MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

Similar documents
AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

AN IMPROVEMENT OF VOLTAGE QUALITY IN LOW VOLTAGE DISTRIBUTION SYSTEM USING DYNAMIC VOLTAGE RESTORER ABBA LAWAN BUKAR UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

SISTEM PENJEJAKAN BAS EKSPRES (BusEx.Track) SITI HAIRANI BINTI HARUN PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FAIDZUL BIN NASRUDIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT BANCUH DI TAPAK RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT222/CMM321 Systems Analysis & Design [Analisis & Reka Bentuk Sistem]

Kata Kunci: Reka Bentuk Sejagat (RBS), Taman Permainan, Orang Kurang Upaya (OKU), Pereka bentuk Produk.

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

DEVELOP A LINEAR MEASUREMENT SENSOR SYSTEM ANG SEI QI

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

COLOR SORTING SYSTEM WITH ROBOT ARM YEOW KHANG YUNG

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

EEE ELEKTRONIK DIGIT I

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Digital Electronics 1 [Electronik Digit 1]

DEVELOPMENT OF LCD DISPLAY DATA CAPTURING SYSTEM FOR INDUSTRIAL PURPOSE OOI YI FONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MODELING AND CONTROLLER DESIGN OF A HOT AIR BLOWER SYSTEM KHAIRUL NIZAR SYAZWAN BIN WAN SALIHIN WONG

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

PERBANDINGAN REKA BENTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

Terapi Seni Ekspresif Sebagai Intervensi Kaunseling Dalam Memangkinkan Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP01/ILB GARIS PANDUAN IDENTIFIKASI DAN MELABEL BAHAN

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

AUTOMATIC CABLE STRIPPER

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 230 ELEKTRONIK DIGIT II

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 5, Issue 1 (2016) 39-46

CONVOLUTION ENCODER FOR FORWARD ERROR CORRECTION AHMAD TERMIZI BIN MOHD AZMI

CABLE THEFT MONITORING SYSTEM USING GSM MODEM (CTMS) SYAZWAN BIN MOHD NAZRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

DESIGN VISION SYSTEM TO RECOGNIZE THE SCRIBED NUMBER ON THE WAFER LIAW GEOK PHENG

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan :... : Dr. Rafidah Binti Hasan. Tarikh :...

INSTRUCTION: This section consists of FOUR [4] structured questions. Answer ALL questions.

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM OPTICAL AND ELECTRICAL PROPERTIES OF ORGANIC AND POLYMER LAYERS OF LIGHT EMITTING DIODE STRUCTURE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

How to Produce & Transform?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

PROSEDUR KUALITI TERAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN. Diluluskan oleh: Disediakan oleh: SEKTOR KHIDMAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA PENGURUSAN

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

Transcription:

