FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENDEKATAN PELAKON DALAM LONTARAN VOKAL DAN EKSPRESI WAJAH WATAK LAKONAN MONOLOG NIZILA BTE ASIN 12521

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

CABLE THEFT MONITORING SYSTEM USING GSM MODEM (CTMS) SYAZWAN BIN MOHD NAZRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

AUTOMATIC CABLE STRIPPER

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

How to Produce & Transform?

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

KENJI MIZOGUCHI CINEMATOGRAPHIC STYLE (LONG TAKE) IN 'THE LIFE OF OHARU' (1952).

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM ESTETIKA DALAM KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK PUTERA-PUTERI MALAYSIA DAN NOTA UNTUK IBU SITI AISAH BT YUSOFF

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

MOHDSHAMSULANUARBMOHDSABru

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

BOOK REVIEW OF PANGGIL AKU KARTINI SAJA WRITTEN BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

SPIRAL OF SILENCE THEORY

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 2, Issue 1, (page 54-65), Md Jais Bin Ismail 1 1 Universiti Putra Malaysia

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan :... : Dr. Rafidah Binti Hasan. Tarikh :...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APLIKASI SIFAT DAN FOKUS TEORI PENERBITAN DALAM BUKU ILMIAH BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU SAADAH BINTI HAJI JAFFAR

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

Chapter 3 Internship Activities

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

KAJIAN ILMIAH TERHADAP MAKNA SINEMA KEBANGSAAN MALAYSIA

Konflik Semiotik dan Simbolik dalam Hubungan Ibu dan Anak Perempuan dalam Filem Seram Kontemporari Melayu: Kajian Kes Filem Senjakala

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Transcription:

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENDEKATAN PELAKON DALAM LONTARAN VOKAL DAN EKSPRESI WAJAH WATAK LAKONAN MONOLOG NIZILA BTE ASIN 12521 PENYELIA : DR. HASNIZAM ABDUL WAHID Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Dengan Kepujian ( Program Drama dan Teater ) 2007

PENDEKATAN PELAKON DALAM LONTARAN VOKAL DAN EKSPRESI WAJAH WATAK LAKONAN MONOLOG Oleh NIZILA BTE ASIN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Dengan Kepujian ( Program Drama dan Teater ) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007 ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN JUDUL: PERANAN SEORANG PENGARAH UNTUK MEMBIMBING PELAKON DALAM PERSEMBAHAN MONOLOG KAJIAN KES BUKAN BUNUH DIRI KARYA DINSMAN SESI PENGAJIAN: 2004/2005 Saya NIZILA BTE ASIN mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. *sila tandakan SULIT SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Tandatangan Penulis Tarikh: Tandatangan Penyelia Tarikh: Alamat Tetap: Kg. Tambilaung Jln Kudat, 89158, Kota Belud, Sabah. Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan Sebagai SULIT atau TERHAD iii

Projek bertajuk Pendekatan Pelakon Dalam Lontaran Vokal dan Ekspresi Wajah Watak Lakonan Monolog telah disediakan oleh Nizila Bte Asin dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Seni Persembahan dengan Kepujian ( Drama dan Teater ). Diterima untuk diperiksa oleh : ( Dr. Hasnizam Abdul Wahid ) Tarikh :... iv

PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan restu Nya, saya dapat menyiapkan Projek Tahun Akhir saya iaitu pada tahun 2007 di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) ini dengan sempurna. Terlalu banyak dugaan dalam menyempurnakan Projek Tahun Akhir ini dan di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga terutama ibu Pn. Tiamah Harun serta adik beradik tersayang Asri, Hamida, Ahmad Fitri dan Saidatul Asmah yang sentiasa memberi sokongan dari segi kewangan dan moral, semangat serta galakan. Semuanya diberikan tanpa jemu selama saya menyiapkan projek ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada penyelia saya iaitu Dr. Hasnizam yang telah banyak membantu, memberi tunjuk, panduan dan dorongan bagi merealisasikan kajian ini. Kerjasama dan sumbangan beliau amat saya hargai dan sentiasa dikenang. Begitu juga dengan bekas Tutor Drama dan Teater Pn. Villiah Perdes Nelson yang sering memberi kata kata perangsang dan tunjuk ajar dalam lakonan monolog ini. Semoga mereka sekeluarga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Selain itu, saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Universiti Malaysia Sarawak kerana membenarkan saya menjalankan kajian di sana. Tidak dilupakan rakan rakan seperjuangan yang banyak membantu saya sepanjang proses Produksi Bukan Bunuh Diri. Jasa baik mereka tidak akan saya lupakan kerana saya berjaya menyiapkan projek ini atas bantuan yang mereka hulurkan. Sekalung penghargaan saya hadiahkan buat mereka. Akhir kata, ucapan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pihak UNIMAS yang telah membantu saya menjayakan Projek Tahun Akhir ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih juga kepada pihak fakulti dan Pusat Khidmat Maklumat Akademik yang menyediakan kemudahan komputer dan bahan rujukan. v

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT iv viii ix BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Kajian Lepas 3 1.4 Objektif 4 1.5 Skop Kajian 4 1.6 Metodologi 4 1.7 Penutup 6 BAB 2 DEFINISI DAN KONSEP 2.0 Pengenalan 7 2.1 Sejarah Lakonan Monolog 7 2.2 Bapa Monolog 8 2.3 Latar Belakang Bukan Bunuh Diri 8 2.4 Sinopsis Bukan Bunuh Diri 10 2.5 Definisi Vokal 10 2.6 Variasi Vokal 11 2.7 Projeksi Suara 12 2.8 Ekspresi Wajah 13 2.9 Penutup 14 BAB 3 KAEDAH LATIHAN DAN PENDEKATAN 3.0 Pengenalan 15 3.1 Analisa Watak 15 vi

3.2 Pendekatan Sistem Stanislavsky 30 3.3 Sistem Pemanasan Badan ( Warm-ups ) 31 3.3.1 Pemanasan Badan 32 3.3.2 Pemanasan Suara 33 3.5 Senaman Kepada Wajah 33 3.6 Penutup 33 BAB 4 LAPORAN PERSEMBAHAN 4.0 Pengenalan 34 4.1 Rumusan 35 4.2 Permasalahan 36 4.3 Cadangan 37 4.4 Penutup 38 BIBLIOGRAFI 39 LAMPIRAN 40 vii

ABSTRAK Kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan lontaran vokal dan ekspresi wajah dalam watak oleh pengkaji. Justifikasinya adalah untuk menyampaikan mesej yang terkandung di dalam skrip dan juga untuk menarik perhatian penonton yang menyaksikan persembahan ini nanti. Pengkaji harus bijak mengolah watak supaya penonton tidak rasa bosan melihat aksi pengkaji sebagai pelakon di atas pentas. Skrip monolog Bukan Bunuh Diri karya Dinsman adalah sebagai kajian kes bagi merealisasikannya. Pengkaji memegang watak sebagai Hawa iaitu protagonis dalam cerita ini. Lakonan monolog merupakan satu cabaran yang besar kepada pengkaji kerana hanya berlakon sendirian di atas pentas tanpa dibantu oleh pelakon yang lain. Pendekatan pengkaji adalah dengan menggunakan sistem Stanislavsky yang banyak memberi manfaat kepada kemantapan dan mutu lakonan kelak. viii

ABSTARCT This research is to analyse the aspect of vocal projection and the face expression in a character, through a monologue script entitled Bukan Bunuh Diri by Dinsman as a case study. The researcher will act as a protagonist in the play as Hawa will attempt to experiment the Stanislavsky acting technique through the play. ix

BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan secara keseluruhan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, kajian lepas, objektif, skop kajian dan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Menurut Glenn Alterman ( 1999 ) pelakon merupakan salah seorang individu yang melakukan aksi di atas pentas dan ditonton oleh individu yang lain sebagai penonton. Sebagai pelakon, aksinya di atas pentas akan dinilai dan dikritik oleh penonton. Peranan pelakon amat penting untuk memberi keyakinan kepada penonton. Bagi persembahan monolog, ia merupakan satu cabaran yang besar kepada pelakon kerana hanya berlakon sendirian di atas pentas tanpa dibantu oleh pelakon yang lain. Pelakon harus bijak mengolah watak supaya penonton tidak rasa bosan melihat aksi pelakon di atas pentas. Daya imaginasi seorang pelakon harus ada kerana apabila pelakon berada dalam watak dia akan berbicara seorang diri dan membayangi ada watak lain bersama berlakon dengannya. Pelakon monolog harus mempercayai imaginasi dan menganggap watak lain wujud dalam imaginasi biarpun hakikatnya watak tersebut tidak wujud di atas pentas. Persembahkan monolog yang akan dipentaskan lebih menekankan kepada aspek vokal dan ekspresi wajah pelakon. Menurut Owen Mack ( 1993 ) ekspresi wajah didefinisikan sebagai demonstrasi emosi yang jelas diperlihatkan melalui wajah. Sebagai contoh ekspresi wajah sedih, gembira dan marah. Manakala vokal pula didefinisikan sebagai suara yang dikeluarkan melalui pernafasan yang betul dan getaran kod vokal yang akhirnya menghasilkan tone yang spesifik. Ini adalah kerana, lakonan monolog tertumpu kepada satu watak sahaja. Bagaimanapun, wujud watak sampingan yang lain namun lakonan monolog tersebut masih mengutamakan watak utama monolog tersebut untuk menggerakkan cerita. Pelakon monolog banyak dibantu oleh elemen artistik seperti lighting, audio, setting dan props. Skrip pilihan pengkaji sebagai kajian kes adalah karya Dinsman yang bertajuk Bukan Bunuh Diri. Justifikasi pemilihan skrip ini adalah kerana jalan cerita yang menarik 1

di samping mengharapkan penonton dapat berfikir akan maksud yang tersirat dalam plot ceritanya. Secara tidak langsung, selain pengkaji mengadakan persembahan kepada tesis ini, para penonton mendapat manfaat setelah melihat persembahan ini. Menurut Mohamad Nazri Ahmad, ( 2000 ) Bukan Bunuh Diri merupakan salah satu daripada karya Dinsman yang mengetengahkan pementasan monolog. Watak protagonis dalam drama ini adalah Adam yang berusaha membunuh diri kerana ingin berjumpa dengan Tuhan. Dalam percubaan pertama, usaha Adam digagalkan oleh kemunculan Dewi. Kemunculan Dewi menyebabkan bayangan tali gantung yang dipasang sebagai latar dihilangkan. Tidak lama kemudian, tali gantung muncul dan menggangu fikiran Adam. Dialog yang dipaparkan antara Adam dan ayahnya dikeluarkan secara hambar dan berulangulang. Penjelmaan Dewi bagi kali kedua telah memperhebatkan lagi kegelisahan dalam diri Adam. Apabila Adam menyedari bahawa makhluk-makhluk ( watak-watak lain dalam drama tersebut ) adalah dirinya sendiri, beliau tidak meneruskan niat untuk membunuh dirinya, lampu pentas dipadamkan dan Adam kembali duduk di atas timbunan buku. Bagaimanapun, dalam produksi ini watak Adam diadaptasi sebagai Hawa iaitu watak perempuan yang dilakonkan oleh pengkaji. Ini yang menjadi tarikan kepada produksi Bukan Bunuh Diri kerana skrip ini sering didominasi oleh watak lelaki. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Pelakon biasanya mempunyai teknik dan pendekatan tersendiri untuk mejayakan sesuatu watak. Namun pelakon juga terpaksa akur akan kehendak pengarah bagi mencorakkan watak tersebut. Pelakon merupakan medium untuk menyampaikan mesej yang terkandung dalam sesebuah pementasan. Di samping memberikan lakonan yang berkesan dan menyakinkan aspek vokal juga ekspresi wajah yang jelas harus ditonjolkan. Dalam menyampaikan mesej lakonan monolog adalah satu cabaran yang besar kepada pelakon yang beraksi seorang diri di atas pentas kerana usaha yang kuat untuk menarik perhatian penonton menyaksikan persembahan tersebut hingga tamat. Selain daripada itu, pelakon juga mengalami kesulitan sepanjang menjalani latihan skrip Bukan Bunuh Diri. Pelakon mengalami sakit kepala dan tertekan kerana mesej yang 2

