Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

SPIRAL OF SILENCE THEORY

PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

BOOK REVIEW OF PANGGIL AKU KARTINI SAJA WRITTEN BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

KEBERKESANAN MODUL KAUNSELING PEMULIHAN TERHADAP MASALAH PSIKOSOSIAL ORANG KURANG UPAYA (OKU) FIZIKAL AKIBAT KEMALANGAN

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Chapter 3 Internship Activities

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

INQUIRY PARADIGM FOR UNDERSTANDING LIVABLE URBAN SPACE IN LOCAL KNOWLEDGE FRAMEWORK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

Contoh : mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 5, Issue 1 (2016) 39-46

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

METAPHORICHAL EXPRESSION IN THE BEATLES LOVE. STIBA Saraswati Denpasar ABSTRACT

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

THE USE OF HUMOUR IN THE ESL CLASSROOM RAYMOND A/L MANICKAM

BUKU ILMIAH UNTUK GOLONGAN ISTIMEWA: KAJIAN KES DI PENERBIT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

Terapi Seni Ekspresif Sebagai Intervensi Kaunseling Dalam Memangkinkan Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

AN ANALYSIS OF FIGURATIVE LANGUAGE USED IN ED SHEERAN S SONGS

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

CONVOLUTION ENCODER FOR FORWARD ERROR CORRECTION AHMAD TERMIZI BIN MOHD AZMI

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

Kata Kunci: Reka Bentuk Sejagat (RBS), Taman Permainan, Orang Kurang Upaya (OKU), Pereka bentuk Produk.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CLASSIFICATION OF THE AESTHETICS FORMULA AND GENERATING THE SCREEN DESIGNS FOR BALANCE PRINCIPLE

MODELING AND CONTROLLER DESIGN OF A HOT AIR BLOWER SYSTEM KHAIRUL NIZAR SYAZWAN BIN WAN SALIHIN WONG

SOCIETY A PAPER UNIVERSIT. Universitas Sumatera Utara

Transcription:

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah Normala Abu Hassan a, *, Mohd Azhar Abd. Hamid, P.hD b a Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia Email: normala103@gmail.com b Mohd Azhar Abd Hamid, P.hD Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia Email:mazhara68@hotmail.com Abstrak Kertas kerja ini akan membincangkan fenomena transformasi perspektif bekas penagih dadah dalam konteks pengalaman sebagai seorang bekas penagih dadah. Dadah merupakan musuh nombor satu di Malaysia. Dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak pernah bertolenrasi dengan masalah penagihan dadah. Saban tahun bilangan penagih dadah yang mengambil dadah semakin meningkat. Pada tahun 2013 terdapat peningkatan sebanyak 24% terhadap kes penagihan dadah. Berdasarkan kepada statistik penagih dadah Malaysia pada tahun 2013 sebanyak 13,481 kes baru dikesan dan 7,406 kes merupakan kes penagih berulang. Berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu para pengkaji lebih memberi penekanan terhadap punca, faktor dan cara menangani masalah penagihan dadah. Dengan kata lain, kajian terhadap transformasi perspektif bekas penagih dadah di Malaysia kurang diberi perhatian berbanding di negara Barat. Kertas kerja ini ini akan membincangkan perihal proses pembelajaran yang berlaku dalam usaha bekas penagih dadah kembali kepada kehidupan normal. Salah satu elemen pembelajaran yang berlaku dalam sistem kognitif orang dewasa (dalam konteks ini bekas penagih dadah) adalah refleksi kritikal. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengenalpasti peranan refleksi kritikal dalam membantu proses transformasi perspektif bekas penagih dadah. Refleksi kritikal merupakan elemen penting dalam pembelajaran transformatif yang mana bekas penagih dadah berusaha mencari jalan penyelesaian pada ketagihan dadah dengan melakukan refleksi kritikal terhadap pengalaman lampau mereka. Mereka akan merenung, berfikir semula, menyemak dan memeriksa pengalaman sebagai seorang penagih dadah. Selain itu, elemen dialog merupakan medium penting dalam refleksi kritikal yang mana boleh memberi tindakbalas terhadap pengalaman lepas bekas penagih dadah. Dialog merupakan satu proses yang mana bekas penagih dadah berdialog dengan individu lain untuk membina perspektif yang baru dan merupakan proses penting dalam pembelajaran transformatif dan juga sebagai penggerak. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif yang mana pemilihan responden berdasarkan kepada persampelan bertujuan. Kajian kes dan fenomenalogi turut digunakan dengan tujuan untuk memahami sesuatu fenomena dan kes di tempat kajian. Akhirnya kertas kerja ini akan merumuskan kepentingan

