TEORI SEMIOTIK PEIRCE DAN MORRIS: SATU PENGENALAN KAEDAH ANALISIS SASTERA

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

How to Produce & Transform?

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Konflik Semiotik dan Simbolik dalam Hubungan Ibu dan Anak Perempuan dalam Filem Seram Kontemporari Melayu: Kajian Kes Filem Senjakala

REKA BENTUK VISUAL 01/10/2013. Konsep dan Fungsi Visual

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

Unsur Spiritual Dalam Karya Catan Pelukis Sabah Sabrina Majuakim. Spiritual Aspect In Sabahan s Paintings Sabrina Majuakim

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Symbolic Meaning of Tortor Dalahi and Daboru Move in Simalungunese

Chapter 3 Internship Activities

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

Meninjau Amalan Leksikografi Vocabulary of the English and Malay Languages

SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

AN ANALYSIS OF FIGURATIVE LANGUAGE USED IN ED SHEERAN S SONGS

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

A STYLISTICS ANALYSIS IN FARHAT ABBAS TWITTER CRITICISM TO AHMAD DHANI ON ABDUL QODIR JAELANI S TOL JOGORAWI ACCIDENT CASE THESIS

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

SOCIETY A PAPER UNIVERSIT. Universitas Sumatera Utara

PUJIAN DALAM KRITIKAN: ANALISIS BENTUK DAN STRATEGI KESANTUNAN

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

Visual And Verbal Communication In Michael Jackson s Video Clip Entitled Black Or White. Abstrak

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional

Chapter II Novel, Stucture and Hedonism Issue

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

SPIRAL OF SILENCE THEORY

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

METAPHORICHAL EXPRESSION IN THE BEATLES LOVE. STIBA Saraswati Denpasar ABSTRACT

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

SEMIOTIC ANALYSIS OF MEMES IN 9GAG.COM MADE NUNIK SAYANI ENGLISH DEPARTMENT FACULTY OF LETTERS UDAYANA UNIVERSITY. Abstrak

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

PANTUN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF SEMIOTIK RIFFATERRE

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

TRANSLATION OF IDIOMATIC EXPRESSION IN ROALD DAHL S SHORT STORY MAN FROM THE SOUTH FROM ENGLISH INTO INDONESIAN

Transcription:

157 Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18, 2007 TEORI SEMIOTIK PEIRCE DAN MORRIS: SATU PENGENALAN KAEDAH ANALISIS SASTERA Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali Pengenalan Tulisan ini meneliti teori semiotik Peirce dan teori semiotik Morris dalam karya sastera Melayu. Morris merupakan pengikut Peirce yang terdekat dan beliau banyak mengambil konsep Peirce terutama mengenai proses semiosis triadic. Namun demikian, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dalam teori mereka. Teori semiotik berasal dari Barat dan istilah semiotik itu berasal daripada istilah Yunani, iaitu "semeion" yang bererti tanda. Oleh yang demikian, semiotik bererti ilmu tanda, iaitu salah sate cabang ilmu yang berkaitan dengan pengkajian tanda dan segala sesuatu yang berhubung dengan tanda, seperti sistem tanda dan proses yang berlaku bagi penggunaan tanda (Aart van Zoest, 1993: 152). Pemikiran tentang tanda atau "semeion" oleh ahli-ahli falsafah Yunani dikatakan bermula sejak dua ribu tahun lalu. Plato dan Aristotle, iaitu dua orang ahli falsafah Yunani yang masyhur merupakan perintis awal

