PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

How to Produce & Transform?

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

THE USE OF HUMOUR IN THE ESL CLASSROOM RAYMOND A/L MANICKAM

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CLASSIFICATION OF THE AESTHETICS FORMULA AND GENERATING THE SCREEN DESIGNS FOR BALANCE PRINCIPLE

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

Kata Kunci: Reka Bentuk Sejagat (RBS), Taman Permainan, Orang Kurang Upaya (OKU), Pereka bentuk Produk.

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 5, Issue 1 (2016) 39-46

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

Melestarikan Amalan Membaca ; Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 2, Issue 1, (page 54-65), Md Jais Bin Ismail 1 1 Universiti Putra Malaysia

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

Promosi Buku (Novel) Di Media Sosial

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

MODELING AND CONTROLLER DESIGN OF A HOT AIR BLOWER SYSTEM KHAIRUL NIZAR SYAZWAN BIN WAN SALIHIN WONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

ABSTRAK. Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE INFLUENCE OF HUMOUR ON CREATIVE THINKING WONG HONG CHENG FPP

PUJIAN DALAM KRITIKAN: ANALISIS BENTUK DAN STRATEGI KESANTUNAN

8-BITS X 8-BITS MODIFIED BOOTH 1 S COMPLEMENT MULTIPLIER NORAFIZA SALEHAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

Transcription:

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI 1 Nurul Syazwani Ismail, 2 Jamalludin Harun, 3 Megat Aman Zahiri Megat Zakaria 4 Shaharuddin Md Salleh 1 wanny113@yahoo.com,, 2 jharun2013@gmail.com, 3 megataman@utm.my 4 p-shah@utm.my, 1,2,3,4 Department of Educational Science, Mathematics and Creative Multimedia, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia, Abstrak Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan satu kemahiran yang ditekankan dalam dunia pendidikan masa kini. Ia melibatkan beberapa kemahiran berfikir yang utama dan salah satunya adalah kemahiran berfikir secara kritikal. Kemahiran berfikir secara kritikal menjadi sebuah konsep penting dalam dunia pendidikan seantero dunia dan menjadi satu kemahiran yang dituntut dalam diri setiap pelajar. Justeru, peranan pendidiklah untuk menawarkan strategi pengajaran yang melibatkan aspek KBAT dalam pembelajaran. Namun, panduan atau kaedah dalam membangunkan sebuah aplikasi pembelajaran berasaskan teknologi mudah alih yang menekankan KBAT amat diperlukan oleh para pendidik dalam merencanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana teknologi mudah alih dilihat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan pelajar masa kini. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan cadangan sebuah kerangka teori dalam membangunkan sebuah aplikasi mudah alih yang dapat meningkatkan pemikiran kritikal pelajar.dengan menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Kerangka teori yang akan dicadangkan dalam kajian ini diharap dapat membantu para pendidik dan dijadikan sebagai panduan bagi membangunkan aplikasi mudah alih yang mengimplementasikan strategi pembelajaran untuk tujuan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) khususnya pemikiran kritikal pelajar. Keywords: Higher Order Thinking Skills, Critical Thinking, Mobile Technology Problem Based Learning, Pengenalan Selepas teknologi Internet, teknologi mudah alih dilihat sudah menjadi sebahagian daripada corak kehidupan pelajar masa kini (Dai et al., 2012). Tanpa kita sedari, pembangunan dan kemajuan teknologi mudah alih dalam bidang pendidikan telah berkembang dengan sangat pesat. Perkembangan dunia dalam teknologi mudah

