Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

BOOK REVIEW OF PANGGIL AKU KARTINI SAJA WRITTEN BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

SPIRAL OF SILENCE THEORY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

Konflik Semiotik dan Simbolik dalam Hubungan Ibu dan Anak Perempuan dalam Filem Seram Kontemporari Melayu: Kajian Kes Filem Senjakala

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

PEMBANGUNAN SISTEM PNEUMATIK DI DALAM RADAS/MESIN PEMBUNGKUSAN BUKU UNTUK KEGUNAAN HARIAN MUHAMMAD WAZIR SHAFIQ BIN ARIPIN

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

How to Produce & Transform?

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

Chapter 3 Internship Activities

INQUIRY PARADIGM FOR UNDERSTANDING LIVABLE URBAN SPACE IN LOCAL KNOWLEDGE FRAMEWORK

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

SYLLABUS. Indicator. Identify the types of local folk songs (

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

PENDEKATAN TEORI MIMESIS DALAM PENGKARYAAN SENI SERAMIK

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

AMERICAN HEGEMONIC DISCOURSES ON VIETNAM AS REFLECTED IN JOHN SHORS DRAGON HOUSE

Elemen dalam Buku Indie: Satu Kajian Grounded Theory Terhadap Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

FESTIVAL SENI MUZIK TRADISIONAL MRSM SE-MALAYSIA (FESMA) KALI KE-7, MRSM PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU KELANTAN TARIKH: SEPTEMBER 2018

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

Pendapatan Social Media Influencers (SMIs) Dalam Kalangan Generasi Z

Domains of Political Metaphors in Presidential Speeches. Abstract

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang, mata pelajaran perkara dan topik

ESCAPISM IN TENNESSEE WILLIAMS PLAY THE GLASS MENAGERIE

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WOMEN AS COMMODITIES IN TWO SELECTED NOVELS OF THOMAS HARDY ROYA NIKANDAM FBMK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2012/2013 Academic Session. June 2013 EEE 130 DIGITAL ELECTRONIC I [ELEKTRONIK DIGIT I]

IDEA TEMPATAN DALAM CATAN ABSTRAK Suzlee Ibrahim 1 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

36 JUDUL. SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM VOL.23, JUN 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 5, Issue 1 (2016) 39-46

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

Transcription:

seminar falsafah malaysia iii institut penyelidikan anwar ibrahim 8 & 9 ogos 2015 Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial ahmad naziruddin zakaria Abstrak Diskusi tentang falsafah marxisme sudah tidak begitu asing lagi di masa kini, bahkan manusia mula celik akan kebobrokan kapitalisme seperti yang telah dianalisa oleh Marx dan Engels, termasuk beberapa orang tokoh selepas mereka. Walaupun begitu perbahasan marxisme di kalangan anak muda atau intelektual di semenanjung Malaysia tidak begitu mendapat sambutan malahan pembincangannya berbentuk analisis fragmentasi yang tidak berakar. Teori marxisme dipecah-pecah dan direkonstruksi semberono sahaja. Perbahasan dialektikal materialisme dilontar jauh-jauh dan disampahkan pemahaman terhadapnya, tidak terkecuali teori historikal materialisme tidak dimasukan dalam diskusi-diskusi marxisme. Apa yang disogokkan dalam diskusi adalah picisan teori marxisme yang terpecah antara satu-sama-lain. Pembincangan Marx tentang Historikal Materialisme (Histomat) begitu mendasar dalam situasi melihat kondisi sosial. Selain itu tidak kurangnya sebagai metod yang mengaplikasikan Dialektikal Materialisme (Diamat) dalam hasil kajian nya. Histomat turut dibahas oleh seorang tokoh Perancis iaitu Louis Althusser dan G.A. Cohen. Perbahasan histomat oleh G.A. Cohen membuang perbahasan diamat dalam analisanya dan hanya memandang kaitan base-superstructure. Manakala Althusser pula melihat histomat sebagai satu objektif melihat sosial dalam zamannya. Maka kali ini, kita akan melihat Marx dari sudut pandangan klasikal marxisme.

