Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

TEORI SEMIOTIK PEIRCE DAN MORRIS: SATU PENGENALAN KAEDAH ANALISIS SASTERA

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

REKA BENTUK VISUAL 01/10/2013. Konsep dan Fungsi Visual

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

IDEA TEMPATAN DALAM CATAN ABSTRAK Suzlee Ibrahim 1 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

How to Produce & Transform?

Symbolic Meaning of Tortor Dalahi and Daboru Move in Simalungunese

Konflik Semiotik dan Simbolik dalam Hubungan Ibu dan Anak Perempuan dalam Filem Seram Kontemporari Melayu: Kajian Kes Filem Senjakala

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

Unsur Spiritual Dalam Karya Catan Pelukis Sabah Sabrina Majuakim. Spiritual Aspect In Sabahan s Paintings Sabrina Majuakim

SPIRAL OF SILENCE THEORY

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics1 [Elektronik Digit 1]

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2012/2013 Academic Session. June 2013 EEE 130 DIGITAL ELECTRONIC I [ELEKTRONIK DIGIT I]

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

SOCIETY A PAPER UNIVERSIT. Universitas Sumatera Utara

Meninjau Amalan Leksikografi Vocabulary of the English and Malay Languages

METAPHORICHAL EXPRESSION IN THE BEATLES LOVE. STIBA Saraswati Denpasar ABSTRACT

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

FIGURATIVE EXPRESSIONS IN JOHN STEINBECK S THE PEARL A THESIS BY: ENY NOVEYONA PURBA REG. NO

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

EEE ELEKTRONIK DIGIT I

Contoh : mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

A STYLISTICS ANALYSIS IN FARHAT ABBAS TWITTER CRITICISM TO AHMAD DHANI ON ABDUL QODIR JAELANI S TOL JOGORAWI ACCIDENT CASE THESIS

KAJIAN ILMIAH TERHADAP MAKNA SINEMA KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan :... : Dr. Rafidah Binti Hasan. Tarikh :...

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

PENDEKATAN SINEMAGRAF DALAM PENGHASILAN KARYA SUREALISMA. Muhammad Taufik Bin Othman

Transcription:

38 KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif Analysis of Semiotic Approach in Artwork by Mohd Arif: Pembukaan (2013) Adam Mohd Salehuddin Nasir Baharuddin Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia adamsalehuddin@hotmail.com Abstrak Pendekatan semiotik telah menjadi asas penting dalam membina pengolahan pengkaryaan seni. Ia menjadi teras dalam membina dan membentuk sesebuah karya terutama dalam melahirkan sesuatu yang lebih konstruktif dan menyediakan suatu lapangan kaedah persembahan dengan cara baru. Kaedah semiotik dilakukan dalam menilai karya seni yang merepresentasikan makna-makna melalui tanda yang divisualisasikan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih sebuah karya seni yang dihasilkan oleh Mohd Fuad Arif iaitu Pembukaan (2013) sebagai objek kajian. Konsep Triadik Peirce s telah digunakan oleh pengkaji dalam membaca makna terhadap sesebuah karya seni. Konsep asas tersebut adalah Representasi, Objek dan Interpretasi. Perlaksanaan kaedah semiotik ini dipetik melalui konsep Charles Sanders Peirce Semiotic the Basic (Daniel Chandler 2002) bagi menjelaskan perhubungan Representasi/Tanda, Objek, dan Interpretasi. Teks yang dihasilkan adalah sebuah produk penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan yang secara khususnya adalah sebuah himpunan tanda dalam membentuk makna. Penggunaan konsep semiotik ini mampu untuk menjelaskan makna dalam sesebuah karya seni dengan lebih jelas dan sistematis. Ia boleh diterajui oleh tanda-tanda melalui persekitaran dan ruang lingkup sebuah masyarakat melalui corak kehidupan serta rentak pergerakan yang menelusuri alam serta budaya masyarakatnya secara lebih saintifik. Kata Kunci: Semiotik, Tanda, Objek, Interpretasi. Abstract Semiotic approach is the core foundation in reconstructing artworks. It has been used as a principle in the construction and formation of artworks, mainly in producing artworks that are more constructive and also in providing a new field of presentation method. In this research, the researcher has chosen an artwork by Mohd Fuad Arif, Pembukaan (2013) as the research object.the researcher has used the Peirce s Triadic concept in order to interpret the meaning of artworks. The concept includes Representation/Sign, Object and Interpretation. The text is a product of language used in written form which is a set of signs to form a meaning. The application of semiotic concept would be able to systematically and clearly explain the meaning of an artwork. This can be led by signs through the environment and the scope of lifestyle by that particular society, specifically their rhythm in exploring the nature and culture. Keywords: Semiotic, Signs, Object and Interpretations. PENGENALAN Memahami sebuah representasi karya seni ia bermula dengan sebuah idea terhadap paparan sebuah tanda. Kehadiran tanda ini juga adalah sebagai pusat kebenaran supaya difahami oleh pemerhati agar tiada sebarang salah erti yang diandaikan melalui proses interpretasi. Sepertimana yang disebutkan oleh Barrett (1994), beliau menyatakan bahawa interpretasi adalah satu perkara yang penting dalam aspek kritikan seni kerana ia bertanggungjawab dalam membentuk makna dan huraian. Selain itu, dalam melihat sebuah karya

KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 39 seni, proses interpretasi juga akan menghasilkan pemahaman berkaitan karya seni itu malah ia akan mudah dibuat pertimbangan akan maksud yang terdapat atau pun sesuatu yang disampaikan oleh pengkarya. Melalui interpretasi juga dapat pengkaji klasifikasikan bahawa ia adalah sebuah proses mengubah sesuatu situasi mujarad menjadi sebuah pemahaman selepas melihat tanda. Namun, secara nyatanya, tanda itu sendiri tidak mampu diinterpretasi secara sinonim oleh semua golongan masyarakat kerana ia bergantung kepada objek pengalaman individu. Setiap manusia mempunyai interpretasi maknanya yang tersendiri. Ilmu yang membahas tentang tanda ini adalah ilmu semiotik (Study of Signs). Latar Belakang Semiotik/Doktrin Tanda Semiotik bermakna Tanda, istilah ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu Semeion. Semiotik adalah bidang kajian yang mengkaji tanda-tanda sebagai satu bahagian penting dalam kehidupan, kebudayaan dan komunikasi. Penggunaan perkataan semiotik ini digunakan oleh Charles Sanders Peirce pada abad ke-19. Secara amnya, semiotik merujuk kepada doktrin tanda-tanda Sikana, (2001). Namun, penggunaan istilah ini digunakan dahulu semenjak kegemilangan zaman teori dan falsafah oleh Plato dan Aristotle. Mereka menggunakan maksud mengkaji sistem perlambangan dan membina kaedah tanda makna. Kehadiran teori ini menjadi lambang tamadun bangsa zaman itu. Walau bagaimanapun, sistem tanda ini dikatakan sukar dan begitu rencam untuk difahami dan menjurus kepada pelupusan. Namun, kehadiran teks-teks romantisisme pada abad ke-17 telah membawa semula semangat serta usaha dalam memahami sistemsistem makna tanda itu. (Sikana, 2001). Manakala Ferdinand De Saussure telah membentuk istilah semiologi yang menjurus kepada kefahaman berbentuk saintifik. Hasil daripada satu kefahaman berbentuk saintifik ini, ilmu semiologi berdiri sebagai satu disiplin asas dan berkesan dalam memahami falsafah tanda. Proses semiologi yang dibina oleh Saussure ini adalah satu proses memahami tanda-tanda secara sistematis dan intelektual, Holdcroft, D. (1991). Saussure meletakkan asas semiologi yang membincangkan dan mengkaji bahasa dalam konteks konvensi, norma sosial, perhubungan yang berkaitan dengan penghuraian sistematik, nilainilai sistem kod, sintagmatik dan sistem-sistem konstruksional bahasa (Nervey, 1982). Melalui kefahaman semiotik, kita akan mengenali budaya dan realiti dengan isyarat-isyarat melalui proses yang mengandungi erti. Hasil daripada pembacaan pengkaji, dapat pengkaji simpulkan bahawa semiotik adalah sebuah ilmu tanda yang menyampaikan sesuatu info atau makna. Ia bersifat komunikatif. Sesuatu tanda adalah sebuah wakil daripada sesuatu yang lain di mana, ia mampu dibayangkan atau difikirkan. Menurut Huhtamo, (2003), setiap sesuatu mesej itu diperbuat daripada tanda-tanda. Sejajar dengan itu, ilmu tanda diistilahkan sebagai semiotik dimana ia berhadapan dengan prinsip-prinsip umum yang mendasari struktur semua jenis tanda. Ciri penggunaanya hadir dalam mesej serta pengkhususan terhadap sistem tanda dan pelbagai mesej yang menggunakan pelbagai tanda-tanda tersebut. Manakala menurut Jonathan Culler (1981) pula, matlamat analisis semiotik ini bukan sekadar penghuraian, malah ia mengupas dan membongkar sistem tanda yang terkandung dalam bahasa lantas menentukan segala makna yang berhubungan. Hasil daripada pembacaan ini, pengkaji menyatakan bahawa kehadiran sistem tanda ini dilihat sebagai satu asas yang dihujahkan daripada budaya, sosial, dan cara penggunaanya serta kepentingannya dalam perhubungan. Hal ini kerana, setiap perhubungan komunikasi itu dikaitkan melalui sistem bahasa dan tanda. Semiotik adalah satu kajian tanda yang bergerak secara sistematik dan setiap yang ditandai itu dapat dinilai kepada sesuatu yang lain. Ia berdiri secara sebenar atau mutlak. Sifat utama yang diketengahkan adalah dengan memberi tumpuan kepada sebahagian besar struktur dalaman sesuatu tanda itu, lantas mengeluarkan proses yang mengantarai semiosis skopnya. Seperti apa yang dikatakan oleh Peirce s, sebenarnya ialah yang mengantarai tanda tersebut. Bahawa yang dikatakan tanda itu adalah sebarang sesuatu yang dapat kepada seseorang berdiri untuk sesuatu yang lain, Arbak Othman (2008). Pengkaji memulakan analisis ini dengan menghujahkan bahawa kaedah yang digunakan adalah satu pendekatan semiologi yang diasaskan oleh Charles Sanders Peirce iaitu konsep Kepertamaan (Firstness), Kekeduaan (Secondness) dan Keketigaan (Thirdness) bagi menjelaskan hubungan Representasi/Tanda (R), Objek (O) dan Interpretasi (I) yang juga disebut sebagai Model Triadik dalam menganalisis karya Pembukaan ini. Kaedah semiotik ini berlaku dengan adanya interaksi di antara karya dan juga audien dalam komunikasi, mahupun segala perhubungan yang bersifat neutral.

