Guardian Go Cashless, Get Rewarded Campaign ( Promosi ) Terma-terma & Syarat-syarat

Similar documents
PROMOSI NESTLÉ WOW WOW ANG POW! TERMA DAN SYARAT

Football Fiesta 2018 TERMA DAN SYARAT

AKTIFKAN AME2019 TERMS AND CONDITIONS

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

Hong Leong Personal Financing-i Date : 1. What is this product about?

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2012

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

PROSEDUR KUALITI TERAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN. Diluluskan oleh: Disediakan oleh: SEKTOR KHIDMAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA PENGURUSAN

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

Nama: En NIK IBRAHIM BIN NIK MAT Nama: Dr. LEE BOON HUA

GARIS PANDUAN SKIM GALAKAN & GANJARAN PENERBITAN UKM Penerbitan yang diiktiraf untuk diberi imbuhan adalah seperti berikut:

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

FESTIVAL SENI MUZIK TRADISIONAL MRSM SE-MALAYSIA (FESMA) KALI KE-7, MRSM PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU KELANTAN TARIKH: SEPTEMBER 2018

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

SYARAT PENCALONAN DAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH TOKOH PENERBITAN

IKHLASlink Comprehensive Critical Illness Benefit Secure Takaful Rider

STRUKTUR PROGRAM BULAN Modul 4. Modul 2. Modul 3. Modul 7. Modul 5. Modul 6. Modul 8. Lecture. Modul 1

EEE ELEKTRONIK DIGIT I

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR [4] structured questions. Answer ALL questions.

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2012/2013 Academic Session. June 2013 EEE 130 DIGITAL ELECTRONIC I [ELEKTRONIK DIGIT I]

DOWNLOAD PDF DIREKTORI KANDUNGAN DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Sulaiman Tahajuddin Abdul Wahid Mohd. Kassim

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics1 [Elektronik Digit 1]

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

A RAINFOREST ESCAPADE COMPLETE PACKAGE FOR AN ADVENTURE GETAWAY

SOALAN LAZIM pagi TUTUP pagi 8.00 pagi 2.45 petang pagi TUTUP pagi 8.00 pagi 2.45 petang 9.00 pagi TUTUP

PANDUAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK MUKAH. Disediakan oleh : Unit Pusat Sumber

PROSEDUR PERKHIDMATAN PENGIMEJAN RADIOGRAFI AM

Chapter 3 Internship Activities

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN SESI AKADEMIK 2015/2016

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

AUTOMATIC CABLE STRIPPER

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

HOW TO REVIEW MANUSCRIPT BY ONLINE USING OPEN JOURNAL SYSTEM (As Reviewer)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang, mata pelajaran perkara dan topik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

How to Produce & Transform?

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

BOOK REVIEW OF PANGGIL AKU KARTINI SAJA WRITTEN BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

Kandungan. Maklumat Umum. Operasi Cakera. Sambungan. Sambungan (Tidak wajib) Gambaran Penuh Fungsi. Memulakan

SK KANGKAR PULAI PENTAKSIRAN BERTULIS AKHIR TAHUN. BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN (BAHAGIAN A) Tahun 5 1 JAM 15 MINIT KELAS NAMA GURU

YURAN DAN BANTUAN SEBAGAI ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA

SPIRAL OF SILENCE THEORY

Transcription:

