PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF 1. PANDUAN Panduan ini disediakan untuk membantu pelajar Tahun Akhir di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Unimas untuk menyediakan laporan projek tahun akhir (PTA) mereka. Panduan ini memberi penjelasan terperinci tentang format fizikal dan prosedur penyerahan laporan projek. Adalah menjadi tanggungjawab Fakulti untuk memastikan laporan masing-masing disediakan mengikut panduan ini. 2. OBJEKTIF Melalui garis panduan ini fakulti telah menyediakan format dokumen yang seragam untuk diikuti oleh pelajar. Semua pelajar yang mencapai tahun akhir pengajian wajib menyediakan dokumen penulisan ilmiah sebagai sebahagian daripada keperluan untuk bergraduat. Keseragaman untuk mendokumenkan penulisan ilmiah ini penting sebagai disiplin dan kualiti persembahan. Dokumen penulisan ilmiah ini penting sebagai bahan bukti penyelidikan pelajar. Kegagalan untuk menyediakan dokumen penulisan ilmiah ini serta tidak mengikut keseragaman format yang diberikan boleh menjejaskan penilaian. Pelajar yang tidak menyediakan dokumen penulisan ilmiah ini dianggap tidak melengkapi keperluan kursus Penyelidikan dan Projek Akhir pelajar. 3. SYARAT DOKUMENTASI 3.1 Penulisan Ilmiah ini disediakan untuk keperluan pelajar tahun akhir kursus Penyelidikan dan Projek Akhir program masing-masing 3.2 Pemantauan dokumentasi ini akan dilakukan oleh pensyarah penyelia kursus berkenaan. 3.3 Pelajar perlu memenuhi format dokumentasi yang telah ditetapkan oleh Fakulti sebelum dihantar. 3.4 Dokumen ini akan disahkan untuk dijilid apabila deraf akhir diperakui oleh penyelia dan tiada pindaan atau pembetulan lagi. Tarikh deraf akhir perlu disahkan akan dimaklumkan. 4. FORMAT Sila rujuk GUIDELINES FOR THE PREPARATION OF FINAL YEAR PROJECT (FYP) REPORT bersama garis panduan ini. 5. SUSUNATUR Berikut ialah satu contoh turutan kandungan untuk laporan projek. a. Halaman Tajuk (Lampiran 1) b. Borang Pengesahan Status Laporan (Lampiran 2) 1
c. Pengesahan dan Tandatangan Penyelia (Lampiran 3) d. Penghargaan e. Jadual Kandungan f. Abstrak (dalam Bahasa Melayu dan Inggeris) g. Teks Utama Laporan yang Disusun Mengikut Bab h. Rujukan i. Lampiran (opsyen) 5.1 Halaman Tajuk Tajuk projek mestilah seringkas dan setepat mungkin dalam memberikan penjelasan tentang projek. Format halaman tajuk disediakan. Sila rujuk Lampiran 1 5.2 Borang Pengesahan Status Laporan Borang ini perlu diisi dan ditandatangani oleh pelajar dan penyelia dan dijilidkan pada mukasurat pertama selepas muka depan laporan. Sila rujuk Lampiran 2. 5.3 Pengesahan dan Tandatangan Penyelia Halaman ini memerlukan tandatangan penyelia untuk mengesahkan bahawa laporan telah diterima untuk diperiksa oleh beliau. Sila rujuk Lampiran 3. 5.4 Penghargaan Halaman ini biasanya memuatkan kenyataan penghargaan yang ringkas bagi menghargai individu dan/atau organisasi yang telah membantu menjayakan projek. Halaman dedikasi yang ditujukan kepada orang yang tertentu perlu dielakkan. 5.5 Jadual Kandungan Tajuk semua halaman tambahan serta tajuk dan subtajuk semua tahap bagi semua halaman bab termasuk nombor halaman tempat perkara-perkara tersebut diletakkan mestilah disenaraikan dalam jadual kandungan. Setiap tajuk dan subtajuk bagi semua tahap dalam Jadual Kandungan mesti sama seperti yang tercatat dalam laporan. Untuk laporan yang mempunyai banyak sub-tajuk, pelajar perlu menggunakan sistem penomboran berhirarki (misalnya, 3.1, 3.1.1, seterusnya). Sistem penomboran sedemikian berserta penggunaan huruf kecil dan huruf besar, identasi dan italik yang bijak boleh memberikan ringkasan tentang hubungkait antara bahagian-bahagian laporan. 5.6 Abstrak Abstrak dan tajuk projek dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah diperlukan. Abstrak adalah ringkasan objektif projek, pengkaedahan yang diguna, penemuan yang signifikan dalam konteks bidang kajian dan kesimpulan. Abstrak mestilah ditaip dalam satu perenggan sahaja dan tidak melebihi satu halaman teks yang bertaip langkau dua baris (iaitu 100-400 2
perkataan). Abstrak dalam Bahasa Inggeris perlu menggunakan fon gaya italik sekiranya laporan ditulis dalam bahasa Malaysia atau sebaliknya. 