40 Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif Dalam mendepani konsepsi terhadap jurang-jurang makna yang umumnya bersifat subjektif, pendekatan semiologi ini mampu mengakses unsur-unsur luar objek-objek atau bentuk visualisasi dalam mengesan makna yang diterjemahkan oleh pengkarya. Merujuk kepada Mudjiyanto & Nur, (2013), penelitian semiotik ini merupakan kajian mempelajari hakikat tentang kewujudan sesuatu tanda, di mana persepsi dan pandangan berkaitan realiti, dikonstruksi oleh kata-kata dan tanda-tanda yang digunakan dalam konteks sosial dan akhirnya membina makna. Tanda membentuk persepsi manusia lebih dari sekadar merefleksikan realiti yang ada. Melalui teori Charles Sanders Peirce, beliau meletakkan konsep terhadap semiotik dengan penggunaan elemen utama iaitu Model Triadik yang terdiri daripada representasi, objek dan interpretasi. Representasi adalah sesuatu yang dirujuk oleh pemerhati terhadap perkara yang melingkari tanda tersebut. Objek disebut sebagai acuan kepada tanda tersebut yang dirujuk fungsinya sebagai suiz dalam membina interaksi. Manakala, interpretasi pula adalah konsep pemikiran yang melemparkan pandangan, idea dan membentuk makna dan diterjemahkan oleh pemerhati. Olahan daripada teori Charles Sanders Peirce ini, beliau mengkriteriakan unsur yang ada dalam sistem tanda iaitu Triadik Model: Representasi = Bentuk (form) yang mengambil posisi tanda. Ia tidaklah semestinya material, biasanya berada pada pemikiran yang ditafsirkan. Objek = Merujuk kepada sesuatu yang melebihi konteks tanda. Interpretasi = Bukan sahaja sebagai penterjemah, tetapi sebagai tafsiran dalam melihat tanda. Representasi Objek Interpretasi Rajah 1 Hubungan Antara Elemen Tanda (Johansen & Larsen, 2002, ms. 27) Pentafsiran ketiga-tiga kriteria ini harus ada dalam setiap karya dan saling berhubungan di antara penghantar tanda (Pengkarya) dan penerima tanda (Pemerhati). Ianya disebut sebagai proses semiosis, Zaimar, (2008:4). Melihat pula kepada apa yang disebut oleh Danial Chandler. Beliau menyatakan kajian semiotik ini adalah kajian mengenai tanda-tanda dan apa sahaja yang boleh diandaikan terhadap tanda-tanda. Bukan sahaja apa yang kita sebutkan, malahan apa sahaja yang mewakili setiap sesuatu. Kajian tanda ini merujuk kepada bagaimana makna tercipta dan bagaimana sebuah realiti itu dipersembahkan. Ia juga merujuk kepada teks atau media. Daripada perkara ini, pengkaji dapat menyatakan bahawa di atas representasi dari hubungan-hubungan sosial tertentu, bahasa dibentuk oleh subjek-objek dan tema tertentu dalam mengimbangi interpretasi pemerhati. Menurut Charles Sanders Peirce, tanda meliputi tiga mod perhubungan iaitu ikon, indeks, simbol. Ia juga disebut sebagai Modes of Relationship. Beliau telah menghasilkan sebuah trikotomi tanda. Trikotomi tersebut adalah: Jadual 1 Dipetik dan diadaptasi daripada Nurul Aini, A. (2013). Analisis Semiotik terhadap novel Laskar Pelangi karya Anrea Hirata sebagai alternatif bahan pengajaran sastra di SMA., 1, 80-86. Tanda Ikon Indeks Simbol Tanda dirancang untuk Tanda dirancang untuk mempresentasikan mengindikasikan sumber acuan melalui sumber acuan atau simulasi atau saling meghubungkan persamaan (ertinya sumber acuan. Merujuk kepada sesuatu. Hubungan tanda dengan sumber acuannya. Tanda dirancang untuk mengekspresikan sumber acuan melalui persetujuan. Ia bersifat konvensyen. Perbincangan dan pembelajaran melalui

KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 41 sumber tersebut dapat dilihat, didengar) Ditandai dengan Persamaan. Hubungan sebab dan akibat. ilmu-ilmu. Konversi iaitu perubahan dari satu sistem pengetahuan kepada sebuah sistem yang lain. DATA DAN METODOLOGI Penelitian yang dijalankan adalah menggunakan menelitian kualitatif, iaitu penelitian yang dilakukan adalah dengan menganalisis dokumen melalui proses pendekatan semiotik. Dalam membedah karya Pembukaan ini, pengkaji meletakan satu daripada tiga Mode teori Peirce iaitu Simbol dan proses konsep Kepertamaan, Kekeduaan dan Keketigaan, Gorlée, (2009). Konsep ini diaplikasikan keatas posisi utama masing-masing. Posisi ini dianalisis melalui rujukan-rujukan terdahulu dalam memberi sebuah penjelasan beraturan. Posisi tersebut diletakan oleh pengkaji bagi memudahkan proses pada bab perbincangan. Antara posisi tersebut adalah: Jadual 2 Klasifikasi penggunaan konsep dalam kajian. Model Triadik Posisi Perhubungan Konsep Representasi/Tanda Karya Pembukaan Kepertamaan Objek Audien/Pemerhati Kekeduan Interpretasi Makna yang terhasil daripada Pemerhatian. Keketigaan Rajah 2 Hubungan Model Triadik pada karya seni, objek yang berinteraksi dan makna menggunakan teori semiotik. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Karya Pembukaan yang dihasilkan oleh Mohd Fuad Arif adalah sebuah karya seni video yang mempunyai audio/muzik. Format dwibahasa telah dipersembahkan oleh pengkarya iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Beliau mempersembahkan karya tersebut didalam sebuah bilik gelap dengan pancaran projeksi. Durasi bagi video tersebut adalah 5:15 minit bagi setiap bahasa. Terdapat transaksi hitam yang dihasilkan dalam setiap peralihan teks selama 0:15 saat. Video tersebut adalah video teks yang memaparkan

