STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

Similar documents
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

How to Produce & Transform?

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

SOCIETY A PAPER UNIVERSIT. Universitas Sumatera Utara

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

Rosmani Omar 1 Siti Ezaleila Mustafa 2. Accepted date: 6 May 2017 Published date: 26 December 2017

DOWNLOAD PDF DIREKTORI KANDUNGAN DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APLIKASI SIFAT DAN FOKUS TEORI PENERBITAN DALAM BUKU ILMIAH BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU SAADAH BINTI HAJI JAFFAR

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

16 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.26, JUL 2018

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

THE ANALYSIS OF THE MAIN CHARACTERS IN SERÉ PRINCE HALVERSON S NOVEL THE UNDERSIDE OF JOY

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENDEKATAN PELAKON DALAM LONTARAN VOKAL DAN EKSPRESI WAJAH WATAK LAKONAN MONOLOG NIZILA BTE ASIN 12521

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

SYARAT PENCALONAN DAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH TOKOH PENERBITAN

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

JOGET GAMELAN TERENGGANU DARI ASPEK PENCERITAAN DAN CABARAN PEMELIHARAANNYA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. HUBUNGAN KHABAR ANGIN (Grapevine) DALAM ORGANISASI DAN KESANNYA TERHADAP KAKITANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 4

Chapter 3 Internship Activities

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan :... : Dr. Rafidah Binti Hasan. Tarikh :...

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

Transcription:

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK Nor Atikah Binti Shahdan Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2015

LAMPIRAN 1 STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK NOR ATIKAH BINTI SHAHDAN 37614 Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2015

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick () Final Year Project Report Masters PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the..day of..2015. Student s Declaration: NOR ATIKAH BT SHAHDAN 37614, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -------------------- (PLEASE INDICATE STUDENT S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare Management Strategies for Commercialising of Children s Literature that the work entitled -------------------------------------------------------------------------------------------- is my original work. I have not copied from any other students work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. Date submitted Nor Atikah Binti Shahdan (37614) Name of the student (Matric No.) Supervisor s Declaration: DR NORIA ANAK TUGANG I ------------------------------------------------------------- (SUPERVISOR S NAME) hereby certifies that MANAGEMENT STRATEGIES FOR COMMERCIALISING OF CHILDREN S LITERATURE the work entitled ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY as a * partial/full fulfillment for the conferment of ---------------------------------------------------------------- BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH ----------------------------------------------------------------- HONOURS (ARTS MANAGEMENT) (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student s work. Received for examination by: Dr. Noria Anak Tugang (Name of the supervisor) Date:

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )): CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS Validation of Project/Thesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows: This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature Supervisor signature: ( ) ( ) Current Address: No 12 Ban Pisang Tebuk Pancur, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak. Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

LAMPIRAN 3 PENGAKUAN Projek bertajuk Strategi Pengurusan Untuk Mengkomersialkan Buku Sastera Kanak-Kanak telah disediakan oleh Nor Atikah Binti Shahdan dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni. Diterima untuk diperiksa oleh, Dr. Noria Anak Tugang Tarikh,

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa Projek Tahun Akhir (PTA) yang bertajuk STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ada sesetengah maklumat dari sumber lain seperti internet. Saya telah mengolah maklumat tersebut dan juga telah menyatakan sumbernya. (NOR ATIKAH BINTI SHAHDAN) (37614) Pengurusan Seni

PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya saya dapat menyempurnakan tesis ini. Tesis ini amat penting sebagai memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaysia Sarawak. Saya ingin merakamkan jutaan perghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Noria Anak Tugang selaku penyelia yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang puan berikan sepanjang pengajian saya amatlah saya hargai. Penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak pengurusan Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Pustaka Negeri Sarawak kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk saya mendapatkan bahan-bahan rujukan untuk tujuan penulisan tesis ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada para pensyarah di Fakuti Seni Gunaan dan Kreatif kerana banyak membantu dalam menyempurnakan tesis saya. Setiap nasihat, dorongan dan jasa baik tuan/puan akan saya ingati sehingga akhir hayat. Akhirnya, ucapan penghargaan dan terima kasih ini saya tujukan kepada kedua ibu bapa, suami tersayang, saudara mara serta rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan semangat, nasihat dan inspirasi kepada saya untuk i

meneruskan pengajian sehingga berjaya. Tanpa kalian semua mustahil impian untuk menyiapkan tesis ini akan terlaksana. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik kalian. Sekian, terima kasih. ABSTRAK ii

ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 LAMPIRAN 3 PENGHARGAAN i ABSTRAK iii BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Kajian.. 3 1.3 Hipotesis...3 1.4 Objektif Kajian 4 1.5 Skop Kajian.. 5 1.6 Lokasi Kajian...5 1.7 Batasan Kajian..6 1.8 Kerangka Konseptual...7 1.9 Kepentingan Kajian... 11 1.10 Masalah-Masalah yang di Hadapi Semasa Menjalankan Kajian... 13

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan. 14 2.2 Analisis Artikel...15 2.3 Rumusan 34 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan..36 3.2 Kajian Perpustakaan. 37 3.3 Kajian Kerja Lapangan.37 3.4 Instrumen Kajian... 40 BAB 4 : ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan. 42 4.2 Analisis Data.. 42 4.3 Dapatan Kajian dan Perbincangan..66 4.4 Rumusan 79 BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan 81 5.2 Cadangan Kepada Organisasi...87

5.3 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang..87 SENARAI RUJUKAN 88 LAMPIRAN 1.. 80 LAMPIRAN 2...93 LAMPIRAN 3...96 SENARAI RAJAH Rajah 1: Peratusan Bacaan teks (halaman 74) Rajah 2 : Peratusan Buku Bergambar/Ilustrasi (halaman 74) SENARAI GAMBAR Gambar 1.1 : Peta lokasi Pustaka Negeri Sarawak (halaman 6) Gambar 1.2 : Pustaka Negeri Sarawak, 2015 (halaman 7) Gambar 4.1 : Beberapa kanak-kanak sedang membaca dan membelek buku bacaan (halaman 47) Gambar 4.2 : Antara contoh reka bentuk, jenis kertas, gaya tulisan, gambar dan seni ilustrasi buku kanak-kanak (halaman 47) Gambar 4.3 : Antara aktiviti yang di adakan semasa festival (penyampaiaan cerita secara percakapan/penceritaan) daripada informan. (halaman 48) Gambar 4.4 : Buku bahasa Inggeris yang semakin banyak di terbitkan berbanding bahasa Melayu. (halaman 80)

LAMPIRAN 1 Gambar 1 : Bersama informan 1 Ng Kok Keong di Pustaka Negeri Sarawak (halaman 91) Gambar 2 : Informan 3 (halaman 92) LAMPIRAN 2 Gambar 3 : Poster Festival Of Children s Literature (halaman 93) Gambar 4 : Pendedahan kepada kanak-kanak tentang lukisan dalam buku kanak-kanak (seni ilustrasi) (halaman 93) Gambar 5 : Pembelajaran menghasilakan kandungan buku kreatif didedahkan kepada kanak-kanak. (halaman 94) Gambar 6 : Kedai buku kanak-kanak di bahagian dalam Pustaka Negeri Sarawak (halaman 94) Gambar 7 : Antara sudut buku sastera kanak-kanak (halaman 95) Gambar 8 : Antara buku sastera kanak-kanak yang berada di pasaran (halaman 95)

Kajian ini untuk melihat Strategi Pengurusan Untuk Mengkomersialkan Buku Sastera Kanak-kanak. Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual. Objektif kajian adalah Meneliti cara kandungan buku sastera kanak-kanak iaitu reka bentuk buku, gambar, gaya tulisan, seni ilustrasi dan jenis kertas. Mengkaji pengurusan penerbitan buku sastera kanak-kanak, kos kewangan juga dari segi promosi dan pasaran. Menganalisa cara penulis menulis atau mengarang buku sastera kanakkanak dari sudut pengurusan pengkaryaannya. Hasil dapatan kajian mendapati penulis-penulis buku banyak menghasilkan buku bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Para penerbit dan pengkarya perlu bersama-sama mempromosi serta memasarkan buku bacaan ini supaya golongan masyarakat terutama ibu bapa sedar dan menitik beratkan pembaca buku sastera ini kepada anak-anak mereka. Di dapati ibu bapa kurang memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk membaca buku sastera dalam Melayu. Ini mengakibat kanak-kanak kurang mengetahui sastera Melayu. Inspirasi kajian ini adalah A.Samad Said yang memperjuang bidang Sasterawan Negara. Katakunci : Kanak-kanak, Buku sastera, Seni ilustrasi ABSTRACT iii