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD Fakulti Teknologi dan Sistem Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Proses pembangunan sistem amat berkait rapat dengan isu pengaturcaraan dan pengkodan yang tidak terancang. Pelbagai isu yang kerap ditimbulkan termasuk masalah pembinaan kueri yang meliputi proses penyimpanan dan perkongsian kueri. Dua (2) faktor yang telah dikenalpasti sebagai punca kerapnya berlaku masalah ini adalah perancangan pembangunan yang tidak tersusun dan tahap pengetahuan dan kemahiran pengaturcara sistem yang rendah. Kedua-dua faktor ini telah mengakibatkan tempoh pembangunan sistem menjadi lebih panjang dan proses penyelenggaraan kod sumber di dalam sistem menjadi sukar. Maka kajian ini mengambil pendekatan untuk mendapatkan suatu kaedah yang standard dan sistematik bagi mengatasi masalah penyelenggaraan kueri ini. Satu model seni bina penyimpanan dan perkongsian kueri telah dicadangkan dalam kajian ini. Hasil daripada penyimpanan dan perkongsian kueri tersebut, proses penghasilan kueri menjadi lebih mudah dan cepat kerana pengaturcara sistem boleh menggunakan kueri yang telah disediakan dan disesuaikan mengikut keperluan masingmasing. Selain itu, proses ini juga dapat meningkatkan tahap kolaborasi dalam ahli kumpulan pembangunan sistem dan memudahkan proses penyelengaraan kueri. Oleh yang demikian, cadangan model seni bina ini dapat menjadi batu pengukur kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengimplementasikannya ke dalam persekitaran pembangunan sistem di organisasi. 1. PENGENALAN Suatu kueri yang berkualiti boleh diukur berdasarkan output yang dihasilkan samada betul dan tepat serta memenuhi keperluan pengguna. Proses penghasilan kueri yang sistematik dan mantap merupakan perkara penting dalam pembangunan sistem. Perancangan pembangunan sistem yang tidak tersusun menyebabkan organisasi menghadapi pelbagai jenis risiko termasuk tempoh pembangunan sistem yang panjang, sistem yang dibangunkan mempunyai pertindihan fungsi dengan sistem lain, dan pengaturcara sistem perlu meletakkan usaha yang lebih dalam menghasilkan suatu kueri bagi sistem yang mempunyai fungsi sama. Salah satu faktor yang perlu diambil kira dalam masalah pembangunan sistem di organisasi adalah tahap kemahiran dan pengetahuan pengaturcara yang berbeza antara satu dengan yang lain. Ruang lingkup pengetahuan dan tahap penguasaan pengaturcara sistem terhadap sistem yang sedang dibangunkan amat perlu dititik beratkan supaya proses pembangunan menjadi lancar. Menurut kajian yang dijalankan, terdapat segelintir pengaturcara sistem yang kurang kemahiran teknikal terutama dari aspek pengaturcaraan. Kumpulan minoriti seperti ini memerlukan bimbingan dan panduan daripada ahli pasukan yang lebih berkemahiran dan senior bagi membolehkan mereka mempelajari selok belok struktur pengatrucaraan dengan lebih cepat. Salah satu cara yang difikirkan sesuai bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengadakan konsep kolaborasi dan diterapkan dalam persekitaran pembangunan sistem. Malah, sekiranya konsep kolaborasi sistem yang meliputi perkongsian kueri dan data dapat diterapkan dalam menangani isu seperti ini, pengaturcara sistem dapat menggunakan kueri dan data secara gunasama dan masalah seumpama ini dapat diatasi.

Walaupun ada kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh (Arden et al., 2012) bagi mencadangkan kaedah bagi mengatasi masalah yang melibatkan penyimpanan kueri ini, namun, ia tidak dapat memenuhi keperluan di JPA. Ini kerana struktur pembangunan aplikasi di JPA yang unik dan tersendiri serta tidak dapat disesuaikan dengan kaedah standard yang diaplikasikan oleh industri. JPA menguruskan pelbagai sistem aplikasi yang besar dan kompleks dan ia memerlukan kaedah yang bersesuaian. Selain itu, kajian tersebut tidak dapat memenuhi keperluan di JPA kerana ia hanya tertumpu kepada modul dan kelas yang ringkas. Oleh yang demikian, kajian ini melihat perlunya dibangunkan suatu kaedah sesuai yang dapat memenuhi keperluan berikut kepada JPA: a) Kaedah penyimpanan dan perkongsian kueri yang cekap dan sistematik b) Kaedah penyimpanan kueri yang dapat menyingkatkan tempoh pembangunan sistem terutama yang melibatkan pembinaan kueri Rentetan daripada isu yang kerap ditimbulkan ini, kajian mencadangkan satu model seni bina penyimpanan kueri yang melibatkan proses penyimpanan dan perkongsian kueri secara sistematik. Cadangan model ini dapat dijadikan rujukan asas oleh pihak JPA dalam usaha membantu mempertingkatkan kualiti pembangunan sistem dan seterusnya meluaskan keupayaan kemahiran pengaturcara sistem. 2. KAJIAN BERKAITAN 2.1. Struktur Kueri Terkini a) Model adaptasi sendiri Penggunaan Semula Infrastruktur (Garlan, Cheng, Huang, Schmerl, & Steenkiste, 2004) Pemodelan perkongsian perisian telah dijalankan oleh (Garlan et al., 2004). Kajian yang dijalankan oleh mereka adalah berkaitan dengan penggunaan semula perisian dan infrasturktur yang boleh diadaptasi dan disesuaikan dengan persekitaran pembangunan pengguna lain. Dalam model adaptasi sendiri yang dicipta oleh Garlan ini, telah mereka bentuk tiga (3) lapisan iaitu sistem, seni bina dan penterjemah. Komunikasi antara sistem dan seni bina dihubungkan oleh medium penterjemah yang akan memetakan permintaan yang dihantar oleh sistem kepada lapisan seni bina. Konsep ini membenarkan sistem akses dan menggunakan komponen di lapisan seni bina dan menyesuaikan mengikut keperluan di lapisan sistem. Enjin adaptasi akan menentukan proses adaptasi yang dibenarkan bagi mengelakkan berlaku pelanggaran peraturan yang dibenarkan oleh lapisan seni bina. Kajian Garlan ini dapat digunakan kerana seni bina yang dihasilkan berstruktur dan komponen yang digunakan bersesuaian dengan peranan dalam model penyelenggaraan kueri yang dicadangkan.