158 Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18, 2007 semiotik. Mereka telah memperkenalkan teori bahasa dan makna. Plato memeriksa asal-usul bahasa dalam Cratylus dan Aristotles melihat kata benda dalam bukunya, Poetics dan On Interpretation (Paul Cobley dan Litza Jansz, 1997: 4). Usaha mereka ini walau bagaimanapun cuba dihapuskan oleh golongan "Stoics" yang berpandangan bahawa teori itu tidak wajar dan sukar dipertahankan keunggulannya (Mana Sikana, 1998: 152). Semenjak penolakan teori epistemologi Yunani, semiotik kemudiannya tidak lagi popular sehinggalah abad ke-17 apabila ahli falsafah Inggeris, John Locke (1632-1704) menggunakannya kembali untuk menunjukkan dengan jelas doktrin perlambangannya itu. Abad ke-19 memberikan nafas baru kepada perkembangan semiotik dengan munculnya dua orang tokoh penting, iaitu Fredinand de Saussure (1857-1913), seorang tokoh berbangsa Swiss dan Charles Sanders Peirce (1839-1914), seorang ahli falsafah yang sekali gus merupakan seorang peneroka tradisi semiotik di Amerika Syarikat (Supardy Muradi, Disember 1984: 36). Walau bagaimanapun dua orang tokoh ini tidak saling mengenali di antara satu sama lain. Daripada Saussure dan Peirce, maka semiotik semakin berkembang dengan lahirnya beberapa tokoh serta pengikut-pengikut Saussure dan Peirce yang turut membahaskan semiotik. Antaranya termasuklah Roland Barthes dalam Elements de Semiologeie (1953), Charles Morris dalam Signs Language and Behavior (1955), dan Foundations of the Theory of Signs (1970), Julia Kristeva dalam Semeiotike (1969), Umberto Eco dalam Semiotics of Poetry (1976), serta Michael Riffaterre yang membicarakannya dalam Semiotics of Poetry (1978). Teori Semiotik Peirce Bagi Peirce (1965, Vol. II: 242), semiotik merupakan tanda yang dapat dikenal pasti melalui proses semiosis yang terbahagi dalam tiga kategori, iaitu: pertama representamen, kedua objek (object), dan ketiga (interpretant). Tanda merupakan hubungan segitiga asli (genuine triadic) (Pierce, 1965: 274) dan dapat digambarkan seperti berikut:

Mori Semiotik Peirce dan Morris: Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera Interpretant Representamen Object Bagi Peirce, erti tanda yang sebenarnya adalah mengemukakan sesuatu dan juga disebut sebagai representamen (Panuti Sudjiman dan Aart Van Zoest, 1996: 7). Apa yang dikemukakan oleh tanda, apa yang diacunya, yang ditunjuknya, disebut oleh Peirce dalam bahasa Inggeris object, dan juga digunakan kata designatum atau denotatum (Pierce, 1965:274). Berdasarkan representamen, objek, dan intepretant daripada proses semiosis triadic, Peirce telah mengemukakan tanda-tanda. Representamen terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Qualisign, Sinsign, dan Legisign. Menurut Peirce (165: 244); qualisign adalah "a quality which is a sign". Paul Cobley dan Litza Jansz (1998: 32) menjelaskan lagi, iaitu: "a representamen made up of a quality, e.g. the colour green". Tikus Putih dalam novel Tikus Rahmat (1963) karya Hassan Ibrahim telah diberikan warna putih oleh pengarangnya. Dalam novel ini, putih merupakan qualisign yang diberi kepada tikus itu melambangkan seseorang yang mempunyai darjat yang tinggi dan mewakili golongan elit yang berpendidikan Barat. Sinsign pula menurut Peirce (1965: 245); adalah "an actual existent thing or event which is a sign". Ini bermaksud tanda adalah berdasarkan kemunculannya dalam kenyataan (Pierce, 1965:245). Menurut Paul Cobley dan Litza Jansz (1998: 32) pula, sinsign sebagai "A representamen made up of an existing physical reality, e.g. a road sign in a specific street". Tentang sinsign, Aart van Zoest (Aart van Zoest, 1993: 20), menjelaskan lagi dengan mengatakan bahawa semua pernyataan individu yang tidak dilembaga dan semua tanda yang kita kenal tanpa berdasarkan suatu kod, termasuk dalam sinsign. Dalam novel Di Negeri Belalang (1989), "bangaubangau sawah" merupakan sinsign pengarang untuk menyatakan tentang kapal terbang tentera Jepun yang sedang terbang di langit. 159

