UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama : MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN No. K/P: No. Pendaftaran/Matrik : JHA 120005 Nama Ijazah: IJAZAH DOKTOR FALSAFAH Tajuk Disertasi (Hasil Kerja Ini): KEINGINAN RASA CINTA, KEHORMATAN DAN KEMASYHURAN DALAN PUISI TERPILIH DHARMAWIJAYA Bidang Penyelidikan: SASTERA MELAYU MODEN (PUISI MODEN) Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: 1. Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis hasil kerja ini; 2. Hasil kerja ini adalah asli; 3. Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan dalam hasil kerja ini; 4. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan hasil kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; 5. Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta hasil kerja ini kepada Universiti Malaya (UM) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam hasil kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Universiti Malaya; 6. Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan hasil kerja ini saya telah melanggar suatu hak cipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh Universiti Malaya.... Tandatangan Calon Tarikh : Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,... Tandatangan Saksi Nama: Tengku Intan Marlina binti Tengku Mohd Ali Jawatan: Pensyarah/Penyelia Tarikh : i
DEDIKASI Bismillah al-rahman al-rahim Diabadikan tesis ini buat: Bonda tersayang Hjh Zainab Ahmad yang sentiasa menyokong, memahami dan mendoakan kejayaan anakanda ini tanpa jemu. Ingatan dan al-fatihah buat Allahyarham Baharudin Isa, ayahanda menjadi sumber inspirasi anakanda untuk mengejar kejayaan di dunia dan akhirat. Adik-beradik serta anak saudara yang sentiasa mendoakan kejayaan diri ini. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT dalam kehidupan. Amin. ii
ABSTRAK Kajian ini menganalisis kumpulan puisi yang dihasilkan oleh penyair, iaitu kumpulan puisi Warna Maya (1974), Derita Buana (1992), Jejak Kembara (1999) dan Mutiara Kenangan (2006). Keempat-empat kumpulan puisi tersebut dikaji menggunakan Teori Psikoanalisis Freud. Sigmund Freud (1899) merupakan ahli psikologi yang banyak membincangkan tentang keinginan-keinginan dalam diri penyair melibatkan rasa cinta, kehormatan dan kemasyhuran. Kajian ini menghuraikan perasaan semulajadi, pengalaman, keinginan dan tingkah laku penyair sehingga terhasilnya puisi. Permasalahan dalam kajian berkait dengan insan, masyarakat dan alam. Kajian tekstual dilakukan secara kualitatif mengambil kira tentang kehidupan dan pengalaman penyair. Kajian kepustakaan dan temubual juga dijalankan bagi mencapai objektif kajian. Puisi-puisi yang dihasilkan oleh penyair dianalisis bagi menilai sejauh mana wujud dan tergambarnya keinginan-keinginan penyair terhadap rasa cinta, kehormatan dan kemasyhuran. Keinginan-keinginan yang wujud dalam diri penyair mempengaruhi pemikiran dan kreativitinya yang diperlihatkan melalui aspek insan, masyarakat dan alam. Penggunaan konsep-konsep tertentu dari Teori Psikoanalisis Freud yang bersesuaian dengan analisis seperti mekanisme helah bela diri membantu penyair menyampaikan keinginan yang wujud dalam dirinya berdasarkan pengalaman yang pernah dialami. Kajian terhadap puisipuisi, membuktikan bahawa pengalaman yang pernah dilalui oleh penyair mempengaruhi keinginan terhadap rasa cinta, kehormatan dan kemasyhuran. Keadaan tertekan yang dialami penyair disampaikan dalam bentuk puisi. Melalui kajian ini, mekanisme helah bela diri represi, sublimasi dan pindah gantian didapati berperanan bagi menyatakan keinginan dalam diri dengan penuh penghayatan. Kesan daripada keadaan bawah sedar dan tekanan yang dialami oleh penyair menyebabkan wujudnya idea dan pemikiran yang menampakkan rupa bentuk dan gaya kepenyairan dalam puisipuisi yang dihasilkan. Kesimpulannya didapati bahawa penyair menyalurkan keinginan dalam dirinya yang berkaitan dengan rasa cinta, kehormatan dan kemasyhuran menggunakan mekanisme helah bela diri berdasarkan pengalaman sebenar yang pernah dilalui dan memenuhi norma masyarakat. iii
ABSTRACT The study reviewed selected poems by, Warna Maya (1974), Derita Buana (1992), Jejak Kembara (1999) and Mutiara Kenangan (2006). Freudian Psychoanalysis Theory was used to improve the understanding and appreciation of the literary works. Sigmund Freud (1899) was a psychologist who wrote about the desire for love, honour and fame. This study elaborated on the poet s feeling, experience, desire and behaviour which inspired the writing of the poems. Problems in the study were analysed from the perspectives of oneself, the society and the environment surrounding the life of the poet. Qualitative textual analysis was performed taking into account the life and experience of. Library research as well as interviews were conducted to achieve the research objectives. s poems were analysed to evaluate the entent of the poet s intention and portrayal of love, honour and fame. The poet s desire influenced his thoughts and creativity which were evidently seen via self, society and environment. The application of appropriate Freudian Psychoanalysis Theory such as the self-defence mechanism assisted the poet to deliver his desire based on his life experience. The poet expressed his life struggles through his poems. Research done on his poems proved that his life experience influenced his desire towards love, honour and fame. This study revealed that self-defense mechanism such as repression, sublimation and replacement played certain roles in expressing their desire vividly. The poet s life struggles delineated his style. In summary, the poet s life experience has influenced his expression of desire for love, honour and fame through self-defense mechanism. iv