alih telah memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang pelajar. Teknologi ini terdiri daripada alat-alat teknologi yang bersifat kecil dan boleh dibawa ke manamana seperti ipod, telefon pintar (smartphone), dan PDA (personal data assistants (Traxler, 2007). Lantaran teknologi ini diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan maka dunia pendidikan dilihat merupakan medium terbesar yang berpotensi untuk merebut peluang keemasan ini. Ini kerana alat-alat teknologi mudah alih serta gadget-gadget dilihat amat diminati oleh remaja masa kini yang rata-ratanya adalah golongan pelajar. Seharusnya peluang ini diambil oleh para pendidik dalam mereka bentuk atau merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang bukan sahaja dapat menarik minat pelajar malah ianya harus dapat meningkatkan pencapaian akademik serta KBAT pelajar. Sorotan Kajian. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah menjadi satu kemahiran yang amat ditekankan dalam pendidikan masa kini. Kebanyakan kemahiran berfikir yang diterapkan dalam pendidikan mengutamakan kemahiran berfikir aras tinggi. Ia melibatkan beberapa kemahiran berfikir yang utama seperti kemahiran berfikir secara kritikal, pemikiran kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya. Berikutan inilah, banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji bidang pendidikan menfokuskan kemahiran-kemahiran ini seperti kajian yang dijalankan oleh John Heywood (1996), Jong et al. (2011), Benson et al. (2012), Pinho dan Macedo (2013) yang membincangkan tentang kemahiran menyelesaikan masalah, Coppola dan Thomad (2002), Faizah Mohamad et al. (2010), Wagner et al. (2014) dan Belluigia dan Cundillb (2015) membincangkan mengenai kemahiran pemikiran kritikal manakala Pinto dan Escudeiro (2014) pula membincangkan kemahiran pemikiran kreatif, pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kesemua kajian ini menunjukkan dapatan positif terhadap strategi pembelajaran yang diaplikasikan. Terdapat banyak strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjana pemikiran aras tinggi dalam kalangan pelajar. King et al.(1998), mengatakan bahawa antara strategi dan kaedah yang boleh menjana KBAT dalam kalangan pelajar ialah pengajaran secara Arahan Komunikasi (Instructional communication), Scaffolding, Strategi Belajar dan Berfikir (Learning and Thinking Strategies), Arahan Langsung (Direct Instruction), Strategi Penyoalan (Questioning strategies), Maklum Balas (Feedback), Aktiviti Berkumpulan (Team Activities) dan Perantara Komputer (Computer Mediation). Manakala kajian daripada beberapa ahli akademik yang melibatkan beberapa strategi pengajaran dalam menjana KBAT pelajar mendapat respon yang positif. Antara strategi yang digunakan adalah seperti Pembelajaran secara teleelearning (McLoughlin dan Oliver (1996), E-Classroom (Coppola dan Thomad, 2002), Pembelajaran Berasaskan Masalah (Sendag Odabas, 2009) Pembelajaran Berasaskan Permainan (Jong et al., 2011), Pembelajaran secara Forum Atas Talian (e-learning) dan Pembelajaran berasaskan Penyiasatan (Madhuri et al. 2012), Norhasyimah Hamzah Jamalludin Harun,2014). Antara kesemua strategi pengajaran, salah satu strategi yang dikenalpasti dapat meningkatkan KBAT pelajar adalah Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Menurut Wang et al., (2008) Pembelajaran Berasaskan Masalah

