Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

Symbolic Meaning of Tortor Dalahi and Daboru Move in Simalungunese

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

SPIRAL OF SILENCE THEORY

REKA BENTUK VISUAL 01/10/2013. Konsep dan Fungsi Visual

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

PANDUAN MENULIS BIBLIOGRAFI

IDEA TEMPATAN DALAM CATAN ABSTRAK Suzlee Ibrahim 1 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

How to Produce & Transform?

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Reconstruction Material Sumping Accesories with Customization Design (Joni Permana Artwork)

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

Laporan Penilaian Manuskrip: Globalisasi dalam Sains Sosial: Wacana Terpilih. Introduction. References

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

FESTIVAL SENI MUZIK TRADISIONAL MRSM SE-MALAYSIA (FESMA) KALI KE-7, MRSM PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU KELANTAN TARIKH: SEPTEMBER 2018

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

SUBORDINATIONS IN TO KILL A MOCKINGBIRD BY HARPER LEE

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

Time Allotment FINE ART. Basic Competence KKM Indicators. Identify the type 5.1 Appreciating. 2 meeting Works of Art. 1.1.

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

PENDEKATAN SINEMAGRAF DALAM PENGHASILAN KARYA SUREALISMA. Muhammad Taufik Bin Othman

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

STRATEGI PENGURUSAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

METAPHORICHAL EXPRESSION IN THE BEATLES LOVE. STIBA Saraswati Denpasar ABSTRACT

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Chapter 3 Internship Activities

Contoh : mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak

CROSS CULTURAL PRAGMATICS: POLITENESS STRATEGY USED IN RUSH HOUR MOVIE. Nur Hayati Uswatun Hasanah Suharno. English Department, Faculty of Humanities

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Konflik Semiotik dan Simbolik dalam Hubungan Ibu dan Anak Perempuan dalam Filem Seram Kontemporari Melayu: Kajian Kes Filem Senjakala

TEORI SEMIOTIK PEIRCE DAN MORRIS: SATU PENGENALAN KAEDAH ANALISIS SASTERA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

SOCIETY A PAPER UNIVERSIT. Universitas Sumatera Utara

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

AN ANALYSIS OF FIGURATIVE LANGUAGE USED IN ED SHEERAN S SONGS

FIGURATIVE EXPRESSIONS IN JOHN STEINBECK S THE PEARL A THESIS BY: ENY NOVEYONA PURBA REG. NO

PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU

SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

Susuk, Wanita dan Abjection dalam Filem Seram Kontemporari Melayu

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CLASSIFICATION OF THE AESTHETICS FORMULA AND GENERATING THE SCREEN DESIGNS FOR BALANCE PRINCIPLE

THE ANALYSIS OF THE MAIN CHARACTERS IN SERÉ PRINCE HALVERSON S NOVEL THE UNDERSIDE OF JOY

PANTUN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF SEMIOTIK RIFFATERRE

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

Transcription:

26 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional The Expression of Malay Identity in Traditional Wood Carvings Izani Mat Il M. Hum Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif E-mel: izani@fskik.upsi.edu.my Abstrak Kekuatan motif ukiran kayu tradisional sering dikaitkan dengan kemahiran seniman ukir, kehalusan ukiran, fungsi ukiran, kreativiti dan nilai-nilai simbolik di sebaliknya. Namun jika dihayati dengan lebih mendalam kekuatan motif ukiran kayu tidak terhenti hanya pada aspek visual. Di sebalik fungsi, keindahan ukiran, kemahiran pandai ukir, kreativiti pandai ukir dan nilai-nilai simbolik, tersirat juga ekspresi keperibadian seniman ukir yang mewakili masyarakat Melayu. Kertas kerja ini cuba mengungkapkan ekspresi keperibadian Melayu yang tersirat di sebalik ukiran kayu. Dengan bahasa visual yang terdapat pada ukiran kayu tradisional penulis cuba menterjemahkan ekspresi keperibadian seniman ukir dan masyarakatnya dalam bentuk bahasa verbal. Kata kunci ukiran kayu tradisional, seni dan kraf, motif, ekspresi Abstract Traditional wood carving motifs are often associated with the carvers, the fine workmanships, the functions of carving, creativity and their symbolic underpinnings. The strengths of wood carvings go beyond the surface. Beneath the layers of functions, fine workmanships, skills, creativity and symbolic values lies the identity of the Malay carver. This paper explores the expression of that identity. The writer translates that identity and the society it represents in this form of visual language. Keywords traditional wood carvings, art and crafts, motifs, expressions 3_Ekspresi Keperibadian Melayu_Pruf 2.indd 26

Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional (26-32) 27 Pendahuluan Budaya yang statik ialah budaya mati, budaya yang berterusan ialah budaya yang fleksibel yang sentiasa disesuaikan dengan perkembangan dimensi waktu. Namun, budaya yang tinggi akan sentiasa bersesuaian dengan perubahan dimensi waktu. Begitu juga halnya dengan kesenian tradisional Melayu. Di sebalik kesenian tradisional Melayu masih terdapat banyak nilai-nilai yang belum digali secara mendalam. Kesenian tradisional Melayu sering memiliki fungsi berganda. Di satu sisi kesenian tradisional Melayu sering dikaitkan dengan aspek fizikal keseniannya, manakala di sisi lain pula ada tersirat nilai-nilai lain di sebaliknya. Kesenian yang ada fungsi berganda ini memberi kekuatan pada kraf tradisional Melayu. Dalam penulisan ini, penulis ingin mengungkapkan nilai ekspresi seniman ukir di sebalik bahasa visual yang diungkapkan di sebalik karya ukiran kayu tradisional. Dengan menggunakan ilmu psikologi seni dan ilmu budaya yang lain, penulis cuba menterjemahkan bahasa visual di sebalik ukiran kayu tradisional. Dengan berpegangkan kepada konsep seni adalah ekspresi, kesenian tradisional Melayu adalah cerminan keperibadian masyarakat Melayu. Seniman tradisional Melayu mengekspresikan keperibadian masyarakatnya pada hasil karya yang dihasilkan. Tulisan ini cuba mengupas beberapa aspek cerminan keperibadian Melayu di sebalik ukiran tradisional. Diharapkan ianya menjadi renungan kita bersama mengenai nilainilai keperibadian Melayu tradisi yang perlu kita renungkan untuk tatapan generasi akan datang. Seni dan Kraf Bagi mempermudah pemahaman pembaca mengenai tajuk ini, ada baiknya kita memahami dulu pengertian seni, kraf dan kraf tradisional. Pemahaman tentang seni secara umum sering kabur disebabkan oleh pemahaman yang kurang mendalam. Kita sering terkeliru antara seni dan estetika. Kita sering mendengar orang mengatakan seni itu sesuatu yang indah, seni itu yang disukai ramai (Osborne, 1970) seni adalah imej bentuk perasaan (Osborne, 1970) seni adalah satu imej mental yang dinyatakan dalam bentuk melalui bahan yang terhasil dari karya sebenar dalam fikiran pemerhati (Croce and Collingwood, 1972) dan beratus definisi tentang seni. Tetapi bagaimana kita hendak membawa mereka mengetahui seni secara utuh. Apa itu seni yang sebenarbenarnya seni yang bukan boleh dihayati dengan kata-kata. Untuk itu, ada baiknya kita membawa mereka dalam proses penciptaan seni. Dalam proses penciptaan seni, untuk mencapai tingkat seni ianya harus melalui tiga tahap: 1. Tahap penggunaan asas seni seperti unsur seni serta alat dan media yang digunakan. Tahap ini masih dikatakan tahap estetik. 2. Tahap penggunaan prinsip rekaan (pergerakan, keseimbangan, kepelbagaian, kontra, penegasan dan sebagainya) semasa menghasilkan karya. Tahap ini juga masih dikatakan tahap estetik. 3. Tahap ekspresi (sama ada ekspresi secara objektif atau subjektif) seniman atau ekspresi dari karya yang dihasilkan (sama ada ekspresi secara objektif 1 atau ekspresi subjektif 2 ). Tahap ini baru dikatakan tahap seni. 3_Ekspresi Keperibadian Melayu_Pruf 2.indd 27