refleksi kritikal dalam konteks transformasi perspektif dan dialog dalam kalangan bekas penagih dadah. Kata kunci: Pembelajaran transformatif; transformasi perspektif, refleksi kritikal, dialog, bekas penagih dadah. 1. Pengenalan Pembelajaran transformatif menggunakan pendekataan konstruktif dalam pembelajaran dewasa yang mana pengetahuan bukan sahaja berada di luar diri manusia untuk ditemui tetapi dibina melalui tafsiran dan pentafsiran semula berdasarkan pengalaman baru (Mezirow, 1981). Antara ciri pembelajaran dewasa yang unik dan menonjol menurut Mezirow (1990) ialah apabila individu melakukan refleksi secara kritikal (berfikir dengan mendalam) terhadap kehidupan dan akhirnya sedar kenapa individu memberikan makna tertentu terhadap realiti tersebut, khususnya berkaitan dengan peranan dan hubungan individu. Menurut Mezirow (1991) transformasi perspektif yang berlaku kepada seseorang individu bersifat kekal dan tidak akan berpatah balik. Transformasi merupakan suatu perubahan yang dialami oleh semua individu melalui refleksi kritikal dan dialog/wacana. Dalam konteks pembelajaran dewasa, pembelajaran transformatif semakin penting dan diberi penekanan. Mohd Azhar (2012) menyatakan pembelajaran berlaku bila individu mencari perspektif alternatif dan ia boleh dilakukan dengan mula mempersoalkan sesuatu yang sebelumnya yang terdapat dalam habit minda (minds habit). 1.1 Gejala Penagihan Dadah Umum mengetahui bahawa dadah merupakan musuh nombor satu di Malaysia. Tidak ada satu negara atau masyarakat yang terlepas dari masalah penagihan dadah. Masalah penagihan dadah ini telah berlaku semenjak tahun 70-an lagi dan sehingga pada hari ini masalah ini tidak mempunyai jalan penyelesaian. Bilangan penagih dadah saban tahun makin meningkat walaupun berbagai langkah telah dijalankan untuk menangani masalah penagihan dadah. Menurut laporan dadah dunia 2014, pada tahun 2012 dianggarkan antara 162 juta dan 324 juta penduduk dunia yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dianggarkan 183, 000 orang mati akibat najis dadah setiap tahun (UNODC, 2014). Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang tidak pernah bertolenransi dengan masalah penagihan dadah. Penagihan dadah boleh memberi impak yang sangat besar pada aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji bagaimana refleksi kritikal membantu individu dalam mengubah perspektif transformatif perspektif (TP) terhadap ketagihan dadah serta kepentingan dialog dalam membantu individu dalam melakukan proses transformasi perspektif (TP). 2. Kajian Literatur 2.1 Refleksi Kritikal Refleksi adalah satu proses kognitif apabila individu berfikir dan merenung pengalaman lepas untuk mencari sesuatu makna dengan memeriksa kepercayaan dan andaian yang boleh memberi kesan kepada individu (Merriam, Caffarella dan Baumgartner, 2007). Manakala dalam Islam refleksi bermaksud takaffur atau muhasabah diri dan ia sangat dianjurkan dalan Islam (Mohd Azhar, 2012). Refleksi merupakan kompenan penting dalam pembelajaran yang membolehkan sesutau persoalan yang muncul dalam perspektif makna/ skema makna seseorang diambil untuk

