua mereka merupakan dewa perang yang tinggal di Panggau Libau yang indah dan unik. ( Augustine Anggat Ganjing. Asas Ukiran Iban, Batang Jalai Ngukir. 1989 ) Tatu tradisional masyarakat Iban bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Setiap tatu tersebut mempunyai reka letak yang tersendiri pada setiap bahagian badan. Menurut kepercayaan masyarakat Iban, motif tatu yang salah dibuat pada bahagian badan yang sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu alah ayu. Keadaan ini boleh 6

menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit dan kecelakaan. ( John Bosco. A Study on Iban Tribal Tattoo. 2006) Lokasi Kajian Lokasi kajian yang dipilih adalah di Kuching, Sarawak. Kuching merupakan ibu negeri Sarawak. Pembangunan pesat di sekitar bandaraya Kuching telah menjadikan bandaraya tersebut menjadi tumpuan segala kegiatan kesenian dan kebudayaan. Pemilihan bandaraya Kuching sebagai lokasi kajian yang utama sememangnya bertepatan memandangkan terdapatnya banyak studio tatu yang ditubuhkan di sekitar bandaraya tersebut. Lokasi kajian yang dipilih juga menempatkan dua buah studio tatu yang terkenal iaitu Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio dan Borneo Tattoo Ink. Kedua-dua buah studio tatu ini merupakan milik artis tatu profesional yang berdarah Iban. Kelebihan ini membolehkan kajian dijalankan dengan lebih mendalam memandangkan hanya masyarakat yang berbangsa Iban sahaja lebih mengenali budaya dan kesenian bangsa mereka. Kedua-dua artis tatu ini sememangnya giat memperjuangkan seni tatu tradisional Iban. Studio tatu mereka sering kali mendapat perhatian daripada peminat tatu dari dalam dan luar negara. Pemilihan kedua-dua buah studio tatu tersebut sebagai lokasi kajian sememangnya bertepatan sebagai langkah dalam mengekalkan keunikan serta mengembalikan kedudukan seni tatu tradisional sebagai sebuah identity dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. 7

Kerangka Kajian Kerangka kerja yang digunakan dalam kajian ini ialah konseptual teoritikal yang diambil daripada pendapat pengkaji masa lampau. Konsep teori tersebut ialah berkaitan dengan pengurusan disebabkan kajian ini berkenaan dengan pengurusan studio tatu di kuching, Sarawak. Oleh yang demikian konsep yang dipilih adalah sangat sesuai digunakan sebagai panduan untuk membantu dalam penyelesaian permasalahan kajian dan seterusnya untuk membantu mencapai objektif kajian ini. Dalam pengurusan terdapat beberapa perkara mengenai pengurusan yang berkaitan dengan kajian ini akan dibincangkan dibawah ini seperti pengurusan perancangan, pengurusan fungsi sesuatu organisasi. a) Definisi dan Fungsi Pengurusan Richard L. Daft ( 2010 ) menyatakan bahawa Management is the attainment of the organizational goals in the efficient manager through planning, organizing, leading and controlling organizational sources. Petikan dalam muka surat 4 tersebut menunjukkan betapa besarnya peranan seorang individu yang bergelar pengurus. Seorang pengurus yang berjaya mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Pengurus tersebut akan mengetuai individu lain dalam melaksanakan tugas mereka demi mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, kejayaan sesebuah pengurusan bergantung kepada pengurusnya. Kejayaan pengurus dapat dinilai melalui pencapaian organisasi tersebut. Untuk mencapai kearah tersebut, seorang pengurus 8

haruslah mempraktikkan 4 fungsi asas dalam pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan dalam menggunakan sumber organisasi. 4 fungsi tersebut haruslah disusuli nilai tanggungjawab dan disiplin yang tinggi pada setiap individu dalam sesebuah organisasi. P C Tripathi dan P N Reddy (2008) menjelaskan betapa pentingnya peranan seorang pengurus dalam mentadbir sesebuah organisasi. Pengurusan yang berjaya akan mengaplikasikan 4 sumber utama dalam pengurusan iaitu tenaga kerja, kewangan, bahan-bahan dan teknologi. Keempat-empat sumber tersebut saling memerlukan antara satu sama lain. Pengurus harus bijak dalam merancang pengurusan sumber organisasi bagi memastikan objektif organisasi tercapai dengan jayanya. Sumber-sumber tersebut dianggap sia-sia sahaja jika pengurusanya tidak sistematik dan jelas sekali akan mencapai kegagalan. Chuck Williams (2008) pada muka surat 4 menjelaskan bahawa Management is getting work done through others. Menurut beliau, pengurus yang berjaya seharusnya mengaplikasikan 5 fungsi utama dalam bidang pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, mengkoordinasi, pengarahan dan pengawalan. Kelima-lima fungsi pengurusan ini begitu penting dipraktikkan bagi memastikan sesebuah organisasi berada dalam landasan yang betul untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012) mentakrifkan pengurusan sebagai satu proses mencapai matlamat organisasi melalui kerja orang lain dengan berpandukan sumber organisasi. Seperti takrif pengurusan yang lain, Certo (2012) berpendapat bahawa pengurusan memerlukan satu bentuk kerja yang memerlukan hasil kerja orang 9

