Abstrak. Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haslina Ishak

Similar documents
THE INFLUENCE OF THE DISCORD IN BUILDING DISTINCTIVNESS ON THE PERCEPTION OF TEHRAN S CITY IDENTITY

Analisis Data Kualitatif. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM SELANGOR

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG DAPAT MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL PELAJAR: SEBUAH KERANGKA TEORI

ENHANCED ASPECT LEVEL OPINION MINING KNOWLEDGE EXTRACTION AND REPRESENTATION MAQBOOL RAMDHAN IBRAHIM AL-MAIMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD SHOW PENERBITAN BOOK CHAPTERS

PERCEIVED IMAGE OF CHINESE TOURIST ON MALACCA WORLD HERITAGE SITES LIEW JAN FUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTRODUCTION OF INDEXED PUBLICATION SEMAKAN PENERBITAN RADIS KATEGORI INDEXED PUBLICATION

PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP MODEL RIKaS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN (IEQ) PERPUSTAKAAN RABIYATUL AKMA BINTI DAUT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEANING AND VALUE OF HUMOR IN THE LIVES OF ELDERLY MALAYS IN PUTRAJAYA, MALAYSIA

ABSTRAK. Modeling Language (UML) yang terdiri dar i use cases, gambaraj ah aktiviti,

Taklimat Penerbitan Buku Penyelidikan 24 Mac 2014

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

KATA KUNCI: Keberkesanan buku elektronik, Network Security, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

SPIRAL OF SILENCE THEORY

EEU 202 ELEKTRONIK UNTUK JURUTERA

PENGGUNAAN AKTIVITI PENGHASILAN BUKU ANGKASA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP SUBTOPIK AHLI SISTEM SURIA DI KUCHING

PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadap Program latihan di Utm

Fakultl Salas Kognltll dan PembangDn8n Mauusla

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUSICAL AND TEXTUAL ANALYSES OF LULLABIES AND FOLKTALES OF DUSUN LABUK AT EASTERN SABAH, MALAYSIA

THE APPLICATION OF FINITE ELEMENT METHOD IN BURGERS EQUATION NURUL AKIDAH BINTI ADNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A NEW-HISTORICIST READING OF RAYMOND CARVER'S REPRESENTATION OF THE WORKING CLASS AND MASCULINITY

ARCHITECTURAL TYPOLOGY OF MESOPOTAMIAN CIVILIZATION FROM ANCIENT CULTURAL MYTH KADHIM FATHEL KHALIL

MODEL SENI BINA PENYIMPANAN KUERI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HERRNIWATI NGATIMAN KAMSURIAH AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARD A PRAGMATIC CONCEPTION OF METAPHOR CHARBATI YOUSSEF FBMK

Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

HBT 502 PRINSIP DAN KAEDAH TERJEMAHAN LANJUTAN

How to Produce & Transform?

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE PRACTICE OF MODERN CHINESE ORCHESTRA IN MALAYSIA

THE TRANSLATION OF FIGURATIVE LANGUAGE IN KAZI NAZRUL ISLAM S POEMS SHAFIA AKHTER

AN IMPROVISED THREE-DIMENSIONAL SLOPE STABILITY ANALYSIS BASED ON LIMIT EQUILIBRIUM METHOD BY USING PARTICLE SWARM OPTIMIZATION ROOHOLLAH KALATEHJARI

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DI ZON KRITIKAL DAN SEPARA KRITIKAL JABATAN KECEMASAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ISMAEEL OTUOZE AUDU. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Architecture

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 2, Issue 1, (page 54-65), Md Jais Bin Ismail 1 1 Universiti Putra Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF TEXTUAL INPUT VERSUS ICONIC INPUT IN COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION ON INTERVAL RECOGNITION

BUKU VS E-BUKU: TRANSFORMASI ERA DIGITAL. Nor Hazidah Awang Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

DETERMINISTIC AUTOMATIC TEST PATTERN GENERATION FOR BUILT-IN SELF TEST SYSTEM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2002/2003

DEE2034: DIGITAL ELECTRONICS

(a) Tidak melebihi 500 patah perkataan (b) Ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