160 Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18, 2007 Seterusnya legisign adalah "a law that is a sign" (Peirce, 1965: 244); Paul Cobley dan Litza Jansz (1998: 32) mengatakan legisign sebagai "A representamen made up of a law, e.g. the sound of the referee's whistle in a football match". Dengan erti kata lain, tanda umum (Aart van Zoest, 1993: 19-20) ialah tanda-tanda yang merupakan tanda atas dasar suatu peraturan yang berlaku umum, sebuah konvensi, sebuah kod. Oleh itu, tanda lalu lintas merupakan legisign. Malah, semua tanda bahasa juga merupakan legisign kerana bahasa merupakan kod. Semua tanda bahasa yang berlaku secara umum dalam karya sastera merupakan legisign. Ini bermakna karya sastera hendaklah difahami oleh masyarakat yang berkongsi bahasa yang sama. Misalnya pembaca yang berasal atau berada dalam kalangan masyarakat Melayu kemungkinan besar tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengetahui jenis-jenis burung, binatang, dan jenis-jenis pokok hutan yang terdapat di bukit Srengenge yang dipaparkan dalam novel Srengenge (1973). Misalnya tekukur, puling, punai, serindit, merbuk, napuh, pelanduk, pucuk kaya, daun palas, buluh lemang, rotan, dan bertam. Seterusnya pada tahap kedua, iaitu objek. Peirce mengemukakan tiga jenis tanda, iaitu ikon, indeks, dan simbol. Ikon ialah tanda yang merujuk kepada objek yang menunjukkan sifat yang sama seperti yang digambarkan dan is mempunyai persamaan (Peirce, 1965: 247). Ikon merupakan tanda berhubung dengan objek tertentu kerana terdapatnya keserupaan (Paul Cobley dan Litza Janz, 1997: 33). Sebuah tanda akan bersifat ikonik apabila terdapat kemiripan rupa (resemblance) antara tanda dan hal yang diwakilinya. Dalam ikon, hubungan antara tanda dan objeknya terwujud sebagai lesamaan' atau leserupaan' rupa yang terungkap oleh tanda. Sebuah diagram, peta, atau lukisan memiliki hubungan ikonik dengan objeknya, iaitu sejauh mana terdapat keserupaan pada kedua-duanya (Kris Budiman, 1999: 49). Ikon membawa fungsifungsi tertentu berkaitan tafsiran makna dengan struktur permukaan (Sahlan Mohd. Saman, 1994: 26). Jadi ikon merupakan persamaan dengan bentuk objeknya yang melaksanakan fungsi sebagai penanda yang menjadi tanda pada petandanya. Ikon Imrah dalam novel Ombak Bukan Biru (1979), The Missing Peace (2005), dan The Missing Peace II (2006), karya Fatimah Busu memperlihatkan ikon wanita yang gigih, rajin, dan mempunyai semangat yang kuat dalam menjalani kehidupannya yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Kegigihan, kerajinan, dan semangat

7eori Semi otik Peirce dan Morris: Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera kuat itu telah melaksanakan fungsi kepada penandanya, iaitu watak Imrah. Seterusnya indeks pula merujuk kepada objek, yang menunjukkan kesan daripada objek (Peirce, 1965: 248). Dengan indeks, kita dapat menghubungkan di antara penanda dengan petandanya yang memiliki sifat-sifatnya, iaitu nyata, bertataurut, sebab akibat dan selalu mengisyaratkan sesuatu (Puji Santosa, 1993: 12). Mana Sikana (Jun 2001: 202) mengatakan indeks ialah tanda yang merujuk kepada sesuatu tanda yang mengumpulkan satu tanda atau beberapa fenomena, sebabmusabab, simptom, isyarat, ikatan, dan sebagainya. Begitu juga dengan tanda lubang peluru merupakan tanda berlakunya tembakan. Sekiranya tidak ada tembakan, maka tidak ada lubang yang wujud, sebaliknya jika ada lubang di situ, maka itu bergantung kepada naluri manusia untuk mengintepretasikannya, sama ada terdapat kesan daripada tembakan atau tidak (Charles Hartshorne dan Paul Weiss, 1965: 170). Contoh yang paling biasa untuk indeks ialah asap dan api yang merupakan suatu kejadian yang saling berkaitan antara satu sama lain. Asap boleh dianggap tanda untuk api. Ini bermakna sekiranya ada asap, maka itu akan merujuk kepada api. Dalam hal ini asap merupakan indeks untuk api. Dalam novel Arus (1981), karya Anwar Ridhwan, indeks Imah dibaham buaya dapat diketahui melalui air sungai yang berwarna merah dan juga jeritannya yang meminta pertolongan. Indeks ini menjadi kebenarannya apabila mayat Imah ditemui dengan kedua-dua belah kakinya telah putus akibat dibaham buaya. Simbol pula menurut Peirce (1965: 249) ialah tanda yang merujuk kepada objek yang menunjuk kepada peraturan (law) dan biasanya merupakan gabungan idea-idea umum (general ideas). Simbol sebagai salah satu jenis tanda mempunyai ciri yang menunjukkan hubungan antara tanda dengan denotatumnya ditentukan oleh suatu peraturan yang berlaku secara umum (Aart van Zoest, 1993: 25) atau dikatakan sebagai tanda yang berhubung dengan objek tertentu semata-mata kerana kesepakatan (Paul Cobley dan Litza Janz, 1997: 33). Hubungan itu merupakan hubungan yang sudah terbentuk secara konvensional (Panuti Sudjiman dan Aart van Zoest, 1992: 9) dan tidak menunjukkan hubungan alamiah antara penanda dan petandanya. Hubungannya adalah bersifat arbitrari dan berdasarkan konvensi masyarakat (Rachmat 161