158 seminar falsafah malaysia iii 1 Apa itu Historikal Materialisme Apakah sejarah itu bermaksud jatuhnya atau naiknya sesebuah ketamadunan manusia? Marx membahas sejarah itu ialah: konsepsi sejarah manusia nyata, manusia aktif dan didasari proses hidup mereka yang nyata dengan membuktikan hasil perkembangan ideologi itu adalah refleksi dari proses hidup manusia yang sebenarnya. Perbahasan histomat adalah bagaimana untuk melihat sejarah, sosial dan perubahan dalam setiap sistem politik dan masyarakat. Termasuk juga perubahan dari sudut superstructure (ideologi, moral, agama, undang-undang) kepada sosial seterusnya. Selain itu histomat ini melihat peranan manusia dalam sosial yang mana lebih tepat adalah cara memproduksi (mode of production) dalam zaman itu dan kontradiksi antara hubungan yang terkait seperti sumber daya produksi (force of production) dan (kontradiksi) hubungan produksi (relation of production). Manakala metod histomat ini datang untuk memecahkan kekeliruan manusia idealis dengan memahami setiap sudut struktur, masyarakat dan juga konflik yang terkait antara nya. Soalan yang boleh dilontarkan dalam mengambil metod histomat ialah: 1. Apa tugas satu-satu struktur itu dalam sejarah, sosial dan perubahan? 2. Apa tugas satu-satu masyarakat itu dalam sejarah, sosial dan perubahan? 3. Apa tugas satu-satu kontradiksi (conflict/struggle) dalam sejarah, sosial dan perubahan? Seperti yang dikatakan Lenin dalam The Three Sources & Three part of components of Marxism: Marx telah mendalami falsafah materialisme (diamat) sehingga mampu mengaplikasikan ke dalam histomat dengan melihatnya sebagai satu metod saintifik dalam kognisi alam untuk perubahan kognisi sosial. Selain itu kajian Marx ini turut terkesan kerana berjujukan kajian Darwin berkenaan teori evolusi pada zamannya itu, sains telah dijadikan satu cara untuk membuktikan kebenaran, malahan masa-kini sains masih digunakan untuk menunjukkan satu-satu kebenaran yang terhampir dengan manusia. Oleh sebab itu Marx melihat alam dengan cara dialektik, di mana ada proses-proses yang belum siap dan masih berlaku sehingga mencapai kepada kebenaran objektif. Tugas manusia adalah mengkaji, menekuni dengan memahami proses alam itu