APLIKASI WEB PEMBELIAN BUKU TERPAKAI MENGIKUT KADAR POPULAR DAN ULASAN PENGGUNA (TRADEBOOK) Nur Atikah Syafika Bt Mazlihan Rodziah Latih

Meme Sebagai Seloka Persendaan dan Parodi: Impak Dimensi Sosiobudaya

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EKT 124 Elektronik Digit 1 [Digital Electronics1]

Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-lughah al-arabiah (1)

THE USE OF HUMOUR IN THE ESL CLASSROOM RAYMOND A/L MANICKAM

PEMBANGUNAN APLIKASI BUKU CERITA INTERAKTIF MALAYSIAN FOLKTALE BAGI PASARAN IOS NURHIDAYAH BINTI ARIPIN

KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK

MENCARI KEINDAHAN DALAM CATAN CHUAH THEAN TENG: KAJIAN AWAL ANALISIS GEOMETRI Alina Abdullah 1 University of Leeds 1

TAHAP MOTIVASI DAN TANGGAPAN PEMBACA MATANG TERHADAP NASKHAH TERBITAN BUKU FIXI. *Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Norsyahirah

Kajian Pegurusan Doktor Falsafah

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DMT 233 Digital Fundamental II [Asas Digit II]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE GROTESQUE IN SELECTED MODERN PERSIAN AND POST-WAR BRITISH SHORT STORIES NAHID SHAHBAZI MOGHADAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEPTH FRAME LOSS CONCEALMENT FOR WIRELESS TRANSMISSION UTILISING MOTION DETECTION INFORMATION MOHAMADREZA RANJBARI

PENGHASILAN MUZIK INTERAKTIF MELALUI PERGERAKAN: MOMANCE

ANALISA TERHADAP KARAKTERISTIK FILEM CULT. Mohd Rasyidi Bin Talib

V ' -IP.: V^i-tiS. rt i ' sj/vlfist

KAJIAN TERHADAP PANGGUNG WAYANG JENIS LAMA DAN BARU (SINEPLEKS) DARI SEGITEKNOLOGIPENAYANGAN (SATU KAJIAN ASAS) OLEH HARYATIHASHIM

Materialisme Historikal sebagai Teori Perubahan Sosial

Analisis Pendekatan Semiotik Terhadap Karya Pembukaan (2013) oleh Mohd Fuad Arif

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris. Mastura binti Mohd Zain

E-BUDAYA PEMAKANAN SIHAT NUR AZILA BINTI ISMAIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Risiko Pembangunan Sistem Secara Penyumberluaran : Pengujian Menggunakan Teknik Proses Analisis Berhirarki

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

(The Importance Of Non-Verbal Communication In Organizations) Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob & Abdul Latiff Ahmad

Terapi Seni Ekspresif Sebagai Intervensi Kaunseling Dalam Memangkinkan Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal

IEG 102 INTRODUCTION TO ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY [PENGANTAR TEKNOLOGI PERSEKITARAN]

APLIKASI KOMSAS(SUKAR MEMBAWA TUAH)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE INFLUENCE OF HUMOUR ON CREATIVE THINKING WONG HONG CHENG FPP

Pendapatan Social Media Influencers (SMIs) Dalam Kalangan Generasi Z

Sesi Pengenalan Perpustakaan MODUL WEBOPAC. Program Literasi Maklumat 2017 Perpustakaan Sultan Abdul Samad

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG NUR ARINA BINTI ISHAK

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PLT106 Digital Electronics [Elektronik Digital]

PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. EET107 Digital Electronics I [Elektronik Digit I]

Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Mengaplikasi Struktur Pengagihan Risiko Dalam Program Kokurikulum Universiti (Applying Risk Breakdown Structure in Universities Co-Curiculum Program)

LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN

BOOK-2-LETGO: APLIKASI WEB JUALAN BUKU TERPAKAI

Keywords: Web 2.0; Library 2.0; Social networking software; Academic libraries; Malaysia