Guardian Go Cashless, Get Rewarded Campaign ( Promosi ) Terma-terma & Syarat-syarat Penganjur 1 Promosi ini dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (Syarikat No.836743-D) ("MyClear") dan Guardian Health And Beauty Sdn.Bhd (No. Syarikat :1101083-T) ( Guardian ) [sebuah syarikat dirujuk sebagai Penganjur dan secara kolektif dirujuk sebagai "Penganjur-Penganjur"). Kelayakan Peserta 2 Promosi ini terbuka kepada pemegang ("Pemegang Kad") kad MyDebit / ATM yang dikeluarkan oleh Institusi Kewangan yang menyediakan servis MyDebit di Malaysia. Hanya Pemegang Kad yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah (contoh: kad pengenalan atau paspot) layak untuk mengambil bahagian dalam Promosi ini. 3 Pengarah, pegawai, kakitangan Pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (suami/isteri, anak-anak, ibu-bapa, adik-beradik) dan /atau wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur dan ahli keluarga mereka yang terdekat tidak layak menyertai Promosi ini. Tempoh Promosi 4 Promosi akan berlangsung mulai [00:00 hours (GMT+8) 03/09/2015] hingga [until 23:59 (GMT+8) hours on 18/11/2015]. 5 Pihak Penganjur berhak membuat pindaan kepada Tempoh Promosi pada bila-bila masa. Pihak Penganjur juga berhak membatalkan, menamatkan atau menangguh Promosi atas apa-apa alasan sekalipun tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Pelanggan dan Peserta tidak akan diberikan sebarang pampasan atau bayaran oleh Penganjur untuk sebarang kerugian kesusahan yang dialami akibat daripada pembatalan, penamatan atau penangguhan tersebut. Kriteria Kelayakan 6 Pemegang-pemegang Kad yang menyertai ( Peserta-peserta dan Peserta untuk individu) mesti membuat pembayaran untuk transaksi retail mereka sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja ( Transaksi Pembelian Runcit ) ke kad MyDebit / ATM di mana-mana Guardian Health And Beauty Sdn.Bhd ( dirujuk secara kolektif sebagai Guardian Health And Beauty Sdn.Bhd ) semasa Tempoh Promosi untuk melayakkan diri dan menyertai Promosi. 7 Kad MyDebit / ATM Peserta mestilah kad yang sah, aktif dan mempunyai status pembiayaan yang bagus dan kekal status tersebut sehingga tamat Tempoh Promosi. 8 Stiap Transaksi Pembelian Runcit mesti melalui MyDebit dengan menggunakan Nombor Pengenalan Peribadi ( PIN ) di mana-mana kedai Guardian. Transaksi Pembelian Runcit mesti dibuat semasa Tempoh Promosi dan mematuhi syarat kelayakan dan kriteria kelayakan yang dinyatakan di sini. Syarat Kelayakan Penyertaan Promosi 9 Setiap Transaksi Pembelian Runcit yang mematuhi syarat kelayakan dan kriteria kelayakan akan secara langsung layak sebagai satu (1) penyertaan ( Penyertaan Layak ). Transaksi yang dibuat di luar Tempoh Promosi, tidak akan diterima dan adalah batal.