(PBM) merupakan satu pendekatan yang efektif sama ada dalam bidang umum ataupun dalam bidang pendidikan. Kajian yang dijalankan oleh Ozturk et al. (2008) menunjukkan bahawa pembelajaran yang menggunakan pendekatan PBM dapat menggalakkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara lebih kritikal, bertoleransi dengan idea daripada orang lain dan berupaya berhadapan dengan konflik sebelum mendapatkan langkah penyelesaian berikutan pemikiran kritikal memainkan peranan yang penting dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (Chaffee, 1994). Ini menunjukkan bahawa strategi PBM merupakan salah satu strategi yang mampu menjana ke arah pemikiran aras tinggi pelajar amnya dan pemikiran kritikal khususnya. Kebanyakan dapatan kajian yang dijalankan sebelum ini dengan menggunakan mana-mana strategi pengajaran menunjukkan kecenderungan kepada peningkatan KBAT pelajar. Ini membuktikan bahawa pelbagai strategi dan kaedah pengajaran boleh dilaksanakan dalam tujuan memperkasakan KBAT dalam kalangan pelajar. Kebanyakan strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaram juga dikenalpasti menggunakan medium teknologi dalam penyampaian pengajaran seperti kajian yang dijalankan oleh McLoughlin and Oliver (2002), Ping et al. (2002) dan Norhasyimah dan Jamalludin (2014). Ini menunjukkan teknologi merupakan satu medium alternatif dalam meningkatkan KBAT pelajar. Namun begitu, kurangnya pengaplikasian teknologi mudah alih dalam usaha meningkatkan KBAT pelajar merupakan satu cabaran dan salah satu objektif kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan satu kerangka teori dalam pembangunan aplikasi mudah alih dalam meningkatkan KBAT pelajar khususnya pemikiran kritikal. Menurut Syed Ardi dan Zaidatun (2008), kaedah pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih (m-learning) dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu pelajaran kerana melalui aplikasi mudah alih pelajar diberi kebebasan untuk menghantar tugasan, memuat turun nota, berbincang, menjawab soalan kuiz dan melakukan aktiviti pembelajaran mengikut kehendak dan masa mereka. Ini menunjukkan bahawa teknologi ini sememangnya bersifat fleksibel dan mudah untuk diaplikasikan dalam P&P. Yu-Sung et al. (2013) dalam kajiannya mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan dengan memperkenalkan lebih banyak strategi dan kaedah yang boleh diintegrasikan dalam pembelajaran berasaskan teknologi mudah alih dan beliau juga mencadangkan agar pendekatan tradisional dan mudah alih dipadankan supaya boleh berubah menjadi sistem pembelajaran yang lebih berkesan Cadangan Kerangka Teori Kerangka teori dalam sesebuah kajian adalah amat penting bagi menjamin kajian yang dijalankan adalah di laluan atau landasan yang benar. Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2002), ahli teknologi dan ahli psikologi telah mencadangkan pelbagai teori dan model reka bentuk untuk dijadikan rujukan dalam sesebuah pembangunan. Dalam menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan KBAT, maka seharusnya aspek KBAT dijadikan landasan utama untuk para pendidik. Kerangkan teori dalam kajian ini akan melibatkan aspek KBAT sebagai fokus utama, strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai strategi yang dilihat mampu menjana KBAT pelajar dan teknologi mudah alih sebagai medium penyampaian pembelajaran.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terdapat tiga bahagian yang melibatkan KBAT yang akan digunakan dalam menghasilkan kerangka teori dalam kajian ini iaitu aras Taksonomi Bloom, ciri-ciri item KBAT yang diperkenalkan oleh KPM (2013) dan salah satu kemahiran ciri-ciri kemahiran yang perlu ada dalam menyediakan pelajar ke arah KBAT iaitu kemahiran Pemikiran Kritikal (Facione, 1990). Aras Taksonomi Bloom Kerangka teori dalam kajian ini dimulakan dengan mendapatkan aras KBAT pelajar berdasarkan empat aras teratas Taksonomi Bloom. Aras Taksonomi Bloom yang akan dilihat dalam kajian ini adalah merujuk kepada aras KBAT yang didefinisikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) yang melibatkan empat aras KBAT iaitu aras aplikasi, analisis, menilai dan mencipta. Ciri-ciri Item KBAT Untuk membina item-item yang berunsurkan KBAT, ciri-ciri item KBAT seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) akan digunakan. KPM (2013) telah menyenaraikan ciri-ciri item KBAT yang boleh diaplikasikan dalam membina item-item KBAT. Ciri-ciri tersebut ialah seperti yang dirumuskan dalam Jadual 1. Jadual 1: Ciri-ciri Item KBAT (KPM, 2013) Ciri-ciri item KBAT Penerangan Stimulus Stimulus digunakan secara ekstensif untuk menjana penaakulan kritikal dan kemahiran inferens Maklumat diberi secukupnya kepada murid untuk menjana idea Pelbagai tahap pemikiran Pelbagai tahap pemikiran kognitif diuji Pelbagai bentuk respons diundang Konteks bukan lazim Situasi di luar bilik darjah diaplikasikan Pelajar berfikir dengan lebih kritikal bukan sekadar mengingati apa yang dipelajari dari bilik darjah Situasi Sebenar Menggalakkan pelajar mengaplikasikan hasil pembelajaran dari pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian Item tidak berulang Setiap tahun item berbeza Bahan yang melangkaui buku teks, buku kerja, buku latihan dan sebagainya digunakan Kajian ini akan mengadaptasikan ciri-ciri item ini ke dalam aplikasi yang akan dibangunkan nanti. Ini kerana setelah dianalisis, pengkaji mendapati bahawa