ANUGERAH PENERBITAN BUKU UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF. Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak. Micheal Juan anak Guyang

BINA PURI MEDIA CLIPPINGS

KEBERKESANAN MODUL KAUNSELING PEMULIHAN TERHADAP MASALAH PSIKOSOSIAL ORANG KURANG UPAYA (OKU) FIZIKAL AKIBAT KEMALANGAN

A STYLISTICS ANALYSIS IN FARHAT ABBAS TWITTER CRITICISM TO AHMAD DHANI ON ABDUL QODIR JAELANI S TOL JOGORAWI ACCIDENT CASE THESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RETORIK DALAM NOVEL-NOVEL ABDULLAH HUSSAIN SOBARIAH BAHARUM FBMK

BUDAYA BANDAR DAN KONSUMERISM MELALUI PENDEKATAN KARYA SENI

Contoh : mengutuk, mengancam, mengarah, mengejek, mengelak

Study of The Use of Dominance Principle in The Asymmetrical Composition (Case Study: Works of Two Dimensions of DKV Students FSRD UK Maranatha)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kata Kunci: Reka Bentuk Sejagat (RBS), Taman Permainan, Orang Kurang Upaya (OKU), Pereka bentuk Produk.

DASAR PENGKATALOGAN & PENGKELASAN

Transcription:

17 Menyemai Budaya Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Haslina Ishak haslina_ishak@moe.edu.sg Nuraina Mohamed Sin nuraina_mohamed_sin@moe.edu.sg Sekolah Rendah Fuhua Abstrak Murid perlu diberikan pelbagai pilihan ketika menjalani proses pembelajaran. Lebih-lebih lagi, berdasarkan Kecekapan abad ke-21 dan hasil pendidikan yang diingini, para pelajar dikehendaki untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Namun, perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana mereka tidak biasa dan tidak kerap didedahkan kepada situasi yang merangsang untuk mereka melakukan sedemikian. Lazimnya, mereka akan lebih bergantung kepada guru untuk membantu mereka dalam proses berfikir. Kertas kajian ini membincangkan keberkesanan dalam menggunakan pendekatan komunikatif di bilik darjah secara berfasa dengan murid Darjah 5. Kaedah pembelajaran berasaskan masalah dan teori The Elements of Reasoning oleh Richard Paul (1992) telah diperkenalkan kepada murid untuk menerap budaya berfikir dalam diri mereka dan menjana pemikiran yang kritis. Dapatan kajian menunjukkan murid lebih berupaya untuk memberikan idea dengan lebih baik. Mereka juga dapat melakukan refleksi secara matang dan lebih aktif dalam perbincangan di bilik darjah. Selain itu, mereka juga mampu mengutarakan pendapat yang lebih bernas hasil daripada perbincangan dengan guru dan rakan-rakan berdasarkan kaedah dan pendekatan yang digunakan. Kini, murid tidak lagi kelihatan bosan bila diajak berbincang atau menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru. Kata Kunci: proses berfikir, kemahiran abad ke-21, kritis, kreatif 197

Pengenalan Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda 2004 telah menyarankan agar Kurikulum Bahasa Ibunda menggunakan pendekatan yang berpusatkan murid yang memerlukan pengajaran bersifat interaktif dan memberikan mereka peluang untuk menggunakan Bahasa Ibunda dengan fasih dan yakin dalam situasi yang berbeza-beza. Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah mampu untuk memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam situasi yang autentik. Hal ini memberi ruang buat mereka untuk memikirkan perkaraperkara yang dekat dengan pengalaman sedia ada mereka. Secara tidak langsung, murid menjadi lebih selesa dalam menggunakan Bahasa Ibunda ketika mengutarakan pendapat dan pandangan mereka meskipun berbeza daripada pandangan rakan-rakan yang lain. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: 1. menilai keberkesanan pendekatan komunikatif di bilik darjah menerusi Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah; 2. memberi peluang kepada murid untuk melalui proses pembelajaran yang relevan; dan 3. menilai keberkesanan membantu murid berfikir secara kritis dan analitis. PENYATAAN MASALAH Murid perlu dididik untuk mengenal pasti masalah berdasarkan situasi yang diberikan demi memastikan mereka dapat memahami konteks atau situasi yang diberikan. Lazimnya mereka mahu menjawab soalan yang diutarakan guru dengan cepat namun jawapan yang diberikan kurang bernas dan mereka juga tidak mampu memberikan penjelasan bagi apa yang telah mereka nyatakan. Hal yang sama juga dilihat semasa latihan dan penilaian bagi kemahiran lisan. Mereka sering gagal mengembangkan idea yang disampaikan dengan baik dan meyakinkan. 198 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