10 Transaksi Pembelian Runcit mesti dibuat dalam Tempoh Promosi dan memenuhi syarat kelayakan dan kriteria kelayakan yang dinyatakan di sini untuk dikira sebagai Penyertaan Layak. 11 Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta yang kelayakan dipersoalkan atau yang selainnya tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Promosi sekiranya terdapat Peserta yang melanggar terma dan syarat, mengganggu operasi Promosi, penipuan atau penyalahgunaan, atau melibatkan diri dalam apa-apa tingkah laku yang dianggap memudaratkan atau tidak adil kepada Penganjur atau mana-mana pihak yang lain (dalam setiap kes ditentukan pada budi bicara mutlak Penganjur adalah tertakluk kepada kehilangan kelayakan untuk kemasukan atau penyertaan dalam Promosi. Mekanisme Promosi 12 Semua Transaksi Pembelian Runcit yang dibuat oleh Peserta dalam minggu penyertaan (hari Isnin sehingga Ahad) [ Minggu Penyertaan ] akan dikumpulkan pada setiap minggu. Pada akhir Tempoh Promosi, lapan (8) Peserta yang mempunyai jumlah terkumpul Transaksi Pembelian Runcit dalam setiap Minggu Penyertaan akan melalui proses senarai pendek ( Peserta Senarai Pendek ). Peserta-peserta tersebut akan disenarai pendek daripada Penyertaan Layak yang terdapat dalam setiap Minggu Penyertaan. Cabutan melalui komputer akan dibuat untuk memilih lapan (8) Peserta tersebut. 13 Sekiranya jumlah terkumpul Transaksi Pembelian Runcit adalah seri di antara dua (2) Peserta, Peserta yang melaksanakan Transaksi Pembelian Runcit yang terdahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang. Senarai Pendek dan Pengumuman Pemenang 14 Pada akhir Tempoh Promosi, Peserta Senarai Pendek akan dihubungi melalui telefon oleh Penganjur dan mereka dikehendaki untuk dua (2) soalan dan jawapan, seperti yang ditentukan oleh Penganjur untuk memenangi. Sekiranya Peserta Senarai Pendek tidak menjawab dua (2) panggilan telefon dari Penganjur; Peserta Senarai Pendek tersebut dibatalkan dan Peserta Senarai Pendek yang seterusnya akan dihubungi. 15 Hanya Peserta Senarai Pendek yang menerima panggilan telefon dan menjawab semua soalan dengan betul akan memenangi. 16 Sekiranya Peserta Senarai Pendek tidak boleh dihubungi atau dia gagal menjawab semua soalan-soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk memperuntukkan kepada Peserta Senarai Pendek yang seterusnya. Proses pemilihan pemenang ini akan terpakai kepada semua Peserta untuk menentukan semua pemenang. 17 Setiap Peserta Senarai Pendek hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Promosi. Peserta Senarai Pendek yang diisytiharkan sebagai pemenang di dalam satu Minggu Penyertaan tidak layak memenangi dalam Minggu Penyertaan yang seterusnya. 18 Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung Promosi, termasuk tetapi tidak terhad kepada, senarai pendek, pemilihan pemenang dan pelucutan hak kepada adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. Pemilihan pemenang adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan dan kriteria penyertaan yang ditentukan mengikut budi bicara mutlak Penganjur. 19 Senarai nama pemenang akan disiarkan dan diumumkan di sidang akhbar dan di laman web Penganjur selepas Tempoh Promosi tamat.

20 untuk Promosi ini dikategorikan dalam peringkat berikut: Pemenang akan diberi ganjaran oleh setiap minggu melalui daripada 11 minggu tempoh kempen dengan hadiah-hadiah berikut: Minggu Peryertaan Kuantiti 1 st (03/09/15-09/09/15) iphone 6 Garmin VivoSmart Sony Cybershot Selfie Camera 2 nd (10/09/15-16/09/15) Ipad Air, Sony Smartband Talk, 3 rd (17/09/15-23/09/15) PlayStation 4, Sony Smartband Talk 4 th (24/09/15-30/09/15) Go Pro Hero4, 5 th (01/10/15-07/10/15) Ipad Air, Garmin VivoSmart, Sony Smartband Talk, Go Pro Hero4 6 th (08/10/15-14/10/15) Iphone 6, PlayStation 4, Garmin VivoSmart, 7 th (15/10/15-21/10/15) PlayStation 4, 8 th (22/10/15-28/10/15) Go Pro Hero4, Sony Cybershot Selfie Camera, PlayStation 4 9 th (29/10/15-04/11/15) iphone 6, Sony Cybershot Selfie Camera, 10 th (05/11/15-11/11/15) Ipad Air, Iphone 6, Garmin VivoSmart, 11 th (12/11/15-18/11/15) ipad Air, Sony Smartband Talk, Go Pro Hero4, Sony Cybershot Selfie Camera, 1 unit each