kesemua ciri-ciri item KBAT yang disyorkan KPM ini menepati hampir kesemua objektif kajian ini. Contohnya untuk ciri pertama iaitu stimulus, Uden dan Beaumont (2006), pernah mengatakan bahawa dalam PBM, guru perlulah memulakan pengajaran dengan mewujudkan sesuatu rangsangan kepada pelajar untuk menjana pemikiran pelajar. Ini sangat sesuai kerana aplikasi ini akan dibangunkan dengan menggunakan strategi PBM dan ciri pertama ini boleh diadaptasikan dalam fasa pembangunan. Ciri kedua iaitu pelbagai tahap pemikiran pula dilihat selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan pemikiran kritikal pelajarpelajar di Malaysia. Menurut Basham et al. (2002), pemikiran kritikal melibatkan pelbagai tahap kemahiran kognitif dan intelektual seseorang pelajar. Ini sangat bertepatan dengan objektif kajian ini iaitu untuk menghasilkan satu bahan pembelajaran yang boleh mengukur tahap pemikiran kritikal pelajar. Manakala ciri ketiga iaitu konteks bukan lazim adalah selari dengan apa yang dikatakan oleh Lewis (2001) dalam menjana pemikiran aras tinggi pelajar, guru perlulah menanyakan soalan yang bukan lazim bukanlah soalan-soalan rutin yang biasa ditanyakan. Ciri keempat iaitu menggunakan situasi sebenar sangat persis dengan salah satu ciri PBM yang dinyatakan oleh Barrow dan Tamblyn (1980) iaitu guru menggunakan masalah dalam konteks situasi sebenar manakala ciri item KBAT kelima iaitu item tidak berulang adalah selaras dengan satu kelebihan pendekatan Teori Konstruktivisme oleh KPM (2013) iaitu pelajar yang melalui pendekatan dapat membina pengetahuan baru dalam situasi yang baru. Ini akan diperoleh apabila guru sentiasa memberi sesuatu input yang baru setiap kali pengajaran. Kesepadanan ciriciri ini dengan kajian dirumuskan dalam Jadual 2. Jadual 2: Ciri-ciri Item KBAT yang Sepadan dengan Kajian Ciri-ciri item KBAT Ciri-ciri Sepadan dengan Kajian Stimulus Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) (Uden dan Beaumont, 2006) Pelbagai Tahap Pemikiran Pemikiran Kritikal (Bassham et al., 2002) Konteks Bukan Lazim Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Situasi Sebenar (Lewis, 2001) Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Barrow dan Tamblyn 1980) Item Tidak Berulang Teori Konstruktivisme Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Ciri-ciri item ini akan digunakan dalam proses membina item sebagai kandungan pembelajaran dalam aplikasi yang akan dibangunkan. Ini selaras dengan apa yang ditekankan oleh McBain (2011) iaitu perlunya satu pembangunan bahan pembelajaran yang menfokuskan KBAT dengan mengapliksikan latihan yang dapat menggalakkan pelajar untuk belajar dengan lebih mendalam dan secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi, kawalselia diri, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran pemikiran kritikal pelajar.