terkandung di dalam skrip ini berat dan perlukan penghayatan yang mendalam. Mainan emosi dan vokal amat berperanan penting dalam menyampaikan mesej skrip ini. 1.3 KAJIAN LEPAS Fathiyah Razali ( 2004 ) menjelaskan bahawa vokal penting dalam penempatan selain sebagai simbol atau isyarat ianya bertindak menyatakan isi perasaan dan fikiran seseorang. Selain itu, vokal berfungsi sebagai saluran kata dari drama kepada penonton, seterusnya memberi erti-erti khusus pada kata-kata tertentu melalui intonasi suara. Dalam sesebuah dialog pengucapannya adalah berbeza bergantung kepada subteks yang ingin ditekankan. Justeru, ton suara hendaklah berbeza-beza dan bukannya monoton sahaja. Fungsi vokal seterusnya adalah memberi informasi tentang sifat dan perasaan pelakon. Misalnya umur, kedudukan sosial, kekuatan, kegembiraan, putus asa dan kemarahan. Ekspresi vokal mampu mengendalikan perasaan penonton dan sekaligus melengkapi variasi teknik-teknik yang wujud dalam vokal. Fathiyah menjelaskan fungsi vokal ini melalui nota dari kelas En. Hamzah Tahir. Aplikasi vokal dari Fathiyah Razali ( 2004 ) tercatat dalam tulisan ilmiah beliau yang bertajuk Teknik Vokal Melalui Penerapan CD-ROM dengan Teknik Pembelajaran Konvensional. Menurut Owen ( 1993 ) ekspresi wajah adalah pusat yang menonjolkan emosi paling penting pada wajah. Bagaimanapun, penggunaan ekspresi wajah yang ekstrim jarang-jarang digunakan dalam perwatakan realistik kerana sentiasa dihadkan. Wajah hendaklah digunakan sebagai tahap ekspresi tetapi ( dalam sebarang bentuk fizikal ) ekspresi wajah hendaklah dimotivasikan melalui pemikiran dalaman. Daya keseimbangan penting dalam membina kemampuan fizikal. Maksudnya, seseorang pelakon hendaklah berupaya mengingat kembali sesuatu ekspresi pada setiap masa dan mengekalkannya sehingga ianya diperlukan dalam situasi sesebuah persembahan. 3

1.4 OBJEKTIF Objektif kajian adalah secara umum iaitu seperti di bawah ; i. Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti perbezaan dan peranan penyelidik dalam lakonan pementasan monolog berbanding persembahan di dalam produksi yang melibatkan ramai pelakon. ii. Mengaplikasikan kekuatan vokal dan ekspresi wajah dalam pementasan monolog sebagai medium menyampaikan mesej kepada penonton. iii. Mengaplikasikan teknik lakon dari Sistem Stanislavsky dan juga ilmu seni lakon yang ditimba sepanjang berada di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS ) 1.5 SKOP PROJEK Skop kajian adalah dalam skrip karya Dinsman iaitu Bukan Bunuh Diri. Aspek yang dikaji pula adalah pada vokal dan ekspresi wajah watak Hawa. Kajian ini akan direalisasikan melalui produksi teater yang melibatkan pelajar-pelajar tahun Tiga program Drama dan Teater sesi 2004/2007. 4