diberikan andaian dan tingkah laku terutama apabila andaian gagal (Mesuser & Lapp, 2004; Mezirow, 1996; Reynolds, 1998; Wilhelsom, 2006). Justeru itu, menurut Brookfield (2000), pembelajaran transformatif tidak boleh berlaku tanpa refleksi, tetapi refleksi boleh berlaku tanpa perubahan yang disertakan dalam tabiat minda (habit minds). Mezirow (2000) menyatakan refleksi adalah proses kognitif, pemikiran dan emosi yang melibatkan proses berfikir secara aktif (active thinking). Menerusi refleksi kritikal individu boleh merenung, memikirkan semula dan menyemak semula pengalamannya yang telah semula dan menyemak semula pengalamannya yang telah lalu. Kajian yang dijalankan oleh Tanaka et. al (2013) mendapati pelajar memberi perhatian terhadap dilema yang dihadapi dengan tujuan untuk memahami dengan lebih jelas peranan mentor dalam diri pelajar. Elemen emosi merupakan elemen penting yang mana pelajar meluahkan perasaan mereka seperti kemarahan, kesedihan melalui penulisan jurnal. Mandell dan Herman (2007) pula mendapati individu mengalami gangguan emosi dan tekanan di tempat kerja akibat gangguan seksual dan keganasan di tempat kerja. Akibat dari peristiwa tersebut individu menjadi trauma. Coryell (2013) menjalankan kajian terhadap program persediaan pendidik dewasa dalam pembangunan sosial dan budaya. Perspektif awal individu menyatakan bahawa program tersebut sangat genting dan sukar. Akibatnya responden sukar untuk memahami program tersebut. Berdasarkan kepada beberapa kajian literatur menunjukkan bahawa refleksi kritikal adalah pemula kepada bermulanya episod penilaian semula individu terhadap pengalaman lalu. Tanpa melakukan refleksi kritikal terhadap sesuatu pengalaman yang sukar, gembira, dukacita, pahit, memilukan seolah-olah memberi gambaran seseorang itu mengelak diri daripada melakukan transformasi diri. Refleksi kritikal berlaku dalam diri manusia dan ia juga dikenali sebagai proses monolog (self talk). Ia bersifat terbatas kerana ia bergantung kepada sejauh dan sedalam mana sesuatu maklumat lepas itu dapat digali dan ditimbulkan semula. Refleksi berperanan sebagai mengumpul, mengkategori, dan memunculkan pengalaman lepas untuk dinilai dan kemudiannya diubahsuai berdasarkan pengalaman baru individu. Namun sebelum proses itu berlaku dengan lebih terancang, individu yang melakukan refleksi memerlukan interaksi dengan pihak lain. Interaksi dengan pihak lain ini dikenali sebagai dialog. Refleksi kritikal dan dialog memainkan peranan penting dalam pembelajaran transformatif. Dalam pembangunan kognitif individu, refleksi kritikal dan dialog merupakan asas pembelajaran transformatif (Mezirow, 2004). Kepercayaan, nilai, sikap dan prejudis terbentuk dalam habit minda (minds habit) yang terbina hasil daripada pengalaman dan proses sosialisasi boleh berubah menerusi refleksi kritikal dan dialog dan ianya berlaku apabila tercetusnya apabila terjadinya peristiwa pencetus (trigger event) dalam diri individu (Mezirow, 1978, 1991, 2000 dan 2009). Menurut Mezirow (1991) dan Freire (1970) refleksi kritikal dan dialog merupakan elemen utama dalam proses pembelajaran. 2.2 Dialog Dalam pembelajaran tranformatif dialog amat penting kepada individu yang melakukan transformasi perspektif. Hal ini kerana fungsi dialog adalah satu proses yang mana individu berdialog secara aktif dengan individu lain untuk memahami makna pengalaman (Mezirow, 2000). Oleh itu, dialog merupakan kompenan penting dalam teori pembelajaran transformatif. Cranton (2006) dan Mezirow (1991) menyatakan dialog adalah proses penting yang menjadi elemen penggerak berlakunya pembelajaran transformatif. Mohd Azhar (2008) berpendapat bahawa individu perlu terlibat dalam perbualan (conversation) dengan individu lain untuk menemui perspektif alternatif dan menentukan kesahan perspektifnya. Menurut Mezirow (2000) pembelajaran transformatif melibatkan penyertaan dalam wacana yang membina dengan menggunakan pengalaman orang lain untuk menilai sebab-sebab yang wujudnya andaian dan membuat tindakan terhadap keputusan yang terhasil. Wacana digunakan untuk menilai kepercayaan