5.7 Teks Utama Dokumentasi/ Laporan/ Penulisan Ilmiah Teks utama dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah biasanya disusun berdasarkan bab atau bahagian yang dinomborkan secara berturutan. Organisasi dalaman sesebuah dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah adalah bergantung kepada hasil perbincangan pelajar dengan penyelianya. Susunan bergantung pada bidang kajian, tetapi calon adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah yang tersusun rapi dan sistematik. Keseluruhan teks utama mesti menggunakan fon yang dibenarkan sahaja, langkauan dua baris dan susunan penuh. Setiap bab perlu dimulakan dengan nombor bab dan diikuti oleh tajuk bab berkenaan. Subtajuk pada setiap tahap perlu dinomborkan secara berturutan. Perenggan pertama sejurus selepas subtajuk pada setiap tahap perlu diasingkan oleh satu baris kosong dan ditaip langkau ke dalam (indentasi) sebanyak 1 cm. Setiap perenggan yang seterusnya juga perlu dimulakan dengan langkau ke dalam yang sama. Metodologi penyelidikan penting bagi mengenalpasti kaedah perlaksanaan penyelidikan yang dijalankan. Dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah yang baik biasanya mengandungi struktur penulisan teks yang bersistem. Dimulakan dengan bahagian seperti yang disenaraikan di bawah. Walau bagaimanapun, bahagian ini boleh diubah mengikut kesesuaian projek setelah mendapat persetujuan daripada penyelia. 5.7.1 Pengenalan Bahagian ini sepatutnya memperkenalkan topik atau isu yang dikaji, latarbelakang kajian, kenyataan masalah, objektif, kepentingan, hipotesis dan skop projek. 3
5.7.2 Analisis Bahagian ini merangkumi kajian semula penulisan (literature review), kajian perbandingan, analisa maklumat dan ujikaji. Tujuan bahagian ini adalah untuk membolehkan anda menghubungkaitkan kajian terdahulu dengan kajian anda, memberi cadangan pengkaedahan atau teknik serta idea baru yang boleh diguna dalam kajian anda, dan memberi panduan sumber rujukan lain yang berkaitan. Rujukan boleh didapati dari buku, jurnal, dan pelbagai laporan. Rujukan yang berusia daripada 10 tahun tidak digalakkan kecuali untuk kajian yang bercorak falsafah, sejarah, teori dan klasik. Pelajar juga harus berhati-hati dalam memilih rujukan yang terdapat di halaman web untuk memastikan kesahihan kandungannya. Umpamanya, dokumentasi/ laporan/ tesis oleh institusi pendidikan atau penyelidikan, jurnal elektronik yang telah diteliti patut diberi keutamaan berbanding dengan kenyataan atau laporan yang diberi oleh syarikat yang bersifat komersil. Semua petikan (citation) hendaklah menggunakan sistem yang ditekankan di dalam kursus Metodologi Penyelidikan atau American Pscyhological Association (APA) edisi kelima atau APA Electronic Reference Format. Contoh panduan membuat pemetikan dan rujukan dengan format APA boleh didapati di: http://www.wisc.edu/writing/handbook/docapareferences.html 5.7.3 Hasil Kajian, Perbincangan dan Kesimpulan 5.8 Rujukan Bahagian ini perlu memberi ringkasan tentang dapatan, hasil yang ditemui dari kajian, pengkaedahan yang diguna, dan perbincangan. Kesimpulan pula menerangkan tentang signifikan projek bagaimana kajian anda menyumbang terhadap pengetahuan dalam bidang berkaitan. Keputusan-keputusan ini akan dibuktikan dan merujuk kepada hasil karya atau produk. Semua rujukan yang dipetik dalam laporan perlu disenaraikan di halaman rujukan. Rujukan perlu disediakan mengikut system APA. Sistem rujukan lain yang sesuai boleh digunakan, setelah berbincang dengan penyelia. Rujukan perlu disenaraikan mengikut turutan huruf abjad dan perlu ditaip langkau satu baris dengan indentasi 1cm untuk entri yang melebihi satu baris. Untuk panduan yang lebih terperinci, sila rujuk di http://www.wisc.edu/writing/handbook/docapareferences.html 4
5.9 Lampiran (opsyen) Bahagian ini adalah pilihan dan mungkin terdiri daripada bahan ilustrasi tambahan, data asal, dan petikan yang terlalu panjang untuk dimuatkan dan tidak begitu perlu untuk memahami isi kandungan dokumentasi/ laporan/ tesis. Bahagian ini boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian seperti Lampiran A, B, C, dan seterusnya. Sesuatu rajah atau jadual yang dimuatkan dalam lampiran mestilah dinomborkan dan diberi tajuk seperti juga semua jadual dan rajah dalam teks utama. 5
LAMPIRAN 1 Font: New Century Schoolbook or Times New Roman Format of Final Year Project Report Front Title Page (Sample) MAIN TITLE ( bold and caps lock) NAME ( Uppercase ) This project is submitted in partial fulfillment of the requirements for the degree of Bachelor of Applied Arts with Honors (Name of programme) Faculty of Applied and Creative Arts UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2004 6
Font : New Century Schoolbook or Times New Roman Format Halaman Tajuk Laporan Projek Tahun Akhir Year (Contoh) TAJUK LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR (huruf besar dan hitamkan) NAMA (huruf besar) Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Nama program) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2004 7
8 LAMPIRAN 2
9
Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD 10
LAMPIRAN 3 Projek bertajuk Nama Projek telah disediakan oleh Nama Pelajar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Nama Program). (susunan penuh, margin atas) Diterima untuk diperiksa oleh: (Nama Penyelia) Tarikh: (susunan kanan) 11