This study to see Management Strategies For Commercialising of Children s Literature Book. Data were collected through interviews. The objective of the study is to examine how the content of children's literature books such as books design, pictures, writing style, the art of illustration and type of paper. Reviewing management of book publishing children's literature, also in terms of financial cost and market promotion. Analyze how writers write or compose a book of children's literature corner writing management. The study finding that writers produce more books in English than in Malay. The publisher and the artist should jointly promote and market the books so that communities, especially parents aware and focused on the reader's literary books to their children. It was found that parents who would encourage children to read books in English literature. This resulted in children less aware of Malay literature. The inspiration of this study was fighting for A.Samad Said National Laureate field. Keywords : Childrens, Literature book, Art illustration iv

BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bab ini menerangkan secara ringkas tentang Strategi Pengurusan Untuk Mengkomersialkan Buku Sastera Kanak-Kanak. Menurut Md Sidin Ahmad Isahak di dalam Buku Kanak-Kanak Di Malaysia Sebagai Warisan Hasil Seni 2008 : p 15. Buku dan sastera kanakkanak berkembang di Malaysia dalam beberapa tahap yang umum. Tahap awal bermula apabila pengembang-pengembang agama Kristian dari England dan Amerika bertapak di negeri-negeri Selat pada abad Ke-19 untuk menyebarkan agama Kristian. Pada masa itu mereka juga menjalankan kegiatan pendidikan di kalangan anak-anak dan dengan demikian mereka menghasilkan buku untuk kanak-kanak tempatan yang berbentuk pengajaran. Tahap percubaan iaitu peringkat perkembangan yang kedua memperlihatkan kegiatan sastera yang di terajui oleh Pejabat Karang-Mengarang melalui sokongan penguasa pendidikan colonial dengan kerjasama penerbit, pencetak dan pengedar Inggeris. Tahap ketiga iaitu peringkat pertumbuhan berlaku apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan penerbit-penerbit tempatan muncul bersamasama dengan kedatangan lebih banyak penerbit antarabangsa yangg membuka operasinya di Malaysia. Buku kanak-kanak semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana terdapat pelbagai kepentingan dalam bidang pendidikan. Dari segi 1

komersial nilainya sangat tinggi mahupun dari segi kesenian. Di zaman arus permodenan, kanak-kanak sering terdedah kepada media yang bersifat visual seperti televisyen, internet, alat permainan dan sebagainya. Oleh itu. buku-buku yang mempunyai ciri-ciri yang unik mampu menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca. Secara umumnya, buku sastera kanak-kanak bukan sahaja di minati oleh kanak-kanak bah kan orang dewasa juga. (Hunt,1994) menyatakan sastera kanakkanak pada umumnya dianggap sebagai sesuatu yang mudah, iaitu buku yang ditulis untuk kanak-kanak dan di baca oleh kanak-kanak. Molina S. Nijhar (dalam Othman Puteh dan Abdul Hamid, 1984) menyatakan bahawa sastera kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan berbentuk kreatif dan imaginatif yang dikhususkan untuk dibaca, dihibur dan dinilai oleh kanak-kanak. Beliau seterusnya berpendapat bahawa sastera kanak-kanak meliputi keseluruhan buku yang bermutu dan berfaedah yang ditulis untuk bacaan kanak-kanak merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen. Kebanyakkan para penulis buku sastera kanak-kanak perlu menyelami jiwa kanak-kanak terlebih dahulu bagi memudahkan mesej penceritaan yang di sampaikan mudah dan jelas di fahami oleh kanak-kanak. Penulisan yang sedikit dan gambaran yang jelas amat sesuai bagi kanak-kanak memahami konteks penulisan dalam buku tersebut. Buku sastera terdiri daripada karya puisi, syair, cerita dongeng, cerita rakyat, pantun dan sebagainya. Buku sastera kanak-kanak bukan sahaja terkandung penceritaan, malah dari segi penulisan dan penerbitan juga perlu menarik dan sebagai seorang penulis dan 2