17. ahmad naziruddin zakaria 159 dengan cara direct experience dan itulah yang dilakukan Marx dalam histomat. Marx menulis histomat ini sewaktu menulis bersama Engels dalam kritikan mereka terhadap Ludwig Feuerbach dalam menanggapi falsafah materialisme di mana falsafah itu masih kurang (lacking) untuk membidas falsafah objektif idealisme Hegel dan Hegelian Kanan. Marx melihat materialisme itu sebagai satu asas untuk perubahan dan cara-cara menanggapi alam. Tetapi berbeza melalui materialisme Hegelian Kiri di mana melihat alam dan hukumnya sebagai satu mekanisme kepada manusia sedangkan ada proses di dalam hukum alam itu sendiri yang tidak disedari kesedaran manusia. Proses (dialektik) itulah yang tertinggal dalam tanggapan Feuerbach. Sehingga Marx dan Engels membidas terus falsafah old materialism yang masih terawang-awang dalam perbahasan metafizik. Contohnya kritikan Feuerbach terhadap alienasi manusia kerana esensi agama Kristian itu, sedangkan Marx memandang esensi Kristian itu kerana proses manusia ter-refleksi dengan materi sehingga ide (baca: agama) itu telah mendistorsi manusia tanpa melahirkan manusia yang baru. Adakah agama berbentuk materi? Agama adalah sebuah ide yang tidak terkelihatan malah sebuah kumpulan-kumpulan pemikiran manusia untuk membentuk sebuah tatanan politik, sosial dan moral. Oleh sebab itu Marx tidak menghentam agama sebagai sebuah agen alienasi manusia tetapi kondisi material pada waktu itu atau lebih tepat cara manusia memproduksi (mode of production) satu-satu produk dan merefleksi sesebuah ide tatanan politik, pemahaman intelektual dan juga moral satu-satu masyarakat. Inilah yang tepat dikatakan Marx iaitu...it is not the consciousness of people determines their existence, but their social existence that determines the consciousness. Oleh sebab Marx telah merangka histomat itu dalam The German Ideology di mana dihuraikan dengan begitu mendalam dalam draf sebelum di bukukan tetapi tidak di cetak sehingga selepas kematiannya. Kendati, buku itu tetap dijadikan satu bahan utama untuk di baca dan ditelaah bagi mengetahui sejauh mana penjelasan Marx mengenai histomat. 2 Tahap Historikal Materialism Dalam menanggapi tahap perjalanan sejarah, kita perlu melihat perkara yang menjalankan proses sejarah ini daripada satu tahap ke

160 seminar falsafah malaysia iii tahap yang lainnya. Iaitu kaitan antara sumber daya pengeluaran dan hubungan pengeluaran. Di mana sumber daya pengeluaran ini adalah perbahasan yang mendalam dalam tajuk cara memproduksi (mode of production) aktiviti-aktiviti manusia menghasilkan sesuatu barang pada zamannya telah merefleksi cara perlakuannya hariharian iaitu cara mereka mengekspresi diri mereka di dalam ruang sosial. Kita ambil sahaja seorang buruh yang bekerja di lapangan yang berhempas pulas menyusun batu bata, mengangkat simen dan membuat kerja-kerja yang memerlukan tenaga kerja yang banyak. Adakah mereka boleh berpakaian serupa seorang pekerja di pejabat atau seorang doktor yang berkot putih? Kondisi cara pengeluaran yang dilakukan seseorang itu telah membentuk satusatu cara hidup seseorang dalam ruang sosial. Oleh sebab itu, seseorang itu tergantung pada kondisi material dari produksi mereka. Produksi itu hanya terwujud kerana adanya peningkatan terhadap populasi massa, maka bentuk hubungan sosial itu ditentukan oleh produksi itu sendiri seorang pemandu teksi akan berkumpul sesama pemandu teksi secara kasual nya, manakala seorang pekerja ofis akan berkumpul sesama kelompok mereka. Di sini wujudnya analisa marxisme terhadap kelas-kelas di mana wujud kelas borjuis, pertengahan dan juga proletariat atau kelas bawah. Seperti yang dijelaskan hubungan antara bangsa atau tingkat kelas itu tergantung kepada tingkat perkembangan sumber daya produksi di mana sumber daya produksi itu berkonflik antara kewujudan hubungan produksi yang telah wujud. Selain itu konsep pembahagian kerja (division of labour) dan hubungan internal dari setiap bangsa itu juga menentukan hubungan antara bangsa (baca: kelas). Contoh yang lebih dekat adalah bangsa Eropah mengatakan bebanan (white man burden) mereka untuk membangunkan bangsa-bangsa di Negara Timur, di mana bangsa di Timur masih jauh terkebelakang dalam zaman teknologi moden dan pemikiran rasional. Masyarakat feudal yang kuat di Timur telah melahirkan sosok manusia yang hanya tergantung kepada kuasa raja, maharaja, sultan di mana mereka ini di klaim sebagai bayangan tuhan di muka bumi. Inilah maksudnya, cara hubungan manusia ditentukan melalui kondisi cara produksi manusia pada zaman dan tempatnya. Iaitu, bentuk cara memproduksi di zaman feudal dimulai oleh kotakota yang sempit membentuk satu wilayah kepimpinan yang besar. Manusia bercucuk tanam, menternak binatang dengan alatan-alatan yang tidak berkuasa tinggi.