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18, 2007 Djoko Pradoppo, 1993: 121-122). Simbol traktor dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ialah simbol kemodenan yang hendak diperlihatkan oleh pengarangnya, Shahnon Ahmad. Lahuma dan Jeha mengerjakan sawah mereka dengan hanya menggunakan kerbau, sementara semasa menuai padi mereka menggunakan tulang empat kerat sahaja. Walau bagaimanapun Penghulu merupakan satu-satunya penduduk kampung yang menuai padi dengan traktor. Interpretant bukannya penterjemah (interpreter), tetapi merupakan interpretant, seperti yang dikatakan oleh Paul Cobley dan Litza Janz (1998; 23) "...it is a proper significate effect. Most often it is thought as a sign in the mind that is the result of an encounter with a sign. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa interpretant merupakan tanda yang terdapat dalam fikiran kita sejurus selepas kita mengenal pasti tanda tersebut. Interpretant kemudiannya telah dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu Rheme, Dicent Signs, dan Argument. Menurut Peirce (1965: 250); "A Rheme is a Sign, which for its Interpretant, is a sign of qualitative Possibility" atau dengan kata lain "A Rheme: where the sign is represented for the Interpretant as a possibility" (Paul Cobley dan Litza Janz, 1998: 34). Tanda merupakan rheme apabila dapat diinterpretasikan sebagai hasil representamen daripada suatu kemungkinan tanda (Aart van Zoest, 1993: 29). Dalarn novel Rumah Itu Dunia Aku (1951), tanda rheme bahawa Hasni seorang yang sakit jiwa dapat dilihat apabila dia bertindak mencekik Lin sebaik sahaja Lin memberitahu bahawa tunang Hasni telah lari dengan Mahmud. Tanda Dicent Sign pula adalah; "A Dicent Sign is a Sign, which, for it Interpretant, is a sign of actual existence" (Peirce, 1965: 251) Atau dengan kata lain; "A Dicent: where the sign is represented for the Interpretant as a fact" (Paul Cobley dan Litza Janz, 1998: 34). Sebuah tanda itu merupakan decent signs apabila bagi interpretantnya, tanda itu menawarkan hubungan benar yang wujud antara tanda (Aart 162

Teori Semiotik Peirce dan Morris: Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera van Zoest, 1993: 29). Tanda merupakan sebuah penanda yang menampilkan informasi tentang petandanya (Puji Santosa, 1993: 11). Dalam Nyawa di Hujung Pedang (1975) oleh Ahmad Murad Nasaruddin, tanda Dicent Sign dapat dilihat apabila pihak British mencari `orang salah perang', iaitu orang Jepun yang bekerja sebagai MP dan pegawai-pegawai polis. Tanda ini dapat dilihat melalui gambar-gambar yang disebarkan kepada orang ramai. Gambar-gambar tersebut merupakan penanda yang menampilkan informasi tentang petandanya yang menunjukkan pesalahpesalah perang yang sangat dikehendaki oleh pihak British. Tanda yang ketiga, iaitu argument pula adalah; "An Argument is a Sign which, for its Interpretant, is a sign of law", atau "Argument is a Sign which is understood to represent its Object in its character as Sign". (Peirce, 1965: 252) Dengan kata lain "An Argument: where the sign is represented for the Interpretant, as a reason" (Paul Cobley dan Litza Janz, 1998: 34). Bertitiktolak daripada Peirce sebagai ahli logik, beliau turut menjelaskan tanda interpretantnya sebagai tanda yang berlaku secara umum, iaitu disebut tanda yang beralasan. Argument dapat dikaitkan dengan crenungan tentang kebenaran' (tend to the truth) (Peirce, 1965: 253), diutamakan oleh Peirce dalam semiotiknya. Tanda argument ini dapat dilihat dalam novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) oleh Anwar Ridhwan apabila mayat Pawang `Kri dijumpai dalam keadaan ngeri. Tanda argument bahawa Pawang `Kri mati akibat dibaham buaya dapat dilihat daripada mayatnya yang seperti `upih yang disiat', berlubang-lubang di dada dan di perutnya, serta diselaputi oleh darah beku yang kehitamhitaman. Tanda argument mayat Pawang ICH yang dijumpai pucat kebiru-biruan juga menunjukkan bahawa mayat Pawang `Kri berada di dalam mulut buaya di dalam air bagi tempoh yang lama. Teori Semiotik Morris Morris juga mengatakan bahawa proses semiosis boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu sign vehicle, interpretant, dan designatum, bagi; 163