atau persefahaman dengan menimbang hujah. Ia adalah cara untuk menilai dan memahami bagaimana individu mentafsirkan pengalaman dan individu hanya perlu bersedia dan bersedia untuk mendapatkan penjelasan, kefahaman dan mencapai persetujuan yang munasabah (Mezirow, 2000). 3. Kaedah Kajian Dalam kajian ini pendekatan kualitatif digunakan untuk meneroka proses pembelajaran transformatif dalam kalangan bekas penagih dadah. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah fenomenologi dan kajian kes, iaitu mengunakan reka bentuk fenomenologi dan kajian kes dalam memahami sesuatu fenomena dan kes di tempat kajian. Strauss dan Corbin (2007) berpendapat bahawa metod kualitatif digunakan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang suatu fenomena yang belum diketahui. Data kualitatif menerangkan dengan jelas tentang sesuatu fenomena adalah merupakan pertimbangan yang penting bukan sahaja daripada perspektif penyelidik tetapi perspektif pembaca (Othman, 2012). Pengumpulan data melalui temu bual mendalam menjadi tunjang kepada kajian ini. Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat mencungkil dan memahami perasaan, emosi, tingkahlaku dan pemikiran responden terhadap perubahan yang berlaku pada mereka. Dalam konteks penentuan pemilihan partisipan kajian dibuat menggunakan teknik persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan adalah pemilihan peserta kajian berdasarkan kepada pertimbangan penyelidik untuk memilih sampel yang paling berguna dan sesuai serta memenuhi keperluan tujuan kajian (Babbie, 2002). Dengan itu, melalui kaedah kualitatif memberi peluang kepada penyelidik untuk meneroka proses pembelajaran transformatif dalam kalangan bekas penagih dadah. 4. Dapatan Kajian Kajian ini telah dijalankan di Care & Cure Service Centre (CCSC) Taman Medan Petaling Jaya di bawah seliaan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK). Dua orang responden telah dipilih untuk kajian ini berdasarkan kepada persampelan bertujuan yang mana responden merupakan penghuni asrama CCSC, Taman Medan. Berdasarkan kepada analisis tembual yang telah dijalankan, pengkaji mendapati kedua-dua responden mengalami refleksi kritikal setelah berlakunya peristiwa pencetus. Peristiwa pencetus merupakan pemangkin untuk berlakunya refleksi kritikal yang mana responden merenung kembali, berfikir semula dan menyemak semua pengalaman sebagai seorang penagih dadah (Mezirow 1978 dan 1991). Refleksi kritikal merupakan jantung kepada pembelajaran transformatif. Dialog juga merupakan medium penting dalam refleksi kritikal yang mana boleh memberi tindakbalas terhadap pengalaman lepas responden. Dialog dan refleksi kritikal ibarat sebagai penghubung atau jambatan. Ia saling berkait dan memerlukan antara satu sama lain. Dialog berlaku dalam refleksi kritikal apabila individu menyoal kembali pengalaman lepas sebagai penagih dadah dalam usaha untuk membebaskan diri dari najis dadah. Dialog juga merupakan penggerak kepada transformasi perspektif responden dan merupakan proses penting dalam pembelajaran transformatif. Daripada analisis temubual yang dijalankan menunjukkan bahawa responden melakukan flashback terhadap pengalaman sebagai penagih dadah dan menunjukkan bahawa refleksi kritikal merupakan eleman yang penting dalam usaha responden untuk melakukan transformasi terhadap ketagihan dadah. Responden memeriksa pengalaman lepas sebagai penagih dadah dan menyatakan bahawa mereka menyesal dengan perbuatan mengambil dadah. Seperti yang dinyatakan oleh responden 1:

Bila fikir balik dan ingat kembali masa ambil dadah saya rasa menyesal terasa diri sangat hina sampah masyarakat.menyusahkan orang lain.kenapa saya tidak mempunyai kesedaran diri tentang dadah sedangkan saya tahu dadah nie salah dari segi undang-undang banyak keburukkan Ini menunjukan responden 1 memberi makna tentang refleksi sebagai suatu proses self expression. Responden 1 melakukan refleksi dengan memeriksa kembali pengalaman sebagai penagih dadah yang memberi impak yang kuat terhadap diri. Apabila melakukan refleksi tersebut responden 1 benar-benar berasa menyesal dengan kesilapan lampau itu. Selain itu, ia juga sebagai proses rasionalisasi yang mana responden berfikir secara mendalam dalam usaha untuk keluar dari ketagihan dadah. Responden 1 menggunakan akal dan berfikir secara rasional tentang permasalahan dadah yang dihadapi dan berusaha untuk keluar dari masalah tersebut. Dalam pada masa yang sama, responden 1 melakukan proses self corrective untuk menjauhi dadah kerana merasakan bahawa dirinya sangat hina apabila terlibat dengan dadah dan juga banyak menyusahkan orang lain. Apabila ini berlaku responden merasakan perlu melakukan sesuatu dengan melakukan refleksi kritikal supaya dapat melepaskan diri dari ketagihan dadah dan memperbaiki diri. Responden melakukan TP terhadap skema makna yang baru dalam kehidupan. Responden juga melakukan proses self motivation dengan memikirkan tentang keburukan dadah dan menyatakan bahawa dadah itu boleh membinasakan kehidupan. Dengan ini, responden mempunyai kesedaran yang tinggi tentang bahaya dadah dan nekad untuk melakukan transformasi dalam kehidupan mereka. Oleh itu, responden perlu melakukan transformasi terhadap ketagihan dadah dengan melakukan TP supaya dapat membebaskan diri dari najis dadah. Kedua-dua responden menyesal dengan tindakan mereka mengambil dadah kerana inginkan kesoronokan dan sedangkan responden tahu bahawa dadah itu boleh merosakkan hidup mereka dan menyebabkan hubungan keluarga renggang. Dalam pada masa yang sama, responden juga melakukan dialog dengan menceritakan keinginan untuk keluar dari ketagihan dadah. Proses dialog ini penting untuk memastikan bahawa responden benar-benar nekad dengan apa yang bakal dilakukan iaitu melakukan transformasi terhadap ketagihan dadah. Dalam melakukan transformasi perspektif responden 1 mengalami kemurungan kesan daripada penagihan dadah dan hampir menjadi gila. Fikiran menjadi tidak menentu apabila teringat kembali pengalaman sebagai penagih dadah. Responden 1 mendapati dia seolah-olah sudah mati harapan dan tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Begitu juga dengan responden 2 yang mengalami halusinasi semasa melakukan transformasi perspektif terhadap ketagihan dadah. Responden juga mengalami kemurungan apabila teringat kembali abang meninggal kerana HIV/AIDS dan responden berasa begitu tertekan. Kedua-dua responden mengalami tekanan perasaan yang mendalam semasa melakukan proses transformasi. Dalam pada masa yang sama responden telah melakukan proses dialog untuk menangani permasalahan yang dihadapi. Responden 1 menyatakan proses dialog ini berlaku pada dirinya sebelum peristiwa pencetus iaitu semasa dalam ketagihan dadah ini. Responden 1 berdialog dengan rakan-rakan rapat tentang keinginan untuk berhenti mengambil dadah kerana fikirkan anaknya. Manakala responden 2 berdialog selepas peristiwa pencetus yang mana dia berdialog dengan ibu tentang permasalahan dadah. Pada mulanya responden melakukan monolog secara bersendirian akibat terkesan dengan kematian abangnya. Ibu responden memberi sokongan dalam usaha responden untuk keluar dari permasalahan dadah. Kedua-dua responden menyatakan apabila melakukan dialog mereka mendapati tekanan perasaan mereka hilang. Ini membuktikan bahawa mereka memerlukan bantuan orang lain untuk meluahkan perasaan dan menceritakan permasalahan penagihan dadah.