17. ahmad naziruddin zakaria 161 Sebelum menjengah kepada cara produksi zaman feudal, seeloknya kita menelusuri satu persatu perbahasan dari zaman primitive communism communal and state property feudal property capitalism property socialism property communism; nama-nama setiap zaman itu berbeza-beza mengikut perspektif kajian sejarah, contohnya primitive communism dipandang sebagai tribal society dan communal and state property dipandang sebagai slavery society. Apa yang membentuk cara pengeluaran (mode of production) iaitu adalah sumber daya pengeluaran; Manusia (people) dan Sumber (means). Sumber ini dipecahkan kepada dua bahagian besar iaitu sumber memproduksi (mean of production) di mana sumber produksi ini terbahagi kepada sumber buruh (means of labour) dan sumber buruh ini memerlukan alatan-alatan bagi buruh untuk memproduksi seperti cangkul, sabit, kapak dan mesin. Sumber produksi kedua pula adalah tenaga subjektif (subject of labor). Keduanya adalah sumber konsumsi (means of consumption). Kritikan Marx dan Engels kepada Feuerbach pula adalah kerana tokoh ini hanya melihat manusia tidak secara sejarah materialis iaitu sejarah manusia cara memproduksi. Di mana anggap Feuerbach, manusia itu adalah manusia Jerman. Selain itu daripada itu, cara konsepsi manusia pada Feuerbach adalah melalui manusia yang statik berubah hasil perlawanan ide-ide. Sedangkan Marx yang menggunakan materialisme, sebagai falsafah melihat manusia itu bukan makhluk alam raya yang statik tetapi berubah secara langsung hasil aktiviti generasi demi generasi tergantung kepada tahap industri. Persoalan yang sukar ini boleh difahami dengan contoh- alam atau objek di luar kesedaran manusia wujud sebelum manusia wujud. Maka hukum dan aturan kehidupan alam itu melepasi kesedaran manusia itu sendiri. Masakan manusia boleh menjadi raja dan mengatakan dunia ini adalah ilusi dan di bawah kawalannya sedangkan kehidupan manusia dan kesedaran mereka tergantung kepada aktiviti dengan materi yang lain. Daripada teori inilah, manusia itu adalah hasil sensuous activity, apa yang dicerapnya. Menurut Feuerbach pula, manusia adalah cermin kepada objek, sedangkan menurut Marx dan Engels manusia bukan cermin, tetapi wujud hubungan dengan objek itu menjadikan wujudnya kesedaran manusia akan objek itu yang menurut hukumnya tanpa kesedaran manusia objek itu tetap wujud.