Jurnal Pengajian Melayu, lila 18, 2007 "This process, in a tradition which goes back to the Greeks, has commonly been regarded as involving three (or four) factors: that which acts as a sign, that which the sign refers to, and that effect on some interpreter in virtue of which the thing in question is a sign to the interpreter. These three components in semiosis may be called, respectively, the sign vehicle, the designatum, and the interpretant; the interpreter may be included as a fourth factor." (Morris, 1938b: 3) Daripada petikan di atas, jelaslah Morris mengenali tanda melalui proses triadic (segitiga), iaitu sign vehicle, designatum, dan interpretant (Morris, 19386:3). Dalam proses ini juga faktor yang keempat, iaitu interpreter boleh ditambah. Sign vehicle bermaksud: "which act as a sign" (Morris, 1938b:3) dan designatum pula bermaksud: "which the sign refers to" (Morris, 19386:3). Interpretant pula adalah "that effect on some interpreter in virtue of which the thing in question is a sign to that interpreter" (Morris, 1938b:3). Hubungan segitiga Morris dapat digambarkan seperti rajah berikut: Interpretant Sign Vehicle Designatum Morris turut menerima semiosis sebagai urutan kejadian yang teramati. Paul Cobley dan Litza Janz (1997: 107-108) telah memberikan contoh kucing yang merujuk kepada kenyataan Morris ini. Katanya, anda memungut seekor kucing di tepi jalan. Pada peringkat awalnya, anda tidak dapat menjinakkan kucing tersebut dalam waktu terdekat dalam suasana rumah anda. Semasa anda mahu tidur, anda mahu kucing tersebut memasuki satu ruang tertentu di rumah anda. Mula-mula anda hendaklah memancing kucing itu agar masuk ke ruang itu dengan mengacukan kepada kucing itu makanan ikan dari kotak makanan kucing. Setelah beberapa malam berturut-turut, kucing itu akan terbiasa dengan cara begitu. Selepas itu, anda akan dapati kucing itu akan segera menjadi jinak. Ia akan pergi ke tempat yang diinginkan walaupun tanpa 164

Mori Semiotik Peirce dan Morris: Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera melihat makanannya tetapi hanya berdasarkan bunyi daripada kotak makanan. Oleh itu, bunyi kotak yang digoncang-goncang sahaja sudah cukup menjadi tanda makanan kepada kucing tersebut. Bunyi kotak makanan kucing itu lebih memberi fungsi sebagai tanda yang mewakili objek tertentu. Dalam hal ini, sign vehicle merujuk pada bunyi kotak makanan kucing, denotatum merujuk pada makanan kucing, dan interpreter pula merujuk pada kucing. Interpretant merupakan sebuah kecondongan yang disebabkan oleh tanda, dan ia ditangkap oleh interpreter. Interpretant (apabila bunyi kotak kedengaran, menandakan waktu untuknya (kucing) makan) lnterpretant (apabila bunyi kotak kedengaran, menandakan waktu untuknya (kucing) makan) Sign Vehicle (bunyi kotak makanan kucing) Designatum (makanan kucing) Morris membahagikan proses semiosisnya kepada tiga jenis, iaitu sintaksis, semantik, dan pragmatik. Sintaksis merupakan kajian hubungan tanda dengan objek atau `penafsii. Oleh itu sintaksis termasuk kajian tentang hubungan antara kombinasi tanda tertentu dalam bahasa (Charles Morris, 1970: 13) dan menumpukan pada struktur ilmu tatabahasa atau nahu bahasa. Menurut Morris lagi: "Syntactics is, then, the consideration of signs and sign combination in so far as they are subject to syntactical rules. It is not interested in the individual properties of the sign vehicle or in any of their relations except syntactical ones, i.e., relations determined by syntactical rules". (Charles Morris, 1970: 14) Oleh itu, sintaksis merupakan kesedaran tentang tanda dan kombinasi tanda selagi ia di bawah peraturan sintaksis. Ia merupakan 165