42 Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif terjemahan Surah Al-Fatihah yang belatarbelakangkan hitam dan huruf tersebut berwarna putih. Pancaran projeksi tersebut bersaiz 3 meter lebar dan 2.5 meter tinggi. Manakala audio/muzik yang digunakan adalah Air on the G String oleh Johann Sebastian Bach. Rajah 3 Pandangan dari luar karya Pembukaan. Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151942889331935&set=a. 10151942899756935&type=3&theater Rajah 4 Karya Pembukaan. Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151942889391935&set=a. 10151942899756935&type=3&theater

KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 43 Rajah 5 Gambaran instalasi karya Pembukaan. Sumber Katalog Bakat Muda Sezaman 2013. Hasil daripada analisis data berserta penelitian semiotik yang dijalankan terhadap karya Pembukaan oleh Mohd Fuad Arif ini meliputi beberapa perkara yang boleh dirujuk ke dalam teori semiotik. Namun, pengkaji memilih satu daripada mod perhubungan yang diketengahkan oleh Peirce iaitu Simbol. Menurut Abdurrohman, (2015), simbol pada dasarnya tidak mempunyai makna, kitalah yang memberikan makna pada simbol. Makna dalam simbol tersebut sebenarnya telah tersedia didalam pemikiran kita. Bukan terletak pada simbol itu sendiri. Simbol yang terbina disini bukanlah sebuah visualisasi, ia adalah sebuah perhubungan atau proses yang berlaku diantara karya Pembukaan ini dan juga sebuah pemikiran. Menurut C. Danial dalam Basic The Semiotic (2002: 38), The symbol is connected with its object by virtue of the idea of the symbol-using mind, without which no such connection would exist. Selain itu, beliau menyatakan dalam setiap bentuk tanda itu, setiap sesuatu itu mempunyai darjah konvensionaliti (amalan, ciri) yang berbeza dan kriteria lain boleh juga diaplikasikan untuk meletakkan ketiga-tiga bentuk trikotomi ini dalam tahap-tahap yang berbeza. Sesungguhnya, tanda yang difahami bukan sekadar dari apa yang dapat dilihat (kenyataan), namun tanda difahami dari sesuatu itu yang meliputi segalanya sekaligus mampu memahami apa yang ada disebalik setiap sesuatu itu. Tanda bersifat Non Verbal ini adalah sesuatu tanda yang bukan dari perkataan, kata-kata dan bahasa. Ia dijelmakan oleh manusia untuk diperhatikan secara konkrit, nyata dan dapat dibuktikan melalui pancaindera manusia. Penafsiran ini berlaku apabila pengkarya meletakan hanya terjemahan ayat Al-Fatihah dari petikan Al-Quran secara mudah dibaca dengan jelas dan tiada unsur-unsur penambahan dari segi visualisasi lain walaupun dengan dwi-bahasa dalam membina makna dan membentuk sebuah tempat untuk bermeditasi dan kembali kepaksi fitrah dan tanpa adanya unsur-unsur pembicaraan vokal. Sepertimana yang disebutkan oleh C. Danial (2002), segala perkataan atau ayat, buku dan tanda konvensional adalah simbol. Hal ini dirujuk apabila berlakunya sebuah interaksi mental bersama audien. Secara faktanya, surah Al-Fatihah ini diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat, dan surah ini adalah surah pertama yang diturunkan dalam lembaran mengenali Islam dan Allah. Merujuk kepada al-maragi, (2000), Surah al-fatihah maksudnya adalah pembukaan di mana surah ini adalah pembukaan bagi kitab Al- Quran. Melalui simbol huruf, tulisan dan hanya perkataan yang dipersembahan oleh pengkarya, merupakan sebuah surah yang terkandung akan dasar-dasar kefahaman Islam, dasar-dasar kerohanian dan perasaan kepada Allah dan Tawajjuh (berdoa) yang membayangkan sebahagian hikmah dan nikmat Allah s.w.t.