Rajah 2.1: Model adaptasi sendiri Penggunaan Semula Infrastruktur (Garlan et al., 2004) b) Model Perkongsian Mobile Kod (Arden et al., 2012) Kajian yang dilaksanakan oleh (Arden et al., 2012) pula menerangkan bagaimana kod kueri dibina dan disimpan ke dalam storan khusus. Pihak pembangun akan menyimpan kod kueri yang dibina dan menggunakan label kod khusus bagi setiap kod kueri bagi tujuan pengenalan dan memudahkan proses pengenalpastian serta pemeriksaan terhadap kod yang didaftar bagi tujuan simpanan dan akses oleh pengguna lain. Model ini menyimpan kod kueri ke dalam pelbagai class object bagi tujuan keselamatan dan kemudahan capaian dan penyelenggaraan. Hanya kod kueri yang dibenarkankan sahaja akan ditarik melalui satu medium dinamakan new class object. Konsep ini dapat mengelakkan berlaku kesesakan dan sekaligus menekankan aspek perlindungan keselamatan kod kueri.

Rajah 2.2 Model Perkongsian Mobile Kod (Arden et al., 2012) c) Model Model-View-Controller (MVC) (Uyun & Rifqi, 2010) (Uyun & Rifqi, 2010) telah menjalankan kajian yang menggunakan konsep Model-View-Controller (MVC) dalam pembangunan sistem informasi berasaskan web. Kajian ini dilakukan untuk menerangkan bagaimana teori MVC ini berfungsi dan manfaat yang boleh diperolehi daripada penggunaannya. MVC adalah konsep yang diperkenalkan oleh (Reenskaug, 2003). Ia menggunakan pendekatan berperingkat yang mengasingkan kod dalam fungsi untuk kelas yang berbeza. Pengkaji ini telah mengenalpasti kebaikan penggunaan konsep MVC ini kerana ia memudahkan pembangunan aplikasi, lebih modular, mudah diselenggara, dapat digunakan semula (SATHISH C.G., 2004) turut bersetuju dengan kelebihan konsep MVC ini dari aspek penggunaan semula kod. Selain itu, konsep MVC inidapat meningkatkan keupayaan aplikasi untuk berkembang. Ini dapat dibuktikan sekiranya aplikasi yang dibangunkan mempunyai capaian yang perlahan kepada pangkalan data, maka kita hanya perlu membuat peningkatan perkakasan yang terlibat dengan pangkalan data sahaja tanpa perlu melibatkan perkakasan lain. Ini kerana, kelebihan menggunakan konsep MVC yang menyusun setiap komponen secara berasingan dan tidak bergantung antara satu dengan yang lain untuk melaksanakan pengoperasiannya.