Jurnal Pengajian Melayu, lila 18, 2007 kajian tentang penulisan tanda, mengkaji hubungan antara tanda-tanda seperti yang ditetapkan dan ditentukan oleh peraturan. (Charles Morris, 1970:15-16). Hubungan-hubungan inilah yang menyebabkan sintaksis dikatakan sebagai "the structural relations between signs" (http://www. argyroneta.com/s4b/sem01.html) atau hubungan antara satu tanda dengan tanda yang lain (hubungan kombinasi) (Paul Cobley dan Litza Janz, 1997: 118). Dalam karya sastera, selagi seseorang pembaca itu berada dalam kawasan sintaksis, pembaca tersebut tidak akan terkeluar daripada yang mereka fahami melalui ayat-ayat yang disusun dan dihuraikan oleh pengarang. Sintaksis merupakan pijakan yang nyata, fakta-faktanya disusun secara teratur dan baik dalam suatu ikhtisar yang dibatasi (Van Zoest, 1993: 35). Misalnya, tanda sintaksis dalam cerpen S.M Zakir, "Matahari di atas Sejadah" (2006) seperti berikut: "Berkulit putih kuning dan berwajah bersih ceria, Ustaz Nik senang tersenyum dan sangat baik hati. Ustaz Nik mengajar di sekolah agama tempat Tamrin dan Mat Nor belajar. Sebelah malam, Ustaz Nik menghabiskan masa di surau." (Nor Azah Abd Aziz dan Rozlan Mohamed Noor, 2007: 25) Daripada tanda sintaksis dalam petikan di atas, pembaca akan dapat mengetahui bahawa Ustaz Nik mempunyai kulit putih kuning, wajah yang bersih dan ceria, mudah melemparkan senyuman serta sangat baik hati. Ustaz Nik bekerja sebagai guru agama dan mengajar di sekolah tempat Tamrin dan Mat Nor belajar. Pada siang hari Ustaz Nik mengajar di sekolah manakala pada sebelah malam dia beribadat di surau. Oleh yang demikian, pada peringkat sintaksis ini pembaca dapat memahami keseluruhan petikan tersebut. Huraiannya dapat difahami dalam suatu ikhtisar yang dibatasi dalam petikan itu. Menurut Charles Morris (1970: 21): "Semantics deal with the relation of signs to their design and so to the objects which they may or do denote". Oleh itu, semantik merupakan makna tentang tanda-tanda atau hubungan antara tanda-tanda terhadap yang ditandainya (http://www. argyroneta.com/s4b/sem01.html). Dalam erti kata lain, semantik ialah hubungan di antara tanda-tanda dengan `tanda yang dirujuknya' (Paul 166