21 adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam hadiah. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan ejen-ejen mereka tidak akan bertanggungjawab keatas semua liabiliti yang timbul daripada apa-apa penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir atau apa-apa keadaan yang tidak diduga yang di luar kawalan pihak Penganjur dan bagi apa-apa perbuatan atau keingkaran daripada mana-mana pembekal pihak ketiga atau vendor. Pemenang tidak dibenarkan untuk bertukar kepada wang tunai. 22 Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, Penganjur tidak menawarkan sebarang jaminan atau sebarang pernyataan berkaitan Promosi, hadiah, samada secara nyata, tersirat atau statutori, termasuk dan tidak had kepada, kualiti dan kesesuaian hadiah dan had penjagaan dan skil untuk perkhidmatan yang terdapat dalam hadiah-hadiah. 23 Penganjur tidak akan menanggung sebarang liabiliti sekiranya pemenang tidak dapat menggunakan untuk sebarang sebab, termasuk sebab-sebab yang timbul daripada perlanggaran terma yang ditetapkan. Pemenang yang telah menerima hadiah, dianggap telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam semua acara publisiti yang dianjurkan oleh pihak Penganjur. 24 Semua hadiah tidak boleh ditukar dan/atau dipindah, atau diberi dengan wang tunai. 25 Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Pengumuman atau Makluman kepada Pemenang 26 Semua pemenang akan dihubungi dan dimaklumkan oleh Penganjur berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh institusi kewangan daripada kad MyDebit/kad ATM melalu emel atau telefon tidak lebih dari dua (2) bulan dari tarikh tamat Tempoh Promosi. Penebusan 27 Pemenang mesti menuntut yang dimenangi dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pengisytiharan pemenang dibuat. Sekiranya Pemenang menolak atau gagal memberikan jawapan dalam tempoh yang telah diberikan, Penganjur berhak melucutkan hak pemenang tersebut dan menarik balik hadiah. yang tidak dituntut akan dibatalkan dan sebarang pertanyaan selepas itu tidak akan dilayan. Bayaran balik tidak akan diberikan untuk sebarang hadiah yang tidak dituntut. 28 Selain yang dinyatakan dalam terma dan syarat ini, sebarang penggantian atau pengubahsuaian kepada tidak dibenarkan. 29 Pemenang boleh melantik wakil untuk menuntut hadiah, di dalam situasi-situasi tertentu dan ini tertakluk kepada budibicara mutlak pihak Penganjur untuk membenarkan wakil tersebut menuntut hadiah berkenaan. Kebenaran bertulis dari Pemenang asal dan pengesahan pengenalan diri wakil tersebut diperlukan untuk membolehkan wakil tersebut menuntut hadiah bagi pihak Pemenang asal. 30 Pemenang bertanggungjawab di atas segala kos berkenaan untuk pemenang mengambil dan menuntut di tempat yang telah ditetapkan oleh Pihak Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk kos pengangkutan yang berkaitan dengan pengambilan dan/atau tuntutan. Semua cukai, caj dan kos sampingan yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri oleh pemenang. 31 Pemenang mesti melalui pengesahan identiti diri dan lulus dalam pengesahan tersebut yang dikenakan oleh Penganjur sebelum menebus. akan ditarik balik jika terdapat percanggahan maklumat dengan proses pengesahan atau jika dokumen pengesahan yang disediakan adalah berbeza daripada maklumat yang diberikan oleh Institusi Kewangan yang