editor perlu bijak bagi menerbitkan buku kanak-kanak itu. Pengurusan yang terancang amat penting bagi usaha mengkomersialkan buku kanak-kanak yang bermutu tinggi dan di gemari oleh kanak-kanak. Menurut Md Sidin Ahmad Isahak di dalam Buku Kanak-Kanak Di Malaysia Sebagai Warisan Hasil Seni, 2008 : p 2. Di Malaysia, karya-karya Enid Blyton telah mendapat perhatian daripada dua penerbit iaitu Penerbitan Fargoes Sdn.Bhd dan Syarikat S. Abdul Majeed yang masing-masing pernah mengusahakan penterjemahannya dalam bahasa Melayu. 1.2 Permasalahan Kajian 1.2.1 Buku sastera kanak-kanak bahasa Melayu yang di tulis hingga ke akhir ini masih berkurang jika di bandingkan dengan buku sastera kanak-kanak bahasa Inggeris. Buku sastera kanak-kanak dalam bahasa Inggeris banyak gambar yang jelas jika di bandingkan buku sastera kanak-kanak dalam bahasa Melayu. 1.2.2 Pengurusan dalam penerbitan kandungan buku seperti gaya tulisan, gambar, reka bentuk kulit buku, seni ilustrasi dan jenis kertas buku sastera kanak-kanak. 1.2.3 Kurang minat kanak-kanak membaca buku sastera atas kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak. 1.3 Hipotesis Kajian Perkembangan buku sastera kanak-kanak di Malaysia perlu di mantapkan terutama pada pengurusan kandungan penerbitan supaya dapat mendekatkan kanak-kanak komited untuk membaca buku sastera. Hal ini demikian kerana 3

kanak-kanak semakin kurang minat untuk membaca buku sastera dalam Bahasa Melayu, mereka lebih cenderung membaca buku sastera dalam Bahasa Inggeris. Atas kekurangan didikan bagi menggalakkan anak-anak juga menjadi punca anak-anak tidak berminat membaca buku sastera. Selain itu, cara pengurusan penerbitan seperti kandungan buku sastera kanak-kanak tersebut kurang menarik, banyak perkataan berbanding gambar. Kanak-kanak lebih mudah membaca sekiranya perkataan di dalam buku tersebut sedikit manakala gambar pula diperbanyakkan. 1.4 Objektif Kajian Kajian tentang pengurusan mengkomersialkan buku sastera kanak-kanak masih kurang dan ini telah mendorong pengkaji untuk melakukan penyelidikan ini dengan harapan dapat menambah dan melengkapkan strategi tentang pengurusan mengkomersialkan buku sastera kanak-kanak. 1.4.1 Meneliti cara kandungan buku sastera kanak-kanak iaitu reka bentuk buku, gambar, gaya tulisan, seni ilustrasi dan jenis kertas. 1.4.2 Mengkaji pengurusan penerbitan buku sastera kanak-kanak, kos kewangan juga dari segi promosi dan pasaran. 1.4.3 Menganalisis cara penulis menulis atau mengarang buku sastera kanakkanak dari sudut pengurusan pengkaryaannya. 1.5 Skop Kajian Skop kajian ini terdiri daripada usaha Pustaka Negeri Sarawak untuk membantu mengkomersialkan buku sastera kanak-kanak dengan lebih meluas. Terdapat strategi yang mampu untuk meningkatkan lagi mutu penerbitan buku 4