Mori Semiotik Peirce dan Morris: Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera Cobley dan Litza Janz, 1997: 118). Apabila kajian dalam tanda ini menonjolkan hubungan tanda-tanda dengan acuannya dan melalui interpretasi yang dihasilkannya, itu merupakan kerja semantik semiotik (Panuti Sudjiman dan Aart van Zoest, 1992: 6) dan semantik merupakan makna tanda-tanda sebelum digunakan dalam tuturan tertentu (Kris Budiman, 1999: 106). Semantik juga merupakan kajian mengenai erti dan merupakan sebahagian daripada linguistik. Dalam aspek semiotik, pertanyaan semantik mengenai nilai kebenaran suatu pertanyaan merupakan pertanyaan mengenai status denotatumnya (Aart van Zoest, 1990: 30). Semantik merupakan telaah makna yang menelaah lambanglambang atau tanda-tanda yang menyatukan makna (Henry Guntur Tarigan, 1986: 18). Misalnya makna `betina' yang membawa maksud wanita yang tidak elok budi pekertinya telah dikembangkan maknanya dalam novel Arus (1985). Pengarang telah memberikan perlambangan `betina' sebagai wanita kota, wanita Inggeris sebagai `betina blonde' dan wanita Negro sebagai `betina kulit hitam'. Pragmatik bermaksud hubungan antara tanda-tanda dan pemakainya atau penafsir-penafsirnya, atau lebih jelas lagi meliputi tanda dan penafsiran (hubungan penekanan) (Paul Cobley dan Litza Janz, 1997: 118). Menurut Charles Morris: The term pragmatics' has abviously been coined with reference to the term Pragmatism. It is a plausible view that the permanent significance of pragmatism lies in the fact that it has directed attention more closely to the relation of signs to their users..." (Charles Morris, 1970: 29) Penafsir kepada tanda dikenali sebagai organisma, manakala interpretane pula merupakan suatu kebiasaan daripada organisma untuk bertindak balas (Charles Morris, 1970: 31). Penelitian pragmatik dapat dilakukan dengan keterangan-keterangan daripada sintaksis dan semantik. Seterusnya penelitian pragmatik menghubungkan teks dengan penulis atau dengan pembaca (Aart van Zoest, 1993: 64). Unsur pragmatik misalnya dapat dilihat pada monolog dalaman Pak Hassan dalam Harihari Terakhir Seorang Seniman yang telah dipaparkan oleh pengarang untuk menarik pembaca ke dalam emosi sedih Pak Hassan yang sentiasa mengharapkan anaknya Mat Junuh sembuh. Ini dapat dilihat dalam 167

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18, 2007 petikan di bawah: "Bertahun-tahun sudah kuharapkan kesembuhannya, fikir Pak Hassan lagi. Tetapi dia tak memperlihatkan perubahan. Apa yang dapat kulakukan lagi kecuali terus berdoa agar dalam waktu terdekat dia akan sembuh? Nah, pada ketika itu dia harus duduk di hadapanku sambil mendengar aku menuturkan cerita..." (Anwar Ridhwan, 1979: 81-82) Persamaan yang paling jelas dalam semiotik Peirce dan semiotik Morris adalah melalui konsep proses semiosis yang diutarakannya. Morris, seperti juga Peirce, mengatakan bahawa tanda dapat dikenal pasti melalui proses semiosis secara triadic (Carolyn Eisele dalam John N.Deely dan Margot D.Lenhart, 1980: 429). Oleh itu ketiga-tiga konsep oleh Pierce, iaitu konsep sign vehicle sama dengan konsep representamen, manakala designatum pula merujuk kepada konsep objek oleh Peirce, dan designatum juga menyerupai denotatum. Peirce turut menggunakan konsep designatum, namun yang paling menonjol penggunaannya ialah objek. Di sini jelas bahawa designatum=denotatum=objek. Interpretant pula sama dengan konsep interpretant Peirce, terutamanya pada kenyataan bahawa interpretant merupakan konsep ketiga yang menyatukan representamen dengan objek (Paul Cobley dan Litza Janz, 1998: 111). Morris turut mengemukakan interpretant sebagai konsep ketiga yang menyatukan sign vehicle dengan designatum. Penjelasan proses semiosis Peirce dan proses semiosis Morris dapar dilihat dengan lebih jelas dalam rajah berikut: interpretant Representamen/Sign Vehicle Object/Designatum Oleh yang demikian, proses semiosis triadic Peirce dengan Morris hanya berbeza dari segi istilah, sedangkan maksud dan fungsinya adalah sama. Persamaan istilah kedua-dua proses semiotik ini cuma pada 168