berkenaan. Dokumen yang diperlukan untuk pengesahan adalah kad pengenalan asal dan sah pemenang (Malaysia) atau, pasport asal dan sah (bukan warganegara). 32 Sekiranya dokumen yang diperlukan untuk pengesahan identiti diri untuk tuntutan hadiah tidak lengkap atau tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan, Penganjur berhak untuk melucutkan hak pemenang tersebut dan yang berkaitan akan dibatalkan. Pemenang mungkin dikehendaki menandatangani perjanjian bertulis bagi hadiah yang dituntut seperti yang dikehendaki oleh Penganjur. 33 Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima, segala urusan berkaitan hal tersebut adalah tertakluk kepada budibicara Penganjur dan peruntukan undang-undang yang berkaitan. 34 Sebarang pertanyaan mengenai hadiah, penebusan hadiah sila hubungi Guardian di info@guardianmal.com.my atau 03-55448989. Tanggungjawab dan Liabiliti 35 Pemenang akan menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan, kerugian atau tuntutan akibat daripada penyertaan di dalam Promosi, penebusan dan / atau penggunaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang dialami, dalam sebarang situasi, oleh pihak ketiga atau Peserta, semasa dan selepas Promosi. 36 Dengan menyertai dan menerima yang ditawarkan oleh Penganjur,, Peserta dan pemenang dengan ini telah memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menerbitkan, memaparkan nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan gambar Peserta dan pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti yang berkaitan dengan Promosi, dalam apa-apa cara penerbitan, pengedaran atau paparan dari semasa ke semasa tanpa sebarang royalti atau pampasan yang perlu dibayar kepada Peserta dan pemenang dan tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang atau peserta. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, gangguan manusia atau elektronik / kesilapan manusia di dalam pentadbiran dan pemprosesan Promosi. 37 Penganjur, promoter dan ejen-ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam sebarang perkara berikut: a) Apa-apa kos, perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh Peserta untuk mengambil bahagian dalam Promosi; b) Apa-apa bentuk gangguan teknikal; c) Campurtangan pihak yang tidak diiktiraf oleh Penganjur dalam Tempoh Promosi; d) kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran Promosi dan pemprosesan penyertaan; e) Apa-apa kemasukan data yang hilang, dicuri, rosak, disalah hantar atau tidak diterima yang bukan disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja Penganjur. 38 Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan / atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga bahawa Penganjur berurusan untuk tujuan Promosi) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Promosi, walaupun Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi sedemikian adalah dikecualikan. Perlindungan Data 39 Dengan menyertai Promosi ini dan pendedahan maklumat peribadi kepada Penganjur, Peserta dan pemenang bersetuju Penganjur memproses maklumat peribadi Peserta dan Penganjur

bersetuju untuk hanya menggunakannya bagi tujuan Promosi ini dan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta mengenai perlindungan data, dan penerangan kepada peserta bagi tujuan untuk menghubungi Penganjur. 40 Penganjur mungkin menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses data peribadi Peserta, dimana pihak ketiga tersebut dengan kontrak wajib haruslah tidak menggunakan data peribadi Peserta di dalam sebarang cara selain daripada apa yang dinyatakan di sini. 41 Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk: a. hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan data peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi penganjur di alamat e-mel yang dinyatakan di bawah yang disediakan Penganjur dengan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan data peribadi tersebut; b. hak untuk mendapatkan salinan data peribadi yang dimiliki oleh Penganjur; dan c. hak untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat. 42 Sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi peserta, sila hubungi Penganjur di MyDebit@myclear.org.my 43 Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data dari pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan data peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah. 44 Pihak Penganjur berhak untuk memindahkan beberapa maklumat peribadi (nama, alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan) kepada pembekal perkhidmatan bagi tujuan pentadbiran Promosi dan tujuan menghubungi pemenang. Pembekal perkhidmatan termasuk penganjur penjual atau menguruskan Promosi. Hak Penganjur 45 Penganjur berhak untuk meminda, mengubah, memadam atau memadam Terma dan Syarat yang terkandung di sini mengikut budi bicara mutlak mereka. 46 Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada kerugian kewangan mana-mana Peserta yang timbul daripada keengganan, pembatalan atau penarikan balik Promosi. 47 Penganjur boleh menyerahhak semua hak yang diberikan oleh Peserta dkepada mana-mana pihak di atas budi bicara Penganjur. 48 Penganjur berhak untuk melanjutkan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi bagi sebarang sebab sekalipun, tanpa notis terlebih dahulu. Pengembangan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Promosi ini oleh Penganjur tidak membolehkan Peserta menuntut sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Penganjur terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung dan tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. 49 Dengan menyertai Promosi, Peserta bersetuju Penganjur menggunakan, menyiarkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar Pemenang (jika ada) bagi tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua Saluran penerbitan, pengedaran atau paparan tanpa sebarang bayaran royalty atau pampasan kepada pemenang. Umum 50 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myclear.org.my atau www.guardian.com.my pada bila-bila masa semasa Tempoh Promosi.

51 Terma dan Syarat ini dipantau dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan dalam bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. 52 Masa adalah intipati Promosi ini. 53 Terma-terma & syarat-syarat ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat percanggahan di antara kedua-dua versi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. [TAMAT]