Pemikiran Kritikal Pemikiran kritikal merupakan satu penggunaan strategi kognitif dan berupaya membantu menyelesaikan sesuatu masalah dengan efektif. Selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang mampu mengharungi cabaran dan rintangan, pengaplikasian kemahiran kritikal di dalam pembelajaran amatlah dituntut. Ini kerana modal insan yang memiliki tahap pemikiran kritikal yang tinggi akan dapat bersaing dalam era globalisasi ini. Elemen pemikiran kritikal akan dilihat dengan menggunakan 6 aras pemikiran kritikal yang diperkenalkan oleh Facione (1990) iaitu interpretasi, analisis, inferensi, penilaian, penerangan dan kewarasan diri. Elemen ini akan dilihat setelah pengkaji selesai membangunkan aplikasi ini. Aplikasi mudah alih ini akan diperkenalkan kepada pelajar terlebih dahulu dan elemen pemikiran kritikal akan dikaji setelah pelajar menggunakan aplikasi yang akan dibangunkan Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Kerangka teori untuk kajian ini menggabungkan ciri-ciri Teori Konstruktivisme dan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam fasa pembangunan aplikasi. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang diperkenalkan oleh Barrow & Tamblyn (1980) dilihat sesuai diimplementasikan kerana ia dapat mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi. Antara kelebihan PBM ini ialah ia dapat menjana idea pelajar dan menggalakkan pelajar memberi hujah berkenaan sesuatu masalah yang dibincangkan. Ini akan menggalakkan dan meningkatkan KBAT pelajar secara tidak langsung. Savery dan Duffy (2001), telah menghasilkan satu model instruksi PBM dan kerangka Konstruktivisme yang memperkenalkan beberapa prinsip yang boleh digunakan dalam strategi pembelajaran PBM. Terdapat lapan prinsip yang diperkenalkan oleh mereka dalam model ini yang boleh digunakan untuk menampakkan keberkesanan PBM. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah; a) Membimbing aktiviti pembelajaran ke arah tugasan dan masalah yang lebih luas b) Menyokong pelajar membina sifat hak milik terhadap tugasan dan masalah yang diberikan c) Mereka bentuk tugasan yang persis dengan masalah sebenar dalam kehidupan d) Pelajar boleh mengrefleksi di akhir pembelajaran e) Memberi pelajar hak milik untuk merekabentuk penyelesaian terhadap tugasan dan masalah yang diberikan f) Mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang mencabar pemikiran pelajar g) Menggalakkan pengujian pandangan/pendapat dengan konsep alternatif h) Menyediakan peluang membantu pelajar merefleksi kandungan yang dipelajari dan proses pembelajaran

Kajian ini akan mengadaptasikan prinsip-prinsip instruksi yang dinyatakan oleh Savery dan Duffy (2001) dalam menghasilkan persekitaran pembelajaran PBM sekaligus mengimplemenkan ciri-ciri Teori Konstruktivisme. Prinsip Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Framework for the Rational Analysis of Mobile Education (FRAME) Seterusnya, pengkaji akan mengaplikasikan prinsip-prinsip yang perlu diambil perhatian dalam membangunkan aplikasi mudah alih yang diperolehi daripada sebuah kerangka iaitu Framework for the Rational Analysis of Mobile Education (FRAME) yang diperkenalkan oleh Koole (2011). Menurut Koole (2011), Model FRAME mengambil kira tiga aspek pembelajaran mudah alih iaitu Peranti (Device), Pelajar (Learners) dan Sosial (Social). Model ini akan mengenalpasti isuisu antara ketiga-tiga aspek ini untuk mereka bentuk pengalaman pembelajaran mudah alih yang lebih berkesan. Rajah 1: Model FRAME (Koole, 2001) Pemilihan Model Frame ini juga adalah kerana beberapa cirinya seperti dari aspek pelajar, sosial dan interaksi dilihat bersesuaian dan selari dengan strategi PBM yang akan bersama-sama digunakan dalam kajian ini. Kesepadanan Model Frame dan strategi PBM dirumuskan seperti dalam Jadual 5. Jadual 5: Kesepadanan ciri-ciri PBM dan model FRAME PBM Ciri-ciri selari Model FRAME Mengaplikasikan situasi sebenar Mereka bentuk tugasan yang persis dengan masalah sebenar dalam kehidupan Pengetahuan sedia ada dicas Menyokong pelajar membina sifat hak milik terhadap tugasan dan masalah yang diberikan (Aspek Pelajar) Situasi sebenar (Aspek Pelajar) Pengetahuan sedia ada (Aspek Pelajar) Peluang mengeksplorasi tugasan Aras pengetahuan pengguna dikenalpasti (jika berpeluang) Peluang pengguna mengeksplorasi dan mendapatkan maklumat yang bersesuaian untuk melaksanakan sesuatu