Teori Semiotik Peirce dan Morris: Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera designatum dan interpretant sahaja yang sama. Walau bagaimanapun Peirce banyak menggunakan istilah objek dan denotatum dalam teori semiotiknya berbanding dengan designatum. Perbezaan kedua-dua teori ini jelas, iaitu Peirce membahagikan proses semiosis triadicnya kepada sembilan jenis tanda, iaitu ikon, indeks, simbol, qualisign, sinsign, legisign, rheme, decent signs, dan argument, manakala Morris pula membahagikannya kepada tiga jenis, iaitu sintaksis, semantik, dan pragmatik. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan, secara jelas walaupun Morris menggunakan istilah yang berbeza dengan Peirce dalam proses semiosis triadic, tetapi konsepnya adalah sama. Seterusnya daripada proses semiosis tersebut, Peirce memperlihatkan lagi beberapa jenis tanda. Pada tahap representamen, Peirce memperkenalkan tiga jenis tanda: Qualisign, Sinsign, dan Legisign. Pada tahap objek pula Peirce memberikan tanda ikon, indeks, dan simbol. Manakala pada tahap interpretant terbahagi kepada Rheme, Decent Sign / Desisign, dan Argument. Morris yang lebih kepada aliran Behaviorisme mengembangkan konsep Pierce, daripada proses semiosis triadic dengan membahagikan semiotik kepada sintaksis, semantik, dan pragmatik. Tanda-tanda yang berada dalam proses semiosis yang diperkenalkan oleh Peirce boleh dimanfaatkan untuk mengkaji karya-karya sastera. Begitu juga dengan tanda sintaksis, semantik, dan pragmatik yang sememangnya boleh digunakan untuk mengkaji karya sastera. Namun teori Morris ini agak kurang mendapat perhatian dalam kajian kesusasteraan dan teori ini juga perlu dimantapkan lagi bagi tujuan tersebut. Semiotik berupaya membongkar maksud sebenar seseorang penulis untuk menyampaikan cerita dalam sesebuah karya sastera sama ada novel, cerpen, puisi, mahupun drama. Pada masa yang sama, bahasa dalam sastera menjadi tanda yang penting dalam semiotik untuk mewakili, sesuai dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Diharapkan pada 169

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18, 2007 masa hadapan, teori semiotik ini dapat diperkatakan dengan meluas menerusi kajian-kajian yang dijalankan dalam kesusasteraan Melayu. Rujukan Chandler, Daniel, 2000. Semiotics for Beginners: Introduction, http://www. argyroneta.com/s4b/sem01.html (20 April 2004). Cobley, Paul dan Litza Jansz, 1997. Introducing Semiotics, Victoria: Mc Pherson's Printing Group. Eisele, Carolyn, 1983. "Mathematics As A Semiotic Factor in Thought of C.S.Peirce" dalam N.Deely, John dan Margot D.Lenhart (editor), Semiotics 1981, New York: Plenum Press. Hartshorne Charles dan Paul Weiss, 1965. Collected Papers Charles Sanders Peirce, Cambridge Massachusetts; The Belknap Press of Harvard University Press. Volume I & II. Henry Guntur Tarigan, 1986. Pengajaran Pragmatik, Bandung: Angkasa. Kris Budiman, 1999. Kosa Kata Semiotika, Yogjakarta: Gambiran UH. Mana Sikana, 1998. Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mana Sikana, 2001. "Teori Semiotik: Tanda Bahasa dan Wacana Sastera" dlm. Jurnal Bahasa, Jilid 1, Bil. 2, Jun, hlm. 202. Morris, Charles, (1938) 1970. Foundations of the Theory of Signs, London: The University of Chicago Press. Nor Azah Aziz dan Rozlan Mohamed Noor, 2007. Pusaka Cendana, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Panuti Sudjiman dan Aart Van Zoest (Peny.), 1992. Serba-serbi Semiotika, Jakarta: Penerbit PT Gramedia Utama. Puji Santosa, 1993. Ancangan Semiotika dan Pengkajian Susastra, Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung. 170

Teori Semiotik Peirce dan Morris: Satu Pengenalan Kaedah Analisis Sastera Rachmat Djoko Pradopo, 1993. Pengkajian Puisi: Analisis Strata Norma dan Analisis Struktural dan Semiotik, Jakarta: Gadjah Mada University Press. Peirce, Charles Sanders, 1965 (Vol. I & Vol. II). Collected Papers of Charles Sanders Peirce, Belknap Press of Harvard University Press: London. Sahlan Mohd. Saman, 1994. "Dekad 1990-an Era Kematangan Kesusasteraan Melayu." Dewan Sastera, Jilid 24, Mac. Bil. 4, hlm. 65. Supardy Muradi, 1984. "Semiotik dan Kajian Perlambangan." Dewan Sastera. Jilid 14, Disember: 35-39. Bil. 12, hlm. 36. Van Zoest, Aart, 1990. Fiksi dan Non Fiksi dalam Kajian Semiotik, Manoekmi Sardjoe (Ptj.), Jakarta: Intermasa. Van Zoest, Aart, 1993. Semiotika: Tentang Tanda, Cara Kerjanya dan Apa yang Kita Lakukan Dengannya, Jakarta: Yayasan Sumber Agung. 171