Rajah 2.3 Model-View-Controller (MVC) (Uyun & Rifqi, 2010) d) Konsep Concurrent Versioning System (CVS) (Margaret Rouse, n.d.) Kajian ini turut mengkaji berkenaan konsep Concurrent Versioning System (CVS) yang popular digunakan dalam sistem pengoperasian Linux dan Unix seperti yang dinukil oleh penulis (Margaret Rouse, n.d.). Konsep diperkenalkan bertujuan untuk membenarkan pengaturcara menyimpan dan mencapai semula pengekodan yang dihasilkan dalam versi yang pelbagai ke dalam repositori. Capaian tidak terhad kepada seorang pengaturcara sahaja, malahan konsep ini membenarkan ahli kumpulan untuk sama-sama berkongsi menggunakan pengekodan yang dihasilkan dan berupaya untuk mengawal versi fail yang dikemaskini dan mengalami perubahan di dalam repositori tersebut. CVS berperanan dengan membenarkan hanya satu fail asal sahaja yang dikemaskini dan sebarang pegemaskinian atau perubahan fail oleh pengguna lain perlu melalui proses commit bagi memberi notifikasi kepada pengguna lain tentang berlakunya pengemaskinian atau perubahan. CVS biasaya digunakan bersama program yang dinamakan Revision Control System (RCS) yang berperanan melakukan proses pengurusan versi yang dilakukan. RCS akan menjalankan fungsi merekodkan sebarang perubahan yang dilakukan oleh pengaturcara dan menyimpan fail tersebut di dalam repositori. Fungsi konsep CVS juga hampir sama dengan konsep Version Control System.

Rajah 2.3 Konsep Concurrent Versioning System (CVS) (Margaret Rouse, n.d.) Hasil dapatan daripada kajian literatur yang diterangkan seperti di atas, dapatlah disimpulkan bahawa proses penyimpanan dan perkongsian kueri merupakan suatu cara yang ideal dan praktikal untuk diaplikasikan di pelbagai platform, teknologi dan bahasa pengaturcaraan. Pengimplementasiannya boleh diadaptasi melalui kombinasi idea daripada model dan konsep Concurrent Versioning System (CVS), Model-View- Controller (MVC) dan yang digunakan oleh pengkaji terdahulu yang telah terbukti keberkesanannya. 3. CADANGAN MODEL 3.1 Model Seni bina Penyimpanan Kueri a. Penyimpanan Kueri Model seni bina dalam Rajah 3.1 menunjukkan cadangan proses penyimpanan kueri yang boleh digunakan dalam perancangan pembinaan kueri di JPA. Seni bina ini diadaptasi daripada reka bentuk yang dihasilkan oleh (Leggett, n.d.) yang menerangkan bagaimana mereka membina kaedah yang boleh dipercayai untuk membina perisian yang sedang dibangunkan, yang berlaku secara berterusan. Model seni bina penyimpanan kueri yang dicadangkan ini mempunyai lima (5) komponen utama yang berperanan seperti beruikut:

Jadual 3.1: Komponen Seni Bina Penyimpanan Kueri Komponen Fungsi Modul Controller Ia berfungsi sebagai komponen yang membuat pengesahan terhadap sintaks yang diterima oleh sistem luar untuk Modul Builder mendapatkan akses terhadap modul yang menyimpan kueri yang dihasilkan. Modul Builder merupakan sub kepada Modul Controller di mana ia menjalankan fungsi mengenalpasti modul yang akan terlibat dan di rujuk berdasarkan parameter yang dihantar. Modul Ia berfungsi sebagai repositori yang menyimpan kueri yang telah dibangunkan dan ia bersifat dinamik dan boleh disesuaikan dengan persekitaran sistem. Modul ini tidak terhad menyimpan kueri, malahan fungsinya untuk menyimpan fungsi pengekodan. Table Dalam seni bina ini, table adalah komponen yang menyimpan data secara berstruktur untuk dirujuk oleh modul dan ia terletak dalam pangkalan data. Kemungkinan juga, dua modul akan merujuk kepada satu table yang sama atau satu modul merujuk kepada lebih satu table dalam pangkalan data yang sama. Pangkalan Data Merupakan komponen yang menyediakan kemudahan pembinaan table untuk menyimpan data. Perkhidmatan/ Memberi peranan capaian kepada sistem. Protokol lain