sastera kanak-kanak dalam bahasa Melayu. Sasaran maklumat diperoleh daripada pegawai-pegawai, penulis buku, ibu bapa dan kanak-kanak. Selain itu, tips atau kaedah para penulis atau pengarang buku kanak-kanak juga di beri perhatian kerana mereka adalah tunjang kepada pengkomersialan ini, buku sastera yang baik menggambarkan penulis tersebut dapat menjiwai perasaan kanak-kanak itu sendiri. Seterusnya, memartabatkan buku sastera dalam bahasa Melayu berbanding mengagungkan-agungkan buku sastera kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Nilai-nilai atau pengajaran terhadap buku sastera kanak-kanak juga diberi perhatian kerana perkara sebegini dapat mendidik anak-anak menjadi lebih berdisipin serta berfikiran luas terhadap ilmu-ilmu dari sejarah dahulu kala nenek moyang terdahulu. Ibu bapa juga perlu mengambil peranan dengan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak agar mereka lebih seronok ketika membaca dan lebih memahami penceritaan tersebut (bukan sekadar membaca sahaja). 1.6 Lokasi Kajian Penyelidik memilih lokasi kajian di Pustaka Negeri Sarawak yang beralamat Pustaka Negeri Sarawak Jalan Pustaka, off Jalan Stadium 93050 Kuching Sarawak, Malaysia. Tel: (60) 82-442000 Fax: (60) 82-449944 E-mail: librarian@sarawak.gov.my. (Sumber internet, Laman Utama Sarawak State Library). Web http://www.pustaka-sarawak.com 5

Gambar 1.1 : Peta lokasi Pustaka Negeri sarawak (Sumber : Internet http://www.pustaka-sarawak.com) Gambar 1.2 : Pustaka Negeri Sarawak, 2015 (Sumber : Kerja Lapangan Pengkaji) Di kedai-kedai buku yang terpilih seperti Kedai Buku Popular, MPH dan Smart Bookshop di sekitar Bandar Kuching, Sarawak dan Taiping, Perak (tempat tinggal pengkaji) bagi melakukan kaedah pemerhatian. 1.7 Batasan Kajian 1.7.1 Kajian ini juga terbatas, kerana informan yang pakar telah meninggal dunia. 1.7.2 Kajian ini terbatas akibat kurang layanan daripada pihak Pustaka Negeri Sarawak dan DBP, enggan meluangkan masa untuk di temuramah 1.7.3 Kekurangan penulis buku genre sebegini menyukarkan untuk mendapatkan maklumat yang jelas. 6

1.7.4 Kajian ini juga terbatas kebanyakkan kanak-kanak yang di soal berumur lingkungan 7 hingga 10 tahun, mereka masih mentah dan kurang memahami soalan yang di ajukan (jawapan lari daripada kehendak soalan) 1.7.5 Ibu bapa juga enggan di temu bual kerana sibuk menguruskan hal-hal lain. 1.7.6 Kanak-kanak yang di temu ramah kurang memahami kehendak soalan kerana masih mentah. 1.7.7 Bilangan buku rujukan yang terhad. 1.8 Kerangkap Konseptual Beberapa konsep penting yang digunakan dalam kajian ini akan diketengahkan terlebih dahulu untuk memudahkan pemahaman para pembaca terhadap aspekaspek berkaitan yang akan di bincangkan selanjutnya. 1.8.1 Buku sastera kanak-kanak Clynch-Brown & Tomlinson (1999), mendefinisikan sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanakkanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanak-kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen. Selain itu, ada juga pendapat yang menyatakan buku kanak-kanak adalah buku-buku yang ditulis bagi tujuan pembacaan kanak-kanak ataupun buku yang menjadi bacaan kanak-kanak, tidak kira apa jua bentuk penulisannya samada ianya buku cerita (berbentuk fiksyen) dan bukan fiksyen yang ditulis untuk memberi maklumat, atau pun buku yang 7