Menggalakkan pengujian pandangan/pendapat dengan konsep alternatif (Aspek Interaksi dan Sosial) Interaksi tugasan Interaksi antara pengguna dengan sistem dan interaksi pengguna dengan pengguna lain Oleh yang demikian, adalah sangat sesuai prinsip PBM dan ciri-ciri model FRAME diadaptasikan dalam pembangunan Aplikasi Mobil Kamus Istilah Sains ini. Diharap pembangunan aplikasi ini akan menvariasikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan arus kemodenan teknologi. Metodologi Kajian Kerangka kajian adalah diadaptasi daripada model rekabentuk R2D2 atau Reclusive, Refelective, Design & Development yang diperkenalkan oleh Willis (1995). Ia merupakan sebuah model pembelajaran konstruktivis yang mempunyai tiga fokus utama iaitu menakrif (define), merekabentuk (design & develop) dan penyebaran (disseminate). Pada fasa menakrif (define), kajian ini akan tertumpu kepada 3 aspek utama iaitu takrifan dari sudut topik, kandungan pembelajaran dan mengenalpasti aplikasiaplikasi mudah alih berasaskan KBAT yang sedia ada. Pada fasa ini juga aras KBAT pelajar akan dikenalpasti untuk melihat aras KBAT yang menjadi permasalahan dalam kalangan pelajar sebagai panduan untuk pembangunan aplikasi. Seterusnya, perbandingan akan dibuat antara aplikasi sedia ada dengan aplikasi yang akan dihasilkan. Fasa ini juga cuba mengenalpasti reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk antara muka yang bersesuaian dengan pelajar. Seterusnya ialah fasa mereka bentuk dan membangunkan (design & develop) di mana pengkaji akan mereka bentuk aplikasi ini. Tiga jenis rekabentuk akan diambil perhatian dalam kajian ini iaitu rekabentuk informasi, rekabentuk interaksi serta rekabentuk antaramuka. Pada fasa inilah gabungan konsep dan teori akan digabungkan. Namun, kajian ini lebih menfokuskan kepada rekabentuk infomasi yang mengaplikasikan prinsip-prinsip rekabentuk konstruktivisme dan PBM yang dicadangkan oleh Savery dan Duffy (2001) dan ciri-ciri item KBAT yang dicadangkan oleh KPM (2013). Ini kerana ia tujuan utama aplikasi ini adalah untuk sebagai satu bahan bantu pembelajaran yang boleh menjana KBAT pelajar dan sudah tentu reka bentuk informasi harus diutamakan. Seterusnya ialah fasa penyebaran (disseminate) di mana aplikasi ini akan diupload (muat naik) ke playstore. Playstore ialah sebuah ruang storan yang disediakan oleh aplikasi Android di mana ianya digunakan oleh pengguna untuk memuat turun aplikasi-aplikasi mobil yang disediakan. Untuk tujuan penyebaran. Seterusnya, pembangunan sistem akan menerokai fasa demi fasa sehinggalah pengujian dilakukan ke atas sistem yang telah diubah itu. Memandangkan sistem ini adalah berasaskan teknologi mudah alih, penyelenggaraan kemungkinan diperlukan sekiranya terdapat sebarang masalah semasa memuatnaikkan fail kepada pelayan.

Selepas dimuatnaik dan diedarkan kepada pelajar, selain penguasaan kandungan pembelajaran, aras pemikiran kritikal pelajar juga dapat dikenalpasti berikutan pelajar sudah melalui fasa PBM melalui aplikasi yang dibangunkan. Rajah Kerangka Teori yang dicadangkan Rajah 1 menunjukkan kerangka teori kajian yang dicadangkan. Rajah 1: Kerangka Teori Kajian