162 seminar falsafah malaysia iii 3 Hubungan Utama Sejarah: Konsep Dasar Aktiviti Sosial Marx dan Engels meletakkan beberapa dasar asas iaitu produksi alat adalah keperluan hidup manusia, cara memproduksi yang baru, hasil perkembangan manusia daripada reproduksi, hubungan sosial dan juga kesedaran. Perkara dasar ini mencakupi dalam analisis kajian sejarah manusia. Kita seharunya melihat manusia dengan sejarah masyarakat awam, perdagangan dan industri zaman itu. Kajian sejarah perlu dilihat melalui hasil pembentukan massa, perkara materi seperti teknologi, kondisi ekonomi, cara memproduksi dan juga jalur perdagangan sesebuah negara. Boleh dikelaskan bahawa ini adalah fakta-fakta kasar yang perlu diambil kesah bagi mendapat hasil analisis yang sahih berbanding melihat kepada teologis, politik dan juga sastera pada zaman itu. Walaupun begitu, perkara itu tidak terkecuali membentuk manusia dalam dialektik super-structure. Perkara ini telah dijawab oleh Engels kepada Joseph Bloch setelah kematian Marx kerana kritikan J. Bloch bahawa Marx memandang sejarah manusia hanya melalui cara ekonomi deterministik. Peningkatan populasi manusia daripada konsep keluarga kemudiannya menjadi hubungan subordinat ketika peningkatan keperluan sarana hidup yang baru. Jika pada populasi yang kecil, hubungan sosial masih dalam kelompok mereka yang mengenali malahan pembahagian kerja (division of labour) tidak begitu meluas kerana sarana-sarana tidak diperluaskan, berbeza dengan keadaan populasi yang besar di mana peningkatan sarana-sarana hidup itu perlu diperluaskan dan di sini pembahagian kerja akan menjadi lebih rumit dan meluas. Oleh sebab itu sejarah kemanusiaan itu harus diuraikan melalui sejarah industri dan perdagangan. Hubungan sosial sesama sosial dan materi ini berlangsung dan membentuk satu persejarahan manusia yang tidak terkait dengan perkara tidak masuk akal seperti perjalanan idealis. Melalui perkara ini manusia mula wujud kesedaran, iaitu Marx menyatakan bahasa sebagai satu kesedaran yang praktis hanya eksis untuk manusia yang ada hubungan sosial dan materi. Manusia sebagai manusia yang dibentuk melalui materi, memproduksi materi baru dan mula mencipta satu cara untuk berhubung iaitu melalui bahasa. Sedangkan binatang atau makhluk lain tidak mempunyai bahasa kerana mereka tidak mengerti antara sama lain dan hubungan mereka tidak mencakupi hubungan ekonomi dan sosial seperti

17. ahmad naziruddin zakaria 163 manusia. Praktis hidup mereka adalah bersama alam sedangkan manusia mencakupi kehidupan yang mula memproduksi materi baru. Walaupun begitu, hubungan manusia dan alam masih dalam kondisi seperti hubungan binatang dan alam manusia masih berasa takjub dengan hukum-hukum alam yang tidak terelakan oleh manusia malahan mustahil bagi manusia untuk melawani hukum alam itu sendiri. Ini termasuk hukum-hukum yang masih tidak diketahui manusia. Diambil contoh graviti, sebelum manusia sadar akan wujudnya graviti adakah graviti itu tidak wujud? Atau adakah graviti itu wujud atas kesedaran manusia? Semestinya jawapannya adalah kewujudan daya graviti adalah wujud sebelum kesedaran manusia lagi. Kesedaran awal adalah kesedaran haiwan, di mana kesedaran awal ini termaktub dalam kesedaran kawanan atau kelompok yang kecil namun tahap manusia yang mula memproduksi, berdagang mula membezakan manusia daripada haiwan dan melepasi satu kesedaran awal. Kesedaran ini juga terbentuk kerana wujudnya pembahagian kerja secara kecil melalui hubungan kerja material dan mental. Hasil daripada pembahagian kerja itu, manusia mula mencipta satu kesedaran yang tidak nyata atau tidak lagi mengikut kesedaran praktis tetapi kesedaran yang tidak berhubungan lagi dengan kenyataan (realism). Dari satu sisi, di sinilah munculnya nilai hidup manusia, teologi, filsafat, nilai moral, dan sebagainya yang boleh dikelaskan sebagai kesedaran ide semata-mata. Hal ini kerana hubungan sosial yang bertentangan dengan sumber daya produksi (force of production). Di mana kontradiksi atau konflik itu dihentikan atas dasar hubungan itu sudah tidak mengikut yang nyata. Maka kesedaran itu mula berdiri sendiri tanpa lagi ada hubungan sosial berkontradiksi dengan sumber daya pengeluaran. Konklusinya, aktiviti sosial itu memungkinkan munculnya nilai hidup manusia yang tampak berbeza dengan haiwan yang lain, tetapi aktiviti sosial iaitu hubungan sosial (relation of production) dan sumber daya pengeluaran perlu diteruskan. Ini untuk menolak kesedaran itu mula berdiri sendiri dari membentuk masyarakat yang terus teralienasi.