Rajah 3.1: Seni Bina Penyimpanan Kueri Proses penyimpanan kueri yang dicadangkan menjalankan fungsinya seperti berikut: i. Pengaturcara sistem membangunkan kod sumber kueri dalam persekitaran mereka menggunakan bahasa pengaturcaraan yang telah ditetapkan. Kod sumber kueri ini dibangunkan mengikut keperluan dan fungsi yang akan diguna pakai oleh pengguna lain. Setiap kod sumber kueri yang dibangunkan perlu dikomit sebelum dihantar kepada Sistem Kawalan Kod Sumber. Konsep CVS yang digunakan dalam kajian (Greene, Esterhuizen, & Fischer, 2017) telah diadaptasi di dalam proses ini di mana pengaturcara perlu komit kod atau kueri yang dibina sebelum boleh dihantar kepada Sistem Kawalan Kod Sumber. Ini bagi memastikan, hanya fail asal sahaja yang membuat pengemaskinian terhadap sebarang perubahan terhadap fail tersebut bagi mengelakkan duplikasi terhadap perubahan yang dilakukan. ii. Sistem Kawalan Kod Sumber akan menerima kod sumber yang dihantar oleh pengaturcara sistem. Sistem Kawalan Kod Sumber akan menghantar kod sumber tersebut kepada Kod Sumber Bina Uji bagi tujuan pengujian dan verisfikasi. Kod Sumber Bina Uji akan melaksanakan pengujian terhadap kod sumber tersebut bagi memastikan kod seumber tersebut berfungsi dengan baik

iii. iv. dan mengeluarkan output yang tepat seperti yang diperlukan. Kod sumber yang berjaya akan dihantar semula kepada Sistem Kawalan Kod Sumber untuk di hantar kepada lapisan produksi yang menempatkan modul dan pangkalan data yang akan diakses oleh sistem lain. Bagi kod sumber yang tidak berjaya dan menghasilkan ralat, Modul Kawalan akan bertindak mengeluarkan notifikasi kepada pengaturcara sistem untuk memberitahu bahawa kod sumber yang dihasilkan mempunyai ralat dan memerlukan pembaikan. Fail kod sumber akan dihantar juga kepada pengaturcara untuk tindakan selanjutnya. Kod sumber yang berjaya akan di hubungkan kepada lapisan produksi untuk disimpan ke dalam platform produksi. Pengaturcara bertanggungjawab kepada kod sumber yang telah disimpan di dalam produksi. b. Perkongsian Kueri Model seni bina penyimpanan kueri ini mencadangkan perkongsian kueri di antara pelbagai sistem dalam platform yang sama. Model ini mengambil adaptasi daripada kajian yang dijalankan oleh (Garlan et al., 2004) berkenaan penggunaan semula sumber bagi perisian dan kombinasi idea oleh (Arden et al., 2012) yang mengkaji tentang perkongsian kod mobil dalam domain yang berbeza serta (Uyun & Rifqi, 2010). Antara komponen yang terlibat dalam seni bina ini adalah: Komponen Modul Controller Modul Builder Jadual 3.2: Komponen Seni bina Penyimpanan Kueri Fungsi Ia berfungsi sebagai komponen yang membuat pengesahan terhadap sintaks yang dihantar oleh sistem untuk mendapatkan akses terhadap kueri yang dibina. Modul Builder merupakan sub kepada Modul Controller di mana ia menjalankan fungsi mengenalpasti modul yang akan terlibat dan di rujuk berdasarkan parameter yang dihantar. Modul Ia berfungsi sebagai repositori yang menyimpan kueri yang telah dibangunkan dan ia bersifat dinamik dan boleh disesuaikan dengan persekitaran sistem.