1.6 METODOLOGI PENYELIDIKAN Pengkaji menggunaan kaedah penyelidikan kaulitatif dalam menjalankan kajian ini yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Primer i. Turut Serta Penyelidik turut serta dalam produksi Bukan Bunuh Diri sebagai pelakon yang memegang watak protagonis iaitu Hawa. Pengkaji akan mempraktikkan teknik Stanislavsky dan juga teknik lakon yang dipelajari selama ini di UNIMAS. Sekunder i. Bahan Bacaan/ Rujukan Pengkaji juga akan menggunakan sumber sekunder dengan merujuk buku-buku berkaitan dengan lakonan. Sebagai contoh buku The Stages Of Acting,: Mack Owen, Creating Your Own Monologue : Glen Alterman dan tulisan-tulisan ilmiah terdahulu. ii. Fotografi Mengambil gambar semasa sesi latihan dan persembahan 5

1.7 PENUTUP Secara keseluruhannya, penyelidik mengkaji tentang aspek vokal dan ekspresi wajah dalam pementasan monolog melalui watak protagonis Hawa. Pengkaji memilih naskah Bukan Bunuh Diri untuk merealisasikan objektif kajian ini di samping jalan ceritanya yang menarik. Pengkaji berharap kajian ini dapat memberikan manfaat dan ilham untuk menjayakan pementasan-pementasan monolog pada masa akan datang. Selain itu, pengkaji ingin membuktikan bahawa pelakon mampu bermonolog di atas pentas tanpa memerlukan pelakon yang ramai. Terasnya hanya berpaksikan teknik lakon yang baik serta pengalaman berlakon dalam beberapa produksi sebelum ini sebagai contoh Ayam Jantan Ayam Betina dan Mayat. Pengkaji akan menggunakan teknik lakon yang dipraktikkan oleh Stanislavsky melalui bukunya The System kerana ia banyak membantu mutu lakonan pengkaji nanti. 6

BAB 2 DEFINISI DAN KONSEP 2.0 PENGENALAN Bab ini akan menerangkan secara terperinci tentang definisi vokal, ekspresi wajah sejarah lakonan monolog dan latar belakang produksi Bukan Bunuh Diri,. Selain itu, menerangkan secara ringkas tentang Bapa Monolog yang terkenal dalam lakonan jenis ini. 2.1 DEFINISI VOKAL Menurut Owen ( 1993 ) vokal didefinisikan sebagai suara yang dikeluarkan melalui pernafasan yang betul dan getaran kod vokal yang akhirnya menghasilkan tone yang spesifik. Vokal sebenarnya terhasil daripada projeksi suara seseorang seperti yang dikatakan oleh Caltagirone ( 1997 ). Projeksi bermaksud kawalan kepada besar dan kejelasan suara supaya dapat didengari oleh penonton. Apabila bernafas udara dari paru - paru dan melalui kawasan kod vokal. Hasilnya kod vokal akan bergetar dan mencipta bunyi. Pada masa yang sama, tulang dan ruang di kepala dan dada beraksi seperti papanbunyi untuk memperkuatkan dan memperbesarkan bunyi tersebut. Lidah, bibir dan rahang membantu mencipta bunyi konsonan dan vowel bagi menghasilkan perkataan. 7

Gambar Rajah Vokal Rajah 1 : menunjukkan anggota yang berfungsi menghasilkan suara Rajah 2 : Menunjukkan epiglotis semasa bunyi dihasilkan Dipetik Daripada : Perry J. ( 1997 ) Encyclopedia Of Acting Techniques, m.s 46 8