28 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni Jadi, dapat difahamkan bahawa pemahaman seni secara umum adalah suasana atau mood yang diciptakan oleh sesuatu karya seni dan ekspresi seni ini pula tergantung pada latar belakang pengetahuan estetik pengamat. Sebagai contoh bila kita mendengar sesebuah lagu suasana atau mood yang diciptakan oleh lagu tersebut akan menarik naluri estetik kita untuk menghayati, itulah yang dikatakan seni. Tapi harus diingat, ianya juga bergantung pada pengalaman seni pengamat. Hal yang sama berlaku pada seni kraf. Sebelum kita berbincang secara mendalam tentang ekspresi keperibadian Melayu di sebalik ukiran tradisional, ada baiknya kita kupas sedikit apa itu kraf dan apakah ukiran tradisional Melayu. Jika kita melihat istilah kraf dalam sudut pandang Barat istilah kraf atau craftsmanship menunjukkan makna kemahiran atau keterampilan. Namun yang kita maksudkan kraf di sini adalah dalam bentuk produk satu bentuk karya seni. Menurut Sudarso Sp. ciri seni kraf dapat ditentukan dari tiga aspek utama iaitu: 1. Craftsmenshipnya yang tinggi dalam pembuatan 2. Memiliki fungsi gunaan. 3. Memiliki keindahan. 3 Ciri tersebut diperdalami lagi oleh SP Gustami dengan latar belakang seni kraf Nusantara yang berkait langsung dengan pola fikir metafizik masyarakat Nusantara, akhirnya karya kraf yang dihasilkan memiliki muatan nilai-nilai seperti nilai estetik, simbolik, filosofis dan fungsional. 4 Nilai-nilai yang sedemikian biasanya terdapat dalam kraf tradisional di mana kraf tradisional sering berkait dengan muatan makna dan filosofi yang menjadi latar belakang budaya masyarakatnya. Gabungan dari ciri tersebut menjadikan kraf di Malaysia dapat dikategorikan dalam dua kelompok makna yang berbeza, iaitu seni kraf dan kraf seni. Kelompok seni kraf lebih berorientasikan pada aspek craftsmanship, gunaan dan keindahan dalam aspek formal, manakala kelompok kraf seni lebih berorientasikan pada seni halus yang mengarah kepada aspek content dalam seni seperti makna, estetik, ekspresi dan sebagainya. Ukiran Kayu Tradisional Melayu Ukiran kayu ialah salah satu karya seni tertua dalam masyarakat Melayu. Namun kerana sifat fizikal kayu yang jangka hayatnya pendek jarang ditemukan artifak berasaskan kayu yang boleh bertahan hingga ribuan tahun. Namun begitu, terdapat juga beberapa peninggalan ukiran kayu yang boleh dijadikan contoh ukiran kayu tradisional. Sebagai contoh ukiran pada keris, ukiran pada alat kegunaan harian, ukiran pada istana seperti istana Sri Akar, Istana Tengku Long, Istana Bukit Candan, ukiran pada masjid seperti Masjid Kampong Laut dan beberapa yang lain. Dari beberapa contoh ukiran tersebut jelas sekali ukiran kayu tradisional bukan berasaskan pada bahan dan teknik pembuatannya, tetapi ukiran tradisional yang dimaksudkan adalah nilai-nilai tradisi yang terdapat pada ukiran tersebut sama ada aspek visual 5 ataupun non visual 6. Di sini jelaslah bahawa ukiran kayu tradisional Melayu dapat dikelompokkan kepada dua istilah, ukiran kayu dan ukiran kayu halus 7. Ukiran kayu ialah karya ukiran yang lebih berorientasikan fungsi fizikal produk dan nilai estetiknya lebih bersifat 3_Ekspresi Keperibadian Melayu_Pruf 2.indd 28

Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional (26-32) 29 formal, manakala ukiran kayu halus lebih berorientasikan perasaan yang mengarah pada emosi dan ekspresi seniman penciptanya semasa proses penciptaannya. Penggunaan alatan tradisional juga menjadikan ukiran kayu tradisional Melayu juga lebih bersifat ekspresif, penggunaan pisau wali, kikir pari, daun mempelas, syelek, dan peralatan pertukangan tradisional yang banyak menggunakan kemahiran tangan memberi ruang kepada seniman ukir untuk mengekspresikan perasaannya pada karya yang dihasilkan. Sebagai contoh, proses meluakkan kayu dengan menggunakan pisau wali akan lebih meninggalkan kesan emosi dibandingkan dengan penggunaan pahat ukir. Dengan pisau wali proses meluak kayu memberi ruang kepada seniman ukir menghayati setiap lengkuk motif ukiran berbanding dengan penggunaan pahat ukir. Hal yang sedemikian menjadikan ukiran kayu tradisional lebih sesuai bagi melihat ekspresi keperibadian seniman ukiran tradisional Melayu berbanding dengan ukiran kayu moden yang banyak menggunakan teknologi semasa proses pembuatan. Ekspresi Keperibadian Melayu di sebalik Ukiran Kayu Tradisional Ekspresi keperibadian Melayu pada ukiran kayu tradisional dapat dilihat dari beberapa aspek, seperti aspek content atau makna di sebalik visual motif ukiran dan aspek proses pembuatan ukiran. Dalam aspek makna, Abdullah Muhammad (Nakula), salah seorang penulis Melayu yang menterjemahkan bahasa visual pada ukiran kayu tradisional menjadi bahasa indah. Dengan berteraskan bahasa visual pada ukiran tradisional dan latar belakang sosiobudaya serta kepercayaan masyarakatnya, Nakula cuba menterjemahkan ekspresi seniman ukiran tradisional Melayu dalam bentuk bahasa indah, yakni kini bahasa indah tersebut akhirnya diangkat menjadi falsafah ukiran kayu tradisional Melayu, Tumbuh Berpunca Punca Penuh Rahsia Tajam Tidak Menujah Lawan Lilit Tidak Memaut Kawan Daripada falsafah tersebut, jelaslah bahawa seniman ukir telah memanifestasikan keperibadian masyarakat Melayu di sebalik ukiran. Dengan berteraskan ajaran Islam sebagai pegangan masyarakat Melayu seniman ukir mengekspresikan keperibadian Melayu sebagai berikut: I. Ekspresi Ketakwaan Makna falsafah Tumbuh Berpunca ialah simbol ketakwaan masyarakat Melayu setelah masyarakat Melayu menerima Islam. Secara visual motif ukiran kayu tradisional biasanya bersumber daripada punca, sama ada daripada benih, bunga, sulur atau pasu. Visual tersebut ialah gambaran keperibadian Melayu yang meletakkan setiap insan bersaudara dan berasal daripada zat Allah. Begitu juga dengan makna falsafah Punca Penuh Rahsia, secara visual setiap pangkal motif pada ukiran kayu bermula dari pangkal yang tesembunyi. Visual tersebut adalah gambaran manifestasi kekuasaan Allah yang Maha Besar di mana manusia 3_Ekspresi Keperibadian Melayu_Pruf 2.indd 29