The project entitled Project Name was prepared by Student Name and submitted to the Faculty of Applied and Creative Arts in partial fulfillment of the requirements for a Bachelor of Applied Arts with Honours (Name of Programme). (justify, top margin) Received for examination by: (Name of Supervisor) Date: (Align right) 12
GUIDELINES FOR THE PREPARATION OF FINAL YEAR PROJECT (FYP) REPORT 1. Introduction This guide is designed to help undergraduate students of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) in the preparation of their Final Year Project (FYP) report. It deals only with the submission and physical format of the report. It is the responsibility of each student to ensure that his/her project paper conforms to the Guidelines set out below. Further information or clarification of the guidelines can be obtained from the respective Faculties. 2. Final Year Project (FYP) Report Submission The subject of the FYP must have prior approval of the student s supervisor and faculty. Students must submit three (3) copies of the approved FYP report to the faculty for binding (hard-cover) and 1 copy in digital format (diskette or CD- ROM). The format for the hard-cover is shown in Appendix A. 3. Format of the Final Year Project (FYP) Report (a) (b) Language The report must be written in either English or Bahasa Melayu. The language of the FYP report should be as direct and simple, as the subject matter will allow. Typing Font Students should use New Century Schoolbook (font size 11) or Times New Roman (font size 12) - in preparing their report. Other fonts are not acceptable. Spacing The FYP report should be typed on one side of the page. The text should be double-spaced throughout, including explanatory footnotes, long quotations, appendices, headings and subheadings. However legends, captions or keys to tables, figures, or plates should be single-spaced. Alignment The whole main text of the report should be typed in full alignment (justified alignment). Type Quality Both copies of the FYP report submitted for binding must be printed using a laser printer. In exceptional cases the thesis may be type-written using high-quality medium-black ribbon. Carbon copies are not acceptable. The use of transparent tape for error correction is not acceptable. 13
(c) (d) Margins The top and bottom margins of all pages should be at least 3 cm wide. The right and left-hand page margin should be at least 2.5 cm wide. Pagination Pages should be numbered consecutively throughout the report, including pages of figures, tables and appendices. (It is advisable that all tables and figures are placed on separate pages and not together with the text). Pagination begins with the first page of Chapter 1 (or the Introduction). Preliminary pages (i.e. those preceding Chapter 1 must carry page numbers in small roman numerals (i, ii, iii, etc.). The title page should not be numbered. Page numbers should be center at the bottom of the page. Page numbers should be at least 10 mm from the margin of the page. Page numbers should appear by themselves and are not to be enclosed in parentheses, hyphens, etc. Each appendix should be identified separately in alphabetical order. The pages of the appendices should also be typed according to the above pagination system. (e) (f) Paper White, good-quality (80g m -2 ) paper of A4 size should be used for all submitted copies of the thesis. Photographic illustration should be printed on good quality high resolution paper. Binding Following acceptance and approval by the faculty, the FYP report should be bound in hard cover. The front report cover shall be printed according to the faculty colour together with UNIMAS logo and the name of the faculty. Final binding with hard-cover will be done by the faculty. The title of the FYP report, name of the student and the degree for which the FYP report is submitted should be printed on the front cover using New-Century Schoolbook following the style shown in Appendix A. The student s name, degree and year shall also be printed on the spine of the bound FYP report. One stripe according to the faculty color shall be printed on the back cover and spine of the FYP report. 14
Appendix A FRONT COVER (Official Faculty Colour) (Unimas Logo white) Pantone Solid Coated 522C Faculty Of Applied And Creative Arts (16, bold, centre) MAIN TITLE (14, bold, centre, Uppercase) Name (12, bold, centre) 2004 (12, bold, centre) 15
KULIT HADAPAN Appendix A (Bahasa Malaysia) (Warna Rasmi Fakulti) (Logo Unimas Putih) Pantone Solid Coated 522C Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif (16, bold, tengah) TAJUK UTAMA (14, bold, tengah, huruf beser) Nama (12, bold, tengah) 2004 (12, bold, tengah) 16
17