2.2 VARIASI VOKAL Menurut Jerry et.al ( 1995 ) variasi vokal saling berkaitan dengan konteks iaitu maksud pada setiap perkataan dalam setiap ayat yang merujuk kepada dialog sesebuah pementasan. Kemampuan membezakan suara di dalam barisan tone yang enak mencipta kepelbagaian variasi vokal agar vokal tidak monoton atau statik. Suara yang dapat berubah mengikut masa berpotensi mencipta variasi vokal berkesan dengan menggunakan tingkatan nada ( pitch ), lingkungan ( range ), infleksi, kekuatan, kadar atau tempo, berhenti sekejap ( pause ) dan irama. Berikut adalah definisi kepada terma yang dinyatakan oleh Jerry et.al ( 1995 ); 2.2.1 Tinggi atau rendahnya nada ( Pitch ) dan lingkungan ( Range ) Pitch adalah bagaimana tinggi atau rendah bunyi suara. Manakala range pula adalah ukuran jarak dalam nota antara pitch paling rendah dan paling tinggi. 2.2.2 Infleksi Infleksi adalah naik dan turunnya pitch pada suara 2.2.3 Kekuatan ( Intensity ) Kekuatan memasukkan emosi di dalam menggabungkan kualiti percakapan dengan kelakuan. 2.2.4 Kadar atau Tempo Kelajuan dengan satu percakapan 2.2.5 Tekanan Suara Tekanan suara merujuk kepada jumlah tekanan, kekuatan atau berat vokal menempatkan sesetengah kata atau perkataan di dalam ayat. 9

2.2.6 Pause ( berhenti seketika ) Permulaan penangguhan pada suara atau keraguan dalam percakapan. 2.2.7 Irama ( rhythm ) Perubahan dalam senyap, bunyi, kekuatan dan kelemahan dalam percakapan. 2.3 PROJEKSI SUARA Menurut Caltagirone ( 1997 ) salah satu daripada tanggungjawab pelakon adalah suaranya kedengaran dalam panggung teater. Suara adalah sesuatu yang amat bernilai bagi seseorang pelakon. Bagaimanapun, seseorang pelakon itu harus bercakap dengan lantang tanpa menjerit. Justifikasinya agar penonton dapat memahami perkataan yang disebut oleh pelakon terbabit. Justeru, seseorang pelakon hendaklah menggunakan sepenuhnya kekuatan suara baik dari segi vokal, artikulasi, rhythm dan tempo suara. Bagi memprojekkan suara, latihan pernafasan yang betul boleh membantu. Salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pelakon khususnya pengkaji adalah jarak pentas dengan penonton. Oleh kerana itu, pengkaji hendaklah sentiasa fokus untuk melantangkan suara dan memastikan bahawa penonton yang duduk di barisan paling belakang mendengar dengan jelas suara pelakon. Caltagirone ( 1997 ) menyatakan, seorang pelakon yang baik suaranya dapat didengari di seluruh auditorium tanpa menjerit. Kunci utamanya adalah ketenangan dari kerongkong dan rahang agar menghasilkan suara yang bergema. Caltagirone ( 1997 ) menyatakan bahawa, apabila seseorang pelakon bercakap suara hendaklah disertakan dengan sebutan yang jelas. Sekiranya para penonton tidak dapat memahami pelakon maka watak yang dimainkan dalam persembahan itu tidak mendatangkan kesan. Kelantangan suara harus disertakan dengan pengucapan yang jelas atau di sebut artikulasi. Ini adalah kerana, suara adalah aset yang amat bernilai kepada 10

pelakon selain teknik atau stail lakonan. Pengkaji yang pernah melibatkan diri sebagai pelakon dalam produksi teater Ayam Jantan Ayam Betina selain daripada produksi lain menyedari kepentingan kekuatan vokal dan suara dalam sesebuah pementasan. 2.4 EKSPRESI WAJAH Menurut Owen ( 1993 ) ekspresi wajah didefinisikan sebagai demonstrasi emosi yang jelas diperlihatkan melalui wajah. Sebagai contoh ekspresi wajah sedih, gembira dan marah. Beliau juga menyatakan bahawa gerakan atau ekspresi yang sangat penting adalah di kawasan wajah. Ekspresi wajah sangat penting sebagai tindakbalas kepada pemikiran dan perasaan dalaman watak. Dalam dunia sebenar juga perlakuan atau emosi seseorang dapat dilihat melalui ekspresi wajah selain bahasa pada tubuh. Mimik muka dalam emosi gembira berbeza dengan mimik muka sedih. Justeru, dengan hanya membuat ekspresi wajah dalam emosi yang tertentu para penonton sudah dapat memahami dan mengetahui perasaan pelakon tersebut. Dalam skrip Bukan Bunuh Diri banyak mainan emosi yang berlaku dalam watak Hawa. Hawa yang sememangnya berasa tertekan dan menghadapi konflik dalam diri menonjolkan perasaan yang dialaminya melalui ekspresi wajah. Justeru itu, pengkaji menggunakan dua medium utama iaitu vokal dan ekspresi wajah bagi pemahaman penonton. 11