KAJIAN LEPAS Menurut Cindy E. Hmelo Silver (2004), murid yang diberi peluang untuk belajar menerusi pengalaman untuk menyelesaikan masalah, mampu untuk memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan dengan baik serta boleh menguasai strategi berfikir. Hal ini disokong oleh Barrows dan Tamblyn (1980) yang berpendapat bahawa pembelajaran berasaskan masalah sangat sesuai bagi menghasilkan pelajar aktif kerana memberi penekanan terhadap masalah atau situasi yang autentik dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Richard Paul (1992) pula menyatakan adalah sukar bagi seseorang untuk membuat perbandingan antara fakta dan pendapat dalam kehidupan sehariannya. Namun, hal ini akan menjadi mudah dengan adanya andaian atau pemikiran yang rasional oleh individu itu. Pemikiran yang rasional ini sering dipengaruhi oleh kepercayaan dan sebab-sebab tertentu seperti pengalaman peribadi yang dialami olehnya. Andaian dan pemikiran seperti ini yang bakal membantu seseorang individu itu mencorak pemikiran yang boleh dianggap lebih berasas. KAEDAH KAJIAN Subjek Kajian Subjek kajian ini terdiri daripada 51 orang murid Darjah 5 yang daripada dua buah kumpulan. Kumpulan pertama telah menjalani sesi pembelajaran pada awal tahun 2015 sementara yang kedua pula pada pertengahan tahun 2015. Kedua-dua kumpulan dibimbing oleh dua orang guru yang berlainan. Kajian bagi setiap kumpulan murid telah dijalankan selama satu penggal. Pengumpulan data telah dilakukan berdasarkan perbincangan kumpulan, hasil kerja individu milik murid, pemerhatian guru dan refleksi murid yang dijalankan di bilik darjah. Keberkesanan kajian yang berbentuk kualitatif ini telah diukur khususnya melalui hasil kerja murid. 199

Instrumen Kajian Kebolehan murid untuk mengutarakan sebab serta pendapat mereka turut perlu diasah. Richard Paul (1992) menyarankan agar menggunakan The Elements of Reasoning bagi merangsang murid untuk berfikir secara kritis kerana ia berupaya untuk menjana pemikiran yang lebih baik dan terarah. Maka itu dalam fasa kedua murid terlibat dalam proses berfikir secara kritis yang lebih mendalam dan berstruktur. Ia memerlukan mereka menjelaskan sebab atau pemikiran di sebalik setiap pandangan yang mereka nyatakan. Teks sastera Badang telah digunakan bagi membolehkan murid berbincang tentang tema, nilai dan pencirian watak yang terdapat dalam teks tersebut. Dalam fasa ini 8 Elements of Reasoning oleh Richard Paul (1992) dijadikan sebagai struktur atau protokol yang menjadi sandaran untuk murid berfikir secara kritis tanpa terlalu banyak bergantung kepada guru. Rujuk Rajah1. Rajah 1: Lapan Unsur Pemikiran yang Diadaptasi dari Richard Paul 8 Elements of Reasoning 200 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