Rajah 2: Kerangka Teori Kajian beserta ciri-cirinya

Rumusan Disebabkan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan sesuatu yang sangat luas dalam dunia pendidikan, kajian ini dilihat merupakan satu sumbangan kecil dalam membantu para pendidik untuk dijadikan panduan dalam menyediakan sebuah bahan bantu dalam pembelajaran yang berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, kerangka teori yang dicadangkan dalam kajian ini juga diharap dapat dijadikan panduan kepada pendidik kerana ia menawarkan kaedah membangunkan aplikasi pembelajaran mudah alih yang dapat mengukur pemikiran kritikal pelajar. Rujukan Bassham et al., 2002, Critical Thinking: A student's introduction. Published by McGraw-Hill Barrows H.S dan Tamblyn R.M. (1980). Problem Based Learning: An approach to Medical Education. New York: Springer Publishing Company. Benson, L., Cook, M., McGough, C., dan Grigg, S. (2012). Work in progress: Audio reflections provide evidence of metacognition during students' problem solving attempts. InFrontiers in Education Conference (FIE), 2012 (pp. 1-2). IEEE. Dai, C. Y., Chen, T. W., & Rau, D. C. (2012). The Application of Mobile-Learning in Collaborative Problem-Based Learning Environments. InInstrumentation, Measurement, Circuits and Systems (page. 823-828). Springer Berlin Heidelberg. Coppola, J. F., dan Thomas, B. A. (2002). Does the integration of technology in a smart e-classroom support the acquisition of critical thinking skills?. Frontier in Education Conference. Vol.3 S1B- Facione, PA, Critical Thinking: What It is and Why it Counts. www.insightassessment.com dicapai pada 20 April 2015 Facione, P. A. (2000). The disposition toward critical thinking: Its character, measurement, and relationship to critical thinking skill.informal logic,20(1). Faizah Mohamad Nor Jawanees Ahmad Hanafiah, Salihah Abdullah, Norhamimah Rani (2010). The effects of Internet-assisted Language Learning (IALL) on the development of ESL students' critical thinking skills. Science and Social Research (CSSR), 2010 International Conference on (pp. 843-848). IEEE. Heywood, J. (1996). An engineering approach to teaching decision-making skills in schools using an engineering heuristic. Frontiers in Education Conference, 1996. FIE'96. 26th Annual Conference., Proceedings of (Vol. 1, pp. 67-73). IEEE. Jong, M. S., Lee, F. L., Lee, J. H. M., dan Shang, J. (2011). A case study of an academic achievement-oriented student in game-based learning. InAdvanced Learning Technologies (ICALT), 2011 11th IEEE International Conference on (pp. 7-11). IEEE. King, F.J, Goodson, L., Rohani, F. (1998) Higher Order Thinking Skills: Definitios,

strategies, assessment. Dicapai pada 21 Mac 2015 http://www.cala.fsu.edu/files/higher_order_thinking_skills.pdf Lewis. K. G. (2001). Developing Questioning Skills, Ph.D. Center for Teaching Effectiveness The University of Texas at Austin http://www.udel.edu/chem/white/u460/devel-question-skills-utx.pdf McBain, R. (2011). How High Can Students Think? A Study of Students' Cognitive Levels Using Bloom's Taxonomy in Social Studies. Online Submission. Pinho-Lopes, M., dan Macedo, J. (2013). Promoting problem solving and high order thinking skills in geotechnical courses. Engineering Education (CISPEE), 2013 1st International Conference of the Portuguese Society for (pp. 1-10). IEEE. Pinto, A. dan Escudeiro, P. (2104). The use of Scratch for the development of 21st century learning skills in ICT. Information Systems and Technologies (CISTI), 2014 9th Iberian Conference on (pp. 1-4). IEEE. Madhuri, G. V., Kantamreddi, V. S. S. N., dan Prakash Goteti, L. N. S. (2012). Promoting higher order thinking skills using inquiry-based learning. European Journal of Engineering Education, 37(2), 117-123. Norhasyimah Hamzah dan Jamalludin Harun (2014). Investigating Students' Reflective Thinking Level in Online Discussion Forum. In Teaching and Learning in Computing and Engineering (LaTiCE), 2014 International Conference on(pp. 25-28). I Savery, J. R, Duffy T.M (2001). Problem Based Learning: An Instructional Model and Its Constructivist Framework. CRLT technical Report No. 16-01.. Bloomington: W.W.Wright Education Building Sung, H. Y., Hwang, G. J., dan Chang, Y. C. (2013). Development of a mobile learning system based on a collaborative problem-posing strategy. Interactive Learning Environments, (ahead-of-print), 1-16 Syed Ardi Kamal dan Zaidatun Tasir (2008). Pembelajaran Masa Depan Mobile Learning (m-learning) di Malaysia. Seminar Edupress Universiti Teknologi Malaysia 122-129. Uden, L. dan Beaumont, C. (2006) Technology and Problem Based Learning. United Kingdom: Information Science Publishing Traxler, J. (2007). Defining, Discussing and Evaluating Mobile Learning: The moving finger writes and having writ..the International Review of Research in Open and Distributed Learning,8(2). Willis, J., Jost, M. B., & Mumma, P. (1999). R2D2: A constructivist/interpretivist instructional design model. Technology and Teacher Education Annual,2, 1489-1494.