2.5 SEJARAH LAKONAN MONOLOG Menurut Alterman ( 1999 ) monolog ialah percakapan seorang diri yang dramatik dan sebagai ucapan yang panjang. Secara ringkasnya, monolog adalah persembahan yang tidak dipintas percakapannya. Sesebuah persembahan monolog boleh menjadi bentuk yang sangat sunyi. Sesetengah monolog disampaikan secara terus kepada penonton manakala sebahagian lagi terpaksa dicipta hanya untuk pelakon bermonolog sendirian di atas pentas. Monolog yang pendek memakan masa dua hingga sepuluh minit kerana tidak menggunakan pelakon yang ramai. Biasanya skrip monolog ini ditulis untuk ujibakat, kelas lakonan atau sebahagian besar kepada persembahan monolog. Monolog panjang atau monodrama adalah persembahan lakonan seorang diri yang menjadi kuasa hebat dalam bentuk teater. Selalunya, penulis akan menulis bahasa dan imej yang kuat untuk mencipta subjek dan watak puitis. Monodrama adalah seperti persembahan teater lain yang mempunyai permulaan, pertengahan dan akhir cerita. Pada akhir cerita selalunya penulis skrip akan memasukkan idealogi beliau. Walaupun, hanya seorang pelakon yang berlakon di atas pentas tetapi pelakon tersebut boleh memainkan banyak peranan dengan mengabungkan suara dan personaliti. Selain konflik penulis skrip boleh juga menonjolkan watak yang menarik, pemilihan perkataan dalam dialog, situasi dramatik dan banyak lagi untuk mengujudkan elemen threatrical. Monolog boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu ; Jadual 1 : menunjukkan Jenis jenis monolog Bil Jenis jenis monolog a) Autobiographical Character Monologues b) Autobiographical Driven Fictional Monologues c) Reality Based Docu Monologues d) Topical Monologues e) Storytelling Monologues Dipetik Daripada : Alterman ( 1999 ), Creating Your Own Monologues m.s 2 12

Ramai percaya bahawa sejarah persembahan solo bermula di Amerika. Tetapi hakikatnya ia telah bermula pada abad ke-18 menurut Altermen Glen ( 1999 ). Foote Samuel ( 1721-1777 ) adalah individu yang mencipta persembahan seorang diri atau dipanggil monolog. Beliau menulis buku The Rehearsal yang menjadi popular dalam bentuk theatrical. Pada April 1747, Foote yang merupakan pelopor persembahan solo membuat persembahan yang baru bertajuk The Diversions Of The Morning. Namun ia bukan sepenuhnya persembahan solo kerana wujud pelakon lain di atas pentas bersama beliau. Percubaan pertama beliau mendapat respon yang baik dikalangana penonton. Foote ( pelopor persembahan solo ) menggiatkan diri dalam persembahan selama 30 tahun selepas itu. Altermen ( 1999 ) juga menerangkan bahawa George Alexander Stevens di gelar sebagai Bapa Monolog kerana banyak menghasilkan buku yang menerangkan bentuk sebenar monolog yang bertajuk Lecture Upon Heads. Monolog yang dibuat oleh Stevens berlangsung sehingga dua jam lamanya. Bagaimanapun, dalam tempoh yang lama tersebut beliau menyelitkan unsur-unsur komedi dalam banyak perkara. Tetapi ianya berkisarkan kepada perkara-perkara yang berlaku pada waktu tersebut. Kebanyakan persembahan yang diadakan oleh Stevens yang digelar Bapa Monolog berjaya dan mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira seribu dalam setiap persembahan. Stevens ( Bapa Monolog ) berjaya membuka peluang kepada copycats, pemutar belit dan peniru yang berleluasa di England dan Amerika. Implikasinya ia diterbitkan mengikut versi mereka sendiri dalam buku Stevens yang bertajuk Lecture Upon Heads. Undang-undang hak cipta pada masa itu sangat terhad menyebabkan karyanya tidak dapat dilindungi. 13