1. Tujuan Berfikir (Purpose of Thinking) 2. Menyoal Masalah (Question at Issue) 3. Maklumat data, pengalaman, pemerhatian (Information) 4. Intepretasi dan Inferens (Interpretation and Inference) 5. Konsep (Concepts) 6. Andaian (Assumptions) 7. Kesan dan Akibat (Implications and Consequences) 8. Sudut Pandangan (Point of View) Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, murid didedahkan kepada kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah. Menerusi kaedah ini mereka diharapkan terdedah kepada budaya berfikir secara kritis dan kreatif. Selama dua minggu murid diberikan situasi yang memerlukan mereka mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi mereka dan kemudian mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Soalan-soalan yang berkait rapat dengan diri mereka diajukan bagi memudahkan mereka memahami konteks atau situasi dengan mudah dan mampu mengaitkan pengalaman sedia ada mereka dengan apa yang dibincangkan. Rujuk Jadual 1 bagi contoh situasi dan Jadual 2 bagi respons murid. Jadual 1: Contoh-contoh Situasi 201

Jadual 2: Respons Murid Dalam fasa yang kedua, murid mengupas cerita Badang dengan memberikan penekanan kepada salah satu elemen sastera, iaitu pencirian watak. Menerusi rutin reflektif, Saya selalu berfikir, sekarang saya berfikir ( I Used to Think, Now I Think ) oleh Ron Ritchhart (1992), mereka diminta untuk merenung pandangan yang diberikan tentang watak utama dalam teks tersebut. Pada awalnya, guru mengajukan pelbagai soalan bagi mencabar pemikiran murid berdasarkan pendapat yang mereka utarakan. Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang murid menilai pandangan dan pemikiran mereka sendiri. Pada akhir pelajaran, murid akan mencatatkan perubahan pandangan atau pendirian mereka untuk dikongsi bersama guru dan rakan-rakan yang lain. Perubahan ini terhasil apabila murid berkongsi pendapat berdasarkan soalan sokratik yang diajukan guru. Proses ini kemudiannya diulang bagi bahagian teks yang lain. Murid pula diberi peluang untuk menyoal dan mencabar pendapat atau pandangan rakan-rakan mereka. 202 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pada fasa pertama, kupasan atau pandangan murid terhadap situasi yang diberikan kepada murid dilihat sekadar pada tahap permukaan sahaja. Mereka gagal mengutarakan pandangan yang lebih kritis. Mereka hanya mampu memikirkan kesukaran yang bakal dihadapi berdasarkan kehendak dan keperluan mereka pada dasarnya sahaja. Walaupun kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah mampu mengajak murid berfikir namun mereka tidak mampu berfikir secara kritis tanpa adanya panduan serta rangsangan guru. Mereka juga tidak mampu bertanyakan sebarang soalan bagi memahami situasi atau konteks dengan lebih mendalam. Penyelesaian yang disarankan juga kurang menarik dan tidak kreatif. Setelah menggunakan The Elements of Reasoning oleh Richard Paul (1992), murid semakin selesa dan yakin untuk mengajukan soalan-soalan yang membantu mereka memahami situasi yang guru berikan dengan lebih baik dan teliti. Soalan yang diajukan kemudiannya dijawab guru dan jawapanjawapan itu menjadi maklumat tambahan untuk murid bagi membantu mereka mengenal pasti apakah sebenarnya masalah yang lebih tepat yang harus diselesaikan oleh mereka. Murid tidak hanya mengenal pasti masalah tetapi turut mencari penyelesaian. Sebaliknya mereka mula menyoalkan apakah sebab atau perkara-perkara yang mempengaruhi pemikiran mereka ketika mengenal pasti masalah yang dinyatakan. Hal ini dilakukan secara individu, berkumpulan dan kemudiannya dengan guru serta rakan-rakan sedarjah mengikut The Elements of Reasoning oleh Richard Paul (1992). Pendekatan ini memberi ruang kepada murid untuk menilai sama ada pandangan mereka itu bernas bukan hanya sekadar mengikut pendapat orang lain dan bukannya berdasarkan fakta sebenar. Mereka juga lebih terangsang dan berminat untuk mengutarakan pendapat mahupun soalan dan tidak rasa terbeban bila diminta berfikir menerusi soalan-soalan guru. Pendekatan ini telah membolehkan murid memberikan hasil yang lebih baik jika dibandingkan pada peringkat awal kajian ini. 203