Dalam pada masa yang sama, kedua-dua responden melakukan refleksi kendiri yang mana apabila mereka melakukan transformasi perspektif perasaan ingin berubah datang secara tiba-tiba. Ini berlaku apabila mereka mengingati akan amalan mereka terhadap Allah dan suka duka sebagai penagih dadah. Responden 2 menyatakan bahawa dia tidak mahu mati dalam kekufuran. Katanya: Tiba-tiba jer sebab fikirkan takut takut mati dalam keadaan sia-sia dosa saya banyak tapi pahala kurang.allah mungkin tidak terima kalau saya tak ada amalan.. Responden memerlukan masa untuk melakukan refleksi kritikal kerana ia melibatkan emosi dan ia berlaku sebanyak dua kali apabila mereka berniat untuk melakukan transformasi terhadap ketagihan dadah. Responden perlu mencari kekuatan dan perlu nekad dalam melawan hawa nafsu ketagihan dadah ini. Adakalanya responden berasa bingung dan tidak tahu cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan memendam masalah tersebut. Sedangkan responden perlu mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah mereka. Untuk itu, semasa melakukan proses dialog, responden menyatakan bahawa mereka perlu berterus terang apabila menyatakan keinginan untuk melakukan transformasi kerana bagi mereka selagi tidak diluahkan hasrat hati untuk meninggalkan dadah boleh menyebabkan emosi mereka terganggu. Responden merasakan apabila mereka melakukan dialog, mereka mendapat kekuatan untuk melakukan transformasi terhadap ketagihan dadah. Emosi juga memainkan peranan penting apabila responden berfikir terhadap perasaan mereka dan berasa sedih dan kecewa apabila terlibat dalam kancah pengihan dadah. Untuk mengatasi masalah ini responden merasakan mereka perlu tingkatkan amalan dengan memperdekatkan diri pada Allah dengan melakukan solat dan menyesali atas perbuatan mereka dahulu. Respoden juga melakukan refleksi dengan memeriksa pengalaman sebagai penagih dadah. Ini menunjukkan bahawa responden melakukan refleksi mendalam mengenai kehidupan mereka. Responden 1 menyatakan bahawa dia begitu membuang masa apabila terlibat dengan penagihan dadah sedangkan umurnya semakin meningkat dan hidupnya sia-sia sahaja. Bagi responden 2 pula, menyatakan bahawa kehidupan sebagai penagih dadah ini amat menyakitkan dan teringat tentang keluarga. Katanya; Ada saya fikirkan keburukan dadah nie.saya nie asyik jatuh bangun jatuh bangun dengan dadah sampai bila nak jadi macam nie.dadah sebenarnya menyakitkan.saya ingat balik pasal abang saya tue yang menyebabkan saya nekad nak berubah.saya rasa menyesal dan tak berguna dengan keluarga terutama mak dan ayah Kedua-dua responden berasa menyesal apabila melibatkan diri dengan dadah dan mereka perlu kepada kehidupan seperti dahulu. Ini menunjukkan bahawa refleksi kritikal dan dialog mempunyai hubung kait antara satu sama yang lain yang mana responden perlu meluahkan perasaannya dengan bantuan orang lain supaya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Jika responden tidak meluahkan perasaannya pada orang lain kemungkinan besar responden akan terjebak balik ke kancah penagihan dadah kerana responden memerlukan sokongan, dorongan dan bantuan yang kuat daripada orang lain untuk mencapai matlamat responden bebas dari dadah. Apabila berjaya melakukan refleksi terhadap pengalaman sebagai penagih dadah ini bermakna kedua-dua responden telah melakukan perubahan skema makna terhadap kehidupan baru mereka. Iaitu kehidupan bebas dari najis dadah. Kedua-dua responden mengalami perspektif positif dalam