44 Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif Merujuk kepada pernyataan pengkarya dalam katalog Bakat Muda Sezaman, (2013), beliau menyatakan bahawa tiada bentuk seni lazim dalam karya Pembukaan ini. Selain itu, ia adalah sebuah rujukan minda pemerhati sendiri. Tanpa karya ini juga pemerhati mampu untuk bermeditasi. Tetapi karya ini membina jurang baru, hasil contoh atau persembahan baru dengan lebih fokus dalam menyampaikan kenikmatan pemerhatian dalam berfikir. Ini membuktikan bahawa simbol berhubungan dengan objek melalui idea yang hadir daripada minda (C. Danial, 2002: 38). Di mana, tanpa hubungan minda tersebut, hubungan di antara simbol dan objek tidak akan wujud dan simbol tiada paksi yang jelas. Oleh yang demikian, proses pembukaan ini adalah sebuah ideologi interpretasi terhadap setiap sesuatu perlakuan yang harus dimulai dengan sebuah pembukaan maujud yang diasaskan daripada minda. Seterusnya, melalui tafsiran simbolik ini, konsep Peirce iaitu Kepertamaan, Kekeduaan dan Keketigaan digunakan dalam menjelaskan makna dalam karya Pembukaan ini. Tahap Kepertamaan adalah pengamatan terhadap karya seni (Tanda) itu secara suci dalam keadaan ia belum dianalisis berasaskan ciri-ciri yang ada padanya melalui sebuah pemerhatian. Kepertamaan ini mewakili Karya Seni Pembukaan itu sendiri apabila karya ini harus dilihat tanpa ada sebarang reaksi, pemikiran atau imaginasi daripada audien pada mulanya. Kepertamaan ini mewakili TANDA iaitu karya seni Pembukaan terhadap sebuah komunikasi yang akan bermula pada peringkat Kekeduaan. Kekeduan pula, ia adalah sebuah tindak balas TANDA iaitu karya Pembukaan dengan OBJEK. Objek diwakili oleh apa sahaja benda lain yang bertindak balas terhadap karya tersebut antaranya adalah audien. Perkara ini dapat diperjelaskan melalui keberadaan audien apabila menyertai karya tersebut. Objek yang dimaksudkan berlaku pada diri audien itu sendiri sebagai watak dasar sehingga mampu mencapai kesedaran diri (self consciousness), Ahmadi (2005). Dalam membentuk sebuah komunikasi mental, audien yang hadir ke dalam bilik akan memilih bahasa yang ditetapkan. Keadaan di dalam bilik tersebut adalah sebuah kepungan aural yang dirasai oleh audien dalam masa untuk membina sebuah meditasi terhadap tafsiran ayat-ayat tersebut. Karya Pembukaan ini membawa audien ke arah meditasi melalui teks dan audio. Audien meorientasikan diri mereka dalam masa, dan ruang yang berlaku di masa ini dan sekarang (waktu tersebut). Sifat di masa ini dan sekarang adalah sebuah sifat yang melahirikan pelbagai persoalan sebelum melalui proses interpretasi di tahap keketigaan. Kemudian, dilihat pula pada tahap Keketigaan yang mana karya seni ini diberi makna secara individu melalui hubungan karya tersebut (TANDA) dengan audien (OBJEK) yang berinteraksi atau bertindak balas secara mental. Penghasilan makna pada karya ini terjadi apabila berlakunya sebuah meditasi dengan ruang dan masa secara individual. Ini adalah sebuah aktiviti intelektual yang memberi penjelasan secara logik terhadap makna-makna terjemahan tersebut. Perkara ini dilakukan dengan sebuah cetusan persoalan-persoalan yang hadir pada tahap Kekeduaan tadi selepas berhadapan dengan karya tersebut. Dapat dinyatakan bahawa ia memberi kedamaian dengan suasana yang dibina melalui teks mudah, audio lembut (soft sound) yang menenangkan minda dan ruang dalam mewujudkan sebuah perasaan atau gelombang emosi. Karya ini adalah sebuah karya yang memberi audien sebuah perasaan kesedaran/insaf tanpa mengira latar belakang individu. Menurut Yusof, Norizan dan Abd Wahab (2016), Surah al-fatihah ini berkait dengan terapi spiritual Islam di mana kajian telah dijalankan oleh Purwoko (2012), bertajuk Rekonstruksi Minda Menggunakan Terapi Al-Fatihah menunjukan bukti positif bahawa teknik terapi al-fatihah yang dijalankan selama 3 minggu mampu membantu audien mengurangkan kadar tekanan. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa audien merasa lebih tenteram, lebih sihat dan tidak merasakan sakit ketika melakukan aktiviti. Seterusnya, menurut Qadhi (2013), terapi yang menggunakan elemen al-quran seperti al-fatihah ini berpengaruh besar menyumbang kepada ketenangan jiwa. Manakala menurut al-karim, (2006) beliau menyatakan dengan memahami maksud al-fatihah, ia akan mewujudkan perasaan tenang dan tenteram dalam kalangan pembaca. Seterusnya, melalui representasi yang dipersembahkan oleh pengkarya, dapat dinyatakan bahawa instalasi yang dihasilkan berjaya membina sebuah persekitaran tenang dan bersahaja tanpa ada apa-apa gangguan. Menurut Ives, (2001), dalam Antony Gormley: Some of The Fact, terdapat beberapa perbincangan yang boleh dilanjutkan apabila audien berinteraksi bersama ruang dalam membentuk emosi antaranya adalah bagaimana ruang tersebut ditunjukkan, dibina dan bagaimana ia menggamit memori yang sah. Seterusnya, perasaan tenang tersebut hadir dengan perilaku senyap semasa menghayati terjemahan tersebut dalam masa yang sama membina kepekatan pemikiran seperti bermeditasi. Boleh diklasifikasikan bahawa karya ini mampu menimbulkan sebuah perasaan dan emosi yang berbeza kepada audien. Menurut Pernau, (2014), emosi tidak dinyatakan tetapi juga dipelajari melalui tubuh.

KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 45 Oleh yang demikian, audien bertindak menyertai karya Pembukaan ini dengan menghayati ruangan gelap tersebut dan mengimbangi deria rasa mereka sambil membaca terjemahan surah Al-Fatihah tersebut. Pembentukan ruang ini adalah suatu idea yang bernas oleh pengkarya dalam membina sebuah tindak balas deria dalam berkonsepkan dua pusat pemerhatian iaitu teks dan audio. Hubungan di antara ruang dan emosi ini mampu berubah dari masa ke semasa, dan ruang yang sama juga mampu mencetuskan emosi yang berbeza di antara pelbagai audien. Akhir sekali pada tahap keketigaan ini, hasil daripada hubungan karya dan objek yang bertindak balas ini, ia akan diberi makna secara tetap dan rasional (interpretasi) mengikut individu. Keupayaan dalam menyedari kesan-kesan yang terdapat pada karya tersebut mampu diolah sebagai sebuah intipati keinsafan dan sebagai sebuah simbolik hubungan pemikiran minda yang tajam. Kesimpulan Analisis semiotik yang dilakukan ini memfokuskan kepada aktiviti representasi tersebut. Melalui konsep teori semiotik Peirce ini, proses menganalisis ini mampu dilakukan dengan lebih jelas dan terperinci dan mengikut aturan. Perhubungan diantara karya (Tanda) dan audien (Objek) ini akan membina pemikiran atau penafsiran (Interpretasi). Perkara ini juga berlaku tanpa mengubah fakta. Ia sebagai sebuah simbol ketenangan yang dikenali sebagai Pembukaan selepas berlakunya konvensi iaitu persetujuan daripada ilmuan yang lain terhadap ayat al-fatihah. Boleh dikatakan bahawa karya ini adalah sebuah idea terhadap sebuah ketenangan yang dibawa oleh pengkarya untuk berkongsi tahap-tahap sebuah pemikiran berlaku. Melalui ruang dan instalasi yang dihasilkan, audien mampu merasai terjemahan tersebut dan berpengalaman memahami sebelum membuat interpretasi menyeluruh. Keadaan ini mampu mengubah data tanpa bentuk yang menyeluruh dalam realiti emosi melalui sebuah pemikiran yang jelas dan padu selepas refleksi terhadap karya. Memetik pernyataan Ahmadi, (2005), beliau menyatakan bahawa simbolik interaksi fokus kepada interpretasi melebihi makna-makna yang bersifat subjektif dimana ia lahir daripada hubungan interaksi manusia dengan tindak balas persekitaran. Perhubungan ini hadir apabila karya seni Pembukaan ini menggarap sebuah persekitaran senyap dan tenang dan membina sebuah hubungan rapat terus menerus diantara karya dan audien. Dalam penghasilan karya seni, pengkarya memiliki autonominya sendiri dalam mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada, yang juga meliputi pelbagai bentuk, benda, ruang, masa dan sebagainya. Hal-hal ini berperanan dalam membentangkan idealogi, pandangan dan gagasannya secara bebas. Sepertimana yang dibincangkan, karya Pembukaan ini telah memberikan impak terhadap sebuah pemikiran dan juga perasaan kepada audien. Boleh dikatakan bahawa, pengkarya melontarkan pandangan beliau untuk memahami secara jelas bahawa setiap sesuatu itu bermula dengan sebuah pembukaan atau permulaan secara tenang, hening, tidak berombak atau lebih tepat lagi aman. Namun, sifat autonomi pengkarya dalam mengolah karya menjadikan isi sebenar karya tersebut lebih general dan subjektif. Sepertimana yang disebutkan oleh Mohd Fuad Arif dalam katalog Bakat Muda Sezaman (2013), karya ini boleh dialami sesiapa tanpa mengira latar belakang individu. Idealogi yang dibina dalam karya ini telah merubah pola pemikiran serta sudut pandang audien dan dipanjatkan kepada sebuah tafsiran lengkap yang bergantung kepada individu. Kesedaran simbolik ini berguna dalam menyatukan antara yang zahir dan yang batin, yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat (mental processing), mahupun yang permukaan dan yang dasar. Penghargaan Proses analisis ini dilakukan sebagai satu kupasan terhadap kajian yang akan menyusuli di masa hadapan. Pembentukan sebuah proses analisis ini juga turut disumbangkan serta mendapat sokongan melalui dialog secara tertutup di antara pensyarah saya dan juga beberapa sahabat pemerhati dalam membincangkan pendapat sebagaimana proses-proses yang diterapkan di atas. Oleh yang demikian, kajian ini tidak mampu dilaksanakan tanpa pemikiran-pemikiran yang kritikal dan majmuk dari individu-individu tertentu terutamanya En Nasir Baharuddin serta pensyarah Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, UPM.