164 seminar falsafah malaysia iii 4 Teori Perubahan Sosial: Daripada Perspektif yang Berbeza Selain daripada teori Marxisme, tokoh-tokoh lain seperti Emile Durkheim, Robert M. Maciver, Talcott Parsons, Wilbert E. Moore, dan Max Weber juga membawa teori perubahan sosial nya yang tersendiri. Seiring tokoh Marxisme, Thorstein Veblen dan William F. Ogburn melihat teknologi dan ekonomi memainkan peranan besar dalam perubahan sosial budaya manusia. Walaupun Veblen masih selaras dengan Marx bahawa perkembangan teknologi mampu membawa perubahan yang ketara kepada peradaban manusia tetapi beliau menolak secara kritikal perbahasan perlawanan kelas (class struggle) serta teori nilai buruh yang dipropagasikan oleh Marx. Perubahan sosial budaya manusia itu berlaku kerana tindakan manusia yang mencari keperluan dalam kehidupan mereka dan setelah keperluan itu mencukupi manusia mula mencari sesuatu untuk ditonjolkan sebagai alat untuk berkuasa. Teori conspicuous consumption Veblen membahas sikap manusia yang ingin lebih tampak hebat di kalangan manusia lainnya membuahkan perkembangan teknologi baru. Selain daripada itu, perang perniagaan juga dilihat sebagai sesuatu yang mengarah kepada produktiviti yang lebih laju, teknologi baru mula dicipta bagi tujuan memonopoli sesuatu produk. Apatah lagi pekerja-pekerja dikerah untuk bekerja lebih masa serta bertindak secara kreatif atas nama berdaya saing perlawanan ini telah membangunkan teknologi serta mengubah aktiviti harian manusia (baca: budaya) dalam peperangan perniagaan. Veblen secara keras menolak kelas proletariat mampu membawa revolusi, bagi beliau kelas itu tidak memahami keperluan untuk peningkatan teknologi ke industri moden kecuali kelas peniaga (business class) yang mampu membawa manusia ke arah kemajuan seperti jurutera dan juruteknikal. Jika Marx melihat kelas proletar sebagai agen perubahan, Veblen melihat kelas profesional sebagai agen perubahan sosial Sorokin membidas teori Veblen ini sebagai ketinggalan zaman, melihat daripada perkembangan ilmu dari tahunnya kepada waktu kini. Perkembangan ilmu dalam falsafah, ekonomi, sosiologi, dan ilmu sains telah membawa manusia lebih kehadapan, manusia mampu membuat pilihan serta cara hidup mereka sendiri dan menjadi agen kepada perubahan sosial tanpa mengkhususkan kepada satu kelas semata-mata. Selain itu, kritikan Veblen terhadap peniaga