melakukan transformasi terhadap kehidupan baru mereka. Mereka berasa syukur kerana berjaya mengharungi suka duka sebagai penagih dadah. Apa yang penting bagi mereka adalah untuk mengekalkan kepulihan dadah supaya tidak terjebak ke kancah penagihan dadah dan mereka perlu nekad dalam melakukan transformasi perspektif terhadap kehidupan baru mereka. Mereka ingin melakukan penghijrahan supaya mendapat keredhaan Allah SWT dengan melakukan segala suruhan seperti solat, berpuasa dan sebagainya.ini bermakna kedua-dua responden mempunyai kesedaran diri yang tinggi untuk melakukan transformasi terhadap ketagihan dadah. Mereka perlu nekad dan komited terhadap transformasi yang dilakukan. Kedua-dua responden menyatakan bahawa mereka perlu berfikiran terbuka terhadap skema baru kehidupan mereka. Mereka boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain dalam usaha untuk mengekalkan kepulihan dadah. Seperti yang dikatakan oleh responden 1: Saya kena berfikiran lebih terbuka apabila orang lain bagi nasihat dan pandangan sebab dulu saya seorang yang panas baran sekarang lebih cool la boleh terima kritikan.saya mendapat kepuasan. Dialog amat penting dalam usaha responden melakukan transformasi perspektif. Apabila mereka melakukan dialog mereka lebih berasa tenang dan puas kerana telah menceritakan hasrat untuk keluar dari permasalahan dadah. Responden juga perlu memastikan bahawa mereka benarbenar membuktikan apa yang telah mereka katakan semasa melakukan proses dialog iaitu untuk menjauhi dari najis dadah dan mengekalkan kepulihan supaya tidak terjebak semula ke dalam kancah penagihan dadah. Rajah 1 : Hubungan antara refleksi kritikal dan dialog Berdasarkan kepada analisis temuduga menunjukkan refleksi kritikal dan dialog mempunyai hubungan (rajah 1) dan saling memerlukan apabila responden ingin melakukan refleksi terhadap pengalaman lepas sebagai penagih dadah. Semasa melakukan refleksi kritikal responden turut juga berdialog untuk meluahkan masalah ketagihan dadah mereka. Apabila ini terjadi responden boleh menilai dan memahami dengan lebih mendalam terhadap apa yang telah terjadi dalam kehidupan mereka dan seterusnya membuat perancangan dan keputusan untuk keluar dari permasalahn dadah. Proses transformasi yang berlaku terhadap responden adalah serentak kerana apabila responden melakukan refleksi kritikal tentang pengalaman lepas dan dalam pada masa yang sama responden turut melakukan dialog kerana ia merupakan penggerak dalam responden unutk

melakukan transformasi perspektif terhadap ketagihan dadah. Ini menjelaskan bahawa refleksi kritikal dan dialog amat penting dalam proses transformasi responden. Kedua-dua elemen ini dalam konteks kajian ini bagaikan aur dengan tebing; irama dan dengan lagu - fungsi refleksi kritikal menjadi pelengkap kepada fungsi dialog. 5. Kesimpulan Keseluruhannya, refleksi kritikal amat penting dalam usaha bekas penagih melakukan transformasi perspektif. Melalui refleksi kritikal individu bekas penagih dadah akan memeriksa pengalaman lalu sebagai penagih dadah yang penuh cabaran supaya ia boleh membantu mereka untuk keluar dari permasalahan dadah dan dapat menjalani kehidupan seperti insan normal. Individu akan berubah jika mereka mampu melakukan refleksi kritikal dan dialog dengan berkesan selain mempunyai tanggapan yang baik terhadap diri mereka sendiri melalui kepercayaan dan keyakinan. Dengan kata lain, kemampuan individu penagih dadah melakukan refleksi kritikal dan dialog serta sokongan dan kekuatan diri dapat membantu keyakinan individu untuk melakukan transformasi perspektif. Oleh itu, dialog saling berkait dengan refleksi kritikal dalam usaha individu melakukan transformasi perspektif terhadap ketagihan dadah. Rujukan Babbie, E. (2002). The basics of social research. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Brookfield, S.D (2000). The Concept of Critically Reflective Practice. Dalam Wilson, A.L dan Hayes, E.R (eds). Handbook of Adult and Continuing Education. (33 35). San Francisco: Jossey Bass. Cranton, P. (2006). Understanding and Promoting Transformative Learning: A Guide for Educators Adults (2 nd. Edition). San Francisco: Jossey Bass. Coryell, J.E (2013). Collaborative, Comparative Inquiry and Transformative Cross-Cultural Adult Learning and Teaching: A Western Educator Metanarrative and Inspiring a Global Vision. Dalam Adult Education Quarterly. Vol. 63 No. 4. Hlm 299-320. Freire, P (1970). Pedagogy of the Oppressed. New York: Seaburry Press. Mandell, A., & Herman, L. (2007). The study and transformation of experience. Journal of Transformative Education. Vol (4). Hlm 339 353. The online version http://jtd.sagepub.com/content/5/4/339.abstract. Merriam S.B & Caffarella, R.S. & Baumgartner, L.M. (2007). Learning in Adulthood. San Francisco: Jossey-Bass. Meuser, E. and C. Lapp. (2004). Reflective Transformation: Making The Classroom Work For Organizations and Their Managers. Strategic Change, Vol. 13 No 4. Hlm 309 322 Mezirow, J. (1978). Perspective Transformation. Dalam Adult Education. Vol. 28 (2). San Francisco: Jossey-Bass. Hlm. 100 110.