lain untuk mencapai matlamat. Beliau menerusi bukunya pada muka surat 7 menegaskan bahawa pengurusan mempunyai 4 fungsi utama. Fungsi-fungsi tersebut adalah perancangan, pengorganisasian, pengaruh dan pengawalan. Setiap fungsi tersebut mempunyai peranan yang tersendiri dalam aktiviti pengurusan. Certo (2012) juga berpendapat bahawa terdapat 4 sumber dalam pengurusan. Sumber-sumber yang dimaksudkan adalah tenaga manusia, kewangan, bahan-bahan dan teknologi. Keempatempat sumber ini saling memerlukan antara satu sama lain. Tim Hannagan (2008) menyatakan bahawa Management is a process of achieving organisational goals and objectives effectively and efficiently through planning, organizing, leading and controlling the human, material and financial resources available to it. Berdasarkan petikan tersebut, Tim Hannagan (2008) berpendapat bahawa pengurusan merupakan satu proses mencapai matlamat organisasi berdasarkan perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan terhadap sumber manusia, bahan-bahan dan sumber kewangan. Pada muka surat 7, beliau menjelaskan tentang peranan dalam setiap proses pengurusan. Menurut beliau, pada peringkat perancangan, pengurus haruslah menetapkan objektif atau matlamat dalam sesebuah organisasi. Dalam proses ini juga, pengurus harus bijak dalam membuat perancangan bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai dengan jayanya. Pada peringkat kedua, melalui peringkat pengorganisasian pengurus harus berperanan dalam membentuk pembahagian kerja dalam sesebuah organisasi. Pembahagian kerja ini penting bagi mengelakkan pertindihan kerja. Pada peringkat kepimpinan, pengurus seharusnya memberi arahan dengan berkesan terhadap semua ahli organisasi. Pengurus 10

juga berperanan dalam memberi motivasi kepada orang bawahannya. Pada peringkat pengawalan, pengurus harus pandai dalam mengawal keseluruhan organisasi bagi memastikan organisasi tersebut berada pada landasan yang betul dalam mencapai matlamat organisasi. b) Sub Tajuk a) Perancangan Richard L. Daft (2010:4) menyatakan bahawa perancangan merupakan satu fungsi asas dalam sesebuah pengurusan. Chuck William (2008:4) turut menyokong bahawa pengurusan memerlukan satu perancangan yang berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012 : 7) menyatakan bahawa pengurusan memerlukan perancangan untuk mencapai matlamat. Tim Hannagan (2008:7) menjelaskan bahawa pengurusan memerlukan proses mencapai matlamat berdasarkan perancangan. b) Pengorganisasian Richard L. Daft (2010:4) menjelaskan bahawa untuk mencapai matlamat organisasi haruslah memerlukan pengorganisasian yang efisien. Chuck William (2008:4) menyatakan bahawa pengurusan bermaksud melaksanakan kerja melalui orang lain. 11

Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012 : 7) bersetuju bahawa pengurusan dalam sesebuah organisasi memerlukan fungsi dalam pengorganisasian. Tim Hannagan (2008:7) menjelaskan dalam peringkat pengorganisasian, pembahagian kerja amat penting bagi mengelakan berlakunya pertindihan kerja. c) Kepimpinan Richard L. Daft (2010:4) menjelaskan bahawa proses kepimpinan merupakan fungsi yang keempat dalam prosese sesebuah pengurusan organisasi. Chuck William (2008:4) turut bersetuju bahawa pengawalan merupakan fungsi pengurusan yang penting untuk dilaksanakan. Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012 : 7) berpendapat bahawa kepimpinan merupakan fungsi ke empat dalam sesebuah pengurusan organisasi. Tim Hannagan (2008:7) menjelaskan bahawa pengurus merupakan individu yang mempunyai peranan penting dalam peringkat kepimpinan. d) Pengawalan Richard L. Daft (2010:4) menjelaskan bahawa proses pengawalan merupakan proses yang terakhir dalam fungsi sesebuah pengurusan. 12

Chuck William (2008:4) juga bersetuju bahawa proses pengawalan merupakan satu proses terakhir yang penting bagi memastikan matlamat organisasi tercapai. Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012 : 7) menegaskan bahawa proses pengawalan penting bagi memastikan organisasi sentiasa berada pada landasan yang betul untuk mencapai matlamatnya. Tim Hannagan (2008:7) turut menjelaskan bahawa pengurus berperanan dalam mengawal keseluruhan organisasi. Kepentingan Kajian Kajian ini penting dijalankan untuk mengisi ruang kosong dalam kajian-kajian lepas. Pengkaji-pengkaji lepas telah menjalankan kajian berkenaan dengan motif, simbol, cara penghasilan ukiran dan asal usul tatu Iban. Pengkaji-pengkaji lepas didapati masih belum mengkaji berkenaan dengan pengurusan. Ruangan kosong yang ditinggalkan oleh pengkaji-pengkaji lepas membolehkan serta memberi ruangan kepada pengkaji masa hadapan untuk menghasilkan kajian yang berkaitan dengan pengurusan tatu. Oleh itu, Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai tajuk kajian memandangkan kajian ini belum pernah dikaji. Pemilihan tajuk kajian memberi pembaharuan terhadap kajian ilmiah yang berkaitan dengan tatu. Melalui kajian ini, pengkaji dapat menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai pengurusan studio tatu di samping hasil kajian yang dihasilkan dapat membantu dalam pemeliharaan seni tatu tradisional Iban. 13