30 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni kekuasaan-nya tetap menjadi rahsia kepada manusia kerana manusia tidak sampai tahap untuk mengkaji kekuasaan Allah. Ekspresi ketakwaan juga terbukti semasa proses pembuatan ukiran. Sebagai contoh, ukiran pada bangunan ibadat seperti masjid, seniman ukir akan memilih bahan terbaik untuk membuat ukiran, seniman akan mengukir sehalus dan secantik yang mampu dibuat. Hal ini demikian kerana mereka menganggap mencantikkan rumah Allah ialah satu ibadat dan dengan ini mereka akan menghasilkan karya yang terbaik. Sebagai contoh, ukiran pada masjid Kampong Laut di Kelantan masih dapat bertahan hingga kini kerana pemilihan bahan yang berkualiti. II. Ekspresi Kedamaian Makna falsafah Tajam Tidak Menujah Lawan ialah manifestasi ekspresi kedamaian. Secara visual pada motif ukiran kayu tradisional yang berbentuk tajam seniman ukir akan menyelisihkannya atau mengelakkannya dari bertembung antara dua motif yang tajam. Visual tersebut adalah gambaran keperibadian masyarakat Melayu yang cintakan kedamaian dan tidak sukakan pertelingkahan. III. Ekspresi Kebersamaan Makna falsafah Lilit Tidak Memaut Kawan ialah manifestasi ekspresi kebersamaan. Secara visual motif ukiran kayu tradisional biasanya dibuat dengan melilit dan tumpang tindih, lilitan di antara motif tersebut penuh harmoni. Visual tersebut adalah gambaran kehidupan masyarakat Melayu penuh mesra dan saling bantu membantu dan aman damai. Selain dari aspek makna, aspek proses juga menggambarkan ekspresi kedamaian dan kebersamaan masyarakat Melayu. Ukiran kayu tradisional Melayu biasanya tidak ditandai dengan tanda pengakuan, tidak ada tanda nama seniman ukir atau tidak ada tandatangan pengukir. Keadaan ini merupakan simbol ekspresi seniman, yakni ukiran yang dihasilkan adalah milik bersama atau dengan kata lain sebagai mewakili masyarakat. IV. Ekspresi Kesetiaan Patron kepada seniman ukir yang bagus dalam masyarakat Melayu tradisional ialah raja. Seniman ukir yang memiliki kemahiran mengukir biasanya diangkat menjadi pengukir di raja yang merupakan status tertinggi bagi seniman ukir. Sebagai tanda penghargaan seniman akan mengekspresikan kesetiaan dan sanjungannya kepada raja dengan menghasilkan ukiran pada istana yang indah. Bermula dari pemilihan bahan, mengukir dan bertukang, semuanya dibuat dengan terbaik. Hasilnya terbukti dengan terciptanya istana terbaik suatu masa dahulu seperti Istana Seri Akar, Istana Jahar, Istana Tengku Long, Istana Bukit Candan Kuala Kangsar, Istana Sri Menanti dan beberapa istana yang lain. Sebagai ekspresi kesetiaan juga seniman ukir tidak meletakkan harga bayaran setiap ukiran yang dibuat. Mereka hanya diberi ganjaran mengikut budi bicara patron dan dengan secara tidak langsung meletakkan diri mereka di tempat yang tertinggi di mana harga diri mereka tidak dapat disamakan dengan ganjaran material. 3_Ekspresi Keperibadian Melayu_Pruf 2.indd 30

Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional (26-32) 31 V. Ekspresi Kelembutan Ekspresi kelembutan keperibadian melayu tercermin dari meliuk-lintuk gerakan daun dan silat pada motif ukiran kayu tradisional. Secara visual, lipatan daun dan keharmonian susunan motif ukiran adalah cerminan ekspresi keperibadian Melayu pada motif ukiran tradisional. Apabila kita menghayati gerak tari tarian Melayu tradisional, kelembutan gerak tari yang lemah gemalai seakan sama dengan ekspresi gerakan motif ukiran kayu tradisional Melayu. Berbeza pula apabila kita menghayati gerak tari tarian tradisional India, kita dapat rasakan ekspresinya lebih lincah dan bertenaga. VI. Ekspresi Kehalusan Sebuah hasil karya ukiran yang bagus terletak pada nilai estetiknya. Namun, untuk mencapai tahap estetik yang tinggi, kreativiti, kemahiran, pengetahuan, ketelitian dan kehalusan kerja seniman ukir adalah syarat utama. Semuanya itu adalah untuk memenuhi syarat karya yang bagus dalam bentuk visual. Seniman ukir kayu tradisional Melayu bukan hanya memenuhi syarat visual, seniman ukir kayu tradisional Melayu menyatakan kehalusan pekertinya dengan mengekspresikan perasaannya melalui setiap lengkok motif melalui proses luakan dengan menggunakan pisau wali. Dengan pisau wali, seniman ukir akan mengvisualkan kehalusan dan ketelitian pekerti Melayu pada hasil karya yang dihasilkan. Kesimpulan Ekspresi keperibadian Melayu di sebalik ukiran kayu tradisional Melayu ialah sebuah renungan tentang keperibadian tradisional Melayu yang cuba diterjemahkan dalam bahasa visual Melayu tradisi. Tidak semua pandangan tersebut bersesuaian dengan jiwa masyarakat Melayu secara umum, ini adalah kerana ekspresi biasanya bersifat peribadi. Tetapi dengan berlandaskan keperibadian Melayu tradisi yang bersifat kekeluargaan dan kebersamaan ekspresi ini boleh diguna pakai untuk renungan. Diharapkan daripada hasil tulisan ini, konsep neo tradisional dapat menjadi wadah untuk mengekalkan sesuatu yang berharga dan menciptakan sesuatu yang lebih berharga. Nota Hujung 1 Ekspresi objektif adalah suasana atau mood yang lahir apabila pengamat menghayati karya seni secara formal atau menghayati aspek estetik yang melekat pada karya tersebut. 2 Ekspresi subjektif adalah suasana atau mood yang lahir apabila pengamat menghayati karya seni secara content yang dikaitkan dengan pengalaman peribadi pengamat. 3 Soedarso Sp. (1999) Seni Kriya: Cabang Seni Yang Gelisah, Jurnal Pengetahuan dan Penciptaan Seni VII/01. Yogyakarya: BP. ISI Yogyakarta. 4 Sp. Gustami Filosofi Seni Kriya Tradisional Indonesia, Jurnal Pengetahuan dan Penciptaan Seni II/10 (Yogyakarya:BP. ISI Yogyakarta), 71. 5 Aspek visual seperti motif, bentuk, warna dan bahan. 3_Ekspresi Keperibadian Melayu_Pruf 2.indd 31

32 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 6 Aspek non visual seperti, nilai makna, kepercayaan, ekspresi dan simbol. 7 Ukiran kayu halus sering di terjemahkan dengan pemahaman produk yang halus, bersaiz kecil dan memerlukan ketelitian yang tinggi, tetapi pemahaman ukiran kayu halus yang sebenar adalah sama dengan seni halus yang menekankan aspek kehalusan perasaan mencakupi, makna, simbol, emosi dan ekspresi yang diciptakan oleh seniman semasa proses menghasilkan karya. Rujukan Ibrahim Titus Burckhardt. (1989). Peranan Seni Halus Dalam Pendidikan Muslimin, Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus (Baharuddin Ahmad, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Knobler, N. (1966). The Visual Dialogged, An Introduction to The Appreciation of Art. New York: Holt, Rain hart and Winston Inc. Mamannoor. (1999 ). Pendekatan Kosmologi Metafisik Kritik Seni Rupa di Indonesia, Jurnal Pengetahuan dan Penciptaan Seni, VI/03, Januari 1999. Read, H. E. (1971). The Meaning of Art (Sudarso Sp., Terjemah). Yogyakarta: STSRI, ASRI. (karya asli diterbitkan 1968) Soedarso Sp. (1999) Seni Kriya: Cabang Seni Yang Gelisah, Jurnal Pengetahuan dan Penciptaan Seni VII/01. Yogyakarya: BP. ISI Yogyakarta. Sp. Gustami (1992). Filosofi Seni Kriya Tradisional Indonesia, Jurnal Pengetahuan dan Penciptaan Seni II/10. Yogyakarya: BP. ISI Yogyakarta. Sudarso Sp. (1990). Tinjauan Seni: Sebuah Pengantar untuk Apresiasi Seni. Yogyakarta: Saku Dayar Sana. The Liang Gee (1996). Filsafat Keindahan. Yogyakarta: PUBIB. 3_Ekspresi Keperibadian Melayu_Pruf 2.indd 32