Mezirow, J. (1981). A critical theory of adult learning and education. Dalam Adult Education Quarterly. Vol. 32(3). Hlm. 3 24 Mezirow, J. (1990). How critical reflection triggers transformative learning. Dalam J. Mezirow (Ed). Fostering Critical Reflection in Adulthood. San Francisco: Jossey-Bass Publisher. Hlm 1-20. Mezirow, J. (1991). Transformative Learning of Adult Learning. San Francisco: Jossey-Bass. Mezirow, J. (1994). Understanding Transformation Theory. Dalam Adult Education Quaterly. 44 (2). (Hlm. 222 232) Mezirow, J. (1995). Transformation Theory of Adult Learning: In Defense of Lifeworld. New York: Sunny Press. Mezirow, J. (1996). Contemporary Paradigm of Learning. Dalam Adult Education Quaterly. 46 (3). (Hlm. 158-172) Mezirow, J. (1997, Summer). Transformation Theory to Practice. dalam Cranton (ed.). New Directions for Adult and Continuing Education: No. 74. Transformative Learning in Actions: Insights from Practice (5-12). San Francisco: Jossey-Bass. Mezirow, J. (1998). Transformative Learning and Social Actions: A Response to Inglis.. Dalam Adult Education Quaterly. 49 (1). (Hlm. 70-81) Mezirow, J. (2000). Learning as Transformation. San Francisco: Jossey-Bass. Mezirow, J. (2003). Transformative Learning Theory. Dalam Jack Mezirow et al. (eds.) (2009). Transformative Learning in Practice: Insights from Community, Workplace and Higher Education. New York: John Wiley & Son. Mezirow, J. (2009). Transformative Learning Theory. Dalam Mezirow J. dan Taylor E.W. (2009). Transformative Learning in Practice: Insights from Community, Workplace and Higher Education. New York: John Wiley & Son. Mohd Azhar Abd Hamid dan Azmi Shah Suratman (2008). Dinamika Pembelajaran Dewasa Dalam Perspektif Islam, Skudai. Penerbit UTM Mohd Azhar Abd Hamid (2012). Pengalaman Transformasi Perspektif Individu Cina Muslim Terhadap Agama Islam Di Johor Bharu. Unpublished Ph.D Dissertation. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Othman Lebar (2012). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Method. Tanjung Malim: UPSI. Reynolds, M. (1998), Reflection and Critical Reflection in Management Learning. Management Learning, Vol. 29(2) Hlm. 183-200. Strauss, A. & Corbin, J. (2007). Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for Developing Grounded Theory. (3 rd ed.). London: Sage Publications.

Tanaka, M.T.D., Nicholson, D. and Farish, M. (2013). Committed to Transformative Inquiry Three Teacher Educators Entry Points Into the Mentoring Role. Dalam Journal of Transformative Education. Vol. 10 No. 4. Hlm. 257-274 UNODC 2014. World Drug Report 2014. Capaian dari:http://www.unodc.org Wilhelmson, L. (2006). Transformative Learning in Joint Leadership. Dalam Journal of Workplace Learning, Vol 18(7-8), Hlm 495-507.