PENGHARGAAN Bismillahi Rahmani Rahim, Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala pujian selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, serta keluarga dan para sahabatnya. Syukur Alhamdullilah dengan limpah rahmat dan taufik hidayah-nya, kajian dan penulisan tesis ini berjaya disempurnakan. Penghargaan yang tidak terhingga dirakamkan kepada penyelia saya, iaitu Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali atas kesabaran dalam menyelia, memberikan bimbingan dan teguran sehingga kajian ini berjaya disempurnakan. Dengan rasa rendah diri, saya juga merakamkan penghargaan buat bonda tersayang yang banyak memberi dorongan, kata-kata semangat dan sokongan pada waktu susah dan senang. Buat keluarga, adik-beradik dan saudara terdekat, terima kasih atas doa, nasihat dan bantuan yang telah dihulurkan. Jasa kalian tidak akan dilupakan hingga ke akhir hayat. Ucapan terima kasih juga tidak terhingga saya tujukan buat semua pensyarah dan kakitangan di Akademi Pengajian Melayu khususnya di Jabatan Kesusasteraan Melayu atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang saya menuntut di sini. Tidak lupa buat rakan-rakan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali yang turut menyumbangkan ilmu, sokongan moral dan semangat. Tanpa sokongan dan kerjasama kalian kajian ini tidak akan berjaya disempurnakan. Buat rakan-rakan seperjuangan Muiz, Kobe, Firdaus, kalian penguat semangat saya semasa susah dan senang. Hanya Allah SWT yang mampu membalas budi baik kalian. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN Jabatan Kesusasteraan Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 2017 v
SENARAI RAJAH Muka Surat Rajah 2.1 Proses Perubahan Tingkah Laku 46 Rajah 2.2 Bongkah Ais Kesedaran Freud 50 Rajah 2.3 Struktur Perkembangan Personaliti Freud 57 Rajah 2.4 Proses Analisis Puisi terpilih Menggunakan 74 Teori Psikoanalisis Freud vi
SENARAI JADUAL Muka Surat Jadual 2.1 Lapangan Penyelidikan Dalam Psikologi 43 Jadual 3.1 Keinginan Rasa Cinta dalam Puisi Terpilih 94 Jadual 4.1 Keinginan Rasa Kehormatan dalam Puisi Terpilih 172 Jadual 5.1 Keinginan Rasa Kemasyhuran dalam Puisi Terpilih 250 vii
SINGKATAN KATA SITC ISUM UPSI UM UPM GAPENA APA HSKU Ph.D Sultan Idris Training College Ikatan Sastera Universiti Malaya Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Malaya Universiti Putra Malaysia Gabunga Penulis Nasional American Psychological Association Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Ijazah Doktor Falsafah viii
PERAKUAN DEDIKASI ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN KANDUNGAN KANDUNGAN BAB 1: PENGENALAN Muka Surat 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Kajian Lepas 1 1.3 Permasalahan Kajian 10 1.4 Objektif Kajian 14 1.5 Bidang kajian 14 1.6 Bahan Kajian 15 1.7 Batasan Kajian 15 1.8 Kaedah kajian 16 1.9 Kepentingan Kajian 18 1.10 Konsep Operasional 21 1.11 Kepenyairan 26 1.12 Rumusan 31 BAB 2: METODOLOGI KAJIAN DAN KERANGKA TEORITIS 2.1 Pendahuluan 32 2.2 Metodologi Kajian 32 2.2.1 Kaedah Kepustakaan 33 2.2.2 Kaedah Temubual 36 2.3 Kerangka Teoretis 37 2.3.1 Latar Belakanag Penciptaan Teori 37 2.3.2 Teori Psikoanalisis 38 2.3.3 Kerangka Teori Psikoanalisis 40 2.3.4 Teori Psikoanalisis Freud 48 2.3.5 Konsep Teori Psikoanalisis Freud 52 2.3.6 Unsur-unsur Teori Psikoanalisis Freud 59 2.3.7 Fungsi Teori Psikoanalisis Freud 67 2.3.8 Teori Psikoanalisis Freud dalam Karya 70 Sastera 2.4 Pembahagian Bab Analisis 75 2.4.1 Keinginan Rasa Cinta 76 2.4.2 Keinginan Rasa Kehormatan 81 2.5 2.4.3 Keinginan Rasa Kemasyhuran 84 Rumusan 87 ix
BAB 3: KEINGINAN RASA CINTA 3.1 Pendahuluan 89 3.2 Keinginan Rasa Cinta dalam Puisi terpilih 92 3.3 Keinginan Rasa Cinta Terhadap Insan 94 3.4 Keinginan Rasa Cinta Terhadap Masyarakat 140 3.5 Keinginan Rasa Cinta Terhadap Alam 150 3.6 Rumusan 164 BAB 4: KEINGINAN KEHORMATAN 4.1 Pendahuluan 166 4.2 Keinginan Kehormatan dalam Puisi Terpilih 169 4.3 Keinginan Kehormatan Terhadap Insan 173 4.4 Keinginan Kehormatan Terhadap Masyarakat 204 4.5 Keinginan Kehormatan Terhadap Alam 235 4.6 Rumusan 242 BAB 5: KEINGINAN KEMASYHURAN 5.1 Pendahuluan 244 5.2 Keinginan Kemasyhuran dalam Puisi terpilih 247 5.3 Keinginan Kemasyhuran Terhadap Insan 251 5.4 Keinginan Kemasyhuran Terhadap 272 Masyarakat 5.5 Keinginan Kemasyhuran Terhadap Alam 281 5.6 Rumusan 298 BAB 6: KESIMPULAN 300 RUJUKAN 320 LAMPIRAN 330 x