17. ahmad naziruddin zakaria 165 sebagai pemangsa, pengeksploit serta rakus itu perlu dilihat sebagai satu kajian yang perlu diteliti. Walaupun wujud beberapa orang tokoh ekonomis yang menolak teori Veblen tetapi teori beliau masih dianggap serius di kalangan pengkaji perubahan sosial. Selain daripada Veblen, William F. Ogburn juga melihat teknologi dan perkembangan ekonomi moden membawa manusia menuju zaman moden. Ogburn lebih menjurus kepada pertanyaan How do you know it? bagi tujuan kajian statistik beliau. Teori Ogburn ini menjurus kepada perubahan budaya menjadi agen kepada perubahan sosial perubahan budaya yang didasari oleh perkembangan teknologi dan ekonomi. Perubahan budaya manusia ini tergantung kepada hubungan budaya yang lain kebiasaan melalui hubungan perniagaan dua hala serta perkembangan ide terhadap penemuan teknologi baharu. Daripada sebab musabab ini, Ogburn melihat manusia mula melakukan perubahan nilai budaya dalam kerja-kerja seharian mereka. Ogburn membahas perkembangan manusia itu menjurus kepada penciptaan alatan baharu serta perkembangan ideide baharu dalam penciptaan. Contoh Jepun yang berkembang pesat atas sebab ingin maju dalam masyarakat mereka serta menerima satu nilai budaya baru dalam tatanan sosial. Bagi Ogburn, masyarakat yang tidak berubah atau tidak melalui perubahan budaya kerana masih terperangkap dalam budaya lama, adat setempat serta tradisi sosial yang sangat menebal dalam masyarakat. Ini menyukarkan perubahan budaya berlaku dan perubahan sosial. Kata Ogburn: Not many social scientist have seriously tried to find out in advance what an important invention will do to society. Indeed, most social scientist prefer to be historian and are less willing to venture an estimate of the future than the businessman or the ordinary citizen. The ability to look ahead with some success is particularly important in a changing society. Kesimpulannya, teori perubahan sosial daripada perspektif yang berbeza turut menerima perkembangan teknologi sebagai agen penting dalam perubahan sosial. Masalah yang perlu diteliti menurut Marxisme bukanlah sikap individu itu tetapi melihat kepada sistem kapitalisme yang sudah bobrok. Di sinilah analisis historikal materialisme perlu dipakai bagi tujuan melihat perkembangan teknologi dan ekonomi yang mengubah aktiviti sosial (baca: budaya) sekaligus membentuk satu tatanan sosial yang baru. Marxisme bukanlah hanya satu teori sosiologi atau teori perubahan sosial tetapi juga mengandungi falsafah untuk melihat perkembangan manusia memahami alam didasari

166 seminar falsafah malaysia iii oleh perkembangan manusia dalam cara-cara mereka memproduksi produk. Marx menanggapi perubahan sosial ini tergantung kepada perkembangan mode of production di mana perkembangan itu tidak berlaku secara idealistik atau melalui perubahan di meja undi tetapi berubah melalui revolusi pekerja yang sedar akan penindasan ke atas diri mereka. Teori perubahan sosial ini secara dasarnya dilihat melalui dua perubahan dasar; asas ekonomi serta bentuk ideologikal termasuk dasar tatanan politik (political phenomena). Perubahan sosial ini tidak akan tercetus selagi mana tidak berlakunya sepenuhnya perubahan productive force. Perubahan ini tidak sahaja dimanifestasi dalam praktik budaya tetapi kian lama akan dipraktikkan dalam sistem politik dan undang-undang. Menurut Marx lagi: No social order ever perishes before all the productive forces for which there is room in it have developed; and new, higher relations of production never appear before the material conditions of their existence have matured in the womb of the old society itself. Sejurus itu, kita seharusnya melihat perubahan sosial ini melalui analisis historikal materialisme di mana revolusi itu berlaku atas kehendak kesedaran golongan pekerja (baca: proletar) bagi tujuan perubahan ke arah tatanan sosial/politik yang lebih baik. Rujukan Allen, Francis R. 1971 Socio-cultural Dynamics: an Introduction to Social Change, New York Press. Carver, Terrell 1982 Marx Social Theory, Oxford University Press. Hook, Sidney 1962 From Hegel to Marx, University of Michigan Press. Marx, Karl & Friedrich Engels 1998 Prometheus Books, Prometheus Books. 2008 The Communist Manifesto, Wilder Publications. Ogburn, Willian F. 1922 Social Change, New York Press.

17. ahmad naziruddin zakaria 167 Wayper, C. L. 1954 Political Thought, Teach Yourself Books.