menggunakan bahasa berirama seperti lagu, sajak pantun dan lain-lain (Glazer, 2000). Buku kanak-kanak yang pertama di Malaysia telah diterjemah dan dihasilkan pada tahun 1818 oleh Claus Henrich Thomsen yang berjudul Menolong Segala Anak. Seterusnya, mula mendapat sambutan masyarakat pada awal tahun 70-an dan 80-an. Buku kanak-kanak terdiri daripada buku yang mengandungi : gambar semata-mata mengandungi gambar, perkataan atau ayat mengandungi ilustrasi sahaja mengandungi ilustrasi, perkataan atau ayat mengandungi perkataan atau ayat semata-mata. 1.8.2 Mengkomersialkan Menurut Kamus Dewan (2005) Edisi 4 : 808. Mengkomersialkan membawa maksud menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Promosi bagi memasarkan buku kanak-kanak pada golongan masyarakat. Sekali gus, melibatkan badan oraganisasi dan para pengkarya bagi menarik minat masyarakat membaca dan membeli buku kanak-kanak terutama ibu bapa. 1.8.3 Kesusasteraan/Sastera Menurut buku Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas 1997 oleh Siti Hawa Haji Salleh h. xv-xvi. Kususasteraan @ sastera di gunakan seiringan walaupun asalnya kata dasar sastera dalam bahasa Sanskrit merujuk 8

pada tulisan-tulisan yang mengandungi pengajaran, arahan @ petunjuk cara bagaimana sesuatu patut di lakukan. Istilah kesusasteraan membawa maksud keindahan bahasa yang asalnya tertera dalam istilah Sanskrit susastera, di gantikan sahaja dengan istilah teks. Dengan demikian, makna yang di fahami untuk istilah kesusasteraan di sini adalah selari dengan definisi yang di berikan oleh Ismail Hussein. Literature in the malay or nusantara concepts include everything that usus word or language in a creative way, creative in a broad sense. There is no boundary between mythical fiction and a historical description for example, and there is something no boundary between on enumeration of the adat law with a love poem 4 (Ismail Hussein, 1997 : 2-3) Menurut Kamus Dewan (2005) Edisi 4 : 1396. Sastera membawa maksud Bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan bahasa basahan). Kesusteraan membawa maksud hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu; ahli ~ (orang yang) pakar dalam hal kesusteraan; seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi dan lain-lain) Hasil karya sastera ini berkembang di kalangan rakyat bawahan. Mungkin telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Tetapi oleh sebab tidak ada catatan sejarah, maka tidak dapat memastikan bilakah wujudnya hasil-hasil karya sastera rakyat ini. Antara cerita-cerita rakyat ini ialah cerita Lipur Lara seperti Hikayat Malim Dewa, Cerita Teladan seperti Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang 9

Putih Bawang Merah, Cerita Jenaka seperti Lebai Malang, Mat Jenin, Pak Pandir, Pak Kaduk, Si Luncai dan Pak Belang, Cerita Binatang seperti cerita-cerita Sang Kancil, Mitos seperti cerita-cerita tentang roh-roh. Umpamanya Simpang-Impang, Pulang Gama, Sengalang Burung dan lain-lain. Legenda seperti legenda keagamaan. Legenda Alam Ghaib, legenda orang perseorangan dan legenda setempat seperti cerita-cerita tentang Jong Batu, Malin Kundang dan lain-lain. Puisi lama seperti pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, talibun dan lain-lain. Peribahasa seperti perumpamaan, bidalan, pepatah, tamsil ibarat dan lain-lain. Mantera dan jenis-jenis yang seumpamaanya seperti jampi dan serapah. Sastera kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan yang berbentuk kreatif dan imaginative yang dimaksudkan untuk dibaca, dihayati, dan dinilai oleh kanakkanak. Secara amnya ia meliputi keseluruhan buku yang bermutu dan berfaedah yang ditulis untuk bacaan kanak-kanak (Othman,1984). 1.8.4 Bahasa Melayu Zuber Usman. Sejarah Bahasa Melayu.h. 9 menyatakan, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Himalaya yang telah disingkatkan kepada Malaya dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan Himalaya berasal daripada perkataan hima dan alaya. Hima bererti salji atau salju, sedangkan alaya bererti tempat. Dengan itu hima alaya maksudnya tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi. L.Hervas ialah orang yang pertama melahirkan pendapat secara tergas bahawa bahasa-bahasa di Asia Tenggara adalah serumpun. Selepas itu bertambah banyak lagi orang yang mengkaji bahasa di Asia Tenggara seperti J.Gonda, J.R.Foster dan lain-lain. 10