Table Dalam seni bina ini, table adalah komponen yang menyimpan data secara berstruktur untuk dirujuk oleh modul dan ia terletak dalam pangkalan data. Kemungkinan juga, dua modul akan merujuk kepada satu table yang sama atau satu modul merujuk kepada lebih satu table dalam pangkalan data yang sama. Pangkalan data Merupakan komponen yang menyediakan kemudahan pembinaan table untuk menyimpan data. Perkhidmatan/ protokol lain Memberi peranan capaian kepada sistem. Rajah 3.2: Seni bina Perkongsian Kueri

4. KESIMPULAN Secara amnya, penyimpanan dan perkongsian kueri merupakan suatu proses yang dicadangkan bagi membantu dalam proses pembangunan sistem. Model seni bina penyimpanan dan perkongsian kueri yang dicadangkan boleh diimplementasi di persekitaran di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bagi mengatasi masalah pembangunan sistem yang berpunca daripada perancangan pembangunan yang tidak tersusun dan tahap pengetahuan dan kemahiran yang tidak sama. Punca masalah ini telah mengakibatkan tempoh pembangunan sistem yang panjang dan sistem sukar untuk diselenggara. Dalam bidang ilmu, model ini berupaya menjimatkan masa pembinaan kueri semula oleh pengaturcara sistem. Kueri yang disimpan boleh dicapai dan diubah mengikut keperluan semasa kerana ia mempunyai ciri-ciri yang dinamik. Kajian yang telah dijalankan masih mempunyai ruang untuk diperkembangkan atau dilakukan penambahbaikan pada beberapa aspek tertentu. Antara perluasan kajian yang masih boleh dilakukan adalah seperti berikut: a) Memfokuskan kepada keselamatan sistem rangkaian secara keseluruhan memandangkan kueri ini boleh dicapai oleh pelbagai sistem dan melibatkan capaian data dari pangkalan data. b) Kajian juga perlu dilakukan dari aspek penyelenggaraan modul yang sentiasa berkembang dan meningkat bilangannya. Penggunaan kaedah yang lebih sesuai bagi memastikan modul disimpan dan dapat dicapai dengan lebih sistematik dan cepat.

RUJUKAN Arden, O., George, M. D., Liu, J., Vikram, K., Askarov, A., & Myers, A. C. (2012). Sharing mobile code securely with information flow control. Proceedings - IEEE Symposium on Security and Privacy, 191 205. https://doi.org/10.1109/sp.2012.22 Garlan, D., Cheng, S.-W., Huang, A.-C., Schmerl, B., & Steenkiste, P. (2004). Rainbow: Architecture- Based Self-Adaptation with Reusable Infrastructure. Computer, 46 54. Greene, G. J., Esterhuizen, M., & Fischer, B. (2017). Visualizing and exploring software version control repositories using interactive tag clouds over formal concept lattices. Information and Software Technology, 87, 223 241. https://doi.org/10.1016/j.infsof.2016.12.001 Leggett, A. (n.d.). Continuous Integration- Basic Overview and Best Practices. Retrieved from http://blogs.collab.net/cloudforge/continuous-integration-overview-best-practice Margaret Rouse. (n.d.). Concurrent Versions System (CVS). Retrieved from http://whatis.techtarget.com/definition/concurrent-versions-system-cvs Reenskaug, T. (2003). The Model-View-Controller ( MVC ) Its Past and Present. University of Oslo Draft, (Mvc), 1 16. Retrieved from http://ci.nii.ac.jp/naid/10019460482/ SATHISH C.G. (2004). Architecture, Model View Controller (MVC ). Retrieved from http://www.dotnetspider.com/resources/316-model-view-controller- MVCarchitecture.aspx Uyun, S., & Rifqi, M. (2010). Implementation of Model View Controller ( Mvc ) Architecture on Building Web-Based Information System. Islam Zeitschrift Für Geschichte Und Kultur Des Islamischen Orients, 2010(Snati), 47 50.