Rutin refleksi I Used to Think, Now I Think oleh Ron Ritchhart yang digunakan memberi ruang kepada murid untuk mencatatkan apa yang mereka fikirkan. Mereka mampu untuk menyatakan perubahan idea atau pandangan mereka dan turut memberi sebab bagi perubahan tersebut. Murid menunjukkan tahap persediaan yang lebih baik semasa mengupas teks sastera yang dipilih. Mereka lebih selesa menerima soalan-soalan guru dan mampu memberikan respons yang positif bila dirangsang bagi mengenal pasti isu seperti, tema, dan pencirian watak. Mereka juga mampu membuat kaitan antara isi teks dengan pengalaman mereka sendiri berdasarkan perkongsian pengalaman atau pandangan mereka terhadap sesuatu perkara yang ditimbulkan guru. Dapatan kajian menunjukkan apabila murid didedahkan kepada proses berfikir secara berstruktur, mereka dapat memberikan idea dengan lebih baik. Mereka juga dapat membuat refleksi, lebih aktif dalam perbincangan dan mampu mengutarakan pendapat yang lebih baik yang terhasil daripada perbincangan dengan guru dan rakan-rakan berdasarkan kaedah dan pendekatan yang digunakan. Kini, murid tidak rasa bosan bila disoal baik oleh guru mahupun rakan-rakan. Malah, mereka sendiri semakin banyak bertanya untuk memahami situasi yang sedang mereka alami. Mereka turut menggunakan Elements of Reasoning dalam latihan seharian mereka bagi mereka fahami kehendak dan keperluan petikan yang dibaca mahupun soalan-soalan yang diberikan. Semasa proses kajian ini dijalankan, terdapat cabaran yang dihadapi guru. Guru harus bersedia dan bijak mencungkil isi-isi penting menerusi perkongsian untuk dijadikan bahan mengajar agar tidak lari daripada fokus setiap pengajaran yang dijalankan. Kebolehan atau teknik menyoal guru juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan murid terus aktif dalam perbincangan dan dalam masa yang sama masih dapat merangsang mereka mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, guru juga berhadapan dengan kebolehan murid yang berbeza yang mana kadang kala boleh menimbulkan kesukaran bagi guru untuk membentuk pemikiran kritis murid seperti yang diharapkan. Guru perlu mampu menguasai teknik menyoal dengan baik kerana kemahiran ini penting bagi menentukan atau mempengaruhi pemikiran murid dalam sesuatu pelajaran. 204 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

KESIMPULAN Kajian ini telah membuktikan bahawa kebolehan berfikir murid boleh dan perlu diasah. Pendekatan komunikatif di bilik darjah menerusi kaedah pembelajaran berasaskan masalah yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan The Elements of Reasoning oleh Richard Paul (1992) telah membolehkan murid lebih terarah dalam memberikan idea yang kritis. Pendekatan ini telah mampu merangsang murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif selaras dengan Hasil Pendidikan yang Diingini bagi kecekapan abad ke-21. Selain itu, mereka dapat mengenal pasti isu-isu yang terdapat dalam teks sastera yang digunakan serta mengaitkannya dengan pengalaman mereka sendiri bagi membentuk atau mengubah pandangan mereka sendiri dalam sesuatu perbincangan. Rutin refleksi yang digunakan turut membantu murid untuk menilai pandangan mereka dan bagaimana mereka menguasai kebolehan untuk menjelaskan idea mereka dengan lebih berkesan. RUJUKAN CE Hmelo Silver. (2004). Problem-based learning: What and how do students learn? Educational psychology review 16 (3), 235-266 Dunlap, Joanna C. (1970). Problem-based learning and self-efficacy, Denver: Educational Technology Research and Development. Quah May Ling and Ho Wah Kam (1998). Thinking Process: Going Beyond the Surface Curriculum, Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Richard Paul and Linda Elder (1992). The Critical Thinking Community, Dillon Beach, CA: The Foundation for Critical Thinking. Ron Ritchhart, Mark Church and Karin Mirrison (2011). Making Thinking Visible, San Francisco, CA: Jossey Bass. 205