2.7 LATAR BELAKANG BUKAN BUNUH DIRI Skrip Bukan Bunuh Diri ( BBD ) adalah sebuah karya Dinsman yang menjadi kajian kes sebagai projek tahun akhir bagi pelajar tahun tiga program Drama dan Teater. Skrip monolog ini akan dipentaskan melalui produksi yang ahlinya terdiri daripada para pelajar tahun akhir. Pengkaji sendiri adalah salah seorang daripada tenaga produksi yang memegang portfolio sebagai pelakon. Pengkaji memegang watak protagonis iaitu Hawa. Hawa pada skrip asal adalah watak lelaki yang bernama Adam. Bagaimanapun, dalam produksi ini watak tersebut di ubah menjadi watak wanita yang bernama Hawa. Ini adalah salah satu keunikan teater BBD versi produksi pelajar tahun akhir Drama dan Teater UNIMAS. Pementasan skrip sebelum ini sentiasa didominasi oleh lelaki kerana watak Adam dalam skrip tersebut adalah lelaki. Mazuin Hamzah selaku pengarah menongkah arus yang selama ini menjadi kebiasaan pementasan skrip ini. Pengkaji di beri watak wanita mengantikan watak Adam ( lelaki ). Ini adalah satu cabaran dan kepercayaan yang diberikan oleh pengarah bagi membina serta mencipta watak Hawa. Bukan mudah bagi pengkaji bermonolog seorang diri di atas pentas yang haya ditemani oleh eleman artistik seperti lighting, audio dan set. Semua ini memerlukan daya kreativiti, teknik dan teori lakonan bagi merealisasikan watak Hawa dengan lebih berkesan dan hidup. Pementasan teater Bukan Bunuh Diri akan di pentaskan di Panggung Eksperimen UNIMAS. Skop penonton pula adalah terbuka kepada pelbagai peringkat umur. Pengkaji akan mengaplikasikan dengan lebih dominan ekspresi wajah dan vokal untuk tatapan penonton kelak. Teknik lakon lain seperti teknik muncul, teknik memberi makna atau subteks juga digunakan bagi membantu pengkaji menghidupkan watak Hawa. 14

2.8 SINOPSIS BUKAN BUNUH DIRI Pengkaji yang memegang watak protagonis iaitu Hawa adalah seorang Seniwati yang menghasilkan karya-karya seperti syair-syair, sajak dan falsafah kepada masyarakat. Bagaimanapun, Hawa merasakan hidupnya terasa kosong kerana tidak mengerti untuk apa dia hidup. Dunia dirasakannya sangat kosong dan tidak membawa apa-apa makna. Justeru, itu Hawa ingin berjumpa dengan Tuhan untuk mengerti hakikat kehadirannya ke dunia. Hawa berharap dia akan menemui jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul di kepalanya. Kerana itu jugalah Hawa mengalami gangguan kepada emosi dan kadang kala tidak dapat berfikir secara waras. Hawa akhirnya ingin membunuh diri bagi meneruskan matlamatnya untuk bertemu dengan tuhan. Dalam proses Hawa ingin membunuh diri, dia didatangi oleh watak-watak lain seperti Bapa, Dewi dan Orang-Orang yang tidak dikenali untuk menghalang perbuatannya itu. Pada akhir cerita, Hawa tidak jadi membunuh diri kerana tersedar bahawa semua watak yang datang kepadanya adalah jelmaan dirinya sendiri. 15