46 Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif Rujukan Abdurrohman, M. (2015). Memahami makna-makna simbolik pada upacara adat sedekah laut di desa Tanjungan Kecamatan Kragan Kabupaten Rembang, VII, 27 34. Ahmadi, D. (2005). Interaksi simbolik: suatu pengantar. Mediator, 9(2), 301 306. Al-Maragi, A. M. (2000). No tafsir Surah al-fatihah, 43 72. Othman, A. (2008). Semiotik. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise. Barrett, T. (1994). Principles for interpreting art. National Art Education Association. Gorlée, D. L. (2009). A sketch of peirce s firstness and its significance to art 1, 37(November 2008). Huhtamo, E. (2003). Visual communication and semiotics, 1 16. Retrieved from http://www.infoamerica.org/documentos_pdf/jacobson1.pdf Ibrahim, F., Nuraeni, T., Ahmad, F., Kee, C. P., & Mustaffa, N. (2012). Bahasa komunikasi visual dan pengantaraan produk: satu analisis semiotik. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(1), 257 273. Ives, T. S. (2001). Antony gormley: some of the facts, (September). Johansen, J. D., & Larsen, S. E. (2002). Signs in use. Routledge. 8-101. Culler, J. (2001). The persuit of signs: semiotic, literature, deconstruction 1 st Edition. Routledge Classics. Mudjiyanto, B., & Nur, E. (2013). Semiotika dalam metode penelitian komunikasi, semiotics in research method of communication, 16(1), 73 82. Nurul Aini, A. (2013). Analisis semiotik terhadap novel Laskar Pelangi karya Anrea Hirata sebagai alternatif bahan pengajaran sastra di SMA., 1, 80 86. Pernau, M. (2014). Space and emotion: building to feel, 7, 541 549. Sikana, M. (2001). Teori semiotik: tanda bahasa dan wacana sastera. Jurnal Bahasa, Jilid 1, Bil. 2, Jun, hlm. 202. Yusof, Norizan., & Abd Wahab, M. N. (2016). Meditasi surah al-fatihah melalui ujian biofeedback dalam mengurangkan tekanan remaja bermasalah di Institut Latihan Teknikal. 2nd. International Social Development Conference 2016, (August), 666 672.